You are on page 1of 3

NAMA : LEE PEI LING

SEKOLAH : SJK (C) WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR


NAMA GURU PEMBIMBING : FARHANA SAINI BINTI HAMSA

Inovasi STEM : Projek Pengumpulan Air Hujan Untuk Basuhan Tangan.

Pandemik Covid-19 telah menjadi indikasi perubahan norma kehidupan manusia di


seluruh dunia. Langkah berhati-hati oleh pihak kerajaan ketika mengorak Prosedur
Kendalian Standard pembukaan semula sekolah boleh dianalogikan seperti membina
benteng tanpa senjata. Keselamatan murid dan kelangsungan pendidikan menjadi fokus
utama semua pihak.

Kehebatan akal fikiran dan kemajuan teknologi teruji apabila memerangi penyakit
virus korona yang hanya dapat dilihat secara izhar menggunakan mikroskop berkuasa
mikro. Di sinilah pembudayaan pendidikan STEM dalam kalangan murid dan guru
menjadi tulang belakang untuk mencipta bahan inovasi yang pragmatis. Tujuannya hanya
satu iaitu untuk mengekang penularan wabak ini di sekolah melalui inovasi STEM yang
bermanfaat kepada seluruh warga sekolah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan aktiviti membasuh


tangan perlu dilakukan dengan kerap. Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan bekalan
air dan sabun yang mencukupi di sekitar kawasan sekolah. Perkara ini merupakan satu
cabaran kepada pihak sekolah kerana pembinaan infrastruktur sebelum ini tidak
menjadikan tempat basuhan tangan di seluruh kawasan sekolah sebagai binaan wajib.

Bertitik tolak daripada permasalahan di atas, Inovasi STEM yang boleh


menjayakan saranan ini ialah “Projek Pengumpulan Air Hujan Untuk Basuhan Tangan Di
Sekolah”. Projek ini diinspirasikan daripada sistem pengumpulan air hujan di sekolah
pendalaman Sarawak. Projek ini mampu dihasilkan oleh murid sekolah dan tidak
memerlukan kos yang besar tetapi mampu memberi manfaat yang mampan.
Dalam konteks ini, kapasiti bekas pengumpulan air perlulah mengikut purata
jumlah murid yang menggunakan atau melalui kawasan tersebut, Bekas pengumpulan
air akan dilengkapi dengan sistem saringan yang menggunakan bahan-bahan semula
jadi seperti pasir, batu sungai dan kain. Rasionalnya adalah untuk memastikan air yang
dikumpul bersih dan selamat untuk digunakan.

Secara sainsnya, bacaan pH air hujan berada dalam skala berasid kerana
penyerapan unsur kontaminasi di ruang udara. Bagi memastikan air yang dikumpul tidak
mendatangkan kesan iritasi pada kulit, sistem tapisan air perlu dipasang pada bahagian
dalam bekas pengumpulan air. Sistem tapisan air akan disusun mengikut susunan yang
mampu menyingkirkan kotoran dan plumbum yang terdapat dalam komposisi air hujan.

Paip pembuka air akan dipasang dengan sensor inframerah yang tidak
memerlukan sentuhan tangan untuk membuka paip air. Hal ini demikian kerana inovasi
STEM yang dihasilkan perlulah bertepatan dengan saranan KKM yang tidak
menggalakkan sentuhan tangan secara langsung. Sistem sensor inframerah yang
dipasang juga tidak memerlukan sambungan kuasa elektrik secara terus sebaliknya
hanya perlu dicas dalam tempoh tiga jam untuk penggunaan penuh selama dua bulan.

Saluran pengumpulan air pula boleh disambungkan dengan saluran air hujan dari
atap sekolah. Bagi kawasan yang jauh dari saluran atap seperti kawasan padang dan
sebagainya. Bekas pengumpulan air akan dipasang corong bertujuan untuk
memaksimakan kapasiti pengumpulan air hujan ke dalam bekas.

Diharapkan melalui projek inovasi STEM ini, seluruh warga sekolah dapat
menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sentiasa membasuh
tangan dengan bersih. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sendiri telah mengeluarkan
kenyataan bahawa mencuci tangan adalah lebih efektif berbanding penggunaan cecair
pensanitasi tangan.
Secara tuntasnya, pendidikan STEM di sekolah ternyata dapat membantu
mencungkil bakat dan idea yang kreatif serta kritis dalam kalangan murid sekolah.
Kemampuan murid untuk meimplimentasikan inovasi STEM secara kotemporari mampu
memberi implikasi positif kepada komuniti, khususnya ketika dunia berdepan cabaran
baharu seperti penularan wabak Covid-19.

You might also like