You are on page 1of 11

Page |1

KENYATAAN MEDIA
MENTERI KANAN PERTAHANAN
14 APRIL 2021

MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT


(PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN
(PKPP)

Task Force Operasi Pematuhan

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia


(PDRM) telah melakukan 63,374 pemeriksaan semalam, bagi
memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi
Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,500 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,996 anggota


telah membuat pemantauan di 4,492 pasaraya, restoran (4,997),
kilang (1,771), bank (4,000), pejabat kerajaan (971) dan penjaja
(3,579).

Turut dipantau ialah pasar awam/tani (1,955), tempat ibadah


(3,384), tempat riadah (1,400), terminal pengangkutan darat
(1,550), terminal pengangkutan air (346) dan terminal
pengangkutan udara (151).
Page |2

Semalam, 42 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan


daripada jumlah itu, 35 dikompaun manakala tujuh (7) lagi
direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

 Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (20)


 Tidak memakai pelitup muka (8)
 Aktiviti pusat hiburan (7)
 Lain-lain (7)

Kawalan Sempadan Negara

Operasi BENTENG (Op BENTENG) semalam telah menangkap lima (5)


orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas lima (5) buah
kenderaan darat.

Sebanyak 86 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui


tujuh (7) aktiviti penglihatan.

Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan


Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta
agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 256 Sekatan Jalan
Raya (SJR) semalam iaitu:

Op PENAWAR (ATM, PDRM dan RELA) - 197 SJR


Op BENTENG PDRM - 50 SJR
Op BENTENG AKSEM - 9 SJR
Page |3

Operasi Sanitasi Awam

Semalam, sebanyak 92 operasi sanitasi dilakukan meliputi 32 zon


merah, zon jingga (4), zon kuning (10) dan zon hijau (4) di seluruh
negara.

Operasi sanitasi ini melibatkan 425 anggota Jabatan Bomba dan


Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 174 Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) serta 56 buah jentera JBPM.

Secara kumulatifnya, sebanyak 20,964 operasi sanitasi yang


merangkumi 154 zon telah dilakukan sejak 30 Mac 2020. Operasi
sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan
termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasar raya
dan bangunan kerajaan.

Kuarantin Wajib

Semalam, seramai 807 individu tiba di semua pintu masuk


antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen
kuarantin di seluruh negara.

Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 173,533 individu


telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 77 hotel
dan 10 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta
di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 7,960 individu telah dikuarantin dan


164,179 orang dibenarkan pulang manakala 1,394 lagi dibawa ke
hospital.
Page |4

Barang Keperluan Asas

Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati
bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

Semalam, KPDNHEP telah membuat 734 pemantauan harian ke


atas 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada peruncit (564),
pemborong (139) dan pengilang (31).

KPDNHEP juga telah melakukan 1,190 pemeriksaan khas dan


mendapati semua premis mematuhi SOP.

Penamatan PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin,


Pahang

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan


Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau
Tioman, Rompin, Pahang yang dijadualkan tamat pada 20 April
2021.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah


melakukan 470 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara
kumulatifnya sebanyak 54 kes positif COVID-19 direkodkan.

KKM juga mengesahkan semua sampel sudah diambil, kontak


dikenalpasti dan diasingkan manakala kes terakhir dilaporkan
ialah pada 3 April 2021 iaitu sebanyak lapan (8) kes.
Page |5

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam


Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan
bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman,
Rompin, Pahang pada 15 April 2021, lebih awal daripada yang
dijadualkan.

PKP Tujuh (7) Jajahan/Daerah di Negeri Kelantan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah melaporkan


peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di Negeri
Kelantan yang melibatkan tujuh (7) jajahan/daerah iaitu:

 Kota Bharu
 Pasir Mas
 Pasir Puteh
 Bachok
 Machang
 Tumpat
 Tanah Merah

KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5% di


negeri ini dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada
1,088 kes dan kesemua 7 jajahan/daerah ini berada di dalam Zon
Merah.

Selain itu, terdapat juga 9 kluster baru telah dilaporkan dalam


tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti
adalah tinggi.
Page |6

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam


Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM serta selepas
perbincangan dengan kerajaan negeri Kelantan, Kerajaan
bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
tujuh (7) jajahan/daerah di negeri Kelantan seperti yang
dinyatakan bermula 16 April hingga 29 April 2021.

Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan pergerakan penduduk di


lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan
COVID-19 ke kawasan lain.

Prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan PKP adalah seperti


berikut:

 Sekatan jalanraya akan diadakan di semua sempadan daerah


dan sempadan negeri.
 Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh
Kementerian/Agensi yang berkaitan BOLEH beroperasi dalam
tempoh PKP.
 Pelaksanaan PKP daerah-daerah ini akan mengikut SOP Am
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikemaskini pada 26
Februari 2021.

SOP lebih lanjut boleh dirujuk melalui laman sesawang MKN


Page |7

PKP Lima (5) Daerah di Negeri Sarawak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah melaporkan


peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di Negeri Sarawak
yang melibatkan lima (5) daerah iaitu:

 Kuching
 Bintulu
 Miri
 Sibu
 Meradong

KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes sebanyak 52% di


negeri ini. Dalam tempoh 14 hari, kes menunjukkan peningkatan
daripada 2,761 kepada 4,197 kes serta terdapat kluster baru
dikesan setiap minggu.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam


Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM serta selepas
perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak, Kerajaan
bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
lima (5) daerah di Sarawak seperti yang dinyatakan berkuat kuasa
16 April hingga 29 April 2021.

Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan pergerakan penduduk di


lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan
COVID-19 ke kawasan lain.
Page |8

Prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan PKP adalah seperti


berikut:

 Aktiviti sosial tidak dibenarkan kecuali kecemasan


 Pemerkasaan komuniti untuk memastikan pematuhan SOP
dengan mengaktifkan Agen Banteras COVDI-19 (ABC19):
Memperkukuhkan District Risk Reduction Program (DRRP)
Sekolah, universiti dan institusi latihan
Komuniti - Rumah Panjang, tempat kerja
 Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh
Kementerian/Agensi yang berkaitan BOLEH beroperasi dalam
tempoh PKP.

Cadangan menangani peningkatan kes COVID-19 melibatkan rumah


panjang di Sarawak

Pemerkasaan peranan Ketua Rumah Panjang dan penghuninya untuk:

 Memastikan saringan gejala termasuk demam dijalankan di pintu


masuk Rumah Panjang setiap hari.
 Merujuk mereka yang bergejala atau demam ke fasiliti kesihatan
berhampiran.
 Memastikan tiada aktiviti sosial dijalankan di Rumah Panjang atau
Tuai/ruang terbuka Rumah Panjang.
 Memastikan SOP dipatuhi termasuk pemakaian pelitup muka dan
penjarakan fizikal pada setiap masa apabila keluar rumah.
 Tidak membenarkan tetamu menziarahi Rumah Panjang.
 Tidak membenarkan penghuni Rumah Panjang dari mengunjungi
Rumah Panjang lain bagi mengelakkan pencampuran individu.
 Menggunakan aplikasi MySejahtera untuk pemantauan status
kesihatan

SOP lebih lanjut boleh dirujuk melalui laman sesawang MKN


Page |9

PKPD di Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud, Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari melaporkan situasi


kes COVID-19 di Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud,
Sabah.

Sehingga semalam, KKM mengesahkan sebanyak 17 kes positif


telah direkodkan hasil daripada 25 ujian saringan ke atas
penduduk lokaliti tersebut.

KKM juga memaklumkan berlaku peningkatan kes di lokaliti itu


dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi serta masih terdapat
empat (4) lagi sampel ujian sedang menunggu keputusan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam


Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan
bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota
Belud, Sabah berkuat kuasa 15 April sehingga 28 April 2021.

Pelaksanaan PKPD adalah untuk memudahkan KKM membuat


pengesanan awal kes disyaki COVID-19 serta kontak rapat supaya
dapat diasingkan secepat mungkin selain menyekat penularan
jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain luar di lokaliti
tersebut.
P a g e | 10

PKPD di Ladang Leepang, Ladang Laukin, Kampung Inoi di


Muadzam Shah, Rompin, Pahang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari melaporkan situasi


kes COVID-19 di tiga (3) lokaliti iaitu Ladang Leepang, Ladang
Laukin, Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin, Pahang.

Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 39 ujian saringan dan


daripada jumlah itu, secara kumulatifnya sebanyak 25 kes positif
COVID-19 direkodkan.

KKM juga memaklumkan, berlaku peningkatan kes secara kes


mendadak dalam tempoh seminggu serta kadar kebolehjangkitan
adalah tinggi di ketiga-tiga lokaliti ini.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam


Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan
bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) di Ladang Leepang, Ladang Laukin,
Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin, Pahang berkuat kuasa
15 April sehingga 28 April 2021.

Pelaksanaan PKPD adalah untuk memudahkan KKM membuat


pengesanan awal kes disyaki COVID-19 serta kontak rapat supaya
dapat diasingkan secepat mungkin selain menyekat penularan
jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain luar di lokaliti
tersebut.
P a g e | 11

Ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerima beberapa aduan


orang ramai mengenai ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan di
beberapa lokasi di Malaysia.

Perkara ini dipandang serius kerana penularan wabak COVID-19 masih


berada di tahap membimbangkan.

Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Tempatan digesa untuk mengambil


tindakan sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan SOP yang
dikeluarkan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi
sepenuhnya.

Orang ramai juga diminta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa


tempatan dalam membantu negara melandaikan lengkuk penularan
wabak COVID-19.

Berkuat kuasa hari ini, 14 April 2021, KKM telah menurunkan kuasa
mengkompaun kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua Pihak Berkuasa
Tempatan dan Pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Gred
19 ke atas untuk mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta
342. Ini termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP di bazar-bazar
Ramadan.

YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB


MENTERI KANAN PERTAHANAN

You might also like