You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERAI,

BAGAN DALAM, 12100 BUTTERWORTH.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2021

TARIKH : 2 FEBRUARI 2021


HARI : ISNIN
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : MELALUI GOOGLE MEET

KEHADIRAN :
1. EN. AZMAN BIN ABDULLAH (GURU BESAR)
2. EN. MUHAMMAD NIZAM BIN ABDUL SHUKOR (PK PENTADBIRAN)
3. PN. MUNIRAH BT. HASHIM (PK HEM)
4. TN.HJ. MOHD ANUR BIN HUSSIN (PK KOKURIKULUM)
5. EN. ABDUL RAZIB BIN ABDUL RAHIM
6. PN. ALFATIHAH BT. AZIZAN
7. PN. AZLIZA BT. MAHMUD
8. PN. NOR AZIAH BT MD. YUSOFF
9. EN. MOHD SOBRI BIN YAAKOB
10. EN. FAKRULRAZI BIN AHMAD
11. PN. FARAH BT. MOHD ARIFFIN
12. PN. NUR SALWANA BT. MOHD SUEB
13. PN. TUTI NORANI BT. MAT
14. PN. NOR HANIZAH BT. ABDUL RAHIM
15. PN. NORMAHIZAN BT. ABD.RAHMAN
16. PN. VASUGI A/P VENUGOPAL
17. PN. ROSITA BT. ISMAIL
18. PN. ROZITA BT. SHAIDIN
19. EN. SHAMRI BIN ISHAK
20. PN. SHAHRINA BT. AHMAD BADALISAH
21. PN. SHAKILAH BT. SINDAMATHAR
22. EN. MOHD KHAIRY BIN MURSHID
23. PN. SHAROZAT BT. HAJI MOHAMAD
24. EN. ANUAR BIN KASSIM
25. PN. CIK RAFIDAH BT. ABDUL RAHIM ( SETIAUSAHA KURIKULUM)
1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan penyertaan guru-guru dan mengucapkan ribuan


terima kasih kepada semua guru yang menyertai mesyuarat kali ini.

Makluman: Semua guru

2.0 Agenda Yang Ditetapkan

2.1 Buku Pengurusan 2021

Pengerusi memaklumkan terdapat sedikit perubahan pada Buku Pengurusan


disebabkan cetakan buku pengurusan dilakukan lebih awal. Disebabkan waran
baru 2021, kelas telah dikurangkan daripada 9 kelas kepada 6 kelas untuk Tahun
1 hingga 6. Antara bahagian yang terdapat perubahan adalah bahagian
Jawatankuasa HIPS bertukar kembali kepada Pn. Shahrina, KP Pendidikan
Moral Pn. Rozita Shaidin, PSS En. Shamri Ishak.

Guru-guru diminta untuk merujuk Buku Pengurusan 2021 bagi mengetahui


jawatan dan bidang tugas masing-masing.

Makluman dan tindakan: Semua guru

2.2 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 6, 2020 dan Target UPSR 2021
2.2.1 Pengerusi membentangkan Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 6, 2020.
2.2.2 Peratus lulus keseluruhan bagi Tahun 6, 2020 adalah 45.83% dan GPS
adalah sebanyak 3.41. Seorang murid mendapat 5A, seorang murid
mendapat 4A, dan seorang murid mendapat 3A.
2.2.3 Target UPSR 2021 pula adalah seramai 3 orang murid mendapat 6A.
Peratus lulus keseluruhan yang disasarkan pada tahun 2021 adalah
62.5% manakala GPS adalah 3.05.
2.2.4 Pengerusi meminta semua panitia merangka program-program yang
bersesuaian untuk mencapai target tersebut

Tindakan dan makluman: Semua guru

2.3 Perancangan Strategik Kurikulum dan Panitia 2021-2023

2.3.1 Berdasarkan Perancangan Strategik Kurikulum Sekolah, semua panitia


perlu berbincang untuk menyediakan Perancangan Strategik Panitia.
2.3.2 Setiap panitia diminta membincangkan dan merangka perancangan
strategik masing-masing di dalam mesyuarat panitia kali pertama.
2.3.3 Semua panitia diminta menghantar perancangan strategik masing-masing
sebelum 30 Mac 2021.
2.3.4 Ketua Panitia boleh rujuk contoh perancangan strategik yang lepas untuk
dijadikan panduan dan dikemaskini.

Tindakan dan makluman: Semua guru

2.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Ujian dan Peperiksaan

2.4.1 Pengerusi memaklumkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan


sepanjang tahun manakala pengisian data PBD akan dilaksanakan pada
bulan Jun dan Oktober.
2.4.2 Ujian dan Peperiksaan akan dilaksanakan mengikut takwim yang telah
ditetapkan di dalam Buku Pengurusan. Namun, jika berlaku Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), pihak sekolah bersetuju untuk
menangguhkan dulu ujian sehingga satu kaedah yang sesuai
dibincangkan.

Tindakan dan makluman: Semua guru

2.5 Jadual Waktu 2021

2.5.1 Jadual waktu untuk sesi persekolahan 2021 telah siap dan sekolah akan
bermula pada jam 7.45 pagi dan bukan jam 8.00 pagi. Namun disebabkan
PKP, kita terpaksa menggunakan Jadual PDPR.
2.5.2 Jadual waktu terkini iaitu Jadual PDPR 2.0 akan dilaksanakan, namun
sekolah masih menunggu arahan dari JPN dan PPD.

Tindakan dan makluman: Semua guru

2.6 e- Perancangan Rekod Mengajar (e-PREMA)

2.6.1 e-PREMA telah dilaksanakan bermula seisi persekolahan 2021 walaupun


dalam PDPR.
2.6.2 Pengerusi memaklumkan majoriti sekolah di Pulau Pinang menggunakan
e-PREMA .
2.6.3 Penyelaras e-PREMA, Pn. Rafidah dan Pn Farah menerangkan mengenai
masalah defisit RPH. Hal ini berlaku kerana sewaktu cuti umum, guru-guru
tidak menetapkan Cuti Umum di dalam sistem e-PREMA. Jadi, untuk Cuti
Umum Raya Cina akan datang, guru-guru diminta untuk menetapkan cuti
di dalam sistem. Pn. Rafidah akan menghantar video cara-cara yang betul
di dalam group rasmi sekolah.

Tindakan dan makluman: Semua guru


2.7 Dokumen Penjajaran Kurukulum 2.0 dan Rancangan Pelajaran
Tahunan

2.7.1 Semua guru diminta untuk menggunakan Dokumen Penjajaran Kurikulum


2.0 dalam perancangan Rancangan Pelajaran Tahunan.
2.7.2 RPT mestilah selaras mengikut panitia dan disediakan berdasarkan
takwim persekolahan seisi 2021. RPT juga perlu disediakan untuk sisipan
Tahun 5 jika terdapat kandungan yang belum diajar oleh murid pada tahun
lepas.
2.7.3 Guru-guru diminta mengenalpasti bahagian Asas dan Bahagian
Tambahan dari Dokumen Penjajaran 2.0

Tindakan dan makluman: Semua guru

2.8 Program Orientasi dan Transisi Tahun 1

2.8.1 Pengerusi memaklumkan Program Orientasi Tahun 1 telah selesai


menggunakan saluran dalam talian.
2.8.2 Program Transisi Tahun 1 telah bermula dan akan dilaksanakan selama
43 hari sehingga 26 Mac 2021.
2.8.3 Kit Program Transisi Tahun 1 telah diperbanyakkan untuk rujukan semua
guru Tahun 1.
2.8.4 Buku Transisi juga dibekalkan oleh sekolah kepada semua guru Tahun 1.
2.8.5 Selepas Program Transisi, guru bolehlah meneruskan PdP dengan
kandungan DPK 2.0
Tindakan dan makluman: Semua guru

2.9 Program Orientasi Prasekolah Dan Kurikulum Standard Prasekolah


(KSPK)

2.9.1 Pengerusi memaklumkan Program Orientasi Prasekolah telah berjalan


secara dalam talian pada hari pertama persekolahan.

2.9.2 Penyelaras prasekolah, Puan Tuti Norani memaklumkan bahawa seramai


35 murid prasekolah mendaftar pada tahun ini.

2.9.3 PDPR bagi murid prasekolah juga berjalan seperti biasa mengikut
Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) yang asal .

Tindakan dan makluman: Semua guru


2.10 Program Pemulihan

2.10.1 Program Pemulihan tetap berjalan walaupun secara dalam talian.

2.10.2 Penyelaras Pemulihan, Pn. Alfatihah memaklumkan bagi sesi 2021, kelas
yang terlibat dengan Program Pemulihan adalah dari tahun 1 hingga
Tahun 3.

Makluman: Semua guru

3.0 Hal-hal lain

3.1 Pengerusi memaklumkan peruntukan kewangan sekolah bagi tahun 2021


belum diterima. Namun, guru-guru boleh menyemak baki semasa bagi
tahun 2020 dengan berjumpa dengan Pn Nurul.

3.2 Setiap panitia diminta mengadakan mesyuarat panitia yang pertama


selepas mesyuarat kurikulum yang pertama ini. Tarikh akhir
penghantaran minit mesyuarat panitia adalah 20 Mac 2021.

3.3 Semua guru diminta mengisi Surat Aku Janji dan borang Akta Rahsia
Rasmi.

Makluman: Semua guru


4.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.

You might also like