You are on page 1of 31

Di Malaysia terdapat 14 buah negeri.

Setiap negeri
mempunyai keunikan dan tempat yang bersejarah
yang menjadi tarikan pelancong.
NEGERI DI MALAYSIA
Nama Perlis berasal daripada nama seorang tokoh, iaitu Tok Perlis. Perlis juga
dikatakn berasal daripada perkataan siam, phrau loi yang bermaksud kelapa
hanyut.

Ibu negeri
Kangar

Bandar Diraja
Arau

Ketua Negeri
Raja TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Gua Kelam dinamakan bersempena
dengan susana kelam yang sentiasa
menyelubungi gua ini. Dahulu, Gua
Kelam terkenal kerana terdapat biji
timah yang bermutu tinggi.
Nama Kedah berasal daripada perkataan kheddah yang bermaksud perangkap gajah.
Ada juga yang menyatakan nama Kedah berasal daripada perkataan Arab, iaitu kedah
yang bermaksud gelas berkaki. Orang India memanggil Kedah dengan nama Kadaram.

Ibu Negeri
Alor Setar

Bandar Diraja
Anak Bukit

Ketua Negeri
Sultan
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Gunung Jerai terletak di Kedah.
Kedudukan Gunung Jerai
menjadi panduan kepada
pelayar pada zaman dahulu
yang singgah berdagang di
negeri tersebut.
Pulau Pinang diambil sempena nama pokok pinang yang banyak tumbuh di
pulau tersebut pada suatu masa dahulu.

Ibu Negeri
George Town

Ketua Negeri
Yang di-Pertua Negeri

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Boria merupakan
persembahan yang amat
popular. Persembahan boria
menonjolkan pelbagai isu
sosial. Persembahan ini
mempunyai dua segmen, iaitu
sketsa dan nyanyian yang
diketuai oleh seorang tukang
karang.
Nama Perak dikaitkan dengan sejenis logam, iaitu perak. Nama Perak juga
diambil daripada nama Sungai Perak yang mempunyai ikan berwarna putih
seperti perak.

Ibu Negeri
Ipoh

Bandar Diraja
Kuala Kangsar

Ketua Negeri
Sultan
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Hutan Simpan Royal Belum adalah
antara hutan simpan terbesar yang
belum pernah diterokai dan menjadi
tarikan utama para pelancong.
Kewujudan spesies mamalia yang
besar merupakan keistimewaan
kepada Hutan Simpan Royal Belum.
Selain itu, hutan ini juga kaya dengan
pelbagai flora dan fauna.
Nama Selangor dikaitkan dengan nama Sungai Selangor Yang terletak di Kuala
Selangor.

Ibu Negeri
Shah Alam

Bandar Diraja
Klang

Ketua Negeri
Sultan
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Bukit Malawati merupakn pusat
pentadbiran dan kubu kuat
Kesultanan Selangor pada akhir
abad ke-18 dan awal abad ke-
19.Sultan Ibrahim Shah (1778-
1826) telah mendirikan sebuah
kota di Bukit Malawati bagi
memepertahankan Kuala
Selangor daripada serangan
Belanda.
Nama Negeri Sembilan diambil sempena sembilan negeri kecil yang disatukan di
bawah satu pemerintahan berpusat di Seri Menanti.

Ibu Negeri
Seremaban

Bandar Diraja
Seri Menanti

Ketua Negeri
Yang di-Pertuan Besar
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Istana Seri Menanti menjadi kediaman
rasmi Yang di-pertuan Besar Negeri
Sembilan sekitar tahun 1900-an.

Istana ini siap dibina pada tahun 1908


dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan
Besar Tuanku Muhammad ibni
Almarhum Yamtuan Antah.

Istana Seri Menanti Menjadi lambang


pusat pemerintahan yang di-Pertuan
Besar Negeri sembilan.
Menurut Sejarah Melayu, nama Melaka diambil sempena nama pokok
melaka. Parameswara telah bersandar di pokok itu dan bertanya kepada
pengikutnya nama pokok tersebut. Pengikutnya mengatakan pokok itu ialah
pokok melaka. Parameswara terus menamakan tempat itu sebagai Melaka.

Ibu Negeri
Bandar Melaka

Ketua Negeri
Yang di-Pertua Negeri

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Dondang sayang dikatakan
berasal daripada nyanyian
istana pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka dan Cina
peranakan.
JOHOR
Nama Johor berasal daripada perkataan Arab, iaitu jauhar yang bermaksud
permata berharga. Nama Johor juga disebut dalam Sejarah Melayu sebagai
Ujung Tanah.

Ibu Negeri
Johor Bahru

Bandar Diraja
Bandar Maharani

Ketua Negeri
Sultan
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Tarian kuda kepang merupakan
tarian warisan di negeri Johor.
Tarian rakyat ini biasanya
dipersembahkan dalam majlis-
majlis kermaian.
Menurut sultan Terengganu kesembilan, iaitu Sultan Omar Riayat Shah, nama
Terengganu berasal daripada sebutan taring anu. Anu dikatakan merujuk kepada
harimau.

Ibu Negeri
Kuala Terengganu

Ketua Negeri
Sultan

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Ulik mayang merupakan tarian
yang wujud pada zaman
pemerintahan Sultan Omar
Riayat Shah. Tarian ini
merupakan tarian tradisional di
negeri Terengganu.
Nama Pahang berasal daripada sebatang pokok mahang yang rebah
merentangi Sungai Pahang.

Ibu Negeri
Kuantan

Bandar diraja
Pekan

Ketuan Negeri
Sultan
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Taman Negara merupakan kawasan
perlindungan alam semula jadi yang
pertama dan tertua di negara kita.
Taman ini terletak di antara sempadan
Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Taman ini dinamakan sebagai sebagai
Taman Negara setelah negara
mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Taman Negara mejadi sebuah
destinasi ekopelancongan yang
terkenal di Malaysia.
Sumber China mengatakan nama Kelantan ialah Ho-lan-tan atau Kou-lo-tan. Ada
juga menyebutnya sebagai Kolamtanah yang akhirnya menjad Kelantan.

Ibu Negeri
Kota Bharu

Ketua Negeri
Sultan

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Masjid Kampung
Laut
Masjid Kampung Laut merupakan
masjid yang tertua di Malaysia.
Masjid yang dibina daripada kayu
ini dipercayai berusia melebihi
300 tahun dan digunakan bagi
menyebarkan agama Islam di
Kelantan.
Nama Sarawak berasal daripada namsa Sungai Sarawak. Menurut cerita lisan,
Sarawak mendapat nama daripada ungkapan “serah kepada awak” yang
diucapkan oleh Pengiran Muda Hashim kepada James Brooke.

Ibu Negeri
Kuching

Ketua Negeri
Yang di-Pertua Negeri

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Gua Niah merupakan salah satu
gua tertua di dunia dan telah
diwartakan sebagai tapak
bersejarah.

Gua ini menunjukkan bukti


kehidupan awal masyarakat
prasejarah.
Nama Sabah berasal daripada nama sejenis pisang yang dipanggil pisang saba
atau jaba oleh orang Bajau.

Ibu Negeri
Kota Kinabalu

Ketua Negeri
Yang di-Pertua Negeri

TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Hutan Simpan Sepilok menjadi
pusat pemuliharaan Orang Utan
yang dibuka pada tahun 1964.

Pusat ini dikhususkan untuk


memulihara dan mengkaji spesies
Orang Utan yang semakin pupus
akibat daripada pembalakan dan
pembersihan hutan.
Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan
Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah
pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan


Putrajaya merupakan Kuala Lumpur Labuan merupakan Pusat
pusat pentadbiran merupakan ibu negara Perniagaan dan
Persekutuan dan ibu rasmi Malaysia. Kewangan Antarabangsa
negara pentadbiran (IBFC)
Malaysia.
Negara Malaysia merupakan negara berbilang bangsa, agama dan budaya. Rakyat
Malaysia hidup aman damai tanpa mengira perbezaan. Sebagai rakyat Malaysia,
kita haruslah sama-sama memelihara dan menjaga keamanan negara kita .

You might also like