You are on page 1of 13

Konsep Pentaksiran

Pengujian - satu alat atau prosedur bagi mengukur satu sampel tingkah laku. Ia
terdiri daripada satu set terpiawai soalan-soalan atau tugasan yang berkehendakkan
murid memberi satu set tindakbalas.

Calon ujian mungkin diminta menyelesaikan sesuatu masalah seperti mendefinisikan


sesuatu perkataan, menyusun ayat-ayat al-Qur’an, menyatakan dalil atau hujjah
sesuatu kenyataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran yang
membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar khususnya dalam bentuk markah.
Pengujian menjelaskan tentang berapa baguskah prestasi individu tertentu.

Maksud terpiawai ialah semua prosedur telah dinyatakan awal dan semua pelajar
dalam sesuatu kumpulan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan
cara yang sama di samping mendapat arahan yang sama. Skor atau markah yang
diperolehi hasil daripada jawapan kepada sesuatu ujian adalah sebagai indikator
numerik tentang prestasi pelajar. Markat dalam bentuk numerik diperlukan kerana
ketepatannya selain analisis boleh dilaksanakan dan ini akan membantu dalam
membuat sesuatu keputusan.

Tujuan pengujian:
a)    Mengesan pencapaian hasil pembelajaran yang telah diperolehi.
b)    Mengesan kemajuan yang telah dicapai tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran
yang lain.
c)    Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh calon ujian.

Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan soalan,


kemudian peringkat pelaksanaan dan seterusnya peringkat pemeriksaan. Melalui
proses pengujian guru dapat mengesan sejauh mana murid dapat menguasai satu-
satu kemahiran yang telah dipelajari.

Proses pembelajaran murid tidak berakhir dengan menamatkan pelajaran oleh


para guru sahaja, malah di akhir sesuatu ujian pihak guru seharusnya mengetahui
sejauh mana sesuatu pelajaran itu telah diterima oleh pelajar mereka. Justeru,
penilaian sangat penting dalam konteks pembelajaran.
Pengukuran - suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik untuk
menentukan setakat manakah individu mempunyai ciri-ciri tertentu yang disukat
dengan menggunakan alat.

Dalam pendidikan, pengukuran mengukur secara kuantitatif peringkat atau tahap


pencapaian pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Pada lazimnya,
guru menggunakan alat pengukuran  yang mungkin terdiri daripada ujian, soal
selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad
kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau  membuat 
keputusan. Ia tidak bersifat mutlak, bergantung kepada keobjektifan, kesahan dan
kebolehpercayaan alat ukur.

Fungsi pengukuran :
a)    Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang telah dicapai.
b)    Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi.
c)    Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran
yang lain.
d)    Mengesan  jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid
e)    Bagi mendapatkan maklumat untuk :

              i.        Bimbingan.

              ii.      Kecekapan guru.
              iii.    Rekod prestasi dan profil murid, khususnya sebagai maklum balas kepada
murid dan ibu bapa.

Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dijalankan dalam dua tahap. Tahap-
tahap ini adalah seperti berikut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986):

a)    Menempatkan pangkatan murid mengikut pencapaian mereka seperti memilih 10


orang murid yang terbaik daripada satu darjah dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Untuk ini, guru memerlukan alat pengukuran yang dapat membeza dan
menempatkan kedudukan murid dari segi kebolehan Pendidikan Islam. Untuk
pengukuran di tahap ini, guru tidak perlu mengetahui sebanyak mana pengetahuan
Pendidikan Islam bagi setiap 10 orang murid terbaik itu atau perbezaan kebolehan
Pendidikan Islam bagi 10 orang murid yang terpilih berbanding dengan murid-murid
lain. Skala yang digunakan di tahap ini ialah skala urutan sahaja (skala ordinal).
b) Di tahap kedua, khususnya untuk kegunaan analisa perangkaan. Pengukuran jenis ini
menggunakan skala selang. Guru harus menyediakan ujian yang memberi unit
markah yang sama besarnya (seperti 100% dan di tahap 1% adalah sama berat
nilainya). Dari maklumat seperti ini, kesemua murid bukan sahaja dapat diberi
pangkatan, malahan perbezaan antara murid dapat dikira.

Ciri-ciri Penting Pengukuran

Berikut adalah ciri-ciri penting pengukuran:

a)     Pengukuran tidak melibatkan proses menilai (seperti sesuatu itu dihargai, dianggap
baik, buruk, memadai dan sebagainya). Apabila guru mengukur kebolehan murid
contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, yang dinyatakan ialah sebanyak
mana atau setinggi mana pengetahuan Pendidikan yang telah dicapai oleh murid
tersebut. Kebolehan atau pengetahuan murid tidak dikaitkan dengan nilai baik, lemah
dan sebagainya. Pertimbangan tentang nilai seperti ini dibuat dalam proses
penilaian.

b)    Pengukuran membandingkan markah seseorang murid dengan satu skala atau
dengan satu standard. Dalam hampir semua pengukuran di bidang pendidikan atau
psikologi, skala atau standard yang digunakan ialah pencapaian murid lain. Dengan
kata lain, pengukuran dalam pendidikan adalah untuk membandingkan pencapaian
semua murid atau tentang perbezaan antara murid. Skala atau standard yang mutlak
dan sentiasa tetap tidak dapat digunakan kerana pengukuran dalam pendidikan
membandingkan seseorang murid dengan rakan sebayanya dan memberi
interpretasi pencapaian murid tersebut berdasarkan pencapaian semua rakan
sebayanya (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986).

Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul,


menganalisis dan menginterpretasi maklumat perubahan tingkahlaku berdasarkan
data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses  menentu, mendapat dan
memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai
tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau
proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan
mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.

Proses penilaian melibatkan melibatkan tiga langkah berikut:


a)    Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
b)    Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
c)    Membuat sesuatu pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran.

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,


penganalisaan dan penyimpulan. Berikut adalah lima prosedur penilaian secara
ringkas:
a)    Peringkat persediaan ujian.
b)    Peringkat pentadbiran ujian.
c)    Peringkat pemeriksaan dan pengukuran.
d)    Peringkat analisis.
e)    Peringkat interpretasi dan tindakan.

Tujuan Penilaian

Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan


pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran guru.  

Melalui penilaian, guru dapat :   


a)    mengesan perkembangan murid secara  menyeluruh;
b)    mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid  dalam pembelajaran lebih awal dari
semasa ke semasa;
c)    mengetahui keberkesanan pengajarannya;
d)    merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
e)    menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan
murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan
susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya
dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam
penilaian di peringkat pusat.
Ciri-Ciri Utama Ujian

Sebagai pelajar, pernahkah anda merungut bahawa anda dinilai secara tidak adil?
Jika ya, bagaimana?  Adakah guru berkenaan menilai respon anda secara tidak
konsisten?  Adakah terdapat pelajar dinilai di bawah keadaan yang sesuai
berbandingkan yang lain?  Adakah penilaian terlalu memakan masa sehingga pada
suatu ketika anda tidak mengambil berat tentang prestasi anda?

Dalam pengalaman anda, apakah ciri-ciri yang anda fikir perlu untuk satu alat penilaian bilik darjah yang baik?  Untuk
membina ujian yang baik, setiap guru harus memahami ciri- ciri penting suatu ujian yang baik.  Ciri ciri ini termasuk:

         Kesahan
         Kebolehpercayaan
         Objektiviti
         Kemudahtadbiran
         Kemudahtafsiran
  
(a)          Kesahan

Apakah yang anda faham dengan istilah “kesahan”?  Kesahan merujuk kepada takat
mana suatu ujian boleh mengukur apa yang sepatut diukur, iaitu, takat mana ujian itu
memenuhi objektifnya. Kita akan tanya soalan, “Adakah ujian itu mengukur apa yang
ia sepatutnya diukur?”

Apakah sebenarnya kesahan?  Pertama, ia merujuk kepada kesesuaian interpretasi


keputusan sesuatu ujian atau alat penilaian untuk satu-satu kumpulan individu,
bukan alat itu sendiri.  Kedua, ia merupakan  suatu  anggaran darjah. Ia paling
sesuai dianggap dalam bentuk kategori-kategori yang menentukan darjah, seperti 
kesahan tinggi, kesahan sederhana dan kesahan rendah. Ketiga, ia  spesifik
terhadap kegunaan tertentu atau interpretasi. Tiada ujian yang sah untuk semua
tujuan. Sebagai contoh, keputusan-keputusan  suatu ujian matematik mungkin
mempunyai darjah kesahan yang tinggi dalam menentukan kemahiran komputer, 
satu darjah  kesahan yang rendah untuk penaakulan matematik dan darjah kesahan
yang sederhana untuk meramalkan kejayaan dalam seni atau muzik.

Jenis Jenis Kesahan Ujian

Pada asasnya, terdapat lima jenis kesahan ujian. Antara  berikut adalah:
(i)       Kesahan muka
(ii)      Kesahan kandungan
(iii)     Kesahan ramalan
(iv)     Kesahan serentak
(v)      Kesahan konstruk

(i)            Kesahan Muka

Kesahan muka merujuk kepada  apa yang kerap diperlihatkan atau digunakan 
sebagai bentuk pengujian. Untuk mempastikan kesahan muka, item-item ujian harus
disemak oleh pakar dalam bidang yang diuji. Satu format ujian yang biasa   dan
bentuk serupa digunakan.

(ii)     Kesahan Kandungan

Ini adalah proses menentukan setakat  mana satu set tugasan ujian menyediakan
sampel relevan dan mewakili sampel domin tugasan yang mana interpretasi skor
ujian dibuat. Bagaimana  ini boleh dilakukan?
           
Dalam ujian bilik darjah, domain pencapaian tugasan-tugasan ditentukan oleh pengajaran dan pembentukan ujian
melibatkan (a)  menentukan  dengan jelas domin item/tugasan-tugasan yang relevan  untuk diuji dan (b) membina
atau memilih satu set yang mewakili  item/ tugasan ujian.  Oleh itu, untuk memperoleh satu ukuran hasil
pembelajaran yang sah, kita beralih dari pengajaran (apa yang telah diajar) kepada domin pencapaian (apa yang
patut diuji) dan akhirnya  ujian itu sendiri ( satu sampel  mewakili  item/tugasan relevan).

Justeru, kesahan kandungan berlaku semasa pembentukan ujian. Ia  dapat dicapai
dengan  penyediaan  spesifikasi ujian yang terperinci dan kemudian membina satu
ujian yang menepati spesifikasi tersebut. Adakah anda setuju?

(ii)          Kesahan Ramalan

Apakah kesahan ramalan? Bolehkah anda mengingat kembali jika skor ssuatu ujian
yang dibina oleh anda dapat meramal pencapaian atau prestasi pelajar pada masa
hadapan?  Satu ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh meramal   watak
atau perubahan seseorang pada masa hadapan. Sebagai contoh, seorang pelajar
matrikulasi yang berjaya dalam peperiksaan SPM/STPM akan juga berjaya dalam
peperiksaan matrikulasinya nanti.

Dalam cara ini, ujian yang mempunyai kesahan ramalan boleh digunakan untuk
memilih calon untuk sesuatu jawatan dan meramal prestasi akademik pelajar masa
hadapan atau kejayaan dalam kerjaya mereka. Untuk memperoleh kesahan ramalan
yang tinggi dalam suatu ujian, item-item harus benar-benar menguji kebolehan-
kebolehan yang relevan kepada kemampuan, kemahiran atau kelayakan yang
diperlukan dalam sesuatu bidang kerja masa hadapan.

(iv)      Kesahan Serentak

Apakah kesahan serentak?  Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda


membina item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek tertentu seperti terdapat
dalam latihan harian pelajar, dan anda kemudian dapati bahawa pencapaian ujian
mereka hampir serupa dengan latihan-latihan harian?  Jika keadaan sebegini, ujian
tersebut boleh dikatakan sebagai mempunyai kesahan serentak yang tinggi.
Mengapa? Ini kerana item-item ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau
menunjukkan ketekalan dalam pengukuran.  Contoh lain termasuklah kesahan
serentak yang tinggi untuk ujian Matematiks dan Sains tetapi kesahan serentak yang
rendah untuk ujian Matematiks dan Bahasa Inggeris.

(v)    Kesahan Konstruk

Untuk memahami kesahan konstruk, anda harus terlebih dahulu memahami maksud
konstruk. Satu konstruk didefinisikan sebagai kualiti psikologi yang menerangkan
beberapa aspek tingkah laku.  Contoh-contoh konstruk termasuklah kreativiti,
kecerdasan, motivasi, keikhlasan, ketabahan, keresahan, kebolehan penaakulan,
pemahaman membaca dan watak.

Kesahan konstruk didefinisikan sebagai proses menentukan takat mana prestasi


ujian seseorang pelajar boleh diinterpretasi berdasarkan satu atau lebih konstruk
psikologikal.  Ia merupakan suatu darjah di mana seseorang boleh membuat inferens
beberapa konstruk dalam suatu teori psikologikal daripada skor ujian.

Bilakah kesahan konstruk penting? Kesahan konstruk penting untuk ujian-ujian yang
mengukur ciri-ciri (Konstruk) seperti kecerdasan, motivasi, keasertifan dan
sebagainya. Sebagai contoh, seorang guru ingin membina satu ujian kertas dan
pensel untuk mengukur kreativiti. Apabila dibina, ujian akan dianggap sebagai
mempunyai kesahan konstruk jika skor ujian adalah berhubungkait dengan
penghakiman yang dibuat berasaskan pemerhatian tingkah laku yang dikenal pasti
sebagai kreatif. oleh teori psikologi. 

Jika keputusan ujian tidak mencerminkan konstruk yang diperlukan, maka ia bukan alat yang sah. Sebagai contoh,
satu ujian yang dibina untuk mengukur motivasi intrinsik di kalangan pelajar-pelajar tidak dapat diterima sebagai sah
jika item-item didapati tidak mengukur motivasi ektrinsik juga. 

Bolehkah anda beza kesemua jenis kesahan ujian? Ia penting untuk kita mengetahui bahawa setiap jenis kesahan
mempunyai tujian tertentu dan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan ujian. Apakah faktor-faktor ini?
Bolehkah anda menyenaraikan beberapa daripada faktor-faktor tersebut?

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesahan Ujian

Antara beberapa faktor- faktor, termasuklah yang berikut:

 Arahan yang kurang jelas;


 Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami;
 Ambiguiti;
 Masa yang diberikan tidak mencukupi;
 Aras kesukaran item ujian tidak sesuai;
 Item-item ujian tidak dibina dengan baik;
 Bilangan item yang tidak mencukupi;
 Susunan jawapan (item objektif) boleh diramalkan
 Kekaburan pernyataan dalam item ujian menyumbang kepada salahtafsiran
dan kekeliruan.

Adakah anda tahu tentang implikasi-implikasi kesahan ujian?  Kesahan ujian boleh
menyediakan bukti konkrit untuk mempastikan takat di mana ujian-ujian boleh
membekalkan data relevan untuk membuat keputusan masa hadapan berkait
dengan tingkah laku-tingkah laku tertentu. Jika kesahan ujian rendah, ujian adalah
tidak bermakna dan keputusan tidak mencerminkan kebolehan yang diuji.

(b)           Kebolehpercayaan

Apakah yang anda faham dengan kebolehpercayaan ujian? Untuk mendefinisikan


kebolehpercayaan, kita harus tanya soalan ini.  Adakah ujian mengukur apa yang ia
sepatutnya mengukur dengan tepat dan tekal? Ketekalan pengukuran adalah
penting, iaitu bagaimana konsisten skor-skor ujian atau keputusan-keputusan
penilaian antara satu pengukuran dengan yang lain.

Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajar


dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan. Sebagai
contoh, seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian Matematik dan kemudian
memperoleh markah yang sama apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas
seminggu. Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Mari kita memberi perhatian kepada sifat kebolehpercayaan. Pertama, kebolehpercayaan merujuk kepada keputusan
yang diperolehi dengan satu instrumen penilaian, bukan kepada instrumen itu. Adalah sesuai untuk menyatakan
bahawa kebolehpercayaan “skor ujian” atau “ pengukuran” daripada “ujian” atau “instrumen”  Kedua, satu anggaran
kebolehpercayaan sentiasa merujuk kepada ketekalan tertentu. Skor-skor ujian boleh dipercayai pada tempoh-
tempoh masa yang berlainan terhadap sampel soalan yang berlainan, pelbagai pemeriksa dan sebagainya. Ketiga,
kebolehpercayaan adalah satu keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan. Satu ujian yang
memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin merupakan maklumat sah tentang prestasi yang diukur.
Pada satu pihak yang lain, keputusan-keputusan ujian yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang salah atau
digunakan dalam cara yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan ujian mudah dipengaruhi oleh faktor- faktor
seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar, kesihatan, masa dan keselamatan item ujian.

Kaedah-Kaedah menentukan kebolehpercayaan

Secara umumnya, terdapat empat cara, iaitu, 

 Uji- Ulang uji  (test-retest)


 Cara bentuk setara (equivalent forms method)
 Cara bahagi dua (split half)
 Cara Kuder-Richardson

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut:

 Panjang ujian.  Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian


tersebut. Ini kerana ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu sampel
soalan yang mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan skor adalah
sesuai dan kurang diseleweng oleh faktor-faktor peluang seperti meneka. 
Tambahan pula, ujian yang lebih panjang cenderong untuk mengurangkan
pengaruh tekaan. Dalam membina ujian, adalah penting untuk mengingati
tentang pengaruh penjang ujian. Maka, ingat, jika ujian pendek diperlukan
disebabkan had masa atau umur pelajar, anda harus adakah ujian yang lebih
kerap.

 Sebaran skor. Semakin tersebar skor, semakin tinggi anggaran


kebolehpercayaan.  Apakah pandangan anda?

 Kesukaran ujian. Ujian rujukan norma yang terlalu mudah atau terlalu sukar
untuk kumpulan ahli yang mengambilnya berkecenderungan menghasilkan
skor yang mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.  Ini kerana kedua-dua
ujian yang menghasilkan sebaran skor yang terhad. Untuk ujian yang mudah,
skor-skor akan berada rapat sekali pada bahagian atas skala. Manakala,
untuk ujian yang sukar, skor-skor berkelompok di bahagian bawah skala.
Untuk kedua-dua ujian, perbezaan individu adalah kecil dan tidak boleh
dipercayai.  Ujian bilik darjah yang direkabentuk untuk mengukur perbezaan
di kalangan pelajar harus dibina agar skor purata adalah 50% betul dan
bezantara skor dari hampir sifir kepada markah penuh. Bolehkah anda cuba
dan ingatkan ini?

 Keobjektifan ujian. Merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi


memberi keputusan yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor
yang dperolehi tidak dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat
pemeriksa. Untuk ujian bilik darjah yang dibina oleh guru-guru, keobjektifan
memainkan peranan penting. Dalam pengujian esei, ia bergantung kepada
pemeriksa dan pemeriksa yang tidak konsisten akan mempengaruhi
kebolehpercayaan pengukuran.

(c)          Keobjektifan 

Bolehkah anda menerangkan kefahaman anda tentang keobjektifan?  Satu ujian


yang mempunyai keobjektifan yang tinggi merujuk kepada takat mana pemeriksa
memberi markah yang sama kepada kertas jawapan ujian yang berlainan dengan
jawapan –jawapan yang sama berdasarkan peraturan memberi markah. Jika
keadaan sebegini, ujian tersebut dikatakan sebagai mempunyai keobjektifan yang
tinggi.

Ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana pemeriksaan


tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor kemahiran dan emosi pemeriksa. Manakala, ujian
subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana skor yang diberi mungkin akan
berbeza daripada seorang pemeriksa dengan yang lain walau pun mereka diberi
kertas jawapan yang sama.

Oleh yang demikian, bagaimanakah kita boleh cuba mempastikan keobjektifan


dalam ujian subjektif?  Ini boleh dilakukan dengan menyedia dan membekalkan
peraturan memberi markah untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi sesuatu
ujian berkenaan. Tambahan pula, pemeriksa boleh dilatih dan moderasi pemarkahan
dilaksanakan untuk mengurangkan perbezaan dalam skor yang diberikan oleh
mereka.

(d)         Kebolehtadbiran

Apakah yang dimaksudkan dengan kebolehtadbiran sesuatu ujian?  Ia sebenarnya


merujuk kepada pelaksanaan ujian-ujian dalam bilik darjah atau dewan peperiksaan
dengan lancar. Ini bermaksud ujian yang ditadbir harus memenuhi syarat-syarat dan
keperluan untuk pengujian. Dalam perkataan lain, ia harus praktikal dan boleh diurus
dengan mudah. Adakah anda setuju? 

Faktor- Faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran

Apakah antara beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehtadbiran? Ia


merangkumi perkara-perkara berikut:

 Mudah dalam pentadbiran. Ini bermaksud arahan yang jelas dan mudah serta
tempoh masa ujian perlu diberi perhatian. Ia merangkumi penyediaan  dewan
peperiksaan secara sistematik dan berkesan,  pengagihan kertas
peperiksaan,  pengawasan  dan pengumpulan  kertas peperiksaan serta 
kertas jawapan
 Masa yang diperlukan untuk pentadbiran. Jika kita hendakkan pengukuran
yang boleh dipercayai dalam bidang yang diliputi, kita perlu tingkatkan masa
pengujian kerana kebolehpercayaan berkait secara langsung dengan
panjangnya ujian.
 Kos pengujian

(e)           Kemudahtafsiran

Adakah anda mempunyai idea tentang maksud kemudahtafsiran?  Kemudahtafsiran


ujian merujuk kepada takat mana keputusan ujian diinterpretasikan agar ia memberi
maklumat yang jelas berdasarkan objektif penilaian. Ini bermaksud bahawa
keputusan ujian harus boleh dikumpul dengan mudah dan diinterpretasikan untuk
memberi satu gambaran yang jelas tentang perkara-perkara berikut:

         Pencapaian pelajar dalam kelas


         Kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar
         Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
         Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan mengajar yang
digunakan
         Kesesuaian aras kesukaran item ujian

Secara mudahnya, ini bermaksud markah yang diperolehi dapat ditukar kepada data statistik seperti min, sisihan
piawai dan skor piawai dengan mudah.  Barulah ujian dianggap sebagai mempunyai kebolehtafsiran yang tinggi atau
kemudahtafsiran. Kejayaan atau kegagalan suatu program pengujian ditentukan oleh kegunaan pentafsiran daripada
keputusan ujian.  Jika ia ditafsir dengan betul dan diaplikasikan secara berkesan, ia akan menyumbang ke arah
keputusan-keputusan pendidikan yang bijak. Manakala, jika keputusan ujian ditafsir secara tidak tepat, ia kurang
bernilai dan mungkin menjejas individu-individu atau kumpulan-kumpulan tertentu.

Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian boleh dilihat dari pelbagai
aspek seperti berikut:

Perkara Pengujian Pengukuran Penilaian


Takrif Teknik mengukur Proses memperoleh nilai Proses mentaksir
perubahan tingkah kuantitatif bagi perubahan tingkah laku
laku individu menentukan pencapaian berdasarkan data kuantitatif
pembelajaran individu. dan kualitatif.

Fungsi Mengesan hasil Mengesan hasil Membuat pentaksiran


pembelajaran yang pembelajaran, jenis-jenis tentang pencapaian murid
diperoleh kemahiran dan kemajuan untuk tujuan pemulihan atau
peggredan.

Masa Kesemua pengujian, pengukuran dan penilaian dilaksanakan sebelum, semasa


diberi dan selepas pengajaran.

Cara Dijalankan melalui Dijalankan melalui Dijalankan melalui ujian dan


item-item (soalan- berbagai cara alat-alat lain seperti soal
soalan) ujian memperoleh data selidik, rekod anekdot dan
kuantitatif senarai semak.
Fokus Pengujian dan pengukuran difokuskan kepada Berdasarkan kepada
satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit maklumat pengujian dan
pembelajaran. data kualitatif dari
pemerhatian, soal selidik
atau senarai semak.
Hasil Menunjukkan Menunjukkan pencapaian Menunjukkan pencapaian
pencapaian murid dalam segmen pelajaran dan tingkah laku murid
dalam satu atau yang diukur secara keseluruhan.
beberapa unit
pembelajaran.
 

You might also like