You are on page 1of 104

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN ANIMASI

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI


DAN MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
DALAM MEMAHAMI KONSEP BIOLOGI

NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMMED

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI DAN MASALAH-MASALAH
YANG DIHADAPI DALAM MEMAHAMI
KONSEP BIOLOGI

NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMMED

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI
IJAZAHSARJANA MUDA PENDIDIKAN
DENGAN KEPUJIAN (SAINS)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008
ii

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

18.11.2008 NURUL HIDAYAH BT MUHAMMED


D20051022448
iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Alhamdulillah,
syukur saya kehadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya akhirnya
dapat menyiapkan penulisan ilmiah sebagai memenuhi keperluan kursus Ijazah
Sarjana Muda dengan kepujian (Sains). Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan khas
kepada Dr. Ong Eng Tek selaku pensyarah penyelia yang telah banyak memberikan
didikan dan tunjuk ajar serta kerjasama bagi membantu saya tanpa mengira masa
sehingga penulisan ilmiah ini dapat disempurnakan. Segala teguran dan nasihat yang
diberikan sangat berguna untuk saya bagi membantu saya menghasilkan laporan
penulisan ilmiah yang baik.

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada pengetua dan guru-guru Sekolah


Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah terutamanya kepada Puan Siti fatimah
Syam selaku guru pembimbing kerana memberikan kerjasama yang baik bagi
mengizinkan saya mentadbirkan soal selidik di sekolah tersebut.

Terima kasih juga kepada keluarga rakan-rakan seperjuangan yang bayak


membantu dan memberi nasihat, idea dan sokongan. Segala jasa baik dan tunjuk ajar
yang diberikan kepada semua pihak amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.


iv

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan
animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Selain itu, kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam memahami
konsep biologi. Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan
empat dan pelajar-pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Intan Zaharan, Dungun yang telah mempelajari topik mekanisma fotosintesis. Seramai
100 orang pelajar tingkatan empat dan lima telah dipilih secara rawak sebagai sampel
kajian. Instrumen yang digunakan dalan kajian ini ialah animasi dan borang kaji
selidik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis data yang digunakan
ialah kekerapan dalam bentuk peratusan dan min untuk menentukan persepsi pelajar
terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan persepsi
pelajar terhadap minat mereka tentang penggunaan animasi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Hasil daripada dapatan kajian yang dibuat, mendapati pelajar
mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan animasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran biologi. Ini kerana, selain menghadapi masalah untuk
memahami konsep biologi yang abstrak, mereka juga sering menghafal fakta dan
konsep sains yang sukar. Kajian ini juga menunjukkan pelajar mempunyai minat yang
tinggi untuk menggunakan animasi. Ini berdasarkan kepada data-data yang diperoleh.
Kesimpulannya, pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan
animasi dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
v

ABSTRACT

The aim of this research is to identify the students’ perception of using the animation
during the teaching and learning process. Beside that, the aim of this research is to
find out if there is any problems for the students to understands the biology subjects.
100 respondents involved from form four and form five students of Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu. All of the
respondents take the biology subject in their SPM. The instrument used is the
questionnaires that included 25 questions. The data were analyzed quantitatively using
min and percentage for the research questions. The data were analyzed using the
“Statistical Package for Science Social” (SPSS) to measure the percentages and min.
Based on the result, it showed that students have positive perception of using
animation during the teaching and learning process. Most of the students strongly
agree that animation can help them to understand better understand biology’s concept.
Beside that, the results showed that students have problems in understanding the
biology’s concept. For examples they have problems to memorize and tend to
memorize without understand the concept. Then this is the used of animation to help
students understand the concept. As conclusions, for this research, the students have
positive perception towards using the animation during the teaching and learning the
biology’s concept. Students also have interest to use the animation. From this
research, a few suggestions have been developed. These included that the Ministry of
Education play their role to encourage teachers nowadays to use animation in class
during teaching and learning process.
vi

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Signifikan Kajian 6

1.6 Batasan Kajian 7

1.7 Definisi Operasional 9

1.7.1 Persepsi 9

1.7.2 Animasi 9

1.7.3 Subtopik Pernafasan 10

1.7.4 Subtopik Fotosintesis 10

1.7.5 Pengajaran Dan Pembelajaran 11

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 12


vii

2.1 Pengenalan 12

2.2 Penggunaan Animasi dalam pengaran dan pembelajaran 12

2.3 Masalah-masalah dalam memahami konsep biologi 15

2.4 Kesimpulan 16

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 17

3.1 Pengenalan 17

3.2 Rekabentuk Kajian 17

3.3 Sampel Kajian 19

3.4 Instrumen Kajian 19

3.5 Kajian Rintis 21

3.6 Prosedur Kajian 22

3.7 Analisis Data 23

3.8 Kesimpulan 24

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 25

4.1 Pengenalan 25

4.2 Analisis Deskriptif Dan Latarbelakang Responden 26

4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam

Pengajarn Dan Pembelajaran 27

4.4 Persepsi Pelajar Terhadap Minat Menggunakan

Animasi Semasa Proses Pengajarn Dan Pembelajaran 36

4.5 Masalah-masalah Dalam Memahami Konsep Biologi 46

4.6 Kesimpulan 54
viii

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 56

5.1 Pengenalan 56

5.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi 56

5.3 Persepsi Pelajar Terhadap Minat Menggunakan

Animasi Semasa Proses Pengajarn Dan Pembelajaran 60

5.4 Masalah-masalah Dalam Memahami Konsep Biologi 63

5.5 Implikasi Kajian 66

5.6 Kelebihan Dan Kekurangan Penggunaan Animasi 67

Dalam P&P

5.7 Cadangan Kajian Masa Hadapan 68

5.8 Rumusan 70

RUJUKAN 72

LAMPIRAN
ix

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

3.1 Pembahagian Markah Mengikut Pilihan Jawapan 20

3.2 Statistik Kebolehpercayaan 21

4.1 Latar Belakang Responden Kajian 26

4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam 35

Pengajaran dan Pembelajaran Biologi

4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Minat Menggunakan Animasi 45

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

4.4 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Untuk Memahami 55

Konsep Biologi
x

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

4.1 Item 1 27

4.2 Item 4 28

4.3 Item 2 29

4.4 Item 3 30

4.5 Item 5 31

4.6 Item 6 32

4.7 Item 7 33

4.8 Item 8 34

4.9 Item 9 36

4.10 Item 10 37

4.11 Item 11 38

4.12 Item 12 39

4.13 Item 13 40

4.14 Item 14 41

4.15 Item 15 42

4.16 Item 16 43

4.17 Item 17 44

4.18 Item 18 46

4.19 Item 21 47

4.20 Item 19 48

4.21 Item 25 49
xi

Rajah Muka Surat

4.22 Item 20 50

4.23 Item 22 51

4.24 Item 23 52

4.25 Item 24 53
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi multimedia menjadi satu perkara yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Multimedia pada masa sekarang digunakan sebagai satu media
pendidikan yang sangat berkesan. Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran
dan pembelajaran adalah perlu untuk diterapkan kerana dapat dilihat kelebihannya
berbanding penggunaan media yang lain. Multimedia merangkumi lima elemen
penting iaitu teks, grafik, video, audio dan animasi.

Bagi tujuan kajian ini, pengkaji akan mengkaji penggunaan animasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Animasi menyediakan suasana yang interaktif
kepada penggunanya. Kelebihannya yang merupakan gambar bergerak memudahkan
pemahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk. Penggunaan animasi di sekolah perlu
diterapkan dengan semaksimum yang mungkin.
2

Namun, tidak semua sekolah di Malaysia menggunakan kelebihan aplikasi


multimedia ini dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Tambahan pula,
terdapat sesetengah pelajar yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan
multimedia dan ciri-ciri yang terdapat di dalamnya. Namun, sebelum menerapkan
kemudahan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu tahu
sejauh mana tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan elemen multimedia ini.

1.2 Pernyataan Masalah

1.2.1 Konsep sains yang abstrak

Pemahaman yang terperinci mengenai konsep sains adalah sangat penting bagi
memastikan pelajar memahami dan mengaplikasikan sesuatu konsep dalam kehidupan
seharian. Konsep-konsep sains terutamanya di dalam subjek biologi adalah sangat
sukar untuk difahami kerana ianya terlalu abstrak dan untuk memahaminya, pelajar
perlu membuat gambaran dan imaginasi bagi sesuatu mekanisme.

Kita sedia maklum bahawa pelajar sains sering menghadapi masalah untuk
memahami sesuatu konsep sains. Selain itu juga, mereka sering menghadapi masalah
untuk mengingat fakta. Ini akan menyebabkan minat mereka untuk mempelajari sains
menurun. Oleh itu, satu cara atau kaedah yang bekesan perlu dikaji untuk mengatasi
masalah ini. Menurut Zurida Ismail (2007), sains adalah satu bidang ilmu sains hasil
daripada usaha manusia mencari penerangan yang rasional berkaitan kejadian-
kejadian yang berlaku dalam alam ini. Penerangan ini membentuk isi kandungan sains
yang dikatakan menyukarkan lagi pembelajaran sains. Ini kerana penerangan sains
menjadi kompleks kerana konsep-konsep sains itu amat abstrak. Oleh itu, pelajar di
sekolah mungkin menghadapi kesukaran dalam memahami konsep sains yang
terkandung dalam subjek biologi.
3

Bagi projek penyelidikan ini, konsep sains yang ingin diketengahkan ialah
mengenai ‘respiration in human’ (mekanisme pernafasan) dan mekanisma fotosintesis.
Kebanyakan pelajar hanya menghafal gerakan dan perubahan yang terlibat semasa
proses pernafasan berlaku. Jika dibandingkan dengan pelajar yang tinggal di bandar,
pelajar di luar bandar mungkin kurang terdedah dengan penggunaan teknologi
multimedia. Mereka seharusnya didedahkan dengan kemudahan aplikasi multimedia
ini bagi membantu pemahaman mereka dalam pemahaman konsep sains.

Menurut Faizah Ibrahim, Norfizin Yusoff dan Mohd Rodhi Othman (2004),
guru di sekolah kebanyakannya menggunakan kaedah tradisional ‘chalk and talk’ dan
transparensi adalah amat sukar untuk menerangkan konsep-konsep abstrak kepada
pelajar. Pengajaran sains adalah mengenai pemerhatian yang konkrit kepada
konseptual yang abstrak atau dengan lain perkataan dari apa yang berlaku kepada
bagaimana ia berlaku. Mungkin ada sesetengah guru yang menggunakan kemudahan
perisian MS Power Point dalam menyampaikan pengajaran, namun mereka hanya
menyalin semula atau memindahkan nota tersebut pada tranparensi dan slaid-slaid
persembahan. Pemindahan maklumat ini hanya melibatkan elemen grafik statik dan
teks sahaja.

Kelebihan ciri-ciri multimedia animasi yang terdapat di dalam perisian tidak


dieksploitasi dengan sepenuhnya. Kita dapat lihat bahawa kedua-duanya bergantung
sepenuh kepada teks dan yang membezakan adalah transperansi menggunakan
‘Overhead Projector’ untuk memancarkan maklumat manakala perisian MS
PowerPoint memerlukan notabuku (notebook) ataupun komputer dan projektor
paparan kristal cecair (LCD). Dari sini jelas dapat dilihat konsep abstrak yang terdapat
di dalam subtopik seperti ‘pernafasan’ dan ‘fotosintesis’ tidak dapat disampaikan
dengan sempurna jika hanya penggunaan teks dan grafik yang statik sahaja. Konsep-
konsep abstrak yang terdapat dalam kedua-dua subtopik tersebut memerlukan aplikasi
multimedia animasi dan interaktiviti serta simulasi agar penjelasan bahan pengajaran
dipermudahkan.
4

Kajian yang dibuat oleh Vijaya Kumaran (1996) mendapati penggunaan


interaktiviti telah meningkatkan kadar ingatan mereka sehingga 60-70%. Apabila
pelajar berinteraksi di dalam kelas dan bertukat pendapat bersama rakan, ini akan
memudahkan untuk mereka mengingati sesuatu fakta. Mereka hanya memperolehi
40% apabila mereka melihat dan mendengar dan 20% sahaja dari apa yang mereka
dilihat. Apabila keadaan ini berlaku, pelajar menghadapi masalah di mana mereka
tidak dapat mengimaginasikan perkaitan di antara gerakan otot-otot diafgrama yang
terlibat semasa proses menarik dan menghembus nafas berlaku.

Disebabkan keadaan ini, pelajar akan mengambil jalan keluar seperti berputus
asa atau tidak mencuba untuk memahami konsep tersebut. Justeru itu masalah-
masalah yang diberikan berkaitan dengan konsep tersebut tidak dapat diselesaikan
dengan kaedah yang betul. Oleh itu diharapkan penggunaan bahan pengajaran
berasaskan perisian MS PowerPoint gabungan aplikasi multimedia berasaskan
animasi, bertindak sebagai pemudahcara dalam membantu pelajar bagi memahami
konsep asas yang mereka perlukan dalam menyelesaikan masalah dalam subjek
Biologi.

Tidak semua pelajar memahami dan mengetahui tentang animasi berkomputer.


Mungkin ada sesetengah pelajar yang tidak pernah menggunakannya. Lebih-lebih lagi
bagi pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan
komputer dan internet. Dalam usaha guru untuk mengaplikasikan elemen multimedia
animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu tahu penerimaan
pelajar terhadap penggunaan animasi tersebut. Ini kerana jika pelajar tidak biasa
dengan penggunaan animasi dan tidak memahami konsep animasi mungkin pelajar
akan cepat berasa putus asa dan bosan apabila menghadapi sebarang masalah. Pelajar
kebiasaannya lebih berminat untuk belajar apabila guru menggunakan sesuatu yang
berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka.
5

Disebabkan itulah, guru perlu mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap


penggunaan animasi kerana walaupun animasi sangat bagus untuk dilaksanakan,
namun jika pelajar tidak berminat, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan
berjalan dengan berkesan. Kajin ini mengkaji sejauh mana penerimaan pelajar
terhadap penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu
juga, kajian ini juga mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh peajar dalam
usaha mereka untuk memahami konsep biologi yang abstrak.

1.3 Objektif Kajian

Terdapat dua objektif kajian yang telah dibina. Objektif kajian ini sangat penting bagi
memastikan kajian yang dijalankan mempunyai matlamat dan tujuan sebenarnya.
Antara objektif-objektif yang telah dibina ialah;

1. Mengkaji persepsi pelajar tentang penggunaan animasi berkomputer dalam


pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami tajuk


pernafasan.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini akan dapat menjawab persoalan kajian yang dibina yang
merangkumi tiga soalan utama iaitu;

1. Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam proses


pengajaran dan pembelajaran?
6

2. Apakah persepsi pelajar terhadap minat mereka bagi penggunaan animasi


dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

3. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh dalam memahami konsep


sains dalam subjek biologi?

1.5 Signifikan Kajian

Tahap penerimaan pelajar tentang penggunaan animasi perlu diketahui.


Memandangkan kebanyakan konsep sains dalam matapelajaran biologi adalah abstrak
dan susah untuk difahami, dengan adanya penggunaan aplikasi multimedia animasi
berkomputer akan dapat membantu guru-guru dalam menyampaikan isi pengajaran
kepada pelajar. Ini kerana kaedah kuliah secara tradisional kurang berkesan bagi
pengajaran yang melibatkan penerangan tentang konsep yang abstrak. Pelajar
didedahkan dengan penggunaan animasi ini bagi memudahkan mereka memahami
pengajaran yang berlaku.

Namun, jika pelajar tidak berminat dengan penggunaan animasi ini dan mereka
merasa bosan, mungkin proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak
akan berlaku dengan baik. Mungkin pelajar merasakan animasi ini terlalu biasa atau
mereka mungkin berasa asing dengan penggunaan animasi ini. Oleh kerana itu, kajian
ini wajar dilaksanakan.

Selain daripada itu juga, kajian ini diharapkan agar guru-guru menggalakkan
pelajar untuk menggunakan aplikasi multimedia ini bagi memudahkan pemahaman
mereka dalan topik pernafasan. Kebanyakan pelajar membina pemahaman sendiri
tanpa mengetahui sama ada konsep yang dibina itu betul atau salah. Ini akan
membawa kepada miskonsepsi di kalangan pelajar. Guru mungkin tidak menyedari
perkara ini terjadi di kalangan pelajar.
7

Kajian ini juga diharapkan agar dapat menggalakkan guru-guru untuk


memahirkan diri mereka dalam pembinaan animasi bagi tujuan pengajaran dan
menggunakan animasi bagi sesetengah topik yang sukar untuk dijelaskan secara
kuliah tradisional. Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah persepsi pelajar dan
minat mereka terhadap penggunaan animasi ini. Walaupun kita sedia maklum bahawa
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan satu CD pembelajaran yang
memuatkan pelbagai aktiviti yang menarik namun, jika kita perhatikan, contoh
animasi bagi sesetengah konten pelajaran adalah tidak mengikut silibus yang
ditetapkan.

Oleh itu, guru perlulah membina sendiri animasi ini bagi memenuhi kehendak
pelajar. Pelajar sekarang terdedah dengan pelbagai contoh animasi dalam kehidupan
seharian mereka terutamanya di dalam permainan dan televisyen. Pelajar
sememangnya kita ketahui bahawa mereka sukakan sesuatu yang interaktif dan
menarik. Sekiranya pelajar mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan animsi
ini, maka ianya sangat sesuai untuk diterapkan di sekolah.

Kajian ini juga diharapkan akan dapat membuka minda guru-guru khususnya
yang mengajar subjek sains untuk merangka struktur pengajaran dan membina alat
bantu mengajar yang sesuai bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik.
Ini kerana dengan hanya menggunakan penerangan secara buasa sesetengah pelajar
tidak dapat menggambarkan situasi sebenar konsep sains yang dibincangkan.

1.6 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan tingkatan 5
bagi sebuah sekolah di Terengganu sahaja. Kajian ini melibatkan sampel yang dipilih
secara rawak bagi memastikan data yang dikumpulkan tepat bagi mewakili dua
kumpulan pelajar dari sebuah sekolah di Terengganu. Sekolah yang dipilih ialah
8

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah yang berada di daerah


Dungun.

Kajian ini terbatas kepada satu jenis instrumen sahaja iaitu penggunaan soal
selidik. Kajian ini terbatas kepada penggunaan soal selidik yang telah dibina yang
mengandungi 4 bahagian. Bahagian pertama merangkumi latar belakang pelajar.
Bahagian kedua pula merangkumi item-item berkenaan dengan persepsi pelajar
terhadap penggunaan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bahagian
ketiga pula memuatkan item-item yang mengkaji tentang minat pelajar untuk
menggunakan animasi dalam proses pengajarn dan pembelajaran. Bahagian terakhir
pula memuatkan item-item yang mengkaji masalah-masalah pelajar dalam memahami
konsep biologi.

Soal selidik yang dibina memuatkan soalan dan item untuk mengumpul data
mengenai penggunaan dan minat pelajar terhadap animasi berkomputer dan
aplikasinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penyelidik juga
mengkaji masalah yang dihadapi untuk memahami konsep biologi. Konsep biologi
yang dibincangkan dalam kajian ini adalah konsep mekanisma pernafasan dan
mekanisma fotosintesis.

Soal selidik ini mengandungi soalan mengenai persepsi pelajar terhadap


penggunaan aplikasi multimedia animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Hanya data yang dikumpulkan daripada soal selidik ini digunakan
untuk menentukan hipotesis yang dibina ini diterima atau ditolak dan digunakan untuk
menjawab soalan kajian yang dinyatakan.

Kajian ini terbatas kepada penggunaan bahan animasi yang dibina dengan
menggunakan perisian Flash MX 2004 dan dijadikan CD interaktif. CD interaktif
yang dibina hanya berfokuskan kepada tajuk fotosintesis dalam subtopik mekanisma
9

pernafasan sahaja dan animasi tentang mekanisma pernafasan diperolehi daripada


laman web McGraw-Hill company dan tidak merangkumi tajuk-tajuk subjek biologi
tingkatan 4 yang lain. CD interaktif yang dibina ini akan ditunjukkan kepada pelajar
sebelum mereka menjawab soalan soal selidik yang diberikan. Animasi bagi tajuk
fotosintesis ini dibina menggunakan Adobe Image Ready dan Macromedia Flash MX.

1.7 Definisi Operasional

Kajian ini mengkaji tentang persepsi dan pandangan pelajar-pelajar tingkatan empat
terhadap penggunaan animasi berkomputer dalam subtopik mekanisma fotosintesis
dan mekanisma pernafasan bagi subjek biologi yang merangkumi sukatan pelajaran
tingkatan empat.

1.7.1 Persepsi

Persepsi pelajar bermaksud pandangan atau pendapat seseorang tentang sesuatu


perkara. Ia mungkin pandangan positif ataupun pandangan negatif. Evan (1991)
menyatakan bahawa persepsi adalah sesuatu yang dipelajari. Ia diterima pada
peringkat awal pertumbuhan individu dan kemudiannya akan berubah melalui proses
pembelajaran, sosial, pemikiran dan saranan. Persepsi pelajar bagi kajian ini diukur
dengan menggunakan soalan soal selidik. Soal selidik ini menggunakan skala Likert.

1.7.2 Animasi

Animasi berkomputer merupakan salah satu elemen multimedia yang memuatkan


paparan visual yang memberi kesan realiti kepada sesuatu objek atau proses. Menurut
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), animasi bermaksud suatu paparan visual
yang bersifat dinamik. Ianya juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu
objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang
10

pada dasarnya adalah statik. Menurutnya lagi, animasi membolehkan sesuatu yang
agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik
disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Animasi yang digunakan bagi tujuan
kajian ini dibina daripada perisian Microsoft Power Point yang digabungkan dengan
softwer Macromedia Flash MX.

Robert, Micheal & Russel (2002), menyatakan animasi sebagai satu teknik
memberikan gerakan kepada objek yang asalnya tidak bergerak. Dengan ini,
menjadikan gambar itu berturutan sehingga menghasilkan satu pergerakan yang
mudah untuk difahami. Animasi yang digunakan bagi tujuan kajian ini dibina daripada
perisian Microsoft Power Point yang digabungkan dengan softwer Macromedia Flash
MX. Animasi yang digunakan menerangkan tentang topik biologi iaitu mekanisma
pernafasan dan mekanisma fotosintesis.

1.7.3 Subtopik Pernafasan

Subtopik pernafasan merupakan satu tajuk kecil dalam subjek biologi. Ia merupakan
salah satu tajuk daripada bab ‘Respiration in Human’ bagi silibus Biologi Tingkatan
Empat. Bagi tujuan kajian ini, animasi bagi topik ini diambil daripada laman web Mc-
Graw Hill Company..

1.7.4 Subtopik Fotosintesis

Tajuk fotosintesis merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran biologi Ia
merupakan tajuk daripada bab ‘Photosynthesis’ bagi silibus Biologi Tingkatan Empat.
Bagi tujuna kajian ini, penyelidik membina sendiri animasi bagi menerangkan konsep
fotosintesis.
11

1.7.5 Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan proses penyampaian maklumat dengan


menggunakan pelbagai metod dan kaedah yang sesuai. Menurut Ee Ah Meng (1997),
pengajaran adalah satu proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap, dan
nilai-nilai dengan menggunakan kadah-kaedah tertentu.

Pembelajaran merupakan satu proses memperoleh, mengguna, dan


mengekalkan pengetahuan dan kemahiran melalaui pengalaman yang mengubah
pemikiran dan sikap dalam hubungan dengan dunia sekeliling kita. Selain itu,
pembelajaran juga dirujuk sebagai proses mendapat, mengembang dan menyerap
kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk maklumat, konsep dan idea melalui
pengalaman dan aplikasi. (Borman & Levin, 1996).

Davies (1981) mendefinisikan pengajaran dan pembelajaran sebagai hasil


pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar. Beliau menjelaskan lagi bahawa
pengajaran dan pembelajaran ialah perubahan tingkahlaku yang boleh diperhatikan
dan boleh diukur.

Pembelajaran bagi kajian ini merujuk kepada perubahan tingkahlaku yang


boleh dilihat dan diukur. Pengajaran pula bagi kajian ini merujuk kepada penglibatan
pelajar dan guru semasa mempersembahkan perisian animasi.
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji pada masa yang lalu berkaitan dengan animasi berkomputer yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bab ini membincangkan tentang kajian
mengenai persepsi dan respon pelajar terhadap penggunaan animasi. Dalam bab ini
juga pengkaji membincangkan tentang perbandingan antara keberkesanan penggunaan
grafik statik berbanding dengan penggunaan animasi berkomputer. Untuk tujuan itu,
pengkaji telah menyatakan semua hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji masa lalu.

2.2 Penggunaan Animasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat banyak kajian yang dilakukan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan


animasi dalam pembelajaran. Satu kajian yang telah diperolehi pengkaji adalah kajian
yang dilakukan oleh O'Day (2006) dalam atrikelnya yang bertajuk “Animated Cell
13

Biology: A Quick and Easy Method for Making Effective, High-Quality Teaching
Animations”. Kajian ini mengkaji tentang perbezaan pencapaian pelajar yang
mengikuti pengajaran secara teks dan grafik ataupun secara animasi berkomputer.
O'Day (2006) menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti pembelajaran secara
animasi memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding pelajar yang mengikuti
pelajaran secara teks dan grafik. Menurut O'Day (2006),

“Students who viewed the approximately 3-min PowerPoint/Camtasia Studio


animation "Calcium and the Dual Signalling Pathway" over 15 min scored
significantly higher marks on a subsequent quiz than those who had viewed still
graphics with text for an equivalent time. In addition, results from student evaluations
provided some data validating the use of such animations in cell biology teaching with
some interesting caveats”(pp.261)

Satu kajian yang diperoleh daripada artikel ini adalah kajian yang dijalankan
oleh Mayer & Anderson (1992). Kajian ini menyatakan bahawa dalam membentuk
satu animasi, pengkaji hendaklah memahami bentuk pedagogi yang terbaik untuk para
pelajar. Telah terbukti sebelum ini bahawa animasi yang digabungkan dengan
penceritaan adalah lebih berkesan berbanding dengan animasi tanpa penceritaan.

Menurutnya lagi, pelajar akan belajar dengan lebih berkesan apabila perkataan
dan gambar digabungkan bersama-sama kesan multimedia berbanding dengan teks
semata-mata. Data yang diperolehi ini adalah konsisten dengan teori kognitif yang
menyatakan bahawa terdapat limitasi dalam memori, dan dengan menggunakan visual
dan auditori, tahap memori dipertingkatkan.

Selain daripada kajian ini, terdapat satu lagi kajian yang dijalankan oleh Stith
(2004) dalam artikelnya yang bertajuk “Use of Animation in Teaching Cell Biology”.
Kajian ini juga mengkaji perbandingan antara penggunaan grafik statik dengan
animasi berkomputer. Beliau menyatakan bahawa animasi sangat sesuai digunakan
14

dalam topik-topik biologi yang melibatkan langkah-langkah yang teratur dan


mempunyai mekanisma yang tertentu seperti mekanisma pengubahsuaian protein.

Satu kajian diperolehi dalam artikel ini iaitu kajian yang dijalankan oleh
Kearsley (1996) (http://trc.ucdavis.edu/msjacob/partners/25_learning.htm). Beliau
menyatakan bahawa penggunaan animasi bersama-sama dengan bunyi akan dapat
mempersembahkan konsep dengan lebih berkesan berbanding dengan ilustrasi statik
atau membaca teks. Beliau menyatakan bahawa;

“...short sound effects (e.g., a squeak) or words can be used to highlight certain
motions or steps in an animation (although the use of voiceover can increase the
animation file size tremendously).”(pp.185).

Menurut Williamson & Abraham (1995) dalam Stith (2004), pelajar yang
didedahkan dengan animasi bagi proses pengajaran dan pembelajaran tentang konsep
kimia mendapat skor peperiksaan yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang
menerima pengajaran dalam kuliah yang sama dalam bentuk kuliah pasif tanpa
melibatkan penggunaan animasi. Menurutnya lagi;

“The animations increased lecture time by only 3%–6%, and the authors suggested
that this increase did not play a role in the elevated exam averages. In addition,
student "contentment" was higher in the section that viewed the animations.”(pp.186).

Kajian yang dinyatakan di atas menerangkan tentang kebaikan animasi dalam


pembelajaran. Namun, terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa animasi tidak
semestinya membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang diperolehi
yang tidak menyokong penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
kajian yang dijalankan oleh Tversky & Morrison (2002).
15

Dalam kajian yang dijalankan oleh Tversky & Morrison (2002) ini, pelajar
tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik apabila animasi yang ditunjukkan
mempunyai terlalu banyak maklumat lebih daripada yang diperlukan. Oleh itu,
menurut beliau, bahan pengajaran yang disediakan mestilah sesuai dengan topik yang
dibincangkan. Menurutnya lagi, "Apprehension Principle" menyatakan bahawa untuk
memastikan pelajar memperolehi pemahaman yang tepat dengan topik terbabit,
konten pengajaran yang dibina mestilah mudah dan tepat untuk diterima dan difahami.

Selain itu, menurut Tversky & Morrison (2002) lagi, animasi yang mempunyai
pergerakan yang terlalu cepat atau mempunyai maklumat yang berlebihan dan tidak
berasas dengan konten pegajaran ataupun kebenarannya mengelirukan pelajar akan
membawa kepada pemahaman yang cetek dan menimbulkan tanda tanya kepada
mereka. Oleh itu, pertimbangan yang sewajarnya mestilah dibuat sebelum membina
sesuatu animasi. Ini termasuklah elemem interaktiviti yang dapat meningkatkan
motivasi pelajar atau pengguna yang mengikuti animasi tersebut.

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Norshida Mohd Ali (2006) dalam
kajiannya yang bertajuk “Modul Interaktif Pengajaran Dan Pembelajaran Topik:
Simetri Molekul”. Kebanyakan responden memberikan respon yang positif berkenaan
dengan aspek penyampaian isi kandungan dan persembahan perisian terhadap
penggunaan modul multimedia interaktif yang melibatkan elemen animasi dalam
pembelajaran topik simetri molekul.

2.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar Untuk Memahami Konsep Sains

Satu kajian telah dijalankan oleh Shu-Ling Hui (2000), yang mengkaji tentang
kebolehan pelajar untuk memahami konsep sains yang abstrak. Menurutnya, pelajar
akan dapat memahami konsep sains yang abstrak dengan lebih baik apabila guru
menggunakan grafik dan audio bersama dengan animasi semasa menjalankan proses
16

pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, animasi yang digabungkan dengan


audio merupakan satu cara yang paling berkesan bagi memudahkan pelajar
mengingati konsep kerana mereka lebih banyak menggunakan deria mereka.

Selain daripada itu juga, menurut Nor A’isah Abdul Shukor (2004), pengajaran
dan pembelajaran yang bermasalah adalah kerana menggunakan kaedah penagajaran
yang tradisional. Dengan ini menyebabkan pelajar kurang melakukan aktiviti dan
hanya mendengar penerangan daripada guru. Dengan pendekatan pengajaran yang
sesuai, masalah pembelajaran tidak akan timbul. Oleh itu, penggunaan animasi dalam
pembelajaran biologi sangat sesuai untuk dipraktikkan. Selain ia mengaplikasikan
penggunaan teknologi, animasi juga dapat menarik minat dan tumpuan pelajar.

2.4 Kesimpulan

Dalam bab 2, segala kajian yang melibatan tentang keberkesanan, penerimaan dan
perbandingan antara penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
disertakan. Tujuan ia dilakukan supaya pengkaji mudah untuk merujuk sekiranya
terdapat percanggahan maklumat daripada data akan diperolehi. Kajian lepas sama
ada dari dalam atau luar negara disusun dengan baik memudahkan pengkaji membuat
rujukan dan penilaian.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai prosedur kajian yang dijalankan. Penyelidik


menjelaskan secara terperinci tentang sampel populasi yang terlibat. Di samping itu
juga, penyelidik penyelidik juga menerangkan secara terperinci tentang instrumen
yang digunakan sepanjang kajian dijalankan. Bab ini juga memperincikan lagi
mengenai prosedur kajian yang telah dijalankan. Selain daripada itu juga, penyelidik
menerangkan dengan jelas cara menganalisa data yang digunakan yang diperoleh
daripada kajian.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan tengku Intan Zaharah,


Dungun untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam
pengajaran dan pembelajaran biologi. Topik yang dipilih untuk tujuan kajian ialah
“Breathing Mechanism” dan “Photosynthesis” Kajian yang dijalankan ini
18

menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan(survey).


Kajian ini akan mengenalpasti kumpulan sasaran yang terdiri daripada pelajar
tingkatan empat dan tingkatan lima. Mereka akan memberi maklumbalas dan
pandangan mereka terhadap penggunaan animasi multImedia bagi topik biologi
subtopik mekanisma pernafasan dan fotosintesis.

Bagi tujuan kajian ini, satu set soal selidik dengan skala Likert empat mata
telah digunakan. Soal selidik ini diubahsuai daripada kajian yang telah dijalankan oleh
Ku Suyanti Ku Abdullah (2005). Untuk bahagian keempat, iaitu soal selidik mengenai
masalah pelajar untuk memahami biologi, penyelidik telah membina sendiri item-item
ini. Oleh itu satu kajian rintis dijalankan bagi menentukan kesahan item-item yang
telah dibina. Soal selidik ini dibina bagi mengetahui persepsi pelajar tehadap
penggunaan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik
fotosintesis dan mekanisma pernafasan.

Bagi mengkaji masalah pelajar untuk memahami biologi, penyelidik telah


membina sendiri item-item yang berkaitan. Oleh itu satu kajian rintis telah dijalankan
untuk menentukan kebolehpercayaan item-item tersebut. Keseluruhannya, soal selidik
ini dibina untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan dan minat mereka
untuk menggunaan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Topik
biologi yang dipilih bagi tujuan kajian ini ialah “Breathing Mechanism” dan
“Photosynthesis”.

Semasa menjalankan kajian, sebelum soal selidik diedarkan, penyelidik


terlebih dahulu menerangkan kepada pelajar tentang animasi yang telah disediakan.
Bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran, penyelidik memilih sampel
kajian yang telah mempelajari topik tersebut bersama-sama dengan tenaga pengajar
biologi kelas berkenaan. Setelah selesai sesi penerangan tentang konten pengajaran,
penyelidik mengedarkan soal selidik kepada responden kajian.
19

3.3 Sampel Kajian

Sampel kajian bagi kajian ini dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak
iaitu pelajar yang dipilih tidak berdasarkan pencapaian, kelas dan latar belakang.
Sampel kajian yang digunakan ialah seramai 100 orang pelajar yang melibatkan
pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima daripada sebuah sekolah di daerah Dungun
iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah (SMKTIZ). Sampel
kajian ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran biologi.

Penyelidik meminta bantuan daripada guru yang mengajar biologi untuk


mengenalpasti pelajar yang mengambil subjek biologi supaya semuanya berpeluang
untuk menjadi sampel bagi tujuan kajian ini. Penyelidik menggunakan sampel
daripada tingkatan lima atas nasihat guru biologi di sekolah tersebut. Ini kerana
menurut beliau, pelajar biologi tingkatan lima juga mempunyai masalah dalam
memahami subjek biologi.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian ialah soalan survey/soal selidik. Soal selidik ini merangkumi empat
bahagian. Bahagian pertama merangkumi latar belakang pelajar. Bahagian kedua pula
merangkumi item-item berkenaan dengan persepsi pelajar terhadap penggunaan
animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ketiga pula
memuatkan item-item yang mengkaji tentang minat pelajar untuk menggunakan
animasi dalam proses pengajarn dan pembelajaran. Bahagian terakhir pula
memuatkan item-item yang mengkaji masalah-masalah pelajar dalam memahami
konsep biologi. Soal selidik ini dengan skala Likert empat mata mengandungi 4
pilihan jawapan iaitu;
20

STS = Sangat Tidak setuju


TS = Tidak Setuju
S = Setuju
SS = Sangat Setuju

Setiap pilihan jawapan bagi item positif mempunyai nilai yang berbeza seperti
yang dinyatakan dalam jadual 3.1;

Jadual 3.1
Pembahagian Markah Mengikut Pilihan Jawapan

Perkara Markah
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Setuju 3
Sangat setuju 4

Soal selidik yang dibina memuatkan soalan dan item untuk mengumpul data mengenai
penggunaan dan minat pelajar terhadap animasi berkomputer dan aplikasinya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah ‘adakah animasi memudahkan
pemahaman mereka’ dan ‘adakah animasi menarik minat mereka untuk mempelajari
subjek biologi’.

Selain itu, penyelidik juga mengkaji masalah yang dihadapi untuk memahami
konsep biologi. Antara soalan yang dibina ialah ‘adakah mereka selalu menghafal
fakta sains’, ‘adakah mereka selalu mengimaginasikan sesuatu konsep/fakta sains’
dan banyak lagi. Konsep biologi yang dibincangkan dalam kajian ini adalah konsep
mekanisma pernafasan dan mekanisma fotosintesis. Soalan soal selidik ini diuji
kesahan dan kebolehpercayaan supaya item-item yang dibina sah dan boleh
dipercayai.
21

Selain daripada itu, penyelidik telah meminta pendapat guru biologi di sekolah
berkenaan mengenai animasi yang akan ditunjukkan kepada pelajar. Penyelidik
menunjukkan kepada guru berkenaan bagi memastikan animasi tersebut tepat dan
bersesuian edngan konten dan isi kandungan topik tersebut. Bagi animasi mekanisma
fotosintesis, penyelidik membinanya berdasarkan kepada buku teks yang telah
disahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. bagi animasi mekanisma pernafasan,
penyelidik telah mengambil daripada laman web Mcgraw Hill Company dan
diubahsuai supaya bersesuaian dengan konten dan silibus pelajar yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.5 Kajian Rintis

Sebelum menjalankan kajian rintis, penyelidik terlebih dahulu berbincang dengan


penyelia tentang soal selidik yang telah dibina. Penyelidik berbincang dengan
penyelia bagi memastikan soal selidik yang dibina bersesuai dengan persoalan kajian
dan sampel yang dipilih. Penyelidik berbincang dengan penyelia bagi memastikan
soal selidik sah dari segi kesahan kandungannya.

Satu kajian rintis telah dijalankan di sekolah yang dipilih dengan sampel kajian
seramai 20 orang pelajar. Sampel kajian ini dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang
sama dengan sampel kajian yang akan dijalankan iaitu mereka juga merupakan
pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran biologi. Melalui daripada
data yang diperoleh daripada kajian rintis yang dibuat, kebolehpercayaan bagi item
yang dibina diukur dengan menggunakan SPSS 12.0. Nilai Croncbach’s Alpha yang
baik hendaklah melebihi daripada 0.65.

Jadual 3.2
Statistik Kebolehpercayaan
Cronbach’s Alpha Bilangan Item (N)
0.767 20
22

Berdasarkan kepada nilai Cronbach’s Alpha, iaitu pada tahap 0.767 menunjukkan
bahawa alat kajian iaitu soal selidik berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi.
Kajian rintis ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah.
Seramai 20 orang pelajar telah dipilih secara rawak. Kajian rintis ini dijalankan
supaya soal selidik yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi supaya dapat ditadbirkan di sekolah bagi tujuan penyelidikan.

3.6 Prosedur Kajian

Sebelum menjalankan kajian, langkah pertama yang dilakukan ialah mendapat surat
pengesahan daripada Fakulti Sains dan teknologi untuk menjalankan penyelidikan.
setelah itu, penyelidik terlebih dahulu meminta kebenaran daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk membuat kajian di sekolah. Penyelidik menghantar borang
kebenaran untuk menjalankan kajian kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah
mendapat kebenaran daripada pihak kementerian pelajaran, penyelidik dikehendaki
untuk mendapatkan surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

Surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri diperlukan bagi mendapatkan


kebenaran untuk menggunakan sampel kajian di sekolah. Apabila berada di sekolah,
penyelidik mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah untuk menjalankan
kajian di sekolah tersebut dan meminta surat pengesahan daripada pihak sekolah sama
ada membenarkan atau tidak membenarkan penyelidik membuat kajian di sekolah
beliau.

Setelah kebenaran daripada semua pihak diperolehi, penyelidik dibawa untuk


berbincang dengan guru pembimbing yang mengajar subjek biologi bagi pelajar
tingkatan empat dan tingkatan lima. Penyelidik berbincang dengaan guru biologi
tingkatan empat, Puan Fatimah Syam binti Ghazali masa yang sesuai untuk
menjalankan kajian dan mengedarkan soal selidik.
23

Mengikut perancangan, penyelidik ingin menerangkan kepada pelajar tentang


animasi yang telah disediakan. Namun, disebabkan kekangan masa, guru pembimbing
yang menerangkan kepada pelajar animasi tersebut. Penyelidik hanya mengedarkan
soal selidik kepada pelajar. Pelajar diberikan sedikit masa untuk menjawab soal
selidik tersebut. Soal selidik yang telah siap dijawab dikumpulkan oleh penyelidik
untuk dianalisa.

3.7 Analisis data

Penganalisaan data akan dijalankan dengan menggunakan statistik deskriptif yang


melibatkan pengiraan data untuk mencari peratusan dan min bagi item-item yang
dibina bagi melihat sama ada pelajar mempunyai persepsi positif atau negatif terhadap
penggunaan animasi dalam proses pengajarandan pebelajaran. Analisis data ini
dijalankan supaya penyelidik dapat menyusun dan mengintepritasikan maklumat yang
diperoleh. Data-data dianalisis berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah dibina.
Analisis ini dijalankan berdasarkan data-data yang akan dikumpulkan menerusi soal
selidik yang akan ditadbirkan pada sampel kajian yang telah dpilih.

Analisis data ini dilaksanakan dengan menggunakan Pakej Statistik untuk


Sains Sosial (SPSS). Dalam kajian ini penyelidik menggunakan analisis statistik
deskriptif bagi memerihalkan data-data yang diperolehi. Data dikumpulkan dalam
bentuk jadual dan juga dipersembahkan dalam bentuk carta bar. Setiap carta bar
menunjukkan peratusan pelajar yang menjawab sama ada sangat tidak setuju, tidak
setuju, setuju atau sangat setuju. Dengan meringkaskan data dalam bentuk jadual dan
carta bar, akan memudahkan peyelidik untuk membaca data dengan mudah. Selain itu,
ia juga memudahkan pembaca lain untuk memahami data kajian yang diperoleh.

Dalam kajian ini, dua bentuk item telah digunakan iaitu item berbentuk positif
dan item berbentuk negatif. Untuk menganalisa item ini menggunakan SPSS, terdapat
24

sedikit perbezaan dalam memasukkan data dalam perisian ini. Penyelidik telah
meminta bantuan daripada penyelia dan juga pelajar lain untuk membantu. Bagi item
berbentuk positif, setiap jawapan yang dikemukakan oleh responden diberikan mata 1
untuk “sangat tidak setuju”, 2 untuk “tidak setuju”, 3 untuk “setuju” dan 4 untuk
“sangat setuju”. Berbeza dengan item negatif iaitu, setiap pilihan jawapan diberikan
mata 1 untuk “sangat setuju, 2 untuk “setuju”, 3 untuk “tidak setuju” dan 4 untuk
“sangat tidak setuju”.

Bagi responden yang menjawab sangat setuju dan setuju dikira sebagai
menerima kenyataan dalam soalan atau item yang dikemukakan dan responden yang
menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju dikira sebagai menolak kenyataan
seperti yang dikemukakan dalam soalan. Dalam kajian ini, hanya statistik deskriptif
yang digunakan iaitu peratusan dan min skor. Oleh itu, data kajian dikumpulkan
dalam bentuk peratus memudahkan pembaca untuk mengetahui hasil kajian yang
dijalankan.

3.8 Kesimpulan

Metodologi kajian sangat penting dalam sesebuah kajian kerana ia merangkumi aspek
pengumpulan data kajian. data-data ini dikumpulkan dan dianalisa dalam bentuk yang
mudah difahami. Penyelidik perlu memastikan data yang diperoleh dipersembahkan
dalam bentuk yang mudah difahami oleh semua pihak. Oleh itu, segala aspek dalam
metodologi kajian ini sangat penting untuk diperincikan. Data-data yang diperoleh
daripada instrumen yang akan dijalankan akan diproses dan dianalisa oleh pengkaji
untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi pelajar ini dan digunakan bagi
tujuan analisis data. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan dalam metodologi
kajian ini bagi memastikan penyelidik dapat mengumpulkan data-data yang
diperlukan bagi menjawab persoalan kajian supaya objektif kajian dapat dicapai.
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang data-data kajian yang diperoleh. Data-data ini
diperoleh daripada soal selidik yang telah ditadbirkan kepada 100 orang pelajar.
Pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Sekolah Menengah
Kebangsan Tengku Intan Zaharah, Dungun. Data-data ini dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS 12.0 untuk mendapatkan analisis deskriptif bagi
peratusan dan min bagi setiap item dalam soal selidik. Antara aspek yang dianalisis
ialah persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan
pembelajaran biologi, persepsi pelajar terhadap minat mereka tentang animasi, dan
masalah-masalah dalam memahami subjek biologi.

Analisis data dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah


persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajarn dan pembelajaran
biologi. Bahagian kedua ialah persepsi pelajar terhadap minat bagi menggunakan
animasi. bahagian yang terakhir ialah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
dalam memahami konsep sains dalam subjek biologi.
26

4.2 Analisis deskriptif dan latar belakang responden

Setelah data dianalisis, didapati responden yang terlibat adalah seperti yang dijelaskan
dalam jadual dibawah 4.1;

Jadual 4.1
Latar belakang Responden Kajian
BIL PERKARA KEKERAPAN
1. Bangsa Melayu 100%
Cina 0%
India 0%

2. Jantina Lelaki 36%


Perempuan 64%

3. Pengalaman menggunakan animasi dalam Ada 95%


pembelajaran Tiada 5%

Jadual 4.1 menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian yang djalankan.
Daripada borang soal selidik yang digunakan, didapati kesemua responden adalah
terdiri daripada pelajar berbangsa melayu. Majoriti responden mempunyai
pengalaman dalam menggunakan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana, kebiasaannya, guru menggunakan animasi yang telah tersedia dalam CD
perisian daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada hasil dapatan
kajian, responden adalah terdiri daripada 36 orang pelajar lelaki dan 64 orang pelajar
perempuan.
27

4.3 Persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalan pengajaran dan


pembelajaran

Untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran


dan pembelajaran biologi, penyelidik telah membina lapan soalan iaitu item 1 hingga
item 8. Penyelidik menganalisis item ini dengan menggunakan SPSS 12.0 dan
mengumpulkannya dalam bentuk peratus dan dimasukkan di dalam jadual 4.2. Jadual
4.2 pada muka surat 35 menunjukkan peratusan persepsi responden terhadap
penggunaan animasi berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran biologi.

Merujuk kepada item 1, hasil daripada dapatan kajian yang dibuat mendapati
bahawa majoriti pelajar (54%) memilih setuju dan 28% memilih sangat setuju bahawa
mereka dapat memahami pembelajaran yang diajar melalui animasi dengan lebih
jelas. Manakala 16% pelajar tidak bersetuju dan 2% sangat tidak bersetuju animasi
dapat membantu mereka memahami pelajaran dengan lebih jelas. Secara
keseluruhannya, kebanyakan pelajar bersetuju bahawa animasi dapat membantu
mereka memahami pelajaran yang diajar dengan lebih jelas.

60
54%
50
Peratus (%)

40

30 28%
Percent

20
16%

10

2%
0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.1: Item 1 Animasi dapat membantu saya memahami pelajaran dengan lebih
jelas.
28

60 56%

50
Peratus (%)

40

30
22%
20%
20

10 2%

0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.2: Item 4. Penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan pemahaman saya
dalam mempelajari konsep sains.

Jika dirujuk kepada item 4, terdapat 56% pelajar tidak bersetuju dan 20%
pelajar sangat tidak bersetuju bahawa penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan
kefahaman mereka dalam mempelajari konsep sains. Hanya 22% pelajar bersetuju dan
2% pelajar sangat bersetuju bahawa penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan
kefahaman mereka. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh pelajar tidak
bersetuju bahawa penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan kefahaman mereka
dalam mempelajari konsep sains.
29

50
50%
40
Peratus (%)

30
26%
24%
Percent

20

10

0
tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.3: Item 2. Penggunaan animasi dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan
pembelajaran saya.

Bagi item 2, terdapat 50% pelajar bersetuju dan 24% pelajar sangat bersetuju
bahawa penggunaan animasi dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan pelajaran
mereka. Namun, terdapat 26% pelajar tidak bersetuju dengan pandangan ini. Namun,
secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa pelajar bersetuju bahawa penggunaan
animasi dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan pelajaran mereka.
30

60
54%
50
Peratus (%)

40

30
Percent
24%
22%
20

10

tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.4: Item 3. Daya ingatan saya meningkat apabila belajar dengan menggunakan
animasi.

Selain daripada itu, merujuk kepada item 3, 54% pelajar memilih bersetuju dan
22% pelajar memilih sangat setuju bahawa daya ingatan mereka meningkat apabila
belajar dengan menggunakan animasi. Namun, terdapat 24% pelajar memilih tidak
bersetuju bahawa daya ingatan mereka meningkat apabila menggunakan animasi.
Secara keseluruhannya, majoriti pelajar mempunyai persepsi positif terhadap item 3
ini.
31

60 56%

50
Peratus (%)

40
32%
Percent
30

20
12%
10

0
tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.5: Item 5. Animasi meransang pemikiran kritis dan kreatif saya.

Bagi item 5, majoriti pelajar bersetuju bahawa animasi meransang pemikiran


kritis dan kreatif mereka terhadap pembelajaran. Ini kerana terdapat 56% pelajar
memilih bersetuju dan 32% pelajar memilih sangat bersetuju dan hanya 12% pelajar
memilih tidak bersetuju. Oleh itu secara keseluruhannya, pelajar bersetuju bahawa
animasi dapat meransang pemikiran kritis dan kreatif mereka terhadap pembelajaran.
32

40
40%

30%
30
Peratus (%)

20 19%
Percent

11%
10

0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.6: Item 6. Penerangan mekanisma fotosintesis menggunakan animasi


memudahkan pemahaman saya.

Bagi item 6, 40% pelajar memilih bersetuju dan 30% pelajar memilih sangat
bersetuju, 11% memilih sangat tidak bersetuju dan 19% pelajar memilih tidak
bersetuju bahawa penerangan konsep mekanisma fotosintesis dengan menggunakan
animasi memudahkan pemahaman mereka. Namun secara keseluruhannya, majoriti
pelajar bersetuju bahawa animasi dapat memudahkan pemahaman mereka dalam
memahami konsep mekanisma fotosintesis.
33

50
22%

40
Peratus (%)

30

Percent
50%
20 18%

10%
10

0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rjah 4.7: Item 7. Saya merasakan penggunaan animasi membuatkan saya jadi lebih
keliru dengan konsep sains.

Selain daripada itu juga, bagi item 7, 22% pelajar memilih sangat tidak
bersetuju dan 50% pelajar memilih tidak bersetuju bahawa penggunakan animasi
membuatkan mereka menjadi lebih keliru dengan konsep sains. Namun, 18% pelajar
memilih setuju dan 10% pelajar memilih sangat bersetuju bahawa penggunaan
animasi membuatkan mereka lebih keliru dengan konsep sains. Min bagi item ini
berada di bawah paras min piawai iaitu 2.16. Oleh itu majoriti pelajar mempunyai min
positif iaitu bersetuju bahawa mereka tidak keliru dengan penggunaan animasi.
34

50
50%

40
Peratus (%)

30 26%
24%
Percent

20

10

0
tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.8: Item 8. Saya dapati guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik
dan berkesan apabila menggunakan animasi.

Selain daripada itu juga, bagi item 8, majoriti pelajar juga bersetuju bahawa
guru dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan lebih baik dan berkesan
dengan menggunakan animasi ini berbanding menggunakan kaedah konvensional
biasa. Ini kerana terdapat 50% pelajar memilih bersetuju, 26% pelajar memilih sangat
setuju dan hanya 24% pelajar memilih tidak bersetuju. Animasi dapat membantu guru
menggambarkan kepada pelajar gambaran sebenar proses-proses yang abstrak bagi
memudahkan pemahaman pelajar.

Berdasarkan kepada data-data yang diperolehi ini, penyelidik dapat


menyimpulkan bahawa kebanyakan pelajar memilih untuk bersetuju dengan item-item
positif yang menyokong kepada penggunaan animasi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, kebanyakan pelajar memilih untuk tidak bersetuju
dengan item negatif yang tidak menyokong kepada penggunaan animasi semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4.2 menunjukkan ringkasan kepada data
yang diperoleh.
35

Jadual 4.2: Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi

STS TS S SS
ITEM (%) (%) (%) (%) Min

1. Saya dapat memahami pengajaran yang diajar melalui animasi dengan lebih jelas. 2 16 54 28 3.08

2. Penggunaan animasi dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan pembelajaran saya. 0 26 50 24 2.98

3. Daya ingatan saya meningkat apabila belajar dengan menggunakan animasi 0 24 54 22 2.98

4. Penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan pemahaman saya dalam 20 56 22 2 2.06


mempelajari konsep sains.

5. Animasi meransang pemikiran kritis dan kreatif saya. 0 12 56 32 3.20

6. Penerangan mekanisma fotosintesis dengan animasi memudahkan pemahaman


saya. 11 19 40 30 2.89

7. Saya merasakan penggunaan animasi membuatkan saya jadi lebih keliru dengan
konsep sains. 22 50 18 10 2.16
8. Saya dapati guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan
apabila animasi digunakan.
0 24 50 26 3.02

STS= sangat tidak setuju, TS= tidak setuju, S= setuju, SS= sangat setuju
36

4.4 Persepsi pelajar terhadap minat menggunakan animasi dalam pengajaran


biologi.

Bagi mendapatkan persepsi pelajar terhadap minat mereka untuk menggunakan


animasi semasa pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah menggunakan
sebanyak 9 item iaitu item 9 hingga item 17. Item-item ini juga dianalisis
menggunakan perisian SPSS 12.0. Data-data ini dianalisis dalam bentuk peratusan dan
min skor bagi menentukan sama ada pelajar beminat atau tidak untuk menggunakan
animasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Data dikumpulkan seperti dalam jadual
4.3 pada muka surat 45 dan dipersembahkan dalam bentuk rajah.

Bagi item 9, seramai 52% pelajar memilih setuju dan 24% pelajar memilih
sangat setuju, 22% memilih tidak bersetuju dan 2% memilih sangat tidak setuju
bahawa mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru
apabila menggunakan animasi. Namun, secara keseluruhannya, majoriti pelajar
bersetuju dengan item 9 ini. Ini kerana, animasi memerlukan pelajar untuk
memberikan tumpuan yang sepenuhnya bagi memastikan mereka memahami proses
yang berlaku.

50 52%
5

40

30 24%
Peratus (%)

22%

20

10 2%

0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.9: Item 9. Saya dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru.
37

50 46%

40

30 30%
Peratus (%)

22%
Percent

20

10

2%
0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.10: Item 10. Saya amat tertarik dengan pembelajaran menggunakan animasi.

Selain itu bagi item 10, seramai 46% pelajar memilih setuju, 30% pelajar
memilih sangat setuju, 22% pelajar memilih tidak setuju dan 2% pelajar memilih
sangat tidak setuju bahawa mereka sangat tertarik dengan cara pembelajaran dengan
menggunakan animasi. Namun, secara keseluruhannya, majoriti pelajar bersetuju
bahawa mereka berasa tertarik dengan cara pembelajaran menggunakan animasi ini.
38

60
52%
50

40
Peratus (%)

36%

Percent
30

20
12%
10

0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju

Rajah 4.11: Item 11. Saya berasa sangat bosan apabila guru menggunakan animasi
untuk terangkan konsep sains

Bagi item 11, hampir semua pelajar tidak bersetuju bahawa penggunaan
animasi membuatkan mereka berasa bosan apabila terdapat seramai 36% pelajar
memilih tidak setuju dan 52% pelajar memilih sangat tidak setuju bahawa mereka
berasa bosan apabila guru menggunakan animasi ketika menerangkan konsep sains.
Hanya 12% pelajar memilih untuk menjawab setuju dengan pandangan ini. Secara
keseluruhannya, hampir semua pelajar tidak bersetuju merasa bosan dengan
penggunaan animasi yang digunakan untuk menerangkan konsep sains. Secara
keseluruhannya, majoriti pelajar tidak bersetuju bahawa mereka berasa bosan apabila
guru menggunakan animasi ketika menerangkan konsep sains.
39

40
40%
34%

30
Peratus (%)

24%

20
Percent

10

2%
0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.12: Item 12. Elemen multimedia animasi meransang minat saya untuk belajar.

Selain itu juga, bagi item 12, terdapat seramai 34% pelajar bersetuju dan 40% pelajar
sangat setuju bahawa elemen multimedia animasi meransang minat mereka untuk
belajar. Hanya 24% pelajar memilih tidak setuju dan 2% pelajar memilih sangat tidak
setuju bagi item ini. Seperti item-item ynag lain juga, secara keseluruhannya, majoriti
pelajar bersetuju bahawa animasi dapat meransang minat mereka untuk belajar.
40

50
48%
40

32%
Peratus (%)

30

Percent

20%
20

10

0
tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.13: Item 13. Animasi pergerakan ion-ion/ molekul menarik minat saya
terhadap pembelajaran.

Bagi item 13, seramai 32 pelajar (32%) memilih setuju dan 48 pelajar (48%) memilih
sangat setuju dan hanya 20 pelajar (20%) memilih tidak setuju bahawa animasi
pergerakan ion-ion menarik minat dan perhatian mereka untuk belajar. Namun, secara
keseluruhannya, majoriti pelajar bersetuju bahawa animasi pergerakan ion-ion/
molekul mennarik minat dan perhatian mereka terhadap pembelajaran. Ini kerana
penerangan di dalam buku teks hanya melibatkan ayat-ayat yang panjang dan
mengelirukan tanpa pembacaan yang teliti. Ion-ion/ atom/ molekul yang digunakan
dengan penerapan variasi warna memudahkan pelajar untuk mengingati sesuatu fakta
sains.
41

50
50%

40
Peratus (%)

30%
30

Percent

20%
20

10

0
tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.14: Item 14. Saya suka belajar menggunakan animasi untuk fahami konsep
sains.

Bagi item 14, terdapat 20 pelajar (20%) memilih untuk menjawab setuju dan 50
pelajar (50%) memilih menjawab sangat setuju dan hanya 30 pelajar (30%) menjawab
tidak setuju bahawa mereka suka belajar dengan menggunakan animasi untuk fahami
sains. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh pelajar bersetuju bahawa mereka
suka menggunakan animasi untuk fahami konsep sains. Data ini selaras seperti item
15.
42

50
44%

40
36%
Peratus (%)

30

Percent

20%
20

10

0
tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.15: Item 15. Saya berasa seronok untuk belajar apabila guru menggunakan
animasi.

Bagi item 15, terdapat 36 pelajar (36%) memilih setuju dan 44 pelajar (44%) memilih
sangat setuju dan hanya 20 pelajar (20%) memilih tidak setuju bahawa mereka berasa
sangat seronok apabila guru menggunakan animasi. Ini menunjukkan bahawa majoriti
pelajar bersetuju bahawa mereka suka dan berasa seronok apabila guru menggunakan
animasi untuk terangkan konsep sains. Secara keseluruhannya, pelajar seronok apabila
guru menggunakan animasi.
43

50

42%
40
34%
Peratus (%)

30

Percent

20%
20

10
4%

0
sangat tidak setujutidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.16: Item 16. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya semasa
guru menggunakan animasi untuk terangkan konsep sains.

Bagi item 16 yang juga membincangkan tentang penumpuan pelajar dalam


kelas. Terdapat seramai 42% pelajar memilih sangat tidak setuju dan 34% pelajar
memilih tidak setuju bagi item ke-16 iaitu mereka tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian semasa guru menggunakan animasi untuk menerangkan konsep sains.
Hanya 20% memilih setuju dan 4% memilih untuk menjawab sangat setuju. Ini
menunjukkan secara keseluruhannya, majoriti pelajar tidak bersetuju mereka tidak
dapat tumpukan perhatian. Secara kesimpulannya, pelajar dapat menumpukan
perhatian mereka semasa guru menggunakan animasi untuk menerangkan konsep
sains. Secara keseluruhannya, pelajar bersetuju bahawa animasi membantu mereka
menumpukan perhatian di dalam kelas.
44

40
40%

30%
30
Peratus (%)

26%

Percent
20

10
4%

0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Gambarajah 4.17: Item 17. Elemen animasi tidak dapat meransang minat saya untuk
belajar.

Bagi item 17, terdapat 40 pelajar (40%) memilih sangat tidak setuju, 30 pelajar (30%)
memilih tidak setuju, 26 pelajar (26%) memilih setuju dan hanya 4 pelajar (4%)
memilih sangat setuju. Dapat dilihat di sini, lebih daripada separuh pelajar tidak
bersetuju bahawa animasi tidak dapat meransang minat mereka untuk belajar. Ini
menunjukkan bahawa hanya sebahagian kecil pelajar bersetuju animasi tidak dapat
meransang minat mereka untuk belajar.

Berdasarkan kepada data-data yang diperoleh, penyelidik dapat menyimpulkan


bahawa kebanyakan pelajar mempunyai minat yang positif terhadap penggunaan
animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini kerana,
kebanyakan daripada mereka memilih untuk bersetuju dengan item yang positif dan
memiih untuk tidak bersetuju dengan item negatif yang disediakan. Namun, ada
segelintir yang mempunyai persepsi yang negatif tentang minat mereka untuk
menggunakan animasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual 4.3
menunjukkan ringkasan data yang diperolehi.
45

Jadual 4.3: Persepsi Pelajar Terhadap Minat Menggunakan Animasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

STS TS S SS
ITEM (%) (%) (%) (%) Min

9. Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru apabila


animasi digunakan. 2 22 52 24 2.98

10. Saya amat tertarik dengan cara pembelajaran menggunakan animasi. 2 22 46 30 3.04

11. Saya berasa sangat bosan apabila guru menggunakan animasi bagi menerangkan 52 36 12 0 1.60
konsep sains.

12. Elemen multimedia animasi meransang minat saya untuk belajar. 2 24 34 40 3.12
13. Animasi pergerakan ion-ion/molekul yang dipaparkan menarik minat dan
perhatian saya terhadap pembelajaran. 0 20 32 48 3.28

14. Saya suka untuk belajar dengan menggunakan animasi untuk fahami sains. 0 30 20 50 3.20

15. Saya berasa seronok untuk belajar apabila guru menggunakan animasi. 0 20 36 44 3.24

16. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya semasa guru
menggunakan animasi untuk menerangkan konsep sains. 42 34 20 4 1.86

17. Elemen multimedia animasi tidak dapat meransang minat saya untuk belajar. 40 30 26 4 1.94
46

4.5 Masalah-masalah Dalam Memahami Konsep Biologi

Penyelidik telah membina beberapa item untuk mengetahui masalah pelajar untuk
memahami konsep biologi iaitu mekanisma fotosintesis. Terdapat lapan item yang
terlibat iaitu item 18 hingga item 25. Data-data dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS 12.0 dan dikumpulkan di dalam jadual 4.4 pada muka surat 55. Data
dikumpulkan dalam bentuk jadual dan rajah.

Merujuk kepada rajah 4.18, item 18, seramai 28% pelajar memilih setuju, 32%
memilih sangat setuju, 20% memilih tidak setuju dan 20% memilih sangat tidak setuju
bahawa mereka lebih suka menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains. Secara
keseluruhannya, lebih daripada separuh pelajar bersetuju bahawa mereka suka untuk
menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains.

40

32%
30 28%
Peratus (%)

20% 20%
Percent
20

10

0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.18: Item 18 Saya lebih suka menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains.
47

40

32%
30 28%
Peratus (%)

20% 20%
Percent
20

10

sangat tidak setujutidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.19: Item 21. Saya selalu menghafal fakta tanpa memahaminya terlebih
dahulu.

Dapatan daripada item 18 ini selari dengan data yang diperoleh daripada item
21. Seramai 28% pelajar memilih setuju, 32% pelajar memilih sangat setuju, 20%
pelajar memilih tidak setuju dan 20% pelajar memilih sangat tidak setuju bahawa
mereka selalu menghafal fakta tentang konsep sains tanpa memahaminya terlebih
dahulu. Secara keseluruhannya, lebih daripada separuh pelajar memilih untuk
menghafal fakta tanpa memahaminya terlebih dahulu.
48

50

42%
40 38%
Peratus (%)

30

Percent

20%
20

10

0
tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.20: Item 19. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami isi
kandungan pelajaran.

Bagi item 19, seramai 42% pelajar memilih setuju, 38% pelajar memilih sangat
setuju bahawa guru sentiasa menggalakkan merema untuk memahami isi kandunagn
pelajaran. Hanya 20% pelajar memilih tidak bersetuju bahawa guru menggalakkan
mereka untuk memahami isi kandunagn pelajaran. Secara keseluruhannya, majoriti
pelajar (80%) bersetuju bahawa guru sentiasa menggalakkan mereka untuk memahami
isi kandungan pelajaran.
49

50
50%
45%
40
Peratus (%)

30

Percent

20

10
5%
0

tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.21: Item 25. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami sesuatu
konsep dan fakta sains.

Sepertimana bagi item 25, terdapat seramai 45% pelajar memilih untuk
menjawab setuju dan 50% pelajar menjawab sangat setuju dan hanya 5% pelajar tidak
bersetuju bahawa guru sentiasa menggalakkan mereka untuk fahami konsep atau fakta
sains. Secara keseluruhannya, hampir kesemua pelajar bersetuju bahawa guru sentiasa
menggalakkan mereka untuk memahami fakta atau konsep sains.
50

50
44%
40
Peratus (%)

30 26%
Percent

20%
20

10%
10

0
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.22: Item 20. Konsep sains yang abstrak menyukarkan saya untuk
memahaminya.

Selain daripada itu, item 20 pula mengenai konsep sains yang abstrak. Bagi
tujuan kajian ini, konsep sains yang diuji ialah konsep mekanisma fotosintesis.
Seramai 20% pelajar menjawab setuju, 44% pelajar menjawab sangat setuju
menunjukkan bahawa lebih daripada separuh pelajar bersetuju bahawa konsep sains
yang abstrak menyukarkan mereka untuk memahaminya. Hanya 26% pelajar memilih
untuk menjawab tidak setuju dan 10% pelajar menjawab sangat tidak setuju bahawa
konsep sains yang abstrak menyukarkan mereka untuk memahaminya. Secara
keseluruhannya, ramai pelajar bersetuju bahawa konsep mekanisma fotosintesis yang
abstrak sukar untuk difahami.
51

40
40%
30%
30
Peratus (%)

20%
Percent
20

10%
10

sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.23: Item 22. Guru meminta saya untuk menghafal konsep sains yang sukar.

Namun, bagi item 22, terdapat seramai 30% pelajar setuju dan 10% pelajar
sangat setuju bahawa guru meminta mereka untuk menghafal konsep sains yang sukar.
Walaubagaimanapun, majoriti pelajar tidak bersetuju apabila terdapat 20% pelajar
memilih untuk menjawab sangat tidak setuju dan 40% pelajar menjawab tidak setuju
bahawa guru meminta mereka menghafal konsep yang sukar.
52

50
48%
40
Peratus (%)

30%
30

Percent
22%
20

10

0
tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.24: Item 23. Saya lebih suka memahami fakta berbanding menghafalnya.

Bagi item 23, seramai 48% pelajar menjawab setuju, 30% pelajar menjawab
sangat setuju, dan hanya 22% pelajar menjawab tidak setuju bahawa mereka lebih
suka memahami sesuatu fakta sains berbanding menghafalnya. Secara
keseluruhannya, majoriti pelajar bersetuju bahawa mereka lebih suka memahami
konsep dan fakta sains terlebih dahulu berbanding menghafalnya.
53

40
40% 40%

30
Peratus (%)

20%
20
Percent

10

tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 4.25: Item 24. Saya kerap menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami
konsep sains.

Bagi item 24, seramai 40% pelajar memilih setuju dan 40% pelajar memilih
sangat setuju bahawa mereka kerap menggunakan imaginasi mereka sendiri untuk
memahami sesuatu konsep sains. Hanya 20% pelajar memilih untuk menjawab tidak
setuju bagi item ini. Ini menunjukkan bahawa hampir majoriti pelajar bersetuju
bahawa mereka kerap menggunakan imaginasi mereka sendiri untuk memahami
konsep sains.

Berdasarkan kepada data-data yang diperoleh bagi mengkaji masalah-masalah


yang dihadapi oleh pelajar untuk memahami biologi, penyelidik mendapati
kebanyakan pelajar bersetuju bahawa mereka lebih suka menghafal sesuatu fakta,
konsep sains yang abstrak menyukarkan mereka untuk fahami, mereka kerap
menggunakan imaginasi sendiri untuk fahami konsep sains dan mereka sentiasa
54

mendapat galakan daripada guru untuk fahami subjek dan konten biologi.
Perbincangan bagi kesemua dapatan kajian ini yang mengkaji persepsi pelajar tehadap
minat dan penggunaan animasi serta masalah-masalah yang dihadapi pelajar untuk
memahami konsep dan fakta biologi akan dibincangkan dalam bab lima.

4.6 Kesimpulan

Daripada dapatan kajian yang diperoleh penyelidik dapat menyimpulkan bahawa


responden kajian mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan animasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah berdasarkan kepada data yang
diperoleh yang menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa animasi
dapat membantu untuk meningkatkan pemahaman mereka. Selain itu, responden juga
mempunyai persepsi yang positif terhadap minat mereka apabila guru menggunakan
animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi. Di samping itu,
penyelidik telah mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
memahami konsep biologi iaitu pelajar lebih cenderung untuk menghafal fakta,
pelajar sukar untuk memahami konsep biologi yang abstrak dan pelajar kerap
menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami konsep biologi. Penyelidik
memperincikan lagi dapatan kajian ini pada bab lima.
55

Jadual 4.4: Masalah-Masalah Yang Dihadapi Untuk Memahami Konsep Biologi

STS TS S SS
ITEM (%) (%) (%) (%) Min

18. Saya lebih suka menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains.
20 20 28 32 2.72
19. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami isi kandungan pelajaran.
0
20 42 38 3.18

20. Konsep sains yang abstrak dalam topik fotosintesis menyukarkan saya untuk 10 26 20 44 2.98
memahaminya.

21. Saya selalu menghafal fakta dalam biologi tanpa memahaminya terlebih dahulu. 20 20 28 32 2.72

20
22. Guru meminta saya untuk menghafal konsep sains yang sukar. 40 30 10 2.30

23. Saya lebih suka untuk memahami fakta sains berbanding menghafalnya. 0 22 48 30 3.08

24. Saya kerap menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami sesuatu konsep. 0 20 40 40 3.20

25. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami sesuatu konsep/ fakta sains. 0 5 45 50 3.45

STS= sangat tidak setuju, TS= tidak setuju, S= setuju, SS= sangat setuju
BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bahagian ini melibatkan perbincangan bagi data-data yang diperoleh. Ini termasuklah
mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi berkomputer dalam
pengajaran dan pembelajaran biologi. Selain itu penyelidik membincangkan tentang
persepsi pelajar terhadap minat mereka dengan penggunaan animasi dan masalah-
masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran subjek biologi. Keseluruhannya, ia
melibatkan perbincangan tentang analisis data yang diperoleh.

5.2 Persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran dan


pembelajaran biologi.

Bagi membincangkan persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam proses


pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah memilih beberapa item yang
terkandung dalam soal selidik yang telah dibina. Semua item yang terlibat mempunyai
perkaitan terhadap penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
57

Berdasarkan kepada analisis data yang dilakukan dalam bab 4, dapat


dinyatakan di sini bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap
penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Mereka telah
memberikan respon positif terhadap kesemua item yang dibina. Berdasarkan kepada
data yang diperoleh, hampir lebih daripada separuh pelajar bersetuju bahawa
penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi dapat membantu
mereka memahami pengajaran dengan lebih baik. Mereka juga bersetuju bahawa
penggunaan animasi dapat meningkatkan daya ingatan mereka terhadap konsep-
konsep sains. Animasi memudahkan pelajar untuk faham kerana animasi menyediakan
keadaan yang hampir dengan keadaan sebenar.

Selain daripada itu juga, daripada dapatan kajian ini juga, penyelidik
mendapati hampir majoriti pelajar bersetuju bahawa animasi dapat membantu mereka
untuk meningkatkan daya ingatan mereka tentang sesuatu konsep sains. Perkara ini
selaras dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Vijaya Kumaran (1996). Beliau
menyatakan bahawa pelajar mengingati hampir 60% - 70% daripada apa yang mereka
berinteraksi di dalam kelas. Bagi kajian ini, pelajar berinteraksi dengan komputer
berbanding dengan hanya mengingat dan menghafal sahaja apa yang dipelajari. Lebih-
lebih lagi, animasi dapat menyediakan suasana pembelajaran yang dirasai oleh pelajar.

Berdasarkan kepada dapatan ini juga, penyelidik menyimpulkan bahawa


penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi sangat sesuai untuk
dipraktikkan kerana terdapat sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa ia dapat
meningkatkan pemahaman mereka. Lebih-lebih lagi jika dilihat, 88% pelajar bersetuju
bahaw animasi pergerakan ion-ion dan molekul membantu mereka memahami proses
fotosintesis yang dibincangkan. Ini kerana, mereka tidak dapat melihat mekanisma ini
secara langsung. Ini kerana, topik “Photosynthesis” adalah salah satu topik dalam
sukatan pelajaran tingkatan empat yang membincangkan satu konsep yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Guru harus memikirkan sesuatu yang kreatif dan berkesan
untuk memudahkan pelajar untuk memahami konsep yang abstrak itu. Oleh itu,
penggunaan animasi adalah sangat sesuai. Menurut Hofstetter (1994), penggunaan
58

animasi dapat membantu pelajar untuk menggambarkan konsep-konsep ynag sukar.


Sebagai contoh, Lea and Febiger’s dynamics of Human Anatomy mengandungi
animasi yang menunjukkan pengaliran darah dalam badan manusia melalui jantung,
pertukaran gas di kapilari, tindakan injap-injap pada vena, dan juga pergerakan otot
skeletal pada ‘nueromuscular junction’.

Dalam kajian ini, penyelidik telah membina animasi pergerakan ion-ion yang
menjelaskan tentang proses fotosintesis dalam daun. Penyelidik menyimpulkan
bahawa penggunaan animasi sangat sesuai digunakan kerana topik ini melibatkan
perbincangan tentang pergerakan ion-ion di dalam daun semasa proses fotosintesis.
Pelajar memerlukan gambaran yang jelas tentang mekanisma yang berlaku. Pelajar
juga perlu mengapliksikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi membantu
mereka memahami topik ini. Oleh itu, dengan adanya animasi yang melibatkan
gambar bergerak dengan gabungan warna dan juga teks akan dapat membantu mereka
memahami topik ini dengan mudah.

Selain itu, daripada data yang diperoleh, majoriti pelajar bersetuju bahawa
guru mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih baik apabila
menggunakan animasi. Ini kerana, animasi memudahkan guru-guru untuk
menyampaikan konsep-konsep yang abstrak dan memberi gambaran sebenar kepada
pelajar tentang topik yang dibincangkan. Lebih-lebih lagi, dalam subjek biologi
terdapat banyak topik yang abstrak dan memerlukan pelajar untuk membina sendiri
kefahaman mereka. Dengan adanya bantuan animasi dan penerangan guru yang jelas,
dapatlah pelajar memahami pelajaran dengan lebih mudah.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat juga pelajar yang tidak bersetuju
dengan penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Pelajar-
pelajar ini sebenarnya mempunyai kecerdasan yang berbeza berbanding dengan
pelajar-pelajar yang lain. Tidak semua pelajar mempunyai pendekatan pembelajaran
yang sama. Berdasarkan kepada pendekatan yang diusulkan oleh Biggs, 1991 dalam
59

Muhibbin Shah (1995), pendekatan pelajar dikelaskan kepada tiga bahagian. Bahagian
pertama adalah pendekatan surface, kedua ialah pendekatan deep dan yang ketiga
ialah pendekatan achieving. Bagi pendekatan surface, pelajar belajar kerana dorongan
daripada luar dan gaya pmbelajarannya adalah sangat santai, hafalan dan tidak mahu
pemahaman yang mendalam. Pendekatan yang kedua iaiu deep kerana adanya tarikan
atau faktor intrinsik. Pendekatan yang ketiga iaitu achieving mempunyai gaya
pembelajaran yang serius dengan kemahiran belajar yang sangat efisyen.

Pelajar yang bersetuju dengan penggunaan animasi adalah tergolong dalam


pelajar yang mempunyai pendekatan deep dan achieving manakala pelajar yang tidak
bersetuju dengan penggunaan animasi tergolong dalam pelajar yang mempunyai
pendekatan surface. Ini kerana mereka hanya menghafal fakta yang dipelajari tanpa
berusaha untuk memahaminya. Guru seharusnya tidak membiarkan perkara ini
berlanjutan kerana pelajar mungkin tidak dapat mengingati perkara yang dihafalnya
untuk jangka masa yang lama berbanding mengingati perkara yang difahaminya.

Selain daripada itu juga, setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza.
Perbezaan inilah yang perlu guru kenalpasti. Menurut Woolfolk (1998, ms 134)
mengatakan bahawa gaya pembelajaran ialah pendekatan individu kepada cara belajar.
Pendekatan ini mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap pembelajaran. Guru
hendaklah mengenalpasti bagi memastikan kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada gaya pembelajaran, pelajar juga
dipengaruhi oleh kecerdasan yang dimilikinya. Menurut Gardner (1993) menyatakan
bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah
atau mencipta sesuatu kerja dalam konteks budayanya. Bagi kajian ini, pelajar perlu
memahami animasi yang ditunjukkan, dan menerangkan kembali kepada kelas.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan Visual/Spatial yang tinggi akan lebih cenderung
untuk mmemahami penggunaan animasi yang ditunjukkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar yang mempunyai kecerdasan Visual/Spatial yang rendah
mungkin tidak dapat memahami animasi yang ditunjukkan. Ini menyebabkan mereka
menjawab dengan pilihan jawapan “Tidak Setuju” dan “Sangat Tidak setuju”.
60

Pelajar-pelajar ini mungkin mempunyai kecerdasan yang lain seperti kecerdasan


linguistik dan kecerdasan naturalist.

5.3 Persepsi pelajar terhadap minat mereka bagi penggunaan animasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi membincangkan persepsi pelajar terhadap minat mereka menggunakan animasi,


penyelidik telah membina item-item yang berkaitan untuk mengetahui persepsi pelajar
tentang minat mereka terhadap penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Item-item yang terlibat termasuklah item 9 sehingga item 17. Item-item
ini menguji sama ada pelajar mempunyai minat yang tinggi atau rendah terhadap
penggunaan animasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada data yang diperoleh, pelajar mempunyai persepsi yang


positif terhadap minat mereka dengan penggunaan animasi dalam pengajaran dan
pembelajaran biologi. Majoriti pelajar bersetuju bahawa elemen multimedia animasi
dapat meransang minat mereka dan dapat menumpukan perhatian mereka terhadap
pengajaran yang dijalankan oleh guru. Berdasarkan kepada dapatan kajian, pelajar
juga bersetuju bahawa mereka berasa lebih seronok untuk belajar apabila guru
menggunakan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini
menyokong kenyataan yang dinyatakan oleh Albert Bandura (2000) dalam Ramlah
Jantan dan Mahani Razali (2004). Albert Bandura telah menyatakan tentang Teori
Pembelajaran Sosial. Menurut Teori Pembelajaran Sosial, faktor-faktor ssosial dan
kognitif dan juga tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
Menurut teori ini, manusia merupakan makhluk yang aktif dan berupaya membuat
pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memerihalkan peristiwa
serta berkomunikasi dengan orang lain. Dalam kajian ini, pelajar belajar secara aktif
dengan menggunakan semua deria yang ada pada mereka untuk memahani konsep
yang sedang dibincangkan.
61

Selain daripada itu juga, minat pelajar terhadap animasi akan mempengaruhi
penumpuan dan perhatian yang akan diberikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Minat juga mempengaruhi motivasi pelajar sama ada untuk meneruskan
pembelajaran ataupun beralih kepada perkara yang lebih mereka sukai. Pelajar yang
mempunyai minat yang tinggi akan menumpukan perhatiannya semasa berada di
dalam kelas dan akan cuba untuk memahami pengajaran pada hari tersebut.
Sebaliknya, pelajar yang tidak berminat dengan apa yang ditunjukkan guru di hadapan
kelas akan membuat perkara lain seperti mengganggu pelajar lain.

Minat juga dipengaruhi oleh motivasi pelajar. Menurut Theobald (2006),


motivasi hendaklah diberikan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Salah satu daripadanya ialah dengan menyediakan gambaran sebenar
tentang topik perbincangan. Ini kerana, menurut beliau, hanya sebahagian kecil sahaja
pelajar di dalam kelas tersebut merupakan ‘audio-learners’. Kebanyakan pelajar akan
dapat mengingati pelajaran apabila guru menerangkan sambil menunjukkan contoh
kepada mereka. Penyelidik menyediakan animasi berdasarkan kepada konten buku
teks yang disahkah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Animasi ini menjelaskan
lagi apa yang diterangkan di dalam buku teks dalam bentuk gambaran yang lebih
mudah dan jelas berbandng ayat-ayat sahaja. Selain itu juga, menurut beliau lagi,
dengan adanya penggunaan animasi suasana pembelajaran akan dapat membina
suasana pembelajaran yang menarik secara tidak langsung akan dapat memotivasikan
pelajar.

Selain itu juga, majoriti pelajar majoriti pelajar tidak bersetuju bahawa mereka
merasa bosan apabila guru menggunakan animasi. Seramai 88 orang pelajar (88%)
tidak bersetuju dengan item ini. Ini membuktikan bahawa pelajar berasa sangat
seronok dan tertarik semasa guru menunjukkan animasi tentang sesuatu konsep atau
proses. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik menggunakan animasi untuk menerangkan
konsep mekanisma fotosintesis dan juga mekanisma pernafasan. Dua topik ini
memerlukan pelajar untuk mengimaginasikan proses yang berlaku yang tidak dapat
dilihat oleh mata kasar mereka. Penggunaan animasi ini adalah sangat sesuai untuk
62

digunakan kerana ia dapat membantu pelajar untuk membuat gambaran sebenar proses
yang berlaku. Majoriti pelajar didapati bersetuju bahawa mereka dapat memberikan
sepenuh perhatian kepada pengajarn dan pembelajaran apabila guru menggunakan
animasi.

Daripada dapatan kajiaan ini, kebanyakan pelajar menjawab tidak setuju


bahawa mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Seperti
yang dibincangkan sebelum ini, pelajar-pelajar ini mungkin mempunyai kecerdasan
Visual Spatial yang membolehkan mereka mengimaginasikan dan menggambarkan
proses sebenar yang berlaku. pelajar dengan kecerdasan visual spatial memerlukan
gambar atau grafik, video dan audio bagi memudahkan mereka memahami sesuatu
perkara. Seperti dalam kajian ini, pelajar disediakan dengan animasi yang bersesuaian.

Selain daripada itu juga, majoriti pelajar bersetuju bahawa animasi meransang
pemikiran kritis dan kreatif mereka semasa proses pembelajaran apabila saya terlibat
secara aktif di dalam kelas. Ini kerana, selain daripada menonton animasi tentang
topik tersebut, pelajar perlu berfikir secara kritikal tentang proses dan urutan konsep
biologi yang dibincangkan. Pelajar perlu untuk berfikir dan membina pengetahuan
mereka dan guru bertindak sebagai “fasilitator” untuk memastikan pelajar tidak
membina pengetahuan yang salah.

Kaedah yang digunakan ini bersamaan dengan pendekatan pembelajaran


konstruktivist di mana pelajar membina pengetahuan mereka daripada pengalaman
mereka sendiri. Menurut Von Glaserfeld (1991) dalam Ramlah Jantan dan Mahani
Razali (2004) menyatakan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Konstruktivisme adalah perlu kerana konsep baru dan pengetahuan baru tidak boleh
disampaikan kepada orang lain semata-mata dengan percakapan kerana setiap orang
mestilah mengabstrak makna, konsep, dan pengetahuandaripada pengalaman mereka
sendiri. Selain daripada itu, menurut Silver (1990) dalam Ramlah Jantan dan Mahani
Razali (2004), pendekatan konstruktivist adalah perlu kerana pelajar perlu membina
63

sendiri secara peribadi dan aktif pengetahuan mereka sendiri daripada hanya membuat
salinan.

Oleh itu, sebagai kesimpulannya bagi persepsi pelajar terhadap minat mereka
bagi penggunaan animasi dalam pengajaran dan pembelajaran biologi adalah positif
kerana majoriti pelajar bersetuju bahawa animasi membantu mereka meningkatkan
minat dan perhatian atau tumpuan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung. Bagi pelajar yang tidak bersetuju, penyelidik menyimpulkan
bahawa setiap individu mempunyai kecenderungan yang berbeza. Sebahagian kecil
daripada pelajar kurang berrminat untuk dengan animasi. Ini kerana setiap pelajar
mempunyai kecenderungan yang berbeza seperti yang telah dibincangkan di bahagian
5.1.

Pelajar-pelajar ini mungkin mempunyai pendekatan pembelajaran yang


berbeza dan mereka juga mempunyai kecerdasan yang berbeza seperti yang
dinyatakan oleh Gardner (1993). Pelajar yang tidak berminat dengan pembelajaran
menggunakan animasi mungkin kerana mereka lebih suka mendengar penerangan
daripada guru berbanding berfikir sendiri secara kritikal konsep yang dibincangkan.
selain itu mereka juga mungkin kurang terdedah dengan penggunaan animasi dalam
kehidupan seharian mereka.

5.4 Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dalam memahami


konsep sains dalam subjek biologi.

Penyelidik telah memuatkan item-item yang ingin mengenalpasti masalah-masalah


yang dihadapi dalam matapelajaran biologi bagi pelajar-pelajar yang mengambil
biologi. Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperoleh, terdapat tiga masalah
utama yang telah dikenalpasti yang melanda pelajar-pelajar biologi bagi sampel kajian
yang telah dijalankan. Masalah pertama ialah majoriti pelajar bersetuju bahawa
64

mereka lebih suka menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains. Majoriti pelajar juga
bersetuju bahawa mereka lebih suka menghafal sesuatu fakta sains tanpa
memahaminya terlebih dahulu. Perkara yang lebih membimbangkan ialah kebanyakan
pelajar juga bersetuju bahawa guru menyuruh mereka menghafal sesuatu konsep sains
yang abstrak. Perkara ini tidak seharusnya terjadi pada zaman ini. Ini kerana, pelajar
seharusnya digalakkan untuk memahami konten pelajaran dan bukannya menghafal
fakta. Apabila pelajar hanya menghafal fakta, mereka tidak akan dapat membina
fikiran yang kritikal dan kreatif dan ini tidak akan mengembangkan minda mereka
menjadi lebih aktif. Pelajar lebih cenderung untuk menghafal kerana mereka susah
untuk fahami konsep sains itu sendiri. Menurut Duit (1991), penjelasan tentang isi
kandungan sains merumitkan lagi pembelajaran sains. Rumit dan kompleksnya
pembelajaran sains adalah kerana konsep-konsep sains itu sendiri adalah abstrak.

Selain daripada itu juga, masalah kedua ialah kebanyakan pelajar juga
bersetuju bahawa mereka sukar untuk memahami konsep biologi yang abstrak iaitu
konsep yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Menurut Duit (1991), struktur
sains itu adalah kompleks. Perkara ini menyebabkan pelajar sukar untuk
memahaminya. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan elemen multimedia
animasi untuk menunjukkan konsep biologi yang abstrak iaitu mekanisma fotosintesis
dan mekanisma pernafasan. Penyelidik mendapati animasi ini berkesan untuk
memudahkan pelajar memahaminya. Elemen animasi ini adalah sangat sesuai untuk
diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ia sesungguhnya dapat
membantu guru untuk menyampaikan konten dan membantu pelajar untuk memahami
konten. Subjek biologi tidak dinafikan mempunyai konten pelajaran yang sangat
memerlukan pelajar memahami fakta bagi memudahkan mereka untuk mengingatinya.

Antara lain masalah yang dikenalpasti ialah kebanyakan pelajar bersetuju


bahawa mereka kerap menggunakan imaginasi mereka sendiri untuk memahami
sesuatu konsep sains. Perkara ini bukanlah menjadi satu masalah kepada guru dan
pelajar. Namun, guru mestilah memastikan bahawa pelajar tidak mengalami
miskonsepsi semasa mereka sedang membina pengetahuan baru. Ini kerana, jika guru
65

kerap meminta mereka mengimaginasikan sesuau mekanisma, pelajar mungkin


membina kefahaman yang salah tentang sesuatu fakta. Miskonsepsi berlaku apabila
pelajar membina pengetahuan yang salah tentang sesuatu konsep sains tanpa disedari
oleh guru. Menurut Hessley (2004), miskonsepsi akan menyebabkan pemahaman
yang salah tentang konsep sains khususnya biologi dan perkara ini akan bertambah
serius apabila miskonsepsi ini terdapat di dalam buku teks, artikel dan laman web.
Oleh itu, guru perlu memastikan pelajar membina kefahaman yang betul semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, daripada dapatan kajian ini juga, penyelidik mendapati,
pelajar tidak mempunyai masalah berkaitan dengan sokongan dan dorongan guru.
Hampir keseluruhan pelajar dengan peratusan yang tinggi iaitu 95% (95 orang pelajar)
bersetuju bahawa guru sentiasa menggalakkan mereka untuk memahami konsep atau
fakta sains dan guru juga sentiasa menggalakkan mereka untuk memahami isi
kandungan pelajaran. Ini menunjukkan bahawa guru-guru biologi di sekolah ini
merupakan guru-guru yang prihatin terhadap kecemerlangan pelajar.

Guru seharusnya mengaplikasikan pelbagai metod pengajaran supaya pelajar


tidak merasa bosan dan tidak timbul sebarang masalah. Guru juga haruslah
mengaplikasikan penggunaan teknologi dan multimedia dalan pengajaran dan
pembelajarannya. Menurut Nor A’isah Abdul Shukor (2004), pengajaran dan
pembelajaran yang bermasalah adalah kerana menggunakan kaedah pengajaran yang
tradisional. Dengan ini menyebabkan pelajar kurang melakukan aktiviti dan hanya
mendengar penerangan daripada guru. Dengan pendekatan pengajaran yang sesuai,
masalah pembelajaran tidak akan timbul. Oleh itu, penggunaan animasi dalam
pembelajaran biologi sangat sesuai untuk dipraktikkan. Selain ia mengaplikasikan
penggunaan teknologi, animasi juga dapat menarik minat dan tumpuan pelajar.
66

5.4 Implikasi Kajian

Penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi adalah sangat
bagus untuk dipraktikkan. Namun, ia masih bergantung kepada pelajar sama ada
mereka boleh menerimanya atau tidak. Ini kerana, setiap individu pelajar mempunyai
kecenderungan yang berbeza. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada kajian ini,
pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan animasi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran serta pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap
minat mereka terhadap penggunaan animasi. Ini menunjukkan bahawa penggunaan
animasi adalah sangat penting untuk dilaksanakan guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Untuk itu penyelidik mencadangkan pihak kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) memastikan;

1. Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah menggalakkan penggunaan


animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek
biologi. Ini kerana penggunaan animasi memberikan banyak kelebihan. Ini
termasuklah pelajar akan dapat menggambarkan situasi sebenar sesuatu proses
yang berlaku. Sebagai contoh, dalam kajian ini, pelajar dapat menggambarkan
proses fotosintesis yang berlaku pada daun. Selain itu juga, guru dapat
menyampaikan pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.

2. Guru-guru terlatih dilengkapkan dengan pengetahuan asas untuk membina


animasi. Sebagai contoh, satu kursus tentang perisian atau koswer hendaklah
diadakan khusus untuk guru-guru. Seperti yang ada di Universiti Pendidikan
Sultan Idris yang menyediakan satu kursus khas untuk pembinaan koswer
melibatkan Flash MX, Adobe Photoshop, dan Adobe Premier. Selain itu, bagi
guru yang telah berkhidmat di sekolah, kursus-kursus sebegini bolehlah
dijalankan bagi menambahkan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk
membina animasi tanpa perlu bergantung kepada CD pendidikan yang
disediakan oleh KPM. Ini kerana, kebanyakan konten di dalam CD KPM
berbeza dengan apa yang terkandung di dalam buku teks.
67

3. Jika kursus untuk guru tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa, setiap
sekolah boleh dilengkapkan dengan seorang guru yang pakar dan mahir dalam
perisian komputer yang berperanan sebagai ‘designer’ untuk membina
animasi/ perisian yang bersesuaian dengan tahap dan latarbelakang pelajar di
sekolah tersebut. Guru dapat berkomunikasi dengan guru pakar ini berkenaan
dengan animasi yang diingini. Guru-guru khususnya guru biologi hanya perlu
menyediakan storyboard dan tugas untuk menyiapkan perisian/ animasi ini
diserahkan kepada guru pakar tersebut.

5.5 Kelebihan dan Kekurangan penggunaan animasi dalam P&P

Daripada kajian yang dijalankan, penyelidik mendapati pelajar mempunyai persepsi


yang positif terhadap penggunaan dan minat tentang animasi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran biologi. Penggunaan animasi dalam pendidikan sangat baik untuk
dilaksanakan lebih-lebih lagi berdasarkan kajian juga, pelajar mempunyai masalah
dalam memahami subjek biologi. Pelajar lebih cenderung untuk menghafal konten
pelajaran berbanding memahaminya. Dengan adanya animasi ini, pelajar akan lebih
mudah untuk memahami sesuatu konsep biolgi dan proses yang terlibat.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam penggunaan animasi ini.
Ini termasuklah keberkesanan animasi tersebut untuk menyampaikan fakta atau
konten pelajaran yang tepat dan betul. Animasi yang dibina hendaklah bersesuaian
dengan tahap penerimaan pelajar.

Penggunaan animasi memerlukan sesebuah sekolah itu mempunyai


kelengkapan kemudahan komputer dan projektor LCD untuk dipancarkan kepada
keseluruhan kelas. Tidak semua sekolah di Malaysia ini mempunyai kemudahan
komputer di sekolah mereka. Oleh itu, penggunaan animasi ini masih terhad di
sekolah yang mempunyai kemudahan komputer sahaja. Namun ini tidak mustahil
kerana Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan wang untuk pembinaan
makmal komputer di setiap sekolah.
68

Selain daripada itu juga, guru perlulah mempunyai kemahiran untuk


mengendalikan alat teknologi dan mempunyai kemahiran untuk membina sendiri
animasi yang bersesuaian dengan tahap penerimaan pelajar. Hanya guru yang
mengajar pelajar itu sahaja yang mengetahui sejauh mana tahap penerimaan
pelajarnya. Oleh itu, jika guru mempunyai kemahiran untuk membina sendiri animasi
ini, tentunya objektif pelajaran akan dapat dicapai dengan mudah. Namun
dukacitanya, tidak semua guru mempunyai kemahiran ini. Menurut McLellan (1991)
menyatakan bahawa penekanan perlulah diberikan kepada kepentingan guru-guru
untuk mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pengetahuan peringkat asas
dalam mengendalikan perkakasan komputer. Perkara ini penting bagi memastikan
guru dapat menghasilkan kaedah pembelajaran yang berkesan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu juga, terdapat sebahagian pelajar yang kurang berminat untuk belajar
menggunakan animasi. Oleh itu guru perlulah kreatif dan inovatif dalam mencari
alternatif lain bagi menyampaikan konten pelajaran kepada pelajar. Walaupun
peratusannya agak kecil, namun, perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh guru.
Apa jua kaedah yang digunakan mestilah berjaya untuk memancing perhatian pelajar.
Menurut Anuar Ayob (1999), guru-guru sains mestilah menggunakan kaedah
pengajaran yang bermotivatif supaya pelajar berminat untuk mempelajari sains. Oleh
itu, penggunaan animasi merupakan salah satu cara yang boleh dipraktikkan.

5.6 Cadangan Kajian Masa Hadapan

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini hanya membataskan kepada penggunaan
soal selidik yang mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi dalam
pengajaran dan pembelajaran biologi. Walaupun majoriti pelajar bersetuju bahawa
animasi boleh meningkatkan kefahaman mereka dalam topik ini, namun penyelidik
tidak dapat mengenalpasti sejauh mana mereka dapat meningkatkan kefahaman
mereka. Selain itu juga, penyelidik tidak mempelbagaikan soalan untuk mengenalpasti
69

masalah-masalah pelajar untuk menahami subjek biologi. Soalan-soalan yang dibina


terlalu sedikit. Justeru itu terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan oleh
penyelidik bagi penyelidik pada masa hadapan yang ingin menjalankan kajian
seumpama ini iaitu:

1. Membina item untuk menguji kefahaman pelajar. Ini kerana, penyelidik perlu
mengetahui sejauh mana pelajar faham konsep biologi dan mengkaji
keberkesanan animasi yang dibina.

2. Membina item yang lebih pelbagai untuk mengenalpasti masalah-masalah


dalam pembelajaran subjek biologi. Ini kerana, masih terdapat banyak maslah
yang wujud dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Selain itu, penyelidik
pada masa akan datang boleh membina item-item yang mengenalpasti masalah
yang dihadapi oleh guru-guru biologi dalam menyampaikan konten pelajaran.

3. Memperluaskan lokasi kajian dengan melibatkan beberapa buah sekolah.


Dengan ini penyelidik akan memperoleh data yang lebih pelbagai dan tepat.
Mempelbagaikan latar belakang sampel kajian seperti melibatkan beberapa
kaum yang berebeza. Penyelidik pada masa hadapan boleh memperluaskan
kepada sekolah yang berbilang bangsa dan latar belakang. Dengan ini, data
tidak akan hanya tertumpu kepada satu jenis kaum sahaja.

4. Membina item soal selidik yang ingin menilai penbinaan koswer atau animasi
yang dibina. Ini kerana, kemungkinan besar pelajar tidak memahami isi
kandungan pelajaran kerana miskonsepsi yang ada dalam persembahan
animasi itu sendiri.
70

5.6 RUMUSAN

Animasi merupakan satu elemen multimedia yang sangat menarik dan amat sesuai
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Animasi
mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Antaranya ialah ia dapat membantu
untuk memperjelaskan konsep-konsep biologi yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar. Animasi adalah cara mudah untuk menambahkan ilusi pergerakan. Dalam topik
biologi khususnya, animasi dapat diaplikasikan dengan menterjemahkan mekanisma
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kepada gambaran-gambaran yang lebih
jelas.

Guru memainkan peranan bagi memdedahkan pelajar dengan penggunaan


animasi di dalam kelas. Guru yang akan menentukan strategi pembelajaran yang
sesuai dengan pelajar. Sebelum animasi didedahkan kepada pelajar, guru mestilah
dahulu mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas tentang teknologi khususnya
berkaitan dengan animasi.

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperoleh, penyelidik telah


mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik mendapati, pelajar mempunyai persepsi
yang positif terhadap penggunaan animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu juga, penyelidik telah mengenalpasti bahawa pelajar mempunyai
persepsi yang positif terhadap minat mereka semasaguru menggunakan animasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada dapatan kajian ini, guru seharusnya
mengambil peluang untuk terus menekankan kepentingan animasi ini dengan
mempraktikkannya di dalam kelas.

Selain daripada itu, penyelidik telah mengenalpasti beberapa maslah yang


dihadapi oleh pelajar dalam usaha mereka untuk memahami subjek biologi. Antaranya
ialah pelajar lebih gemar untuk menghafal fakta berbanding memahaminya. Kedua,
71

konsep dalam subjek biologi adalah abstrak menyebabkan pelajar sukar untuk
memahaminya. Selain itu juga, ada sesetengah guru yang meminta pelajar untuk
menghafal fakta. Perkara ini mungkin berlaku ketika tiba musim peperiksaan. Guru
akan meminta pelajar untuk menghafal konsep dan fakta yang sukar. Selain itu juga,
pelajar kerap menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami konsep sains. Sangat
bagus sekiranya pelajar dapat mengimaginasikan perkara yang betul, namun, kita
bimbang jika tiada bimbingan yang betul, pelajar mungkin akan mengalami
miskonsepsi yang serius.

Secara keseluruhannya, pelajar mempunyai persepsi positif terhadap


penggunaan dan minat mereka terhadap animasi dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam topik biologi. Penyelidik telah berjaya menjalankan kajian ini bagi
mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi semasa proses
pengajaran dan pengajaran.
RUJUKAN:

Anuar Ayub (1999) Pembelajaran Berkesan Di Sekolah. Kuala Lumpur: Ampang


Press.

Bayer, B.A & Semrau, P. (1994). Using Interface Video In Education. Uniter States
Of America: Allyn and Bacon Paramount Publishing.

Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum
Books.

Biggs, J.B. Dan Moore, P.J. (1993). Process of Learning. 3rd Ed. New Jersey: Prentice
Hall Inc.

Borman, S & Levine, J. (1996). A Practical guide to Elementary Instruction: From


Plan to Delivery. Boston: Allyn and Bacon

Collins, J., Hammond, M., & Wellington, J. (1997). Teaching With Multimedia. USA
: Routlodge.

David R.H. An ActionBioscience.org original article: Avoid Misconceptions


When Teaching About Plants. Diperoleh pada Julai 2008 daripada
http://www.actionbioscience.org/education/hershey.html

Davies, J.K. (1981). Educational Implications of Field Dependence-Independence In


S. Wapner dan J.Demick (Eds). Field Dognitive Style Across the Life Spon.
Hisdale,New Jersey: Erlbaum

Duit, R. (1991). “Students’ conceptual frameworks: Concenquences for learning


science” In S.M. Glynn, R.H. Yeany & B.K. Brittton (Eds.) The Psychology of
learning. (pp. 65-85). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar


Bakti.

Evan. (1994). Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran Sains. Buletin Pendidikan Sains
dan Teknik.

Faizah Ibrahim, Norfizin Yusoff dan Mohd Rodhi Othman. (2004). Persepsi
pelajar terhadap penggunaan elemen-elemen Multimedia yang terdapat dalam
perisian persembahan ms Powerpoint: pengajaran konsep abstrak bagi
subtopik ‘satellite motion in a circular orbit’ dan ‘planetary Motion’ di
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Diperoleh pada Mac 5, 2008 daripada
http://www.kmph.matrik.edu.my/WebRnD/Research%20Paper/Prosding

Fatiah Mansor. (1998). Keberkesanan Penggunaan Peta Konsepsains Tingkatan 3.


Tesisi sarjana, Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
Gardner, H., Kornhaber, M.L., & Wake, K.W. (1993). Intelligence: Multiple
Perspectives. Forth Worth, Harcourt Brace College Publishers.
Giesert & Futrell. (1990). Diperoleh pada Jun 2008 daripada
http://mptkl.tripod.com/rnd/chin02.htm

McLelan, H. (1991). Diperoleh pada Ogos 2008 daripada


http://mptkl.tripod.com/rnd/chin02.htm

Henderson, L., Klemes, J., & Eshet, Y. (2000). Juat Playing the game: Educational
simulation software & cognitive outcomes. Journal Educational Computing
Research. 22(1), 105-129.

Hessley, R.E. (2004). A Computational –in delivery courses for undergraduated


students in chamical technology. Journal of Chemical Education. 81(8), 1140-
1144.

Hill, C. (2003). Teaching Using Informationin Further Education. Great Britain:


Learning Matters.

Hosftetter, F.T. (1995). Multimedia Presentation Technology: With Sample


Presentation on Total Quality Management. Belmort, California: Wadsworth
Publishing Company.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000). “Siri Modul Pembelajaran – Bahasa
Gubahan Dan Pengaturcaraan”. Skudai: Jabatan Multimedia Pendidikan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Kearsley, G. (1996). Cognitive/Learning Style. Diperoleh May 20, 2008 daripada


http://trc.ucdavis.edu/msjacob/partners/25_learning.htm

Ku Suyanti Ku Zaiab. (2005). Tinjauan Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan


Simulasi Berkomputer Dalam Penagjaran Dan Pembelajaran Bagi
Subtopik Meksanisme Pernafasan Biologi Tingkatan 4 Di Sebuah
Sekolah Di Terengganu. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Tanjung
Malim: UPSI.

Mayer, R. E., & Anderson, R. B. (1992). The instructive animation: helping students
build connections between words and pictures in multimedia learning.
Journal of Educational Psychology, 84, 444–452.

Mohd Saadun Imam Yaakob. (2002). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan


Komputer Dalam Mengorganisasi Mata Pelajaran Sains. Tesis Sarjana Muda
yang tidak diterbitkan, Tanjung Malim: UPSI.

Muhibbin Shah (1995). Psikologi Pendidikan Dengan Pendekatan Guru. Bandung:


Penerbit PT Remaja Rosakarya.
Nor A’isah Abdul Shukor (2004) Kajian Pendekatan Pengajaran Di Kalangan Guru-
Guru Biologi Di Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Kangsar. Tesis
Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Tanjung Malim: UPSI.

Norshida Mohd Ali. (2007). Modul Interaktif Pengajaran Dan Pembelajaran Topik:
Simetri Molekul. Diperoleh pada Mac 24, 2008 daripada
http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/MolekulBM.htm

O'Day, D.H. (2006). Animated Cell Biology: A Quick and Easy Method for Making
Effective, High-Quality Teaching Animation. [Electronic Version]. CBE-Life
Sciences Education, 5(3), 255-263. Diperoleh pada Mac 12, 2008 daripada
http://www.lifescied.org/cgi/content/full/5/3/255

O'Day, D.H. (2007). The Value of Animations in Biology Teaching:A Study of Long-
Term Memory Retention. [Electronic Version]. CBE-Life Sciences
Education, 6, 217–223. Diperoleh pada Mac 12, 2008 daripada
http://www.physics.emory.edu/~weeks/journal/AnimationInLearning.pdf

Ormrod, D.E. (1998). Developing Learners. 2th Ed. USA America: Prentice Hall.

Ormrod, J.E. (1998). Educational Psychology: Developing Learners. 2th Ed. New
Jersey: Prentice Hall Inc.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan; Pendekatan


Kotemporari Edisi Revisi. Malaysia: McGraw Hill Malaysia.

Robert, H., Micheal, M., & Russel, J.P. (2002). Instructional Media & Technology
For Learning. 7th Ed. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan


Publications.

Sandholtz (1997). Penggunaan Teknologi Di Sekolah Boleh Memudakan Pengajaran


Dan Pembelajaran. Retrieved at Julai 2008, daripada
http://mptkl.tripod.com/rnd/chin02.htm

Sholle, D. dan Donski, S. (1994). Media Education And The (Re) Production of
Culture. London: Bergin & Garvey.

Shu-Ling Hui. (2000). Increasing associative learning of abstract through audiovisual


redundanncy. Journal of Educational Computing Research, 23(3), 275-289.

Stith, B.J. (2004). Use of Animation in Teaching Cell Biology. [Electronic Version].
Cell Biology Education, 3, 181–188. Diperoleh pada Mac 12, 2008 daripada
http://www.lifescied.org/cgi/reprint/3/3/181?maxtoshow

Tan Kah Kheng. Penggumaan koswer Multimedia Visualisasi 3-D dalam Matematik
KBSR. Diperoleh daripada
http://www.geocities,com/penyelidikan.m4p/tkk_koswer.htm
Theobald, M.A. (2006). Increasing Students’ Motivation: Strategies For Middle and
High School Teachers. United States of America: Corwin Press Sage
Publication.

Tversky, B., and Morrison, J. B. (2002). Animation: can it facilitate? .Journal of


Human Computing Study, 57, 247–262.

Vijaya Kumaran & K.K Nair. (1996). Multimedia Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains : Satu Cabaran. Seminar Kurikulum Sains Kebangsaan di
Langkawi

Woodrow (1992), Diperoleh pada Julai 2008 daripada


http://mptkl.tripod.com/rnd/chin02.htm

Woolfolk. A.E. (1998). Educational Psychology. 3th Ed. New Jersey: Prentice Hall
Inc.

Zuraidah Mohd Noor. (2007). Pengaruh Intergrasi Karikatur Dalam Aktiviti


Pengukuhan Mata pelajaran Biologi Terhadap Minat dan Kefahaman Pelajar
Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Tanjong Malim:
UPSI.

Zurida Ismail, Sy. Norhaidah Sy. Idros dan Mohd Ali Samsudin. (2007). Kaedah
Mengajar Sains. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Sila lengkapkan maklumat di bawah. Tandakan (/) pada petak yang berkenaan.

1. Jantin : Lelaki Perempuan

2. Bangsa : Melayu

Cina

India

3. Sekolah: SMK. Tengku Intan Zaharah/ SMK. Kampung Nyior/ SMK. Paka

Sila lengkapkan maklumat di bawah. Tandakan (/) pada petak yang berkenaan.

1. Saya pernah didedahkan dengan penggunaan animasi dalam proses pengajaran.

2. Saya pernah menggunakan aplikasi animasi seperti permainan komputer di rumah


sebelum ini.
Sila jawab soal selidik dengan jujur. Terima kasih.

BIL. PERKARA/ ITEM


STS TS S SS
1. Saya dapat memahami pengajaran yang diajar melalui animasi
dengan lebh jelas.
2. Penggunaan animasi berkomputer dapat meningkatkan prestasi
dan kemajuan pembelajaran saya.
3. Daya ingatan saya meningkat apabila belajar dengan
menggunakan animasi ini.
4. Penggunaan animasi tidak dapat meningkatkan pemahaman
saya untuk mempelajari konsep sains.
5. Animasi pergerakan otot diafragma yang dipaparkan meransang
pemikiran kritis dan kreatif saya.
6. Penerangan konsep mekanisme pernafasan dengan
menggunakan animasi memudahkan pemahaman saya.
7. Saya merasakan bahawa penggunaan animasi membuatkan saya
jadi lebih keliru dengan konsep sains.
8. Saya dapati guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan
baik dan berkesan dengan menggunakan animasi ini.
9. Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran
guru apabila menggunakan animasi.
10. Saya amat tertarik dengan cara pembelajaran dengan
menggunakan animasi.
11. Saya berasa sangat bosan apabila guru menggunakan animasi
bagi menerangkan konsep sains.
12. Elemem multimedia animasi meransang minat saya untuk
belajar.
13. Animasi pergerakan ion-ion/molekul yang dipaparkan menarik
minat dan perhatian saya terhadap pembelajaran.
14. Saya suka untuk belajar dengan menggunakan animasi.
15. Saya berasa seronok untuk belajarapabila guru menggunakan
animasi.
16. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian saya semasa
guru menggunakan animasi untuk menerangkan konsep sains.
17. Elemen multimedia animasi tidak dapat meransang minat saya
untuk belajar.
18. Saya lebih suka menghafal fakta tentang sesuatu konsep sains.
19. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami isi
kandungan pelajaran.
20. Konsep sains yang abstrak menyukarkan saya untuk
memahaminya.
21. Saya selalu menghafal fakta tentang konsep sains tanpa
memahaminya terlebih dahulu.
22. Guru menyuruh saya menghafal konsep sains yang abstrak.
23. Saya lebih suka untuk memahami sesuatu konsep berbanding
menghafalnya.
24. Saya kerap menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami
sesuatu konsep sains.
25. Guru sentiasa menggalakkan saya untuk memahami sesuatu
konsep.

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN.


SELAMAT MAJU JAYA...
LAMPIRAN F
LAMPIRAN G
LAMPIRAN H

You might also like