You are on page 1of 7

Tugasan 2: Penulisan

Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan
imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis,
mewarna, kraf tangan muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
Galakan dan sokongan mestilah diberikan kepada kanak-kanak disamping mengawasi
imaginasi yang mereka berlandaskan budaya setempat dan tidak bertentangan dengan
agama. Kanak-kanak yang yang berada dalam persekitaran dan keadaan diri yang baik
akan menjurus kepada perkembangan kreativiti yang baik (V. Asihwiniy, 2104). Walaupun
kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya perlu
dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab orang yang lebih dewasa untuk menyuntik rangsangan yang
dapat melipat gandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi
lebih bermakna. Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam
aktiviti-aktiviti kreatif, mencipta serta mereka cipta sesuatu benda yang baru ataupun
media-media yang baru sesuai dengan keperluan mereka (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara, 2017).

Terdapat ramai tokoh yang membahaskan tentang perkembangan kreativiti kanak-


kanak diantaranya ialah Herberd Read, Viktor Lowenfeld dan Laura H.Chapman. Tokoh-
tokoh ini adalah diantara tokoh yang terkenal dalam menyatakan teori masing-masing
berkaitan dengan kreativiti kanak-kanak.

Viktor Lowenfeld

Dr. Viktor Lowenfeld telah lahir di Linz, Austria pada tahun 1903. Beliau merupakan
lulusan dari College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts di bandar yang
sama. Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari
University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Ketika di
Vienna, beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian kepada Blind Institute. Pada
tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. Beliau
telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai ‘wartime visual aids consultant’
dalam tentera laut. Selepas 10 tahun, beliau telah menjadi “head of the newly founded
Department of Art Education”. Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal
dunia pada tahun 1960 (Simons, 1968).
Lowenfeld telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang
bermula dari peringkat umur dari 2 tahun hingga 14 tahun. Terdapat 6 peringkat yang telah
dikemukakan berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh beliau. Peringkta-peringkat
perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld ialah peringkat contengan,
peringkat praskematik, peringkat skematik, peringkat realism, peringkat penaakulan dan
peringkat remaja. Kesemua peringkat ini telah diterima ramai dan dijadikan sebagai titik
pengukur dalam peringkat perkembangan kreativiti kanak-kanak.

Contengan

Remaja Praskematik

6
Peringkat
Lowenfeld

Penaakulan Skematik

Realism

Dengan memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi
fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik akan membawa kepada perkembangan
yang sihat dan menyeluruh. Pengetahuan yang sedia ada tetapi dalam keadaan pasif boleh
diaktifkan melalui cara-cara yang betul mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.
Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku
secara serentak. Aksi kanak-kanak, objek yang konkrit, isi kandungan yang sesuai akan
mempengaruhi lukisan yang terhasil (Wahab, 1984). Faktor faktor luaran seperti sosial
budaya, alam persekitaran, latar belakang keluarga juga akan memberi kesan terhadap
pengutaraan kanak kanak.
Peringkat-peringkat Lowerfeld

Peringkat (umur) Huraian Lukisan


-Lukisan tidak
CONTENGAN menggambarkan imej dan
( 2-4 TAHUN ) cara memegang alat
mengikut keupayaan.
-Kanak-kanak melukis
PRA-SKEMATIK bentuk yang terdapat di
( 4-7 TAHUN ) persekitaran.

-Lukisan banyak
SKEMATIK menggunakan simbol tetapi
( 7-9 TAHUN ) sifatnya tidak kekal dan
 berubah mengikut tahap
perkembangan.
-Lukisan mereka
REALISM menampakkan ciri-ciri
( 9-12 TAHUN ) perbezaan jantina bagi
 manusia.

-Menyedari tentang bentuk-


PENAAKULAN bentuk sebenar.
( 12-14
TAHUN )

-Peringkat ini merupakan
Remaja peringkat penekanan
(14 hingga 17 Tahun) terhadap proses
penghasilan karya seni dan
penciptaan objek.

Peringkat Contengan (2 hingga 4 Tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak
terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan
koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan
tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan
lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Berdasarkan lukisan pada lampiran, karya
menunjukkan contengan secara rawak yang tidak terkawal. Warna yang digunakan juga
adalah rawak dan bentuk-bentuk yang terhasil tidak mempunyai sebarang makna. Karya ini
diambil dari tugasan 1 (Portfolio) selaras dengan kehendak soalan.

Peringkat Praskematik (4 hingga 7 Tahun)

Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada


percubaan untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan
garisan. Berdasarkan karya pada lampiran, lukisan menunjukkan terdapat kucing, bunga,
manusia, dan kereta. Jelas sekali karya ini diilhamkan dari objek yang terdapat disekeliling
pelukis. Objek-objek tersebut juga dilukis dengan saiz yang berbeza-beza dan seolah-olah
terapung selaras dengan kenyataan Lowenfeld.

Peringkat Skematik (7 hingga 9 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek
berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep
tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain
daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya (Brittain, 1968).
Berdasarkan karya pada lampiran, lukisan menunjukkan ianya dilukis dengan dua satah
yang berbeza iaitu ruang udara dan daratan. Ruang daratan biasanya dilukis dengan
pelbagai objek berbanding ruang udara yang kurang objek dan kadangkala dibiarkan
kosong. Lukisan menunjukkan suasana kampung yang harmoni. Ia dilukis dengan skala
yang besar dengan pemandangan dari atas.
Peringkat Realism (9 hingga 12 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan
skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara
realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula
menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri (Brittain, 1968). Berdasarkan karya
pada lampiran, lukisan menunjukkan suasana kampung pelukis. Objek-objek yang dilukis
adalah realistik. Sebagai contohnya, buah tembikai yang dilukis dengan coraknya, pokok
tebu yang dilukis dengan senggat pada batangnya, dan rumah yang mempunya komponen
yang lengkap iaitu pintu, tingkap, bumbung dan tangga.

Peringkat Penaakulan (12 hingga 14 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam
menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej.
Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan
mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan seperti dalam
lapiran menunjukkan suasana yang tenang di tepi sungai. Saiz dan kedudukan objek
diletakkan dengan betul dan logik.

Peringkat Remaja (14 hingga 17 Tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya


seni dan penciptaan objek . Peringakat remaja adalah peringkat di mana lahirnya
kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk
menghasilkan karya seni (Brittain, 1968). Berdasarkan karya pada lampiran, dapat dilihat
hasil karya adalah sangat baik dan mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Unsur
dramatik dapat dilihat dari kesan pencahayaan yang dibuat. Teknik yang digunakan semasa
penghasilan karya adalah sangat teliti dan membuatkan lukisan terlihat sangat matang.

Kesimpulannya, aktiviti kesenian memberi peluang kepada kanak-kanak untuk


merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Terdapat pelbagai kelebihan dari
aktiviti kesenian yang boleh diaplikasikan kepada kehidupan dimasa yang akan datang.
Teori tokoh-tokoh terkenal telahpun menyatakan perkara-perkara yang berlaku pada kenak-
kanak dalam proses tumbesaran mereka dari segi perkembangan kreativiti. Oleh itu,
sokongan dan galakan mestilah diberikan supaya dapat memajukan diri dari semasa ke
semasa.
Lampiran

Peringkat Contengan

Peringkat Praskematik

Peringkat Skematik

Peringkat Realism

Peringkat Penaakulan

Peringkat Remaja
Rujukan
1. Viniy, Asihwiniy. Slide Share. Seni Pribumi. [Online] Mac Julai, 2014.
https://www.slideshare.net/viniyasih/seni-pribumi?from_action=save.

2. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Masyarakat di Malaysia. [Online] 2017.


http://www.jkkn.gov.my/en/masyarakat-orang-asli.

3. Simons, Anneke Ilse Lotte Prins. Viktor Lowenfeld: Biography of Ideas. Verlag Nicht Ermittelbar,
1968.

4. Wahab, Adenan Hj. Abd. Penulisan Cereka Kanak-Kanak Di Malaysia. 1984.


5. Brittain, W. Lambert. Viktor Lowenfeld: Speaks on Art and Creativity. National Art Education
Association, 1968.

You might also like