You are on page 1of 4

MM SAFETY & HEALTH MANAGEMENT

SENARAI TUGAS UNTUK KERJA YANG DIPERLUKAN BAGI


MEMULAKAN PROJEK BARU MELIBATKAN JABATAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN MARIMAS SDN BHD.

1- Sebelum projek dimulakan.


a. Pastikan tarikh projek bermula dan berakhir
b. Isi borang JKJ 103, seperti contoh lampiran (1), dalam masa 7 hari selepas
projek bermula.borang boleh diperolehi di pejabat Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan(JKKP) negeri.
c. Serah borang JKJ 103 ke pejabat JKKP dan tunggu jawapan serta
makluman daripada mereka seperti contoh surat lampiran (2).
d. Setelah mendapat jawapan daripada JKKP, kebiasaannya dalam tempoh
dua minggu,nombor rujukan akan diberikan sebagai pengesahan
pendaftaran projek telah diterima oleh pihak JKKP. Nombor rujukan perlu
dipamerkan di papan tanda projek sebagai bukti pendaftaran.
e. Pihak JKKP akan menghubungi syarikat atau pegawai keselamatan dan
kesihatan (samada melalui telefon atau surat) untuk tarikh temu janji
taklimat kepada pegawai JKKP negeri yang terlibat.
f. Wakil syarikat yang diperlukan hadir untuk sessi taklimat ialah Pengurus
Projek atau wakil yang setaraf dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
syarikat.
g. Agenda yang diperlukan dalam taklimat ialah seperti dalam lampiran (3).
h. Dokumen yang terlibat dalam proses pembukaan projek perlu disediakan
dan dibawa ketika taklimat dengan pegawai tersebut. Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan perlu memperkenalkan diri kepada wakil atau
Pengarah JKKP samada beliau seorang yang kompeten atau tidak.

KERJA KERJA AWALAN YANG MELIBATKAN JABATAN KESELAMATAN


DAN KESIHATAN SYARIKAT UNTUK PROJEK BARU IALAH:

a. memastikan ada laluan yang sempurna untuk kenderaan dan pekerja keluar
masuk ke tapak projek.
b. memastikan jenis jenis papan tanda yang diperlukan didalam projek
berkenaan.
c. membuat pesanan ke bahagian purchasing terhadap barang barang
keselamatan seperti kasut dan topi keselamatan jika perlu berbuat demikian.
Semakan dalan senarai kerja awalan(preliminaries).
d. memaklumkan kepada yang terlibat secara langsung dengan projek berkenaan
akan prosedur keselamatan sebelum memulakan projek samada secara lisan .
atau memorandum bertulis.
e. Membuat makluman kepada Jabatan Kerajaan (jika perlu) yang akan terlibat
seperti Pejabat Tanah dan Galian,Pejabat Daerah,Jabatan Perhutanan dan
pejabat berkuasa daerah seperti M.P.K.
[Type text]
MUSHSSE@GMAIL.COM
COPYRIGHT CONTROL
MM SAFETY & HEALTH MANAGEMENT

f. Memeriksa permit dan paspot pekerja serta mengadakan taklimat


Keselamatan, induksi dan latihan kepada pekerja

KERJA YANG PERLU DIJALANKAN OLEH PEGAWAI


KESELAMATAN DAN KESIHATAN SETELAH PROJEK BERMULA.

a. memastikan pejabat,stor,kongsi,kantin pekerja dan tandas serta bilik mandi


disediakan dan dibina di tempat yang selamat.
b. memastikan bekalan air dan eletrik dapat dibekalkan kepada semua tempat
tempat yang tersebut dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan.
c. memastikan setiap tempat tersebut dibekalkan alat pencegah kebakaran seperti
fire extinguisher basah atau kering,
d. memastikan persekitaran tempat tersebut sentiasa terjamin daripada
kemalangan seperti kebakaran dan sebagainya.
e. Kawalan kebersihan dan penyediaan tong sampah
f. Kawalan vector setiap masa.

TUGAS AWALAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN


SEMASA PROJEK BERMULA.

a. membuat lawatan awalan ke tapak projek dengan pegawai penguatkuasa


JKKP negeri untuk rekod pengesahan projek telah bermula dari tarikh yang
ditetapkan.
b. menyediakan buku Safety Manual syarikat dan buku Project Site Safety Plan
dan Polisi Keselamatan untuk semakan pegawai JKKP.
c. menyediakan buku lawatan untuk pegawai JKKP menulis arahan, komen dan
menandatangani selepas selesai membuat lawatan dan pemeriksaan keatas
tapak projek.
d. memberi taklimat kepada pegawai JKKP akan dasar am keselamatan dan
kesihatan yang diambil untuk pekerja pekerja di tapak projek serta system
pengurusan keselamatan.(jika diminta)
e. membuat pemeriksaan keatas semua jentera yang akan digunakan untuk
projek tersebut seperti:
1-status jentera terlibat
2-sijil kelayakan operator dan sijil perakuan mesin
angkat (PMA)untuk kren dan mesin piling.
3-sijil perakuan daripada JKKP (air compressor
berjentera dan bertekanan tinggi)
f. membuat pemeriksaan kepada mesin kecil yang memerlukan
penghadang(cover) untuk kerja memotong kayu atau besi, sebelum mesin
beroperasi sepenuhnya
g. memastikan semua pekerja mematuhi arahan keselamatan ketika bekerja
setiap masa sebagai satu cara atau rutin harian.
h. memulakan tugas rutin Pegawai Keselamatan dan Kesihatan seperti yang
termaktub didalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (akta
514) peraturan dan perintah.

[Type text]
MUSHSSE@GMAIL.COM
COPYRIGHT CONTROL
MM SAFETY & HEALTH MANAGEMENT

ANTARA TUGAS TUGAS YANG PERLU DIJALANKAN OLEH SSS/


SHO/SHM

1. Memastikan pekerja-pekerja menggunakan peralatan perlindungan keselamatan


yang utama seperti helmet, kasut keselamatan dan sarung tangan semasa kerja-
kerja di jalankan.

2. Membuat pemeriksaan kepada passport,permit dan dokuman berkaitan kepada


pekerja asing sebelum kebenaran bekerja dikeluarkan bagi memastikan tiada
pekerja pendatang tanpa izin berada di tapak.

3. Membuat pemeriksaan kepada semua jentera secara berkala seperti


kren,lori,jengkaut,jentolak,pembancuh simen,pemotong dan pengbengkok besi
serta lain lain jentera yang berkaitan

4. Mengendalikan taklimat keselamatan seperti ‘morning briefing’,‘toolbox-


meeting’,mesyuarat keselamatan dan latihan induksi di tapak projek atau
menguruskan latihan induksi CIDB untuk semua pekerja.

5. Menggalakkan dan menerapkan sikap-sikap prihatin kepada keselamatan di tapak


bina kepada pekerja-pekerja memandangkan ramai pekerja di tapak bina terdiri
daripada pekerja yang tidak tahu apa-apa akan keadaan keselamatan sewaktu
bertugas melalui latihan dan induksi pekerja.

6. Menjadi setiausaha di dalam jawatankuasa keselamatan di tapak bina dan


penganjur kepada latihan luar bersama pihak BOMBA,JBA,JKKP,CIDB dan
TNB serta Hospital Kerajaan

7. Membuat pemeriksaan(safety audit atau safety walkabout)dan pemerhatian di


tapak pembinaan untuk mengenalpasti keadaan-keadaan tidak selamat, perbuatan-
perbuatan dan kerja-kerja yang tidak mengikut garis panduan keselamatan
bersama majikan, pihak pelanggan dan jawatan kuasa Keselamatan serta kerja
kerja pembaikan hasil dari proses pemantauan tersebut.

8. Menasihati dan mencadangkan majikan mengenai langkah-langkah yang perlu


diambil dalam memberi kesedaran kepada pekerja-pekerja seiring dengan
kehendak OSHA 1994, FMA 1967 dan akta lain yang berkaitan.

9. Membantu Pegawai-Pegawai Keselamatan dan Kesihatan daripada Jabatan


Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) semasa menjalankan pemeriksaan
di tapak bina.

10. Mengadakan latihan memadam kebakaran, pemeriksaan jentera dan latihan


kepekaan keselamatan ( safety alert) dan PPE dari masa ke semasa.

[Type text]
MUSHSSE@GMAIL.COM
COPYRIGHT CONTROL
MM SAFETY & HEALTH MANAGEMENT

11. Menghantar laporan kepada majikan dan pihak Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Tempatan berkenaan status tapak projek.

12. Merekod semua kejadian kemalangan, minit mesyuarat, minit ceramah


keselamatan ,menjalankan audit keselamatan dan pemeriksaan rutin

13. Memastikan rekod ‘non lost time injury’ dan target tiada kemalangan dicapai
sehingga selesai projek dijalankan.

14. Memastikan kebersihan kawasan kerja, kantin,persekitaran dan tempat tinggal


pekerja dalam keadaan bersih dan bebas dari masalah penyakit.

15. Bertanggungjawab dalam hal ehwal Pengawal Keselamatan untuk tapak projek
bagi memastikan peralatan, jentera dan harta syarikat di dalam keaadan selamat.

16. Pemantauan bersama pihak berkuasa tempatan di dalam mencegah masalah


jenayah di dalam tapak projek.

17. Memastikan pihak pelanggan berpuas hati di dalam hal keselamatan pekerja dan
kawasan projek.

18. Memantau keadaan persekiran melalui kaedah ‘environtmental programme’


bersama pihak perunding dan wakil pelanggan.

19. Memantau rekod rekod dan ‘file safety’ sentiasa ‘up date’ untuk ISO-9001.

20. Sentiasa memantau kakitangan tapak (Jurutera Tapak,Operator ,Site Supervisor


dan Petugas Am) agar sentiasa mengambil berat perihal keselamatan pekerja dan
kakitangan yang lain

21. Mengambil rekod kedatangan pekerja di tapak

22. Memastikan setiap pekerja yang baru diberi taklimat Keselamatan sebelum
memulakan kerja.

23. Pemeriksaan perancah,pemasangan rekod dan penyelenggaraan setiap masa.

24. Pemantauan kepada kerja berisiko dan tempat tinggi serta perobohan.

[Type text]
MUSHSSE@GMAIL.COM
COPYRIGHT CONTROL

You might also like