You are on page 1of 5

Bengkel Pemantapan Jurulatih Utama Sekolah Bagi Inisiatif Peluasan Pelaksanaan

Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Di Bawah Anjakan 9 Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Peringkat Daerah Larut Matang Dan
Selama Tahun 2014

Taklimat Pengurusan Pemantapan Jurulatih Utama Sekolah Penglibatan Ibu Bapa


dan Komuniti (PIBK) (PPPM 2013-2025)

1) Pengenalan
2) KPI PPIBK
3) Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah
4) Tindakan Pihak Sekolah
5) Pengumpulan Data Kehadiran Ibu Bapa Dalam 6 Aktiviti Secara Manual
6) Taklimat Pengisian Data Sarana Secara Online
7) Instrumen Pemantauan

Peranan dan Tindakan Pihak Sekolah

1.0 Pemantauan Pengurusan Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah

1.1 Menurut Encik Hafiz bin Mohamad Noopiah (Penolong PPD Perhubungan) ,

pemantauan pengurusan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah ini akan

diadakan bermula dari bulan Julai hingga November 2014.

2.0 Pengisian Instrumen Pemantauan Pelaksanaan Inisiatif Penglibatan Ibu Bapa,


Komuniti dan Sektor Swasta.
2.1Encik Mohd Hafiz menyatakan bahawa borang ini harus diisi oleh Guru Besar

dan salinan tersebut perlu dihantar kepada PPD sebelum 15 Oktober 2014.

Tindakan : Guru Besar

3.0 Penubuhan Jawatankuasa Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

3.1 Encik Mohd Hafiz memberitahu bahawa Jawatankuasa Sarana Ibu Bapa dan
Sarana Sekolah perlu ditubuhkan.

Tindakan : Pihak Pentadbir Sekolah

4.0 Penerangan Mengenai PIBK

4.1 Encik Mohd Hafiz memberitahu bahawa penerangan mengenai Penglibatan Ibu
Bapa dan Komuniti (PIBK) dalam PPPM harus diberikan oleh Jurulatih Utama dan
Penyelaras Anjakan 9 PPPM kepada mereka yang terlibat.

Tindakan : Jurulatih Utama

5.0 Borang Soal Selidik Sarana Ibu Bapa

5.1 Encik Mohd Hafiz menyatakan bahawa, borang soal selidik sarana ibu bapa
harus diedarkan oleh guru kelas Tahun 6 kepada ibu bapa murid Tahun 6.

5.2 Borang tersebut harus diisi oleh ibu bapa murid Tahun 6 dan dihantar semula
kepada guru kelaS Tahun 6.

5.3 Guru Kelas Tahun 6 harus menyerahkan kembali borang yang telah siap diisi
kepada Jurulatih Utama.

Tindakan : Guru Kelas Tahun 6


6.0 Analisis Borang Soal Selidik

6.1 Borang Soal Selidik harus dianalisa oleh Jurulatih Utama menurut Encik Mohd

Hafiz.

Tindakan : Jurulatih Utama

7.0 Buku Perancangan dan Komunikasi

7.1 Encik Mohd Hafiz menyatakan bahawa buku perancangan dan komunikasi harus

disediakan oleh pihak pentadbiran.

Tindakan : Pihak Pentadbiran

8.0 Borang Sarana Sekolah

8.1 Menurut Encik Hafiz, borang ini boleh diisi oleh responden yang terdiri daripada

guru, ibu bapa, orang awam atau orang luar yang dating ke sekolah.

8.2 Encik Hafiz mencadangkan bahawa borang ini diletakkan di pondok pengawal

sekolah agar dapat diberikan dan diisi oleh orang awam yang datang ke sekolah.

9.0 Fail Induk Sarana

9.1Encik Hafiz menyatakan bahawa Fail Induk Sarana harus dijaga oleh setiausaha

PIBG.

9.2 Fail ini adalah di bawah PIBG.

9.3 Contoh pengisian Fail Induk Sarana boleh dilihat dalam lampiran yang

disertakan.

Tindakan : Setiausaha PIBG


10.0 Pengisian Data

10.1 Menurut Encik Hafiz, pengisian data harus dilakukan oleh Setiausaha PIBG

atau Biro Maklumat (Guru Data).

10.2 Encik Mohd Hafiz menyatakan bahawa Guru Besar harus menetapkan

Setiausaha PIBG atau Guru Data untuk mengisi data berkenaan.

10.3 Laman web bagi pengisian data adalah seperti yang berikut:

http://apps4.moe.gov.my/sarana

Nama pengguna = kod sekolah

Kata laluan = 123

10.4 Pengisian data secara online hanya boleh dilakukan dari pukul 8.00 pagi

sehingga 5.00 petang sahaja.

Tindakan : Guru Besar dan Setiausaha PIBG/Guru Data

Disediakan oleh,

..............................

PN.S.VETHA MANI

(JURULATIH UTAMA DAN PENYELARAS ANJAKAN 9 PPPM)

You might also like