You are on page 1of 108

KRITERIA PEMILIHAN PENYELIA TAPAK OLEH KONTRAKTOR

AHMAD AMALLUDIN BIN AMRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK

Nama penuh penulis : AHMAD AMALLUDIN BIN AMRAN


Tarikh lahir : 30 MEI 1993
Judul : KRITERIA PEMILIHAN PENYELIA TAPAK OLEH
KONTRAKTOR
Sesi Akademik : 2016/2017

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan


atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah


ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)*

√ TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan


sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.

Disahkan oleh,

________________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

(930530-11-5317) (PROF. MADYA SR DR RAZALI BIN ADUL HAMID)

Tarikh: 6 JUN 2017 Tarikh: 7 JUN 2017

CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya
tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan”.

Tandatangan : ...........................................................................
Nama Penyelia I : PROF. MADYA SR. DR. RAZALI BIN
ADUL HAMID

7 JUN 2017
Tarikh : ...........................................................................

Tandatangan : ............................................................................

Nama Penyelia II : DR. NAFISAH BINTI ABDUL RAHIMAN

7 JUN 2017
Tarikh : ............................................................................
KRITERIA PEMILIHAN PENYELIA TAPAK OLEH KONTRAKTOR

AHMAD AMALLUDIN BIN AMRAN

Tesis ini dikemukakan sebagai


memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan

Fakulti Alam Bina


Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2017
ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ...............................................
Nama : Ahmad Amalludin Bin Amran
Tarikh : 6 JUN 2017
...............................................

ii
iii

Dedikasi

Segala hasil penyelikan ini ditujukan khas kepada :


Ayah, Amran Bin Husin
Mak, Karimah Binti Mohamad

Dan adik-adik yang disayangi


Nur Ulfah, Nur Usailah dan Nur Umimah

Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang kalian berikan

Serta,
Penyelia yang sangat disegani,
Prof. Madya. Sr. Dr. Razali Bin Adul Hamid,
Jasamu akan dikenang selamanya.

Semoga Allah S.W.T merahmati kalian selamanya

iii
iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Syukur Alhamdulillah kepada Allah


S.W.T kerana diberi kesempatan untuk menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini
dalam tempoh yang ditetapkan. Jutaaan terima kasih kepada penyelia iaitu Prof.
Madya. Sr. Dr. Razali bin Adul Hamid di atas dorongan dan bimbingan beliau
sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Ayah, Mak dan adik-adik


yang sentiasa memberi sokongan dan galakan tidak kira waktu senang atau susah
kepada saya. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa
memberi bantuan dan nasihat kepada saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak responden


yang sudi terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi maklum balas
mengenai kajian ini.

iv
v

ABSTRAK

Penyelia tapak pembinaan memainkan peranan penting dalam kejayaan projek


dan kelancaran aktiviti di tapak bina. Mereka membuat beberapa keputusan penting
semasa aktiviti dan proses pembinaan berjalan. Oleh itu, pemilihan penyelia tapak
adalah keputusan yang perlu dititikberatkan oleh syarikat-syarikat pembinaan.
Pelbagai masalah boleh timbul jika penyelia tapak pembinaan yang dipilih tidak
memenuhi kriteria dan kemahiran yang diperlukan. Kajian ini adalah bertujuan untuk
mengenalpasti kriteria pemilihan penyelia tapak oleh kontraktor dan kemahiran yang
diperlukan untuk menjadi penyelia tapak. Responden bagi kajian ini terdiri daripada
pengarah urusan, pengurus projek dan pengurus tapak. Kajian ini menggunakan
kaedah soal selidik dengan penggunaan ‘likert scale’ dan analisis data dipersembahkan
dalam bentuk graf serta jadual bagi memudahkan pemahaman terhadap data yang
dianalisis. Perisian komputer iaitu ‘Statistical Package for the Social Sciences’
digunakan bagi memudahkan proses menganalisis data jenis kuantitatif. Hasil daripada
kajian mendapati tempoh pengalaman yang sesuai untuk menjadi penyelia tapak
adalah 2 tahun dan ke atas sesuai. Manakala keperluan akademik minimum yang
sesuai untuk menjadi penyelia tapak adalah sijil dan diploma. Tambahan lagi,
mempunyai pengetahuan tentang pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam
adalah jenis pengetahuan yang diperlukan manakala personaliti peribadi seorang
penyelia tapak hendaklah boleh bekerja di bawah tekanan. Selain itu, kemahiran paling
kritikal adalah dapat memberi arahan kerja dengan baik kepada buruh dan sub-
kontraktor. Akhir sekali, dapat dirumuskan bahawa pengambilan sesorang untuk
menjadi penyelia tapak perlu menittikberatkan kriteria dan kemahiran yang sesuai
dengan skop kerja yang bakal menjadi tanggungjawab penyelia tapak pembinaan.

v
vi

ABSTRACT

Construction site supervisors play an important role in determining the success


and smooth running of the project activities at the construction site. They are
responsible to make some important decisions during the construction activities and
processes carried out. Therefore, the selection of a site supervisor is a decision that
should be emphasized by the construction companies. Various problems can be arose
if the appointed site supervisor does not meet the criteria and the skills required. This
study aim to identify the criteria for the selection of the site supervisor by the contractor
as well as the skills needed to be equipped in order to become a site supervisor. The
respondents of the research consist of the managing director, project manager and site
manager. In this study, questionnaire instrument had been distributed together with
“Likert Scale” provided and data analysis were presented in the form of graphs and
tables in order to have a better understanding towards data being analysed. Computer
software named Statistical Package for the Social Sciences is used to facilitate the
process of analysing quantitative data. Results of the study found out that the period
of experience that suitable to become a site supervisor was 2 years and above. While
the minimum academic requirements for consideration as a site supervisor were
certificates and diplomas. Furthermore, knowledge in building and civil engineering
works is necessary and personality that must be equipped by a site supervisor is able
to work under pressure. In addition to that, the most critical skills to have is able to
deliver good instructions to workers and sub-contractors. Last but not least, it can be
concluded that the selection of a site supervisor must take into consideration of the
criteria and skills that suit to this position as well as the scope of work that will be the
future responsibility of the site supervisor.

vi
vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Kepentingan Kajian 4
1.6 Skop Kajian 5
1.7 Kaedah Kajian 7
1.7.1 Data Pertama (Primer) 7
1.7.2 Data Kedua (Sekunder) 7
1.7.3 Analisis Data Dan Maklumat 7
1.7.4 Cadangan Organisasi Bab 8

vii
viii

2 KAJIAN LITERATUR 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Industri Pembinaan 12
2.3 Konsep dan Takrif ‘Penyelia tapak’ 14
2.4 Definisi Tapak Bina 16
2.5 Konsep dan Takrif ‘Kontraktor’ 16
2.6 Peranan Penyelia Tapak 17
2.7 Tugas-Tugas Penyelia Tapak 23
2.8 Klasifikasi Tahap Profesion Mengikut CIDB 26
2.9 Konsep dan Takrif Kriteria 27
2.9.1 Tahap Pengalaman 29
2.9.2 Tahap Pendidikan 30
2.9.3 Tahap Pengetahuan 31
2.9.4 Personaliti Peribadi 31
2.10 Kemahiran Penyelia Tapak Menguruskan Tapak Bina 33
2.10.1 Kemahiran Insaniah (Soft Skills) 33
2.10.1.1 Komunikasi 33
2.10.1.2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 35
2.10.1.3 Kemahiran Membuat Keputusan 36
2.10.1.4 Kemahiran Kepimpinan 37
2.10.1.5 Motivasi Kepada Pekerja 38
2.10.2 Kemahiran Teknikal 38
2.10.2.1 Ilmu Teknologi Binaan 38
2.10.2.2 Membaca Kontrak 39
2.10.2.3 Pengurusan Tapak 38
2.10.2.4 Pengurusan Sumber Manusia 40
2.10.2.5 Merancang dan Menyelia Kerja Buruh 40
2.10.2.6 Pengurusan dan Penyeliaan Bahan 41
2.10.2.7 Pengurusan dan Penyeliaan Jentera 41

viii
ix

3 METODOLOGI KAJIAN 42
3.1 Pengenalan 42
3.2 Metodologi Kajian 42
3.2.1 Peringkat Pertama – Kajian Awalan 44
3.2.2 Peringkat Kedua – Pengumpulan dan Penyusunan
Data Sekunder 44
3.2.3 Peringkat Ketiga – Pengumpulan dan Penyusunan
Data Primer 44
3.2.4 Peringkat Keempat – Analisis dan Ulasan Data 46
3.2.5 Fasa Kelima – Hasil Kajian 46
3.3 Pemilihan Responden 46
3.4 Populasi Responden 47
3.5 Rekabentuk Soal Selidik 47
3.5.1 Bahagian A – Maklumat Responden 47
3.5.2 Bahagian B – Kriteria Pemilihan Penyelia Tapak 48
3.5.3 Bahagian C – Kemahiran Yang Diperlukan Untuk
Menjadi Penyelia Tapak 48
3.6 Kaedah Analisis 48
3.7 Rumusan Bab 51

4 ANALISIS DATA 52
4.1 Pengenalan 52
4.2 Data Kajian 53
4.3 Analisis Kriteria Pemilihan Penyelia Tapak oleh Kontraktor 53
4.3.1 Latar Belakang Responden 53
4.4 Analisis Kriteria Pemilihan Penyelia Tapak Oleh Kontraktor 58
4.4.1 Kategori A: Tahap Pengalaman 58
4.4.1.1 Tempoh Pengalaman Kerja 58
4.4.1.2 Jenis Pengalaman Kerja 60
4.4.2 Kategori B: Tahap Pendidikan 61

ix
x

4.4.2.1 Kelayakan Minimum Akademik 62


4.4.2.2 Kesesuaian Pengambilan Seseorang Penyelia
Tapak Tanpa Mempunyai Pengalaman
Berkerja Di Tapak Bina 63
4.4.3 Kategori C: Jenis Pengetahuan 65
4.4.4 Kategori D: Personaliti Peribadi 67
4.5 Analisis Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Menjadi Penyelia
Tapak 69

5 RUMUSAN DAN CADANGAN 73


5.1 Pengenalan 73
5.2 Rumusan Kajian 74
5.2.1 Analisis Kriteria Pemilihan Penyelia Tapak Oleh
Kontraktor 75
5.2.2 Analisis Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Menjadi
Penyelia Tapak 76
5.3 Had dan Masalah Pelaksanaan Kajian 77
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 78

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI 79


LAMPIRAN 86

x
xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Nilai Kerja Pembinaan Mengikut Lokasi Projek 6

2.1 Bilangan Dan Nilai Projek Yang Ditawarkan 13


Mengikut Status Kontraktor Dan Kategori Projek

3.1 Jadual Skor Dan Penerangan Bagi ‘Likert-Scale’ 45

3.2 Skala Penentuan Tahap Kesesuaian 50

4.1 Bilangan dan Peratusan Jantina Responden 54

4.2 Umur Responden 54

4.3 Jawatan Responden 56

4.4 Tempoh Pengalaman Kerja Responden 57

4.5 Nilai Min Bagi Tempoh Pengalaman Kerja 59

Sebelum Menjadi Penyelia Tapak

4.6 Nilai Min Bagi Jenis Pengalaman Kerja Untuk 60

Menjadi Penyelia Tapak

4.7 Nilai Min Kelayakan Minimum Tahap 62

Pendidikan (Akademik) Untuk Menjadi

Penyelia Tapak

xi
xii

4.8 Nilai Min Kesesuaian Pengambilan Seseorang 64

Penyelia Tapak Tanpa Mempunyai Pengalaman

Berkerja Di Tapak Bina

4.9 Nilai Min Jenis Pengetahuan Yang Sesuai 65

Untuk Menjadi Penyelia Tapak

4.10 Nilai Min Personaliti Peribadi Untuk Menjadi 67

Penyelia Tapak

4.11 Nilai Min Kemahiran Yang Diperlukan Untuk 70

Menjadi Penyelia Tapak

xii
xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Guna Tenaga Mengikut Kategori Pekerja Bergaji 11

Sepenuh Masa

2.2 Carta Organisasi Di Tapak Bina 21

2.3 Carta Pembahagian Kerja Di Tapak Bina 22

3.1 Carta Alir Metodologi 43

4.1 Kategori Umur Responden 55

4.2 Jawatan Responden 56

4.3 Tempoh Pengalaman Kerja Responden 58

4.4 Tempoh Pengalaman Kerja 59

4.5 Jenis Pengalaman Kerja Untuk Menjadi Penyelia Tapak 61

4.6 Kelayakan Minimum Tahap Pendidikan (Akademik)


Untuk Menjadi Penyelia Tapak 62

4.7 Kesesuaian Pengambilan Seseorang Penyelia Tapak Tanpa


Mempunyai Pengalaman Berkerja Di Tapak Bina 64

4.8 Jenis Pengetahuan Yang Sesuai Untuk Menjadi


Penyelia Tapak 66

4.9 Personaliti Peribadi Untuk Menjadi Penyelia Tapak 68

4.10 Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Menjadi Penyelia Tapak 71

xiii
xiv

SENARAI SINGKATAN

LPIPM - Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia

TAPCSS - Program Latihan dan Akreditasi Penyelia Tapak Binaan

CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

BPKU - Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan

JKR - Jabatan Kerja Raya

IM - Wilayah Iskandar Malaysia

NCER - Wilayah Ekonomi Koridor Utara

ECER - Wilayah Ekonomi Koridor Timur

SDC - Koridor Pembangunan Sabah

SCORE - Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Pembaharuan

Tenaga Sarawak

xiv
1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Projek pembinaan telah menjadi sangat rumit dari segi teknikal dalam beberapa
tahun kebelakangan ini. Penyelia tapak pembinaan memainkan peranan penting dalam
kejayaan projek dan kelancaran aktiviti di tapak bina. Mereka membuat beberapa
keputusan penting semasa aktiviti dan proses pembinaan berjalan. Oleh itu, pemilihan
penyelia tapak adalah keputusan yang perlu dititikberatkan oleh syarikat-syarikat
pembinaan. Pelbagai masalah boleh timbul jika penyelia tapak pembinaan yang dipilih
tidak memenuhi kriteria dan kemahiran yang diperlukan (Jazebi dan Rashidi, 2012).

Penyelia tapak pembinaan ialah nadi kepada suatu projek pembinaan. Peranan
mereka amat diperlukan dalam memastikan kelancaran projek. Mereka juga bertindak
sebagai perantara buruh dan pengurusan atasan bagi memastikan aktiviti di tapak bina
berjalan lancar. Bagi menjamin kelancaran dalam aktiviti pembinaan, konraktor
haruslah memilih penyelia tapak yang benar-benar layak untuk menjalankan
penyeliaaan aktiviti pembinaan. Penyelia tapak pula perlu dipilih berdasarkan kriteria
yang ditetapkan oleh firma. Pemilihan penyelia tapak mestilah berdasarkan kriteria
yang ditetapkan kerana peranannya dalam pengurusan tapak seterusnya menentukan

1
2

kejayaan projek. Apabila seorang penyelia tapak membuat pengurusan yang tidak
tersusun, ia akan mempengaruhi perjalanan aktiviti pembinaan tersebut (Gharehbaghi,
2003).

Dalam kaedah tradisional, temu bual dijalankan oleh pengurus kanan syarikat,
untuk menilai keupayaan calon mengikut kesesuaian projek pembinaan. Walau
bagaimanapun, proses menemuduga calon biasanya memakan masa dan terdapat
risiko dalam menentukan calon yang dipilih seperti pandangan awal terhadap calon
yang membawa kepada kesilapan manusia (Jazebi, 2012).

Banyak faktor yang berkaitan dengan kemahiran, ciri-ciri penyelia tapak yang
dicadangkan bagi memastikan kejayaan dalam menyiapkan projek pembinaan.
Menurut Muller dan Turner (2012) kepentingan memilih penyelia tapak yang
mempunyai kemahiran teknikal yang diperlukan serta kemahiran pentadbiran bagi
menentukan projek berjaya. Mereka menunjukkan bahawa komitmen dan kecekapan
penyelia tapak menjadi yang kritikal dalam peringkat penyeliaan dan pengurusan
akiviti di tapak bina hingga peringkat penamatan kerja. Sebagai contoh, kemahiran
penyelia tapak mempengaruhi sikap pelanggan terhadap hasil projek. Begitu juga
dengan sistem komunikasi yang mantap antara penyelia tapak, organisasi projek dan
pemilik perlu bagi pemilik menerima hasil akhir projek pembinaan dari firma
pembinaan (Belassi dan Tukel, 1996).

1.2 Pernyataan Masalah

Penyelia tapak memainkan peranan penting dalam projek-projek pembinaan.


Mereka memegang kunci kepada kejayaan projek untuk kontraktor dan pelanggan
kerana ia melakukan pelbagai tugas iaitu praktikal dan pentadbiran. Selain itu, mereka
juga bekerja dengan kumpulan yang berbeza bagi pihak yang berkepentingan di dalam

2
3

projek pembinaan (Mustapha dan Naoum, 1998). Hal ini demikian kerana penyelia
tapak memainkan peranan penting kepada kontraktor melalui pengawasan tapak dalam
proses kemajuan di tapak pembinaan.

Kajian menunjukkan bahawa penyelia tapak memberi kesan yang besar ke atas
pekerja, dan kesan-kesan ini telah dinilai dari segi kesejahteraan pekerja, komitmen,
kepuasan kerja dan hasil lain (Gilbreath et al, 2004). Hal ini dapat dilihat melalui
kemahiran penyelia tapak dalam menyelesaikan masalah dan memberi motivasi
kepada pekerja buruh.

Tambahan lagi, Hewage dan Ruwanpura (2008) menyatakan komunikasi


merupakan kemahiran yang amat penting bagi penyelia tapak. Kajian yang dijalankan
oleh mereka mendapati bahawa "komunikasi yang tidak sempurna" antara pihak
berkepentingan dalam projek-projek pembinaan; terutama di peringkat tapak
membawa kepada dan ketidakcekapan, kerugian dan produktiviti yang lemah. Ini telah
disahkan oleh proses menemubual 101 pekerja oleh Hewage dan Ruwanpura dari
empat tapak pembinaan dan empat kontraktor am. Sehubungan dengan itu, mereka
mendapati bahawa hanya 20% daripada maklumat yang diturunkan oleh penyelia
tapak kepada pekerja di tapak pembinaan. Hal ini akan menyebabkan projek
pembinaan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan kerana maklumat yang
disampaikan tidak lengkap dan kurang terperinci.

Kelemahan penyeliaan dan faktor pengurusan yang lemah adalah isu- isu
kritikal yang membawa kepada penurunan produktiviti pembinaan (Dozzi et al, 2003).
Hal ini merujuk kepada kriteria penyelia tapak berkaitan dengan pengawalan dan
penyeliaan aktiviti pembinaan seperti kelemahan penyelia tapak dalam menyusun atur
kerja-kerja di tapak bina selain kegagalan dalam membuat keputusan yang efektif.

3
4

1.3 Persoalan Kajian

Bagi mendapatkan obektif yang jelas tentang kajian ini, beberapa persoalan
dibentuk berkaitan kajian yang telah dijalankan. Antara persoalan yang dibentuk
adalah seperti:

i. Apakah kriteria pemilihan penyelia tapak pembinaan oleh kontraktor?


ii. Apakah kemahiran yang perlu ada untuk menjadi penyelia tapak?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengemukakan gambaran jawapan


secara terperinci mengenai pemilihan kriteria dan kemahiran yang perlu dan menjadi
panduan kepada pihak yang berkaitan dalam pemilihan penyelia tapak.

i. Mengenalpasti kriteria pemilihan penyelia tapak oleh kontraktor


ii. Mengenalpasti kemahiran yang diperlukan untuk menjadi penyelia tapak

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak kontraktor mengenalpasti


faktor yang perlu diambilkira dalam pemilihan penyelia tapak pembinaan.

4
5

Selain itu, menjadi satu sumber rujukan pelajar dalam bidang sains pembinaan,
apakah yang perlu ada selain dari ilmu pengetahuan dalam pendidikan untuk menjadi
penyelia tapak pembinaan dalam menyiapkan diri sebelum ke alam pekerjaan.

Tambahan lagi, kajian ini dapat mengenalpasti adakah faktor pendidikan sahaja
sudah cukup untuk melayakkan seseorang itu menjadi penyelia tapak pembinaan atau
adanya faktor lain yang dilihat oleh pihak kontrator dalam memilih penyelia tapak
pembinaan.

1.6 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti kriteria untuk menjadi
penyelia tapak pembinaan oleh kontraktor di negeri Johor. Kajian ini dilakukan di
Negeri Johor adalah kerana mengikut laporan suku tahunan 2015 dari Jabatan Statitik
Malaysia mendapati nilai kerja pembinaan untuk Negeri Johor meningkat secara
konsisten sejak suku tahun ke 4 bermula pada tahun 2013 . Perkara ini dapat
ditunjukkan melalui Jadual 1.1.

5
6

Jadual 1.1: Nilai Kerja Pembinaan Mengikut Lokasi Projek

(Sumber: Statistik Pembinaan Suku Tahunan 2015, Jabatan Statistik Malaysia)

Maklumat mengenai kriteria yang diperlukan untuk menjadi penyelia tapak


pembinaan oleh kontraktor di Negeri Johor yang melayakkan seseorang itu menjadi
penyelia tapak pembinaan adalah didapati daripada persepsi pemilik firma pembinaan
atau dari bahagian sumber manusia di firma pembinaan di negeri Johor yang dipilih.
Proses pembahagian borang soal selidik akan diedarkan berdasarkan skop dan objektif
kajian yang telah ditetapkan.

Borang soal selidik akan diedarkan di firma kontraktor G7 di negeri Johor yang
berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan Negeri Johor.
Pemilihan kontraktor G7 ini adalah kerana projek yang dikendalikan oleh kontraktor
G7 lebih mencabar dan hal ini memerlukan pihak kontraktor membuat pemilihan yang
teliti dalam memilih penyelia tapak untuk menyelia aktiviti di tapak pembinaan.

6
7

1.7 Kaedah Kajian

1.7.1 Data Pertama (Primer)

Data pertama (primer) diperolehi melalui Borang Soal Selidik yang akan
diberikan kepada pengarah urusan (kontraktor), pengurus projek atau pengurus tapak
yang terdapat di negeri Johor . Pemilihan firma pembinaan akan dilakukan berdasarkan
senarai frma pembinaan yang diperolehi di Bahagian Pembangunan Kontraktor dan
Usahawan (BPKU) Negeri Johor.

Borang soal selidik akan diedarkan kepada minimum 30 responden di firma


kontraktor G7 di negeri Johor yang berdaftar dengan Bahagian Pembangunan
Kontraktor dan Usahawan Negeri Johor .

1.7.2 Data Kedua (Sekunder)

Data kedua adalah data sekunder iaitu data yang diperoleh hasil dari
pembacaan jurnal, buku ilmiah, tesis, sumber internet, laporan dari organisasi yang
terlibat secara langsung dengan industri binaan.

1.7.3 Analisis Data Dan Maklumat

Data dan maklumat yang dikumpul dan dikenalpasti akan dianalisis bagi
mendapatkan keputusan untuk menentukan kriteria dan kemahiran yang dinilai oleh
pihak kontraktor untuk memilih penyelia tapak.

7
8

1.7.4 Cadangan Organisasi Bab

Bab 1 : Pengenalan

Bab 1 menerangkan segala keseluruhan tentang kajian yang dibuat seperti


pengenalan, penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan
kepentingan kajian dalam konteks penyelia tapak.

Bab 2 : Penyelia Tapak

Bab 2 adalah kajian literatur yang dibuat melalui sumber bacaan dari buku
rujukan, artikel, jurnal dan laman sesawang. Dalam kajian literatur ini, penyelidik
mengenalpasti dengan tepat dan terperinci tentang kriteria dan kemahiran yang perlu
untuk menjadi penyelia tapak oleh pihak kontraktor.

Bab 3 : Metodologi Kajian

Bab 3 menerangkan tentang kaedah yang digunakan bagi mengumpul data dan
memperolehi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam bab ini
juga dinyatakan jenis rekabentuk kajian yang digunakan, responden yang terlibat,
prosedur memperoleh data, prosedur mengumpul data dan kaedah bagi menganalisis
data. Kaedah kajian adalah satu prosedur yang sangat penting dan memerlukan
perancangan awal sebelum penyelidik menjalankan kajian supaya data-data yang
dikumpul dan diperoleh berkait rapat dengan objektif yang diinginkan agar objektif
kajian dapat dicapai.

8
9

Bab 4 : Analisis Data

Bab 4 merangkumi prosedur menganalisis data yang diperolehi hasil daripada


soal selidik yang telah dijalankan di firma kontrkator sekitar Bandar Johor Bharu.
Analisis data dilakukan dengan penuh fokus dan benar bagi mendapatkan hasil yang
baik supaya boleh diterima oleh umum.

Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan

Bab 5 di mana penyelidik telah membuat kesimpulan dan rumusan terhadap


kajian yang telah dibuat dan memberi beberapa cadangan bagi memilih penyelia tapak.

9
10

BAB 2

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab terdahulu, tajuk kajian, objektif kajian, skop kajian dan kaedah
kajian telah dibincangkan. Apabila maklumat ini telah diperolehi, kajian literatur
melalui data kedua seperti buku, jurnal atau artikel yang disahkan akan dilakukan. Bab
ini menerangkan berkaitan kajian literatur yang dijalankan berdasarkan tajuk kajian ini
iaitu kriteria pemilihan penyelia tapak pembinaan oleh kontraktor.

Industri pembinaan semakin berkembang pesat di Malaysia. Perkembangan


pesat ini akibat daripada pertumbuhan industri pembinaan melalui wilayah
pembangunan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia iaitu Wilayah Iskandar
Malaysia (IM), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Koridor
Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC), dan Wilayah Pembangunan
Ekonomi Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE).

10
11

Perkembangan dalam industri pembinaan menyebabkan pertambahan jumlah


pekerja yang bekerja dalam sektor pembinaan ini. Laporan yang diperolehi dari
bancian ekonomi pembinaan 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa
terdapat 946,108 pekerja bergaji sepenuh masa dalam sektor pembinaan ini. Rajah 2.1
menunjukkan daripada 946,108 pekerja bergaji sepenuh masa, sebanyak 811,980
orang (85.8 %) dikategorikan sebagai pekerja binaan operatif, kumpulan pengurusan
dan professional mewakili 35,616 orang (3.8 % ), kumpulan teknikal dan penyeliaan
pula seramai 38,521 orang (4.1 %), dan kumpulan perkeranian dan pekerja am adalah
seramai 59,991 orang (6.3 peratus).

Kumpulan pengurusan dan profesional dalam industri pembinaan ini, terdapat


jawatan seperti penyelia tapak, pengurus tapak, penyelia tapak, jurutera tapak dan
sebagainya. Kumpulan pengurusan dan professional ini biasanya dilantik oleh pihak
firma untuk menyelia dan melaksanakan aktiviti pembinaan supaya berjalan dengan
lancar dan mengikut objektif yang ditetapkan.

3.80% 4.10%
6.30%

85.80%

Pengurusan dan profesional Teknik dan penyeliaan


Pengkeranian dan pekerja am Pekerja binaan/operatif

Rajah 2.1: Guna Tenaga Mengikut Kategori Pekerja Bergaji Sepenuh Masa,
2010
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Banci Ekonomi Pembinaan, 2011.)

Industri pembinaan di negeri Johor semakin meningkat sejak tahun 2014.


Kewujudan Wilayah Iskandar Malaysia membantu meningkatkan industri pembinaan
di negeri Johor. Jadual 2.1 menunjukkan nilai kerja pembinaan mengikut lokasi projek
suku tahun pertama, 2013 sehingga suku tahun ke 3, 2015 yang diperolehi dari statistik
11
12

pembinaan suku tahunan 2015, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor. Jadual ini
menunjukkan nilai industri pembinaan di negeri Johor mencatatkan pertumbuhan
nilaisejak tahun 2013. Walaupun nilai pembinaan menurun pada suku tahun ke tiga,
tetapi selepas itu nilai pembinaan dalam industri pembinaan di negeri Johor terus
meningkat.

2.2 Industri Pembinaan

Industri Pembinaan adalah salah satu pemangkin untuk ekonomi negara.


Pembinaan boleh didefinisikan sebagai ‘mesin penggerak ekonomi Malaysia’. Industri
pembinaan hari ini dianggap berada pada paras yang dinamik di mana terdiri daripada
kombinasi kerumitan, ketidakpastian, serta menekankan kepantasan (Hamzah, 2009).

Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam industri pembinaan. Dengan


kuasa pentadbiran dan perundangan yang meluas, kerajaan dapat memastikan
kepentingan masyarakat tidak digadai dalam kemajuan pesat negara. Menurut Hamzah
(2009), ekonomi negara telah menyusut sebanyak 6.2 peratus pada awal pertengahan
tahun 2009. Semua sektor ekonomi seperti sektor pengeluaran, perkhidmatan, dan
pertanian telah mengalami penyusutan kecuali sektor pembinaan. Sektor pembinaan
telah mencatat peningkatan sebanyak 0.6 peratus GDP pada awal pertengahan tahun
2009 berbanding dengan tahun 2008.

Krisis ekonomi di peringkat global dan kesannya terhadap ekonomi negara


telah menggera kerajaan untuk mengaplikasikan projek pembinaan secara besar-
besaran di negara kita. Ini adalah kerana kerajaan yakin bahawa industri pembinaan
akan membawa untung kepada ekonomi negara. Jadual 2.1 memaparkan projek yang
ditawarkan oleh kerajaan kepada para kontraktor pada tahun 2008 (Hamzah, 2009).

12
13

 Baris pertama adalah nilai projek dalam RM million dan baris kedua adalah
nilai projek dalam Euro Million.

Kontraktor Tempatan Kontraktor Luaran

Bil.
Kategori Nilai Projek Projek Kerajaan Projek Swasta Projek Kerajaan Projek Swasta
Projek

Jumlah Nilai Nilai Nilai Nilai


Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
(RM mil) (RM mil) (RM mil) (RM mil) (RM mil)

2008 4,848 63,149.64 2,019 25,384.64 2,772 33,355.07 2 2,219.00 55 2,190.93

(Euro mil) 13,020.54 5,233.95 6,877.32 457.53 451.74


Perumahan 1,115 13,797.47 193 1,124.42 916 12,074.99 - - 6 598.06

(Euro mil) 2,844.84 231.84 2,489.69 123.31

Non 1,594 15,730.84 401 4,488.20 1,149 10,336.37 1 19.00 43 887.27

Residential
(Euro mil) 3,243.47 925.40 2,131.21 3.92 182.94
Mix 17 1,708.69 1 3.30 16 1,705.39 - - - -
Development
(Euro mil) 352.31 0.68 351.62
Social 953 16,293.58 815 12,451.81 136 3,223.79 - - 2 617.98
Amenities
(Euro mil) 3,359.50 2,567.38 664.70 127.42
Infrastruktur 1,143 15,539.84 598 7,288.31 542 5,981.29 1 2,200.00 2 70.24
(Euro mil) 3,204.10 1,502.74 1233.26 453.61 14.48
Lain-lain 26 79.22 11 28.60 13 33.24 - - 2 17.38
(Euro mil ) 16.33 5.89 6.85 3.58

Jadual 2.1 : Bilangan dan nilai projek yang ditawarkan mengikut status
kontraktor dan kategori projek (Hamzah 2009)

Sejurus dengan itu, kerajaan telah menggariskan beberapa kriteria penting


seperti memajukan industri pembinaan ke tahap maksimum, menitikberatkan
pengetahuan dan kekompetan profesional dan pekerja-perkerja pembinaan dalam
melaksanakan tugas, dan meningkatkan taraf industri pembinaan Malaysia ke tahap
yang diiktiraf global (Rohaizi, 2009).

Maka, tidak hairanlah para profesional dan pekerja pembinaan memainkan


peranan penting dalam memastikan pencapaian kriteria-kriteria yang digariskan oleh

13
14

kerajaan. Arkitek, Jurutera, Kontraktor, ‘Clerk of works’, Juruukur Bahan, Penyelia


tapak ialah antara yang termasuk dalam golongan ini.

2.3 Konsep dan Takrif ‘Penyelia Tapak’

Penyelia tapak ialah mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran,


pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu tapak
pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk menyelia kerja
pembinaan (CIDB, 2016).

Menurut Lee (2005), seorang penyelia tapak merupakan tulang belakang bagi
sesebuah projek pembinaan. Mereka ialah orang penting yang memastikan kerja-kerja
harian di tapak bina mencapai sasaran dan dilaksanakan mengikut spesifikasi. Penyelia
tapak bertanggungjawab dalam pengkordinasian kerja-kerja di tapak bina dan
memastikan kerja-kerja dikawal dengan betul.

Secara praktikal, penyelia tapak tidak melaksanakan kerja-kerja pembinaan


dengan sendiri tetapi bertanggungjawab dalam menyelia dan memperakui kerja-kerja
yang dilaksanakan di tapak bina. Bagi menyelia dan menilai semua elemen dalam
sesuatu kerja pembinaan, penyelia tapak mestilah mahir dalam pelbagai aspek dalam
bidang pembinaan.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB:TAPCSS 2010)


mentafsirkan Penyelia tapak dalam konteks yang luas seperti berikut:

14
15

“Penyelia tapak ialah seorang yang terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja
di dalam pelbagai konteks, kebanyakkannya adalah kompleks dan tidak lazim
dilakukan. Mereka mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang tinggi,
disamping mengawal dan memberi panduan kepada yang lain”.

Bantz (1995) mentafsirkan penyelia tapak sebagai wakil kontraktor yang


bertanggungjawab terhadap penyeliaan di tapak bina dengan memastikan kualiti kerja
di tapak bina adalah mengikut spesifikasi, dan berdasarkan arahan daripada pihak
klien.

Penyelia tapak dikatakan sebagai orang yang beramanah, berkompeten dan


menepati masa (Bantz, 1995). Penyelia tapak yang beramanah mestilah orang yang
berkebolehan membuat keputusan pantas bagi pihak kontraktor, mengeluarkan arahan
serta-merta berkenaan dengan kerja-kerja pembinaan di tapak bina dan perlu
memastikan keselamatan di tapak bina.

Seorang penyelia tapak dikatakan menepati masa apabila beliau menyelia


kerja-kerja di tapak bina tepat pada waktu, menyimpan rekod yang konsisten dan
senantiasa boleh dihubungi oleh kontraktor dan pekerja-pekerja di tapak binaan
terutamanya pada masa-masa kecemasan. Walaupun kehadiran optimum di tapak bina
merupakan kunci untuk penyeliaan yang menepati masa tetapi pada keadaan terdesak
seorang Penyelia tapak masih boleh melakukan kerja tepat pada masanya melalui fax,
internet, telefon dan ‘two way radio communication’ (Smith, 1997). Jikalau Penyelia
tapak dapat tahu bahawa terdapat kemusykilan baginya untuk melaksanakan kerja,
beliau boleh membuat persediaan awalan dengan mengamanahkan tugas kepada
penggantinya di tapak bina. Ini adalah supaya penyeliaan yang menepati masa masih
dapat dilakukan walaupun Penyelia tapak tidak dapat menghadirkan diri.

Daripada tafsiran-tafsiran dan konsep-konsep di atas boleh dirumuskan


bahawa, penyelia tapak merupakan wakil bagi pihak kontraktor untuk menyelia kerja-

15
16

kerja di tapak bina dan memastikan semua kerja pembinaan di tapak bina adalah
mengikut kontrak dan mutu kerja pembinaan adalah pada tahap tinggi dan menepati
spesifikasi. Mereka merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti
sama ada satu fasa pembinaan itu boleh dilaksanakan atau perlu ditangguhkan dengan
penyeliaan rapi terhadap kerja-kerja pembinaan di tapak bina.

2.4 Definisi Tapak Bina

Tapak bina merupakan premis atau kawasan atau lokasi yang ditentukan oleh
lembaga dimana kerja-kerja pembinaan dijalankan. (CIDB, 2016)

2.5 Konsep dan Takrif ‘Kontraktor’

Kontraktor bermaksud seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau


mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan (Akta
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011). Setiap
kontraktor yang ingin membida tawaran kerja pembinaan dari pihak kerajaan perlu
berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (LPIPM) dan
Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU). Pihak kontraktor ini
perlu mempunyai syarikat atau firma binaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia.

Kontraktor bumiputera adalah firma yang telah berdaftar dengan Bahagian


Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU). Kontraktor yang mempunyai sijil
taraf bumiputera ini telah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai kontrtor

16
17

berstatus syarikat kontraktor bumiputera dan layak untuk menyertai perolehan kerja
kerajaan yang dikhususkan kepada bumiputera. (Buku keperluan dan prosedur
pendaftaran kontraktor, CIDB Malaysia, 2015)

Setiap kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan menginginkan kerja


yang mereka lakukan itu dapat disiapkan dalam tempoh masa, kos dan spesifikasi yang
ditetapkan oleh klien. Apabila mereka berjaya menyiapkan projek pembinaan
mengikut Jadual dan rekod kerja pembinaan mereka baik, peluang untuk mendapatkan
projek pembinaan lain amat tinggi kerana reputasi yang ada pada kontraktor itu dari
sudut kecemerlangan mereka dalam menjalankan dan menyiapkan projek. Matlamat
utama kontraktor ialah menyiapkan projek pembinaan tersebut dan mendapatkan
keuntung dari apa yang mereka lakukan.

Tiada kontraktor yang mahu menanggung kerugian dalam menjalankan kerja


pembinaan. Bagi kontraktor berskala kecil dan sederhana, pemilik syarikat dalam
masa yang sama telah menjadi penyelia tapak. Apabila firma berkembang maju,
terdapat beberapa jawatan baru diwujudkan bagi melancarkan operasi syarikat dan
proses dalam pembinaan. Mereka mencari individu yang layak untuk menjadi penyelia
tapak untuk menguruskan aktiviti dalam pembinaan

2.6 Peranan Penyelia Tapak

Mengikut data yang dikeluarkan oleh CIDB (CIDB:TAPCSS 2010), bilangan


penyelia tapak di Malaysia sehingga September 2009 adalah seramai 68,599 orang.
Bilangan ini adalah tujuh peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Statistik
ini diambil kira berdasarkan bilangan yang berdaftar dengan CIDB. Tetapi menurut
CIDB, dalam keadaan sebenar masih terdapat ramai penyelia tapak yang tidak

17
18

berdaftar dengan CIDB. Maka, besar kemungkinan bilangan yang bekerja sebagai
Penyelia tapak di Malaysia melebihi bilangan dalam statistik tersebut.

Kenyataan di atas menunjukkan betapa pentingnya kehadiran penyelia tapak


dalam industri pembinaan Malaysia pada masa kini. Salah satu kerja penting dalam
sesuatu pembinaan adalah penyeliaan, dan individu yang menjalankan tugas tersebut
dipanggil sebagai penyelia tapak (James, 1989). Secara amnya, penyeliaan tapak
dikategorikan kepada penyeliaan kerja-kerja mekanikal, elektrikal dan awam dan
bangunan. Seorang penyelia tapak mestilah memahami dan melaksanakan kategori
penyeliaan yang diamanahkan kepadanya dengan betul.

Bagi melaksanakan tugas penyeliaan yang diamanahkan kepadanya dengan


berkesan, pengalaman merupakan aspek yang sangat penting. Selain pengalaman,
penyelia tapak juga mesti berintelektual untuk menilai dan menganalisis kerja yang
sedang dilaksanakan (Leary, 1985). Maka, kemahiran utama yang perlu ada pada
mereka adalah berkebolehan untuk membaca, memahami dan menginterpretasi
lukisan dan spesifikasi.

Sangat penting bagi seorang penyelia tapak untuk menyimpan rekod


penyeliaan (Rounds dan Segner, 2011). Rekod yang dimaksudkan ialah diari tapak
dimana setiap perkara penting yang berlaku di tapak bina dicatat di dalamnya. Perkara-
perkara penting seperti tarikh bahan-bahan binaan sampai, tempoh masa untuk sesuatu
kerja pembinaan dan perkara-perkara lain yang berlaku di tapak bina dicatat di
dalamnya. Ini adalah data tersusun yang sangat berguna dan yang akan membantu jika
mahu menyemak tarikh sesuatu kerja dilaksanakan. Rekod yang sangat penting atau
sulit akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Menurut Rounds dan Segner (2011) penyelia tapak mesti lebih teliti dalam
mengikuti perkembangan projek pembinaan. Beliau perlu lebih peka terhadap keadaan
pembinaan dan boleh menjangka masalah yang akan timbul. Jika semasa penyeliaan

18
19

beliau mendapati proses pembinaan tidak dilaksanakan seperti dalam lukisan dan
spesifikasi atau masalah-masalah lain berkenaan dengan pembinaan timbul, beliau
dengan segeranya perlu melaporkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan lanjutan.

Seorang penyelia tapak tidak mempunyai hak untuk mengubahsuai,


mengganti, mengkritik, menambah atau mengurangkan butiran-butiran dalam lukisan,
spesifikasi dan addenda. Tetapi beliau bertanggungjawab untuk tidak meluluskan atau
membenarkan pembinaan mana-mana bahagian yang bertentangan dengan butiran-
butiran dalam lukisan dan spesifikasi (Lee, 2005). Oleh itu, beliau mempunyai hak
untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan dengan tidak mengikut
spesifikasi.

Seorang penyelia tapak perlu memahami setiap butiran kontrak bagi kerja
pembinaan yang diselia olehnya. Ini termasuklah pemahaman setiap butiran dalam
pelan dan spesifiksi setelah dibuat perubahan, penambahan dan pengurangan. Selain
itu, beliau juga mesti memahami sebarang polisi berhubung dengan kejuruteraan,
‘Individual District’, dan penyeliaan (Lee, 2005). Ini adalah supaya Penyelia tapak
dapat melaksanakan tugasnya dengan tidak melanggar mana-mana peraturan.

Setiap penyelia tapak mempunyai tanggungjawab dan hak yang berbeza


mengikut organisasi bagi projek pembinaan tersebut. Mereka perlu mengetahui tugas
masing-masing dalam organisasi dan peka terhadap kepentingan pembinaan berkualiti.
Penyelia tapak dengan sendiri perlu memahami tahap pengetahuan teknikalnya dan
menerima tanggungjawab dengan tidak melebihi had (Rounds dan Segner, 2011).
Contohnya, jika penyelia tapak tidak mahir mengenai kerja-kerja elektrikal, beliau
tidak patut menerima tugas penyeliaan bagi kerja-kerja elektrikal.

Penyelia tapak mempunyai hak untuk mengarahkan sesuatu kerja pembinaan


itu disiapkan seperti dalam pelan dan spesifikasi. Beliau juga mempunyai
tanggungjawab untuk memeriksa dan mengenal pasti sama ada prosedur dan polisi

19
20

untuk menghentikan kerja-kerja pembinaan untuk tujuan keselamatan adalah selaras


dengan pelan dan spesifikasi (Rounds dan Segner, 2011).

Satu sifat utama yang perlu dimiliki oleh penyelia tapak semasa berinteraksi
dengan kontraktor ialah tegas, ramah dan adil. Menurut Round dan Segner (2011),
beliau mesti bekerjasama dengan kontraktor dan mempunyai pemahaman yang jelas
mengenai masalah yang dihadapi oleh kontraktor. Oleh itu, setiap keputusan dan
tindakan Penyelia tapak mesti memberi keselesaan kepada kontraktor dan pada yang
sama tidak melencong daripada peruntukan kontrak seperti dalam pemilihan bahan-
bahan binaan, cara-cara pembinaan dan sebagainya.

Selain membuat keputusan dan memberi arahan, penyelia tapak mesti


memastikan arahan-arahan berkenaan dilaksanakan dengan betul dan tepat pada
masanya. Setiap arahan yang dikeluarkan olehnya haruslah tidak bertentangan dengan
permintaan klien dan beliau sendiri perlu memastiksan bahawa arahannya tidak
menimbulkan masalah pada masa kelak (Rusch, 2008). Penyelia tapak juga perlu
berhati-hati dan dinasihatkan supaya tidak berbincang terus dengan pekerja-pekerja
kontraktor atau subkontraktor melainkan dengan pengetahuan kontraktor. Sebarang
penyalahfahaman dengan kontraktor perlulah diselesaikan dengan secepat mungkin
untuk mengelakkan sebarang masalah timbul pada masa kelak.

Rajah 2.2 menunjukkan carta organisasi yang asas di tapak bina untuk
mengetahui kedudukan penyelia tapak. Rajah 2.2 pula memaparkan pembahagian
kerja di tapak bina. Dengan ini skop kerja penyelia tapak secara am dapat diketahui.

20
Klien

Pengurus
Projek

Kontraktor

Jurutera Pegawai
Tapak Keselamatan

Pegawai Pentadbir Penyelia tapak ‘Clerk of Works’


Teknikal

Awam &

Bangunan & Senibina

Mekanikal

Elektrikal

Rajah 2.2: Carta organisasi di tapak bina (Tinsley, 1997)

21
JURUTERA TAPAK

Penyeliaan Tapak Pejabat Tapak


Pentadbiran

 Kerja-kerja Awam dan ‘Technical Services’  Rekod


struktur ‘Construction
 Dokumen kontrak Control’
 Persendirian
 Kerja-kerja Bangunan
dan Senibina  Pembinaan
 Komunikasi dan
 Kerja-kerja Mekanikal  ‘Survey’  Cawangan Teknikal Pengangkutan
 Program Kerja
 Kerja-kerja Elektrikal  Kerja-kerja Asas  Kelulusan pembinaan Pembinaan  Perumahan dan
kemudahan
   ‘Delivery Report’
 Keselamatan Kerja-kerja Konkrit Arahan Perubahan
 Bahan-bahan binaan
 Bahan-Bahan binaan  ‘Aggregrate  Laporan Kemajuan
Materials’
 Diari Tapak  Bayaran Kemajuan
 ‘Drafting Room’
 Laporan Penyiapan
 Pengurusan Projek

Rajah 2.3: Carta pembahagian kerja di tapak bina (Tinsley, 1997)

22
23

2.7 Tugas-Tugas Penyelia Tapak

Dalam projek pembinaan, selain pengurus projek atau pengarah urusan,


syarikat pembinaan akan mengambil beberapa orang penyelia tapak bagi mengawal
selia projek mereka. Bilangan penyelia bergantung kepada saiz atau skop kerja sesuatu
projek.

Menurut Rounds dan Segner (2011) tugas penyelia tapak adalah :

Penyelia tapak perlu memastikan pelaksanaan kerja di tapak bina adalah seiring
dengan peruntukkan pelan, spesifikasi dan butiran kontrak. Beliau juga mesti mahir
menginterpretasi lukisan, pelan dan spesifikasi untuk mengelakkan sebarang
kemusykilan.

Penyelia tapak perlu menyelia sama ada kerja-kerja pembinaan dilaksanakan


mengikut spesifikasi dan kemajuannya adalah seperti dalam program kerja bagi projek
tersebut. Sebarang masalah perlu dilaporkan olehnya kepada pihak pengurusan. Selain
menyelia, beliau juga perlu mengkordinasi setiap proses pembinaan, ujian, dan
kelulusan seperti diperuntukkan dalam spesifikasi dan kontrak.

Penyelia tapak juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan sama ada


proses pembinaan tersebut boleh dilaksanakan, atau terpaksa dihentikan atau
ditangguhkan seiring dengan butiran dalam spesifikasi. Jika sesuatu kerja pembinaan
tersebut tidak menepati spesifikasi dan mutunya adalah rendah, beliau dengan serta
merta perlu mengarahkan untuk menghentikan kerja tersebut.

Jikalau pelaksanaan sesuatu proses pembinaan didapati bahaya, beliau dengan


serta merta perlu mengeluarkan arahan untuk menghentikan kerja tersebut. Penyelia
tapak perlu memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil sebelum dan
24

semasa projek sedang dilaksanakan untuk mengelakkan sebarang kemalangan di tapak


bina. Beliau harus bekerjasama dengan pegawai keselamatan di tapak bina untuk
memastikan kerja-kerja pembinaan dilakukan dalam keadaan selamat dan selesa
(Douglas, 1969).

Penyelia tapak mempunyai tanggungjawab terhadap klien dan kontraktor


untuk membantu menghalang sebarang pertelingkahan antara buruh-buruh binaan.
Beliau perlu memastikan buruh-buruh binaan menjalankan kerja-kerja mereka dalam
keadaan aman. Jika terdapat sebarang masalah antara mereka, penyelia tapak
dinasihati melaporkannya kepada kontraktor dan tidak digalakkan untuk mengambil
keputusan dengan sendiri.

Diari tapak merupakan tanggungjawab penyelia tapak (George, 1996). Beliau


perlu merekod setiap perkara seperti tempoh kerja-kerja pembinaan, kemajuan kerja,
perubahan pada ‘As Built Drawings’, maklumat mengenai bahan-bahan binaan dan
perkara- perkara lain dalam diari tapak secara konsisten. Ianya perlu berada di bawah
jagaannya sehingga projek tersebut selesai dan tidak boleh diberikan kepada orang lain
tanpa sebab mustahak.

CIDB membahagikan tugas-tugas Penyelia tapak kepada lima bahagian utama


iaitu; tugasan pra pembinaan, menyelia aktiviti sumber, menyelia aktiviti pembinaan,
menjalankan kerja-kerja pentadbiran di tapak bina dan menyediakan laporan
pembinaan. Butirannya adalah seperti berikut: (CIDB: TAPCSS 2010)

i) Tugasan Pra Pembinaan


- Menyelia Jadual kerja
- Menyelaras keperluan pihak berkuasa tempatan
- Menyelia pejabat tapak dan kerja-kerja ‘setting out’
25

ii) Menyelia Aktiviti Sumber


- Memantau aktiviti pekerja, penggunaan peralatan dan bahan binaan
- Menyelia Jadual kerja

iii) Menyelia Aktiviti Pembinaan


- Menyelia kerja-kerja ditapak bina

iv) Menjalankan Kerja-Kerja Pentadbiran Di Tapak Bina


- Menghadiri mesyuarat tapak bina
- Memantau dan merekod aktiviti pembinaan
- Mengurus penyimpanan lukisan binaan & maklumat kerja

v) Menyediakan Laporan Pembinaan


- Menjaga diari tapak dan melaporkan kemajuan kerja
- Menjalankan kerja-kerja pengukuran ditapak bina
- Merekod sebarang perubahan bagi ‘As Built Drawings’
- Mengumpul data-data kerja dan laporan kerosakan

Boleh disimpulkan bahawa, tugas seorang penyelia tapak adalah merekod,


mencatat aktiviti projek setiap hari dalam diari tapak, mengatur kerja tukang atau
pekerja binaan, mengawal selia kerja di tapak, mengawal dan menyemak mutu kerja,
mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, penerimaan barang-barang binaan di tapak
bina dan mengatur penyimpanan serta rekod. Beliau juga akan bekerjasama dengan
kerani tapak, melapor kemajuan kerja pembinaan kepada pengurus projek. Penyelia
tapaklah yang bertanggungjawab untuk merekod peratus, kuantiti kerja, membuat
ukuran sub-con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.

Dengan ini adalah jelas bahawa penyelia tapak merupakan individu yang
sangat penting dalam memastikan kelancaran aktiviti pembinaan di tapak bina, mutu
26

kerja pembinaan adalah pada tahap tinggi dan pembinaan dilaksanakan mengikut
program kerja.

2.8 Klasifikasi Tahap Profesion Mengikut CIDB

i) Tahap 1

Golongan yang terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja, sebahagian


besarnya adalah lazim dilakukan dan boleh dijangka. Kerjaya yang termasuk dalam
tahap ini adalah buruh-buruh binaan.

ii) Tahap 2

Golongan yang terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai


konteks, sebahagiannya adalah tidak lazim dilakukan serta memerlukan
tanggungjawab dan autonomi diri. Pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir
dikategorikan dalam tahap 2.

iii) Tahap 3

Golongan yang termasuk dalam tahap ini ialah mereka yang terampil
melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, kebanyakkannya adalah
kompleks dan tidak lazim dilakukan. Mereka mempunyai tanggungjawab dan
autonomi diri yang tinggi, disamping mengawal dan memberi panduan kepada yang
lain. Menurut CIDB, penyelia tapak diklasifikasikan dalam tahap ini.
27

iv) Tahap 4

Golongan yang terampil melakukan pelbagai aktiviti kerja teknikal dan


profesion yang luas skop dan konteksnya. Mempunyai tanggungjawab dan autonomi
diri yang tinggi, di samping lazim bertanggungjawab terhadap kerja orang lain dan
agihan sumber-sumber. Berdasarkan CIDB, pengurus projek dan kontraktor termasuk
dalam tahap ini.

v) Tahap 5

Profesional yang terampil menggunakan pelbagai prinsip asas dan teknik yang
kompleks, di dalam bidang yang luas serta selalu tidak dijangka. Mempunyai
tanggungjawab dan autonomi diri yang sangat tinggi, serta bertanggungjawab terhadap
kerja orang lain dan agihan sumber-sumber, juga bertanggungjawab terhadap analisis,
diagnosis, rekabentuk, perancangan, pengendalian dan penilaian. Jurutera, Arkitek,
Juruukur bahan, Perancang dan para profesional lain termasuk dalam tahap ini.

2.9 Konsep dan Takrif Kriteria

Penyeliaan aktiviti pembinaan adalah perkara yang kompleks dan tersendiri.


Salah satu faktor kelancaran aktiviti di tapak bina dan seterusnya membawa kepada
kejayaan sesuatu projek adalah penyeliaan aktiviti di tapak pembinaan yang berkesan.
Dalam sebuah firma pembinaan terdapat beberapa jabatan dan setiap jabatan
mempunyai jawatan dan bidang tugas yang berbeza mengikut kelayakkan jawatan
tersebut. Bidang tugas tersebut telah diberikan kepada individu yang berkelayakkan
untuk menjalankan tugas tersebut. Jika setiap jabatan dalam firma pembinaan
28

mempunyai kecekapan pengurusan yang baik, ini akan menghasilkan produktiviti,


perolehan dan pulangan yang baik kepada firma pembinaan tersebut.

Terdapat beberapa kriteria yang dinilai oleh pihak firma pembinaan dalam
melayakkan individu itu menjadi penyelia tapak. Sebagai contoh, individu yang
bekerja di bahagian kewangan dan pengkeranian mungkin tidak mempunyai kriteria
untuk bekerja di bahagian projek seperti penyelia tapak disebabkan tidak mempunyai
asas dan pengetahuan dalam bidang penyeliaan tapak bina. Kriteria merupakan suatu
yang sangat penting dalam mencari individu yang layak dalam menjawat sesuatu
jawatan supaya hanya individu yang memenuhi kelayakkan sahaja dipilih untuk
menjalankan tugas tersebut.

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, Gerbang Kata Dewan Bahasa Dan
Pustaka Malaysia (2013), kriteria bermaksud kritéria, ukuran (asas pertimbangan)
untuk menentukan nilai (baik buruknya dan lain lain) sesuatu, penilaian sesuatu
selalunya subjektif dan berdasarkan ciri-ciri yang berlainan.

Mengikut kamus (‘Oxford’, 2015) pula kriteria bermaksud standard atau


prinsip oleh sesuatu yang mana dihakimi, atau dengan bantuan keputusan yang dibuat.

Sehubungan dengan itu, kriteria boleh dimaksudkan sebagai satu ukuran atau
pertimbangan untuk menentukan nilai sesuatu perkara. Penilaian yang dilakukan itu
mempunyai spesifikasi dan prinsip yang khusus bagi melayakkan sesuatu perkara itu
mengikut kriteria yang diperlukan.

Dalam konteks kajian ini, kriteria dapat dimaksudkan dengan ukuran untuk
menentukan nilai, ciri-ciri dan sifat yang diperlukan bagi melayakkan individu tersebut
menjadi penyelia tapak. Jika individu tersebut memenuhi ciri-ciri yang diperlukan
29

untuk menjadi penyelia tapak, maka individu itu layak untuk menjawat jawatan
tersebut bergantung kepada penilaian yang dijalankan olek pihak firma pembinaan.

2.9.1 Tahap Pengalaman

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, Gerbang Kata Dewan Bahasa Dan
Pustaka Malaysia (2013), pengalaman ditakrifkan sebagai apa-apa yang pernah atau
telah dialami. Oleh itu, pengalaman boleh dirumuskan sebagai konsep am terdiri
daripada pengetahuan atau kemahiran atau pemerhatian sesuatu benda atau peristiwa
yang diperoleh melalui penglibatan atau pendedahan kepada benda atau peristiwa itu.

Dalam industri pembinaan, penyelia tapak perlulah terdiri daripada seseorang


yang berpengalaman dalam menyelia kerja-kerja di tapak bina. Menurut CIDB (2016),
seorang penyelia tapak haruslah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 6 bulan
dalam menyelia tapak bina.

Tambahan lagi, penyelia tapak mestilah mempunyai Sijil Kecekapan


Kemahiran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB, 2016).
Selain itu, penyelia tapak perlu berdaftar dan mempunyai kad hijau yang diperolehi
hasil taklimat yang diberikan oleh pihak CIDB.

Manakala menurut laman web ‘Australian Recruitment Agency’, pengalaman


yang diperlukan untuk menjadi penyelia tapak kurang-kurangnya 2 tahun pengalaman
dalam penyeliaan dan pengurusan tapak.
30

Menurut iklan perkerjaan yang dikeluarkan oleh syarikat Mazsoni Global Sdn
Bhh (2016) menyatakan bahawa minimum 2 tahun pengalaman yang berkaitan dengan
kerja-kerja di tapak bina diperlukan untuk menjadi penyelia tapak.

Tambahan lagi, menurut iklan yang dikeluarkan oleh PJD Construction Sdn
Bhd (2016), pula menyatakan bahawa pengalaman minimum berkaitan penyeliaan
tapak adalah 3 tahun dan ke atas. Hal ini menunjukkan bahawa untuk menjadi penyelia
tapak memerlukan seseorang itu mempunyai pengalaman yang secukupnya.

2.9.2 Tahap Pendidikan

Menurut CIDB (2016), pendidikan yang diperlukan supaya membolehkan


seseorang itu menjadi penyelia tapak adalah sekurang-kurangya sijil dan kursus yang
berkaitan dengan pengurusan dan penyeliaan tapak pembinaan.

Menurut iklan syarikat Mazsoni Global Sdn Bhd (2016), pengalaman yang
diperlukan oleh seorang penyelia tapak adalah minimum diploma dalam bidang
pembinaan atau kejuruteraan awam.

Selain itu, menurut iklan syarikat Kezobumi Sdn Bhd (2016), pengalaman
yang diperlukan oleh seorang penyelia tapak adalah sekurang-kurangnya Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).

Tambahan lagi, menurut iklan syarikat Sanumurni Development Sdn Bhd


memerlukan seseorang untuk menjadi penyelia tapak harusla mempunyai Ijazah dalam
bidang berkaitan pembinaan.
31

2.9.3 Tahap Pengetahuan

Menurut CIDB (2016), pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi seorang


penyelia tapak adalah pengetahuan berkenaan pengurusan tapak bina. Hal ini akan
memudahkan urusan penyeliaan di tapak bina. Sebagai contoh, penyeliaan tentang
buruh, jentera, peralatan dan seumpamanya akan mudah diurusan dan diselia oleh
penyelia tapak.

Manakala menurut iklan Mazsoni Global Sdn Bhd (2016), penyelia tapak
haruslah mempunyai pengetahuan menggunakan komputer. Kemahiran ini adalah
penting untuk penyelia tapak merekod diari tapak dan aktiviti yang dijalankan di tapak
bina.

Menurut iklan yang dikeluarkan oleh syarikat Kezobumi Sdn Bhd (2016),
pengetahuan yang diperlukan adalah berkaitan dengan teknologi dalam bidang
kejuruteraan awam.

Selain itu, iklan yang dikeluarkan oleh Tiara Residences Sdn Bhd (2016) pula
menyatakan seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang pengurusan
dan pentadbiran dalam industri pembinaan.

2.9.4 Personaliti Peribadi

Penyelia tapak mestilah seorang yang boleh bekerja di dalam kumpulan. Hal ini
adalah kerana Ia adalah disyorkan bahawa mereka yang mempunyai kemahiran sosial
untuk bersama-sama dengan rakan-rakan dan rakan sekerja dipilih sebagai projek-
32

projek mereka mungkin mempunyai kualiti yang lebih baik. Kejayaan sesebuah projek
bergantung kepada kerja berpasukan selain penyelia tapak yang mempunyai
kemahiran sosial yang baik akan dapat bekerja dengan baik dengan orang lain.
Penyelia-penyelia tapak dengan sifat ini akan kerjasama, bersedia untuk membantu
rakan sekerja, mengelakkan menjengkelkan orang lain, mengambil kira hak dan
perasaan orang lain dan mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan
semangat (Putti, 1985; Van Scotter dan Motowidlo, 1996).

Komunikasi juga merupakan elemen yang pening. Masalah komunikasi juga


sering berlaku kerana umur, jantina, pendidikan, latar belakang budaya yang menjadi
jurang dalam komunikasi. Sebagai penyelia tapak, mereka hendaklah mengenalpasti
setiap perbezaan dan mencari cara komunikasi yang betul supaya dapat membantu
mnyampaikan maklumat kepada pihak yang lain. Komunikasi juga berlaku melalui
dua proses, di mana wujudnya seseorang mnyampaikan maklumat dan seorang yang
mendengar mklumat yang disampaikan. (Tepper, 2008).

Menurut iklan Merge Matrix Sdn Bhd (2016), penyelia tapak haruslah seorang
yang berdisiplin dalam melakukan tugas. Hal ini kerana penyelia tapak merupakan
seorang yang memainkann peranan penting di tapak bina yang membawa kepada
kejayaan sesuatu projek pembinaan.

Selain itu, penyelia tapak juga mestilah seorang yang boleh bekerja di bawah
tekanan. Suasana di projek pembinaan sangat kompleks seterusnya boleh
menyebabkan seseorang itu mengalami stress dan tekanan kerja. Oleh itu, penyelia
tapak mestilah dari kalangan mereka yang boleh menangani tekanan kerja dengan baik.
Hal ini kerana setiap penyelia tapak mempunyai tugasan dan tanggungjawab yang
kritikal dalam memastikan kelancaran proses kerja di tapak bina.
33

2.10 Kemahiran Penyelia Tapak Menguruskan Tapak Bina

Menurut Jha (2005) penyelia tapak yang berjaya mengetahui apa yang berlaku
di dalam organisasi mereka. Mereka hendaklah menpunyai kemahiran asas untuk
menyelia sesuatu organisasi seperti kemahiran kemanusiaan, kemahiran teknik,
kemahiran pentadbiran serta kemahiran konsep.

2.10.1 Kemahiran Insaniah (Soft Skills)

Kemahiran Insaniah (Soft Skills) merangkumi aspek-aspek kemahiran generik.


Walaupun tidak terdapat suatu senarai kemahiran khusus tentang kemahiran insaniah,
namun kebanyakannya berkait dengan penguasaan kemahiran seperti kepemimpinan,
kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan (Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia, 2006)

2.10.1.1 Komunikasi

Menurut Round dan Segner (2011), komunikasi merujuk kepada proses


memindahkan maklumat dan kefahaman dari seorang kepada seorang yang lain.

Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa proses komunikasi adalah penyampaian


maklumat dari seorang kepada seorang yang lain. Lebih penting lagi, tujuan
komunikasi ialah untuk menyampaikan maklumat. Tanpa kefahaman tentang sesuatu
maklumat, ia dianggap proses komunikasi itu tidak lengkap.
34

Dalam pembinaan, komunikasi merupakan elemen yang sangat penting.


Komunikasi, menulis dan lisan, boleh ketara memberi kesan kepada hasil projek
(Farooqui et al., 2010).

Jha (2005) mendefinisikan kemahiran komunikasi sebagai keupayaan untuk


tidak hanya berkomunikasi dengan pekerja dari kumpulan etnik lain, tetapi juga untuk
berinteraksi berkesan dengan orang lain di semua peringkat, di dalam dan di luar
organisasi.

Komunikasi yang lemah boleh menyebabkan produktiviti projek yang lemah


(Adrien, 2001). Penyelia tapak mempunyai tugas yang penting dalam berkomunikasi
dengan pekerja bawahan dan dalam masa yang sama dengan pengurusan atasan.
Mereka juga mungkin perlu untuk menulis laporan dan e-mel secara berkesan untuk
dihantar kepada pihak atasan.

Masalah komunikasi juga sering berlaku kerana umur, jantina, pendidikan,


latar belakang budaya yang menjadi jurang dalam komunikasi. Sebagai penyelia tapak,
mereka hendaklah mengenalpasti setiap perbezaan dan mencari cara komunikasi yang
betul supaya dapat membantu mnyampaikan maklumat kepada pihak yang lain.
Komunikasi juga berlaku melalui dua proses, di mana wujudnya seseorang
mnyampaikan maklumat dan seorang yang mendengar mklumat yang disampaikan.
(Tepper, 2008).

Keberkesanan dalam pendengaran bukanlah hanya mendengar semata-mata


tetapi ia juga memerlukan beberapa langkah ataupun cara untuk menjadi pendengar
yang berkesan. Pertama, jika maklumat yang didapati atau diperoleh tidak jelas, maka
jangan malu untuk bertanya. Hal ini akan membuatkan kita kelihatan seolah-olah
berminat dengan apa yang disampaikan. Keduanya, beri sepenuhnya perhatian
terhadap apa yang disampaikan supaya mklumat yang disampaikan berkaitan projek
35

yang penting tidak terlepas. Ketiga, catat nota-nota penting jika perlu. Hal ini supaya,
kita dapat merancang tindakan apa yang perlu dilakukan untuk melancarkan tugas
sebagai penyelia tapak.

Jika mempunyai pendengar, dalam komunikasi juga mempunyai penyampai


maklumat. Barulah sesuatu proses komunikasi itu berlaku. Untuk memudahkan
pemberi maklumat menyampaikan maklumat dengan cara yang baik agar tiada jurang
antara pendengar maklumat, seseorang pemberi maklumat mestilah menyampaikan
idea dalam satu masa. Sebagai contoh, jika berlaku proses melatih pekerja baru di
tapak untuk melakukan satu pekerjaan, sampaikan maklumat dengan satu persatu
supaya pekerja berkenaan mudah memahami apa yang disampaikan. Disamping itu,
menggunakan asas bahasa ataupun gerak tubuh badan yang sering digunakan untuk
membuatkan pendengar mudah memahami apa yang ingin disampaikan.

Penyelia tapak bukan sahaja menjadi penyampai maklumat terhadap pekerja


bawahan malah penyelia tapak juga menadi pendengar bagi pihak atasan. Maka,
penyelia tapak haruslah mempunyai sikap untuk mnjadi pendengar yang baik dan juga
penyampai yang baik bagi memudahkan proses pekerjaan mereka. Jika komunikasi ini
berkesan, maka ia juga dapat melancarkan proses pembinaan terhadap sesuatu projek
pembinaan.

2.10.1.2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Penyelesaian masalah ialah kecekapan utama yang diperlukan oleh penyelia


tapak. Masalah menghapuskan adalah kepentingan asas untuk menyokong pekerja,
mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan positif seterusnya meningkatkan
produktiviti pekerja. (Rounds dan Segner, 2011)
36

Oleh itu, penyelia tapak mestilah mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan


suatu masalah yang berlaku di tapak pembinaan terutamanya di kalangan pekerja.
Kemahiran ini penting bagi penyelia tapak dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan kelancaran aktiviti di tapak pembinaan tanpa sebarang masalah.

2.10.1.3 Kemahiran Membuat Keputusan

Membuat keputusan adalah menjadi salah satu sebahagian peranan penyelia


tapak. Penyelia tapak yang akan menentukan apa yang perlu dibuat, siapa yang akan
melakukan tugas berkenaan, bagaimana ia dilakukan, bila dan dan di mana ia
dilakukan. Penyelia tapak juga orang yang terlibat dalm mengarahkan tingkah laku
pekerja ke arah mencapai matlamat organisasi dan juga pekerjanya (Donald et al.,
1985). Hal ini kerana, penyelia tapak kerap dalam membuat keputusan berbanding
pengurus yang lain disebabkan mereka acap kali berhadapan dengan pekerja bawahan
semasa hari bekerja. (Rounds dan Segner, 2011)

Penyelia tapak membuat keputusan yang bukan sahaja melibatkan tingkah laku
diri mereka tapi melibatkan orang sekeliling mereka termasuk pekerja dan orang
atasan. Mereka membuat keputusan dengan memilih tindakan daripada alternatif yang
ada untuk melahirkan satu keputusan yang dikehendaki.

Justeru, kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah


diperlukan terhadap penyelia tapak untuk dilaksanakn dalam pekerjaan seharian. Hal
ini agar, dapat melancarakan proses pembinaan serta dpat mengelakakn berlaku
sebarang penanguhan projek dan penambahan kos.
37

2.10.1.4 Kemahiran Kepimpinan

Seseorang penyelia yang berjaya mampu membangunkan konsep kepimpinan


terhadap pemikiran seseorang ataupun sebahgian pihak yang bekerja dengannya
sebagai seorang penyelia tapak yang baik ataupun tidak (Rounds dan Segner, 2011).

Menurut Donald et al. (1985), kepimpinan adalah proses yang mempengaruhi


individu ataupun sebahagian kumpulan dalam melkaukan aktiviti untuk mencapai
objektif yang ditetapkan.

Kepimpinan juga dapat ditafsirkan apabila orang lain dapat mngikuti arahan
yang diberikan dan produktif untuk melakukannnya (Tepper, 2008). Kepimpinan
bukan sahaja dengan memberi arahan kepada pekerjanya malah terdapat juga ciri lain
yang diperlukan di dalam seorang pemimpin seperti:-

• Yakin dengan keupayaan diri sendiri. Hal ini kerana, pekerja kurang yakin
terhadap ketua yang kurang kenyakinan terhadap diri sendiri.

• Komunikasi yang baik. Jelas dalam menyampaikan maklumat dan memberi


arahan yang lengkap untuk melengkapkan satu tugasan.

• Membuat keputusan dalam waktu yang kritikal. Cepat dalam menyelesaikan


masalah yang utama di dalam projek pembinaan.

Oleh itu, kemahiran kepimpinan di dalam diri seseorang yang mempunyai


jawatan penyelia tapak amat penting. Hal ini supaya, dapat melahirkan produktiviti
kerja yang baik dan melahirkan seorang penyelia tapak yang berkaliber.
38

2.10.1.5 Motivasi kepada Pekerja

Tambahan lagi, kesedaran dan motivasi berterusan yang diberikan kepada


pekerja buruh oleh penyelia tapak tentang perkara ini dan komunikasi dengan pekerja
buruh tentang kepentingan mengenai bantuan mereka dalam memastikan peralatan dan
jentera berada dalam keadaan selamat akan membantu pencapaian pengurusan
keselesamatan perlalatan. (Rounds dan Segner, 2011)

2.10.2 Kemahiran Teknikal

Kemahiran teknikal merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan seseorang


pengurus mengaplikasi segala teori, kaedah, teknik, prosedur dan alat-alat yang sesuai
untuk melaksanakan sesuatu tugas yang spesifik.

2.10.2.1 Ilmu Teknologi Binaan

Penyelia tapak harus mempunyai ilmu mengenai teknologi binaan (Lee, 2005).
Ilmu ini akan meningkatkan pemahaman beliau mengenai setiap elemen dalam
pembinaan yang akan membantu kerja penyeliaannya dalam memastikan sama ada
sesuatu kerja pembinaan itu mempunyai kualiti yang tinggi atau tidak.

Kemahiran teknikal merupakan ilmu asas yang membantu beliau untuk


menginterpretasi lukisan, pelan dan spesifikasi. Kemahiran teknikal dan teknologi
binaan akan memberi pegetahuan yang secukupnya kepada Penyelia tapak untuk
39

melaksanakan kerja penyeliaanya dengan teliti. Dengan pengetahuan ini beliau senang
mengenal pasti sama ada sesuatu proses pembinaan tersebut dilaksanakan mengikut
spesifikasi serta samaada perlu dihentikan, ditangguhkan atau diubah.

2.10.2.2 Membaca Kontrak

Setiap profesional dan pekerja dalam industri pembinaan harus mempunyai


pengetahun mengenai kontrak, Dengan itu, penyelia tapak bukanlah terkecuali
(Rounds dan Segner, 2011). Pengetahuan kontrak akan membantunya dalam
memastikan setiap arahan yang dikeluarkan dan pelaksanaan tugas olehnya tidak
melanggar kontrak dan mana-mana peraturan.

2.10.2.3 Pengurusan Tapak

Selain penyeliaan, pengurusan projek khasnya pengurusan tapak binaan


merupakan salah satu tugas penting beliau. Oleh itu, pengetahuan mengenai
pengurusan adalah mustahak supaya beliau dapat mengendalikan diari tapak yang
berada dalam pegangannya dengan baik (Rounds dan Segner, 2011). Rekod kemajuan
iaitu rekod setiap perkara penting seperti tarikh bahan-bahan binaan sampai, tempoh
masa untuk sesuatu kerja pembinaan dan perkara-perkara lain harus direkod dengan
teliti dan senantiasa perlu dikemaskini.

Penyelia tapak bertanggungjawab bagi pengurusan sumber-sumber yang akan


digunakan untuk membina projek. Antara pengurusan sumber yang menjadi
tanggungjawab penyelia tapak adalah sumber manusia, sumber bahan dan peralatan.
40

2.10.2.4 Pengurusan Sumber Manusia

Sumber manusia merujuk kepada buruh atau pekerja. Keberkesanan seorang


penyelia tapak dalam menguruskan pekerja buruh yang melakukan kerja-kerja di tapak
bina mempunyai kesan besar terhadap sesuatu projek seerusnya menentukan
keberkesanan dan kejayaan penyelia tapak berkenaan. Oleh itu, penyelia tapak
perlulah memilih pekerja buruh yang tepat dalam menjalankan aktiviti pembinaan.
(Rounds dan Segner, 2011)

2.10.2.5 Merancang dan Menyelia Kerja Buruh

Penyelia tapak perlu merancang jumlah perkerja yang diperlukan untuk sesuatu
projek pembinaan supaya aktiviti pembinaan yang dijalankan dapat disiapkan.
Penyelia tapak juga akan memberikan arahan kerja kepada buruh. Hal ini memerlukan
penyelia tapak perlu merancang kerja-kerja yang hendak dilakukan oleh buruh.
(Rounds dan Segner, 2011)

Selain itu, penyelia tapak juga bertanggungjawab dalam memastikan pekerja


menepati waktu, menjaga disiplin dan tingkah laku serta dapat menerima teguran.
Tambahan lagi, kerja-kerja merekod aktiviti pembinaan merupakan tanggungjawab
yang digalas oleh penyelia tapak untuk memantau segala proses pembinaan. (Rounds
dan Segner, 2011)
41

2.10.2.6 Pengurusan dan Penyeliaan Bahan

Pengurusan dan penyeliaan bahan binaan di tapak bina juga merupakan prinsip
asas yang diperlukan oleh seorang penyelia tapak. Penyelia tapak bertanggungjawab
dalam memastikan bahan binaan yang betul digunakan oleh pekerja buruh dalam
melakukan aktiviti pembinaan selain memastikan bahan tersebut disimpan di tempat
yang selamat. Apabila bahan telah dibeli dan dihantar ke tapak, penyelia tapak perlu
menentukan pemunggahan, pengendalian dan tempat penyimpanan yang sesuai untuk
bahan tersebut. Penyelia tapak mempunyai tanggungjawab untuk memastikan
peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan berada di tapak bina dan
berada dalam keadaan yang baik. (Rounds dan Segner, 2011)

2.10.2.7 Pengurusan dan Penyeliaan Jentera

Penggunaan jentera dan mesin juga perlu diselia oleh penyelia tapak. Hal ini
merujuk kepada jenis jentera dan bila jentera tersebut diperlukan berada di tapak bina.
Di samping itu, langkah-langkah keselamatan bagi pencegahan kehilangan dan
kecurian peralatan dan jentera mesti di bawah seliaan penyelia tapak. Setiap syarikat
pembinaan mempunyai polisi dan prosedur yang berbeza berkenaan jaminan
keselamatan peralatan dan jentera. Oleh itu, penyelia tapak mestilah mempunyai
pengetahuan tenang polisi syarikat mereka. (Rounds dan Segner, 2011)
42

BAB 3

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai kaedah kajian yang dilaksanakan dengan


lebih jelas dalam proses pengumpulan data bagi mencapai objektif dan matlamat
kajian.

3.2 Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah satu proses atau kaedah yang dijalankan bagi
mendapatkan data dan satu kaedah pengolahan data bagi mencapai objektif yang
ditetapkan dalam kajian. Antara aspek yang perlu diambil kira dalam metodologi
kajian adalah kaedah dan rekabentuk kajian, instrument kajian, responden kajian dan
kaedah menganalisis data (Majid, et al., 2006). Bagi mencapai objektif kajian ini, lima
peringkat kajian seperti Rajah 3.1 akan dilaksanakan dan dijadikan panduan.
43

Peringkat Pertama
Berdasarkan :
Mengenalpasti masalah dan  Artikel laman web
tajuk kajian  Jurnal
 Buku rujukan

 Objektif Satu : Mengenalpasti kriteria pemilihan


penyelia tapak pembinaan oleh kontraktor
Menentukan objektif kajian  Objektif Dua : Mengenal pasti kemahiran yang
perlu untuk menjadi penyelia tapak pembinaan

 Tertumpu kepada kontraktor di daerah johor


 Responden terdiri daripada pengurusan atasan iaitu
Penentuan skop kajian pengarah urusan, pengurus projek atau pengurus
tapak.

Peringkat Kedua
 Kajian literatur dijalankan menggunakan teknik
Pengumpulan dan
pembacaan dari sumber-sumber seperti jurnal,
Penyusunan Data Sekunder artikel, buku-buku rujukan, laman web dan tesis
yang mempunyai kaitan dengan kajian.

Peringkat Ketiga  Data jenis kuantitatif (likert-scale)


Pengumpulan dan  Data dikumpul menggunakan kaedah soal selidik
Penyusunan Data Primer yang terdiri dari 3 bahagian
 Bahagian A : Maklumat responden
 Bahagian B : Kriteria pemilihan penyelia tapak oleh
kontraktor
 Bahagian C : Kemahiran yang sesuai untuk menjadi
penyelia tapak

Peringkat Keempat  Data dianalisis menggunakan perisian komputer


iaitu ‘Statistical Package for the Social Sciences’
Analisis Data atau lebih dikenali sebagai ‘SPSS’.
 Menggunakan purata bagi menilai data yang
dianalisis

 Data yang dianalisis dipersembahkan dalam


bentuk graf dan Jadual.
Ulasan dan Perbincangan
 Ulasan dan perbincangan ditulis berdasarkan graf
dan Jadual.

Peringkat Kelima  Rumusan dilakukan merangkumi matlumat dan


data yang diperoleh dalam kajian.
Hasil Kajian  Kesimpulan dibuat merangkumi keseluruhan
kajian.

Rajah 3.1: Carta Alir Metodologi


44

3.2.1 Peringkat Pertama – Kajian Awalan

Peringkat pertama kajian melibatkan proses pemilihan tajuk kajian dengan


proses mengenalpasti masalah yang berlaku dalam industri pembinaan. Pemilihan
tajuk kajian dilakukan berdasarkan masalah yang dikenalpasti melalui artikel laman
web dan jurnal. Proses seterusnya dijalankan melalui perbincangan bersama penyelia
bagi mengenalpasti objektif dan skop kajian yang dijalankan.

3.2.2 Peringkat Kedua – Pengumpulan dan Penyusunan Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang sedia ada iaitu data yang telah dikumpul dan
dianalisis oleh orang lain. Data sekunder yang digunakan haruslah diteliti sebelum
dimasukkan ke dalam kajian sebagai teori. Menurut Kothari (2006), terdapat dua
kategori data sekunder iaitu yang dipamerkan atau tidak dipamerkan. Data sekunder
yang dipamerkan adalah data seperti jurnal, artikel, buku ilmiah, majalah, surat khabar,
laporan dari pelbagai agensi, tesis dari penyelidik lain dan sebagainya. Data sekunder
yang tidak dipamerkan pula adalah data melalui diari, surat, biografi dan sebagainya.
Data sekunder adalah data yang digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan
gambaran awal tentang kajian yang dibuat. Data dan maklumat yang dikumpul dalam
fasa ini akan membantu penyelidik menjalankan kajian ke fasa seterusnya iaitu fasa
pengumpulan data dari responden dan fasa menyediakan soalan soal selidik kepada
responden.

3.2.3 Peringkat Ketiga – Pengumpulan dan Penyusunan Data Primer

Data primer adalah data baru yang dikumpul oleh penyelidik di mana data ini
adalah yang pertama dan tidak pernah digunakan dalam mana-mana kajian lain.
Dengan kata lain, data primer adalah data yang dijana sendiri oleh penyelidik
(McNabb, 2013). Data primer terbahagi kepada dua jenis iaitu kualitatif dan
45

kuantitatif. Menurut Tesch (1990), data kualitatif adalah maklumat yang diperolehi
oleh penyelidik bukan dinyatakan dalam bentuk nombor. Manakala menurut Keith
(2014), data kuantitatif adalah data dalam bentuk nombor sama ada dalam bentuk
pengiraan atau berskala. Kajian ini membentuk data kuantitiatif yang melibatkan
pengiraan dalam bentuk nombor bagi membantu penyelidik dalam membuat
perbezaan. Soal selidik adalah salah satu daripada data jenis kuantitatif.

Menurut Brace (2008), soal selidik mewakili sebahagian daripada proses


kajian dan berperanan sebagai alat untuk penyelidik mendapatkan maklumat bagi
menjawab objektif kajian yang dijalankan. Kajian ini menggunakan kaedah soal
selidik yang menggunakan ‘Likert-scale’. Skor dan penerangan bagi penggunaan
‘likert scale’ bermula dari 1 hingga 5 dan 1 hingga 2 seperti Jadual 3.1. Soalan soal
selidik terbahagi kepada tiga bahagian yang telah ditetapkan mengikut objektif kajian.

Jadual 3.1: Jadual Skor Dan Penerangan Bagi ‘Likert-Scale’

Skor Penerangan

1 Sangat tidak setuju


2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju

(Sumber: Brace, 2008)

Pemilihan lima peringkat skor ini adalah bertujuan mendapatkan pendapat


pihak responden tentang tahap persetujuan kriteria dan tahap kepentingan kemahiran
yang diperukan untuk mejadi penyelia tapak. Setiap individu mempunyai tahap
persetujuan atau pendapat yang berbeza mengikut tahap pengetahuan dan pengalaman
masing-masing. Oleh hal yang demikian, penggunaan skor jenis tahap persetujuan
dalam ‘Likert-Scale’ ini dilihat sangat bersesuaian.
46

3.2.4 Peringkat Keempat – Analisis dan Ulasan Data

Pada peringkat ini data atau maklumat yang diperolehi hasil daripada soal
selidik yang diajukan kepada responden adalah jenis Ordinal. Penggunaan ‘Statistical
Package for the Social Science’ atau (SPSS) dibuat bagi menganalisis data yang yang
diperolehi. Data bagi kedua-dua objektif kajian dianalisis menggunakan kaedah.
‘Statistical Package Social Science’ atau (SPSS) merupakan sebuah program komputer
statistik yang berfungsi untuk membantu memproses data-data yang diperolehi secara
tepat, cepat serta menghasilkan output.

3.2.5 Fasa Kelima – Hasil Kajian

Hasil kajian yang diperolehi dirumuskan menjadi satu fakta yang merangkumi
keseluruhan maklumat dan data yang diperoleh dalam kajian. Kesimpulan dibuat
merangkumi keseluruhan kajian.

3.3 Pemilihan Responden

Pengurusan atasan seperti pengarah urusan, pengrus projek atau pengurus


tapak di firma kontraktor yang berada di daerah Johor dipilih sebagai responden bagi
memastikan data yang diperoleh adalah releven, logik dan mencapai objektif kajian.
Ketiga-tiga responden ini dipilih kerana mempunyai pengetahuan yang tinggi
berkaitan pemilihan penyelia tapak. Ini adalah kerana ketiga-tiga responden ini bekerja
secara langsung dengan penyelia tapak
47

3.4 Populasi Responden

Menurut Gay dan Airasian (2003), “Populasi adalah kumpulan sasaran


pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian digeneralisasikan”. Sampel kajian
pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi
tersebut. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi
menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang dipilih dalam kajian. Soal
selidik bagi kajian ini diajukan kepada pengarah urusan, pengurus projek dan pengurus
tapak. Jumlah responden yang disoal selidik adalah sebanyak 36 responden.

3.5 Rekabentuk Soal Selidik

Soal selidik yang diajukan kepada responden dibahagi kepada tiga bahagian
iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C bagi mencapai objektif kajian yang telah
ditetapkan.

3.5.1 Bahagian A – Maklumat Responden

Bahagian ini mengenai maklumat am responden iaitu maklumat berkaitan


jantina, umur dan jawatan responden di firma kontraktor berkenaan. Tujuan data-data
ini dikumpulkan adalah bertujuan untuk mengetahui latar belakang responden dan
syarikat bagi memastikan bahawa responden yang mendapat borang soal selidik ini
merupakan responden yang tepat dalam mencapai objektif kajian.
48

3.5.2 Bahagian B – Kriteria Pemilihan Penyelia Tapak

Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan dengan kriteria pemilihan penyelia


tapak oleh kontraktor. Data yang diperolehi dari bahagian ini dianalisis bagi mencapai
objektif pertama kajian. Pada bahagian ini, terdapat empat pecahan sub-soalan.

3.5.3 Bahagian C – Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Menjadi Penyelia


Tapak

Bahagian ini mengenai soalan yang telah ditanyakan kepada responden


mengenai objektif kedua kajian iaitu mengenal pasti kemahiran yang perlu untuk
menjadi penyelia tapak.

3.6 Kaedah Analisis

Data yang diperoleh hasil dari soal selidi dikemaskini dan dianalisis
menggunakan perisian komputer terkini iaitu ‘Statistical Package for the Social
Sciences’ atau lebih dikenali sebagai ‘SPSS’. Penyelidik mendapati penggunaan
perisian ini lebih berkesan selain memudahkan penyelidik dalam melaksanakan tugas
menganalisis data bagi mencapai objektif kajian.

Analisis bagi data nominal pada bahagian A borang soal selidik adalah dengan
menggunakan peratusan di dalam bentuk Jadual dan carta pai. Kaedah-kaedah ini
digunakan bagi memudahkan pemahaman dan perbincangan.
49

Manakala, data bagi Bahagian B dimana soalan adalah berbentuk Skala Likert
bagi mengenalpasti kriteria pemilihan penyelia tapak oleh kontraktor. Bahagian B soal
selidik adalah merangkumi soalan yang berbentuk skala Likert. Terdapat lima skala
yang digunakan untuk bahagian ini iaitu “Sangat Setuju” (ST) mewakili skala terbesar
iaitu 5, “Setuju” (S) mewakili skala 4, “Tidak Pasti” (TP) mewakili skala 3, “Tidak
Setuju” (TS) mewakili skala 2 dan “Sangat Tidak Setuju” (STS) mewakili skala 1.
Daripada darjah persetujuan ini, formula pengiraan digunakan untuk mendapatkan
jumlah skor, min dan peratusan (Levin, 1998) seperti berikut:

Jumlah Kekerapan
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 (𝟏𝟎𝟎%) = × 100
Jumlah responden

Jumlah Skor = Kekerapan bagi setiap skala × Skor bagi setiap skala

Jumlah skor
𝐌𝐢𝐧 𝐒𝐤𝐨𝐫 =
Jumlah responden

Manakala, formula pengiraan selang skala min bagi purata indeks adalah
seperti berikut (Levin, 1998):

Skala Terbesar − Skala Terkecil


𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐌𝐢𝐧 =
Bilangan Skala

Data yang diperolehi dikira nilai purata (min) bagi menentukan tahap
kesesuaian pemilihan kriteria dan kemahiran penyelia tapak oleh kontraktor. Selain
itu, purata yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk graf dan Jadual bagi
memudahkan lagi proses analisis data. Selain itu, purata yang diperoleh
50

dipersembahkan dalam bentuk graf dan Jadual bagi memudahkan lagi proses analisis
data.

Justeru, bagi kajian ini tahap kesesuaian kriteria dan kemahiran yang
diperlukan untuk menjadi penyelia tapak adalah seperti berikut:

Skala Terbesar − Skala Terkecil


𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐌𝐢𝐧 =
3

5−1
3

= 1.33

Jadual 3.2 Skala Penentuan Tahap Kesesuaian

Tahap Kesesuaian Min

Tidak Sesuai 1.00 ≤ Indeks Min≤ 2.33

Sederhana 2.34 ≤ Inde ks Min≤ 3.66

Sesuai 3.67 ≤ Indeks Min≤ 5.00

(Sumber: Najib, 2003)


51

3.7 Rumusan Bab

Kesimpulannya, kajian ini menggunakan kajian literatur dan soal selidik bagi
proses pengumpulan data dan maklumat. Pengarah Urusan, Pengurus Projek dan
Pengurus Tapak di kawasan negeri Johor dipilih sebagai responden dalam kajian.
Kaedah analisis data menggunakan perisian komputer iaitu ‘Statistical Package for
the Social Sciences’ atau lebih dikenali sebagai ‘SPSS’ kerana perisian ini lebih
berkesan selain memudahkan penyelidik untuk melaksanakan tugas analisis data bagi
kajian ini. Keseluruhan penerangan kaedah bagi kajian ini telah diterangkan bagi
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.
52

BAB 4

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Secara keseluruhan, bab ini menerangkan tentang analisis bagi hasil data yang
diperoleh daripada maklumbalas responden di mana responden bagi kajian ini adalah
terdiri daripada pengarah urusan, pengurus projek dan pengurus tapak yang berjumlah
36 orang. Oleh itu, data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Stastical
Package for Social Science (SPSS). Analisis data yang dilaksanakan adalah
berpandukan kepada persoalan kajian yang dinyatakan pada bab sebelumnya. Hasil
analisis yang telah dilakukan dipersembahkan dalam bentuk Jadual bagi memudahkan
tafsiran.
53

4.2 Data Kajian

Data bagi kajian ini dikumpul menggunakan borang soal selidik secara bertulis
bagi kedua-dua objektif dan diedarkan kepada ketiga-tiga responden iaitu pengarah
urusan, pengurus projek dan pengurus tapak. Bagi analisis borang soal selidik, setiap
data yang diisi dimasukkan ke dalam Statistical Package for Social Science (SPSS)
untuk dianalisis.

4.3 Analisis Kriteria Pemilihan Penyelia Tapak oleh Kontraktor

4.3.1 Latar Belakang Responden

Latar belakang responden merangkumi tentang maklumat dan latar belakang


responden iaitu pengarah urusan, pengurus projek dan pengurus tapak. Maklumat
tentang latar belakang responden adalah terdiri daripada jantina, umur, jawatan
responden dan ttempoh pengalaman bekerja. Kesemua hasil keputusan yang telah
diperoleh diterangkan dan dibincangkan dengan menggunakan Jadual dan peratusan.

i) Jantina

Jadual 4.1 menerangkan tentang bilangan serta peratusan jantina responden


yang telah menjawab borang soal selidik. Merujuk kepada analisis yang telah dibuat,
seramai 36 orang responden adalah terdiri daripada lelaki dengan peratusan sebanyak
100%, manakala tiada responden yang terdiri daripada jantina perempuan dengan
peratusan sebanyak 0%.
54

Jadual 4.1: Bilangan dan Peratusan Jantina Responden

Jantina Responden Jumlah Responden Peratusan

Lelaki 36 100%

Perempuan 0 0%

ii) Umur

Jadual 4.2 menunjukkan bilangan dan peratusan kategori umur di kalangan


responden. Berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat, peratusan tertinggi iaitu
39% terdiri daripada kalangan responden yang berumur 41 hingga 50 tahun, seterusnya
diikuti oleh responden yang berumur 31 hingga 40 tahun iaitu sebanyak 28%.
Manakala peratusan bilangan responden bagi kategori umur bagi 51 hingga 60 tahun
adalah sebanyak 17% dan kategori responden yang berumur 20 hingga 30 tahun pula
mencatatkan peratusan yang terendah iaitu sebanyak 16%. Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa majoriti responden yang memberi maklum balas dalam kajian ini berumur 41
hingga 50 tahun.

Jadual 4.2: Umur Responden

Kategori Umur Jumlah Responden Peratusan (%)

20 - 30 5 16

31 - 40 10 28

41 – 50 14 39

51 - 60 7 17
55

KATEGORI UMUR RESPONDEN


51-60 Tahun 20-30 Tahun
17% 16%

31-40 Tahun
28%
41-50 Tahun
39%

Rajah 4.1: Kategori Umur Responden

iii) Jawatan Responden

Setiap responden perlu menyatakan jawatan yang disandang sekarang dalam


pembinaan di tapak bina. Antara jawatan yang disediakan dalam borang soalan selidik
adalah seperti pengarah urusan, pengurus projek dan pengurus tapak. Jaduak 4.3
menunjukkan kategori jawatan responden yang terlibat dalam kajian.

Jawatan bagi responden yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam
Jadual 4.3. Berdasarkan rajah tersebut, didapati 17 responden adalah terdiri daripada
pengurus tapak dan merupakan bilangan responden yang paling tinggi antara jawatan-
jawatan yang terlibat dalam kajian ini. Manakala, pengurus projek merangkumi pula
mencatatkan jumlah sebanyak 13 orang dan pengarah urusan pula mencatatkan jumlah
seramai 6 orang. Oleh itu, data kajian ini kebanyakannya dipeolehi dari responden
yang mempunyai jawatan sebagai pengurus tapak.
56

Jadual 4.3: Jawatan Responden

Jawatan Jumlah Responden Peratusan (%)

Pengarah Urusan 6 17

Pengurus Projek 13 36

Pengurus Tapak 17 47

Jawatan Responden

17%

47%

36%

Pengarah Urusan Pengurus Projek Pengurus Tapak

Rajah 4.2: Jawatan Responden

iv) Tempoh Pengalaman

Setiap responden perlu menyatakan tempoh pengalaman kerja bagi setiap


jawatan yang disandang berdasarkan jawatan yang dinyatakan dalam soalan
sebelumnya. Antara tempoh pengalaman kerja yang perlu dinyatakan adalah 6 hingga
10 tahun, 11 hingga 15 tahun, 16 hingga 20 tahun, 21 hingga 25 tahun atau 26 hingga
57

30 tahun. Rajah 4.4 menunjukkan kategori tahun pengalaman kerja bagi responden
yang terlibat dalam memberi maklum balas dalam kajian ini.

Berdasarkan Jadual 4.4, kategori tahun pengalaman kerja yang tertinggi bagi
responden yang terlibat dalam kajian ini adalah diantara 11 hingga 15 tahun dengan
jumlah bilangan seramai 9 responden. Kategori tahun pengalaman kerja kedua
tertinggi adalah di dalam kategori 6 hingga 10 tahun dan 16 hingga 20 tahun iaitu
seramai 8 responden. Walaubagaimanapun, kategori tahun pengalaman kerja bagi 26
hingga 30 tahun mempunyai jumlah bilangan responden yang rendah, iaitu sebanyak
6 responden. Manakala, hanya 5 responden sahaja yang mempunyai tahun pengalaman
kerja dari 21 hingga 25 tahun terlibat dalam kajian ini. Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa jumlah responden tertinggi yang terlibat dalam kajian ini adalah responden
yang mempunyai pengalaman kerja 11 hingga 15 tahun merangkumi 25% secara
keseluruhan.

Jadual 4.4: Tempoh Pengalaman Kerja Responden

Pengalaman Kerja
Jumlah Responden Peratusan (%)
(Tahun)

6 – 10 8 22

11 – 15 9 25

16 – 20 8 22

21 - 25 5 14

26 - 30 6 17
58

Tempoh Pengalaman Kerja

17% 22%

6-10 Tahun
14%
11-15 Tahun
16-20 Tahun
25% 21-25 Tahun
22%
26-30 Tahun

Rajah 4.3: Tempoh Pengalaman Kerja

4.4 Analisis Kriteria Pemilihan Penyelia Tapak Oleh Kontraktor

Bahagian B bagi borang soal selidik kriteria pemilihan penyelia tapak oleh
kontraktor terdiri daripada analisis terhadap tahap pengalaman, tahap pendidikan, jenis
pengetahuan dan personaliti peribadi. Setiap soalan yang dinyatakan dalam soal selidik
bertujuan untuk melihat tahap persetujuan kriteria yang dinyatakan melalui analisis
berdasarkan skala likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan
sangat setuju. Analisis adalah dengan menggunakan Stastical Package for Social
Science (SPSS).

4.4.1 Kategori A: Tahap Pengalaman

Terdapat dua pecahan soalan pada bahagian ini iaitu tempoh pengalaman kerja
dan jenis pengalaman kerja.
59

4.4.1.1 Tempoh Pengalaman Kerja

Jadual 4.5 menerangkan tentang nilai min, tahap kesesuaian dan kedudukan
bagi tempoh pengalaman bekerja sebelum menjadi seorang penyelia tapak.

Jadual 4.5: Nilai Min Bagi Tempoh Pengalaman Bekerja Sebelum Menjadi
Penyelia Tapak

Bil Tempoh Kerja Min Skor Tahap Kesesuaian Kedudukan

1 0-6 bulan 2.36 Sederhana 4

2 1-2 tahun 3.47 Sederhana 3

3 2-3 tahun 3.78 Sesuai 2

4 3 tahun dan ke atas 3.83 Sesuai 1

TEMPOH KERJA

3 Tahun dan ke atas 3.83


3.67 - 5.00 - SESUAI

2-3 Tahun 3.78

1-2 Tahun 3.47

0-6 Bulan 2.36

0 1 2 3 4 5

PURATA

Rajah 4.4: Tempoh Pengalaman Kerja

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, kedudukan nilai min bagi tempoh
pengalaman bekerja sebelum menjadi penyelia tapak didahului oleh tempoh kerja 3
60

tahun dan ke atas dengan nilai min sebanyak 3.83 manakala diikuti oleh tempoh kerja
2 hingga 3 tahun dengan nilai min 3.78.

Seterusnya, kedudukan yang ketiga pula ialah tempoh kerja 1 hingga 2 tahun
dengan nilai min 3.47. Tempoh kerja 0 hingga 6 bulan pula berada pada kedudukan
terendah dengan nilai min sebanyak 2.36.

Secara keseluruhannya, tempoh pengalaman kerja 0 hingga 6 bulan dan 1


hingga 2 tahun mencapai tahap kesesuaian sederhana, manakala tahap kesesuaian bagi
tempoh pengalaman kerja 2 hingga 3 tahun dan 3 tahun dan ke atas mencapai tahap
sesuai.

4.4.1.2 Jenis Pengalaman Kerja

Jenis pengalaman kerja sangat penting dalam menentukan seseorang itu boleh
dilantik sebagai penyelia tapak atau tidak. Jadual 4.6 menerangkan tentang nilai min,
tahap kesesuaian dan kedudukan bagi tempoh pengalaman bekerja sebelum menjadi
seorang penyelia tapak.

Jadual 4.6: Nilai Min Bagi Jenis Pengalaman Kerja Untuk Menjadi Penyelia
Tapak

Bil Jenis Kerja Min Skor Tahap Kesesuaian Kedudukan

Berkaitan kerja-kerja
1 4.28 Sesuai 2
infrastruktur
Berkaitan kerja-kerja
2 4.42 Sesuai 1
pembinaan bangunan
61

JENIS KERJA

Kerja-kerja pembinaan bangunan 4.42

3.67 - 5.00 - SESUAI


Kerja-kerja infrastuktur 4.28

0 1 2 3 4 5

PURATA

Rajah 4.5: Jenis Pengalaman Kerja Untuk Menjadi Penyelia Tapak

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, kedudukan nilai min bagi jenis
pengalaman kerja sebelum menjadi penyelia tapak didahului oleh jenis kerja yang
berkaitan dengan pembinaan bangunan dengan nilai min 4.42. Manakala jenis kerja
yang berkaitan dengan kerja-kerja infrastrukur pula menunjukkan nilai min 4.28.

Secara keseluruhannya, tahap kesesuaian bagi kedua-dua jenis pengalaman


kerja ini mencapai tahap sesuai untuk menjadi seorang penyelia tapak. Hal ini
menunjukkan kedua-dua kriteria jenis pengalaman kerja ini sangat disesuaikan oleh
kontraktor dan berkait rapat dalam kerja-kerja di tapak bina.

4.4.2 Kategori B: Tahap Pendidikan

Terdapat dua pecahan soalan pada bahagian ini iaitu kelayakan minimum
pendidikan (akademik) yang sesuai untuk menjadi seorang penyelia tapak dan
kesesuaian pengambilan seseorang penyelia tapak tanpa mempunyai pengalaman
berkerja di tapak bina.
62

4.4.2.1 Kelayakan Minimum Akademik

Jadual 4.7 menunjukkan tentang nilai min, tahap kesesuaian dan kedudukan bagi
kelayakan minimum tahap pendidikan (akademik) untuk menjadi penyelia tapak.

Jadual 4.7: Nilai Min Kelayakan Minimum Tahap Pendidikan (Akademik)


Untuk Menjadi Penyelia Tapak

Minimum Tahap
Bil Min Skor Tahap Kesesuaian Kedudukan
Pendidikan

1 Mempunyai SPM 2.78 Sederhana 4

2 Mempunyai Sijil 3.97 Sesuai 2

3 Mempunyai Diploma 4.21 Sesuai 1

4 Mempunyai Ijazah 3.42 Sederhana 3

MINIMUM TAHAP PENDIDIKAN

Mempunyai Ijazah 3.42


3.67 - 5.00 - SESUAI

Mempunyai Diploma 4.21

Mempunyai Sijil 3.97

Mempunyai SPM 2.78

0 1 2 3 4 5

PURATA

Rajah 4.6: Kelayakan Minimum Tahap Pendidikan (Akademik) Untuk Menjadi


Penyelia Tapak
63

Bagi kelayakan minimum tahap pendidikan (akademik), kedudukan yang


pertama adalah mempunyai tahap pendidikan di peringkat diploma dengan nilai min
4.21 diikuti oleh mempunyai sijil dengan perolehan nilai min 3.97. Seterusnya,
kedudukan ketiga ialah minimum mempunyai tathap pendidikan ijazah dengan
perolehan nilai min 3.42 dan yang terakhir ialah dengan mempunyai pendidikan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dengan jumlah nilai purata 2.78.

Secara keseluruhannya, tahap kesesuaian bagi minimum tahap akademik sijil


dan diploma mencapai tahap sesuai. Kelayakan minimum akademik SPM dan ijazah
pula sekadar mencapai tahap sederhana. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan
bahawa individu yang mempunyai minimum kelayakan akademik di peringkat sijil,
diploma dan ijazah sangat disesuaikan untuk menjadi seorang penyelia tapak.

4.4.2.2 Kesesuaian Pengambilan Seseorang Penyelia Tapak Tanpa


Mempunyai Pengalaman Berkerja Di Tapak Bina

Jadual 4.8 menerangkan tentang tahap persetujuan calon penyelia tapak yang
tidak mempunyai tahap pendidikan dan pengalaman bekerja di tapak bina juga boleh
diambil sebagai penyelia tapak
64

Jadual 4.8: Nilai Min Kesesuaian Pengambilan Seseorang Penyelia Tapak


Tanpa Mempunyai Pengalaman Berkerja Di Tapak Bina

Min Skor Tahap Kesesuaian

Adakah calon yang tidak mempunyai


tahap pendidikan dan pengalaman di
2.58 Sederhana
tapak bina juga boleh diambil bekerja
sebagai penyelia tapak?

3.67 - 5.00 - SESUAI


Keperluan Pengambilan Seseorang Penyelia
Tapak Tanpa Mempunyai Pengalaman Berkerja 2.58
Di Tapak Bina

0 1 2 3 4 5

PURATA

Rajah 4.7: Kesesuaian Pengambilan Seseorang Penyelia Tapak Tanpa


Mempunyai Pengalaman Berkerja Di Tapak Bina

Berdasarkan kepada Jadual 4.8 dan Rajah 4.7, calon yang tidak mempunyai
tahap pendidikan dan pengalaman di tapak bina hanya mencapai nilai min 2.58. Hal
ini menunjukkan kesesuaian pengambilan seseorang penyelia tapak tanpa mempunyai
pengalaman berkerja di tapak bina hanya mencapai tahap persetujuan sederhana di
kalangan responden.
65

4.4.3 Kategori C: Jenis Pengetahuan

Penyelia tapak memerlukan beberapa jenis pengetahuan seelum diambil


bekerja oleh kontraktor. Jadual 4.9 menerangkan tentang jenis pengetahuan, nilai min,
tahap kesesuaian dan kedudukan bagi jenis pengetahuan yang diperlukan untuk
menjadi penyelia tapak.

Jadual 4.9: Nilai Min Jenis Pengetahuan Yang Diperlukan Untuk Menjadi
Penyelia Tapak

Bil Jenis Pengetahuan Min Skor Tahap Kesesuaian Kedudukan

Mempunyai pengetahuan
1 mengenai pengurusan 4.33 Sesuai 2
tapak bina
Mempunyai pengetahuan
2 berkaitan kerja 4.36 Sesuai 1
kejuruteraan awam
Mempunyai pengetahuan
3 dalam menggunakan 3.66 Sederhana 4
komputer
Mempunyai pengetahuan
4 tentang pengurusan dan 4.25 Sesuai 3
pentadbiran pembinaan
66

JENIS PENGETAHUAN

Mempunyai pengetahuan tentang pengurusan


4.25
dan pentadbiran pembinaan

3.67 - 5.00 - SESUAI


Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan
3.66
komputer

Mempunyai pengetahuan berkaitan kerja


4.36
kejuruteraan awam

Mempunyai pengetahuan mengenai


4.33
pengurusan tapak bina

0 1 2 3 4 5

PURATA

Rajah 4.8: Jenis Pengetahuan Yang Diperlukan Untuk Menjadi


Penyelia Tapak

Berdasarkan kepada Jadual 4.9 dan Rajah 4.8, mempunyai pengetahuan


berkaitan kerja kejuruteraan awam mendahului jenis pengetahuan yang diperlukan
dengan nilai min 4.36. Kedudukan yang kedua ialah mempunyai pengetahuan
mengenai pengurusan tapak bina dengan nilai min 4.33. Seterusnya jenis pengetahuan
tentang pengurusan dan pentadbiran pembinaan pula mencapai nilai min 4.25 dan
mempunyai pengetahuan dalam menggunakan komputer di kedudukan yang terakhir
dengan nilai min 3.66.

Secara keseluruhannya, kesemua jenis pengetahuan mencapai tahap perlu


untuk menjadi penyelia tapak kecuali pengetahuan menggunakan komputer yang
hanya mencapai tahap sederhana. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa
kriteria tentang jenis pengetahuan yang disenaraikan amat dititikberatkan oleh pihak
kontraktor dalam melantik seseorang menjadi penyelia tapak.
67

4.4.4 Kategori D: Personaliti Peribadi

Personaliti peribadi merupakan kriteria yang dititikberatkan untuk menjadi


seorang penyelia tapak. Jadual 4.10 dan menerangkan tentang personaliti peribadi,
nilai min, tahap kesesuaian dan kedudukan bagi personaliti peribadi yang dinilai untuk
menjadi penyelia tapak.

Jadual 4.10: Nilai Min Personaliti Peribadi Untuk Menjadi


Penyelia Tapak

Bil Personaliti Peribadi Min Skor Tahap Kesesuaian Kedudukan

Penyelia tapak mestilah


1 seorang yang berdisiplin 4.44 Sesuai 4
dalam melakukan tugas
Penyelia tapak perlu
2 bermotivasi dalam 4.33 Sesuai 5
melakukan pekerjaan
Penyelia tapak mestilah
3 seorang yang boleh 4.67 Sesuai 1
bekerja di bawah tekanan
Penyelia tapak hendaklah
4 berkomunikasi dengan 4.58 Sesuai 2
baik
Penyelia tapak hendaklah
5 seorang yang berupaya 4.47 Sesuai 3
bekerja dalam kumpulan
68

PERSONALITI PERIBADI

Penyelia tapak hendaklah seorang yang


4.47
berupaya bekerja dalam kumpulan

Penyelia tapak hendaklah berkomunikasi


4.58
dengan baik

3.67 - 5.00 - SESUAI


Penyelia tapak mestilah seorang yang boleh
4.67
bekerja di bawah tekanan

Penyelia tapak perlu bermotivasi dalam


4.33
melakukan pekerjaan

Penyelia tapak mestilah seorang yang


4.44
berdisiplin dalam melakukan tugas

0 1 2 3 4 5

PURATA

Rajah 4.9: Personaliti Peribadi Untuk Menjadi Penyelia Tapak

Merujuk kepada Jadual 4.10 dan Rajah 4.9, personaliti peribadi yang sangat
diperlukan adalah penyelia tapak mestilah seorang yang boleh bekerja di bawah
tekanan dengan nilai min 4.67. Personaliti peribadi yang kedua tertinggi pula ialah
penyelia tapak mestilah seorang yang boleh berkomunikasi dengan baik dengan nilai
min 4.58.

Seterusnya ialah penyelia tapak hendaklah seorang yang berupaya bekerja


dalam kumpulan. Kriteria tersebut mencapai nilai min 4.47. Kedudukan keempat pula
ialah penyelia tapak mestilah seorang yang berdisiplin dalam melakukan tugas dengan
nilai min 4.44. Personaliti peribadi paling rendah pula dengan niai min 4.33 adalah
penyelia tapak perlulah bermotivasi dalam melakukan pekerjaan.

Secara keseluruhannya, kelima-lima personaliti peribadi yang diperlukan


untuk menjadi penyelia tapak mencapai tahap kesesuaian diperlukan oleh pihak
69

kontraktor. Hal ini menunjukkan bahawa kriteria personaliti peribadi yang


disenaraikan mempunyai kepentingan oleh pihak kontraktor dalam melantik seseorang
itu menajdi penyelia tapak.

4.5 Analisis Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Menjadi Penyelia Tapak

Bahagian B bagi borang soal selidik kriteria pemilihan penyelia tapak oleh
kontraktor terdiri daripada analisis terhadap kemahiran yang diperlukan untuk menjadi
penyelia tapak oleh kontraktor. Setiap soalan yang dinyatakan dalam soal selidik
bertujuan untuk melihat tahap persetujuan kemahiran yang dinyatakan melalui analisis
berdasarkan skala likert iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan
sangat setuju. Analisis adalah dengan menggunakan Stastical Package for Social
Science (SPSS).

Kemahiran merupakan elemen yang penting dalam melakukan kerja-kerja


yang berkaitan dengan tapak bina. Ianya akan memberikan kesan terhadap kelancaran
kerja-kerja di tapak bina. Dalam perspektif kemahiran di kalangan penyelia tapak pula,
ianya berkait rapat dengan pengurusan dan penyeliaan di tapak pembinaan.

Jadual 4.11 menerangkan tentang nilai min, tahap kesesuaian dan kedudukan
bagi kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang penyelia tapak.
70

Jadual 4.11: Nilai Min Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Menjadi


Penyelia Tapak

Bil Kemahiran Min Skor Tahap Kesesuaian Kedudukan

Boleh berkomunikasi
1 secara baik dengan pihak 4.36 Sesuai 5
atasan dan bawahan
Dapat mengatasi masalah
2 kekurangan bahan di 4.17 Sesuai 11
tapak bina
Dapat menyelesaikan
3 masalah di antara buruh 4.15 Sesuai 12
yang berlaku
Boleh mengatasi masalah
4 kesalahan spesifikasi 4.31 Sesuai 7
kerja
Memberi arahan kerja
5 dengan baik kepada 4.61 Sesuai 1
buruh dan sub-kon
Dapat memberikan
6 3.92 Sesuai 13
motivasi kepada pekerja

Mempunyai ilmu
7 4.20 Sesuai 9
teknologi binaan

Boleh membaca dan 4.25


8 Sesuai 8
memahami kontrak
Dapat menguruskan
9 aktiviti di tapak bina 4.39 Sesuai 4
dengan baik
Mengendalikan sumber
10 4.19 Sesuai 10
manusia dengan baik
Boleh merancang dan
11 menyelia aktiviti yang 4.33 Sesuai 6
dilakukan oleh buruh
Dapat menguruskan dan
12 menyelia bahan binaan 4.42 Sesuai 3
dengan baik
Dapat mengurus dan
13 menyelia jentera dengan 4.47 Sesuai 2
baik
71

KEMAHIRAN

Dapat mengurus dan menyelia jentera dengan


4.47
baik

Dapat menguruskan dan menyelia bahan


4.42
binaan dengan baik

Boleh merancang dan menyelia aktiviti yang


4.33
dilakukan oleh buruh

Mengendalikan sumber manusia dengan baik 4.19

Dapat menguruskan aktiviti di tapak bina


4.39
dengan baik

3.67 - 5.00 - SESUAI


Boleh membaca dan memahami kontrak 4.25

Mempunyai ilmu teknologi binaan 4.2

Dapat memberikan motivasi kepada pekerja 3.92

Memberi arahan kerja dengan baik kepada


4.61
buruh dan sub-kon

Boleh mengatasi masalah kesalahan spesifikasi


4.31
kerja

Dapat menyelesaikan masalah di antara buruh


4.15
yang berlaku

Dapat mengatasi masalah kekurangan bahan di


4.17
tapak bina

Boleh berkomunikasi secara baik dengan pihak


4.36
atasan dan bawahan

0 1 2 3 4 5

PURATA

Rajah 4.10: Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Menjadi


Penyelia Tapak
72

Berdasarkan kepada Jadual 4.11 dan Rajah 4.10, daripada tiga belas kemahiran
yang disenaraikan, kemahiran memberi arahan kerja dengan baik kepada buruh dan
sub-kon mendahului kedudukan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi penyelia
tapak bina dengan nilai min 4.61. Kemahiran kedua yang dilihat pula ialah dapat
mengurus dan menyelia jentera dengan baik dengan nilai min 4.47. Seterusnya,
kemahiran berkaitan mengurus dan menyelia bahan binaan dengan baik meduduki
ranking yang ketiga dengan mencapai nilai min 4.42 yang tidak begitu jauh dengan
kesesuaian kemahiran kedua.

Tambahan lagi, bagi kemahiran mengatasi masalah kekurangan bahan di tapak


bina, menyelesaikan masalah di antara buruh yang berlaku dan dapat memberikan
motivasi kepada pekerja menduduki ranking tiga terbawah. Bagi kemahiran mengatasi
masalah kekurangan bahan di tapak bina berada di kedudukan yang ke-11 dengan nilai
min 4.17 manakala kedudukan ke-12 adalah bagi kemahiran menyelesaikan masalah
di antara buruh dengan pencapaian nilai min 4.15 dan seterusnya nilai min bagi
kemahiran terbawah iaitu dapat memberikan motivasi kepada pekerja adalah 3.92.

Secara keseluruhannya, tahap kesesuaian bagi kesemua kemahiran yang


disenaraikan mencapai tahap sesuai kerana kemahiran-kemahiran tersebut sangat
berkait rapat dengan penyelia tapak untuk menjalankan tugasnya di tapak pembinaan.
Tambahan lagi, berdasarkan analisis kemahiran yang dibuat, dapat dilihat bahawa
kemahiran berkaitan memberi arahan kerja dengan baik kepada buruh dan sub-kon
merupakan kemahiran yang sangat kritikal bagi penyelia tapak berdasarkan majoriti
jawapan yang oleh responden.
73

BAB 5

5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bab terakhir dalam laporan ini. Dalam bab ini dibuat
kesimpulan bagi hasil kajian secara keseluruhan berdasarkan objektif kajian yang telah
ditentukan. Selain itu, masalah- masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian
serta cadangan- cadangan kajian lanjutan turut disertakan agar pembaca dapat
mengetahui masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian dan juga agar
mereka boleh membuat kajian lain dalam bidang yang sama tetapi skop yang berbeza.

Objektif kajian dicapai melalui pengumpulan data secara pembahagian borang


soal selidik dan menganalisisnya. Data yang dikumpul telah dianalisis dan hasil
analisis yang dibincangkan dalam bab 4 menunjukkan objektif kajian telah tercapai.
74

5.2 Rumusan Kajian

Projek pembinaan telah menjadi sangat rumit dari segi teknikal dalam beberapa
tahun kebelakangan ini. Penyelia tapak pembinaan memainkan peranan penting dalam
kejayaan projek dan kelancaran aktiviti di tapak bina. Mereka membuat beberapa
keputusan penting semasa aktiviti dan proses pembinaan berjalan. Oleh itu, pemilihan
penyelia tapak adalah keputusan yang perlu dititikberatkan oleh syarikat-syarikat
pembinaan. Pelbagai masalah boleh timbul jika penyelia tapak pembinaan yang dipilih
tidak memenuhi kriteria dan kemahiran yang diperlukan.

Penyelia tapak pembinaan ialah nadi kepada suatu projek pembinaan. Peranan
mereka amat diperlukan dalam memastikan kelancaran projek. Mereka juga bertindak
sebagai perantara buruh dan pengurusan atasan bagi memastikan aktiviti di tapak bina
berjalan lancar. Bagi menjamin kelancaran dalam aktiviti pembinaan, konraktor
haruslah memilih penyelia tapak yang benar-benar layak untuk menjalankan
penyeliaaan aktiviti pembinaan. Penyelia tapak pula perlu dipilih berdasarkan kriteria
yang ditetapkan oleh firma. Pemilihan penyelia tapak mestilah berdasarkan kriteria
yang ditetapkan kerana peranannya dalam pengurusan tapak seterusnya menentukan
kejayaan projek. Apabila seorang penyelia tapak membuat pengurusan yang tidak
tersusun, ia akan mempengaruhi perjalanan aktiviti pembinaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, kajian terhadap kriteria pemilihan penyelia tapak oleh
kontraktor telah dilaksanakan bagi mengenalpasti kriteria dan kemahiran yang
diperlukan untuk menjadi penyelia tapak. Hal ini sangat penting kerana penyelia tapak
berperanan penting dalam memastikan kelancaran aktiviti pembinaan di tapak bina
dan menjadi penghubung kepada sub-kontraktor untuk memberi arahan kerja dan
memastikan kerja yang diberi dapat disiapkan pada tempoh masa yang ditetapkan.

Analisi kajian ini dilaksanakan berdasarkan 36 maklum balas responden yang


terdiri daripada pengarah urusan, pengurus projek dan pengurus tapak di kalangan
75

syarikat kontraktor G7. Melalui soal selidik yang telah dijalankan, kriteria pemilihan
penyelia tapak oleh konraktor dan kemahiran yang sesuai untuk menjadi penyelia
tapak oleh kontraktor telah dapat dikenalpasti.

5.2.1 Analisis Kriteria Pemilihan Penyelia Tapak Oleh Kontraktor

Objekif pertama kajian ini dijalankan seperti yang dinyatakan pada Bab 1
kajian iaitu mengenalpasti kriteria pemilihan penyelia tapak oleh kontraktor.
Berdasarkan kepada 4 jenis kriteria yang dinyatakan dalam Bab 2, analisis kajian yang
dijalankan telah berjaya mengenalpasti tahap pengalaman, tahap pendidikan, jenis
pengetahuan dan personaliti peribadi yang dilihat oleh pihak kontraktor.

Analisis kajian menunjukkan bagi kategori A iaitu tempoh pengalaman kerja 2


hingga 3 tahun dan 3 tahun dan ke atas mencapai tahap perlu oleh majoriti responden.
Manakala tahap kesesuaian bagi untuk jenis pengalaman kerja berkaitan kerja
infrasruktur dan kerja pembinaan bangunan mencapai tahap perlu oleh kontraktor.

Selain itu, bagi kategori B pula iaitu tahapa pendidikan terbahagi kepada dua
soalan. Kesesuaian minimum akademik yang sesuai untuk menjadi penyelia tapak
adalah sijil dan diploma manakala bagi calon yang mempuyai pendidikan SPM dan
ijazah hanya mencapai tahap sederhana perlu oleh kontraktor. Tambahan lagi, calon
yang tidak mempunyai tahap pedidikan dan pengalaman di tapak bina hanya mencapai
tahap sederhana perlu.
76

Selain itu, tahap kesesuaian bagi kategori C bagi kesemua jenis pengetahan
yang dikemukakan mencapai tahap sesuai di mana mempunyai pengetahuan berkaitan
dengan kerja kejuruteraan awam mendahului jenis pengetahuan yang sesuai.

Manakala bagi kategori D iaitu personaliti peribadi pula, kesemua personaliti


peribadi yang dinyatakan dalam borang soal selidik mencapai tahap perlu oleh majoriti
responden. Hal ini kerana personaliti peribadi yang terdapat pada penyelia tapak amat
memainkan peranan penting. Personaliti peribadi penyelia tapak yang boleh bekerja di
bawah tekanan menduduki senarai pertama yang telah mendapat majoriti tertinggi
responden.

Secara kesimpulannya, tahap kesesuaian oleh kontraktor bagi majoriti kriteria-


kriteria yang dinyatakan mencapai tahap sesuai untuk menjadikan seseorang itu
penyelia tapak.

Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa ianya telah mencapai objektif kajian ini
iaitu mengenalpasti kriteria pemilihan penyelia tapak oleh kontraktor.

5.2.2 Analisis Kemahiran Yang Sesuai Untuk Menjadi Penyelia Tapak

Objekif kedua kajian ini dijalankan seperti yang dinyatakan pada Bab 1 kajian
iaitu mengenalpasti kemahiran yang sesuai untuk penyelia tapak. Tahap kesesuaian
bagi kesemua kemahiran yang dikemukakan pada borang soal selidik mencapai tahap
setuju di mana kemahiran memberi arahan kerja dengan baik kepada buruh dan sub-
kon, kemahiran menguruskan dan menyelia bahan binaan dengan baik dan kemahiran
77

mengurus dan menyelia jentera dengan baik menduduki tiga kemahiran teratas yang
dinilai dan mendapat majoriti pilihan oleh respnden.

Secara keseluruhannya, kemahiran-kemahiran yang dinyatakan mencapai


tahap kesesuaian perlu untuk menjadi penyelia tapak. Setiap kemahiran yang
dikenalpasti perlu diberi perhatian dengan sebaik-baiknya oleh mana-mana individu
yang ingin menajdi seorang penyelia tapak kerana kemahiran tersebut diambilkira dan
dinilai oleh pihak kontraktor.

Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa ianya telah mencapai objektif kajian ini
iaitu mengenalpasti kemahiran yang sesuai untuk menjadi penyelia tapak.

5.3 Had dan Masalah Pelaksanaan Kajian

Terdapat beberapa kekangan yang dihadapi semasa menjalankan kajian ini yang
mana secara tidak langsung memberi kesan kepada kos, dan masa yang diambil untuk
kajian ini.

Kesukaran mendapatkan responden yang bersesuaian dengan skop kajian


menjadi masalah yang rumit pada permulaan peringkat kajian. Selain itu, terdapat
masalah dalam membuat temujanji dengan responden untuk memberi borang soal
selidik bagi mendapatkan respon jawapan daripada responden. Hal ini kerana, masalah
kekangan masa dan responden sangat sibuk dengan kerja mereka.

Selain itu, masalah turut timbul dalam proses mengutip borang soal selidik di
mana terdapat borang soal selidik yang tidak dijawab sepenuhnya oleh responden. Hal
78

ini secara tidak langsung merencatkan proses pengumpulan data dan seterusnya
melewatkan proses menganalisis data dilakukan.

Walaupun pengumpulan data secara temu bual berstruktur telah dilakukan


secara awal-awal lagi (cuti semester) tetapi disebabkan ketidakcukupan bilangan
responden maka terpaksa melakukan temu bual selepas semester baru bermula. Ini
melambatkan proses menganalisis data.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Daripada permasalahan yang dikenalpasti, jelaslah bahawa penyelidik ataupun


pihak lain perlu melakukan kajian lanjutan agar kriteria pemilihan dan kemahiran yang
dinilai bagi menjadi penyelia tapak dapat dipraktikkan dengan lebih baik. Antara
cadangan lanjutan untuk penyelidik ialah:

1. Kriteria pemilihan penyelia tapak oleh kontraktor bukan bumiputera

2. Perbezaan kriteria pemilihan penyelia tapak oleh kontraktor bumiputera dan


kontraktor bukan bumiputera
79

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Adrien, J.J. (2001), “The effective construction supervisor”, Plumbing & Mechanical,
Vol. 19 No. 8, pp. 86-92.

Bantz, C.R., (1995). Handbook for Clerks of Works. 3rd ed. London: The
Architectural Press.

Belassi, W., & Tukel, O. I. (n.d.). A new framework for determining critical
success/failure factors in projects. International Journal of Project
Management, 14, 3rd ser., 141-151.

Brace L. (2008). Questionnaire Design : How to Plan, Structure and Write Survey
Material for Effective Market Research. London: Kogan Page Publishers.

Burnes. B, (1987),"New Technology and the Role of Supervisors", Employee


Relations, Vol. 9 Iss 4 pp. 9 - 13.

Borman, W. C., White, L. A., & Dorsey, D. W. (1995). Effects of rate task performance
and interpersonal factors on supervisor and peer performance ratings. Journal
of Applied Psychology, 80(1), 168-177.

CIDB/ http://www.cidb.gov.my/cidbv5/index.php/. Retrieved November 10, 2016 .

CIDB Malaysia, Buku keperluan dan prosedur pendaftaran kontraktor, 2015.

CIDB Malaysia Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan


2011).

Clarke, R.H., (1988). Site Supervision. London: Thomas Telford Ltd.


80

Cole, Leslie. (1982). Construction Superintending. Carlsbad, CA: Craftsman Book


Company.

Douglas, Clarence J. dan Munger, Elmer J., (1969). Construction Management. New
Jersey: Prentice Hall.

Dozzi, S. P., Abou. R, S. M., National Research Council, C., & Institute for Research
in, C. (1993). Productivity in construction. Ottawa :: Institute for Research in
Construction, National Research Council.

Essays, UK. (November 2013). Causes and Effects of Delay of Projects. Retrieved
from https://www.ukessays.com/dissertation/examples/construction/causes-
and-effects-of-delay-of-projects.php?cref=1.

Farooqui, R.U., Ahmed, S.M. and Saqib, M. (2010), “Desirable attributes and skills
for graduating construction management students”, International Proceeding
of the 46th Annual Conference, Wentworth Institute of Technology, Boston,
MA, pp. 1-10.

Gannoruwa, A. (2008). “Development of an Efficiency Model for Optimum


Construction Productivity through Effective Supervision on Worker
Performances.” Under Review, M.Sc. Eng thesis, Univ of Calgary, 1-320.

Gay, L. R. dan Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis


and applications. Ed. ke-3. New Jersey: Merrill Prentice-Hall.

George, J., (1996). Construction Management. New Jersey: Prentice Hall.

Gilbreath, B. and Benson, P.G. (2004), “The contribution of supervisor behaviour to


employee psychological well-being”, Work & Stress, Vol. 18 No. 2, pp. 255-
266.

Gharehbaghi, K., & Mcmanus, K. (2003, January 3). The Construction Manager as a
Leader. Leadership and Management in Engineering, 56-58.
81

Hamzah Hasan, (2009). Malaysian Economy. Kuala Lumpur: CIDB.

Hewage, K.N. and Ruwanpura J.Y. (2008). “A Novel Solution for Construction On-
Site Communication – The Information Booth.” Under Review, Canadian
Journal of Civil Engineering

Hamzah Hasan, (2009). Malaysian Economy. Kuala Lumpur: CIDB.

Hewage, K.N. and Ruwanpura J.Y. (2008). “A Novel Solution for Construction On-
Site Communication – The Information Booth.” Under Review, Canadian
Journal of Civil Engineering

James J.O‟Brien, P.E., (1989). Construction Inspection Handbook. New York: Van
Nostrand Reinhold Company.

Jazebi. F dan Rashidi. A (2013). An Automated Procedure For Selecting Project


Managers In Construction Firm.

Jha, K.N. (2005), “Attributes of a project coordinator”, in Khosrowshahi, F. (Ed.), 21st


Annual ARCOM Conference, 7-9 September 2005, Vol. 1, SOAS, Association
of Researchers in Construction Management, University of London, London,
pp. 115-124.

Jabatan Perangkaan Malaysia, Banci Ekonomi Pembinaan, 2011

Jawatan Kosong Penyelia tapak/site Supervisor (2 Kekosongan) Putrajaya


[Advertisement]. (n.d.). Http://jobs.jawatan-kerja.com/. Retrieved November
24, 2016, from http://jobs.jawatan-
kerja.com/description/b627fe39eef93019/jawatan-kosong-penyelia-tapak-
site-supervisor-2-kekosongan-mazsoni-global-sdn-bhd-putrajaya-disember-
2016.html
82

Jawatan Kosong Penyelia tapak/site Supervisor, Putrajaya [Advertisement]. (n.d.).


Http://jobs.jawatan-kerja.com/. Retrieved November 24, 2016, from
http://jobs.jawatan-kerja.com/description/b627fe39eef93019/jawatan-kosong-
penyelia-tapak-site-supervisor--kekosongan-merge-matrix-sdn-bhd-putrajaya-
disember-2016.html

Jawatan Kosong Penyelia tapak/site Supervisor, KL, Putrajaya [Advertisement].


(n.d.). Http://jobs.jawatan-kerja.com/. Retrieved November 24, 2016, from
http://jobs.jawatan-kerja.com/description/b627fe39eef93019/jawatan-kosong-
penyelia-tapak-site-supervisor--kekosongan-pjd-construction-sdn-bhd-kl-
putrajaya-disember-2016.html

Jawatan Kosong Site Supervisor C&s kezobumi sdn bhd Terkini di Bangi Jun 2016.
(n.d.). Retrieved November 16, 2016, from http://jobs.jawatan-
kerja.com/description/0f1ee1bd132a198f/jawatan-kosong-site-supervisor-cs-
kezobumi-sdn-bhd-bangi-mei-2016.html

Jawatan Kosong Site Supervisor Sanumurni Developmennt di Petaling Jaya Oktober


2016. (n.d.). Retrieved November 16, 2016, from http://jobs.jawatan-
kerja.com/description/0f1dw1bfg152a198f/jawatan-kosong-site-supervisor-
sanumurni-development-mei-2016.html

Jawatan Kosong Site Supervisor Tiara Residences Sdn Bhd di Putrajaya, Oktober
2016. (n.d.). Retrieved November 16, 2016, from http://jobs.jawatan-
kerja.com/description/0f1ee1bd132a198f/jawatan-kosong-site-supervisor-
tiara-residences-sdn-bhd-putrajaya-mei-2016.html

James J.O‟Brien, P.E., (1989). Construction Inspection Handbook. New York: Van
Nostrand Reinhold Company.

Jha. K.N et. al, (2006), Critical factors affecting quality performance in construction
project, Total Quality Management aand Business Excellence,vol.17 No 9,
page 1155-1170, 2006.
83

JobSeek. Australia Recruitment Agency (n.d.). Retrieved December 12, 2016, from
https://www.seek.com.au/job/33608468?pos=1&ref=beta&tier=no_tier&type
=standard&userqueryid=029adb967abc40afbd0cc6613531d9b3-
2255734&where=All%20AustraliaRecruitmentAgency

Keith F. Punch, A. O. (2014). Introduction to Research Methods in Education.


University of Western Australia: SAGE.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran


insaniah (SOFT SKILLS) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Kothari, C. R. (2006). Research Methodology: Methods and Techniques (Second


Edition). New Delhi: New Age International (P) Limited.

Krima, N. (2009). Assessing the effectiveness of Libyan supervisors in dealing with


construction delays. (Doctoral Dissertation). University of Salford. Retrieved
fromhttp://usir.salford.ac.uk/26764/
http://ethos.bl.uk/OrderDetails.do?uin=uk.bl.ethos.517577

Leary, E.M.O. et al., (1985). Supervision of Construction. London: Thomas Telford


Ltd.

Lee, P.T., (2005). Guidelines on Site Supervision. Kuala Lumpur: Total Design and
Development Sdn Bhd.

Leila Karimi Brad Gilbreath Tae-Yeol Kim Matthew J. Grawitch , (2014),"Come rain
or come shine: supervisor behavior and employee job neglect", Leadership &
Organization Development Journal, Vol. 35 Iss 3 pp. 210 – 225

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), (2010). Program


Latihan Akreditasi Penyelia tapak (TAPCSS). Kuala Lumpur: CIDB.
84

Liberda, M. Ruwanpura, J.Y. and Jergeas, G. (2003). “Construction Productivity


Improvement: A study of Human, Managerial and External Factors.” Proc. of
the ASCE Construction Research Congress, Hawaii.

Majid, N. A., Yusoff, M. A., Abdullah, T., Marzuki, S., Salleh, Z. M., Muhammad, F.,
& Kahar, S. A. (2006). Academic Report Writting; From Research To
Presentation. Prentice Hall Pearson.

McNabb, D. E. (2013). Research Methods in Public Administration and Nonprofit


Management (Third Edition). New York: M.E. Sharpe.

Müller, R., & Turner, J. R. (2012). Cultural differences in project owner-manager


communication. In D. P. Slevin, D.I. Cleland, & J. K. Pinto (Eds.),
Innovations—Project Management Research 2004. Newtown Square, PA:
Project Management Institute

Mustapha, F. and Naoum, A. (1998), “Factors influencing the effectiveness of


construction site managers”, International Journal of Project Management,
Vol. 16 No. 1, pp. 1-8.

Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia

Putti, J.M. (1985), A Manager’s Primer on Performance Appraisal: Concepts and


Techniques, Singapore Institute of Management, Singapore.

Rohaizi, H.J.P., (2009). Construction Manpower Development: Training,


Certification and Accreditation System in Malaysia. 2 Disember 2009
Manila. Kuala Lumpur: CIDB.

Rusch, L.P., (2008). Basics Site Management. Australia: Basel Boston.Berlin

Rounds. J and Segner. R (2011). Construction Supervision. Canada: John Wiley and
Sons.
85

Smith. F , (1997),"Selection of site supervisors to optimize construction project


outcomes", Structural Survey, Vol. 26 Iss 4/5 pp. 356 - 392

Tesch, R. (1990). Qualitative Research: Analysis Types and Software Tools. New
York: Routledge.

Tepper, B.J. (2008), “Consequences of abusive supervision”, Academy of


Management Journal, Vol. 43 No. 2, pp. 178-190.

Tinsley, R.D., (1997). Site Supervision. Site Supervision, (17), m/s351- 374.

Van Scotter, J.R. and Motowidlo, S.J. (1996), “Interpersonal facilitation and job
dedication as separate facets of contextual performance”, Journal of Applied
Psychology, Vol. 81 No. 5, pp. 525-531.

Yean. Y.L, Tan. F , (2015),"Selection of site supervisors to optimize construction


project outcomes", Structural Survey, Vol. 33 Iss 4/5 pp. 407 - 422
86

PROJEK SARJANA MUDA 2016/2017


SOALAN SOAL SELIDIK

TAJUK : KRITERIA PEMILIHAN PENYELIA TAPAK


OLEH KONTRAKTOR

OBJEKTIF :

i. Mengenalpasti kriteria pemilihan penyelia tapak oleh kontraktor


ii. Mengenalpasti kemahiran yang sesuai untuk menjadi penyelia tapak

PENYELIDIK : AHMAD AMALLUDIN BIN AMRAN

NO. K/P : 930530-11-5317

NO. MATRIC : A13BE0001

KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (PEMBINAAN)

PENYELIA : PROF. MADYA. SR. DR. RAZALI BIN ADUL

HAMID

Segala maklumat adalah sulit dan terhad untuk tujuan kajian Projek Sarjana Muda
ini sahaja.
87

Kajian ini bertujuan mendapatkan kepastian dan maklumat yang lebih


terperinci tentang kriteria pemilihan penyelia tapak oleh kontraktor. Selain itu, kajian
ini juga bertujuan berkaitan untuk mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang sesuai
untuk menjadi seorang penyelia tapak. Pemilihan penyelia tapak ini sangat penting
dalam organisasi pembinaan terutamanya di tapak bina kerana penyelia tapak
merupakan individu yang menyelia dan memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh
buruh mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Oleh itu, melalui penyeliaan yang
berkesan oleh penyelia tapak dengan menggunakan kemahiran yang sepatutnya, segala
aktiviti di tapak bina dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan.

Segala maklumat dan data yang diperoleh adalah SULIT DAN TERHAD untuk
tujuan kajian Projek Sarjana Muda ini sahaja.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT RESPONDEN

1) Jantina : Lelaki Perempuan

2) Umur : 20 - 30 31 - 40
41 - 50 51 - 60

3) Jawatan : Pengarah Urusan


Pengurus Projek
Pengurus Tapak

4) Tempoh Pengalaman : 0-5 6 - 10


Kerja (Tahun) 11 – 15 16 - 20
21 - 25 26 - 30

5) Nama dan Cop : ____________________________________________


Syarikat ____________________________________________
88

BAHAGIAN B : KRITERIA PEMILIHAN PENYELIA TAPAK

Skor Penerangan
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju

*Bulatkan skor bagi tahap persetujuan berdasarkan jadual di atas. Berdasarkan


pengetahuan anda, sejauh manakah tahap persetujuan bagi kriteria pemilihan penyelia
tapak.

Kategori A : Tahap Pengalaman

i) Berapa lamakah tempoh pengalaman kerja yang sesuai sebelum menjadi seorang
penyelia tapak?

Tempoh Pengalaman Kerja Skor

1 0-6 bulan 1 2 3 4 5
2 1-2 tahun 1 2 3 4 5
3 2-3 tahun 1 2 3 4 5
4 3 tahun dan ke atas 1 2 3 4 5

ii) Adakah jenis pengalaman kerja berikut sesuai untuk menjadi seorang penyelia
tapak?

Jenis Pengalaman Kerja Skor


1 Berkaitan kerja-kerja infrastruktur 1 2 3 4 5
2 Berkaitan kerja-kerja pembinaan bangunan 1 2 3 4 5

Lain-lain kerja :sila nyatakan


3 1 2 3 4 5
___________________________________
89

Kategori B : Tahap Pendidikan

i) Apakah kelayakan minimum pendidikan (akademik) yang sesuai untuk menjadi


seorang penyelia tapak?

Minimum Tahap Pendidikan Skor

1 Mempunyai SPM 1 2 3 4 5
2 Mempunyai Sijil 1 2 3 4 5
3 Mempunyai Diploma 1 2 3 4 5
4 Mempunyai Ijazah 1 2 3 4 5

ii)

Skor

Adakah calon yang tidak mempunyai tahap


pendidikan dan pengalaman di tapak bina juga 1 2 3 4 5
boleh diambil bekerja sebagai penyelia tapak?

Kategori C : Jenis Pengetahuan

Apakah jenis pengetahuan yang sesuai dalam menjadi seorang penyelia tapak?

Jenis Pengetahuan yang Sesuai Skor


Mempunyai pengetahuan mengenai
1 1 2 3 4 5
pengurusan tapak bina
Mempunyai pengetahuan berkaitan
2 1 2 3 4 5
kerja kejuruteraan awam
Mempunyai pengetahuan dalam
3 1 2 3 4 5
menggunakan komputer
Mempunyai pengetahuan tentang
4 1 2 3 4 5
pengurusan dan pentadbiran pembinaan
90

Kategori D : Personaliti Peribadi

Apakah personaliti peribadi yang sesuai untuk menjadi seorang penyelia tapak?

Personaliti Peribadi yang Sesuai Skor

Penyelia tapak mestilah seorang yang


1 1 2 3 4 5
berdisiplin dalam melakukan tugas
Penyelia tapak perlu bermotivasi dalam
2 1 2 3 4 5
melakukan pekerjaan
Penyelia tapak mestilah seorang yang
3 1 2 3 4 5
boleh bekerja di bawah tekanan
Penyelia tapak hendaklah
4 1 2 3 4 5
berkomunikasi dengan baik
Penyelia tapak hendaklah seorang yang
5 1 2 3 4 5
berupaya bekerja dalam kumpulan
91

BAHAGIAN C : KEMAHIRAN YANG PERLU UNTUK MENJADI


PENYELIA TAPAK

Skor Penerangan
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju

*Bulatkan skor bagi kemahiran yang disenaraikan berdasarkan jadual di atas.

Skor
Boleh berkomunikasi secara baik
1 1 2 3 4 5
dengan pihak atasan dan bawahan
Dapat mengatasi masalah kekurangan
2 1 2 3 4 5
bahan di tapak bina
Dapat menyelesaikan masalah di antara
3 1 2 3 4 5
buruh yang berlaku
Boleh mengatasi masalah kesalahan
4 1 2 3 4 5
spesifikasi kerja
Memberi arahan kerja dengan baik
5 1 2 3 4 5
kepada buruh dan sub-kon
Dapat memberikan motivasi kepada
6 1 2 3 4 5
pekerja
7 Mempunyai ilmu teknologi binaan 1 2 3 4 5

8 Boleh membaca dan memahami kontrak 1 2 3 4 5


Dapat menguruskan aktiviti di tapak
9 1 2 3 4 5
bina dengan baik
Mengendalikan sumber manusia dengan
10 1 2 3 4 5
baik
Boleh merancang dan menyelia aktiviti
11 1 2 3 4 5
yang dilakukan oleh buruh
Dapat menguruskan dan menyelia bahan
12 1 2 3 4 5
binaan dengan baik
Dapat mengurus dan menyelia jentera
13 1 2 3 4 5
dengan baik

You might also like