You are on page 1of 2

MOHAMAD MUINUDDIN BIN MAHAD

1. SECARA INDIVIDU, ANDA PERLU MENYATAKAN DAN JELASKAN BAGAIMANA


MENYIMPAN MAKLUMAT SUPAYA MUDAH DICARI / DIGUNAKAN

- Maklumat yang berbentuk hard copy perlu disimpan di dalam fail yang
bernombor supaya mudah dicari dan digunakan. Contohnya, nota-nota sesuatu
subjek itu disimpan di dalam fail yang bernombor. Kemudian satu senarai
disediakan untuk menunjukkan nombor dan senarai subjek tersebut supaya lebih
mudah untuk mengesan nota-nota yang dihasilkan.
- Maklumat yang berbentuk soft copy boleh disimpan di dalam folder komputer.
Semua folder perlulah disusun secara sistematik supaya mudah dicari. Selain itu,
setiap folder perlulah dinamakan mengikut subjek supaya mudah dicari. Jika
maklumat sesuatu subjek itu ingin dicari, ia boleh dicari dengan mudah
menggunakan ikon ‘search’ .

2. ALAT-ALAT BERFIKIR

- Alat-alat berfikir dapat digunakan dalam membuat nota. Perkara ini semestinya dapat
memudahkan pemikir untuk membuat nota. Terdapat beberapa alat berfikir dalam
membuat nota. Contohnya, pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-think, dan teknik
menyoal aras tinggi.
- Pengurusan grafik
Pengurusan grafik satu kerangka yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang
difikirkan dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat dan disusun. Pengurusan grafik
adalah lebih tersusun. Pengurusan grafik berfungsi untuk mendapatkan kejelasan dan
pemahaman konsep yang mengelirukan. Selain itu, ialah Pengurusan Grafik Meramal
Kesan Akibat. Pengurusan grafik ini bertujuan untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu
berdasarkan bukti-bukti yang kukuh.

- Peta minda
Peta minda ialah satu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikan yang
tersirat kepada yang tersurat. Peranan penting dalam peta minda ialah merangka
,mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan. Terdapat beberapa
panduan dalam membina peta minda iaitu perkara ini perlu dimulakan daripada tengah
halaman berdasarkan tajuk atau idea. Selain itu, wujudkan beberapa kelompok atau
kategori kata atau penerangan tentang tajuk.

- Pemetaan i-think
I-Think bermaksud Innovative Thinkin (Pemikirn Inovatif) yang bertujuan untuk
meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar kearah
lebih kreatif.  Peta Pemikiran ini dapat dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran
secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. 

1. Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan


sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti
atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.
3. Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
4. Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian
utama.
6. Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab
dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.
Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian
sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

- Teknik menyoal aras tinggi


Penyoalan aras tinggi dapat menjelaskan pemikiran pelajar melalui jawapan yang akan
dikemukakan oleh para pelajar. Tambahan lagi, teknik penyoalan aras tinggi ini dapat
mencari sebab atau penjelasan mengenai sesuatu isu. Maksudnya disini, dalam aktiviti
penyoalan aras tinggi, secara langsung kita dapat memahami lebih daripada perkara
yang diketahui semasa pembelajaran kerana kaedah berfikir aras tinggi ini berkait
dengan perkara sekeliling. Contohnya, isu semasa. Akhirnya, kita semestinya dapat
meneroka pandangan alternatif. Seperti yang diulaskan sebentar tadi, kaedah berfikir ini
akan melahirkan pelbagai jenis pendapat. Dengan itu, secara tidak langsung akan
menambah ilmu pengetahuan para pelajar tentang perkara yang terjadi di sekeliling
mereka. Tambahan lagi, kaedah penyoalan ini dapat menguji implikasi dan akibat dalam
sesuatu perkara yang menjadi tajuk perbincangan. Oleh itu, terdapat beberapa teknik
penyoalan aras tinggi. Diantaranya ialah Penyoalan Sokrastik. Penyoalan Sokrastik dapat
merangsang pelbagai bentuk pemikiran dalam membuat penerokaan, mendapatkan
maklumat, menganalisis konsep dan membanding dan membezakan suatu konsep.
Selain itu, soalan bertumpu dan mencapah. Soalan bertumpu ialah soalan yang
memerlukan jawapan yang terhad & tepat-Soalan aras rendah. Soalan bertumpu ialah
soalan tertutup. Soalan ini juga bersifat objektif. Untuk soalan mencapah pula ialah
soalan yang mempunyai jawapan. Soalan mencapah adalah lebih analitik, berbentuk
sintesis. Ianya juga merupakan soalan aras tinggi dan merupakan jenis soalan yang
terbuka dan bersifat subjektif. Akhir sekali ialah lingkaran soalan. Lingkaran soalan ialah
untuk mendapat idea dan pandangan untuk menyelesaikan masalah.

You might also like