You are on page 1of 10

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENGAJARAN

AMBILAN JUN 2020

CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

Tugasan 1

TAJUK

PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : MOHAMAD MUINUDDIN BIN MAHAD

ANGKA GILIRAN : P30201528

NOMBOR KAD PENGENALAN : 020818020381

KUMPULAN / UNIT : RBT 3

KOD KURSUS : GCI1022

NAMA KURSUS : CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAHARI BIN ZAINAL

TARIKH HANTAR : 26 OKTOBER 2020

TAHUN PENGAJIAN : 2020

SAYA MOHAMAD MUINUDDIN BIN MAHAD DENGAN INI MENGAKU BAHAWA SAYA TELAH MENERIMA MAKLUM
BALAS KERJA KURSUS SAYA DARIPADA PENSYARAH.

TANDATANGAN PELAJAR

______________________ TARIKH : 26 OKTOBER 2020


2

ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S
PENGHARGAAN 3

…………………………………………………………………………………
PENDAHULUAN ………………………………………………………………………………… 4
ISU-ISU ALAM SEKITAR……………………………………………………………………….. 4-6
INISIATIF DAN TINDAKAN NEGARA…………………………………………………………. 6-8
IMPAK KEPADA PELUANG PENDIDIKAN…………………………………………………… 8-9
KESIMPULAN ……………………………………………………………………………………. 9
RUJUKAN ………………………………………………………………………………………… 10
3

Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan tepat pada masanya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Zahari Bin Zainal, Pensyarah Cabaran dan
Isu Semasa Dunia (GCI1022) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun kerana
banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga saya dapat melengkapkan tugasan 1
penulisan akademik dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Saya juga amat berterima kasih kepada kedua ibubapa saya yang banyak membantu
saya dalam memahami situasi saya dan memberi sokongan moral sepanjang saya
melaksanakan tugasan ini.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelaras
subjek Cabaran dan Isu Semasa Dunia dan rakan-rakan saya kerana banyak membantu
saya dari segi mental fizikal untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Terima Kasih.
4

1.0 Pendahuluan
Dalam meniti arus kemodenan, terdapat beberapa isu global yang menjadi topik
hangat di seluruh dunia. Antaranya ialah isu alam sekitar. Menurut Kamus Pelajar Edisi
Kedua, alam sekitar didefinisikan sebagai alam sekeliling. Alam sekitar merupakan
anugerah yang telah dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Secara keseluruhannya, alam
sekitar adalah tumbuhan hijau, persekitaran bersih atau tercemar, keadaan muka bumi,
tanah tinggi, bergunung-ganang, udara bersih dan sebagainya. Alam sekitar terdiri dari
dua unsur iaitu unsur abiotik dan biotik. Unsur abiotik iaitu unsur tidak hidup seperti
angin dan suhu. Unsur biotik dikenali sebagai unsur hidup seperti manusia dan haiwan.
Kesemua unsur dalam alam sekitar ini saling memerlukan antara satu sama lain dalam
suatu sistem yang dinamik dan harmoni. Alam sekitar memainkan peranan yang penting
kepada kehidupan seharian manusia kerana alam sekitar yang tidak tercemar
memberikan kita suasana yang nyaman dan selesa. Oleh itu, jelaslah bahawa alam
sekitar amat penting kepada manusia kerana alam sekitar banyak berkait rapat dengan
kehidupan seharian manusia.

2.0 Isu-isu alam sekitar


Pada zaman serba moden ini, sudah pasti banyak pembangunan yang dilakukan dan
boleh mendatangkan isu kepada alam sekitar. Dalam maksud yang lain, manusia telah
mendatangkan masalah-masalah kepada alam sekitar melalui bentuk penghapusan
sumber-sumber semula jadi, melakukan pencemaran dan kerosakan terhadap sumber
air, tanah, udara yang secara tidak langsung mewujudkan masalah pemanasan global
dan perubahan cuaca.1 Selain itu, terdapat juga isu-isu alam sekitar lain yang makin
membimbangkan dari semasa ke semasa, antaranya ialah isu pencemaran air. Isu
pencemaran ini merupakan isu yang amat serius kerana populasi manusia di dunia kini
6.6 bilion dan angka ini kian meningkat hari demi hari. Peningkatan populasi manusia ini
2
telah menyebabkan peningkatan pemintaan air di seantero dunia. Namun punca
bekalan air bersih ini semakin berkurangan berpunca daripada berlakunya pencemaran
air. Hal ini menyebabkan berbilion manusia di dunia hidup dengan kekurangan air.

1
Cabaran dan Isu Semasa Dunia, Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim (2015), hlm. 162
2
Cabaran dan Isu Semasa Dunia, Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim (2015), hlm. 163
5

Kekurangan bekalan air bersih ini juga telah menyebabkan jutaan manusia mati akibat
penyakit-penyakit berkaitan air kerana banyak pencemaran air berlaku. Kekurangan
sumber air ini telah menyebabkan krisis berlaku di beberapa buah negara seperti Afrika
Selatan yang mengalami krisis air di bandar Cape Town bermula tahun 2015. Krisis air
di Cape Town, Afrika Selatan ini telah berlanjutan selama bertahun-tahun sehingga
memaksa kerajaan tempatan mengisytiharkan day zero buat pertama kali pada tahun
2017. Istilah day zero ini merujuk kepada kawalan bekalan air tahap tujuh iaitu bekalan
air ke rumah ditutup dan setiap individu hanya boleh mendapat bekalan air sebanyak 25
liter sehari yang disediakan oleh pihak kerajaan tempatan. Selain itu, petani-petani di
India dilaporkan membunuh diri sejak tahun 1986 kerana tanaman serta ladang yang
diusahakan mereka gagal untuk diuruskan disebabkan oleh ketiadaan bekalan air. Isu
pencemaran ini juga merupakan isu yang serius di negara kita. Hal ini dapat dibuktikan
melalui gangguan bekalan air yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Gangguan bekalan
air ini berlaku kerana pencemaran air mentah telah dikesan di Sungai Selangor pada 19
Oktober yang lalu. 3Pencemaran Sungai Selangor ini disyaki berlaku kerana sifat tidak
bertanggungjawab syarikat-syarikat perkilangan yang membuang sisa toksik ke dalam
sungai. Selepas itu, isu pencemaran air di negara kita boleh dilihat sekali lagi melalui
pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor yang berlaku pada Mac 2019.
Pencemaran Sungai Kim Kim ini telah mendatangkan kesan yang membimbangkan
kepada masyarakat kerana ia telah menyebabkan penutupan beberapa buah sekolah
kerana pencemaran Sungai Kim Kim ini menyebabkan sesak nafas. Hal ini dikatakan
kerana punca berlakunya pencemaran tersebut adalah kerana pembuangan sisa bahan
kimia yang berbahaya ke dalam sungai sehingga menyebabkan terhasilnya wap udara
yang boleh menyebabkan sesak nafas.4 Oleh itu, jelaslah isu pencemaran air ini
merupakan isu yang amat serius di seluruh dunia khusunya negara kita kerana air
merupakan salah satu sumber penting kepada manusia dan hidupan lain.

Selain isu pencemaran air, isu pencemaran alam sekitar yang berlaku di seluruh
dunia ialah isu penghapusan hutan. Isu penghapusan hutan ini kian membimbangkan
dari semasa ke semasa kerana dianggarkan 13 juta hektar hutan telah dimusnahkan
setiap tahun. Hal ini berlaku kerana permintaan terhadap tanah, bahan bakar dan bahan
mentah yang telah menyebabkan hutan dimusnahkan. Kebanyakkan hutan yang
dimusnahkan ini adalah bertujuan untuk aktiviti pertanian, penempatan manusia atau
pembinaan jalan raya. Penghapusan hutan ini sebenarnya tidak harus dilakukan kerana
hutan amat penting di dalam ekosistem hidup kita. Hutan memainkan peranan penting di

3
Isu pencemaran air: Bagaikan tiada kesudahan. (2020,Oktober 23). Sinar Harian.
4
Sah punca bahan kimia Sungai Kim Kim. (2019,Jun 24). Harian Metro.
6

dalam hidup kita kerana hutan dapat mengawal perubahan iklim dan memelihara habitat
haiwan liar. Hutan juga penting untuk mengurangkan pemanasan global yang berlaku
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Hal ini boleh dibuktikan melalui peningkatan paras
laut yang berlaku disebabkan oleh pencairan glasier di kutub selatan. Selain itu,
penghapusan hutan juga telah menyebabkan peningkatan suhu global berlaku.
Dianggarkan purata 0.87 ° Celcius peningkatan suhu global berlaku disebabkan oleh
penghapusan hutan yang menyebabkan penghasilan gas oksigen oleh pokok
berkurangan kerana populasi pokok berkurangan. Sebagai bukti, kira-kira 93 peratus
haba berlebihan yang terperangkap di sekeliling bumi akibat kesan rumah hijau kini
terkumpul di lautan-lautan sedunia. Analisis terkini itu merujuk kepada empat kajian yang
diterbitkan pada tahun 2014 dan 2017. Laporan tersebut memberi jangkaan yang lebih
tepat mengenai bacaan suhu laut sebelum ini hingga membolehkan saintis mengemas
kini kajian dan meramal masa depan. 5Seterusnya, analisis terbaharu menunjukkan
bacaan pemanasan lautan adalah selari dengan peningkatan suhu udara. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa isu penghapusan hutan merupakan isu alam sekitar yang
semakin membimbangkan kerana ia memainkan peranan penting di dalam kehidupan
seharian kita.

3.0 Inisiatif dan Tindakan negara


Dalam menangani isu alam sekitar yang berlaku di dalam negara kita, beberapa
inisiatif telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mengurangkan masalah-
masalah berkaitan alam sekitar yang berlaku. Antaranya ialah Kementerian Alam Sekitar
dan Air akan menubuhkan Unit Jenayah Alam Sekitar untuk menangani isu pencemaran
yang berlaku di dalam negara.6 Pelan tindakan ini telah dicadangkan oleh Menteri Alam
Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Menteri berkata langkah
penyelesaian jangka sederhana itu akan dilaksanakan dengan Kerjasama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyelaras tindakan
bersama di antara agensi penguat kuasa bagi membanteras kegiatan pencemaran
sungai. Cadangan Menteri Alam Sekitar dan Air itu dipersetujui oleh Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perbincangan yang diadakan pada 7 September
2020. Penubuhan unit jenayah alam sekitar ini dapat membantu untuk mengurangkan
jenayah pencemaran sungai kerana unit jenayah ini akan sentiasa memantau keadaan
alam sekitar dan memastikan alam sekitar tidak dicemarkan. Contohnya, unit jenayah
boleh sentiasa membuat lawatan mengejut ke kilang-kilang industri untuk memeriksa
5
Berita buruk: Suhu lautan dunia sebenarnya meningkat dalam rekod lebih pantas. (2019, Januari
11). Astro Awani.
6
Tubuh Unit Jenayah Alam Sekitar pantau pencemaran. (2020, September 7). Berita Harian.
7

sistem buangan sisa toksik supaya sisa toksik tidak dibuang ke dalam sungai. Hal ini
secara tidak langsung dapat membuatkan pengusaha kilang berasa lebih
bertanggungjawab dan tidak membuat perbuatan mencemarkan sungai. Maka, jelaslah
bahawa usaha kerajaan untuk menubuhkan unit jenayah alam sekitar ini merupakan
salah satu inisiatif yang berkesan untuk menyelesaikan isu pencemaran alam sekitar.

Selepas itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan
Iklim (MESTECC) telah mengambil inisiatif untuk meminda semula Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974. Perkara ini telah diumumkan oleh mantan Menteri Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, 7Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin pada
23 Februari 2020. Pindaan semula akta ini termasuk membolehkan kementerian
mengawal pencemaran secara lebih sistematik. Selain itu, pindaan semula akta ini juga
termasuk dengan memberatkan lagi hukuman dan denda terhadap pesalah alam sekitar
iaitu lebih berat daripada hukuman sebelum ini. Inisiatif ini telah disambut baik oleh
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Perkara ini boeh
dilihat melalui ulasan yang telah diberi beliau pada 7 September 2020 mengenai
mempercepatkan proses pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan bercadang
untuk membentangkan pindaan tersebut pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang
akan dating. Pindaan semula akta ini merupakan inisiatif yang amat baik kerana majoriti
daripada kes pencemaran yang berlaku di negara kita berpunca daripada kilang-kilang
industri yang tidak bertanggungjawab menguruskan sisa buangan mereka. Hal ini
kerana pengusaha-pengusaha kilang mengambil jalan mudah untuk mengurangkan kos
menguruskan sisa buangan kilang. Contohnya, kes pencemaran Sungai Kim Kim di
Pasir Gudang, Johor yang berlaku disebabkan oleh pembuangan bahan kimia ke dalam
sungai kerana ingin mengelak kos menguruskan bahan kimia yang tinggi. Oleh itu,
langkah kerajaan untuk meminda semula Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ini
merupakan satu inisiatif yang amat baik untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar
kerana orang ramai khususnya pengusaha kilang akan berasa lebih takut kerana
hukuman yang bakal dikenakan kepada mereka lebih berat jika mereka melakukan
pencemaran alam sekitar.

Seterusnya, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sudah menyiapkan kertas
cadangan untuk memperkenalkan subjek Pendidikan Alam Sekitar pada peringkat
8
tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Mantan Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian Sumber Asli

7
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diteliti semula. (2020, Februari 23). Berita Harian.
8
Pendidikan Alam Sekitar di sekolah. (2017, November 2). Berita Harian.
8

dan Alam Sekitar akan mengadakan perbincangan terperinci dengan Kementerian


Pendidikan sebelum memuktamadkan cadangan dan kaedah pelaksanaannya.
Pendekatan ini diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan generasi yang bakal
menerajui negara pada masa hadapan diterapkan dengan rasa tanggungjawab dan
kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar serta mereka tahu cara untuk menjaga
dan melindungi sumber alam semula jadi negara. Kaedah ini juga dapat mendorong
generasi muda untuk membudayakan amalan pemuliharaan alam sekitar dengan lebih
berkesan. Inisiatif daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ini seharusnya
disambut baik kerana pendidikan dari awal amat penting kerana golongan yang lebih
muda lebih mudah faham dan lebih cenderung untuk mengetahui tentang pemuliharaan
alam sekitar. Selain itu, Pendidikan alam sekitar ini juga seharusnya dipupuk sejak dari
kecil supaya mereka akan faham tentang betapa pentingnya alam sekitar ini sejak dari
kecil lagi. Bak kata pepatah, “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Intihanya,
jelaslah bahawa cadangan untuk mewujudkan pendidikan alam sekitar di sekolah ini
wajar untuk dilaksanakan kerana pendidikan sejak dari awal ini dapat membantu
generasi baru untuk lebih menghargai alam sekitar sejak dari mula lagi.

4.0 Impak kepada peluang pendidikan


Isu alam sekitar ini memberi impak yang besar kepada peluang pendidikan. Hal ini
kerana Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia tidak diajar sebagai satu subjek
sepertimana di negara Denmark. Oleh itu, peningkatan isu alam sekitar dari semasa ke
semasa ini dapat membuka peluang pendidikan kerana subjek Pendidikan Alam Sekitar
dapat diterapkan di tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah supaya kesedaran
dapat diterapkan di dalam diri generasi muda supaya isu alam sekitar dapat
diselesaikan. Selain daripada itu, peningkatan isu-isu alam sekitar ini telah mewujudkan
kerjasama tiga pihak antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Alam Sekitar
dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam mewujudkan aktiviti-aktiviti pendidikan
alam sekitar di peringkat sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ialah
Pertandingan Sekolah Lestari, Anugerah Alam Sekitar, Kuiz Minggu Alam Sekitar,
Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah) dan
aktiviti-aktiviti pendidikan alam sekitar yang lain. 9 Program-program ini dijalankan

9
Othman, R, Harun, R, Muda, A, Ismail, I. A.(2013). Kesan Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Alam Sekitar Melalui Aktiviti Melukis Mural Untuk Meningkatkan Pengetahuan Dan
Kesedaran Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Alam Sekitar. Asia Pacific Journal of Educators and
Education. Vol.28,11-31
9

bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar di negara kita
terhadap alam sekitar. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa isu alam sekitar ini
memberi impak yang besar kepada peluang pendidikan kerana bidang pendidikan
merupakan bidang yang dapat membantu memberi kesedaran kepada orang ramai
melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

5.0 Kesimpulan
Sebagai penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa isu alam sekitar ini
merupakan isu global yang banyak mempunyai kaitan dengan negara kita. Isu alam
sekitar ini dilihat semakin membimbangkan dari hari ke hari kerana berlakunya revolusi
industri 4.0 yang menyebabkan isu alam sekitar semakin diabaikan. Hal ini tidak
sepatutnya berlaku kerana isu alam sekitar ini sepatutnya diambil cakna seiring dengan
perkembangan sektor industri kerana semakin bertambah maju bidang ekonomi,
semakin banyak perhatian perlu diberi kepada alam sekitar supaya alam sekitar sentiasa
terjaga dan terpelihara. Selain itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk menyokong
inisiatif-inisiatif yang telah diperkenalkan untuk memulihara dan memelihara alam sekitar
supaya semua inisiatif yang diperkenalkan ini dapat memperkasakan lagi alam sekitar di
negara kita. Selepas itu, semua pihak juga seharusnya mempunyai kesedaran yang
tinggi dalam memelihara alam sekitar supaya isu-isu alam sekitar yang berlaku di dalam
negara kita dapat diselesaikan dan tidak akan berulang kembali. Sekiranya isu-isu alam
sekitar ini terus diabaikan, ia dikhuatiri akan menjadi lebih kritikal dan meyebabkan
kemusnahan alam. Seterusnya, semua pihak juga perlu meningkatkan lagi penggunaan
sumber tenaga yang boleh diperbaharui kerana penggunaan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui ini dapat mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar. Penggunaan
tenaga yang boleh diperbaharui ini seharusnya dipertingkatkan kerana hanya 1%
10
sumber tenaga yang boleh diperbaharui digunakan. Kesimpulannya, pelbagai langkah
boleh diambil oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan atau menyelesaikan isu alam
sekitar di negara kita supaya alam sekitar yang dianugerahi oleh tuhan kepada kita
dapat dikekalkan sehingga generasi yang akan datang.

6.0 Rujukan

1. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diteliti semula. (2020, Februari 23). Berita Harian.

10
Cabaran dan Isu Semasa Dunia, Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim (2015), hlm. 162
10

2. Berita buruk: Suhu lautan dunia sebenarnya meningkat dalam rekod lebih pantas.
(2019, Januari 11). Astro Awani.
3. https://www.nationalgeographic.com/environment/global-warming/deforestation/
4. Ibrahim, M. A., Othman, M. A., Abdullah, S. F., Chin, K. T., Ismail, N. (2015),
Cabaran Isu Semasa Dunia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

5. Isu pencemaran air: Bagaikan tiada kesudahan. (2020,Oktober 23). Sinar Harian.
6. Melestarikan alam sekitar. (2020, Jun 12). Bernama.
7. Othman, R, Harun, R, Muda, A, Ismail, I. A.(2013). Kesan Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar Melalui Aktiviti Melukis Mural Untuk
Meningkatkan Pengetahuan Dan Kesedaran Pelajar Sekolah Menengah
Terhadap Alam Sekitar. Asia Pacific Journal of Educators and Education.
Vol.28,11-31
8. Pemanasan global kini tahap kritikal. (2017, Januari 24). Berita Harian.
9. Pendidikan Alam Sekitar di sekolah. (2017, November 2). Berita Harian.
10. Sah punca bahan kimia Sungai Kim Kim. (2019,Jun 24). Harian Metro.
11. Tubuh Unit Jenayah Alam Sekitar pantau pencemaran. (2020, September 7). Berita
Harian.

You might also like