You are on page 1of 1

Senarai penyakit berjangkit yang muncul semula di Malaysia:

1) Polio
Polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat.
Virus polio lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian dan ia
juga boleh menjangkiti orang dewasa.
Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Selain itu, pesakit
juga mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang.
Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami
demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan.
2) Measles atau campak
Disebabkan virus paramyxovirus, berjangkit melalui udara iaitu apabila bernafas dengan udara yang
mengandungi kahak, air liur dan hingus pesakit campak dalam lingkungan satu meter atau tersentuh
dengan cecair badan pesakit.
Kanak-kanak paling kerap mengalami demam campak kerana virus ini senang berjangkit, manakala
untuk orang dewasa, ia juga boleh berjangkit melalui hubungan kelamin.
Boleh mengakibatkan jangkitan yang membawa maut jika kuman menyerang paru-paru dan
jangkitan pada otak.
3) Difteria
Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C.difteria).
Penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit pada leher, demam sedikit
dan selaput (pseudomembrane) pada tonsils, pharynx, rongga hidung.
Tanda-tanda ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu
melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.

You might also like