You are on page 1of 21

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Modul akses pembelajaran kendiri

Program
Literasi TMK
Sekolah Menengah

Microsoft
Excel
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

MODUL 4

LEMBARAN MARKAH

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pelajaran Malaysia

1
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Nama Modul : Lembaran Markah

Hasil Pembelajaran: Murid seharusnya dapat :

1. Masukkan data ke dalam lembaran markah


2. Memasukkan Jadual
3. Menyimpan Buku Kerja
4. Tutup dan Keluar dari Buku Kerja
5. Masukkan Carta dalam Lembaran Kerja
6. Gunakan Formula dalam Lembaran Kerja (sum, grading, percentage)

Pengetahuan dan Kemahiran:

1. Tukar saiz Lajur.


2. Mencipta Lembaran markah individu yang mudah yang mengandungi
border, menggunakan SUM, tukar markah kepada gred dan guna lookup
table.
3. Mencipta lembaran markah kelas yang mengandungi Jumlah markah,
gred dan peratus.
4. Mencipta carta daripada lembaran markah individu.

Ringkasan Modul:
Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat menghasilkan output seperti yang
ditunjukkan di bawah:

2
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 1 : Mencipta Lembaran Markah Murid.

1. Taip data di dalam sel seperti yang ditunjukkan di bawah. Ubah lebar lajur
untuk sesuaikan dengan kandungan sel

Menukar saiz Lajur.

2. Alihkan kursor di sebelah kanan lajur. Apabila petunjuk bertukar kepada anak panah
seperti di rajah, Klik dan seret tetikus sehingga saiz lajur seperti yang dikehendaki

3. Letakkan kursor di sebelah kanan , Apabila petunjuk bertukar kepada anak panah
seperti dirajah, Dwi Klik dan sel berkenaan akan disesuaikan dengan lebar
kandungan didalam sel secara automatic.

Aktiviti 2 : Menyimpan Lembaran Kerja

3
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

1. Menyimpan Lembaran kerja Baru.


Apabila anda selesai menyiapkan kerja anda, anda perlu menyimpan Lembaran Kerja
anda. Klik File pada Menu Bar, Kemudian menu “pull down” akan kelihatan. Klik
Save As
i. Klik File pada Menu Bar

ii. Klik Save As

Kotak dialog Save As akan kelihatan. Berikut adalah langkah-langkah


untuk menyimpan lembaran kerja anda.

a. Pilih destinasi atau folder di mana anda mahu menyimpan lembaran kerja anda

b. Taip nama fail anda.

c. Klik Save.

4
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

i. Lokasi atau folder dimana anda


akan menyimpan lembaran kerja
anda.

ii. Taip nama fail anda

iii. Klik Save

2. Simpan lembaran kerja yang sedia ada.Anda boleh menyimpan lembaran kerja yang
sedia ada anda dalam beberapa cara:
a. Klik File Pada Menu Bar, Kemudian Klik Save.
b. Klik CTRL + S.
c. Guna Save ikon pada Menu Bar.

Aktiviti 3 : Mencipta Border

1. Serlahkan sel yang dipilih untuk mencipta border untuk borang seperti di bawah
2. Klik pada sel A5 dan seret tetikus sehingga sel C16 untuk memilih kawasan.

5
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

3. Klik ikon Borders pada Toolbar Formatting.

Ikon Borders

Jika ikon Borders tidak dipaparkan pada skrin, Klik View pada Menu Bar, kemudian
klik Toolbars, Kemudian Klik Formatting, tanda () akan dipaparkan bersebelahan
Formatting .

4. Sebarai pilihan borders akan kelihatan. Pilih ikon All Borders.

Ikon All
Borders

5. Buku Kerja dipaparkan seperti yang ditunjukkan di bawah.

6. Simpan Buku Kerja Anda.

6
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 4: Memasukkan Formula


1. Untuk mengetahui Jumlah Markah Murid, klik tetikus anda di dalam sel B15.
Kemudian klik pada ikon Auto Sum pada toolbar.

2. pull down menu akan dipaparkan dan pilih Sum.

3. Apabila anda memilih Sum, Lembaran Kerja anda akan kelihatan seperti berikut :

Serlahkan sel B6 sehingga B14

Formula ( =SUM(B6:B14) )
akan dipaparkan di dalam sel
B15 dan pada formula bar

7
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

4. Klik pada sel B6, klik dan seret tetikus ke sel B14. Formula di dalam sel B15 dan
pada formula bar akan berubah :

=SUM(B6:B14)
Maksud formula diatas, jumlah daripada sel B6 sehingga B14.

5. Tekan Enter. Jumlah markah murid akan dipaparkan di dalam sel B15.

6. Masukkan formuka ke dalam sel B16 dan tekan Enter.

=B15/(8*100)

Jumlah markah di dalam sel B15 dibahagi dengan jumlah markah maksima untuk 8
subjek.

7. Klik pada sel B16 dan kemudian klik ikon peratusan pada toolbar formatting untuk
menukarkan nombor kepada peratus.

8
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

8. Lembaran Kerja anda akan kelihatan seperti di bawah

9. Simpan Lembaran Kerja anda.

Aktiviti 5: Menentukan Gred

1. Taip nombor seperti yang ditunjukkan di bawah pada sel yang betul

Sel E5: taip 0


Sel E6: taip 40
Sel E7: taip 60
Sel E8: taip 70
Sel E9: taip 80
Sel F5: taip E
Sel F6: taip D
Sel F7: taip C
Sel F8: taip B
Sel F9: taip A

9
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

2. Klik sel C6 dan isikan formula ini:

=VLOOKUP(B6;$E$5:$F$9;2) dan tekan kekunci ‘Enter’.

(Formula ini akan mencari gred untuk markah dalam sel B6 dan carian untuk nilai gred
dari jadual gred dalam sel E5 hingga sel F9, rujuk bantuan mengenai penggunaan Fungsi
VLOOKUP,minta guru anda jika perlu)

3. Salinan formula dari sel C6 ke sel C7 hingga C13


a. Klik sel C6.

b. Alih kursor ke sudut kanan bawah sel C6 untuk menukar kursor kepada tanda
tambah (Lihat rajah seperti yang ditunjukkan di bawah):

Tanda Tambah

c. Klik dan seret kursor ke sel C13.


d. Apabila anda memegang butang tetikus, kandungan sel C6 akan disalin
ke selC7 hingga sel C13.

4. Cetak lembaran kerja anda.

10
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 6: Menghasilkan Borang Markah Ujian Bulanan Kelas

Dalam Microsoft Excel, sebuah buku kerja boleh mengandungi lebih daripada satu
lembaran. Dalam aktiviti sebelum ini, anda telah menghasilkan satu borang markah
individu dalam sheet 1. Untuk borang markah ujian bulanan kelas, guna lembaran baru.

1. Klik ikon Sheet2 pada bahagian bawah lembaran kerja anda seperti yang
ditunjukkan di bawah. Lembaran baru akan dipaparkan.

2. Untuk menukar orientasi halaman dari Portrait kepada Landscape.

a. Klik File pada menu bar dan sub menu file akan dipaparkan seperti rajah di
bawah.

11
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

b. Klik Page Setup. Tetingkap Page Setup akan dipaparkan. Klik butang Landscape.
dan Klik OK.

3. Masukkan data di dalam sel seperti di bawah.

Sel B1 : taip Guru Tingkatan: Pn. Lily Pin


Sel B2 : taip Tingkatan : 1 Tanjung
Sel B3 : taip Ujian Bulan : MAC 2001
Sel A5 : taip Bil sel M5 : taip SEJ
Sel B5 : taip Nama sel N5 : taip Gred
Sel C5 : taip BM sel O5 : taip LKS
Sel D5 : taip Gred sel P5 : taip Gred
Sel E5 : taip BI sel Q5 : taip KH
Sel F5 : taip Gred sel R5 : taip Gred
Sel G5 : taip AG/M sel S5 : taip Jum
Sel H5 : taip Gred sel T5 : taip %
Sel I5 : taip MAT
Sel J5 : taip Gred
Sel K5 : taip GEOG
Sel L5 : taip Gred

12
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

4. Untuk Menukar Saiz Lajur.

a. Tukar saiz lajur A dan B untuk sesuaikan dengan saiz sel. Rujuk aktiviti 1, jika
perlu.

b. Untuk Lajur C dan T. Lakukan arahan dibawah.

i. Klik label Lajur C dan seret tetikus sehingga label Lajur T untuk
serlahkan label dari lajur C hingga label lajur T.
ii. Klik Format pada menu bar. Sub menu Format akan dipaparkan.
iii. Klik Column dan kemudian Klik Width.

iv. Tetingkap Column Width akan dipaparkan seperti dibawah. Taip


nombor 5 (Untuk nilai aksara dalam satu lajur) dan klik OK.

v. Saiz lajur yang diserlahkan akan dikurangkan kepada 5 aksara.

5. Simpan buku kerja anda.

13
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 7: Auto Fill

1. Masukkan data seperti di bawah:

a. Pada sel A6 taip 1


b. Pada sel A7 taip 2
c. Serlahkan Sel A6 dan A7

Pemegang Auto Fill

d. Kemudian letakkan kursor pada sudut kanan bawah sehingga penunjuk akan
memaparkan bentuk anak panah silang. Seret Pemegang Auto Fill ke bawah
sehingga sel A15.

14
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

e. Lepaskan butang tetikus. Sel yang diserlahkan akan bernombor dari 1 hingga 10.

f. Taip nama murid dari sel B6 hingga B15.

g. Taip markah bagi setiap subjek

h. Taip formula di dalam sel D6 untuk mengira gred. Rujuk aktiviti 3 dan 4 jika perlu.

i. Pilih sel D6, Seret pemegang Auto fill ke bawah sehingga sel D15 untuk menyalin
formula.

j. Ulang langkah tersebut untuk mencari jumlah dan peratus dalam lembaran
markah ini.

2. Simpan kerja anda.


Jadual Gred untuk VLOOKUP

15
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

Aktiviti 8 : Mencipta Carta

Dalam aktiviti ini, anda akan menggunakan lembaran markah individu untuk membina carta.

1. Klik pada sel A6 , klik dan seret sehingga sel B13.

2. Klik Chart Wizard pada Standard Toolbar.

Chart Wizard

16
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

3. Kotak dialog Chart Wizard akan dipaparkan. Carta Palang ialah carta asal. Klik Next.

Klik Next

4. Kotak dialog Chart Wizard akan dipaparkan.

17
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

5. Klik tab Series.

i. Tab
Series
ii. Taip ‘Markah’

6. Taip ‘Markah’ di dalam Kotak Nama.

7. Klik Next dan kotak dialog ‘Chart Wizard – Step 3 of 4 – Chart Options’ akan
dipaparkan.

8. Taip Markah Ujian Bulan Ogos di dalam kotak Chart Title, Mata Pelajaran di dalam
Kotak Category (X) axis dan Markah di dalam kotak Value (Y) axis. Klik Next.

i. Markah Ujian
Bulan Ogos

ii. Mata Pelajaran

iii. Markah

Klik Next

9. Tetingkap Chart Wizard – Step 4 of 4 – Chart Location akan dipaparkan.

18
TMK untuk Program Literasi Sekolah Menengah - Modul Lemberan Kerja

10. Pilih As object in : Sheet 1 dan klik Finish.

i. Lembaran 1

ii. Klik Finish

11. Lembaran markah anda dan carta kini lengkap seperti paparan rajah dibawah:

12. Simpan lembaran kerja anda . Jika anda ingin mencetak carta , klik pada kawasan
carta dan kemudian klik File, Print dan OK.

19

You might also like