You are on page 1of 5

Bab 5 Bumi

Sistem fizikal bumi

 Sistem fizikal bumi terdiri daripada 4 komponen iaitu:-


 Atmosfera – udara
 Hidrosfera – Air
 Litosfera – Kerak bumi/ tanih
 Biosfera – Benda hidup
 Setiap komponen di bumi saling melengkapi di antara satu sama lain

Atmosfera

 Atmosfera adalah ruang udara yang meliputi permukaan bumi


 Kepentingan atmosfera ialah
o membekalkan gas oksigen utk benda hidup
o mengawal suhu persekitaran bumi
o perubahan iklim dan cuaca di bumi
o penting untuk telekomunikasi – seperti satelit
o pengangkutan – seperti penerbangan udara

Hidrosfera

 Hidrosfera mewakili kawasan yang berair seperti laut, tasik, sungai dan air bawah tanah
 Hidrosfera penting untuk
- Sumber minuman
- Sumber hidroelektrik
- Jalan pengangkutan
- Sumber protein
- Habitat hidupan akuatik

Litosfera

 Litosfera mewakili kerak bumi iaitu tanih dan batuan


 Litosfera penting untuk
- habitat/ tempat tinggal manusia, flora serta fauna
- Kawasan pertanian
- Kawasan perlombongan
Teras
dalam

Teras luar
Mantel
Biosfera
 Biosfera mewakili kehidupan di bumi. Biosfera termasuklah manusia, flora dan fauna
Kerak bumi
 Biosfera memerlukan ketiga-tiga komponen bumi yang lain untuk hidup.
 Sebagai contoh, manusia memerlukan udara, air dan tanih untuk bernafas, minum dan
mendirikan tempat tinggal.

Struktur bumi

Kerak bumi
- lapisan paling luar
- sangat nipis jika dibandingkan dengan mantel
- juga dikenali sebagai litosfera
- terbahagi kepada dua bahagian iaitu
a) sial (daratan) b) sima (lautan) Plat daratan - sial

Plat lautan - sima


Mantel
 Membentuk lebih 85% berat bumi. Hampir 2/3 jisim bumi
 Bersifat separa pepejal dan cecair
 Suhu dari 800 ºC sehingga 1600 ºC

Teras bumi
 Lapisan paling dalam
 Terbahagi kepada dua iaitu teras luar dan teras dalam
 Mengalami suhu dan tekanan yang sangat tinggi

Benua
 Benua ialah kawasan daratan yang sangat luas
 Terdapat 7 benua di dunia iaitu
 Benua Asia
 Benua Afrika
 Benua Eropah
 Benua Australia
 Benua Amerika Utara
 Benua Amerika Selatan
 Benua Antartika
 Benua yang paling luas ialah benua asia. Ianya meliputi banyak negara. Negara Malaysia juga
terletak di benua Asia
 Benua eropah adalah gabungan banyak negara-negara yang mempunyai keluasan yang kecil.
Contoh negara di benua ini adalah England, Sepanyol, Belanda, Itali dan lain-lain
 Benua australia hanya terdiri daripada beberapa buah negara sahaja.
 Manakala benua antartika kebanyakannya diliputi salji sepanjang tahun kerana berada di kutub
selatan

Lautan
 Terdapat 5 lautan di dunia iaitu
 Lautan Pasifik
 Lautan Atlantik
 Lautan Hindi
 Lautan Artik
 Lautan Selatan

Kesan Pergerakan bumi

 Bumi dibahagikan kepada beberapa kepingan plat


 Lapisan plat ini seolah-olah terapung di atas mantel
 Arus perolakan di mantel menyebabkan kepingan plat bumi sentiasa bergerak
 Pergerakan plat melibatkan pertembungan atau pencapahan

Hanyutan benua

Gunung lipat

 Gunung lipat terjadi akibat proses pertembungan plat


 Apabila pertembungan ini berlaku, kerak bumi akan mengalami mampatan dan akan
menyebabkan terbentuknya gunung lipat

Gunung bongkah
 Gunung ini terbentuk kerana pergerakan bumi akibat proses gelinciran atau sesaran
 Proses gelinciran ini terjadi apabila plat bumi meregang atau dimampatkan oleh plat bumi yang
lain

Gunung berapi

 Gunung berapi adalah bentuk muka bumi yang terbentuk akibat proses pergerakan plat
 Plat yang menjunam masuk ke mantel akan mengakibatkan pengumpulan gas dan batuan yang
panas
 Apabila tekanan tinggi terjadi, gas dan cecair magma akan keluar di permukaan bumi dan
menyebabkan gunung berapi terbentuk
 Proses ini biasanya terjadi di jalur plat yang bertembung contohnya di Lingkaran api pasifik

Gempa bumi

 Gegaran yg berlaku di lapisan kerak bumi apabila berlakunya pergerakan pertembungan atau
pencapahan plat tektonik
 Gempa bumi menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan harta benda.
 Gempa bumi yang kuat boleh mencetuskan tsunami
 Contohnya kejadian tsunami di Acheh pada Disember 2004

You might also like