You are on page 1of 5

LAPORAN PELAKSANAAN

PROGRAM PENGUKUHAN PERSEKITARAN DWIBAHASA


(BILINGUAL ECOSYSTEM) SEKOLAH
DI BAWAH HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP)

KELAB BAHASA INGGERIS

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1 Program Pengukuhan Persekitaran Dwibahasa (Bilingual Ecosystem) Sekolah


di Bawah Highly Immersive Programme (HIP) Kelab Bahasa Inggeris.

2.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh : 26 Jun 2019 hingga 30 Ogos 2019.

Masa : 2:00 petang – 4:00 petang.

3.0 TEMPAT

Kelas 3 Kreatif.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi harian dalam kalangan
murid sekolah rendah yang mencapai tahap sederhana ke rendah dalam penguasaan
Bahasa Inggeris.

4.2 Membina keyakinan dalam kalangan murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam
penggunaan harian dan konteks sosial.

4.3 Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan yakin melalui syarahan awam.
5.0 AJK PELAKSANA

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Deivika a/p K Suppiah

Naib Pengerusi : En. Mohd Fakri b Yunus

Penyelaras Program : Pn. Vimala a/p Munusamy

Setiausaha : Pn. Suhaibatul Aslamiyah bt Haris

Ahli Jawatankuasa : Semua guru Kelab Bahasa Inggeris SKTD 2019

Jawatankuasa Program

Jurugambar : En. Ooi Aun Dee

Pengacara Majlis : Pn. Vimala a/p Munusamy

Laporan : Pn. Najwa bt Basorudin

Gimik Pelancaran : Pn. Hanisah bt Nor Suhaimi

Disiplin Murid : En. Shankar Ganesh Mudaliar a/l T. Thayalan

Mentor (Pesara : Pn. Lu Lee Chu


Sukarelawan)

6.0 AKTIVITI PELAKSANAAN SETIAP HARI RABU PERJUMPAAN KELAB DAN PERSATUAN
BAHASA INGGERIS

2:00 petang : Ahli Kelab Bahasa Inggeris berkumpul di dewan.

2:30 – 4:00 petang : Murid yang terlibat dengan HIP akan beredar ke kelas 3 Kreatif
bersama-sama Mentor untuk program HIP.

6.1 AKTIVITI HIP KELAB BAHASA INGGERIS


Bil Tarikh Aktiviti Catatan
1. 26 Jun 2019  Pelancaran Program Tempat: 3 Kreatif
 Sesi Ice-breaking bersama peserta Masa: 2.00 – 3.30 p.m.
2. 17 Julai 2019  Nyanyian lagu Tempat: 3 Kreatif
 Pengenalan dan bacaan teks ‘The Story of Masa: 2.00 – 4.00 p.m.
Malaysia and Merdeka Day Celebration’
3. 31 Julai 2019  Tongue Twister Tempat: 3 Kreatif
 Latihan syarahan/ucapan sempena sambutan Masa: 2.00 – 4.00 p.m.
Bulan Kemerdekaan
4. 28 Ogos 2019  Choral speaking – Little Cottage in The Wood Tempat: Bilik Mesyuarat
 Latihan syarahan/ucapan sempena sambutan Masa: 10.20 a.m. –
Bulan Kemerdekaan 12.00 p.m.
5. 30 Ogos 2019  Sambutan Bulan Kemerdekaan / Ambang Tempat: Dewan
Merdeka – Persembahan peserta Gemilang, SKTD
Masa: 8.00 a.m. – 12.00
p.m.

7.0 KUMPULAN SASARAN

7 orang murid yang dipilih merupakan murid- murid yang tidak menguasai kemahiran
bertutur, membaca, menulis dan mendengar berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun Bahasa Inggeris Tahun 2019. Murid-murid ini telah mencapai tahap lemah dalam
penilaian tersebut dan telah dikenalpasti tidak mempunyai keyakinan diri untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris.

Berikut adalah senarai nama murid-murid yang terlibat:

Bil. Nama Kelas


1. NOR RIFQIE AR RAYYAN BIN NORAZMI 5 KREATIF
2. IRDINA BATRISYIA BINTI MOHD KHAIRUL AZHAR 5 DINAMIK
3. KUSHANA 5 KREATIF
4. ADIB HAKIMI BIN AZRIN 4 INOVATIF
5. INSYIRAH HUSNA BINTI MOHD ZAKI 4 DINAMIK
6. NURUL BASYIRAH DALIA BINTI MOHD KHAIRULAZUA 4 DINAMIK
7. NUR IZZAM FIRDHAUS BIN ARMAN 4 DINAMIK

8.0 IMPAK
8.1 Peserta dapat menyampaikan syarahan awam menggunakan intonasi dan sebutan yang
jelas dan tepat pada Sambutan Bulan Kemerdekaan / Ambang Merdeka dengan yakin.

8.2 Beberapa peserta memerlukan salinan teks sewaktu persembahan.

9.0 LAPORAN

Program Highly Immersive Programme bagi Kelab Bahasa Inggeris SK Taman Desa telah
diadakan dengan jayanya bermula dari 26 Jun 2019 hingga 30 Ogos 2019. Program ini juga mendapat
kerjasama yang baik daripada semua ahli jawatankuasa yang dilantik iaitu dalam kalangan guru
penasihat Kelab Bahasa Inggeris.

SK Taman Desa telah mendapat seorang mentor dari kalangan sukarelawan iaitu Pn. Lu Lee
Chu. Seramai 7 orang murid telah dipilih untuk program HIP pada kali ini. Sepanjang tempoh program ini,
sebanyak 4 kali perjumpaan telah diadakan iaitu pada setaip kali perjumpaan kokurikulum Kelab dan
Persatuan. Pn. Lu telah menyusun program dan bimbingan bagi membantu murid-murid yang terpilih.

Pada perjumpaan yang pertama, Kelab Bahasa Inggeris telah melancarkan Majlis Perasmian HIP
dan penyerahan 7 orang peserta murid kepada mentor. Para peserta telah melalui sesi suai kenal
bersama-sama mentor pada hari tersebut. Para peserta yang dipilih adalah dari kalangan murid-murid
yang kurang fasih menggunakan Bahasa Inggeris.

Pada perjumpaan kedua, Pn. Lu menjalankan aktiviti bacaan bahan Bahasa Inggeris bagi
merekod kemampuan para peserta. Seterusnya, Pn. Lu membimbing para peserta untuk membaca teks
yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Perjumpaan ketiga berfokuskan kepada kemahiran pengucapan awam. Para peserta telah
diberikan contoh persembahan pengucapan awam. Kemudian, beberapa orang peserta telah dipilih untuk
memberikan ucapan pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka. Peserta-peserta tersebut telah diberikan
teks pengucapan awam sebagai bimbingan. Pn. Lu telah datang untuk latihan terakhir bersama para
peserta seminggu sebelum Majlis Sambutan Ambang Merdeka berlangsung.

Majlis Sambutan Ambang Merdeka telah dilangsungkan pada 30 Ogos 2019. Para peserta HIP
telah membuat persembahan pengucapan awam dalam majlis tersebut. Para peserta menunjukkan
persembahan yang baik walaupun pada mulanya, mereka kelihatan gementar.

10.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Secara keseluruhannya, program ini dilihat telah membantu meningkatkan tahap penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid yang terlibat. Murid-murid juga dilihat lebih berkeyakinan
dalam menggunakan Bahasa Inggeris di khalayak ramai. Selain itu, terdapat peningkatan dalam
kemahiran membaca teks Bahasa Inggeris bagi murid-murid terlibat.
11.0 CABARAN PELAKSANAAN

Program yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Namun begitu,
disebabkan kekangan masa, murid-murid tidak dapat menjalankan latihan secara intensif bersama
mentor. Perjumpaan hanya diadakan selama 3 minggu sekali iaitu sewaktu perjumapaan kokurikulum
Kelab Bahasa Inggeris.

12.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Program ini boleh dicadangkan untuk dijalankan selepas waktu sekolah dengan kekerapan satu
kali atau dua kali seminggu bagi membantu murid mendapat pendedahan yang lebih intensif dan
berfokus.

13.0 PENUTUP

Program ini adalah titik permulaan kepada program-program lain di bawah Highly Immersive
Programme yang lebih aktif yang akan mewujudkan suasana Bahasa Inggeris secara berperingkat.
Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar disamping
menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai minat terhadap bahasa kedua ini, iaitu Bahasa Inggeris
dikalangan warga sekolah serta melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam
menggunakan Bahasa Inggeris.

Disediakan oleh:

………………………………………………….
(SUHAIBATUL ASLAMIYAH BINTI HARIS)
Tarikh:

Disahkan oleh :

……………………………….

You might also like