You are on page 1of 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

100
KERJA KURSUS
KOKURIKULUM - PERSATUAN
MPU3081

Nama : NOORUL EFFAH BINTI


INTI RAZID
RAZID

Angka Giliran : 2019202340026

No Kad Pengenalan : 000213-03-0968

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2019

Kumpulan/Unit : BA 3.09

Nama Pensyarah Kursus : EN. ISHARAE BIN ABDUL


MOSAMAD

TARIKH
TUGASAN TARIKH MULA MARKAH WAJARAN
HANTAR

KERTAS KERJA 7 SEPT 2020 5 OKT 2020 /60

LAPORAN KAJIAN
5 OKT 2020 19 OKT 2020 /40
KES

JUMLAH /100

Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tanda tangan Pelajar : Tarikh:


PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Kokurikulum – Persatuan (MPU3081) ini. Sepanjang
menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit
mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya
akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah
saya iaitu Encik Isharae bin Abdul Mosamad kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk
ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya
dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.


KANDUNGAN

PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB
KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN
DRAF PERLEMBAGAAN
LAMPIRAN
SURAT KELULUSAN PENUBUHAN KELAB
RUJUKAN
SEK.KEB. DAENG ANDIKA

SSS SEKOLAH KEBANGSAAN DAENG ANDIKA


16700 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim
Kod Sekolah:
_________________________________________________________________________
TEL/FAX : 09-9480948
skdaengandika@gmail.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKDA/KK/02/13/09 (4)
Tarikh : 28.09.2020
Guru Besar,
S.K. Daeng Andika,
16700 Pasir Puteh,
Kelantan.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN KELAB BAHASA ISYARAT

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa kami ingin memohon untuk menubuhkan Kelab Bahasa
Isyarat bagi menjayakan aktiviti kurikulum sekolah pada tahun 2021.

2. Bersama-sama ini disertakan:


I. Draf Perlembagaan
II. Rancangan Aktiviti Kokurikulum
III. Cadangan Senarai Nama Jawatankuasa

Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan tuan dan segala kerjasama serta
sokongan tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah

Noorul Effah binti Razid


Sk Daeng Andika,
Pasir Puteh, Kel.
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN

“KELAB BAHASA ISYARAT”

SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN DAENG ANDIKA

16700 PASIR PUTEH,

KELANTAN.

DISEDIAKAN OLEH:

NOORUL EFFAH BINTI RAZID


KANDUNGAN

TAJUK
1. PENGENALAN
I. LATAR BELAKANG
II. RASIONAL
III. MATLAMAT
IV. OBJEKTIF
V. VISI
VI. MISI
VII. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
VIII. JAWATANKUASA PENAJA
IX. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN
X. PEKELILING
2. PERLEMBAGAAN
I. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
II. MATLAMAT
III. OBJEKTIF
IV. MOTO
V. LOGO DAN PENGERTIAN
VI. BENDERA DAN PENGERTIAN
VII. LAGU
VIII. KEAHLIAN
IX. PAKAIAN
X. GURU PENASIHAT
XI. AHLI JAWATANKUASA
XII. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
XIII. KEWANGAN
XIV. KEHADIRAN
XV. PERATURAN-PERATURAN
XVI. TINDAKAN DISIPLIN
XVII. PINDAAN PERLEMBAGAAN
XVIII. PEMBUBARAN
XIX. HAL-HAL LAIN
PENUTUP
LAMPIRAN
TAJUK

Kelab Bahasa Isyarat

1. LATAR BELAKANG
Kelab Bahasa Isyarat merupakan inisiatif pihak Sekolah kebangsaan Daeng Andika
bagi memperkenalkan pelajar kepada Bahasa Isyarat yang merupakan bahasa
terpenting di dunia. Ia juga adalah satu-satunya medium yang sesuai bagi
berkomunikasi dengan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah
pendengaran dan pertuturan. Altiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Bahasa
Isyarat ini akan menarik pelajar untuk terlibat secara aktif sekaligus melatih mereka
untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Isyarat dengan mudah dan lancar.

2. RASIONAL
2.1 Malaysia adalah negara yang terdiri daripada pelbagai kategori manusia,
termasuklah mereka yang kurang upaya (OKU). Terdapat pelbagai kategori
OKU, antaranya adalah OKU pendengaran dan pertuturan. Mereka yang
kurang bernasib baik ini ada kalanya mengalami kesukaran untuk menjalani
kehudpan harian kerana tidak difahami oleh orang lain. Satu-satunya cara
bagi membolehkan mereka berhubung dengan dunia luar tanpa halangan
adalah dengan memperkenalkan seluruh warganegara kepada Bahasa
Isyarat Malaysia (BIM) yang merupakan bahasa utama mereka.

2.2 Membolehkan setiap kategori manusia berhubung tanpa ada jurang yang
memisahkan sekaligus mengelakkan OKU pertuturan dan pendengaran
daripada merasa terasing dalam komunikasi harian. (Zalizan Mohd Jelas,
2009)

2.3 Membina hubungan yang baik antara murid tipikal dengan murid
berkeperluan khas menerusi inteaksi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). (Mohd Rosman et.al., 2009)

3. MATLAMAT
3.1 Memupuk sifat empati dan prihatin dalam jiwa setiap rakyat Malaysia melalui
pengenalan kepada Bahasa Isyarat Malaysia seterusnya menjalinkan
hubungan yang lebih erat dengan golongan OKU pertuturan dan
pendengaran.
4. OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari Bahasa Isyarat.

4.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar


berkeperluan khas di sekolah.

4.3 Melahirkan minat belajar dalam kalangan pelajar.

4.4 Menyokong aktiviti anjuran MFD (Malaysia Federation Of The Deaf)

4.5 Menyebarkan kesedaran untuk mengasihi golongan OKU pertuturan dan


pendengaran.

4.6 Melahirkan generasi yang berkualiti dan prihatin terhadap orang lain.

4.7 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

4.8 Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri kepayahan dan
kesusahan yang dilalui oleh OKU pertuturan dan pendengaran dalam
berkomunikasi.

4.9 Membantu kerajaan dalam mewujudkan satu negara bangsa yang bersatu-
padu.

5. VISI
5.1 Menjadikan bahasa isyarat antara bahasa terpenting di Malaysia bagi
mewujudkan satu negara bangsa yang adil kepada setiap kategori
masyarakat tanpa mengira kekurangan dan permasalahan masing-masing.

6. MISI
6.1 Memastikan stiap murid diberi peluang untuk mempelajari dan
mempraktikkan Bahasa Isyarat tanpa segan silu.

6.2 Memperluaskan dan Memperkasakan Bahasa Isyarat secara sistematik dan


efisien

6.3 Membangunkan program untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Isyarat


seterusnya melestarikan seni Bahasa Isyarat.
7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
7.1 Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang
telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan, Sekolah dan Persatuan Orang Pekak Malaysia (Malaysia
Federation Of The Deaf)

7.2 Perlembagaan mula berkuasa dari tarikh kelab mula berdaftar.

8. JAWATANKUASA PENAJA KELAB BAHASA ISYARAT

8.1 Jawatankuasa “Kelab Bahasa Isyarat” akan terdiri daripada:


Penasihat : Cik Noorul Effah binti Razid
Pengerusi : Encik Muhammad bin Zakaria
Naib Pengerusi : Puan Noorhana binti Ismail
Setiausaha : Puan Khatijah binti Nasir
Bendahari : Cik Nor Nodzirah binti Mohd Fadzli

9. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN


9.1 Kelas Asas Bahasa Isyarat

9.2 Menyertai program Bahasa Isyarat peringkat kebangsaan

9.3 Menyantuni pelajar Pendidikan Khas

9.4 Karnival Bahasa Isyarat

9.5 Ujian berkala kemahiran Bahasa Isyarat

9.6 Program komunikasi bersama OKU pertuturan dan pendengaran di luar


sekolah.

10. PEKELILING

10.1 Panduan Keselamatan Diri Pelajar (Rujuk Lampiran 1)


KELAB BAHASA ISYARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN DAENG ANDIKA

NO. PENDAFTARAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

A. Nama Persatuan : Kelab Bahasa Isyarat


Sekolah Kebangsaan Daeng Andika

B. Alamat : Sekolah Kebangsaan Daeng Andika


16700 Pasir Puteh,
Kelantan.

PERATURAN 2 : MATLAMAT

2.1 Memupuk sifat empati dan prihatin dalam jiwa setiap rakyat Malaysia melalui
pengenalan kepada Bahasa Isyarat Malaysia seterusnya menjalinkan
hubungan yang lebih erat dengan golongan OKU pertuturan dan
pendengaran.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari Bahasa Isyarat

3.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri kepayahan dan
kesusahan yang dilalui oleh OKU pertuturan dan pendengaran dalam
berkomunikasi.

3.3 Melahirkan individu yang mempunyai sifat empati terhadap orang lain.

3.4 Mewujudkan minat untuk belajar dalam diri pelajar.

3.5 Membantu kerajaan dalam mewujudkan satu negara bangsa yang bersatu-
padu.
PERATURAN 4 : MOTO

4.1 Moto Kelab Bahasa Isyarat

“Comprehension Out Of Passion”

4.2 Pengertian moto

4.2.1 Secara bahasa, moto kelab ini bermaksud pemahaman berdasarkan


minat.

4.2.2 Secara istilah, moto kelab ini bermaksud hanya dengan mencintai
bahasa ini, murid dapat memahaminya.

4.2.3 Ia juga bermaksud hanya dengan mencintai OKU pertuturan dan


pendengaran, murid dapat belajar bahasa ini dengan bersungguh-
sungguh dalam usaha untuk berkomunikasi dengan mereka dengan
lancar dan fasih.

PERATURAN 5 : LOGO DAN PENGERTIAN

5.1 Logo Kelab Bahasa Isyarat

5.2 Pengertian logo

5.2.1 Simbol ‘hati’ melambangkan kecintaan pelajar kepada ilmu


pengetahuan dan rakyat Malaysia sehingga berani mencuba untuk
belajar bahasa baru.

5.2.2 Isyarat tangan bermaksud “sayang” dalam Bahasa Isyarat bermaksud


kecintaan dan keinginan yang mendalam dalam diri ahli kelab untuk
mendalami Bahasa Isyarat, sejajar dengan moto kelab iaitu
“Comprehension Out Of Passion”

5.2.3 Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian hati ahli kelab
5.2.4 Warna hitam melambangkan keberanian dan kesanggupan murid
untuk belajar.

PERATURAN 6 : BENDERA DAN PENGERTIAN

6.1 Bendera Kelab Bahasa Isyarat

6.2 Pengertian Bendera

6.2.1 Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian hati ahli kelab.

PERATURAN 7 : LAGU

7.1 Lagu Kelab Bahasa Isyarat

7.1.1 Komposer : Izz Andika bin Syaref

7.1.2 Lirik : Syeraz Muhammad bin Lukman

Negara demokrasi

Utama komunikasi

Semua dirai

Segenap bucu dan sisi

Bahasa isyarat bahasa perpaduan


Bahasa isyarat bahasa pergaulan

Bahasa isyarat bahasa keunggulan

Menuju rakyat berwawasan

Satu bahasa segenap bangsa

Dari yang muda kepada yang tua

Satu bahasa semua warga

Dari rakyat seluruh negara

PERATURAN 8 : KEAHLIAN

8.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Daeng
Andika tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar.

8.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara berjumpa dengan guru
penasihat dan mengisi borang yang disediakan.

8.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju untuk berpegang kepada


Perlembagaan dan akan mengambil bahagian bagi menjayakan visi dan misi
kelab.

8.4 Setiap ahli berhak dan diwajibkan mengundi dalam Mesyuarat Agung kelab.

8.5 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diakan sekiranya tidak terdapat
sebarang halangan mahupun rintangan.

PERATURAN 9 : PAKAIAN

9.1 Sesi perjumpaan mingguan : Pakaian seragam sekolah

9.2 Sesi aktiviti kelab

9.2.1 Waktu persekolahan : Pakaian seragam sekolah

9.2.2 Luar waktu persekolahan : Pakaian kasual


PERATURAN 10 : GURU PENASIHAT

10.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru di sekolah ini.

10.2 Guru penasihat hendaklah menyumbang dan bertanggungjawab dalam


perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

10.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa peka dan bersama dengan ahli kelab
semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 11 : AHLI JAWATANKUASA

11.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

11.2 Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.

11.3 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.

11.4 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar


surat perletakan jawatan kepada guru penasihat.

11.5 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri daripada:

11.5.1 Pengerusi

11.5.2 Naib Pengerusi

11.5.3 Setiausaha

11.5.4 Bendahari

11.5.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 12 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

12.1 Pengerusi

12.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua meseyuarat.

12.1.2 Meneliti catatan minit mensyuarat dan memastikan segala keputusan


yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
12.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat
dari semasa ke semasa

12.1.4 Membantu Guru Penasihat dalam mengendalikan aktiviti.

12.1.5 Mengambil alih tugas Guru Penasihat sekiranya perlu.

12.2 Naib Pengerusi

12.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab


yang diberi.

12.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi

12.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat


dari semasa ke semasa

12.3 Setiausaha

12.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

12..3.2 Mencatat dan menandatangani minit mensyuarat/laporan kegiatan.

12.3.3 Mencatat kehadiran ahli

12.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

12.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat


dari semasa ke semasa

12.4 Bendahari

12.4.1 Bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan kelab.

12.4.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara


kewangan dan bertanggungjawab ke atas kesahihannya.

12.4.3 Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.

12.4.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam


mesyuarat.

i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan


dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
penasihat dari semasa ke semasa
12.5 Ahli Jawatankuasa
12.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dillaksanakan.

12.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

12.5.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru penasihat


dari semasa ke semasa

PERATURAN 13 : KEWANGAN

13.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui yuran bulanan yang
diputuskan semasa Mesyarat Agung iaitu sebanyak RM3.00 seorang
sebulan.

13.2 Untuk mengadakan aktiviti luar yang memerlukan kos tambahan, kelab boleh
memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti dan yuran khas.

PERATURAN 14 : KEHADIRAN/PENYERTAAN

14.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktivti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun persekolahan.

14.2 Kegagalan berbuat sedemikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki


menulis surat tunjuk sebab. Sekiranya gagal berbuat sedemikian, markah
kehadiran dalam penilaian kokurikulum akan dipotong dan tindakan tegas
akan diambil.

PERATURAN 15 : PERATURAN-PERATURAN

15.1 Peraturan sekolah sebagai peraturan asas.

15.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli kelab.

15.3 Ahli kelab yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 16 : TINDAKAN DISIPLIN


16.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

16.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut.

16.2.1 Amaran lisan

16.2.2 Amaran bertlis

16.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 17 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

17.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

17.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

17.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.

17.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh Guru Besar.

PERATURAN 18 : PEMBUBARAN

18.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh


Pendaftaran persatuan secara bertulis.

18.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng


daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah.

PERATURAN 19 : HAL LAIN-LAIN

19.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing terhadap aktiviti


yang dijalankan.
19.2 Ahli kelab hendaklah peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
PENUTUP
Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Bahasa Isyarat” tidak lain dan tidak bukan hanyalah
bertujuan untuk mendatangkan manfaat dan kelebihan kepada para pelajar Sekolah
Kebangsaan Daeng Andika. Kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam diri pelajar
mampu membentuk dan melatih diri pelajar untuk menjadi seorang yang berkemahiran dan
sempurna dalam pelbagai aspek kehidupan sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan
sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak disia-siakan begitu
sahaja.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,

...........................................

NOORUL EFFAH BINTI RAZID

Guru

Sek. Keb. Daeng Andika

Tarikh: ...............................

Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................ ..............................................

MAZLAN BIN OTMAN AHMAD MARWAN BIN YASIN

GPK Kokurikulum Guru Besar

Sek. Keb. Daeng Andika Sek. Keb. Daeng Andika

Tarikh: ............................... Tarikh: ..................................


LAMPIRAN
Lampiran 1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (9)


30 Mac 2000

Semua Pengarah Pendididikan NegeriY.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2000:


Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di
Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Kementerian Pendidikan memandang amat serius akan beberapa insiden kemalangan,


membabitkan murid sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kemalangan yang berlaku
didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian pelajar kerana terhempap palang
gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam tangki najis. Berlakunya
insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah
mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya sentiasa diberi perhatian dan keutamaan.

2. Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan


diripelajar terjamin semasa berada di sekolah. Oleh itu langkah-langkah keselamatan perlu
diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya
kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti
pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan.

3. Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan kepada semua
Pengetua dan Guru Besar supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinankemungkinan
yang boleh berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid serta mengambil
langkah-langkah proaktif untuk mengelakkannya.

4. Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang sewajarnya


dilakukan:-

4.1 Guru Opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:

4.1.1 Menjaga keselamatan murid dengan rapi semasa di dalam atau di luarbilik
darjah.

4.1.2 Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan


walaupun boleh dibantu oleh murid.
Lampiran 1

4.2 Guru Kokurikulum dan Sukan:

4.2.1 Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatanmurid-


murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.

4.2.2 Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada


dalamkeadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

4.3 Murid:

4.3.1 Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau
penjaga dan pengetua atau guru besar untuk mengambil bahagian di
dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar sekolah.

4.3.2 Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan sepertimakanan


dan minuman dan lain-lain lagi.

4.3.3 Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luarkawasan


sekolah. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita
hendaklah mengiringi pasukan tersebut.

4.3.4 Kesihatan murid perlu diberi perhatian dan diambil kira.

4.3.5 Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksamengambil


bahagian.

4.3.6 Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalanipemeriksaan


doktor terlebih dahulu.

4.4 Skim Perlindungan Diri:

4.4.1 Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk


semuamurid yang merangkumi perkara-perkara berikut:

a) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.

b) kemalangan dalam perjalanan pergi dan balik bersukan.

c) kemalangan semasa menyertai sukan dan kokurikulum.

d) kemalangan yang disebabkan peralatan sukan yang masih dalam


'warranty'

4.5 Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan):

4.5.1 Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan


bolehmembawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang
Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket,
Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes,
Anak Panah dan Peralatan Gimnastik.
Lampiran 1

4.5.2 Pastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan


yangmerbahaya seperti yang dinyatakan dalam 4.5.1 diadakan pada hari
atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain.

4.5.3 Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga dan


diawasipenggunaannya dengan rapi sepanjang masa,

4.5.4 Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudahdiambil
oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja.

4.5.5 Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkandalam
buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru atau jurulatih sahaja.

4.5.6 Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapapun dan
ia hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama.

4.5.7 Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semuaperalatan


yang tidak digunakan.

4.5.8 Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbirsama


ada untuk diperbaiki atau dimusnahkan.

4.6 Peralatan Sukan:

4.6.1 Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada ‘warranty’ daripada
pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang
persatuan sukan.

4.6.2 Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklahdimusnahkan


dengan serta merta.

4.6.3 Adalah salah membeli, meminjam atau memberi pinjam,


menggunaperalatan sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan
Sukan.

4.7 Kawasan Sukan/Permainan:

4.7.1 Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam keadaan
yang baik dan terurus.

4.8 Kawasan Larangan:

4.8.1 Kawasan Larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan

kepada guru/jurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan. a) Kolam


Renang.

b) Dewan Gimnastik.
Lampiran 1

c) Bilik Kecergasan/Latihan Beban.

d) Stor Sukan.

e) Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yangbesar


seperti Tiang Gol.

4.9 Cuaca/Musim:

4.9.1 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempatlapang


semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir.

4.9.2 Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujandan


ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.

4.9.3 Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap keranahendak


hujan.

4.10 Laporan Kemalangan atau Kecederaan:

4.10.1 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat


dan dilaporkan kepada pengetua atau guru besar dengan segera.

4.10.2 Semua jenis kemalangan mestilah direkodkan.

4.11 Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi:

4.11.1 Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-lain yang
memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang
bertauliah.

4.11.2 Pastikan ada 'life saver' yang bertauliah bertugas semasa aktivitiaktiviti
sukan renang dijalankan.

4.12 Pelaporan Aktiviti (Penilaian):

4.12.1 Guru pengiring mestilah membuat laporan bertulis kepada pihak


sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.

5. Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat


Pekelilinglkhtisas Bil. 1/1995 bertarikh 6 April 1995, dan sila maklurnkan kepada Pengetua dan
Guru Besar sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.
Lampiran 1

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad


Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Pegawai Perhubungan Awam


SEK.KEB. DAENG ANDIKA

SEKOLAH KEBANGSAAN DAENG ANDIKA


16700 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.
Kod Sekolah:

TEL/FAX : 09-9480948
skdaengandika@gmail.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKDA/KK/02/10/09 ( )
Tarikh : 03.10.2020
Tuan/Puan,
Kelab Bahasa Isyarat

Tuan/Puan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB BAHASA ISYARAT

Surat tuan Bil. SKDA/KK/02/12/09(4) bertarikh 28/09/2020 adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan tuan untuk menubuhkan Kelab Bahasa Isyarat telah
diluluskan mulai Januari 2021.

2. Diharapka dengan penubuhan Kelab Bahasa Isyarat ini dapat membantu pelajar untuk
lebih cemerlang dalam aktiviti kokurikulum

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

Ahmad Marwan bin Yasin


Guru Besar,
Sk Daeng Andika,
Pasir Puteh, Kel.
RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah


Rendah dan Sekolah Menengah.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 1986:
Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja KoKurikulum Pelajar. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). Akta Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2000:
Panduan keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan
Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2007:
Garis Panduan Lawatan Murid. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2009:
Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Lawatan Di Luar
Waktu Persekolahan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Rosman Salubin, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin dan Mohd. Mokhtar Tahar. (2009).
Pembinaan Sistem Sokongan untuk Pelajar Berkeperluan Khas Bermasalah
Pembelajaran: Satu Kajian Kes di Sebuah Sekolah Menengah di Negeri Johor. Prosiding
Seminar Serantau Pendidikan Inklusif dan Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Bangi.

You might also like