You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BAKAI

MALAU, 09020 KULIM,

KEDAH DARUL AMAN

_____________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT

PANITIA BAHASA INGGERIS KALI KETIGA BAGI TAHUN 2013


BIL 3/2013

Tarikh : 23 Jun 2013


Hari : Ahad
Masa : 1.20 p.m
Tempat : Bilik guru SKUB
Kehadiran : 1. Pn. Norhasnah Bt Muhammad Hakim ( Ketua Panitia )
2. Pn. Nor Azlina Bt Abdul Halim ( Setiausaha )
3. En. Md Shah Bin Abdul Rashid ( PK Pentadbiran )

Agenda 1 : Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat dan program yang akan dijalankan.

Tindakan : Semua guru.

Agenda 2 : Ucapan Pen Kanan Pentadbiran.


2.1 Pen. Kanan 1 mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
2.2 Beliau juga menyatakan tahniah kepada guru-guru Bahasa Inggeris kerana telah
melaksanakan tugas masing-masing dalam meningkatkan prestasi akademik murid-murid.
Tindakan : Semua guru

Agenda 3 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang lalu.


3.1 Dibentang oleh : Pn. Nor Azlina Bt Abdul Halim
Cadangan untuk disahkan : Pn. Norhasnah Bt Muhammad Hakim
Sokongan : En. Md Shah Bin Abdul Rashid

Agenda 4 : Perkara Berbangkit


4.1 Tiada perkara dibangkitkan.

Agenda 5 : Perlaksanaan Aktiviti Tahunan Panitia


5.1 Perlaksanaan A Paragraph A Day/ 3 Sentences A Day untuk Tahun 6 sahaja telah dijalankan
mengikut tajuk yang diberi. Murid menulis ayat-ayat tersebut di dalam buku latihan yang
telah dikhaskan.
5.2 Terdapat beberapa orang murid lelaki Tahun 6 yang masih tidak membuat tugasan tersebut
disebabkan keengganan untuk menyiapkannya di rumah. Puan Norhasnah telah memantau
perkara tersebut.
5.3 Program PBS :
5.3.1 Puan Azlina menyatakan tugasan/kerja latihan murid banyak dilaksanakan di
dalam buku latihan PBS.

Agenda 6 : Analisa Dan Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun.


6.1 Mengenal pasti masalah, kekuatan, kelemahan serta peluang.
6.2 Berbincang masalah yang dikenalpasti ialah
- Masalah sosio-ekonomi murid
- Bebanan tugas guru tahun 6.
- Murid selalu ponteng kelas tambahan.
6.3 Pengerusi juga telah memaklumkan akan berusaha untuk meningkatkan peratusan lulus
Memandangkan beliau sendiri yang mengajar Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6.
Tindakan : Pn. Norhasnah

Agenda 7 : Program Peningkatan Akademik


7.1 Aktiviti/ latihan pengukuhan di sekolah dan di rumah.
7.2 Program membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris.
7.3 Dictionary In Hand
7.4 5 words a day.
7.5 Bercerita dalam Bahasa Inggeris.
7.6 A Paragraph a Day
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

Agenda 8 : Program MBMMBI


8.1 Strategi memperkasakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah kebangsaan
Dan menengah serta menambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris
8.2 Program MBMMBI di antaranya adalah seperti Dictionary In Hand, Story Telling dan
Spelling.

Agenda 9 : KSSR Bahasa Inggeris ( Kurikulum Standard Sekolah rendah )


9.1 KSSR merupakan kurikulum baru yang menggantikan KBSR bermula tahun 2011.
9.2 Kurikulum ini melibatkan murid-murid terutamanya murid tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3.
9.3 Melibatkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai
Oleh murid yang dinilai melalui standard prestasi penetapan Band (1-6)
Tindakan : Pn. Nor Azlina

Agenda 10 : Perancangan dan Persediaan Peperiksaan/Ujian Bulanan


10.1 Pengerusi meminta semua guru sentiasa peka dengan tarikh dan masa ujian serta
Peperiksaan dengan sentiasa merujuk takwim sekolah kerana bimbang guru akan
Membina soalan disaat-saat akhir.
10.2 Guru Bahasa Inggeris juga perlu menyediakan analisa serta markah yang lengkap
Untuk dimasukkan ke dalam fail panitia setelah selesai pemarkahan ujian.
10.3 Semua guru juga diminta untuk menyiapkan Headcount masing-masing untuk
Dimuatkan di dalam fail panitia agar mudah untuk membuat rujukan.
Tindakan : Guru Bahasa Inggeris

Agenda 11 : Hal-hal Lain.


11.1 Sebagai penutup, pengerusi berharap agar semua guru Bahasa Inggeris dapat
Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan ke arah melahirkan
Murid yang cemerlang.
11.2 Sekali lagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang diberikan
Semasa mesyuarat ini berlangsung.
Tindakan : Semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………………………… …………………………………………………………
(NOR AZLINA BT ABDUL HALIM ) ( MD SHAH BIN ABDUL RASHID)
Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran,
Panitia Bahasa Inggeris, SK Ulu Bakai.
SK Ulu Bakai.

Disahkan oleh ,

……………………………………………………..
(ALIAS BIN ABDUL RAHMAN)
AMK, BKM, PJK (Kedah), PJK (Pahang)
Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Ulu Bakai.

You might also like