You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2013


BIL 1/2013
___________________________________________________________________

Tarikh : 18 Januari 2012


Hari : Khamis
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Bilik guru SKUB
Kehadiran : 1. Pn. Norhasnah Bt Muhammad Hakim ( Ketua Panitia )
2. Pn. Nor Azlina Bt Abdul Halim ( Setiausaha )
3. En. Sa’aidi Bin Mohd Ludin ( PK Pentadbiran )
Hadir Bersama : 1. En. Alias Bin Abdul Rahman AMK, BKM, PJK (Kedah) PJK (Pahang)
( Guru Besar SK Ulu Bakai )

Agenda 1 : Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat dan program yang akan dijalankan.
Tindakan : Semua guru.

Agenda 2 : Ucapan Penasihat


2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih di atas kerjasama yang telah
Diberikan oleh semua guru yang hadir.
2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru tahun 6 kerana Berjaya dalam
Meningkatkan peratus peningkatan dalam keputusan UPSR bagi tahun 2011.
Tindakan : Semua guru

Agenda 3 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang lalu.


3.1 Dibentang oleh : Pn. Nor Azlina Bt Abdul Halim
Cadangan untuk disahkan : Pn. Norhasnah Bt Muhammad Hakim
Sokongan : En. Sa’aidi B. Mohd Ludin

Agenda 4 : Perkara Berbangkit


4.1 Tiada perkara dibangkitkan.

Agenda 5 : Perancangan Tahunan Panitia


5.1 Aktiviti Tahunan Panitia
5.1.1. Persiapan para pelajar dalam English Carnival bagi Story telling dan Spelling.
5.1.2 Program Nilam dan pengisian buku nilam. Gurusubjek diminta untuk membawa
Murid ke pusat sumber mengikut jadual yang telah ditetapkan.
5.1.3 PLBS masih diteruskan dan guru-guru Bahasa Inggeris boleh menjalankan ujian
Semasa proses P&P.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris
5.2 Penguasaan Kamus
5.2.1 Pengerusi mencadangkan agar guru Bahasa Inggeris meneruskan budaya 1 Kamus
1 Murid diteruskan.
5.2.2 Program Dictionary In Hand juga perlu diteruskan kerana ada terdapat ramai lagi
Murid yang belum menguasai kemahiran membaca kamus.
5.2.3 Pertandingan Spelling Words juga akan diteruskan dalam program MBMMBI dan
Hadiah akan diberikan menggunakan wang peruntukkan panitia.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris
5.3 Latihan Bahasa Inggeris di sekolah dan di rumah
5.3.1 Guru diminta memberikan latihan/kerja yang secukupnya agar murid dapat
Menguasai kemahiran yang diajar.
5.3.2 Mohon semua guru menyemak dan meminta murid membuat pembetulan
Setiap kali membuat kesalahan dalam latihan yang diberi.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.4 Kelas Tambahan Bahasa Inggeris


5.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kelas tambahan UPSR telah dijalankan
Bermula pada bulan Januari ini kerana masih terdapat beberapa orang
Murid masih lemah dalam menguasai Bahasa Inggeris.
Tindakan : Pn. Norhasnah

Agenda 6 : Analisa Dan Post Mortem UPSR 2011


6.1 Mengenal pasti masalah, kekuatan, kelemahan serta peluang.
6.2 Berbincang masalah yang dikenalpasti ialah
- Masalah sosio-ekonomi murid
- Bebanan tugas guru tahun 6.
- Murid selalu ponteng kelas tambahan.
6.3 Keputusan UPSR BI 2011 dibincangkan
- Keputusan keseluruhan peratus lulus murid adalah 88.6 % berbanding 96.9% pada tahun
2010.
- Penurunan sebanyak 8.3% dan peningkatan dari segi murid yang mendapat pangkat A
Juga berkurang.
6.4 Pengerusi juga telah memaklumkan akan berusaha untuk meningkatkan peratusan lulus
Memandangkan beliau sendiri yang mengajar Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6.
Tindakan : Pn. Norhasnah

Agenda 7 : Program Peningkatan Akademik


7.1 Aktiviti/ latihan pengukuhan di sekolah dan di rumah.
7.2 Program membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris.
7.3 Dictionary In Hand
7.4 5 words a day.
7.5 Bercerita dalam Bahasa Inggeris.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

Agenda 8 : Program MBMMBI


8.1 Strategi memperkasakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah kebangsaan
Dan menengah serta menambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris.
8.2 Program MBMMBI di antaranya adalah seperti Dictionary In Hand, Story Telling dan
Spelling.

Agenda 9 : KSSR Bahasa Inggeris ( Kurikulum Standard Sekolah rendah )


9.1 KSSR merupakan kurikulum baru yang menggantikan KBSR bermula tahun 2011.
9.2 Kurikulum ini melibatkan murid-murid terutamanya murid tahap 1 iaitu Tahun 1 dan 2.
9.3 Melibatkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai
Oleh murid yang dinilai melalui standard prestasi penetapan Band (1-6)
Tindakan : Pn. Nor Azlina

Agenda 10 : Perancangan dan Persediaan Peperiksaan/Ujian Bulanan


10.1 Pengerusi meminta semua guru sentiasa peka dengan tarikh dan masa ujian serta
Peperiksaan dengan sentiasa merujuk takwim sekolah kerana bimbang guru akan
Membina soalan disaat-saat akhir.
10.2 Guru Bahasa Inggeris juga perlu menyediakan analisa serta markah yang lengkap
Untuk dimasukkan ke dalam fail panitia setelah selesai pemarkahan ujian.
10.3 Semua guru juga diminta untuk menyiapkan Headcount masing-masing untuk
Dimuatkan di dalam fail panitia agar mudah untuk membuat rujukan.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

Agenda 11 : Hal-hal Lain.


11.1 Sebagai penutup, pengerusi berharap agar semua guru Bahasa Inggeris dapat
Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan ke arah melahirkan
Murid yang cemerlang.
11.2 Sekali lagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang diberikan
Semasa mesyuarat ini berlangsung.
Tindakan : Semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang


Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………………………… …………………………………………………………
(NOR AZLINA BT ABDUL HALIM ) ( SA’AIDI BIN MOHD LUDIN )
Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran,
Panitia Bahasa Inggeris, SK Ulu Bakai.
SK Ulu Bakai.

Disahkan oleh ,

……………………………………………………..
(ALIAS BIN ABDUL RAHMAN)
AMK, BKM, PJK (Kedah), PJK (Pahang)
Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Ulu Bakai.

You might also like