You are on page 1of 2

Keluarga Bahagia Asas Kesejahteraan Hidup" Huraikan langkah-langkah

untuk melahirkan keluarga bahagia

ISI 1
langkah pertama ialah setiap keluarga boleh menetapkan hari keluarga bagi
keluarga sendiri. Hari keluarga membolehkan anak-anak berinteraksi dengan
ibu bapanya. Semasa ahli keluarga berinteraksi,anak-anak akan berkongsi
masalah mereka kepada ibu bapa.Dengan ini,ibu bapa boleh sentiasa
mengetahui keadaan anak-anak. Selain itu,i ni juga dapat mengeratkan
kemesraan hubungan antara ahli keluarga.Kerajaan juga menggalakkan keluarga
mengadakan Hari keluarga, Justeru itu, Hari Keluarga memain peranan yang
penting di kalangan ahli keluarga

ISI 2
Keluarga bahagia dapat dilahirkan dengan penyertaan aktiviti-aktiviti rekreasi
secara bersama-sama. Misalnya, berjogging dan bersenam pada pagi ataupun
pergi membeli belah bersama-sama. Sesebuah keluarga juga boleh menyertai
ceramah yang berkaitan dengan silaturahim antara keluarga ataupun
pertandingan yang memerlukan penyertaan dan sumbangan ahli keluarga.
Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti yang disebut di atas dapat mengeratkan
lagi hubungan dan kefahaman antara keluarga dan akhirnya melahirkan
keluarga bahagia

ISI 3
Selain itu, ibu bapa juga patut memberikan kasih sayang yang secukupnya
kepada ahli keluarga yang lain. Perhatian, dorongan, dan tunjuk ajar sayugianya
diberikan pada setiap masa. Ibu bapa turut boleh memainkan peranan sebagai
pendengar yang baik. Ini merupakan satu peluang keemasan bagi ahli keluarga
yang lain untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan akhirnya bersama-
sama menyelesaikannya. Dengan sentiasa berkomunikasi, tentulah tidak ada
lagi rahsia antara ahli keluarga. Secara tidak langsung, perselisihan faham,
pertengkaran dan pergaduhan antara satu sesama ahli keluarga lain boleh
dikurangkan dan dielakkan. Sehubungan itu, keluarga barulah akan bahagia,
harmoni dan selesa.

ISI 4
Di samping itu, sikap hormat-menghormati juga mesti diwujudkan dalam
sebuah keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia. Sebagai ketua untuk
sebuah keluarga, biasanya semua keputusan dibuat oleh ibu bapa. Penerimaan
terhadap keputusan yang dibuat oleh kanak-kanak merupakan satu cara untuk
menghormati ibubapa sebagai ketua rumah. Manakala, kebebasan yang diberi
kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan sendiri juga merupakan satu
cara untuk menghormati kanak-kanak. Sehubungan itu, sebuah keluarga yang
harmoni dan bahagia dapat dilahirkan. Kewujudan kefahaman dalam sebuah
keluarga di antara anak-anak dengan ibu bapa juga merupakan satu cara hormat-
menghomati dalam keluarga.

(Saya ada satu persoalan, sebenarnya isi 1 dan 2 boleh digolongkan sebagai
satukan? Iaitu keluarga mesti meluangkan masa bersama, misalnya
mewujudkan hari keluarga atau berinteraksi dan bersantai bersama...)

ISI 5
Seterusnya, pegangan agama turut memainkan peranan penting untuk
mewujudkan keluarga yang harmoni. Agama membentuk senjata ampuh bagi
kita menghadapi segala masalah hidup. Keimanan benteng rohani seseorang.
Keimanan melindungi kita daripada kemungkuran Tuhan. Kita dapat
membezakan yang baik daripada yang buruk, Kita juga boleh mengawal nafsu
liar. Agama menjadikan kita manisia yang penyayang. Dengan ini, keluarga
yang harmoni dapat diwujudkan.

Penutup
Semua keluarga harus muncul sebagai keluarga yang bermakna. Kita harulah
berazam untuk melahirkan institusi keluarga yang kukuh, harmoni dan
sejahtera. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk membina keluarga yang
bahagia!

You might also like