You are on page 1of 28

Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307

3
1.0 Pengenalan

Dunia globasasi pada masa kini semakin maju dan penuh dengan cabaran. Negara kita
Malaysia merupakan sebuah negara dalam dunia globasasi yang semakin berubah pesat
ini. Kewujudan pelbagai faktor yang membawa kesan pada diri kanak – kanak dengan
nyata. Maka, bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting di kalangan
kanak – kanak di sekolah. Hal ini kerana menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan (NHMS) mendapati bahawa masalah mental dalam kanak – kanak semakin
meningkat dari tahun 1996 ke tahun 2011 iaitu daripada 13 peratus kepada 20 peratus.
Berdasarkan kajian ini telah membukti bahawa wujudnya peningkatan masalah kesihatan
mental dan gangguan psikologi di kalangan kanak – kanak yang menyebabkan menjadi isu
pada sekolah seperti isu ponteng sekolah, isu tekanan daripada masalah keluarga, masalah
emosi dan tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak - kanak.

Oleh demikian, setiap sekolah telah memperuntukkan satu unit bimbingan dan
kaunseling untuk memberikan perkhidmatan dalam membentuk tingkah laku murid yang
diingini. Akan tetapi, sebagai sebahagian dalam bidang pendidikan, perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling bukanlah hanya disandarkan sepenuhnya oleh guru kaunseling
malahan semua guru yang terlatih juga dianggapkan sebagai guru bimbingan dan
kaunseling. Maksud semua guru adalah guru – guru yang terlatih tanpa mengira opsyen
yang diambil semasa di IPG. Guru telah diberi kepercayaan dapat memainkan peranan
dalam membantu murid – murid membentuk tingkah laku yang positif di sekolah sebelum isu
tersebut menjadi kes jenayah.

Bimbingan adalah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang
memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan
menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak
dan mengubah tingkah laku ke arah positif. Kaunseling pula ialah suatu proses interaksi
antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau sekelompok kecil yang
mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan alternatif-alternatif yang sesuai bagi
mengatasi masalah kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

Dengan itu, bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
harian seseorang. Khidmat bimbingan dan kaunseling seharusnya diadakan untuk
membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh mereka. Malek
Muhamat Said (2009) menerangkan bahawa bimbingan dan kaunseling merupakan satu
proses perhubungan atau pertemuan secara bersemuka antara kaunselor/guru dengan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 1


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
murid yang menghadapi masalah peribadi atau masalah akademik dengan tujuan menolong
dan membawa perubahan tingkah laku pelajar untuk menyelesaikan masalah.

Berdasarkan kerja kursus individu bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling (EDU3107), kami
telah diberikan sauatu situasi di mana berlakunya masalah tingkah laku dalam sesebuah
bilik darjah. kami telah diminta untuk membuat tugasan yang membincangkan persoalan-
persoalan seperti yang berikut :

a) Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing.


b) Kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik kaunseling bagi membentuk tingkah laku
murid-murid di sekolah.
c) Keberkesanan aplikasi dan teori behaviorisme dalam kaunseling.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 2


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
Penulisan Akademik ( Individu )

Ramai berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan
yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang
mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap.
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum
tentang profesion guru. Namun, sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja
suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu
tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan memberi tunjuk ajar dalam
proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk
agama, bangsa dan negara (Chong Lean Keow, 2009). 

2.0 Peranan Guru Sebagai Guru Pembimbing

Bagi mengukuhkan hasil pembentukan tingkah laku positif kanak – kanak, guru biasa telah
ditugaskan memainkan peranan sebagai guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani
tingkah laku yang tidak diingini yang biasa didapati di dalam kelas seperti pertelingkahan
dan perselisihan faham. Guru biasa kebiasaanya merupakan pihak yang cepat yang
mengenalpasti masalah – masalah murid apabila mereka melibatkan secara aktif dalam
membantu murid tersebut pada memahami diri murid dan menerima maklumat tentang diri
murid dan interaksi dengan orang-orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang
efektif tentang pilihan – pilihan dalam hidupnya. Guru biasa juga berperanan membentuk
tingkah laku yang diingini dalam kalangan murid – murid sekolah dengan mengaplikasikan
kemahiran kaunseling dan teori kaunseling yang telah dipelajari.

Tugas seorang guru biasa bukan sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu
kepada murid-murid malah semua guru biasa yang terlatih berperanan sebagai guru
bimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah kita tahui, perkhidmatan
bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling
sahaja. Setiap orang guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas mampu
memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman hidup
dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing.

Antara peranan guru pembimbing juga adalah mengumpul maklumat mengenai


murid-murid. Menurut Ee Ah Meng (2012), pengumpulan maklumat oleh guru biasa amat
membantu kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat semakan serta

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 3


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan nanti, sama ada dalam bentuk sesi
kaunseling atau intervensi lain. Hal ini kerana guru-guru biasa lebih banyak meluangkan
masa bersama murid jika dibandingkan dengan guru bimbingan dan kaunseling. Pada masa
yang sama, guru-guru biasa juga lebih berpeluang untuk membuat pemerhatian terhadap
tingkah laku murid-murid.

Maznah Baba dan Zainal Madon (2007) memnyokong bahawa pemerhatian


merupakan kaedah pengumpulan data yang tepat yang perlu berfokuskan tingkah laku
kanak-kanak dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Cikgu Siti di
mana Cikgu Siti mendapati bahawa kedua-dua orang muridnya sering menunjukkan tingkah
laku yang disruptif dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaranyang dijalankan oleh guru. Guru haruslah peka dengan masalah tersebut
dan mencari cara penyelesaian masalah dalam masa yang terdekat.

Seterusnya sebagai guru pembimbing juga haruslah menolong murid membuat


penyesuaian dalam persekitaran pembelajarannya. Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim
(2003) bahawa penyesuaian diri ini berlaku secara langsung atau tidak langsung sama ada
dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Dalam hal ini, guru membantu anak-anak
muridnya menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi,
persekitaran dan sebagainya. Guru yang bertanggungjawab haruslah peka dengan latar
belakang anak-anak muridnya kerana semua murid mempunyai latar belakang yang
berbeza dari segi agama, budaya, kaum dan keluarga. Misalnya, latar belakang murid
Ahmad dan Salleh yang berbeza merupakan salah satu sebab timbulnya pergaduhan antara
mereka. Oleh itu, Suradi Salim (2009) mencadangkan agar guru menyesuaikan murid
dengan membiasakan mereka menghadapi situasi sebenar dengan memberi nasihat,
motivasi serta kata-kata yang boleh meningkatkan semangat murid. Hal ini dapat membantu
murid mempelajari ilmu dengan optimum dam berkesan.

Tidak dapat dinafikan bahawa guru biasa yang berperanan sebagai guru
pembimbing juga menolong dan membimbing murid mengatasi masalah berkaitan dengan
pembelajaran, sosioekonomi dan keluarga. Pada zaman globalisasi ini, murid menghadapi
pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut kadang-kala menjadi satu halangan
kepada mereka untuk mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi
mengatasi masalah tersebut, guru haruslah peka dengan masalah dan tingkah laku murid.
Hal ini menjelaskan bahawa betapa pentingnya bagi seseorang guru untuk memahami akan
keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh seseorang
pelajar untuk dihormati yang dikatakan oleh Rahil dan Habibah (2007). Buktinya, Cikgu Siti

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 4


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
peka terhadap masalah yang menyebabkan timbulnya pergaduhan antara Ahmad dan
Salleh dan beliau telah mengaplikasikan teori behaviorisme dalam sesi kaunseling dan
bimbingan untuk membantu kedua-dua orang murid ini menyelesaikan masalah. Dengan itu,
proses pengajaran dan pembelajaran guru akan menjadi menarik dan membantu murid
mengikuti pembelajaran.

Keempat pula, guru menolong murid untuk membuat keputusan rasional. Murid-
murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan sendiri tetapi masalahnya mereka
tidak tahu bahawa keputusan yang diambil itu rasional atau tidak. Jadi, adalah menjadi
tugas kepada guru untuk menolong murid membuat pertimbangan, mengenalpasti baik
buruk sesuatu tindakan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana pengalaman yang dimiliki
oleh guru lebih banyak berbanding dengan murid-murid dalam membuat suatu keputusan.
Dalam konteks ini, guru hanya memberi cadangan dan murid berhak untuk membuat
keputusannya sendiri. Misalnya, Cikgu Siti bersikap adil dalam melayan muridnya dan
mendengar pendapat mereka dalam mengatasi masalah tersebut. Menurut kata Zainal
Abidin Ahmad & Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2006) bahawa nilai-nilai adalah penting
dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia. Dengan itu, guru-guru juga harus
memastikan keputusan yang dibuat oleh murid-murid berpandukan nilai-nilai moral, agama,
terminal dan instrumental.

Bidang tugas guru biasa sebagai guru pembimbing yang seterusnya adalah guru
sentiasa merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Sekiranya guru biasa menghadapi
sebarang masalah dalam menguruskan anak muridnya, mereka boleh merujuk kepada guru
bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan idea atau pendapat yang waras di samping
mendapatkan maklumat. Seterusnya, guru juga boleh bekerjasama dengan guru bimbingan
dan kaunseling sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap anak muridnya. Misalnya,
Cikgu Siti boleh membawa dua orang murid tersebut untuk berjumpa dengan guru
kaunseling apabila masalah yang berlaku ini masih tidak dapat diatasi.

Menurut pendapat Muhammad Mansur Abdullah (2003), guru pembimbing juga perlu
bekerjasama dan menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa atau penjaga dalam
mengatasi masalah murid. Hal ini adalah demikian kerana guru ibaratkan ibu bapa kedua di
sekolah bagi seseorang murid. Jadi, mereka perlu sentiasa memaklumkan perkembangan
murid dari semasa ke semasa. Kerjasama antara dua pihak dapat membantu kedua-dua
pihak untuk mengenali tentang murid atau anak dengan lebih mendalam di samping
mengetahui latar belakang keluarga murid serta dapat menyelidik masalah murid dengan
lebih dekat dan menyeluruh yang diketengahkan oleh Suradi Salim (2006). Hal ini akan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 5


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
mendorong kepada guru atau ibu bapa untuk mengambil sebarang tindakan seterusnya.
Contohnya, Cikgu Siti berbincang dengan ibu bapa murid-muridnya tentang perkembangan
mereka di sekolah agar lebih memahami tingkah laku murid tersebut seterusnya mencari
jalan penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua murid tersebut.

Jelasnya, guru biasa memain peranan dalam membentuk murid yang baik,
berketerampilan dan menangani cabaran serta masalah harian yang dihadapi oleh murid.

Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing

Menolong murid membuat penyesuaian.

Menolong murid dalam pelajaran.

Menolong murid buat keputusan rasional.

Selesaikan masalah pembelajaran.

Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling.

Kerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling.

Mengumpul maklumat murid.

Kerjasama dengan ibu bapa.

JADUAL 1: Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 6


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 7


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
3.0 Kemahiran-Kemahiran dan Teknik-Teknik Kaunseling Bagi Membantu Membentuk
Tingkah Laku Murid-Murid di Sekolah

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku
yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini
membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan
negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu,
cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif
pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku
menganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

Tingkah laku bermasalah distruktif sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang
berusia 10 hingga 15 tahun. sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah
laku merosakkan atau melalui perbuatan fizikal seperti bergaduh, melukai atau menyakiti
seseorang yang lain seperti yang ditunjukkan oleh murid Ahmad dan Sallleh. Tindakan
agresif kepada pihak lawam akan ditunjukkan akibat rasa tidak berpuas hati, marah, benci
atau denda. oleh itu, guru yang bertindak ingin memberi perkhidmatan kaunseling yang baik
harus menguasai kemahiran-kemahiran asas kaunseling dengan baik. Kecekapan
menguasai kemagiran kaunseling amat berguan ketika berhadapan dengan pelbagai ejnis
masalah terutamanya murid yang berasa dalam keadaan tidak seimbang emosi dan
psikologi.

3.1 Kemahiran Asas Kaunseling

Menurut Chong Lean Keow (2009), guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan
hendaklah menguasai pelbagai jenis kemahiran asas kaunseling untuk digunakan pada
tahap-tahap tertentu dalam proses kaunseling. oleh itu,pengetahuan tentang kemahiran-
kemahiran asas ini adalah penting karana kemahiran tersebut merupakan garis panduan
kepada guru bimbingan untuk dan kaunseling untuk melaksanakan sesi kaunseling dengan
lebih lancar dan berkesan.

Kemahiran – kemahiran dan teknik – teknik kaunseling merupakan nadi


perhubungan membantu guru menangani atau berhadapan dengan murid agar proses
kaunseling dapat berjalan lancar dan berjaya. Kemahiran – kemahiran yang perlu ada pada
diri adalah seperti kemahiran mendengar secara aktif, kemahiran meminta penjelasan,
kemahiran prafasa, kemahiran dorongan minima, kemahiran menyoal dan sebagainya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 8


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
Kemahiran – kemahiran berikut merupakan kemahiran yang asas dan perlu dijadikan
kemahiran utama seorang guru semasa membantu murid.

3.1.1 Kemahiran Membuat Refleksi Perasaan

Jones (2004) mendapati kemahiran membuat refleksi perasaan melibatkan keupayaan guru
berkomunikasi dan mengalami perasaan murid. Kemahiran membuat refleksi perasaan
bukanlah sekadar mengulang semula perkataan yang diluahkan oleh murid tetapi
merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku murid yang dapat
membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sendiri.

Misalnya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Ahmad dan Salleh,
Cikgu siti cuba untuk memahami apa yang dirasai oleh dan dialami oleh murid secara
emosi. Tujuan kemahiran ini adalah untuk memberikan pemusatan kepada perasaan murid
sebenae dan bukannya perasaan helah semata-mata. Selain itu, ia juga membolehkan
murid untuk melihat kembali perkara-perkara yang telah dikatakan olehnya tadi dengan lebih
jelas dan terang daripada yang asal. Walau bagaimanapun, kemahiran membuat refleksi
perasaan ini bergantung kepada kebolehan murid untuk menentukan perasaan dan tanda
bagi perasaannya (Amir Awang, 1987). Buktinya ialah:

Murid Salleh : “ Ibu saya membelikan saya sebatang pen sempena hari jadi saya. Tetapi

Ahmad kata saya mencuri pennya”

Guru : “Anda dituduh mencuri pen oleh Ahmad.”

3.1.2 Kemahiran Memahami Masalah

Salah satu untuk mengenal pasti dan memahami masalah ialah dengan membuat tinjauan.
Tinjauan ini membolehkan guru mengumpul maklumat penting mengenai isu yang mungkin
timbul dalam kalangan murid terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Ini dapat memudahkan guru dalam mengesan masalah yang dihadapi oleh
murid.

Menurut Ee Ah Meng et. al (2011) guru hendaklah berusaha memahami masalah


murid sebelum cuba menyelesaikannya. Menurut beliau juga, kemahiran untuk memahami

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 9


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
masalah klien hendaklah diperkukuh agar kaunselor memperoleh gambaran menyeluruh
serta latar belakang sesuatu masalah. Dalam konteks situasi yang dinyatakan di atas, guru
hendaklah berupaya mengemukakan soalan secara beransur-ansur agar suatu senario
masalah pelajar dapat dikembangkan. Buktinya, Cikgu Siti mengenal pasti dan memahami
sikap dan latar belakang murid-muridnya dengan merujuk maklumat daripada guru kelas
dan guru-guru lain tentang keadaan dua orang murid apabila berada di kelas lain. Dengan
ini, guru boleh mencari jalan penyelesaian yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini.

3.1.3 Kemahiran Mendengar Secara Aktif

Kemahiran asas yang perlu dikuasai dengan bagus pada diri seorang guru adalah
kemahiran mendengar secara aktif. Menurut Carl Rogers (dalam Lee. K.C 2012:100),
kemahiran merumuskan bahawa seorang guru hendaklah mendengar secara aktif kerana
mendengar dapat berhubung rapat dengan memberi perhatian. Keadaan tersebut
melibatkan sikap dan tubuh badan yang menghantar mesej tanpa lisan kepada klien iaitu
murid kita.

Dengan kata lain, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang sesuai digunakan
pada situasi yang menunjukkan seorang guru telah bersedia untuk mendengar
permasalahan murid dengan tidak mengganggu fikiran dan masalah murid hanya dengan
memahami maksud yang hendak disampaikan oleh murid. Kemahiran ini memerlukan guru
memerhatikan mesej yang cuba disampaikan oleh murid berdasarkan komunikasi verbal
dan tingkah laku bukan verbal agar tidak prasangka maksud murid tersebut.

Contohnya, apabila berdepan dengan murid yang sedang beremosi marah, guru
perlu memberi galakan agar murid terus bercakap dan meluahkan perasaan marah tersebut.
Kemahiran ini diaplikasi apabila guru cuba menjalin hubungan dengan murid yang sedang
marah ini dan guru menyampaikan semula apa yang telah murid yang sedang marah ini dan
guru menyampaikan semula apa yang telah murid ceritakan. Kemahiran ini dapat membantu
guru dalam memperuntukkan lebih banyak maklumat pada perbincangan dan tindakan
lanjut. Tambahan pula, kemahiran membawa kesan terapeutik membolehkan kanak – kanak
yang beremosi untuk meluahkan perasaan dan masalah murid.

Kemahiran kecil yang terdapat pada kemahiran mendengar yang boleh digunakan
oleh guru seperti kemahiran meminta penjelasan. Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan
Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2006), merumuskan bahawa meminta

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 10


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
penjelasan adalah kebolehan guru dalam menyatakan semula intipati mesej yang
disampaikan oleh murid dengan memparafrasa maklumat murid dengan menggunakan
perkataan guru sendiri. Guru boleh meminta murid menjelaskan apabila kurang memahami
percakapan murid. Murid akan memberi penerangan yang lebih lanjut mengenai isu yang
sedang dibincangkan.

Contohnya, Guru : Saya kurang jelas dengan keadaan anda. Mengikut apa yang
saya faham ialah apabila Ahmad menuduh anda mencuri pennya, anda rasa tidak selesa
dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa membuat kerja, maksud anda begitu?
Kemahiran ini sesuai pada keadaan murid yang pemalu atau rasa tertekan untuk berkongsi
masalahnya. Guru boleh menggunakan kemahiran ini agar murid dapat meluahkan
masalahnya dengan bimbingan guru.

Guru yang baik adalah guru yang boleh menjadi pendengar yang setia dengan
meluangkan masa yang lebih banyak untuk mendengar masalah murid dan memahami apa
sahaja yang diluahkan oleh murid tersebut. Misalnya, Cikgu Siti perlu meluangkan masa
kepada Ahmad dan Salleh untuk mendengar masalah mereka untuk mencari punca mereka
sering bertengkar dalam kelasnya. Selain daripada pertuturan, gerak geri murid semasa
bercakap juga perlu diperhatikan oleh guru.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2003) mengatakan bahawa segala tingkah laku murid
itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu
pengucapan. Gerak geri lisan seseorang termasuklah mesej badan dan mesej suara yang
diakatkan boleh menggambarkan perasaannya yang sebenar. Hal ini termasuklah perasaan
hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya.

Buktinya, Cikgu Siti memerhatikan mesej badan murid seperti mengelakkan kontak
mata, suara yang amat rendah dapat menggambarkan seseorang itu sedang berbohong.
Oleh itu, proses mendengar ini boleh dirumuskan melibatkan seluruh deria yang terdapat
dalam diri kaunselor.( Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, 2003 )

3.1.4 Kemahiran Menyoal

Selain kemahiran di atas, kemahiran menyoal juga merupakan satu kemahiran yang penting
perlu wujud pada guru dalam membentuk tingkah laku murid di sekolah. Dalam proses
kaunseling, guru boleh mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 11


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
kefahaman murid terhadap isu yang sedang dibincangkan. Soalan merupakan salah satu
kaedah yang digunakan dalam sesebuah kaunseling.

Ee Ah Meng (2011) menjelaskan bahawa setiap guru pembimbing perlu memiliki


kemahiran menyoal. hal ini diperlukan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai
sesuatu masalah murid.

Terdapat dua bentuk soalan dalam membantu guru semasa proses bimbingan, iaitu
soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan terbuka ialah soalan yang memerlukan
penerangan atau penjelasan yang panjang. Soalan ini juga dapat memberi ruang kepada
murid untuk terus bercakap. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa pada diri
murid dan rasa diterima.

Lazimnya, soalan terbuka menggunakan kata seperti “boleh”, “apa” dan


“bagaimana”. soalan-soalan ini mempunyai tujuan masing-masing. Contohnya soalan yang
menggunakan “boleh” cenderung lebih terbuka dan kurang kawalan ke atas murid. Soalan
“apa” pula membawa murid bercerita tentang fakta dan spesifik tentang situasi. soalan
“bagaimana” pula membawa murid bercerita tentang proses dan urutan atau emosi.
Contohnya, Guru : Di manakah anda jumpa pen anda Ahmad? Cuba anda nyatakan kenapa
anda rasa Salleh mencuri pen anda?

Seterusnya soalan tertutup pula ialah soalan yang mengehadkan kepada satu atau
beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini memberikan maklumat yang ringkas.
Contohnya bagi soalan tertutup, guru perlulah bersoal secara beransur-ansur seperti
“Adakah kamu mengambil pen itu Salleh?” atau “Salleh, bolehkah ceritakan cikgu siapakah
yang belikan kamu pen ini ?” dengan mengemukakan soalan-soalan tertutup seperti ini,
Cikgu Siti dapat kumpul informasi yang selanjutnya. Soalan tertutup ini dapat memenuhi
jurang maklumat yang spesifik sebalinya soalan terbuka pula dapat memberi ruang kepada
klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan dikhususkan oleh
guru mengikut pendapat Ahmad Majid Mohd Isa (1997).

Sehubungan itu, menyoal adalah satu cara yang perlu dilaksanakan bagi guru untuk
memahami lebih lanjut. Soalan yang dikemukakan perlu mempunyai tujuan tertentu dan
berupaya menarik perhatian murid untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa
merasa dirinya tergugat dengan soalan-soalan yang ditanya oleh guru. Kemahiran ini
merupakan kemahiran yang tidak boleh disingkirkan kerana kemahiran ini banyak
membantu guru semasa guru menghadapi murid yang tidak rela untuk berkongsi masalah
mereka.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 12


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3

3.1.5 Kemahiran Parafrasa

Selain itu, guru juga boleh menggunakan kemahiran parafasa. Kemahiran parafrasa ini ialah
respons guru setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku murid. Ishammudin Hj.
Ismail (1999) menjelaskan bahawa tujuan kemahiran prafrasa ini adalah untuk mengulangi
semula perkara yang baru disebutkan oleh klien, memberitahu klien bahawa kaunselor
mendengar apa sahaja yang diperkatakan, mendorong klien untuk meneruskan penerokaan,
mengelakkan kekeliruan dan ketidaksefahaman serta membantu klien untuk berfikir dan
menumpukan perhatian terhadap situasi, orang, objek atau idea yang lebih jelas.

Guru boleh membuat penegasan bahawa guru memahami apa yang telah
diperkongsikan oleh murid. Guru boleh menceritakan semula isi cerita dengan ringkas agar
murid mudah fahami apa yang diceritakan. Misalnya, Guru : Nampaknya, liat bermain tanah
dapat membantu anda untuk melepaskan kemarahan anda terhadap tuduhan yang dibuat
oleh kawan terhadap kamu. Kemahiran ini membantu guru dalam meringkaskan kenyataan
murid dari semasa ke semasa seperti situasi contoh diatas agar guru lebih ingat isi penting
yang murid hendak sampaikan.

3.1.6 Kemahiran Dorongan Minima

Kemahiran dorongan minima merupakan salah satu kemahiran yang mudah digunakan oleh
guru. Guru boleh menggunakan kemahiran ini dengan tanpa sokongan serta dorongan agar
murid dapat terus bercakap tanpa halangan dan mengganggu pemikiran murid. Kemahiran
merupakan kemahiran yang memberi respon dalam pergerakan positif dan berbentuk
ungkapan ringkas seperti “ Ya”, “ Bagus, teruskan”, “Hmm” dan lain – lain. Ia juga boleh
dalam bentuk bukan verbal iaitu pergerakan anggota badan seperti angguk kepala, senyum,
kerutan di dahi dan lain – lain.

Berdasarkan Ishammuddinn Hj Ismail ( 1999 ) menjelaskan bahawa dorongan


minima adalah bertujuan untuk kaunselor memberi perhatian, menolong penerokaan kendiri
klien, klien boleh terus bercakap dan mempengaruhi arus perbualan. Guru boleh

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 13


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
menggunakan kemahiran ini pada semua murid di dalam kelas agar murid lebih yakin dalam
berkongsi pemikiran mereka dan guru akan lebih memahami murid serta membentuk
tingkah laku murid.

3.1.7 Kemahiran Berkomunikasi

Berkomunikasi yang berkesan dapat meningkatkan kualiti sesi bimbingan dan kaunseling
menurut pendapat Mohd Ismail Bin Othman (2006). Kemahiran berkomunikasi merupakan
satu kemahiran yang sangat penting bagi seorang guru. Hal ini bermakna bahawa guru
perlu mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan mengelakkan daripada
menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh murid.

Pada pandangan saya, Cikgu Siti perlulah menggunakan ayat-ayat yang biasa dan
elakkan ayat yang panjang dan formal. Sehubungan itu, jurang antara guru dengan murid
dapat dirapatkan semasa guru menggunakan perkataan yang mudah dan bersesuaian
dengan tahap murid. Dengan itu, Ahmad dan Salleh tidak berasa rendah diri apabila
berdepan dengan guru.

Salah satu jenis komunikasi termasuklah komunikasi bukan lisan yang melibatkan
gerak badan, kontak mata dan postur badan guru. Bahasa badan selalu membawa mesej
yang penting dan tidak dapat diucapkan memerlukan kepekaan guru yang tinggi mengikut
pendapat Amia Salleh & Zuria Mahmud (2006). mesej badan termasuklah mesej ,isan,
mesej vokal, mesej badan, mesej sentuhan dan mesej yang berbentuk aksi. Buktinya, Cikgu
Siti boleh mengangguk kepalanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk yang
mencondong ke hadapan sedikit apabila murid Ahmad dan Salleh menyatakan perasaan
mereka terhadap masing-masing.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 14


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
3.2 Teknik Kaunseling yang Boleh Digunakan Untuk Membentuk Tingkah Laku Murid-
Murid di Sekolah

Menurut ahli behaviorisme dalam buku bimbingan dan kaunseling yang dikarang oleh
Choong Lean Keow (2010), manusia dilahirkan secara neutral dan mempunyai potensi yang
sama untuk menjadi baik dan jahat, bersifat rasional atau tidak rasional. Manusia juga
mampu memberi respon terhadap ransangan yang sesuai dan dapat mempelajari serta
menyimpan pola-pola tingkah laku dan seterusnya mengulang pola-pola tersebut sekiranya
diperlukan. Berdasarkan situasi pertelingkahan dan perselisihan faham antara murid Ahmad
dan Salleh , pengaplikasian Teori Behaviorisme dan kemahiran kaunseling dalam
perubahan tingkah laku Ahmad dan Salleh yang merupakan murid tahun 4 di SK. Sri
Mengasih amat berkesan. Terdapat beberapa teknik dalam teori Tingkah laku dan teknik ini
dapat membantu Ahmad dan Salleh untuk membuat perubahan tingkah laku di dalam bilk
darjah dan sekolah.

Teknik
Pembentuka
n
Teknik Teknik
Penilaian Peneguhan

Teknik
Tingkah
Teknik Laku Teknik
Latihan
Modeling
Aversi

Teknik Teknik
Kontrak Token
Kontingensi Ekonomi

Gambar Rajah 1 : Teknik Tingkah Laku

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 15


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
3.2.1 Kontrak Kontingensi

Teknik kontrak kontingensi ini melibatkan persetujuan di antara dua pihak atau lebih(guru
dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau
aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak
diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

Antara Langkah yang terdapat dalam kontrak kontigensi ialah Cikgu Siti boleh
mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan dahulu dengan menggunakan kemahiran
kaunseling seterusnya mengaplikasikan teknik kontrak kontingensi untuk mengubah tingkah
laku murid.

Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu persetujuan di
antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku.  Ini adalah satu
perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara
yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Misalnya, guru
boleh merancang kontrak seperti tidak berlaku pergaduhan antara murid Ahmad dan Salleh
dalam masa yang ditetapkan dan guru akan memperuntukkan hadiah kecil sebagai
ganjaran.

Selain itu, guru boleh menggunakan kontrak secara bertulis untuk memodifikasikan
tingah laku murid berkenaan. Dalam kontrak bertulis ini mesti ditandatangi oleh murid
dengan guru dan mengandungi segala butiran seperti ganjaran atau hukuman, tempoh dan
cara-cara penilaian. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan turut terlibat dalam kontrak ini.
Misalnya murid akan membuat kontrak formal dengan guru besar. Dengan ini, ia dapat
menyakinkan murid berkenaan bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya
melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Berikut merupakan contoh
kontrak secara bertulis di antara guru dengan murid.

Contoh Kontrak Secara Bertulis

Tarikh: ____________

KONTRAK

Ini adalah satu perjanjian antara _________________ (Nama murid) dan


_________________. (Nama guru) Kontrak ini bermula pada ____________ (tarikh)
dan berakhir pada ____________. (tarikh) Ia akan disemak semula pada
____________. (tarikh)

            Syarat-syarat kontrak adalah seperti berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 16


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
Murid akan ___________________________________________________

_____________________________________________________________

Guru akan ____________________________________________________

_____________________________________________________________

            Sekiranya murid berjaya memenuhi syarat-syarat kontrak seperti disenaraikan di


atas, dia akan menerima ganjaran yang dipersetujui. Akan tetapi, sekirannya dia gagal
untuk berbuat demikian, ganjaran akan ditarik balik.

                                                                        Tandatangan murid : _______________

                                                              Tandatangan guru : _______________

                     

Kelebihan dalam kontrak secara lisan dan bertulis ini adalah murid yang berkenaan
akan memainkan peranan yang aktif dalam jenis dan kuantiti tugas yang perlu
dilakukannya.  Dengan itu, murid berkenaan akan memupuk sikap yang bertanggungjawab
ke atas tugasan yang dikehendakinya lakukan. Selain itu, data tersebut yang dikumpulkan
oleh guru boleh digunakan untuk merancang program, hasil pembelajaran dan matlamat
perkembangan yang selaras dengan murid berkenaan.

3.2.2 Teknik Pembentukan (shaping)

Selain itu, teknik pembentukan dalam teori Tingkah Laku juga dapat membantu murid dalam
perubahan tingkah laku secara berkesan. Teknik ini merupakan proses pembentukan
tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur
dekat kepada tidak balas yang diharapkan. Teknik pembentukan juga perlu digunakan
apabila murid yang berkenaan tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini.

Secara praktik, ciri-ciri tingkah laku yang mirip kepada tingkah laku sasaran diberikan
peneguhan sehingga terhasilnya tingkah laku tersebut (Ragbir, 2012) . Dalam erti kata lain,
pemberian pengukuhan kepada tingkah laku yang dilakukan oleh murid yang menjurus
kepada pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam hal ini, Cikgu Siti harus
menguasai kemahiran melaksanakan intervensi seperti pemulihan dengan menceritakan
kepentingan bertolak ansur dan sling menyayangi kepada Ahmad dan Salleh agar dapat
melahirkan sikap yang positif dalam diri mereka. Di sini, Cikgu Siti haruslah mengaplikasikan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 17


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
kemahiran memberi tindak balas dengan memberi peneguhan kepada mereka supaya murid
dapat mencapai matlamat teknik pembentukan ini.

Misalnya, Cikgu Siti boleh memberi ganjaran secara bertahap setiap kali murid hampir
mencapai matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Ganjaran menjadi semakin
lumayan jika murid bergerak hampir ke arah matlamat akhir.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh seorang ahli psikologi iaitu B.F.
Skinner (1904-), pelopor di dalam bidang kajian pelaziman operan. Beliau merupakan orang
yang terawal mempelopori konsep “shaping” dengan menjalankan satu eksperimen ke atas
sebuah tikus. Dalam eksperimen B.F. Skinner, beliau melatih seekor tikus menekan tuas.
Apabila tikus itu bergerak ke arah tuas dan menekan tuas, tikus akan diberi ganjaran seperti
bijiran. Sebaliknya jika tikus itu melakukan pergerakan lain, maka tiada ganjaran yang akan
diberikan. Akhirnya, akibat daripada shaping, tikus itu dapat membuat pergerakan yang
tepat ke arah tuas untuk menekan tuas.

Oleh itu, dalam konsep shaping ini, guru harus memastikan murid itu betul-betul
bermakna bagi murid itu berkenaan.

3.2.3 Teknik Modeling

Selain daripada pemberian peneguhan, modifikasi tingkah laku bermasalah boleh


dilaksanakan melalui ubah suaian luaran, misalnya melalui proses modeling. Perubahan
tingkah laku melalui modeling ini adalah merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian
tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak langsung mengubah tingkah
lakunya. (Sabariah Siron, 2013). Tokoh Teori Pelaziman Operan, B.F Skinner
mengemukakan kaedah pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang
dipelajari oleh murid-murid. Teori ini juga dikenali sebagai teori peniruan atau teori
permodelan.

Teknik ini mendedahkan murid yang berkenaan kepada seorang atau individu, sama
ada dalam kehidupan seharian, berbentuk watak dalam filem atau tayangan video. Watak-
watak tersebut akan mempamerkan ciri-ciri tingkah laku seperti yang dihasratkan oleh
kanak-kanak tadi. Kadangkala, guru bimbingan dan kaunseling, ataupun rakan-rakan
sebaya boleh menjadi model yang mendemonstrasi ciri-ciri tingkah laku tertentu. Menurut
Muhammad Mansur Abdullah (2013) murid-murid pula boleh meniru sesuatu tingkah laku

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 18


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
daripada murid contoh sebagai modelnya, dan dapat menguasai sikap tersebut jika dia
memperolehi kepuasan dan peneguhan yang sewajarnya. proses ini melibatkan
pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang
sesuai.

Sebagai contohnya, guru memberi pujian kepada murid yang bersikap baik dalam
bilik darjah supaya murid tersebut mengetahui bahawa perbuatan yang baik akan dapat
ganjaran atau pujian yang berpatutan.

3.2.4 Teknik Token Ekonomi

Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya
apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan benda-
benda atau bentuk ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

Sistem token ekonomi merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan


peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di
prasekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif murid-
murid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau
menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang,
pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token
tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu
aktiviti yang digemarinya.

Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan lagi
sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan token-token
tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk menunjukkan tingkah
laku yang positif. Antara item-item yang disyorkan sebagai token ekonomi ialah
bintang, smiley, setem, pelekat dan sebagainya

Item-item yang tersenarai di atas boleh ditampal ke atas kertas, kad rekod, atau
carta. Sistem ekonomi token ini berkesan atas dua sebab. Pertama, ia tidak menekankan
unsur persaingan dengan murid-murid lain. Kedua, menu ganjaran merupakan rangsangan
yang menarik dan dikejar-kejar oleh murid secara individu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 19


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
3.2.5 Teknik Penilaian

Teknik ini sering digunakan dalam pendekatan kaunseling tingkah laku. Proses penilaian ini
memerlukan guru mendapatkan segala maklumat tentang masalah yang dialami oleh murid-
murid. Sebagai contoh, Cikgu Siti perlu mengumpul maklumat mengenai masa, cara
masalah berlaku, cara yang diusahakan oleh murid bagi mengatasi masalah, tempat.
Keadaan trauma yang pernah dialami, pengalaman murid dan ciri maklumat tentang
masalah yang dihadapi oleh murid ahmad dan salleh.

Misalnya, Cikgu Siti mengumpul maklumat mengenai cara masalah pergaduhan


berlaku antaa ahmad dan salleh. Guru juga boleh mendapatkan penilaian daripada murid
dengan menggunakan laporan kendiri yang dibuat oleh murid. Laporan ini adalah baik bagi
pengumpulan maklumat tentang khayalan murid, pemikirannya dan juga perasaan mereka.

3.2.6 Teknik Latihan Aversi

Dalam teknik ini, murid akan mengaitkan sesuatu yang pahit atau tidak selesa dengan
tingkah laku yang hendak disingkirkan. Contohnya, murid Ahmad dan Salleh yang selalu
bertengkar dalam bilik darjah diletakkan dalam keadaan bertenang. Kemudian apabila
mereka cuba untuk bergaduh lagi, mereka akan diminta untuk membayangkan perbuatan
pertengkaran mereka tersebut sebagai pedang tajam yang menusuk hati mereka dan
menyebabkan mereka berhenti bertengkar. Bayangan ini diulang setiap kali apabila mereka
cuba untuk mulakan suatu pergaduhan. Kemudian, mereka diminta untuk memberi pujian
kepada diri sendiri sekiranya mereka dapat berada dalam keadaan yang baik dan tidak
bergaduh.

3.2.7 Teknik Ubah Suaian Dalaman/Kendiri

Teknik ini boleh diuruskan melalui dua cara iaitu pengurusan diri dan pengubahsuaian
kognitif. Bagi cara pengurusan diri, teknik tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-
langkah termasuklah menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh murid sendiri.
seterusnya murid berusaha mengubah tingkah lakunya dan menilai kemajuan kendiri atau
pencapaiannya dengan menggunakan senarai semak atau carta.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 20


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
Pengubahsuaian Kognitif pula merujuk kepada sesuatu kaedah yang menggunakan
konsep arahan kendiri untuk mengubah tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan
kendiri. Antara langkah-langkah dalam melaksanakan teknik ini ialah seorang guru
melakukan sesuatu tugasan sambil memberi arahan secara lisan. Murid akan melakukan
tugasan yang sama di bawah bimbingan guru. Murid juga membisik arahan sendiri sambil
menghabiskan tugasan.

3.2.8 Teknik Peneguhan

Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah
memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku
operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik
sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai
’peneguhan’ (reinforcement). Mengikut beliau, peneguhan boleh berupa positif atau negatif.

Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu
peneguhan positif, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan
bertambah. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian
berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan
sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku.

Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan


dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya,
menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan
peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa
gangguan. Selain daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau
menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai seperti
mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 21


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
4.0 Keberkesanan Aplikasi Teori Tingkah Laku (Behaviourisme) Dan Kemahiran
Kaunseling Di Dalam Perubahan Tingkah Laku Murid-Murid Di Bilik Darjah

Sebagai seorang pendidik yang berwibawa, guru perlu mahir dalam mengaplikasikan
kemahiran dan teori kaunseling di dalam perubahan tingkah laku murid – murid. Guru perlu
bijak dan berwaspada semasa pemilihan kemahiran dan teori kaunseling agar murid berasa
selesa dan yakin pada guru dalam membantu menyelesai masalahnya dan membentuk
tingkah laku yang positif. Teori kaunseling juga dapat membantu guru dalam aspek
memahami emosi murid, cara mengurus emosi murid, kebolehan dalam memotivasikan
murid dan mengurus perhubungan antara guru dengan murid. Semua ilmu yang dapat
dalam teori dapat membantu guru pada kehidupan harian yang penuh dengan cabaran dan
ia juga boleh membimbing murid mengurus emosi serta membentuk tingkah laku yang
positif. Berdasarkan Thomson, (dalam Choong L.K ( 2010) teori kaunseling terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu teori behavioris, teori pemusatan perorangan (humanistik), dan teori
rasional emotif.

Teori kaunseling Behavioris merupakan satu teori yang kerap jumpa digunakan oleh
guru kerana teori ini lebih memusatkan diri murid dalam pengubahan tingkah laku yang
nyata seperti lewat ke sekolah, mencuri, malas membuat kerja rumah dan lain – lain.
Menurut pandangan tokoh – tokoh seperti Ivan Pavlov, B.F. Skinner dan Joseph Wolpe
(dalam Choong.L.K 2010:130) bahawa tingkah laku manusia boleh dipelajari dan boleh
dihapuskan dengan digantikan dengan tingkah laku yang baru.

Pada mengaplikasikan teori ini, guru perlu merancang cara mengukuhkan tingkah
laku positif murid dengan menghapuskan tingkah laku negatif dengan teknik operan atau
klasik. Guru boleh menggunakan teknik ekonomi token dalam membina dan mengukuhkan
tingkah laku positif. Ekonomi token merupakan teknik guru memberi ganjaran ( gula – gula,
bintang), pujian atau markah apabila murid menunjukkan tingkah laku positif sebaliknya jika
murid menunjukkan tingkah laku negatif, mereka akan hilang token yang telah diberi.

Sebagai contoh, guru menampalkan satu jadual murid yang bertingkah laku baik
akan mendapat bintang dan bintang yang terbanyak akan ditukarkan hadiah, maka dengan
teknik ini murid akan menjaga tingkah laku mereka agar mendapat hadiah daripada guru.
Selain itu, guru boleh memberi pujian kepada murid yang telah membantu kawannya
membetulkan kesilapan tingkah laku semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sehubung dengan teknik di atas, guru juga boleh menggunakan Teknik Pelaziman
Aversif dengan menggunakan ransangan yang berbentuk aversif terhadap salah satu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 22


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
tingkah laku negatif murid. Contohnya, murid yang tidak membuat kerja rumah maka guru
denda murid tersebut dengan meminta murid tersebut berdiri menyiapkan kerja rumah
sehingga menyiapkan kerja rumah tersebut. Teknik ini membantu guru membentuk tingkah
laku negatif murid yang tidak dengar arahan, degil dan nakal. Teknik dapat bergabung
dengan teknik ekonomi token apabila murid tersebut telah membetulkan tingkah lakunya.

Di samping itu, guru perlu kreatif dalam melaksanakan strategi dan menggunakan
kaedah yang berkesan untuk meransang murid-murid supaya mereka berminat dalam
aktiviti pembelajaran mereka. Dengan menggunakan strategi pengurusan yang baik, maka
ia akan membantu dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, modifikasi tingkah laku terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan tingkah laku pembelajaran
yang diingini oleh guru di dalam bilik darjah. Pemberian ganjaran yang setimpal dengan
tingkah laku murid berkenaan adalah lebih efektif jika berbanding dengan mengenakan
hukuman atau dendaan ke atas murid berkenaan kerana tingkah laku yang tidak diingini.
Dengan memberikan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku positifnya, ini akan
memotivasikan mereka secara instrintik dan mengukuhkan lagi tingkah laku positif tersebut.

Dengan implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan


pembelajaran, ia akan dapat meningkatkan pencapaian akademik, kompetensi sosial dan
iklim sekolah yang kondusif. Murid-murid bermasalah turut dapat seiringan dengan murid
lain. Selain itu, ia dapat membantu murid-murid mengubah tingkah laku dan seterusnya
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, ia akan
menolong menukar persekitaran sekolah dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada
positif. Implikasi modifikasi tingkah laku ini juga dapat meningkatkan penglibatan dan
peningkatan intrinsik murid-murid di dalam aktiviti kelas.

Misalnya, guru memuji murid berkenaan apabila dia berjaya menyiapkan soalannya
dalam masa yang diberikan. Dengan itu, murid berkenaan berasa sendiri dihargai oleh guru
dan ini akan memotivasikan intrinsik untuk menyiapkan soalan yang seterusnya supaya
mendapatkan lagi pujian daripada guru. Dengan secara tidak langsung, ini akan
menimbulkan sifat percaya-mempercayai antara guru dan murid serta memupuk hubungan
yang baik berasakan kerjasama.

Di sini, guru-guru boleh mendapati bahawa kebanyakan murid mahu disukai dan
merasa seronok apabila gurunya menyedari tingkah laku positif mereka. Guru boleh
berbincang dengan murid berkenaan tentang tingkah laku yang tidak diingininya dan sebab

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 23


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
akibat atau kesan daripadanya. Dengan itu, murid berkenaan akan fahami apakah yang
menyebabkan gurunya suka tentang dirinya sekiranya dia berbuat demikian. Oleh yang
demikian, lebih baik guru memberikan ganjaran sebaik sahaja mereka menunjukkan tingkah
laku yang baik supaya mereka dapat bermotivasi secara intrinsik untuk mengukuhkan lagi
tingkah laku positif itu. Dengan sedemikian, wujudlah suasana bilik darjah yang positif dan
menggalakkan murid untuk belajar dengan bersemangat dan penuh perhatian.

Secara amnya, program modifikasi tingkah laku bukan sahaja dapat membawa
peningkatan dalam pencapaian akademik, kompetensi sosial dan iklim sekolah yang lebih
kondusif. Melalui program modifikasi tingkah laku, motivasi intrinsik murid-murid juga dapat
di pertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan lagi ganjaran kebendaan untuk
menunjukkan tingkah laku yang positif. Justeru itu, program modifikasi tingkah laku dapat
menolong menukar persekitaran sekolah, dengan menggantikan tingkah laku-tingkah laku
negatif kepada positif. Pada masa yang sama, ia juga menolong meningkatkan kepuasan
intrinsik murid-murid.

Kesimpulannya, untuk menjadi bakal guru yang cemerlang dan berjaya bukan satu
perkara yang mudah kerana banyak cabaran – cabaran dan perubahan globalisasi yang
perlu dihadapi. Kemahiran – kemahiran kaunseling dan teori kaunseling dapat membantu
saya menempuhi masa hadapan dengan mengaplikasikan ilmu ini dengan mengikut
kesesuaian masa dan tempat maka tiadalah halangan bagi saya. Saya juga dapat
membantu murid dengan sendiri atau bantuan guru kaunseling pada masalah yang dihadapi
murid agar mereka menjadi murid yang berjaya dan boleh menerima cabaran masa depan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 24


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
5.0 Rumusan

Memang tidak dapat dinafikan ramai berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru
merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula, dikatakan guru mempunyai cuti
yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh
pendapatan tinggi dan tetap. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam
kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun, sebenarnya profesion menjadi
seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang
guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing
dan memberi tunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal
insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Dalam konteks penyelesaian konflik dan mengatasi segala permasalahan klien dan masalah
tingkah laku, penggunaan pendekatan kaunseling adalah penting. Teori tingkah laku
merupakan teori tradisi yang mengalami perkembangan positif sejak kewujudannya.
Pendekatan tingkah laku juga boleh dianggap sebagai pendekatan yang fleksibel iaitu
kaunselor boleh mengintegrasikan pelbagai teknik perawatan klien untuk merawat masalah
tingkah laku klien mengikut kesesuaian klien.

Antara teknik-teknik dalam pendekatan teori behaviorisme ini adalah termasuklah


pengaplikasian konsep peneguhan dan hukuman sistem token ekonomi, latihan insertif,
modeling, role play dan lain-lain. Keunikan teori ini yang mengambil kira faktor-faktor
persekitaran klien yang menyumbang kepada masalah tingkah laku dan kesan tingkah laku
tersebut terhadap persekitaran menjadikan teori ini sesuai untuk diaplikasikan kepada klien
yang datang dari pelbagai latar belakang budaya dan persekitaran yang berbeza.

Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa
dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan
yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar
yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi
kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu
kelancaran perjalanan kelas.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan
sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk
meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-
murid dan akademik di sekolah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 25


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
Justeru, sebagai seorang guru mestilah memainkan peranan yang penting dalam mengurus
murid-murid yang bermasalah dan sentiasa bersedia dari segi ilmu pengetahuan dan masa.
Pada pendapat saya, seorang pendidik yang bertanggungjawab haruslah sentiasa peka
dengan perubahan tingkah laku murid-murid dan memegang pada ciri-ciri dan kualiti untuk
menjadi seorang guru yang professional. Hal ini demikian kerana kerjaya seorang pendidik
amat penting dan memerlukan pengetahuan dan tanggungjawab yang tinggi serta memilik
kemahiran yang tertentu. Seorang guru yang asertif akan melahirkan hubungan baik dan
saling mempercayai dengan murid-murid serta menggalakkan kerjasama baik dengan anak
murid.

konklusinya, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur
agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan
mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 26


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
6.0 Bibliogarfi

Abdul Ghani Sulaiman (2009). Kemahiran Asas Kaunseling. Perak: Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Abdul Rashid Hj. Mohamad. (2000). Bimbingan dan Kaunseling. Petaling Jaya: Pearson

Education Malaysia Sdn.Bhd.

Affan Disme (2011). Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing. Dipetik daripada

http://affandisme.blogspot.my/2011/05/edu-3107-peranan-guru-biasa-
sebagai-guru-

b.html pada 28 Februari 2017

Chong Lean Keow (2009). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah sarjana Muda

Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Dr Sapora Sipon (2010). Kemahiran Asas Kaunseling. Dipetik daripada

http://bimbingandankaunseling.blogspot.my/2010/06/kamahiran-asas-
kaunseling.html pada 24 Februari 2017

Ee Ah Meng et al. (2012). Siri Pendidikan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur:

Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kasnimi Mat Seman (2012). Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing. Dipetik

daripada http://kasnimiothman.blogspot.my/2012/07/peranan-guru-biasa-sebagai-
guru.html. pada 25 Februari 2017

Malek Muhamat Said (2009). Mengurus Khdimat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Kuala

Lumpur: PTS Publishing Sdn.Bhd.

Maznah Baba dan Zainal Madon (2007). Kaunseling Individu. Kuala Lumpur: PTS Publishing

Sdn.Bhd.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 27


Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak EDU307
3
Maznah Baba dan Zainal Madon (2007). Kaunseling Individu. Kuala Lumpur: PTS Publishing

Sdn.Bhd.

Mizan Adikiah Ahmad Ibrahim (2003). Siri Pengajian Tinggi Cerdik. Pelaksanaan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. Cerdik Publication Sdn.Bhd

Mohd Salleh Lebar (2010). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Siri Pendidikan

Longman.

Mok Soon Sang (2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester

3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Muhammad Mansur Abdullah (2013). Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Sabariah Siron (2015). Teori Kaunseling dalam perhubungan Menolong. Selangor: Pearson

Malaysia Sdn.Bhd.

Zera Ishak (2013). Teori Tingkah Laku (Behaviorisme) dalam Perubahan Tingkah Laku

Murid. Dipetik daripada http://merahmerahmarah.blogspot.my/2013/06/teori-


tingkahlaku-bf-skinner-teori.html pada 2 Mac 2017

Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad (2005). Panduan Mengurus Remaja Moden.

PTS.Bentong, Pahang: Professional Publishing Sdn.Bhd.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU. 28

You might also like