You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KLAWANG

71750 KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 2/2017

Tarikh : 03.04.2017
Hari : Isnin
Masa : 2.30
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Pn. Siti Fadhliah bt Mokhtar (Pengerusi)
En. Nur Arif b. Kamal
En. Mohd Fayed b. Nurul Huda
Pn. Nor Huda bt. Haris
Hadir Bersama: En. Pn Rohaizah bt Mat Sidek (PK Pentadbiran)

BIL AGENDA / PERKARA TINDAKAN


1 Ucapan Pengerusi 
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat. 

2 Ucapan Penasihat (Pn. Rohaizah bt Mat Sidek)


2.1 Penasihat mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi hadir ke mesyuarat ini.
2.2 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat memberi komitmen maksimum dalam menjayakan
segala aktiviti Panitia.
2.3 Beliau mengharapkan semua guru BI dapat mempertingkatkan peratus kelulusan BI.

3 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat lalu. 


3.1 En. Mohd Fayed membentang minit mesyuarat yang lalu.
3.2 Pn. Nor Huda menyokong agar minit mesyuarat tersebut disahkan.
4 Analisis Keputusan Ujian Bulan Mac
4.1 Keputusan seperti dilampirkan. Pengerusi berharap kasualti dapat dikurangkan.
4.2 Keputusan kelas UPSR menampakkan penurunan mengikut skala TOV yang diberikan oleh Setiausaha
Peperiksaan. 
4.3 Peratus lulus keseluruhan murid dalam mata pelajaran ini ialah sebanyak 50.5 % dan peratus lulus
murid tahun 6 ialah 52.6 %.
4.4 Analisis keseluruhan ujian dilampirkan bersama. 

5 Hal-hal lain
5.1 Penasihat meminta guru memastikan murid berdisiplin ketika bergerak ke makmal komputer kerana
laluan sempit.
5.2 Pengerusi menyatakan bahawa program kecemerlangan tahun 6 telah bermula dan berharap agar
dapat berjalan sepenuhnya dalam membantu menaikkan peratus lulus dan cemerlang murid dalam
subjek bahasa inggeris.
5.3 Pengerusi turut menyatakan bahawa beliau telah mengemaskini papan kenyataan bahasa inggeris
dan memperbanyakkan kata-kata mutiara di dalam bahasa inggeris. 
5.4 Beliau turut mencadangkan agar Panitia Bahasa Inggeris supaya mendapat sebuah almari berkunci
supaya dapat menyimpan barangan panitia yang telah dibeli pada awal tahun ini. Ini kerana barang-
barang BBM yang lama telah hilang dan digunakan tanpa pengetahuan oleh Panitia-Panita yang lain.

6 Penangguhan Mesyuarat
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 ptg.

Disediakan Oleh,

_________________

Nur Arif bin Kamal

Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris,

SK Kuala Klawang.

You might also like