You are on page 1of 7

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3

Tema : KECERGASAN

1 Apakah fungsi jantung ?

A Mengepam darah melalui sistem otot badan


B Membekalkan oksigen kepada sistem kardiovaskular
C Membekalkan glukosa kepada sistem perkumuhan badan.
D Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik

2 Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah


beroksigen ke otot-otot dan membawa keluar bahan kumuh dari otot.

Sistem kardiovaskular terdiri daripada

A ginjal, perut dan jantung.


B limfa, pankreas dan jantung
C rangkaian arteri dan vena, usus dan perut
D jantung, paru-paru dan rangkaian arteri dan vena

3 Aktiviti aerobik berupaya meningkatkan daya tahan kardiovaskular, contohnya ……...

A larian pecut
B bangkit tubi
C kilas pinggang
D lompat tali untuk jantung

4 Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa ?

A Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang


maksimun
B Keupayaan individu melakukan pergerakan yang pantas dengan daya yang
minimum
C Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
maksimun
D Keupayaan individu melakukan pergerakan yang berterusan dengan daya yang
minimum

5 Apakah komponen kecergasan yang diperkembangkan oleh latihan lari jarak jauh?

A Kepantasan
B Kelenturan
C Kekuatan otot
D Kepantasan Daya tahan kardiovaskular
6 Aktiviti tekan tubi bertujuan menguji

A kelenturan
B imbangan
C daya tahan otot
D daya tahan kardiovaskular

Tajuk : SOALAN PJPK TINGKATAN 3


Tema : PENDIDIKAN PERGERAKAN

Gimnastik Artistik

7. Pergerakan berguling dan berpusing dalam gimnastik artistik tergolong dalam


kemahiran pola pergerakan

A Pendaratan
B Hemburan
C Statik gerak edar
D Ayunan dan putaran

8. Ritma dan turutan putar roda dalam gimnastik artistik ialah

I Kaki-kaki
II Kaki-tangan
III Tangan-tangan
IV Kaki-kaki

A I dan II
B I , II dan III
C I , III dan IV
D I , II , III dan IV

9. Teknik pada kemahiran putaran roda ialah

I Berdiri tegak tangan lurus


II Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan bahu
ke sisi arah pergerakan.
III Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan diangkat
lurus diikuti kaki mendahului, sehingga ke kedudukan dirian tangan.
Kangkangkan kaki.
IV Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam
kedudukan lunge.

A I dan II
B I , II dan III
C I , III dan I
D I , II , III dan IV

10. Postur, form kemahiran dan penjajaran adalah penilaian dalam

A Gimnastik Pendidikan
B Gimnastik Irama
C Gimnastik Artistik
D Pendidikan Kreatif

Gimnastik Irama

11. Gimnastik artistik dipersembahkan dalam bentuk rangkaian pergerakan.


Rangkaian pergerakan ini seharusnya merangkumi

A Satu pola pergerakan


B Dua pola pergerakan yang sama
C Tiga pola pergerakan yang sama
D Beberapa pola pergerakan yang berlainan

12. Antara ciri-ciri pergerakan gimrama yang baik ialah

I Jari kaki dilunjurkan


II Dagu didongakkan sedikit
III Tangan bebas terkawal
IV Kaki di kuak keluar

A I dan II
B I, II dan III
C II , III dan IV
D I, II, III dan IV

13. Waltz ialah langkah gerak edar dalam

A Gimnastik pendidikan
B Gimnastik irama
C Gimnastik artistik
D Pergerakan kreatif

14. Apakah kebaikan yang di perolehi daripada aktiviti gimrama dalam aspek efektif?

A Peningkatan daya tumpuan


B Pembentukan postur yang baik
C Penghargaan kepada pergerakan yang estetik
D Peningkatan kecergasan fizikal dan kemahiran motor
15. Pakaian dan alatan yang digunakan dalam pertandingan gimrama perlu mengikut
Code Of Points yang ditetapkan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa atau FIG.
Berapakah tempoh persembahan untuk peserta individu?

A 60 hingga 70 saat
B 60 hingga 80 saat
C 60 hingga 90 saat
D 60 hingga 100 saat

16. “ Langkah gerak edar ini adalah langkah tarian yang asas dan sekata dengan
penekanan pada pergerakan keempat dan boleh dilakukan pada semua arah. Langkah
ini terdiri daripada tiga langkah berjalan diikuti dengan satu langkah ketingting atau
lompatan “.

Apakah nama gerak edar diatas ?

A Langkah Waltz
B Langkah Schottische
C Langkah Silang
D Langkah Skip

Gimnastik Pendidikan

17. “ Pergerakan yang dilakukan biasanya berkaitan dengan disituasi kehidupan


seharian. Kita bebas melakukan sebarang pergerakan mengikut kreativiti dan
kemampuan sendiri”
Apakah pergerakan yang ada kaitan dengan pernyataan diatas.

A Gimnastik irama
B Gimnastik artistik
C Pergerakan kreatif
D Gimnastik Pendidikan

18. Pergerakan Staccato ?

A Pergerakan ini dilakukan dalam tempoh yang panjang.


Pembebasan tenaga adalah tetap dan berterusan
B Pergerakan ini bergegar atau mengigil. Kualiti pergerakan ini menjadi lebih
jelas dengan membayangkan kita adalah sebuah jam loceng yang sedang
berbunyi.
C Pergerakan ini membabitkan pembebasan tenaga yang banyak dalam tempoh
masa yang pendek. Pergerakan ini adalah cepat, tajam, bertenaga dan agak
berat.
D Pergerakan ini terputus-putus, tajam,cepat dan ringan yang melibatkan
penggunaan tenaga yang banyak dalam tempoh yang singkat.
19 Apakah kebaikan yang di perolehi daripada aktiviti gimnastik pendidikan
dalam aspek fizikal?

A Peningkatan daya tumpuan


B Pembentukan postur yang baik
C Penghargaan kepada pergerakan yang estetik
D Peningkatan kecergasan fizikal dan kemahiran motor

20 Aspek keselamatan yang perlu di patuhi semasa menjalani latihan gimnastik


pendidikan di sekolah . Antara berikut yang manakah patut dipatuhi sebelum
melakukan aktiviti ?

A Memakai pakaian yang sesuai


B Melakukan aktiviti menyejukkan badan
C Melakukan akitviti memanaskan badan
D Meneroka pelbagai pergerakan yang sesuai dengan arahan

Pergerakan Kreatif

21. Faedah yang di perolehi daripada pendidikan kreatif adalah

A Penyelisaian masalah pergerakan dengan cara berkumpulan


B Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang negatif
C Perkembangan kemahiran pembelajaran fizikal
D Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan
kekuatan

22. Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu di ambil kira dalam melakukan
aktiviti pergerakan kreatif iaitu

I Melakukan akitviti mengikut kemampuan


II Memastikan tempat aktiviti bebas daripada bahaya
III Mematuhi arahan dan panduan guru
IV Memakai pakaian dan kasut yang sesuai

A I , II dan III
B I , II dan IV
C II , III dan IV
D I ,II , III dan IV

23. Apakah tema-tema yang terdapat dalam pergerakan kreatif


I Kesedaran beban
II Transisi lapan daya asas
III Kesedaran bentuk-bentuk pergerakan
IV Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan

A I , II dan III
B I , II dan IV
C I , III dan IV
D II , III dan IV

24. Transisi dari lakuan daya asas ke lakuan yang lain boleh membawa perubahan kepada

A Cepat
B Kawal-lambat
C Serta-merta
D Terputus-putus

25. Tema transisi lapan daya asas menerangkan tentang perubahan daripada satu lakuan
daya asas kepada yang lain. Perubahan ini di kawal oleh 3 aspek iaitu

A Lemah, ketat, longgar


B Lemah, ringan, bertenaga
C Masa , aras , ringan
D Masa , beban, ruang

26. Koreografi satu siri pergerakan yang menggabungkan corak


lurus,melengkung, zig zag dan bulat. Kamu boleh menggunakan bahagian
tubuh yang berlainan untuk membentuk corak di lantai dan awangan.
Bagi menunjukkan mood dan perasaan yang berkaitan, dan menjadi lebih
bermakna kita boleh

I Alat-alat genderang, atau rentak ritma


II Sorakan atau melagukan rentak pergerakan
III Langkah gerak edar Schottishe
IV Pola pergerakan pendaratan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

27. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan secara berlebihan?

I Ketinggian
II Berat badan
III Masa makan
IV Saiz dan jenis hidangan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

28 . Penyakit obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit-penyakit serius seperti

A skurvi
B kanser
C rabun malam
D penyakit jantung koronari

29. Antara keburukan seks sebelum kahwin ialah

I mendapat pasangan
II mendapat penyakit kronik
III menjatuhkan maruah keluarga
IV mengandung anak luar nikah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

30. Berikut yang manakah bukan kesan daripada amalan pemakanan yang berlebihan?

A Strok
B Kanser
C Diabetes
D Hipertensi

You might also like