You are on page 1of 20

SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

SEJARAH KESULTANAN
MELAYU KELANTAN

Hari Keputeraan
KDYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhamad IV
dalam Tahun 1937 sebagai Sultan Kelantan
Sumber: Arkib Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

PENYELENGGARA

AHMAD RASDAN ISMAIL


BAHARIN ILIAS
ABDUL LATIFF ABU BAKAR

III
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

BAB 3

GENDANG BESAR DIRAJA KELANTAN:


SATU SIMBOL IDENTITI DAN KEKUASAAN

RAJA ISKANDAR RAJA HALID

49
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

GENDANG BESAR DIRAJA KELANTAN:


SATU SIMBOL IDENTITI DAN KEKUASAAN

RAJA ISKANDAR RAJA HALID

1.0 Pengenalan

Muzik dan pengaturan bunyi-bunyian memainkan peranan


penting dalam pembentukan identiti dan penyatuan sesebuah
masyarakat (Stokes 1997, ms. 5; Attali 2003, ms. 6). Jacques
Attali (2003) juga mengaitkan muzik dengan sumber kuasa dan
beliau merupakan “an attribute of power in all of its forms”
(ms. 6). Di dalam konteks dunia Melayu, kaitan bunyi, muzik
dan kekuasaan ini sering dikaitkan dengan ensembel nobat (Ku
Zam Zam 1993, Meilu Ho 1991, Andaya 2011, Raja Iskandar
2015). Nobat merupakan sebuah kumpulan muzik yang
bernaung di bawah seseorang sultan Melayu dan berfungsi
sebagai alat komunikasi untuk menandakan bermulanya istiadat
dan keramaian istana serta acara keagamaan seperti menyambut
ketibaan bulan Ramadan dan masuknya waktu solat. Barbara
Andaya (2011, ms. 26) mengusulkan bahawa nobat selain
daripada simbol kedaulatan sultan Melayu, juga merupakan
soundmark atau identiti bunyi masyarakat Melayu. Dalam
membincangkan tentang kekuasaan, Benedict Anderson (1990,
ms. 23) berpendapat bahawa terdapat aspek “pengumpulan”,
“penumpuan” dan “pengekalan” kuasa di dalam konteks
budaya politik Jawa. Ini boleh dikaitkan dengan konsep ‘daulat’
yang sering diperkatakan di dalam konteks kesultanan Melayu
yang juga merupakan elemen penting di dalam kesinambungan
institusi ini (Raja Iskandar, 2015, ms. 134). Jadi, selain daripada
bunyi-bunyian itu sendiri yang merupakan ‘hak’ mutlak raja,
peralatan muzik yang merupakan alat kebesaran istana juga
merupakan simbol kedaulatan dan kekuasaan raja. Hal ini
jelas di dalam konteks nobat Melayu seperti yang saya telah
bincangkan sebelum ini (ibid.) tetapi ingin dijelaskan juga
dengan membawa kerangka ini untuk mencakupi satu lagi seni
persembahan Melayu yang kurang diketahui umum.

Negeri Kelantan, merupakan kesultanan di Pantai Timur


Semenanjung Tanah Melayu yang mempunyai kumpulan muzik
yang hampir sama fungsinya dengan nobat yang dikenali sebagai
gendang besar. Ensembel diraja ini hanya dimainkan di dalam
istiadat istana seperti pertabalan dan sambutan hari keputeraan

51
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

sultan yang dikenali juga sebagai ‘puja umur’. Seperti juga


nobat, peralatan gendang besar ini merupakan alat kebesaran
diraja dan disimpan dengan rapi di Istana Balai Besar, Kota
Bharu. Berbeza dengan nobat, yang telah didokumentasikan
sejak awal abad ke-20, gendang besar hampir tidak mendapat
perhatian daripada para sarjana, dari sudut etnomuzikologi
mahupun sejarah. Ensembel ini hanya diterangkan secara
ringkas oleh René Brus, seorang pengkaji alat-alat kebesaran
diraja, melalui artikelnya di dalam majalah Arts of Asia pada
tahun 2007. Di dalam artikel tersebut, Brus telah menceritakan
bagaimana beliau telah berpeluang untuk menyaksikan pesta
‘puja umur’ Sultan Yahya Petra pada tahun 1977 dan diikuti
istiadat pertabalan Sultan Ismail Petra tiga tahun kemudian.
Penglibatan kumpulan gendang besar diraja di dalam kedua-
dua upacara tersebut telah mendapat perhatian Brus.

Pada tahun 2011, René Brus telah sekali lagi berkesempatan


untuk menyaksikan persembahan gendang besar di Istana
Balai Besar, Kota Bharu yang dikelolakan oleh pihak istana
Kelantan. Jemputan telah dibuat secara peribadi untuk
mewakili Jabatan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan
dan turut serta adalah pihak Muzium Negeri yang turut sama
merakamkan persembahan tersebut. Artikel ini adalah hasil
daripada pemerhatian dan rakaman tersebut serta temu bual
yang telah dilakukan bersama ketua pemuzik gendang besar,
Encik Zaiduna Bin Jauhar yang dilakukan pada bulan Ogos,
2015. Selain memperkenalkan gendang besar diraja Kelantan
sebagai satu warisan budaya serta ketamadunan Melayu, kajian
ini juga cuba melihat bagaimana kesenian ini berfungsi sebagai
simbol identiti dan kekuasaan raja-raja Melayu Kelantan.

2.0 Sejarah

Tradisi penggunaan bunyi-bunyian merupakan simbol


kedaulatan dan kekuasaan raja yang telah diamalkan sejak beribu
tahun dahulu. Penemuan dua buah trompet atau nafiri perak dan
gangsa di pusara Tutankhamen membuktikan bagaimana bunyi-
bunyian atau muzik memainkan peranan penting di dalam adat
istiadat diraja Mesir suatu ketika dahulu (Kirby, 1947). Budaya
ini terus diamalkan oleh tamadun-tamadun besar di dunia
termasuklah tamadun Islam yang mula berkembang pada kurun
ke-7. Penerapan pengaruh budaya Parsi berlaku setelah empayar
ini ditakluki Khalifah Umar al-Khattab dan penggunaan muzik

52
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

sebagai simbol kedaulatan berkembang ke seluruh dunia Islam


(Farhad 2004, ms. 3). Dari Afrika Utara sehinggalah ke Asia
Tengah dan akhirnya sampai ke dunia Melayu pada kurun ke-
13 (Raja Iskandar, 2015). Gendang besar diraja Kelantan boleh
dilihat sebagai satu kesinambungan tradisi ini namun, asal
usulnya masih kabur.

Seperti yang diketahui umum, kesultanan Kelantan ada pertalian


dengan kesultanan Patani. Hal ini ada disebut di dalam Hikayat
Patani (Teeuw dan Wyatt, 1970) dan ada kemungkinan adat
istiadat kesultanan Patani diteruskan di Kelantan pada kurun
ke-18. Penggunaan gendang nobat di dalam kesultanan Patani
jelas diperkatakan di dalam Hikayat Patani termasuk setiap
peralatan muzik serta lagu-lagu di dalam repertoir ensembel
tersebut. Namun, setakat ini tiada teks Melayu lama yang
menceritakan perihal gendang besar ini atau kaitannya dengan
nobat. Pengaruh Siam juga tidak dapat diketepikan dan perkara
ini perlu kajian yang lebih lanjut.

Menurut Encik Zaiduna, paluan diraja ini telah wujud semenjak


awal kurun ke-20 lagi semasa datuknya Allahyarham Che
Omar bin Daud bertugas sebagai ketua kumpulan. Che Omar
yang dikenali dengan gelaran Seri Pendekar juga merupakan
Ketua Pendekar Kelantan yang telah berkhidmat di bawah 3
orang sultan iaitu Sultan Muhammad IV (1900-1920), Sultan
Ismail (1920-1943) dan Sultan Ibrahim (1945-1960). Ketika itu,
gendang besar dimainkan pada waktu pagi, petang dan malam
(selepas Isyak) selama 3 hari semasa perayaan menyambut hari
‘Puja Waghi’ atau juga dikenali sebagai ‘Puja Umur’ Sultan
Kelantan. Kini gendang besar hanya dimainkan sehari sahaja
pada sebelah pagi semenjak berlakunya perubahan zaman di
Kelantan.

3.0 Kegunaan dan Fungsi

Menurut Alan P. Merriam (1964), kegunaan (use) berbeza


dengan fungsi (function). Menurut Merriam:

“Use” then, refers to the situation in which music


is employed in human action; “function” concerns
the reasons for its employment and particularly the
broader purpose which it serves” (ms. 210)

53
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

“Kegunaan” merujuk kepada keadaan yang mana muzik


digunakan dalam kegiatan manusia; “fungsi” menyentuh sebab-
sebab di sebalik kegunaan tersebut dan terutamanya terhadap
matlamat yang lebih besar”.

Gendang besar ini dimainkan di dalam dua adat istiadat diraja


iaitu bagi sambutan hari keputeraan sultan dan hari pertabalan.
Pesta ‘Puja Umur’ diraikan setahun sekali dan inilah satu-satunya
waktu apabila gendang besar ini dimainkan di pekarangan
Istana Balai Besar, Kota Bharu. Kegunaannya di sini adalah
untuk memberitahu rakyat secara aural tentang kelangsungan
upacara yang penting di istana. Sama seperti beduk di surau-
surau, gendang besar ialah kesinambungan budaya komunikasi
masyarakat Melayu terdahulu yang masih dikekalkan. Seperti
juga budaya masyarakat Melayu di negeri-negeri lain, hari
keputeraan sultan ini merupakan hari di mana rakyat jelata
turut serta bergembira dan gendang besar ini adalah sebahagian
daripada elemen penting di dalam perayaan ini. Terdapat
empat peringkat utama di dalam istiadat ini yang memerlukan
paluan gendang nobat yang mana melibatkan enam buah lagu
dimainkan dan dua diantaranya yang diulang semula.

Di dalam sambutan hari keputeraan atau pesta ‘Puja Umur’


sultan, gendang besar akan dimainkan bagi menandakan
bermulanya istiadat letak kerja. Istiadat atau majlis letak kerja
ini merupakan acara yang penting di dalam sesebuah kesultanan
Melayu sebagai satu pengisytiharan rasmi bermulanya acara
atau istiadat penting istana seperti hari keputeraan, perkahwinan
dan pertabalan. Lazimnya satu upacara khas akan diadakan pada
malam sebelumnya melibatkan bacaan al-Qur’an, solat hajat
dan ritual-ritual tertentu bagi memohon restu serta keberkatan.
Perayaan hari keputeraan sultan Kelantan bermula setelah dif-
dif kehormat mengambil tempat masing-masing di dalam istana
dan isyarat akan diberikan oleh ketua kumpulan untuk lagu
“Serama Silat” yang dimainkan tepat jam lapan pagi sebagai
satu pengisytiharan rasmi berlangsungnya upacara. Kehadiran
sultan di Padang Merdeka akan diiringi pula dengan paluan
gendang besar yang memainkan lagu “Raja Berangkat” dan
berakhir sehingga baginda sultan tiba di istana.

Semenjak tahun 2013, satu penambahan baharu yang telah


dilakukan oleh kumpulan ini adalah persembahan sebuah
lagu khas yang ditujukan kepada Tengku Mahkota Kelantan.

54
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Ini adalah hasil usul Encik Zaiduna sendiri yang mencadangkan


kepada pihak istana supaya sebuah lagu daripada repertoir gendang
berangkat dipilih sebagai penghormatan kepada Tengku Mahkota.
Cadangan ini telah diperkenankan oleh baginda sultan dan lagu
“Serama Lembing” telah dipilih sebagai lagu khas apabila Tengku
Mahkota berangkat keluar dari bilik istirehat ke dalam balai istana.
Keberangkatan keluar sultan dari Bilik Majlis Dalam pula akan
diiringi dengan paluan lagu “Seri Istana” sehingga baginda tiba
di singgahsana. Setelah selesai majlis, lagu “Raja Berangkat” akan
dimainkan semula semasa baginda sultan berjalan keluar menuju
ke anjung utama istana. Ini diikuti oleh lagu “Serama Lembing”
yang juga dimainkan semula bagi mengiringi Tengku Mahkota
Kelantan. Kesemua isyarat untuk memulakan permainan akan
diberikan oleh Encik Zaiduna kepada pemain.

Ensembel gendang besar diraja ini lebih daripada sekadar


alat komunikasi. Fungsi sebenar kumpulan ini lebih simbolik
sifatnya. Semenjak dulu lagi masyarakat Melayu telah terdedah
dengan bunyi-bunyian yang memecah kesunyian sesebuah
perkampungan sama ada untuk menandakan masuk waktu solat
atau keraian tertentu. Terdapat naskhah-naskhah Melayu lama
yang menceritakan tentang bagaimana muzik dan bunyi-bunyian
ini menguasai soundscape dunia Melayu. Misalnya, menurut
Misa Melayu (Raja Chulan, 1962):

“Maka gendang negara serunai nafiri ceracap pun


dipalu oranglah dengan segala bunyi-bunyian pula
berbunyilah, terlalu azamat bunyinya, tiada sangka
bunyi lagi, seperti akan kiamatlah lakunya Pulau
Indera Sakti” (Misa, 88:14)1

Perkara yang sama juga diceritakan di dalam Hikayat Amir


Hamzah (A. Samad Ahmad, 1987):

“Maka beberapa ketika kemudian, kedengaranlah


bunyi-bunyian terlalu gempita, bunyi genta alam
bernaga itu, dengan genderang, serunai, nafiri,
terlalu azamat bunyinya, bumi pun seperti akan
bergerak olehnya” (AH, 335:18).

1 Semua rujukan naskah di dalam artikel ini berdasarkan petikan teks yang dimuatnaik di laman Malay Concordance
Project (http://mcp.anu.edu.au/Q/mcp.html) yang diusahakan oleh Prof. Ian Proudfoot dari Australian National University.

55
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Hikayat Hang Tuah (Kassim Ahmad, 1975) ada menceritakan:

“Maka payung iram kuning berapit pun


terkembanglah. Maka terdirilah cogan alamat
dan berbunyilah gendang arak-arak dan negara,
merangu, madali, terlalu gempita” (Tuah, 62:2)

Bunyi-bunyian sama ada dari alat-alat muzik atau meriam
yang ‘azamat’ dan ‘gempita’ ini adalah manifestasi kebesaran
seseorang raja. Kekuatan bunyi ciptaan manusia ini adalah
contoh bagaimana kekuasaan itu tidak cukup dizahirkan tanpa
menyentuh setiap deria manusia. Sifat teruja, gemuruh dan gerun
semula jadi manusia terhadap guruh dan bunyi-bunyian yang
kuat cuba ditiru oleh mereka yang berkuasa melambangkan
kekuasaan mereka dan sebagai alat kawalan sosial. Kesultanan
Riau-Lingga pada kurun ke-19 misalnya, telah termaktub dalam
undang-undang iaitu setiap rakyat perlu berhenti dan tunduk
ketika kedengaran bunyi nafiri sebagai menghormati sultan (Syed
Alwi, [1960] 1986; A. Samad Ahmad 1985, ms. 45). Walaupun
tiada undang-undang sedemikian di Kelantan mahupun di negeri-
negeri Melayu yang lain, penghormatan terhadap bunyi-bunyian
diraja masih ada selagi sifat kesetiaan dan cinta terhadap raja
masih kukuh dalam kalangan masyarakat.

Gambar rajah 1: Kumpulan Gendang Besar sedang membuat persembahan


di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada tahun 1987 ketika perayaan puja
umur Sultan Ismail Petra.

Dari kiri, En. Ismail (gendang anak), En. Wak Omar (rebab), En. Yaacob
(gendang ibu), En. Yaacob (gong), Pak Mat Suri (serunai), En. Joenora
(berdiri), En. Isa (rebab), En. Pak Su Ismail (gendang ibu) dan En. Hussin
(gendang anak) (Sumber: René Brus)

56
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

4.0 Pemuzik

Merujuk kepada gambar rajah 1 yang diambil semasa sambutan


hari keputeraan Sultan Ismail Petra pada tahun 1987, gendang
besar dimainkan oleh sembilan orang pemain daripada 14 orang
keseluruhannya. Namun, ketika rakaman yang dilakukan pada
tahun 2011, hanya lima orang pemain sahaja yang digunakan.
Pemain gendang besar boleh bertukar ganti atau bergilir-gilir
bermain tetapi tidak kesemua ahli boleh bermain alat muzik.
Ketua gendang besar sekarang iaitu Encik Zaiduna Jauhar tidak
bermain sebarang alat tetapi beliau mampu mengenalpasti lagu-
lagu yang dimainkan. Setiap persembahan terdapat seorang ahli
yang berada bersama pemain tetapi hanya memegang sebilah
keris panjang. Posisi ini juga tidak tetap dan boleh bergilir-gilir
dalam kalangan pemuzik. Penggunaan keris ini sama konsepnya
seperti kumpulan nobat diraja Kedah iaitu terdapat salah seorang
anggota yang digelar Kalur Besar akan memegang ‘semambu’
semasa permainan. Keberadaan ‘alat’ ini di dalam ensembel
boleh dilihat sebagai satu simbol kebesaran dan juga sebagai
‘pelindung’ kepada keseluruhan persembahan. Selain daripada
itu, terdapat juga beberapa orang yang dikenali sebagai bomoh
diraja yang juga merupakan sebahagian daripada ahli kumpulan
gendang besar. Peranan bomoh-bomoh ini adalah untuk
memastikan kelancaran persembahan dan duduk di belakang
kumpulan ketika persembahan (mereka yang berpakaian kuning
di dalam gambar rajah 1).

Kini, gendang besar hanya dianggotai oleh 16 orang pemain.


Seperti juga kumpulan nobat, secara tradisinya pemain gendang
besar adalah dari keturunan yang sama atau hereditary in
nature dan berasal dari Kampung Padang Tembesu, Tumpat.
Ilmu permainan gendang besar diperturunkan dari bapa ke
anak dan seperti kumpulan nobat, hanya golongan lelaki
sahaja dibenarkan untuk bermain. Pembelajaran bermula
di rumah dengan menggunakan alat-alat muzik yang sama
seperti yang terdapat di istana. Walau bagaimanapun, latihan
hanya dilakukan di rumah dan kebiasaannya sebulan sebelum
bermulanya sesuatu upacara rasmi diraja.

Namun kini, pemuzik gendang besar walaupun berasal dari


kampung yang sama, hampir kesemuanya tiada pertalian
kekeluargaan. Malah, terdapat seorang pemain bukan Melayu,
Encik Yap Chong Sing, yang diserap masuk sebagai ahli

57
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

kumpulan. Ini amat berbeza dengan kumpulan nobat diraja yang


masih mengekalkan tradisi lama dari segi pengambilan pemain.
Sikap keterbukaan dan pembaharuan ini adalah sesuatu yang
menarik dan mencerminkan tahap toleransi yang tinggi dalam
kalangan masyarakat Melayu Kelantan. Berikut adalah senarai
nama ahli kumpulan gendang besar diraja Kelantan:

1. Encik Zaiduna Jauhar (Ketua Kumpulan)


2. Encik Yaacob Ibrahim (Timbalan Ketua, gendang ibu)
3. Encik Che Hussin Che Soh (gendang anak)
4. Encik Hussain Abdullah (gong)
5. Encik Yap Chong Sing (serunai)
6. Encik Hilmi Faizal Azam Mohd Nizam (serunai)
7. Encik Kamal Nasrun Abdullah (gendang ibu)
8. Encik Alias Yaacob (gong, rebab)
9. Encik Ab. Rahim Saiod (rebab)
10. Encik Che Aziz Che Isa (pemandu)
11. Encik Razlan Ahmad (gendang anak)
12. Encik Amar Mamat (gendang ibu)
13. Encik Mat Sarif Daud (gendang ibu)
14. Encik Che Ahmad Awang (Bomoh Diraja)
15. Encik Bahaman Che Deris (Bomoh Diraja)
16. Encik Muhammad Junoh (gendang anak)

Gambar rajah 2:
Pak Hussin, salah
seorang ahli gendang
besar memegang keris
kebesaran.

58
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

5.0 Peralatan Muzik

Berdasarkan kategori yang digubal oleh Hornbostel-Sachs2,


alat-alat muzik di dalam ensembel gendang besar ini boleh
dikategorikan kepada empat iaitu idiofon (alat paluan),
membranofon (alat paluan berkulit), erofon (alat tiupan) dan
kordofon (alat bertali). Walaupun jumlah alat muzik yang
digunakan untuk rakaman ini berkurangan dari persembahan
sebenar, kumpulan ini masih mengekalkan alat-alat yang sama,
iaitu:

Gong

Idiofon diwakili oleh sepasang gong gangsa berbonjol


(knobbed gong) yang diletakkan di bahagian belakang sekali.
Sepasang gong ini digantung secara berasingan di atas palang
kayu berukir. Instrumen ini dipalu menggunakan kayu yang
disalut kain untuk melembutkan tone atau bunyi gong. Berbeza
dengan ‘tetawak’ yang digunakan di dalam ensembel muzik
wayang kulit, gong gendang besar ini lebih besar saiznya dan
menghasilkan bunyi yang lebih bergema seakan gong agong di
dalam ensembel muzik gamelan.

Gendang

Seperti kebanyakan kumpulan muzik tradisional Melayu seperti


nobat dan makyung, gendang besar menggunakan sepasang
gendang dua muka yang dipanggil gendang ibu dan gendang
anak. Alat membranofon ini diperbuat sendiri oleh pemuzik
yang menggunakan kayu. Kulit lembu dan kambing digunakan
untuk kedua-dua gendang ibu dan anak yang ditempah dan
diperbuat oleh pembuat di sekitar Tumpat. Walau bagaimanapun,
peralatan muzik ini diperbaiki sendiri oleh pemain gendang
besar. Pemalu gendang diperbuat daripada akar kayu kenawar
dan dipalu di bahagian melengkong dan bukan pada bahagian
kepala.

2 Sistem klasifikasi alat muzik ini telah digubal oleh Erich Moritz von Hornbostel, seorang etnomuzikologis dari
Austria dan Curt Sachs, seorang muzikologis kelahiran Jerman pada tahun 1914. Sistem ini telah digunapakai oleh
etnomuzikologis dan organologis serata dunia sehingga ke hari ini

59
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Gambar rajah 3:
Gendang anak bersama
pemalu.

Serunai

Serunai adalah sejenis alat tiupan yang dimainkan secara meluas


di Asia. Ia dikenali dengan pelbagai nama yang hampir sama
iaitu surnay (Urdu-Hindi), surna (Timur Tengah, Parsi), zurna
(Turki) dan so-na (China) (Dick 1984, ms. 80). Alat erofon
ini berkemungkinan besar dibawa masuk ke dunia Melayu
melalui pengaruh India dan indigenized serta disebatikan
menjadi sebahagian daripada alat muzik utama di dalam seni
persembahan tradisional Melayu.

Serunai memainkan melodi utama di dalam gendang besar.


Walaupun terdapat alat rebab yang juga mampu memainkan
melodi, serunai menonjol disebabkan kekuatan bunyinya
berbanding rebab. Alat ini dimainkan menggunakan teknik
‘pernafasan berterusan’ atau circular breathing iaitu pemain
akan menarik nafas dan menyimpan angin di dalam diafram dan
mulutnya. Angin tersebut kemudiannya ditiup menggunakan
otot-otot di pipi dan angin akan disedut semula melalui hidung
pada masa yang sama. Teknik ini membolehkan melodi serunai
dimainkan berterusan tanpa berhenti.

60
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Walaupun biasanya alat ini diperbuat daripada kayu nangka,


serunai gendang besar ini diperbuat daripada kayu rengas,
manakala pipit diperbuat daripada daun tar. Pipit ialah lapisan
daun yang disusun dan diletakkan pada tiub logam yang
dipasang di penghujung serunai. Apabila ditiup, pipit tersebut
akan bergetar dan getaran ini akan melalui corong serunai untuk
menghasilkan bunyi. Terdapat sepasang serunai yang dipanggil
serunai kecil dan besar.

Rebab

Keunikan gendang besar adalah dengan adanya rebab di
dalam kategori kordofon. Alat bertali ini sinonim dengan
muzik tradisional Kelantan dan dimainkan di dalam ensembel
makyung, menora dan main petri. Namun, kehadiran rebab
bersama serunai di dalam gendang besar merupakan sesuatu
yang menarik. Rebab mempunyai 3 tali yang diperbuat daripada
perak atau tembaga halus yang direntangkan dan diikat di
‘telinga’ rebab yang terletak di ‘kepala’ alat tersebut. Setiap
tali akan dipulas oleh ‘telinga’ untuk mendapatkan ketegangan
yang sesuai di dalam menghasilkan pic (pitch) atau tinggi-
rendah nada yang dikehendaki. Asalnya, tali rebab diperbuat
daripada ikatan benang tetapi perubahan telah berlaku di sekitar
tahun 1950-an, tali logam digunakan. Badan yang juga dikenali
sebagai perut atau resonator box rebab diperbuat daripada kayu
dan kulit serta berfungsi untuk melantunkan bunyi gesekan tali.
Berbeza dengan violin dan viola yang diletakkan di atas bahu,
rebab dimainkan secara menegak dengan menggesek secara
melintang.

61
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Gambar rajah 4: Kumpulan gendang besar diraja di dalam Istana Balai


Besar. Dari kiri, Yaakob (Gendang Ibu), Sing (Serunai), Hussin (Pemegang
Keris), Abe Soh (Gong), Rahim (Rebab) dan Hussain (Gendang Anak)

Seperti juga serunai, rebab adalah alat muzik yang dimasukkan


dari luar. Menurut H. G. Farmer (1931a), rabab atau sebutan
Inggerisnya rebec ini berasal dari dunia Arab dan Parsi, dan
telah tersebar ke Eropah selepas Perang Salib. Selain daripada
Semenanjung Malaysia, rebab juga tersebar di Asia Tenggara
dan dimainkan di dalam ensembel-ensembel tradisional di
Indonesia dan Thailand. Di dalam konteks muzik tradisi
Kelantan, rebab dimainkan bagi mengiringi nyanyian dan
dianggap sebagai ‘guru’ di dalam persembahan mak yung.
Seperti juga beberapa alat muzik lain di Asia Tenggara, rebab ini
‘dimanusiakan’ atau anthropomorphised dan dipandang tinggi
berbanding alat yang lain. Namun, di dalam gendang besar ini,
rebab sekadar mengiringi ‘nyanyian’ serunai dan tidak berfungsi
secara solo. Kombinasi kedua-dua alat rebab dan serunai ini,
yang juga merupakan alat-alat muzik penting di dalam seni
persembahan Kelantan tradisional, mengukuhkan lagi ‘aura
kelantan’ di dalam membentuk identiti muzik negeri ini.

6.0 Muzik

Gendang besar mempunyai alat-alat muzik yang sama dengan


beberapa kumpulan muzik rakyat tetapi muziknya agak berbeza.

62
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Ia lebih terkawal dan tertib. Tambahan lagi, penggunaan dua


alat yang memainkan melodi iaitu serunai dan rebab juga
sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Walaupun kumpulan
main petri menggunakan kedua-dua serunai dan rebab tetapi
ia tidak dimainkan serentak. Setiap alat ada lagu-lagunya
yang tersendiri dan hanya dimainkan pada waktu-waktu
tertentu di dalam persembahan. Serunai gendang besar yang
menghasilkan bunyi yang lebih kuat sudah tentunya menguasai
ruang aural dengan memainkan melodi yang jelas diiringi
dengan rebab yang menghasilkan melodi iringan. Setiap lagu
mempunyai melodi yang tersendiri dan ini berbeza dengan
muzik sesetengah ensembel tradisional termasuk nobat diraja
Perak (Raja Iskandar, 2009).

Lagu-lagu gendang besar dimainkan dengan tempo yang


sederhana dan tiada kelihatan aspek improvisasi yang ketara
berbanding muzik wayang kulit misalnya. Ini sama halnya
dengan muzik nobat di mana konteks muzik ini dipermainkan
adalah berbeza dan bukan sekadar hiburan. Ia adalah hakmilik
sultan dan sebarang perubahan mesti mendapat persetujuan
istana. Ini juga menunjukkan sikap kesetiaan yang tinggi
terhadap sultan dalam kalangan ahli-ahli kumpulan gendang
besar ini. Sikap yang sama juga boleh dilihat dalam kalangan
pemuzik nobat, sebarang perubahan di dalam aspek permainan
boleh dilihat sebagai melanggar peraturan istana dan boleh
mencemar kedaulatan sultan (lihat Raja Iskandar, 2009).

7.0 Lagu-Lagu

Kumpulan Gendang Besar mempunyai senarai lagunya yang


tersendiri. Seperti juga lagu-lagu nobat, setiap lagu di dalam
repertoir gendang besar mempunyi fungsinya yang tersendiri.
Di antara lagu-lagu di dalam repertoir ialah:

1. Serama Silat
2. Raja Berangkat
3. Seri Istana
4. Perarakan
5. Raja Bertabal (Pertabalan)
6. Masuk Kuala
7. Anak Raja Bertenun
8. Daulat Tuanku

63
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Setiap lagu di dalam repertoir ini dimainkan mengikut adat-


istiadat istana yang tertentu. Seperti juga repertoir nobat diraja
Perak, lagu-lagu ini sedikit sebanyak memberikan gambaran di
mana atau bila ia dimainkan. Sebagai contoh, “Raja Berangkat”
akan dimainkan ketika sultan sedang berjalan, “Raja Bertabal”
ketika acara pertabalan dilakukan dan lagu “Masuk Kuala”
dipalu ketika sultan berperahu di sungai.

8.0 Kesimpulan

Gendang besar diraja Kelantan ini merupakan satu-satunya


warisan muzik Melayu lama yang masih hidup di Malaysia.
Seperti juga nobat di negeri-negeri Melayu yang lain, kumpulan
ini wujud di bawah naungan sultan dan berkemungkinan akan
kekal sebagai salah satu elemen penting kesultanan Kelantan
selagi berdirinya institusi raja di negeri ini. Ia dimainkan di
majlis-majlis penting di istana namun peranannya lebih besar
daripada sekadar mengiringi upacara tertentu. Walaupun
sejarah perkembangan gendang besar ini masih kabur, namun
ia telah berdiri lebih satu abad lamanya sebagai simbol identiti
dan kebesaran kesultanan Kelantan. Ia lambang ketamadunan
Melayu Kelantan, cerminan ketinggian budi dan adab yang
menghubungkan masa silam dan kini di dalam membentuk
jiwa serta jati diri rakyat Kelantan serta melahirkan a sense of
belonging.

A. B. Shamsul (1996b, ms. 17) telah berbincang berkaitan


pengertian ‘kemelayuan’ atau apa yang diungkap oleh A. C.
Milner (1981, ms. 49; 2008, ms. 84-90) sebagai malayness
dan konsep ini, walaupun sering diperkatakan sebagai slogan
nasionalis pasca merdeka, ia berpaksi kepada bahasa, raja
dan agama. Sultan dan institusi kesultanan adalah payung
masyarakat Melayu yang memelihara serta memastikan
kesinambungan adat resam, agama Islam dan bahasa Melayu.
Kehilangan institusi ini akan membawa kepada kepincangan
tiang ‘kemelayuan’ itu sendiri dan bunyi-bunyian diraja ini,
sebagai salah satu alat kebesaran negeri yang merupakan
manifestasi kedaulatan raja, juga akan lenyap ditelan zaman.
Ini secara tidak langsung meletakkan gendang besar sebagai
sebuah manifestasi penting di dalam pembinaan identiti Melayu
Kelantan, iaitu satu warisan tidak ketara (intangible heritage)
yang tidak ternilai harganya.

64
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Satu perkara yang menarik adalah bagaimana gendang besar


ini melalui proses adaptasi dengan melakukan beberapa
perubahan. Pemilihan satu lagu khas untuk Tengku Mahkota dan
penggunaan seorang pemuzik bukan Melayu merupakan satu
pembaharuan ketara bagi sesebuah kumpulan muzik di bawah
naungan istana. Ini sejajar dengan apa yang dihujahkan oleh
S. Frith (1996, ms. 109), iaitu pembentukan identiti itu adalah
satu ‘proses’ dan bukannya sesuatu yang statik. Gendang besar
diraja Kelantan ini masih melalui proses namun kepada rakyat
biasa yang mungkin tidak peka dengan perubahan ini, ia tetap
merupakan simbol identiti dan kebesaran kesultanan Kelantan.

65
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Rujukan

Andaya, B. W. (2011). “Distant Drums and Thunderous Cannon: Sounding Authority


in Traditional Malay Society” IJAPS, Vol. 7, No. 2, ms. 19-35.
Anderson, B. (1990). Language of Power: Exploring Political Culture in Indonesia.
Ithaca: Cornell University Press.
A. Samad Ahmad (Ed.) (1987). Hikayat Amir Hamzah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
A. Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor-Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Attali, J. (2003) Noise: The Political Economy of Music. Minneapolis: University of
Minnesota Press.
Brus, R. (2007). “A Unique Kingdom, Malaysia’s 50th Independence Anniversary”. Di
dalam Arts of Asia, vol. 37 (5), ms. 85-101.
Dick, A. (1984). “The Early History of the Shawm in India”. The Galpin Society
Journal, Vol. 37, ms. 80-98.
Farhad, H. (2004). The Dastgah Concept in Persian Music. Cambridge: Cambridge
University Press.
Farmer, H. G. (1931a). “The Origin of the Arabian Lute and Rebec”. Journal of the
Royal Asiatic Society, ms. 91-107.
Frith, S. (1996). “Music and Identity” di dalam Hall and du Gay (Eds.), Questions of
Cultural Identity. London: Sage Publications Ltd.
Ho, Meilu (1991). The Royal Nobat of Kedah, Malaysia. M.A. Thesis, University of
California, Los Angeles.
Kassim Ahmad (Ed.) (1975).  Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kirby, P. R. (1947). “The Trumpets of Tut-Ankh-Amen and Their Successors”. The
Journal of the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland,
Vol. 77, No. 1, ms. 33-45.
Ku Zam Zam Ku Idris (1993). “Nobat: Music in the Service of the King - the Symbol of
Power and Status in Traditional Malay Society.” Tinta Kenangan: Bingkisan
Untuk Profesor Datuk Dr. Haji Mohd Taib Osman Sempena Persaraannya
dan Pelantikannya Sebagai Naib Canselor Universiti Malaya, ed. Nik Safiah
Karim, ms. 180.
Merriam, A. P. (1964). The Anthropology of Music. Illinois: Northwestern University
Press.
Milner, A. C. (1981). “Islam and the Malay Kingship.” Journal of the Royal Asiatic
Society of Great Britain and Ireland, 1, pp. 46-70.
Milner, A. C. (2008). The Malays. West Sussex: Wiley-Blackwell.
Raja Chulan (1962). Misa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Raja Iskandar (2015). The Malay Nobat: A History of Encounters, Accommodation
and Development. Tesis PhD, King’s College London.
Raja Iskandar (2009). The Nobat of Perak: Musical Analysis and its Relation to
the Ceremonial Structure of the Palace. MA Thesis, Universiti Malaysia
Sarawak.
Shamsul A. B. (1996b). “The Construction and Transformation of a Social Identity:
Malayness and Bumiputeraness Re-examined.” Journal of Asian and African
Studies, No. 52, pp. 15-33.

66
SEJARAH KESULTANAN MELAYU KELANTAN

Stokes, M. (Ed.) (1997). Ethnicity, Identity and Music: The Musical Construction
of Place. Oxford: Berg.
Syed Alwi Sheikh al-Hadi ([1960] 1986). Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teeuw, A. and Wyatt D. K. (1970). Hikayat Patani: The Story of Patani. The
Hague: Martinus Nijhoff.

67

You might also like