You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENGAJARAN

AMBILAN JUN 2020

KEMAHIRAN BELAJAR

TUGASAN 1 (PENTAKSIRAN ALTERNATIF)

TAJUK

PENULISAN ESEI

NAMA PELAJAR : MOHAMAD MUINUDDIN BIN MAHAD

ANGKA GILIRAN : P30201528

NOMBOR KAD PENGENALAN : 020818020381

KUMPULAN / UNIT : RBT 3

KOD KURSUS : GKB1053

NAMA KURSUS : KEMAHIRAN BELAJAR

NAMA PENSYARAH : ENCIK KHAIRUDIN BIN SAIDIN

TARIKH HANTAR : 30 NOVEMBER 2020

TAHUN PENGAJIAN : 2020

SAYA MOHAMAD MUINUDDIN BIN MAHAD DENGAN INI MENGAKU BAHAWA SAYA TELAH MENERIMA MAKLUM
BALAS KERJA KURSUS SAYA DARIPADA PENSYARAH.

TANDATANGAN PELAJAR

______________________ TARIKH : 30 NOVEMBER 2020

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PERANCANGAN JADUAL BELAJAR 4

3.0 PENILAIAN JADUAL 4-5

4.0 KELEBIHAN PERANCANGAN JADUAL BELAJAR 6

5.0 KESIMPULAN 6

6.0 RUJUKAN 7

7.0 LAMPIRAN 7

2
1.0 PENGENALAN

Gaya pembelajaran merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan


prestasi akademik dan bukan akademik seseorang pelajar itu. Bagi pelajar institusi tinggi,
pelajar perlu memerlukan pengurusan masa yang baik kerana sistem pembelajaran di
institusi Pendidikan tinggi amat berbeza dengan sistem pembelajaran di sekolah. Oleh itu,
pelajar mestilah bijak dalam menguruskan masa supaya tidak ketinggalan di dalam
pelajaran. Perancangan jadual belajar merupakan salah satu cara yang boleh digunakan
pelajar untuk menguruskan aktiviti seharian mereka khusunya dalam belajar. Hal ini
kerana jadual belajar dapat membantu pelajar untuk melakukan aktiviti seharian dengan
teratur dan tepat pada masanya. Pengurusan masa yang baik dapat memberi manfaat
kepada individu supaya sentiasa melakukan aktiviti dengan berfaedah, cekap dan
berkesan.
Dalam merancang jadual belajar, beberapa aspek juga perlu ditekankan supaya
jadual yang dihasilkan afektif dan seimbang dengan aktiviti yang lain. Sebagai pelajar di
institusi pengajian tinggi, jadual belajar yang efektif bagi seseorang pelajar itu hendaklah
mempunyai aktiviti seperti membuat nota untuk pengajaran pada sesuatu hari, membuat
persediaan untuk kuliah, membuat tugasan untuk dihantar, mata pelajaran yang perlu
diulangkaji untuk menghadapi peperiksaan dan aktiviti persendirian seperti beribadat,
berehat, bersosial dan sebagainya. Semua aktiviti ini penting di dalam jadual belajar
supaya jadual belajar yang dihasilkan pelajar seimbang antara aktiviti sosial dan aktiviti
akademik agar kehidupan pelajar akan teratur dan dapat mengelakkan pelajar daripada
melakukan perkara yang tidak berfaedah.

3
2.0 PERANCANGAN JADUAL BELAJAR

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD


6:00-7:00 BANGUN TIDUR, PENGURUSAN DIRI DAN SOLAT
7:00-8:00 SARAPAN PAGI DAN SEDIA KE KELAS SARAPAN PAGI/SENAMAN PAGI
8:00-10:00 RBT1034 GKK1043 RBT1034 GEC1033 GSB1012 ULANGKAJI
10:00-11:00 RBT1034 GKK1043 RBT1034 RBT1024 GKK1043 ULANGKAJI
11:00-11:30 REHAT BASUH BAJU
11:30-12:30 RBT1024 GCI1022 GKB1053 RBT1024 TUTORIAL KEMAS BILIK
12:30-13:30 RBT1024 GCI1022 RBT1014 RBT1014 PERSIAPAN BEREHAT DAN SOLAT
SOLAT
JUMAAT
13:30-14:30 REHAT, MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT BERSEMBANG/BEREHAT
14:30-16:30 GSB1012 GKB1053 RBT1014 RBT1014 GEC1033 MEMBUAT TUGASAN/ULANGKAJI/
KELUAR JALAN-JALAN
16:30-17:30 RBT1014 GEC1033 RBT1034 RBT1024 GCI1022 SOLAT DAN PENGURUSAN DIRI
17:30-17:45 SOLAT DAN PENGURUSAN DIRI RIADAH
17:45-18:50 RIADAH RIADAH
19:00-20:45 SOLAT, PENGURUSAN DIRI DAN MAKAN MALAM
20:45-22:00 MEMBUAT TUGASAN MENGEMAS SETERIKA
PAKAIAN, PAKAIAN
MENELEFON
KELUARGA
22:00-23:00 MEMBUAT PERSIAPAN KE KELAS/TIDUR TIDUR TIDUR

JADUAL 1

3.0 PENILAIAN JADUAL

Berdasarkan Jadual 1, saya telah menghasilkan jadual belajar yang dapat


membantu saya untuk menguruskan urusan saya dengan lebih baik. Setiap hari, saya
akan bangun tidur pada jam 6:00 pagi dan saya akan mandi dan saya akan menunaikan
solat. Selepas itu, saya akan bersiap untuk sarapan. Saya memilih untuk bangun pada
jam 6:00 pagi kerana saya tidak mahu terburu-buru untuk bersiap ke kelas sekiranya saya
bangun lambat. Seterusnya, pada hari minggu saya akan bersarapan pagi dan bergerak
kelas manakala pada hujung minggu, saya akan sarapan pagi dan saya akan melakukan
senaman pagi bagi menyegarkan diri saya. Hal ini kerana tidur pada waktu pagi tidak
bagus untuk kesihatan, jadi saya memilih untuk mengisi waktu lapang pada waktu pagi
untuk melakukan senaman.
Sebagai seorang pelajar, saya terikat dengan jadual waktu kelas pada hari
minggu, jadi saya telah memasukkan jadual kelas saya di dalam jadual belajar saya.
Sewaktu belajar pada hari minggu, saya juga telah mengaplikasikan beberapa gaya
pembelajaran supaya saya mudah untuk mengingati pelajaran tersebut. Contohnya, saya
menggunakan gaya pembelajaran visual bagi subjek GCI. Hal ini kerana subjek GCI ini
memerlukan pelajar untuk mengingati peristiwa dan fakta yang banyak. Oleh itu,

4
penggunaan gaya pembelajaran visual seperti peta minda dapat memudahkan proses
penghafalan fakta. Bagi subjek GEC pula, saya menggunakan gaya pembelajaran
READING kerana subjek GEC ini memerlukan kefasihan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu,
melalui gaya pembelajaran READING, saya dapat berlatih bercakap bahasa Inggeris
supaya saya dapat menjadi lebih fasih di dalam bahasa Inggeris. Saya juga telah
menggunakan gaya pembelajaran kinestetik untuk subjek GKK kerana subjek ini
memerlukan pergerakan fizikal, jadi saya telah melakukan banyak latihan seperti
berjogging supaya saya dapat mengekalkan tahap kecergasan.
Kebiasaanya, kelas saya pada hari minggu akan tamat pada jam 5:30 petang.
Selepas itu, saya akan pulang ke asrama untuk solat asar dan tukar pakaian untuk
melakukan riadah. Saya melakukan aktiviti riadah setiap hari supaya saya dapat
mengekalkan kesihatan diri saya. Selian itu, aktiviti riadah juga penting untuk sentiasa
mengekalkan kecerdasan otak. Hal ini kerana badan cergas akan membuatkan otak kita
menjadi cerdas. Selepas selesai riadah, saya akan mandi dan solat. Seterusnya saya
akan makan malam. Setiap malam pada hari minggu, saya akan menyiapkan tugasan
yang diberikan supaya kerja saya tidak tertangguh. Kemudian, saya akan menyiapkan
barang untuk kelas hari seterusnya dan saya akan tidur pada jam 11:00 malam supaya
saya mendapat tidur yang cukup. Tidur yang cukup amat penting bagi pelajar supaya
pelajar dapat belajar dengan fokus di dalam kelas.
Pada hujung minggu, saya akan melakukan ulangkaji selama tiga jam selepas
saya melakukan senaman pagi. Ulangkaji selama tiga jam ini dapat membantu saya untuk
mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas supaya saya lebih bersedia
untuk peperiksaan. Ulangkaji pada waktu pagi ini amat berkesan kerana kajian
menunjukkan otak kita cerdas pada waktu pagi dan dapat memudahkan kita untuk
mengingati sesuatu perkara itu. Selain itu, saya juga melakukan aktiviti seperti mengemas
bilik, membasuh baju dan seterika pakaian pada hujung minggu kerana saya tidak
mempunyai banyak waktu pada hari minggu. Oleh itu, saya memilih hujung minggu untuk
membuat aktiviti tersebut supaya saya dapat mengisi waktu lapang pada hujung minggu
dengan perkara yang berfaedah.

5
4.0 KELEBIAN PERANCANGAN JADUAL BELAJAR

Perancangan jadual belajar ini dapat mendatangkan banyak faedah atau


kelebihan kepada pelajar. Perancangan jadual belajar ini sedikit sebanyak membantu
pelajar untuk menguruskan masa dengan cara yang afektif dan dapat memberikan faedah
yang optimum. Hal ini kerana jadual belajar mempunyai rangka masa yang dapat
memudahkan pelajar untuk melakukan sesuatu aktiviti itu dengan teratur. Selain itu,
perancangan jadual belajar ini juga memerlukan pelajar untuk melakukan aktiviti yang
dirancang setiap hari mengikut waktu yang telah ditetapkan. Hal ini dapat melatih
mendisiplinkan diri pelajar dapat menepati masa. Amalan menepati masa hendaklah
sentiasa diamalkan khusunya bagi pelajar Institut Pendidikan Guru kerana ia dapat
melatih pelajar untuk menjadi seorang guru yang menepati waktu. Perancangan jadual
belajar juga dapat membantu pelajar mempelbagaikan aktiviti yang perlu mereka lakukan
agar ia seimbang dari segi emosi, rohani dan fizikal. Hal ini kerana aspek emosi,rohani
dan fizikal memainkan peranan yang penting dalam mencapai kejayaan seseorang pelajar
itu. Contohnya, aspek fizikal seperti riadah amat penting dalam memastikan otak kita
sentiasa cerdas. Oleh itu, jelaslah bahawa jadual belajar ini dapat membantu pelajar untuk
mengimbangkan masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang dilakukan. Akhir sekali,
perancangan jadual belajar ini juga dapat mengelakkan pelajar dari amalan suka
bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas kerana amalan suka bertangguh ini akan
menyebabkan pelajar menjadi tertekan pada saat akhir yang boleh membawa kepada
gejala bunuh diri. Maka, jelaslah bahawa jadual belajar ini mempunyai banyak kelebihan
yang dapat membantu kehidupan seharian pelajar supaya menjadi lebih sistematik.

5.0 KESIMPULAN
Sebagai penutup bicara, pelajar institusi pengajian tinggi mestilah
mengamalkan perancangan jadual belajar dalam kehidupan seharian mereka kerana
perancangan jadual belajar sedikit sebanyak membantu pelajar untuk mengisi masa
lapang mereka dengan perkara yang berfaedah. Kemahiran belajar ini mestilah
dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar supaya ia dapat melahirkan generasi yang
berpelajaran dan cekap menguruskan masa. Perancangan jadual belajar ini juga dapat
mengelakkan remaja daripada terlibat dengan gejala sosial kerana jadual belajar ini dapat
membantu remaja untuk melakukan aktiviti yang berfaedah sahaja. Oleh itu, perancangan
jadual belajar ini haruslah diamalkan oleh semua peringkat masyarakat supaya
masyarakat yang berdisplin dan bertanggungjawab dapat dilahirkan.

6
6.0 RUJUKAN

Khamsani, S. N. (2011 Jun, 2011). Kepentingan Jadual belajar. Retrieved from


https://www.scribd.com/doc/58816152/Kepentingan-Jadual-Waktu-Belajar

Syed Mustapa, S., Miskon, A. S., & Adnan, A. (2010). Kemahiran Belajar. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Wah W.K, E. N. (2019). Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

7.0 LAMPIRAN

You might also like