You are on page 1of 5

1.

0 Pendahuluan
Teknik penyoalan sokratik atau sokratik merupakan evolusi daripada perkataan
inggeris iaitu socratik yang berasal daripada nama seorang tokoh terkenal di dalam
bidang falsafah. Tokoh yang dimaksudkan tersebut ialah Socrates iaitu ahli falsafah
daripada Yunani (Athens). Socrates memperkenalkan perkataan sokratik sekitar tahun
470-300 S.M. Socrates merupakan ahli falsafah moral yang pertama dalam tradisi
pemikiran etika barat. Teknik penyoalan sokratik juga dikenali sebagai kaedah Elenchus
iaitu satu bentuk dialog argumentatif antara dua individu. Teknik penyoalan sokratik ini
merangsang cara pemikiran yang kritis dan pengeluaran idea atau pendapat seseorang
individu yang berlainan melalui cara soal jawab. Teknik penyoalan sokratik ini kerap
digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk
mewujudkan perbicangan di dalam kalangan pelajar. Hal ini menunjukkan teknik
penyoalan sokratik ini penting dalam proses pembelajaran. Peta minda merupakan salah
satu cara untuk membuat nota dengan ringkas dan berkesan disamping meningkatkan
daya ingatan semasa belajar dan membantu mengenal pasti dan memahami
pembelajaran. Peta minda ini diasaskan oleh Tony Buzan pada tahun 1984. Tony Buzan
mempopularkan idea literasi mental, pemikiran berseri dan teknik yang disebut
pemetaan minda yang diilhamkan dari “konsep pemetaan” Leonardo da Vinci dan
Joseph D. Novak. Peta minda merupakan sejenis rajah ringkas yang mempunyai
maklumat yang padat. Peta minda kebiasaannya diisi dengan isi-isi penting yang
terdapat di dalam sesebuah tajuk pembelajaran itu.

2.0 Jenis penyoalan sokratik

Grafik 2

1
Berdasarkan grafik 1, terdapat beberapa jenis penyoalan sokratik yang digunakan di
dalam artikel Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Pembelajaran
Mata Pelajaran Reka Cipta Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia yang dikarang oleh Lau Kheng Ang. Antaranya ialah soalan untuk
mendapatkan penjelasan. Contoh soalan untuk mendapatkan penjelasan yang terdapat
di dalam artikel ini ialah apakah aktiviti pembelajaran berasaskan masalah yang
digunakan dalam pembelajaran Reka Cipta I?. Selain itu, terdapat juga soalan mengenai
soalan di dalam artikel yang saya kaji ini. Contoh soalan mengenai soalan yang terdapat
di dalam artikel ialah apakah peranan pihak institusi pendidikan dalam mengalakkan
pembelajaran berasaskan masalah dalam pembelajaran Reka Cipta i?. Selepas itu,
terdapat juga soalan mengenai pandangan atau perspektif di dalam artikel ini. Contoh
soalan mengenai pandangan atau perspektif berdasarkan artikel ialah apakah persepsi
pelajar terhadap peranan pihak industri dalam menggalakkan pembelajaran berasaskan
masalah dalam pembelajaran Reka Cipta 1?.

3.0 kelebihan penyoalan sokratik

Memudahkan analisis maklumat

KELEBIHAN
Dapat mencapai objektif pengajaran
PENYOALAN
SOKRATIK

Mengembangkan proses berfikir

Grafik 2

2
Penyoalan sokratik mempunyai banyak kelebihan kepada pelajar. Antaranya ialah
penyoalan sokratik mampu untuk memudahkan pelajar menganalisis maklumat. Hal ini
kerana teknik penyoalan sokratik dapat membantu pelajar untuk mengesan sesuatu
maklumat itu dengan lebih pantas dan tepat. Contohnya, jika seseorang itu mengetahui
soalan untuk mencungkil implikasi dan akibat, dia akan lebih mudah untuk mengesan
kesan atau akibat dalam sesuatu perkara yang dipelajarinya. Kelebihan penyoalan
sokratik yang seterusnya ialah penyoalan sokratik dapat membuatkan objektif
pengajaran tercapai. Hal yang demikian kerana penyoalan sokratik ini dapat membantu
guru untuk memastikan pelajar memahami apa yang telah diajar. Contohnya ialah
soalan untuk menyiasat anggapan boleh digunakan guru untuk mengenal pasti adakah
pelajar faham dengan betul tentang pengajaran yang telah diajar. Oleh itu, guru dapat
memastikan bahawa objektif pengajaran tercapai. Seterusnya, penyoalan sokratik dapat
mengembangkan proses berfikir pelajar kerana penyoalan sokratik ini mengajar pelajar
untuk berfikir secara kritis. Hal ini kerana penyoalan sokratik ini memerlukan pelajar
untuk berfikir secara luas dan terbuka. Oleh itu, ia dapat membantu pelajar untuk
mengembangkan lagi proses berfikir pelajar kerana penyoalan sokratik ini sentiasa
memerlukan pelajar untuk sentiasa berfikir untuk mencari jawapan dan menyelesaikan
masalah.

4.0 kekurangan penyoalan sokratik

Kekurangan
penyoalan sokratik

Memerlukan Memerlukan
pembacaan yang Kurang efektif penggunaan tenaga
teliti yang banyak

Grafik 3

3
Sekiranya ada kelebihan, semestinya sesuatu perkara itu juga akan mempunyai
kekurangan. Oleh itu, penyoalan sokratik juga mempunyai beberapa kekurangan.
Antaranya ialah penyoalan sokratik ini memerlukan penelitian pembacaan yang boleh
memakan masa yang lama. Hal ini kerana sesuatu bahan itu perlu dibaca dengan teliti
supaya suatu penyoalan sokratik itu dapat dikesan. Perkara ini kurang relevan pada
masa sekarang kerana ramai orang lebih cenderung kepada media massa berbanding
membaca. Hal yang demikian kerana lebih banyak bahan bacaan yang ringkas telah
disediakan di dalam media massa. Oleh hal yang demikian, penyoalan sokratik ini
kurang relevan kerana masyarakat pada masa kini kurang membuat pembacaan yang
teliti kerana banyak bahan sedia ada yang terdapat di dalam media massa dan ia lebih
mudah untuk diperolehi. Selain itu, penyoalan sokratik ini merupakan teknik yang kurang
efektif kerana penyoalan sokratik ini memakan masa yang lama untuk diperolehi. Hal ini
membuatkan penyoalan sokratik ini kurang efektif untuk digunakan di dalam kelas
kerana pelajar akan membuang masa yang banyak untuk membuat pembacaan dan
mengesan penyoalan sokratik. Oleh itu, penyoalan sokratik ini tidak sesuai untuk
digunakan kerana ia akan mengambil masa yang lama untuk mengesan sesuatu
persoalan. Akhir sekali, penyoalan sokratik ini memerlukan penggunaan tenaga yang
banyak khususnya tenaga mental kerana penyoalan sokratik ini memerlukan
pembacaan yang mendalam. Oleh itu, pelajar perlu membuat pembacaan yang banyak
untuk memperolehi maklumat. Penyoalan sokratik ini juga memerlukan tenaga fizikal di
mana pelajar perlu sentiasa ke perpustakaan untuk membuat pembacaan. Oleh hal yang
demikian, penyoalan sokratik kurang sesuai digunakan kerana ia akan memakan tenaga
yang banyak berbanding membuat rujukan di media massa.

5.0 kesimpulan
Sebagai penutup bicara, jelaslah bahawa penyoalan sokratik ini merupakan
kemahiran belajar yang dapat memudahkan urusan pelajar kerana ia membuatkan
maklumat dapat dianalisis dengan mudah. Penyoalan sokratik ini juga penting kepada
pelajar kerana ia dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam
pembelajaran. Oleh itu, penyoalan sokratik ini harus diterapkan di dalam diri pelajar
kerana ia dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Selain itu, penyoalan
sokratik ini juga harus diamalkan di dalam kalangan pendidik supaya penyoalan sokratik
ini akan terus dipraktikkan oleh pelajar. Penggunaan penyoalan sokratik di dalam proses
pembelajaran ini juga dapat meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Akhir sekali,
penyoalan sokratik ini juga dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan berdaya
saing antara satu sama lain.

4
6.0 Rujukan

1. Buzan, T. (2018). Mind Mapping (Edisi Bahasa Melayu). Kuala Lumpur: PTS
Publisher.
2. Ang, L.K. (2004). Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam
Pembelajaran Mata Pelajaran Reka Cipta Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Teknologi Malaysia.
3. Wah W.K, Esa N.M, Lee T.A. (2019), Kemahiran Belajar, Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

7.0 Lampiran

You might also like