You are on page 1of 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERJA KURSUS
PENYELIDIKAN
MTES3143

100
Nama : AZRIN BINTI MAMAT

Angka Giliran : 2017202340018


No Kad Pengenalan : 970915035752
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2017
Kumpulan / Unit : 6.09 MATEMATIK (SK)
Nama Pensyarah Kursus : ENCIK MOKHTAR BIN ISHAK

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Wajaran


KERTAS CADANGAN
17 FEBRUARI 2020 26 MAC 2020 60
PENYELIDIKAN
PEMBENTANGAN 26 MAC 2020 30 MAC 2020 10

Jumlah

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

i
MENINGKATKAN PENAMBAHAN PECAHAN DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH RAMA-RAMA TERBANG UNTUK MURID TAHUN 4

AZRIN BINTI MAMAT


PISMP AMBILAN JUN 2017
DR. ISMAIL BIN HAJI RADUAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

ii
ISI KANDUNGAN

Muka Surat

PERMULAAN

KANDUNGAN i
SENARAI JADUAL ii
SENARAI RAJAH iii
SENARAI GAMBAR iv

TAJUK

PENDAHULUAN 1
Pengenalan
Konteks
Refleksi Pengajaran PDP

FOKUS KAJIAN 5

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 11


Objektif Kajian
Objektif Umum
Objektif Khusus
Soalan Kajian

PESERTA KAJIAN 12

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 13


Langkah-Langkah Tindakan
Perancangan Kaedah Mengumpul Data
Pemerhatian
Temu Bual
Analisis Dokumen

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA 19

DAPATAN KAJIAN 21

RUJUKAN

i
SENARAI JADUAL

Muka surat
Jadual 1: Kitaran Pertama Model Kemmis & McTaggart 15

Jadual 2: Perincian kitaran kedua 17

Jadual 3: Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan 19

Jadual 4: Carta Gantt menunjukkan perancangan pelaksanaan 20


kajian tindakan

ii
SENARAI RAJAH

Muka surat
Rajah 1: Kitaran Model Kemmis & McTaggart 10

Rajah 2 : Tayangan slaid Kaedah Rama-Rama Terbang 14

Rajah 3: Kaedah Rama-Rama Terbang 14

iii
SENARAI GAMBAR

Muka surat
Gambar 1: Kesilapan murid dalam penambahan pecahan 5

Gambar 2: Kesalahan murid dalam penambahan pecahan 6

iv
PENDAHULUAN
PENGENALAN
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik
dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik
secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran.
Dengan sebab itu matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha
pembinaan insan. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memastikan
kurikulum sentiasa relevan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata Pendidikan
Matematik ini diolah dan disusun semula. Penyusunan semula ini mengambil kira
kesinambungan yang berterusan ke peringkat seterusnya. Langkah yang diambil adalah
selaras dengan keperluan untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran matematik
kepada murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai. Dengan
pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu,
membuat adaptasi, modifikasi dan inovasi dalam menghadapi serta menangani perubahan
dan cabaran masa depan.

Matematik merupakan wadah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual


individu dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak.
Murid mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan
masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik. Pembelajaran Matematik
menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami
keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru. Pengalaman sedemikian
meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik di luar bilik
darjah dan di peringkat pengajian yang lebih tinggi. Matlamat Kurikulum Standard Sekolah
Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang
konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah
dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara
berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

1
KONTEKS
Pengkaji telah menjalankan pratikum pertama di sebuah sekolah sekitar Bandar Baru Bangi,
Selangor sebagai seorang guru pelatih. Sekolah tersebut terletak di kawasan Desa Putra dan
sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Desa Putra. Pengkaji diberi tugasan untuk
mengajar di sekolah tersebut. Hal ini dapat memberi pengalaman sebenar tentang kehidupan
sebenar seorang guru di sekolah. Sekolah tersebut mempunyai dua sesi persekolahan iaitu
sesi pagi dan sesi petang. Murid yang terlibat pada sesi pagi ialah muri d tahun 1, 4, 5, dan
6. Manakala murid tahun 2 dan tahun 3 pula terlibat pada waktu persekolahan sesi petang
yang bermula pada pukul 12:30 tengah hari. Pengkaji diberi kelas Tahun 1 USM untuk mata
pelajaran Kesenian dan Tahun 5 USM untuk mata pelajaran Matematik.

Dalam tempoh menjalani pratikum di Sekolah Kebangsaan Desa Putra, saya


diamanahkan untuk mengajar 5 USM bagi mata pelajaran Matematik. Kelas ini merupakan
kelas yang pertama dan kebanyakan murid-murid mempunyai prestasi yang baik dalam
bidang akademik. Setelah tiga minggu berinteraksi dan menjalakan sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang agak lemah
dalam mata pelajaran Matematik terutamanya ketika melibatkan operasi pecahan. Ekoran
daripada itu, saya membuat semakah ke atas hasil kerja murid tersebut dan saya dapati
bahawa murid tersebut mempunyai masalah dalam pemahaman konsep pecahan. Hal ini
amat membimbangkan saya kerana berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Tahun 5 aplikasi pecahan banyak digunakan dalam penukaran unit,
penambahan dalam jisim dan pelbagai lagi. Sekiranya murid tersebut tidak menguasai
konsep pecahan secara keseluruhannya, murid tersebut akan mengalami kesukaran dalam
menyelesaikan masalah lain yang melibatkan pecahan.

Hal ini bertepatan dengan masalah murid bahawa Cramer, Behr, Post, dan Lesh (1997),
menyatakan bahawa pembelajaran topik Pecahan merupakan asas dalam mata pelajaran
Matematik, tetapi ia merupakan salah satu topik yang paling sukar untuk murid sekolah
rendah (Betty Chiew Mee Hui, 2011). Namun begitu, masalah ini harus diatasi dengan segera.
Sebagai seorang guru, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini bersama-
sama dengan guru pembimbing di samping dapat menambah baik amalan pengajaran guru
dan meningkatkan profesionalisme guru. Maka melalui dapatan perbincangan ini, pengkaji
telah mencipta satu kaedah “Rama-Rama Terbang” dengan tujuan untuk membantu
meningkatkan kefahaman murid dan membetulkan miskonsepsi murid tentang konsep
pecahan agar murid dapat mengaplikasi dalam kehidupan seharian.

2
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Semasa pengkaji menjalankan praktikum yang pertama, pengkaji dikehendaki mengajar
kelas 5 USM. Kemudian, pengkaji mendapatkan senarai nama untuk kelas tersebut. Pengkaji
mendapati kelas tersebut mempunyai 42 orang. Pengkaji mendapatkan maklumat tentang
pengajaran daripada guru matematik di kelas tersebut seperti kaedah dan teknik untuk sesi
pengajaran akan datang. Pada waktu pertama kali, pengkaji memasuki kelas tersebut,
pengkaji berkenalan dengan semua murid dan pengkaji meminta murid untuk menyatakan
harapan murid sepanjang pengkaji mengajar di kelas tersebut selama tiga bulan. Pengkaji
turut meminta murid untuk menyatakan masalah murid dalam pembelajaran Matematik.
Kebanyakan murid bersemangat untuk belajar Matematik bersama pengkaji namun pengkaji
berasa risau apabila mendengar murid menyatakan masalah mereka. Salah-satunya masalah
yang dihadapi ialah kemahiran untuk menukar unit, kemahiran menyelesaikan pecahan yang
melibatkan operasi bergabung dan sebagainya.

Seterusnya, pengkaji banyak berhubung dengan guru pembimbing di sekolah tersebut


tentang teknik dan kaedah yang sesuai. Pelbagai teknik dan kaedah dilakukan dalam kelas
tersebut untuk memastikan murid menguasai pembelajaran pada hari tersebut. Misalnya,
salah satu teknik yang diperkenalkan dalam kelas tersebut untuk memastikan murid
menguasai hasil pembelajaran ialah kaedah akronim. Oleh sebab, pengkaji memulakan
pengajarannya dengan tajuk sukatan dan geometri di mana tajuk yang terlibat ialah panjang,
jisim dan isi padu cecair. Pengkaji banyak membaca dan menelaah dari pelbagai sumber
untuk mengajar muridnya tentang tajuk yang melibatkan pemahaman konsep. Pengkaji tidak
menekankan muridnya untuk menghafal secara membuta tuli tanpa memahami konsep.
Setelah, kaedah yang digunakan dalam pengajaran, pengkaji mendapati murid sangat suka
dan lebih bersemangat untuk kelas Matematik dan murid-murid meminta pengkaji untuk
tampil dengan kaedah baru untuk pengajaran yang seterusnya.

Sesi pengajaran dan pembelajaran melibatkan tajuk jisim berlangsung di mana pengkaji
mengajar tajuk penambahan jisim melibatkan pecahan. Guru menunjukkan flash card untuk
lebih memahami tajuk ini. Melalui respons dan maklum balas yang diberikan oleh murid, guru
menganggap murid memahami apa yang diajar oleh pengkaji. Kemudian, pengkaji melakukan
penilaian kendiri di akhir pengajaran di mana murid harus menjawab lembaran kerja yang
mengandungi lima soalan yang melibatkan penambahan jisim melibatkan pecahan.
Lembaran kerja yang mengandungi lima tahap kesusahan yang berbeza. Misalnya pada
soalan pertama, pengkaji mengemukakan soalan yang melibatkan penyebut yang sama.

3
Namun pada soalan kelima, soalan menunjukkan penambahan jisim melibatkan penyebut
yang berbeza. Pengkaji mendapati kebanyakan murid melakukan kesalahan pada soalan
lima. Setelah ditanya kepada murid, pengkaji mendapati murid keliru dalam menjawab soalan
yang berbeza penyebut.

Banyak persoalan yang timbul dalam minda pengkaji apabila mengingatkan masalah
yang dihadapi oleh murid-muridnya. “Mengapa terdapat murid yang masih belum menguasai
penambahan pecahan berbeza penyebut” “Bukankah mereka dah belajar sejak Tahun 3 lagi
?” “Apa yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini”. Itulah persoalan yang bermain
di minda pengkaji. Oleh kerana sifat keprihatinan pengkaji sebagai seorang guru tentang
masalah murid yang dihadapinya. Pengkaji sentiasa berusaha untuk memperbaiki kesalahan
dan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid menggunakan pelbagai cara, kaedah, teknik
yang dirujuk oleh pelbagai pihak. Pengkaji sangat risau sekiranya masalah ini berlarutan
murid-murid tidak dapat menyelesaikan soalan penambahan pecahan yang diaplikasikan
dalam tajuk sukatan dan geometri malah lagi membimbangkan pengkaji murid-murid tidak
menguasai kemahiran ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Ekoran daripada itu, pengkaji merasakan ini adalah satu tanggungjawab sebagai seorang
guru untuk menyelesaikan masalah ini. Malah, pengkaji banyak membaca dan mengkaji
tentang kaedah atau teknik yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran untuk membantu
murid-murid dalam menguasai tajuk ini. Akhirnya penat lelah pengkaji melalui pembacaan
dan mengkaji, pengkaji tampil dengan satu kaedah yang boleh membantu dan digunakan
untuk memperbaiki kesalahan ini dan semestinya menjadi kaedah kegemaran murid. Kaedah
ini berkait rapat dengan visual murid. Pengkaji dapat merasakan kaedah ini akan mengubah
persepsi murid tentang betapa susahnya mempelajari pecahan.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman pengkaji sebelum ini, pengkaji banyak


menggunakan kaedah visual sebagai pemudah cara dalam penerangan bagi mereka untuk
menguasai konsep di dalam subjek ini. Kefahaman melalui visual digunakan sebaiknya untuk
membetulkan konsep pecahan dan memperkukuh konsep tersebut agar kesalahan ini tidak
berulang lagi (Cramer K., 2002). Oleh itu, dengan adanya kaedah ini pengkaji berharap
kaedah ini sangat membantu murid-murid dalam menguasai konsep penambahan pecahan
untuk pengaplikasian dalam kehidupan seharian pada masa kan datang.

4
FOKUS KAJIAN
PEMILIHAN FOKUS KAJIAN
Menurut Nik Azis (1996), mengajar matematik adalah satu tugas yang mencabar dan
kompleks. Hal ini demikian kerana cabaran yang utama ialah guru hendaklah mengenal pasti
amalan pengajaran yang berkesan untuk digunakan kepada murid-muridnya yang
mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Guru harus mencuba dahulu kaedah untuk menguji
keberhasilan kaedah tersebut sebelum diaplikasikan di dalam bilik darjah. Meskipun begitu,
tiada kaedah yang baik daripada yang lain disebabkan faktor yang mempengaruhi
keberkesanan kaedah tersebut. Namun, Brigham et al (2004) tetap menyarankan guru-guru
berusaha untuk menggunakan teknik pengajaran yang sesuai untuk penguasaan konsep bagi
tajuk perpuluhan, peratusan dan terutamanya pecahan. Oleh itu, kejayaan yang paling
bermakna untuk guru matematik ialah guru tersebut mampu mengatasi dan menyelesaikan
masalah pengajaran dan pembelajaran yang dialami olehnya di dalam bilik darjah

Seterusnya, pemilihan fokus kajian ialah berdasarkan lembaran kerja yang diberi dan
disemak. Tambahan pula, pengkaji melakukan pemerhatian dari seorang murid ke seorang
murid semasa penilaian kendiri dijalankan di dalam kelas semasa mengajar tajuk
penambahan jisim melibatkan pecahan (Noraini Ahmad, 2013). Setelah lembaran kerja
dianalisis, guru mendapati terdapat beberapa pola kesalahan yang dilakukan oleh murid-
murid yang kurang menguasai konsep penambahan pecahan. Berikut merupakan senarai
pola kesalahan yang dapat dikenal pasti oleh pengkaji:

• Murid menambahkan pecahan tersebut seperti penambahan nombor bulat.


• Murid tidak mendarab nombor kepada pengangka untuk menyamakan
penyebut.

Gambar 1: Kesilapan murid dalam penambahan pecahan

Gambar di atas menunjukkan pola kesalahan yang dilakukan oleh murid.


Kesalahan yang digambarkan sangat jelas di mana murid menambahkan pecahan
tersebut dengan menggunakan konsep penambahan nombor bulat. Hal ini demikian

5
kerana murid menyamakan penambahan pecahan dengan penambahan nombor bulat.
Sekiranya soalan ini diberikan kepada murid yang baru selesai mempelajari penambahan
nombor bulat tanpa tunjuk ajar dan bimbingan guru, murid akan melakukan kesilapan
yang sama juga. Hal ini sejajar dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Tahun 5 yang menunjukkan bahawa tajuk pecahan diajar selepas operasi bergabung
nombor bulat. Malah, perkara ini disokong melalui dapatan kajian Yazid (2003) yang
menyatakan kesukaran paling utama dihadapi oleh pelajar semasa menyelesaikan
operasi penambahan pecahan adalah kerana mereka tidak memahami ataupun
kekurangan kefahaman terhadap proses yang terlibat dengan operasi pecahan. Maka,
murid-murid akan melakukan penambahan dengan cara melakukan penambahan nombor
bulat tanpa memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah penyebut dan pengangka
untuk melakukan operasi penambahan pecahan.

Gambar 2: Kesalahan murid dalam penambahan pecahan

Kesalahan yang kedua ialah murid tidak mendarab nombor kepada pengangka
untuk menyamakan penyebut. Kesalahan ini jelas dilihatkan di Gambar 2 di atas di mana
murid menyamakan penyebut di bawah namun tidak mendarabkan nombor tersebut
kepada pengangka. Misalnya, murid mendarab 3 dengan 2 dan 2 dengan 3 untuk
mendapatkan 8 namun murid tidak mendarab pengangka dengan nombor yang
didarabkan dengan nombor penyebut. Hal ini demikian murid terlalu memberi tumpuan
kepada hafalan untuk menyelesaikan masalah penambahan tanpa menganalisis masalah
matematik tersebut. Hal ini bertepatan apabila Razak et. al (2011) menyatakan bahawa
murid mengharapkan mereka menguasai kaedah menyelesaikan masalah dalam
matematik dengan kaedah penghafalan prosedur (Tiong Hong Chin, 2005). Mereka
menghafal bahawa soalan begini harus dilakukan dengan jalan penyelesaian begini untuk

6
mendapatkan jawapan. Namun penekanan konsep sangat penting dalam penyelesaian
masalah di mana murid seharusnya memahami dahulu soalan yang dikemukakan
kemudian murid memindahkan ke dalam ayat matematik yang betul. Justeru, gabungan
konsep dan prosedur untuk membina jalan penyelesaian amat penting untuk
menyelesaikan masalah penambahan pecahan.

Berdasarkan kesalahan-kesalahan yang timbul yang dilakukan oleh murid-murid,


pengkaji melakukan pembacaan dan kajian melalui dapatan kajian yang lalu, pengkaji
tampil dengan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ini. Pengkaji menamakan
“Kaedah Rama-Rama Terbang” untuk mengatasi masalah murid dalam menyelesaikan
masalah penambahan pecahan. Beberapa kriteria telah diambil kira seperti
kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevanan (Dr.
Kamarul Azmi Jasmi, 2015). Kaedah ini akan diuji kepada murid yang betul-betul
bermasalah. Hal ini demikian, peserta kajian yang terlibat ialah tidak melebihi sepuluh
orang. Walaupun Kaedah Rama-Rama Terbang ini melibatkan visual namun untuk
menjalankan kaedah ini guru pengkaji haruslah menyediakan bahan maujud.

Kaedah Rama-Rama Terbang ini bukan sahaja berkepentingan kepada murid


sahaja malah boleh digunakan untuk guru. Guru boleh menggunakan kaedah ini sebagai
satu alternatif dalam pengajaran guru tersebut untuk membantu penguasaan
penambahan pecahan berbeza penyebut. Dengan Kaedah Rama-Rama Terbang ini juga,
guru dapat memudahkan dan membantu murid yang bermasalah dalam menguasai
pembelajaran ini malah murid akan berasa minat dan tertarik untuk mempelajari tajuk
penambahan pecahan. Hal ini tidak dinafikan bahawa kaedah ini boleh turut digunakan
pada penolakan pecahan berbeza penyebut. Oleh itu, Kaedah Rama-Rama Terbang turut
mencapai dua kriteria ini iaitu kepentingan dan kebolehgunaan untuk dikaji ke atas murid-
murid.

Kriteria yang seterusnya ialah kawalan terhadap Kaedah Rama-Rama Terbang.


Pelaksanaan kaedah ini boleh dikawal dan dirancang oleh kerana peserta kajian yang
tidak melebihi sepuluh orang malah dengan bilangan ini langsung tidak mengganggu serta
memudahkan lagi kajian ini dijalankan. Kolaborasi dengan pihak sekolah untuk
menjalankan kajian ini amat penting. Kerjasama dengan guru matematik yang lain
amatlah diharapkan agar dapat membentuk hubungan baik dengan pihak sekolah selain
dapat menjalankan kajian ini dengan penuh tekun dan teliti tanpa sebarang gangguan.
Sekiranya kaedah ini berjaya membantu pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini

7
sudah pasti kaedah ini sangat relevan untuk digunakan di sekolah. Oleh itu, Kaedah
Rama-Rama Terbang ini sudah pastinya meliputi tiga kriteria iaitu kawalan, kolaborasi
dan kerelevanan untuk menjalankan kajian ini untuk melihat keberhasilan kajian ini.

PENGUMPULAN DATA AWAL

Asas empirikal yang kukuh diperlukan dalam menghasilkan kajian tindakan yang tepat
dilaksanakan dengan prosedur yang betul. Hal ini demikian, pengumpulan data
memainkan peranan yang penting dan merupakan pokok kepada sesuatu kajian. Dengan
adanya pengumpulan data awal ini, kajian ini dapat disokong dan dibuktikan dengan data
yang kukuh dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan kajian tindakan. Oleh
itu, data ini akan dikumpul melalui tiga kaedah untuk mengumpul data seperti
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.

Kaedah mengumpul data yang pertama yang akan dijalankan ialah melalui
pemerhatian. Kaedah pemerhatian ini akan dijalankan secara berperingkat. Peringkat
pertama ialah pemerhatian sebelum menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang.
Pengkaji akan menyediakan senarai semak mengenai kriteria yang akan diperhatikan
daripada peserta kajian. Pemerhatian sebelum menggunakan Kaedah Rama-Rama
Terbang ini penting untuk pemilihan peserta kajian di mana pengkaji perlu selektif dalam
memilih murid yang betul-betul bermasalah. Kemudian, pemerhatian semasa
menjalankan kajian dengan menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang dengan melihat
respons natural murid-murid. Suasana tersebut akan dirakam oleh pengkaji sebagai bukti
pemerhatian semasa menjalankan kajian menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang.
Pemerhatian selepas menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang ini juga akan
dilakukan dengan aktiviti yang bersesuaian untuk melihat keberkesanan kaedah ini
kepada murid-murid.

Kaedah yang kedua ialah kaedah temu bual. Kaedah temu bual ini akan dilakukan
sebelum dan selepas penggunaan Kaedah Rama-Rama Terbang kepada murid-murid.
Soalan-soalan tentang temu bual ini akan dirangka oleh pengkaji berkaitan dengan
masalah kesukaran murid dalam pecahan penambahan berbeza penyebut dan perasaan
murid tentang penggunaan kaedah ini. Hal ini disokong dengan definisi temu bual sendiri
di mana temu bual ialah perbuatan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat.
Tambahan pula, berdasarkan Denzin (2011) temu bual digunakan lebih kepada reflektif

8
untuk mencerminkan kehidupan dan keadaan sebenar mengenai sesuatu fenomena. Hal
ini dapat mencerminkan penggunaan Kaedah Rama-Rama Terbang dalam kehidupan
guru dan murid untuk mengatasi masalah penambahan pecahan berbeza penyebut. Oleh
itu, dengan sokongan kaedah ini dapat menentukan sejauh mana penggunaan Kaedah
Rama-Rama Terbang bagi menyelesaikan masalah ini.

Analisa dokumen merupakan kaedah terakhir yang akan digunakan oleh pengkaji.
Dokumen yang akan digunakan ialah lembaran kerja. Lembaran kerja tersebut aka
mengandungi lima soalan untuk melihat keberkesanan kaedah ini. Dokumen ini akan
berbentuk lembaran kerja yang mengandungi lima soalan malah lembaran ini akan
digunakan untuk sebelum pengaplikasian Kaedah Rama-Rama Terbang dan lembaran
yang sama akan digunakan selepas kaedah ini diperkenalkan. Tambahan pula, lembaran
yang kedua ialah lembaran yang mengandungi soalan berkaitan dengan penambahan
pecahan berbeza penyebut semestinya soalan tersebut berbeza berbanding lembaran
yang pertama. Lembaran ini akan dianalisis dan ditampilkan dalam kajian ini untuk melihat
keberkesanan kaedah ini dan perbezaan prestasi murid-murid selepas penggunaan
kaedah ini.

TINDAKAN

Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah
berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis
dan McTaggart (1988). Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4 elemen,
iaitu i. Membuat refleksi (reflect) ii. Merancang (plan) iii. Bertindak (action) dan iv.
Memerhati (observe) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Model ini adalah relevan
terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan
dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.

9
Rajah 1: Kitaran Model Kemmis & McTaggart

Daripada Rajah 1 , proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas
satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu
menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya
guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu (Dr. Kamarul Azmi Jasmi,
2015). Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama iaitu kitaran
pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses
semula ke Gelungan Kedua iaitu kitaran kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada
Gelungan Kedua guru mesti membuat refleksi dan membuat adaptasi terhadap pelan
tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada
mutakhirnya. Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah
pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum
yang hendak disampaikan.

10
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF UMUM

i. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid dalam menguasai dan


memahami penambahan pecahan berbeza penyebut.

OBJEKTIF KHUSUS
i. Mengenal pasti kesukaran dan kesalahan murid dalam melakukan
penambahan pecahan berbeza penyebut.
ii. Menghuraikan cara murid menguasai kemahiran penambahan pecahan
berbeza penyebut dengan menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang
iii. Memperihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam
meningkatkan penguasaan murid menambah pecahan berbeza penyebut
menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang

SOALAN KAJIAN

i. Bagaimanakah guru dapat mengenal pasti kesalahan murid dalam


menambah pecahan berbeza penyebut ?
ii. Bagaimanakah murid menguasai penambahan pecahan berbeza penyebut
dengan menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang ?
iii. Bagaimanakah guru dapat menambah baik amalan dalam pedagogi guru
dalam meningkatkan penguasaan murid menambah pecahan berbeza
penyebut melalui penggunaan Kaedah Rama-Rama Terbang ?

11
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian dalam kajian ini akan terdiri daripada murid tahun empat. Hal ini demikian kerana
penambahan pecahan berbeza penyebut akan dipelajari pada tahun empat. Pengkaji mengambil
murid tahun empat sebagai peserta kajian kerana pengkaji ingin memperbaiki kesalahan dalam
penambahan pecahan berbeza penyebut dari awal pembelajaran murid. Pengkaji menganggap
murid akan berasa kecewa sekiranya murid tidak dapat menguasai tajuk ini kerana pecahan
penambahan akan digunakan dalam tajuk sukatan dan geometri iaitu tajuk panjang, jisim, dan isi
padu cecair. Sekiranya murid tidak menguasai tajuk pecahan penambahan ini murid akan hilang
minat dalam mempelajari matematik kerana akan berjumpa dengan pecahan lagi dalam
penambahan jisim melibatkan pecahan. Dengan penghasilan Kaedah Rama-Rama Terbang ini,
masalah murid dapat diatasi agar dapat meminimumkan kesalahan dan kembali berminat belajar
matematik.

12
PELAKSANAAN KAJIAN

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Model Kajian Kemiss & McTaggart meliputi empat fasa utama iaitu refleksi, merancang,
tindakan dan memerhati akan digunakan dalam kajian tindakan ini. Fasa yang pertama ialah
fasa membuat refleksi. Melalui fasa ini, pengkaji akan mengenal pasti sejauh mana kesalahan
dan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid. Oleh itu, pengkaji akan mengadakan
penilaian kendiri melalui lembaran kerja untuk melihat proses menyelesaikan penambahan
pecahan berbeza penyebut. Hal ini demikian kerana, pengkaji dapat melihat dan meneliti
dengan lebih telus melalui bukti lembaran kerja tersebut. Malahan juga, pengkaji akan
mengenal pasti kesalahan tersebut adalah berdasarkan kecuaian murid atau kurangnya
penguasaan murid dalam menambah pecahan berbeza penyebut. Maka, melalui fasa
membuat refleksi ini, pengkaji akan menentukan dan menyenaraikan faktor kesalahan yang
dilakukan oleh murid-murid.

Fasa yang kedua akan dimulakan sejurus sahaja pengkaji membuat refleksi dalam fasa
pertama. Dalam fasa yang kedua ini, pengkaji akan lebih kepada perancangan kajian.
Pengkaji akan mengkaji kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan oleh
pengkaji. Pengkaji akan banyak membaca tentang teknik pengajaran dan kaedah yang sesuai
untuk mengatasi masalah ini. pengkaji juga kan merujuk pelbagai pihak seperti pensyarah
penyelia, guru-guru matematik untuk membincangkan permasalahan ini. Pengkaji yakin
melalui pengalaman yang dilalui oleh pihak-pihak tersebut dapat menentukan kerelevanan
kaedah yang digunakan oleh pengkaji mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
murid-murid. Oleh itu, kaedah yang diterbitkan oleh pengkaji ini bertujuan untuk meningkatkan
lagi pemahaman konsep murid serta meningkatkan daya ingatan murid dalam menyelesaikan
masalah penambahan pecahan berbeza penyebut.

Seterusnya, tindakan ialah fasa tindakan. Fasa ini bermula apabila pengkaji menjalankan
pengajaran dan pembelajaran. Peserta kajian akan diajar semula tentang konsep
penambahan pecahan berbeza penyebut menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang untuk
melihat keberkesanan kaedah ini apabila kaedah ini diperkenalkan. Pengkaji akan
menggunakan bahan maujud dan tayangan slaid untuk meningkatkan kefahaman murid serta
menerangkan cara penggunaan kaedah ini dengan ringkas dan mudah difahami. Rajah di
bawah menunjukkan tayangan slaid yang akan di pamerkan. Melalui, rajah ini Kaedah Rama-
Rama Terbang ini akan diwujudkan kepada bahan maujud bagi memenuhi kaedah visual.

13
Rajah 2 : Tayangan slaid Kaedah Rama-Rama Terbang

Rajah tersebut akan diisi dengan pecahan yang terlibat oleh murid berkenaan. Kos
pembuatan bahan maujud akan menelan kurang daripada RM50. Hal ini untuk memastikan
bahan maujud ini lebih realistik. Setelah itu murid akan menambah pecahan tersebut seperti
rajah di bawah :

Rajah 3: Kaedah Rama-Rama Terbang

Fasa terakhir iaitu memerhati kutipan data. Pengkaji akan mengumpul data melalui kitaran
yang kedua. Data akan dikumpul melalui kaedah yang dinyatakan seperti temu bual,

14
pemerhatian dan kaedah analisa dokumen. Analisa dokumen akan pengkaji gunakan dalam
melihat kebolehan murid menambah pecahan berbeza penyebut menggunakan Kaedah
Rama-Rama Terbang. Selepas itu, pengkaji akan menemu bual peserta kajian yang terlibat
dan guru pembimbing matematik untuk mengetahui keberhasilan dan kesukaran
menggunakan kaedah ini untuk penambahbaikan.

Langkah Tindakan
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
sepanjang sesi pengajaran dan punca
Membuat refleksi
kesalahan penambahan pechan berbeza
penyebut
Merancang inovasi Kaedah Rama-Rama
Terbang dan menetapkan penggunaannya
Merancang
serta amalan pengajaran guru dalam
menggunakan kaedah tersebut
Mengaplikasikan kepada murid di dalam sesi
Bertindak pengajaran dan pembelajaran dan diuji
melalui lembaran kerja yang dibekalkan.
Memerhatikan kefahaman dan pengaplikasian
Memerhati murid tentang Kaedah Rama-Rama Terbang
melalui lembaran kerja yang telah diedarkan.

Jadual 1: Kitaran Pertama Model Kemmis & McTaggart

Pada kitaran kedua, pengkaji akan menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang


untuk membantu peserta kajian dalam menguasai kemahiran penambahan pecahan berbeza
penyebut. Pengkaji boleh mengenal pasti kelemahan formula ini kepada murid melalui
lembaran kerja yang diedarkan kepada murid pada kitaran yang pertama. Melalui hasil
analisis, pengkaji akan dapat mengesan kesalahan serta masalah yang dihadapi oleh peserta
kajian dan penambah baik terhadap formula yang telah diperkenalkan. Justeru, refleksi pada
kitaran yang kedua adalah untuk pengkaji untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada
untuk kebolehgunaan akan datang.

15
Fasa kedua dalam kitaran kedua iaitu merancang. Pengkaji akan menambah baik
terhadap kelemahan yang timbul pada kitaran yang pertama. Malah kitaran kedua, pengkaji
akan merancang dengan lebih terperinci dalam pengajaran konsep penambahan pecahan
berbeza penyebut. Selepas penerangan diberikan, saya turut mengaplikasikan pendekatan
Koperatif. Menurut Nur (2000), dalam proses pembelajaran dengan model pembelajaran
Koperatif, murid didorong untuk bekerjasama pada suatu tugas bersama dan mereka harus
mengkoordinasikan usahanya untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru. Oleh itu,
dalam fasa ini, pengkaji merancang untuk menggunakan pendekatan ini untuk memperbaiki
kelemahan dalam kajian ini untuk memastikan keberhasilan pembelajaran murid.

Seterusnya, fasa ketiga ialah tindakan dalam kitaran kedua. Pengkaji akan bertindak
berdasarkan perancangan yang dilakukan untuk dengan menggunakan pendekatan
pembelajaran koperatif. Malah, pengkaji akan menambah beberapa teknik yang seperti teknik
lagu. Teknik lagu akan ditambah sebagai kaedah unsur maju dalam kajian ini. Kaedah ansur
maju merupakan satu kaedah mempelajari sesuatu kemahiran itu bermula dari langkah yang
paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka
dapat menguasainya (Tiong Hong Chin, 2005). Oleh itu, pengkaji bertindak sedemikian untuk
memastikan pembelajaran aktif dijalankan kepada tahap yang sesuai dengan pemikiran
peserta kajian.

Akhir sekali, fasa keempat ialah memerhati kutipan data telah dibuat. Pada kitaran yang
kedua, kaedah pemerhatian akan digunakan oleh pengkaji melalui analisis dokumen dan
temu bual akhir. Analisa dokumen akan pengkaji gunakan dalam melihat kebolehan murid
menambah pecahan berbeza penyebut menggunakan Kaedah Rama-Rama Terbang.
Selepas itu, pengkaji akan menemu bual peserta kajian yang terlibat dan guru pembimbing
matematik untuk mengetahui keberhasilan dan kesukaran menggunakan kaedah ini untuk
penambahbaikan.

16
Langkah Tindakan
Mengenal pasti kelemahan Kaedah Rama-
Membuat refleksi
Rama Terbang
Menambah aspek baharu seperti pendekatan
Merancang
koperatif
Penerangan semula dan penambahan teknik
Bertindak
lagu akan digunakan
Memerhatikan kefahaman murid berdasarkan
Memerhati lembaran kerja yang diedarkan dan temu bual
dengan peserta kajian serta guru pembimbing.
Jadual 2: Perincian kitaran kedua

KAEDAH MENGUMPUL DATA

Pemerhatian
Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus dan pemerhatian
melalui penglibatan. Kaedah pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara
langsung seperti pengiraan jumlah pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak
melibatkan komunikasi dengan manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula
berasal dari bidang antropologi iaitu kajian tentang kehidupan masyarakat. Penyelidik
biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan
jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut. Pemerhatian berperanan serta
merujuk pada proses kajian yang hanya melibatkan interaksi sosial antara pengkaji dan
subjek pengkajiannya dalam lingkungan subjek pengkajian itu sendiri. Interaksi ini bertujuan
untuk memperoleh data melalui teknik yang sistematik. Pengkaji akan melakukan
pemerhatian awal dengan menyediakan senarai semak untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Melalui senarai semak itulah, tingkah laku murid akan diperhatikan untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

17
Temu bual
Temu bual mendalam merupakan instrumen yang agak penting. Kaedah ini menggunakan
penemu ramah yang menjalankan temu bual yang terperinci berdasarkan garis panduan yang
telah ditetapkan. Apa-apa yang disebutkan oleh responden merupakan data penting kajian.
Tindak balas yang relevan akan dicatatkan kata demi kata. Melalui kaedah ini seseorang
pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang meluas dan sempurna dengan cara mendalami
sesebuah topik tertentu. Pada masa yang sama, pendekatan ini unik atas sebab yang berikut
kerana sampel yang lebih kecil akan digunakan. Pengkaji boleh memberikan keterangan yang
terperinci tentang sebab di sebalik jawapan peserta kajian. Pemerhatian juga boleh dilakukan
melalui respons peserta kajian. Hal ini kerana temubual mampu menghasilkan data yang
tidak terjangkau oleh peserta kajian kerana batasan masa. Pengkaji akan menggunakan
kaedah ini dalam kitaran satu dan dua pada bahagian memerhati.

Analisa dokumen
Pada amnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan
daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunikasi
yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Dalam kata lain, bahagian mesej itu dapat
didengar, diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud,
gambar, simbol, idea, tema, atau apa-apa sahaja mesej yang telah dikomunikasikan data
melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah
yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat
yang diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk menipu. Hasil keputusan akan dicatatkan
dan akan diinterpretasikan dalam bentuk jadual atau graf. Melalui analisa dokumen inilah
memberi pilihan kepada pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang relevan berkenaan
kajian yang dijalankan.

18
PERANCANGAN CARA MENGANALISI DATA

Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan

BULAN
PELAKSANAAN
FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT

1. Mengenal pasti masalah


- Pemerhatian di sekolah sewaktu sesi P&P.

2. Pengumpulan data tinjauan awal


- Menyediakan senarai semak atau borang pemerhatian.

3. Menentukan objektif kajian dan soalan kajian yang ingin dikaji.

4. Merancang tindakan dan cara untuk mengumpul data

5. Menulis kertas cadangan kajian

6. Menyediakan bahan-bahan yang berkaitan

7. Melaksanakan tindakan

8. Menganalisis hasil tindakan

9. Membuat refleksi

10. Menulis laporan kajian tindakan

11. Membentang dapatan kajian tindakan

Jadual 3: Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan

19
Carta Gantt menunjukkan perancangan pelaksanaan kajian tindakan

BIL ITEM MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4


1 Mengenal pasti idea umum 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
2 Membuat tinjauan awal masalah
yang wujud di kalangan murid-
murid
3 Membuat ujian pra untuk
menentukan sampel kajian.
4 Menganalisis ujian pra.
5 Merancang tindakan yang
dilaksanakan iaitu menggunakan
Kaedah Rama-Rama Terbang .
6 Menjalankan kaedah yang
dirancang.
7 Merekod dan menganalisis
tindakan.
8 Menjalankan ujian pos.
9 Menganalisis dapatan ujian pos
serta dokumen-dokumen lain.
10 Melakukan perubahan atau
pembetulan kepada ABM yang
dijalankan jika ada masalah yang
timbul
11 Membuat kesimpulan.

Jadual 4: Carta Gantt menunjukkan perancangan pelaksanaan kajian tindakan

20
DAPATAN KAJIAN
Data yang diperoleh berdasarkan analisa dokumen akan dianalisis dalam bentuk graf dan jadual
bagi melihat peningkatan dengan mudah.

21
RUJUKAN
Betty Chiew Mee Hui. (2011). Pengenalan “Fraction Computer” Dalam Membantu Murid Tahun
Lima Menguasai Pecahan Yang Berbeza Penyebut. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008,, 70-83.

Cramer K. (2002). Using manipulatives models to build number sense for addition of fractions.
National Council of Teachers of Mathematics 2002 Yearbook. Dalam Making sense of
fractions, ratios, and proportions (hlm. 41-48). Reston: National Council of Teachers of
Mathematics.

De Morgan . (1910). Study and difficulty of Mathematic. Chicago: The Open Court Publisher.

Dr. Kamarul Azmi Jasmi. (2015). Metodologi Pengumpulan Data dalam Pneyelidikan Kualitatif.
Fakulti Tamadun Islam , 1-15.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Huraian sukatan pelajaran Matematik Tahun 5.


Didapatkan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.: http://www.moe.gov.my/bpk/sp_

Nik Azis Nik Pa. (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal dalam Pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Noraini Ahmad. (2013). Kajian Tindakan: Kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizon.

Nur. (2000). Pembelajaran Koperatif. Surabaya: UNESA UNIVERSITY.

Tiong Hong Chin. (2005). Memperbaiki Tulisan dengan Kaedah Unsur Maju. Prosiding Seminar
Penyelidikan Tindakan MPBL & PPB Sri Aman tahun 2005, 84-96.

Wong Chu Yew. (2011). Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008,.
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Emapat Menguasai Konsep
Pecahan Setar, 57-69.

22

You might also like