You are on page 1of 23

125

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Pengurusan Hal Ehwal Murid merupakan salah satu komponen yang amat
penting dalam menghasilkan iklim kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan bidang ini banyak melibatkan kemahiran komunikasi, psikososial dan
interpersonal. Walau bagaimanapun, dasar yang boleh diterima umum, 'caring',
terbuka, konsisten, adil dan saksama merupakan bahagian yang penting dalam
menentukan suasana yang harmoni, aman damai, ceria, sihat dan selamat untuk
pengajaran dan pembelajaran.

Skop pengurusan hal ehwal murid amat luas dan saling berkaitan. Di
antara bidang utama adalah: Disiplin Murid, Bimbingan Dan Kaunseling,
Kebajikan Murid (termasuklah pelbagai jenis biasiswa dan bantuan), Skim
Pinjaman Buku Teks, Lembaga Pengawas, Lembaga Ketua Tingkatan, Lembaga
Pembimbing Rakan Sebaya, 3K dan Kantin Sekolah.

1 DISIPLIN PELAJAR

1.1 Menyedia dan Mengemaskini Peraturan Sekolah

1.2 Menguatkuasa peraturan sekolah

Peraturan Sekolah akan disimpan dalam setiap kelas untuk rujukan


pelajar. Guru Tingkatan menerangkan Peraturan Sekolah kepada semua
pelajar kelasnya pada hari pertama persekolahan awal tahun.

1.3 Mengendalikan kes disiplin

1.3.1 Ketidakhadiran

Pelajar ditegah ponteng sekolah. Jika pelajar tidak hadir tanpa sebarang
sebab yang munasabah atau tanpa surat sakit selama 3 hari berturut-turut,
guru tingkatan/ guru bimbingan dan kaunseling dikehendaki melaporkan
kepada Pengetua atau PK HEM. Hukuman merotan dan Perkhidmatan
Komuniti akan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang ponteng.

Guru Tingkatan juga harus memastikan Ketua Tingkatan atau


penolongnya/ Guru Bimbingan dan Kaunseling menghantar Slip
126

Ketidakhadiran kepada guru yang bertanggungjawab setiap pagi. Sila


nyatakan dengan jelas nama pelajar-pelajar yang tidak hadir dan sebab-
sebabnya. Pelajar-pelajar yang tidak hadir akan direkod. Slip ini
memudahkan PK HEM untuk mengesan pelajar-pelajar yang tidak hadir
pada hari-hari tertentu. Borang Ringkasan ini akan disimpan di pejabat am/
Bilik Bimbingan dan Kaunseling untuk rujukan pihak sekolah sekiranya
perlu. Pelajar-pelajar yang mewakili sekolah atau terlibat dalam aktiviti
yang dibenarkan oleh pihak sekolah juga perlu ditanda sebagai hadir.

Guru Tingkatan dikehendaki menghubungi pelajar yang tidak hadir tanpa


sebab pada hari itu juga. Sebagai tindakan susulan, guru tingkatan perlu
mengeluarkan surat amaran melalui pengetua kepada ibu bapa/ penjaga
pelajar yang ponteng tersebut seperti jadual berikut:

Tindakan Terhadap Pelajar Yang Ponteng Secara Berterusan

Bilangan Hari Ponteng Surat Amaran

Tidak hadir 3 hari berturut-turut Surat Amaran Pertama Dikeluarkan

Tidak hadir 10 hari berturut-turut Surat Amaran Kedua Dikeluarkan

Tidak hadir 17 hari berturut-turut Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan

Tidak hadir 30 hari berturut-turut Dicadangkan Buang Sekolah

Tindakan Terhadap Pelajar Yang Ponteng Secara Berkala

Bilangan Hari Ponteng Surat Amaran

Tidak hadir 10 hari ke sekolah Surat Amaran Pertama Dikeluarkan

Tidak hadir 20 hari ke sekolah Surat Amaran Kedua Dikeluarkan

Tidak hadir 40 hari ke sekolah Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan

Tidak hadir 60 hari ke sekolah Dicadangkan Buang Sekolah

1.3.2 Datang lewat


127

Pelajar-pelajar yang datang lewat (selepas pukul 6:55 pagi) akan ditahan
oleh pengawas sekolah di pintu sekolah. Nama mereka akan dicatatkan
dan diberikan amaran serta mata demerit atau hukuman seperti merotan
sekali/ buat kerja amal. Semua kes ini akan direkod dalam fail Sistem Merit
dan Demerit/ Buku Rekod Masalah Disiplin Pelajar.

1.3.3 Slip Mengesan Pergerakan Pelajar

Guru-guru dipertanggungjawabkan memastikan pelajar-pelajar sentiasa


berada dalam kelas semasa PdPc dijalankan. Semua guru akan diberikan
sekeping PAS. Jika pelajar ingin pergi ke tandas, mereka mesti mendapat
kebenaran dan PAS daripada guru berkenaan. Guru-guru diingatkan
bahawa hanya membenarkan seorang pelajar lelaki atau dua orang
pelajar perempuan untuk keluar dalam satu masa. Semua hal keluar-
masuk kelas tanpa kebenaran akan dicatatkan oleh Ketua Tingkatan atau
penolongnya dalam Slip Mengesan Pergerakan Pelajar Dalam Kelas
untuk rekod dan rujukan pihak pentadbir sekolah.

Jika pelajar ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia
dikehendaki mendapat kebenaran daripada Pengetua, PKT, PK HEM, PK
KK atau Guru-guru Kanan dengan mengisikan Slip Kebenaran Balik Awal
dan menelefon kepada ibu bapa/ keluarganya untuk mengambil mereka.

**Jika guru mendapati ada pelajar yang keluar tanpa kebenaran, sila
memberi amaran atau laporkan kepada Pengetua atau PK dengan segera.

1.3.4 Sistem Merit Dan Demerit

Sistem Merit Dan Demerit masih diamalkan. Guru yang bertanggungjawab


dikehendaki mengisi maklumat peribadi pelajar dalam Kad Disiplin Sistem
Merit dan Demerit. Borang-borang akan disimpan dalam fail ikut kelas di
Bilik Pergerakan Pengawas Sekolah. Guru Penasihat Pengawas Sekolah
akan dilantik sebagai Guru Penyelaras dengan bantuan Pengawas
Sekolah untuk merekodkan mata demerit ke dalam kad demerit. Guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Penyelia Disiplin akan menolong
mengemaskinikan jumlah mata merit atau mata demerit sekali sebulan dan
128

laporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut serta tindakan susulan


guru bimbingan dan kaunseling.

1.3.5 Perkhidmatan Komuniti

Sebarang kes ponteng, datang lewat atau salah laku seperti tidak membuat
kerja rumah perlu diambil tindakan. Perkhidmatan Komuniti adalah satu
cara hukuman bagi pelajar-pelajar yang berulang kali melanggar peraturan.
Guru-guru, Penyelia Disiplin atau Guru B&K perlu bertindak bersama
seperti perkhidmatan komuniti/ hukuman/ nasihat.

1.3.6 Wajah Pelajar

Semua pelajar dilarang sama sekali memakai barang perhiasan atau


mewarnakan rambut. Jika didapati ada pelajar berbuat demikian, sila
mengambil tindakan dengan segera. Setiap guru dikehendaki menasihati
pelajar tersebut untuk menyerahkan barang-barang perhiasannya.
Sekiranya pelajar tersebut enggan mengikut arahan guru, sila laporkan
kepada Pengetua atau PK HEM. Pakaian berlengan panjang juga dilarang.
Pelajar yang melanggar peraturan ini harus dihantar balik untuk menukar
baju. Begitu juga dengan pemakaian selipar dan tali pinggang selain
daripada warna hitam atau coklat gelap. Pendek kata, wajah pelajar
mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas dan bersesuaian
dengan watak mereka sebagai seorang pelajar. Jika terdapat yang enggan
mengikut arahan walaupun sudah ditegur beberapa kali, sila laporkan dan
hantar pelajar tersebut kepada pihak pentadbir sekolah.

1.3.7 Kes Ponteng

Pelajar yang tidak hadir diminta membawa bukti sebab tidak hadir, seperti
Sijil Sakit/ Surat Ibu bapa. Jika tidak ada, pelajar itu akan dianggap
ponteng sekolah dan hukuman seperti merotan akan diberikan. Ibu bapa
akan dihubungi untuk mendapat keterangan lanjut jika perlu.

1.4 Guru Penyelia Disiplin


129

Penyelia-penyelia Disiplin bertanggungjawab membantu pihak sekolah mengawal


disiplin pelajar di kawasan sekolah. Mereka menjalankan tugas secara proaktif,
iaitu, meronda kawasan sekolah, menegur pelajar, memberi nasihat, memberi
amaran dan melaporkan salahlaku pelajar. Mereka juga akan membantu
pengawas semasa menjalankan tugas.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah/ Penyelia Disiplin membantu PK HEM


mengemaskan Mata Borang Merit Demerit Kad Disiplin dan dikemukakan kepada
PK HEM untuk tindakan bersama.

Bil Aktiviti Huraian Tugas Sasaran

1 Penyeliaan Membuat rondaan di Perlakuan pelajar dipantau


kawasan yang ditetapkan secara konsisten pada setiap
secara berkala. Membantu masa di sekolah. Pergaduhan
guru-guru semasa waktu atau keadaan huru-hara perlu
mengajar sekiranya ada dielakkan supaya tidak berlaku
gangguan. Membantu dalam atau di luar kelas.
pengawas-pengawas pada
setiap masa khususnya
semasa waktu rehat.

2 Laporan Menyiasat dan mengambil Setiap kes yang dirujuk oleh


Salahlaku tindakan yang sewajarnya. guru: tindakan harus diambil
Segala maklumat penting
mesti dicatat secara ringkas
dan jitu. Borang Salahlaku
harus difail.

3 Tindakan Memiliki kuasa merotan, Pelajar mematuhi peraturan


Disiplin menahan, menghantar serta kehendak sekolah.
pulang, menggantung serta
memanggil ibubapa
berjumpa dengan pihak
sekolah.

4 Bimbingan & Sebagai tindakan Pelajar faham bahawa pihak


Kaunseling preemptive, menegur atau sekolah mengambil perhatian
memuji pelajar secara yang ikhlas. Pelajar faham
sengaja dan sedar. tentang tindakan pihak
sekolah setiap kali salahlaku
dikesan.

5 Ahli Lembaga Menghadiri mesyuarat Mempunyai pengetahuan


Disiplin Lembaga Disiplin yang serta pengalaman yang
diadakan apabila dipanggil meluas untuk mencapai
130

untuk menimbang sama ada keputusan yang munasabah.


membuang atau mengambil
tindakan secara rasmi
terhadap pelajar.

6 Membantu Mengesan kawalan kelas Pelajar-pelajar tidak


Kawalan semasa proses pengajaran mengganggu proses
Kelas dan pembelajaran dan pengajaran dan pembelajaran.
membuat laporan kepada
Pengetua.

1.5 Menasihati Lembaga Pengawas Sekolah

Pengawas bertanggungjawab membantu guru-guru menyelia pergerakan serta


perlakuan pelajar-pelajar. Mereka melaporkan segala kes salahlaku pelajar dan
menasihati mereka. Mereka juga dibenarkan memberi mata demerit kepada
pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah seperti datang lewat ke sekolah
dan rambut panjang/ berwarna.

Pada Bulan Januari juga, kadet-kadet pengawas akan dipilih oleh guru-guru
Tingkatan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4. Calon-calon pengawas akan
diberikan taklimat dan latihan oleh Lembaga Pengawas dan mereka akan
menjalani tempoh percubaan sehingga hujung bulan Mac sebagai kadet
pengawas. Guru-guru dan semua pengawas akan menilai perlakuan dan sikap
kadet-kadet pengawas. Biasanya 120 kadet pengawas diperlukan.

Kem Kepimpinan Pengawas akan diadakan pada cuti Penggal I. Pengetua, PK


HEM, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru yang berpengalaman
akan dijemput untuk memberi ceramah dan nasihat. Biasanya semua pengawas
diwajibkan menghadiri kem ini.

Pengawas-pengawas baru akan dilantik oleh Pengetua/ Ahli Pengurus Sekolah


pada Bulan Jun. Calon-calon untuk Barisan Konsul-konsul Pengawas - Ketua
Pengawas, Penolong-penolong Ketua Pengawas, Konsul-konsul Pengawas yang
lain akan dipilih oleh guru-guru dan Barisan Konsul Pengawas lama akan
131

diluluskan oleh Pengetua. Pengawas sesi lama akan menjalani tugas pengawas
sehingga hujung bulan Jun (Tingkatan 5) selepas `hand-over' ke sesi berikut.

Guru-guru Penasihat kepada Lembaga Pengawas sekolah termasuk semua Guru


Penyelia Disiplin.

1.6 Lembaga Ketua Tingkatan

Lembaga Ketua Tingkatan Sekolah ditubuhkan untuk menyelaraskan hal-hal


yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Ketua Tingkatan dan penolongnya
akan membantu Guru Tingkatan dalam hal mengutip dan manghantar buku-buku
latihan, mengawasi kelas sebelum guru masuk kelas, menghantar Slip
Ketidakhadiran Pelajar dan Slip Pengerakan Pelajar kepada guru yang
bertanggungjawab serta tugas-tugas lain yang diminta oleh guru-guru.

1.7 Program Waja Diri

Pengenalan

Program Waja Diri merupakan program yang akan memantau kemajuan pelajar
dari segi sahsiah dan akademik secara berterusan dan berfokus. Menerusi
program ini, kemajuan pelajar akan dinilai dan dikategorikan dengan cara
pengumpulan markah merit yang menggambarkan tahap prestasi mereka.
Program ini diharap dapat memberi dorongan dan galakan untuk pelajar
memajukan serta mengubah ciri-ciri baik peribadi di samping tahap prestasi
mereka pada penilaian yang seterusnya.

Rasional

a. Dipercayai keinginan memajukan diri dengan mengubah sikap merupakan


langkah pertama mencapai kejayaan akademik.

b. Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang maju dalam


akademik dan sahsiah.

Objektif

1. Meningkatkan disiplin pelajar.


132

2. Meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam bidang akademik.

3. Menuju ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruhi dan


bersepadu.

4. Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pelaksanaan

Bil Perkara Keterangan

1 Anugerah  Lencana emas rekaan khas yang bermotokan


'Pelajar Mithali Sekolah Lestari' akan
dianugerahkan kepada pelajar yang memberi
perkhidmatan yang cemerlang dalam lembaga.
Untuk penganugerahan tersebut, pengawas yang
memberi perkhidmatan cemerlang akan
dianugerahkan lencana Waja Diri dan Sijil
penghargaan.

2 Jadual  Pemantauan perkhidmatan pelajar sepanjang


Penyemakan tahun.
Status

3 Majlis  3 kali setahun, iaitu April dan Julai (semasa


Penganugeraha perhimpunan) serta Oktober (Majlis Penyampaian
n Sijil dan Hadiah)

4 Pemantauan  Penyelaras akan memastikan pelajar yang


dianugerahkan lencana sentiasa memakai
lencana tersebut.

5 Galakan dan  Mempamerkan senarai nama dan gambar yang


Dorongan mendapat anugerah di papan notis sekolah.
 Pelajar yang dapat mengekalkan prestasinya
sepanjang tahun, nama dan gambarnya akan
dimuatkan dalam majalah sekolah.

Semua guru digalakkan untuk memberi mata merit kepada pelajar-pelajar yang
telah menunjukan sifat yang baik. Diharapkan Program Waja Diri ini akan dapat
membantu pelajar memajukan ciri-ciri peribadi yang baik seterusnya mencapai
keputusan yang cemerlang dalam akademik dan juga meningkatkan lagi
pencapaian sekolah.

2 BANTUAN KEPADA PELAJAR

2.1 Mengurus pelbagai bentuk bantuan pelajar


133

2.1.1 Biasiswa

Tujuan

Untuk membantu membiayai perbelanjaan persekolahan pelajar-pelajar


yang mempunyai latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan
tetapi berpotensi dalam pelajaran. Biasanya, syarat dan kriteria pemilihan
akan dinyatakan dalam borang permohonan. Dalam aspek ini, guru-guru
memainkan peranan yang penting dalam mengenalpasti pelajar-pelajar
yang berkelayakan untuk dicalonkan sebagai penerima biasiswa. Semua
penerima biasiswa wajib membuka satu akuan di BSN bersama kad Giro
(Akaun Giro). Setiap orang pelajar hanya dibenarkan menerima satu jenis
tawaran biasiswa.

Jenis-jenis biasiswa

Bil Jenis Biasiswa Keterangan

1 Yayasan Sarawak  Borang permohonan akan dikeluarkan pada


hujung bulan Januari. Calon-calon yang
terpilih akan mendapat Borang Permohonan
dari Guru Biasiswa. Laporan prestasi Ujian
Penggal penerima biasiswa yang disediakan
oleh Guru Biasiswa akan dihantar ke pejabat
Yayasan Sarawak pada Bulan Jun dan
November setiap tahun.

2 Biasiswa Kecil  Seperti YS, borang permohonan juga akan


Persekutuan dikeluarkan pada awal bulan Januari .
(BKP) Tumpuannya juga diberikan kepada pelajar-
pelajar dari keluarga yang kurang mampu.
Hanya pelajar-pelajar yang layak akan
diberikan borang permohonan tersebut.
Senarai penerima baru akan dimaklumkan
pada bulan September / Oktober. Jumlah
biasiswa ialah RM 840.00 setahun untuk
pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan
4 dan RM 770.00 setahun untuk Tingkatan 5.

3 Yayasan Telekom  Tawaran bermula pada bulan Februari dan


borang permohonan perlu dihantar pada
bulan Mac. Hanya ditawarkan kepada pelajar
Tingkatan 1 dan 4 sahaja yang cemerlang
dalam akademik dan berkelayakan iaitu
jumlah pendapatan ibubapa kurang daripada
RM1000.
 Penerima biasiswa akan diberi elaun poket
sebanyak RM50 sebulan untuk Tingkatan 1
134

dan RM70 sebulan untuk Tingkatan 4.

4 Lain-Lain  Akan ditawarkan pada bila-bila masa.

** Guru Tingkatan diminta mengutip Borang Permohonan dan menyerah


kepada Guru biasiswa pada tarikh yang ditetapkan.

2.2 Bantuan Pakaian Seragam

Rasional

Satu skim oleh kerajaan Negeri Sarawak dari kelas-kelas Tingkatan 1 dengan
membekalkan seragam, kasut dan beg sekolah secara percuma. Pemilihan oleh
pihak Yayasan Sarawak adalah melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Objektif

1. Memberi insentif atau perangsang dalam bentuk pakaian seragam, kasut


dan beg sekolah kepada pelajar-pelajar untuk bermula persekolahan
mereka di sekolah rendah (Tahun Satu) atau sekolah menengah
(Tingkatan Satu) dengan selesa.

2. Mengurang beban dan tanggungjawab keluarga yang kurang mampu


dengan memberi bantuan asas persekolahan kepada anak-anak mereka
demi kepentingan pendidikan.

2.3 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

SPBT bertujuan membantu semua pelajar yang layak menerima Buku Teks.

2.4 Kesihatan Pelajar

Rasional

Kesihatan merupakan satu proses yang dinamik dan sentiasa berubah dan tidak
boleh diperolehi dengan serta merta tetapi melalui pemupukan pengetahuan,
sikap dan amalan yang berterusan dan berpanjangan. Keadaan fizikal, emosi,
mental, sosial dan rohani adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan
keseimbangan di antaranya adalah amat penting dalam hidup seseorang individu.
135

Andainya salah satu daripada aspek kesihatan ini terganggu atau diabaikan,
maka kesihatan lain akan terganggu dan seseorang itu dikatakan tidak lagi sihat.

Objektif

1. Program-program peningkatan kesihatan dan kebersihan untuk


kepentingan pelajar dengan kerjasama dan sokongan agensi lain.

2. Sekolah melaksanakan program peningkatan keselamatan dan keceriaan


supaya kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran.

3. Kerjasama yang erat di antara sekolah dan masyarakat digalakkan untuk


kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.

Program / Aktiviti

1. Pertandingan 3K (Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan


Alam Sekitar Sekolah)

2. Program Bebas Denggi dan Amalan Kebersihan di Sekolah.

3. Pengurusan Buku/ Kad Rekod Kesihatan Murid (RKM I).

4. Kawalpandu Kebersihan Kantin dan Persekitaran.

5. Pendidikan Kesihatan - ceramah kebersihan, kesihatan dan pengendalian


makanan, pameran bahan pendidikan kesihatan, pertandingan menulis
esei, pertandingan melukis poster, drama kerja gotong-royong dan
sebagainya.

Pemeriksaan kesihatan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan dijalankan setiap


tahun oleh Pegawai Kesihatan. Suntikan ATT adalah wajib untuk pelajar-pelajar
berkenaan dan ia kemudian akan dicatatkan dalam Buku Kesihatan Pelajar
sebagai rekod.

Di samping itu, Ceramah Anti dadah dan Program Ujian Air Kencing juga akan
dijalankan setiap tahun kepada pelajar-pelajar. Ia dianjurkan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah, Jabatan Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan dan Jabatan
Narkortik Sarikei.

2.4.1 Kantin Sekolah


136

Rasional

1. Menyediakan kemudahan tempat makan untuk semua warga sekolah


secara selamat, bersih dan halal serta memenuhi kriteria kesihatan
Jabatan Kesihatan/ Majlis Daerah Tempatan.

2. Mematuhi segala penetapan buku panduan Pengurusan Kantin Sekolah


yang dikeluarkan oleh KPM.

3. Guru Bertugas Harian perlu membuat/ mengisi laporan harian kantin


sekolah.

2.4.2 Program bebas Denggi Peringkat sekolah


Kaedah Pelaksanaan

Enam kumpulan pengawas ditugaskan untuk memeriksa seluruh kawasan


sekolah termasuk tandas, bilik guru, stor, kantin, makmal dan lain-lain
untuk mengesan bekas-bekas yang mungkin bertakung air dan
membuangkannya.

Laporan mingguan akan disediakan oleh Penyelaras pengawas dan


diserahkan kepada Guru Penyelaras untuk tindakan lanjut.

Laporan bulanan akan disediakan oleh PK HEM berdasarkan laporan


mingguan dan dihantarkan ke PPD dan Jabatan Kesihatan.

2.4.3 Skim Subsidi Cermin Mata


Rasional

1. Membuat tinjauan tentang pelajar-pelajar yang miskin/ kurang mampu yang


perlu memakai cermin mata.

2. Pelajar diminta mengisikan Borang Permohonan untuk skim ini dan akan
disahkan oleh Pihak Sekolah.

3. Pelajar diminta berjumpa dengan pembekal cermin mata yang terlibat


dalam skim ini untuk tindakan lanjut.

2.4.4 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


137

Rasional

1. Membantu pelajar mengenalpasti potensi dan bakat sendiri.

2. Membimbing pelajar mencari jalan menyelesaian masalah peribadi.

3. Membimbing pelajar memilih aliran pembelajaran berdasarkan kebolehan


sendiri.

4. Membimbing pelajar agar kurang terlibat dalam salahlaku disiplin.

5. Membimbing pelajar untuk membantu pelajar lain.

6. Membangunkan kepimpinan pelajar.

7. Membimbing pelajar dalam menggunakan kaedah pembelajaran yang


berkesan.

8. Membimbing pelajar dalam permohonan kemasukan ke universiti.

9. Membimbing pelajar dalam pemilihan kerjaya.

10. Menyediakan maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain kepada pelajar.

Jenis Khidmat Utama

1. Khidmat inventori dan rekod.

2. Khidmat memberi maklumat.

3. Khidmat bimbingan kelompok.

4. Khidmat kaunseling.

5. Khidmat penempatan.

6. Khidmat mencegah penyalahgunaan dadah.

7. Khidmat rundingan dan rujukan.

8. Khidmat penyebaran dan resos.

9. Khidmat konferens dengan ibu bapa.

10. Khidmat penilaian.

2.4.5 Skim Takaful Pelajar Malaysia (STPM)


138

2.6.1 Objektif

Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar sekolah adalah bertujuan
menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan kepada
pelajar dan keluarga mereka bagi meringankan beban kewangan yang
akan ditanggung oleh mereka sekiranya berlaku apa-apa bencana,
malapetaka dan tragedi kemalangan ke atas diri.

2.5 Yuran Sekolah

Semua pelajar dikehendaki membayar yuran sekolah pada minggu pertama sesi
persekolahan baru. Jika didapati ada pelajar-pelajar yang belum bayar atau
kurang berkemampuan, sila maklumkan kepada pihak pentadbir. Bagi pelajar-
pelajar yang dikecualikan daripada pembayaran yuran, nama mereka akan
direkodkan dan dimaklumkan kepada Guru Tingkatan.

Bagi pelajar-pelajar baru di kelas-kelas Peralihan dan T1, mereka sepatutnya


telah membayar yuran semasa pendaftaran. Jika belum, guru tingkatan akan
dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya. Berikut adalah bayaran tahunan:

A. Sumbangan
BIL. JENIS SUMBANGAN AMAUN DIBAYAR (√)

1 Sumbangan Tabung Bangunan (Dipungut oleh Lembaga RM 30.00


Pengurusan Sekolah)

2 Sumbangan PIBG (Dipungut oleh PIBG) RM 25.00

Jumlah RM 55.00

Catatan: Akan berubah mengikut kadar semasa.

3 MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PELAJAR

3.1 Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)

3.1.1 Pendahuluan

PBSS merupakan satu program yang menyatupadukan atau yang


mempunyai semua aktiviti-aktiviti kesihatan di sekolah. Aktiviti-aktiviti
kesihatan termasuklah semua aktiviti yang sedia ada seperti pemeriksaan
fizikal murid-murid sekolah, perkhidmatan pergigian, Rancangan makanan
139

Tambahan, kempen Sekolah Bebas Denggi dan lain-lain serta semua


aktiviti-aktiviti kesihatan yang bakal dijalankan di sekolah nanti.

Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan


bersepadu di antara warga sekolah, PIBG, sektor awam, sektor swasta,
badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan
sekolah yang sihat:

1. Polisi kesihatan sekolah.

2. Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat.

3. Persekitaran sosial sekolah yang sihat dan selamat.

4. Penglibatan komuniti.

5. Kemahiran kesihatan diri.

6. Perkhidmatan kesihatan sekolah.

3.1.2 Matlamat PBSS

 Menetapan polisi kesihatan sekolah.

 Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria


dan selamat.
 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan
cara hidup sihat.
 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program
kesihatan sekolah.
 Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan amalan kesihatan
yang baik agar setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
3.1.3 Peranan

Bil Pihak Peranan

1 Murid  Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PBSS


yang dirancang.
 memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh
dilaksanakan.
 Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran
kesihatan supaya lebih bertanggungjawab menjaga
kesihatan diri sendiri.
140

 Menyampaikan maklumat kepada ibubapa dan


masyarakat setempat mengenai aktiviti-aktiviti
kesihatan dalam PBSS yang dijalankan di sekolah.

2 Guru  memahami teras-teras utama PBSS.


 menyokong, melaksana dan memperkukuh aktiviti-
aktiviti PBSS yang dirancang oleh Jawatankuasa
PBSS peringkat sekolah.
 Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti
PBSS boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa
PBSS peringkat Sekolah.
 Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan
cara hidup sihat.
 Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS
dengan aktif.
 Memberi penerangan kepada ibubapa dan
masyarakat setempat mengenai PBSS.

3 Pengetua  memberi penerangan kepada guru-guru mengenai


pelaksanaan PBSS di sekolah.
 menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat
sekolah dianggotai oleh guru-guru.
 Merancang aktiviti dengan mengambil kira
keperluan warga sekolah, pengalaman murid dan
guru, kemahiran kesihatan dan kemahiran berfikir
secara kritis, kesedaran murid tentang pentingnya
kemahiran kesihatan.
 Memastikan murid tentang pentingnya kemahiran
kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk
menjaga kesihatan diri.
 Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi
penerangan kepada masyarakat setempat, agensi-
agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan
dengan PBSS.

4 Ibu bapa  Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti


dan PBSS yang dirancang oleh sekolah.
Masyarakat  Memberi sumbangan dari segi kepakaran,
kewangan, tenaga dan peralatan serta kerjasama
kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
PBSS.
 Memberi galakan kepada anak-anak untuk
menyertai aktiviti-aktiviti PBSS.
 Memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh
dilaksanakan kepada Jawatankuasa PBSS
peringkat sekolah.
 Menjadi contoh kepada anak-anak dalam
mengamalkan gaya hidup sihat.
141

3.2 Konsep Sekolah Selamat

3.2.1 Definisi

Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat


di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-
mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.

3.2.2 Matlamat

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara


berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

3.2.3 Objektif

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan


hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di
sekolah.

3.2.4 Rasional

 Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang


dijadikan asas utama pertimbangan.
 Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal,
sosial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu
diwujudkan.
 Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat
dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan.
 Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat
terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

3.2.5 Bidang Keselamatan

Bil Bidang Keterangan

1 Bidang Aktiviti  Keselamatan diri murid semasa perjalanan


Murid pergi dan balik sekolah.
 Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum.
 Keselamatan semasa mengadakan kegiatan
luar.
 Tatacara tindakan apabila berlaku kemalangan
dalam atau luar kawasan sekolah.

2 Bidang  Kebakaran.
142

Bencana Alam  Banjir.


 Perubahan cuaca.
 Wabak Penyakit

3 Bidang Fizikal  Keselamatan pendawaian dan peralatan


Dan Bangunan elektrik.
Sekolah  Tandas.
 Keselamatan peralatan (Loose handrails &
tingkap pecah).
 Kerosakan perabot kelas.
 Keselamatan penghuni asrama.
 Keselamatan makmal sains.
 Keselamatan Bengkel.
 Keselamatan Pusat Sumber / Perpustakaan.
 Keselamatan padang dan gelanggang
permainan.
 Keselamatan stor, kebun sains pertanian.
 Keselamatan di kawasan sunyi dan gelap.
 Keselamatan semua bangunan dalam
kawasan sekolah.
4 Bidang Sosial  Gangguan Seksual.
 Keselamatan gangguan emosi dan rohani.
 Keharmonian Kaum di sekolah.
 Membuli / Pelacuran.
 Peras ugut.
 Sumbang Mahram.

5 Bidang  Kawasan air bergerak/ statik (sungai/ lombong/


Persekitaran laut/ tasik/ air terjun).
dan Lokasi  Sekolah berhampiran jalanraya, lebuh raya &
Sekolah rel keretapi.
 Kawasan Bukit.
 Kawasan Perumahan / Bandar-bandar Besar.
 Kawasan Pendalaman.
 Kawasan Rancangan (Felda / FELCRA / SLD).

3.3 Program Keceriaan & Kebersihan Sekolah

Program keceriaan sekolah akan digiatkan lagi pada Tahun 2012. Ia merangkumi
semua kawasan sekolah termasuklah bahagian luaran dan dalaman bangunan.

Keceriaan sekolah akan dibahagikan kepada 5 kawasan dan dibawa jagaan 10


orang pekebun kontrak dengan bantuan Lembaga-lembaga sekolah setelah
program penanaman semula pokok dan bunga dilakukan.
143

3.4 Perhimpunan Sekolah

Bil Perkara Aktiviti


1 Objektif  Memberi taklimat umum dan maklumat terkini kepada
semua warga sekolah.
2 Masa  Setiap Hari Rabu 07.00 - 07.40 (Sesi Pagi)
3 Tempat  Dewan Sekolah/ Stadium Seberguna.
4 Aturcara  Pemeriksaan oleh Guru-guru Tingkatan & Guru-guru
Disiplin.
 Nyanyian LAGU NEGARAKU DAN LAGU IBU
PERTIWIKU.
 Doa -Terpilih.
 Taklimat oleh Tuan Pengetua.
 Pengumuman/ laporan.
 Bersurai.
 Amaran dan Hukuman diberi kepada pelajar-pelajar
yang berambut panjang dan kuku panjang.

5 Catatan  Perhimpunan dikendalikan oleh Lembaga Pengawas


Sekolah.
 Pada Hari Perhimpunan, masa setiap waktu akan
dipendekkan 5 minit supaya hari persekolahan masih
ditamatkan seperti hari persekolahan biasa.
 Laluan pelajar-pelajar pergi ke Dewan/ Stadium adalah
seperti di Lampiran.

6 Tugas  Mengawal pelajar-pelajar berbaris di luar bilik darjah dan


Utama pergi ke Dewan ikut barisan.
 Menyediakan sistem PA dan pentas di Dewan.
 Mengawal disiplin pelajar dalam dewan semasa
perhimpunan berlangsung.
 Mengawal pelajar keluar dewan apabila tamat
perhimpunan.

4 MENGEMASKINI PELBAGAI DOKUMEN/ REKOD/ LAPORAN


PELAJAR

4.1 Buku Kesihatan Pelajar

Buku Kesihatan Pelajar juga diuruskan oleh guru tingkatan/ guru penyelaras yang
dilantik dan disimpan dalam pejabat PK HEM. BiIa berpindah, pelajar akan
membawa bersama-sama buku ini. Jadi, semua pelajar wajib menyerahkan buku
ini kepada guru tingkatan. Guru tingkatan pula perlu mengisi maklumat-maklumat
pelajar-pelajar terkini seperti ketinggian, berat badan dsb dalam Buku Kesihatan
Pelajar.

4.2 Laporan Bulanan Pelajar (Jumlah Pelajar Dalam Kelas)


144

Pada setiap akhir bulan, setiap guru tingkatan dikekendaki menghantar laporan ini
kepada PK HEM pada tarikh yang telah ditetapkan. Maklumat ini adalah penting
untuk mengemaskinikan enrolmen pelajar-pelajar sekolah mengikut kaum;
perpindahan keluar dan kemasukan pelajar baru.

4.3 Laporan Disiplin Bulanan

Laporan ini dihantar 3 kali dalam setahun, iaitu 30 April, 31 Ogos dan 10 Oktober.
Guru tingkatan perlu mengisikan laporan tersebut berpandukan rekod salahlaku
pelajar pada bulan-bulan Jan-Apr / Mei-Ogos/ Sept-Okt dan serahkannya kepada
PK HEM pada tarikh yang dinyatakan. Semua maklumat ini akan direkodkan ke
dalam Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) dan dihantar ke JPN melalui talian
untuk tindakan selanjutnya.

4.4 Mata Merit-Demerit

Guru Tingkatan menyimpan rekod demerit pelajar dalam fail yang disediakan.
Guru-guru subjek dikehendaki mencatat kesalahan murid dalam kad demerit yang
disimpan dalam fail. Semua guru diingatkan bahawa pelajar-pelajar yang
memperlihatkan perubahan dalam perlakuan, khususnya mereka yang telah
mengumpul banyak mata demerit harus diberi galakan dan diberi mata merit.

Mata Tindakan Bimbingan &


Demerit Kaunseling
3 - 20 Bimbingan /Amaran Lisan
21 - 30 Bimbingan / Surat Amaran Disiplin 1 dikeluarkan √
kepada ibu bapa /penjaga
31 - 50 Surat Amaran Disiplin 2 dikeluarkan kepada ibu √
bapa/ penjaga;
Ibu bapa / penjaga dipanggil ke sekolah;
Hukuman rotan yang berpatutan dikenakan;
Pelajar menandatangani Surat Perjanjian
Berkelakuan Baik Pertama;
Membuat kerja amal; Rekod dihantar ke JPN
51 – 60 Surat Amaran Disiplin 3 dikeluarkan kepada ibu √
bapa / penjaga
Ibu bapa / penjaga dipanggil ke sekolah;
Digantung sekolah ( 3 hari @ 7hari @14 hari)*;
Hukuman rotan yang berpatutan dikenakan;
Pelajar menandatangani Surat Perjanjian
145

Berkelakuan Baik Ke-2;


Membuat kerja amal; Rekod dihantar ke JPN.
61 - 80 Surat Amaran Disiplin 4 dikeluarkan kepada ibu √
bapa / penjaga
Ibu bapa / penjaga dipanggil ke sekolah;
Digantung sekolah ( 7hari @14 hari)*;
Hukuman rotan yang berpatutan dikenakan;
Pelajar menandatangani Surat Perjanjian
Berkelakuan Baik Ke-3
Membuat kerja amal; Rekod dihantar ke JPN.
80-100 Surat Amaran Disiplin 5 dikeluarkan kepada ibu √
bapa / penjaga;
Ibu bapa / penjaga dipanggil ke sekolah;
Hukuman rotan yang berpatutan dikenakan;
Digantung sekolah (14 hari);
Dilaporkan kepada polis (jika perlu);
Rekod dihantar ke JPN
101- Pengumpulan demerit setiap 20 mata yang √
160 seterusnya akan digantung sekolah selama 14
hari
Dicadangkan untuk dibuang sekolah / ditukar
sekolah;
Dilaporkan kepada polis (jika perlu).

4.5 Sijil Akuan Persekolahan Peiajar Tingkatan 5


Semua guru tingkatan 5 perlu menyediakan sijil tersebut pada bulan September.
Keperibadian pelajar dinilai oleh semua guru mata pelajaran. Maklumat lain
seperti sumbangan khas, pencapaian dalam bidang ko-kurikulum dan catatan
guru tingkatan perlu diisi sebelum ia diserahkan kepada PO untuk dimasukkan ke
dalam komputer dan dicetak.

4.6 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Semua sekolah di Sarawak akan mengemaskinikan maklumat peribadi pelajar


dengan memasukkan data-data peribadi pelajar ke dalam APDM. Semua Guru
Tingkatan dikehendaki mengemaskinikan/ melengkapkan maklumat peribadi
pelajar ke dalam APDM.

APDM perlu dikemaskini dua bulan sekali oleh guru tingkatan. Antaranya
termasuk maklumat peribadi pelajar, kokurikulum dan lain-lain. Guru tingkatan
adalah dipertanggungjawabkan untuk mengemaskini maklumat-maklumat dalam
APDM sepanjang tahun. Data dalam APDM akan digunakan oleh KPM/ JPN/
PPD untuk pemberian bantuan/ biasiswa.
146

Pengurusan Kecemasan Kebakaran

Strategi Melepaskan Diri

1. Setiap murid/kakitangan sekolah harus biasa dengan semua kaedah


melepaskan diri.
2. Setiap murid/kakitangan sekolah perlu mengetahui cara menggunakan
alat pecah kaca/alat pemadam api/alat pemadam pasir dan menjerit
API! API!
3. Semua tangga bangunan/blok kelas hendaklah bebas dari sebarang
halangan dan bahaya kebakaran.
4. Setiap pintu kelas DEPAN dan BELAKANG hendaklah dibuka setiap
masa.
5. Semua murid/kakitangan sekolah perlu membiasakan diri dengan
latihan pengosongan bangunan.
6. Semua murid/kakitangan sekolah hendaklah peka dengan Pelan
Tindakan Kecemasan Semasa Kebakaran.

Tindakan Awal Yang Perlu Dilakukan Semasa Kebakaran

1. Bertindak segera! Aktifkan loceng kecemasan dan jerit API! API! API!.
2. Cuba menyelamat mangsa yang cedera dan elakkan diri daripada
terdedah kepada asap dan wap.
3. Utamakan keselamatan diri anda.
4. Padam kebakaran jika keadaan mengizinkan dengan menggunakan
alat pemadam api yang sesuai.
5. Jangan cuba memadam kebakaran sendirian.
6. Jika anda tidak terlatih dalam menentang kebakaran, keluar segera dan
tutup pintu.
7. Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dengan segera,
dail 999 dan beritahu guru dengan kadar segera.
8. Jika terperangkap dalam asap jangan berlari, cuba merangkak di paras
paling rendah dengan muka menghala ke bawah dan keluar.
9. Jangan cuba masuk ke bangunan semula setelah meninggalkanya.

“Selamatkan nyawa diri dan nyawa orang lain”


147

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Apabila Mendengar Loceng Amaran


Kebakaran

1. Guru subjek hendaklah menghentikan proses pengajaran dan


pemudahcaraan dengan serta merta.
2. Guru hendaklah memastikan keselamatan bilik kelas/bengkel/makmal
sains/makmal komputer sebelum mengarahkan murid meninggalkan
makmal/bengkel/kelas.
Contoh :

Tutup suis kipas, lampu, komputer dan perkakas elektrik yang lain.

3. Guru mesti mengarahkan murid menyelamatkan diri melalui


tangga/pintu yang berhampiran atau yang ditetapkan.
4. Guru mengarahkan murid berbaris di luar kelas dan bergerak secara
berdua-dua dengan cepat ke tempat berkumpul yang ditetapkan.
5. Murid diingatkan jangan berlari semasa bergerak ke tempat berkumpul.
6. Guru perlu memastikan semua murid telah meninggalkan
kelas/makmal/bengkel. Guru adalah orang yang terakhir meninggalkan
kelas/makmal/bengkel selepas memastikan semua suis telah ditutup.
7. Guru perlu mengekori barisan kelas ke tempat berkumpul.
8. Semasa tiba di tempat berkumpul, guru perlu meminta murid berbaris
dan mengambil kehadiran murid seperti dalam senarai nama kelas.
9. Guru perlu melaporkan bilangan murid masing-masing kepada Pegawai
Bomba/ PKHEM/ Pengetua.
Peringatan :

Jika anda tidak berada di bilik kelas/makmal komputer/makmal


sains/bengkel KH semasa loceng amaran berbunyi, jangan sesekali
kembali untuk mengambil barang-barang anda. Ini mungkin akan
mengugat peluang anda untuk melepaskan diri.

Talian Kecemasan:
Jabatan Bomba dan Penyelamat :
084-654444/999

Balai Polis Sarikei : 084-652222

Hospital Sarikei : 084-653333

You might also like