Professional Documents
Culture Documents
JANUARI / 2011
HBHE 3203
SOALAN TUGASAN
Dalam mesyuarat staf awal tahun, anda dimaklumkan sebagai Penyelaras 3K sekolah. Guru
Besar menyarankan agar Jawatankuasa 3K melaksanakan satu projek untuk menceriakan
kawasan sekolah. Jawatankuasa 3K bersetuju untuk menganjurkan projek “Gotong Royong
Perdana” dengan kerjasama komuniti tempatan.
Anda perlu:
(a) Sediakan satu persembahan powerpoint tentang DUA kawasan sekolah yang akan
diberi perhatian semasa gotong royong tersebut.
(15 markah)
(b) Sediakan kertas cadangan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah.
(15 markah)
[Jumlah: 30 markah]
HBHE 3203
ISI KANDUNGAN
1. Pendahuluan i
4. Rujukan 11
5. Lampiran 12 – 16
HBHE 3203
Pendahuluan
Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas semua pihak yang telah
membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini terutamanya pensyarah pendidikan
kesihatan kami iaitu En. Abd. Kadir Bin Abd. Rahim atas khidmat nasihat dan bimbingan
yang diberikan oleh beliau. Di samping itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan yang membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus tersebut.
Dalam proses penyediaan tugasan ini, saya dapat menambah pengetahuan saya lebih
mendalam mengenai pengurusan kesihatan dan kepentingan kebersihan dan keselamatan
persekitaran.
Akhir sekali, saya berharap agar tugasan ini dapat dijadikan sebagai panduan dan
rujukan pada masa hadapan.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
Tan Ching Hing
Mac 2011
HBHE 3203
PERSEMBAHAN POWERPOINT
HBHE 3203
KERTAS CADANGAN
1. PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik
darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan
matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan
tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.
Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SJK (C) Ai
Chun akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta
mencapai matlamat 3K.
HBHE 3203
2. TUJUAN
Kertas cadangan ini adalah untuk memohon ahli mesyuarat menimbang dan
meluluskan kertas cadangan ini kerana program ini dapat memberi pengetahuan dan
pendedahan mengenai aspek-aspek penjagaan kesihatan kepada para pelajar. Pengetahuan
dan kemahiran mengenai aspek-aspek amalan gaya hidup sihat ini amatlah wajar
ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan
diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran dari seawal usia di
bangku sekolah.
3. NAMA PROGRAM
GOTONG-ROYONG PERDANA 2011
4. TEMA PROGRAM
Persekitaran Yang Bersih Menjana Suasana Pembelajaran
5. MATLAMAT
Matlamat utama gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang
sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cinta
akan kebersihan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang
sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan
kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah. Namun demikian, sebenarnya
cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang mana
murid kurang memahami dengan sebenarnya iaitu ceria, indah, wangi, bersih, berfungsi
dan selamat.
Melalui aktiviti gotong-royong ini, warga sekolah juga boleh meningkatkan rasa
tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti
membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat aktiviti gotong-royong ini juga
supaya dapat mendidik dan mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan dan
justeru itu mengamalkan amalan kebersihan.
HBHE 3203
6. OBJEKTIF
6.1 Menwujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
6.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
6.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu
bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
6.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
6.5 Mewujudkan suasana yang menjadi identiti sekolah sebagai institusi yang sihat,
bersih, indah serta ceria.
8. PENGANJUR
Jawatankuasa 3K
9. TARIKH CADANGAN
20hb Jun 2010 (Sabtu)
10. TEMPAT
Kawasan Sekitar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun
11. MASA
11.00 pagi hingga 12.30 pagi
12. PAKAIAN
Pakaian Sukan
AJK :
Pn. Lee Li Ju
En. Pua Boon Keng
Pn. Leng Kim Puay
Pn. Yong Fui Yee
Pn. Gan Swee Eng
Pn. Ainun Binti Che Omar
Pn. Tan Hui Yen
Pn. Ng Lay Khim
Pn. Sopiah Binti Ramli
Pn. Khoo Yee Ling
Pn. Bong Yit Fong
AJK :
SAMBUTAN PROTOKOL
Guru Besar SJK C Ai Chun Pn. Khoo Yee Ling
Semua PK
HADIAH DOKUMENTASI
Pn Yong Fui Yee Pn Ng Lay Khim
( hadapan Blok B )
MASA AKTIVITI
Ulasan bendahari:
Peruntukan ini amat diperlukan untuk melancarkan perlaksanaan program gotong-royong.
Peruntukan ini dibayar melalui akaun PIBG.
Tandatangan bendahari,
____________________
( En Tang Yong Tack )
HBHE 3203
Penutup
Akhir sekali, diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid agar
mereka menyedari akan kepentingan kebersihan persekitaran dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang sihat dan ceria.
___________________ ___________________
( En Tan Ching Hing ) ( Pn Gan Swee Eng )
Setiausaha 3K
SJK C Ai Chun,
Tenang Stesen, Segamat.
Diluluskan oleh,
________________________
( Pn. Lim Moy Tiang)
Guru Besar SJK C Ai Chun
HBHE 3203
Rujukan
Scribd. (2009). Retrieved Mac 3, 2011, from Kertas Kerja Gotong Royong 04122009:
http://www.scribd.com/doc/39295126/Kertas-Kerja-Gotong-Royong-04122009
Cornell University Library. (2010, February). Retrieved Mac 1, 2011, from Citation
Management: http://www.library.cornell.edu/newhelp/res_strategy/citing/apa.html
Hanne Lore Koehler. (2011). Retrieved Mac 1, 2011, from Preschool Wall Mural:
http://www.koehlerart.com/gallery_pages/Fgallery21-3.htm
Odyssey Community School. (2011, Mac). Retrieved Mac 4, 2011, from Plans for the Odyssey
Community School’s Community Garden: http://ashevilleprivateschool.com/odyssey-
community-school/plans-for-the-odyssey-community-schools-community-garden/
Dave Roos. (n.d.). HowStuffWorks, Inc. Retrieved Mac 2, 2011, from 5 Tips for More
Effective PowerPoint Presentations:
http://communication.howstuffworks.com/effective-powerpoint-presentations1.htm
Lampiran A