You are on page 1of 11

Rukun Negara

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Maksud Rukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang
kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul
akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan
juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama
masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama
dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem
beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri
bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-
Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud,
bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat
setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri
tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat
negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai
warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan
serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan
semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau
mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi
rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap
rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan
asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang
negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya
perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu
undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,
stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota
masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang
serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk
warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun
dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci tingkah laku yang angkuh atau menyinggung perasaan
seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini
menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai
murni.

Kepentingan Rukun Negara

Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.


Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk
satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya
menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan perbezaan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara
ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai
perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana
wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud
unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat
membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat
tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan
cinta terhadap negara.

Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.


Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan
kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan
tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta
kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas
nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi
memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang
melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah
didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih
daripada kepentingan sesuatu kaum, jika mahu, kestabilan dan
keselamatan negara berkekalan.

Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.


Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk
menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di
negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan
saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan
dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk
bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat
adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan
seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan
terhadap yang lain.

Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.


Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam
serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat
perpaduan negara. Kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari
segi kebudayaan dan adat resam yang negara diamalkan oleh
masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua
anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan
satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh
menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan
negara Malaysia.

Membina Sebuah Masyarakat Progresif.


Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat
progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi
selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa
sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan
perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu
pengtahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang
hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak
maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya
akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana
matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan
menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas
agama dan nilai-nilai ketuhanan.

LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA


Rukun Negara merupakan satu ideologi negara
yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum
pada 13 Mei 1969.

Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di


bawah pimpinan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang
bertanggungjawab menggubalnya).

Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara


dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan
oleh Pengarah MAGERAN , iaitu pada 27 Januari 1970.

Majlis Perundingan Negara ditubuhkan oleh


Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang
diwartakan pada 29 Januari 1970.

Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri


daripada seorang pengerusi , tiga orang menteri , wakil-wakil
kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama ,
badan-badan profesional , perkhidmatan awam , kesatuan sekerja ,
wartawan , persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

Rukun negara telah diisytiharkan oleh Yang Di


Pertuan Agong yang keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang
tahun kemerdekaan yang ke-13.
Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan
Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat.

Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai


murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan ,
kesetiaan kepada Raja dan Negara , kepatuhan kepada
Perlembagaan , kedaulatan Undang-Undang serta membentuk
masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.

Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan


bangsa yang bersatu , demokratk , adil tanpa mengira bangsa dan
agama.

OBJEKTIF RUKUN NEGARA


Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut :

Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di


kalangan masyarakat .

Untuk memelihara cara hidup demokratik .

Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan


saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama
secara harmoni dan terjamin.

Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap


tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai corak
lapisan kaum di kalangan masyarakat .

Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif


dengan adanya ilmu sanis dan teknologi-teknologi yang moden .

Selain itu adalah untuk melahirkan semangat


patriotik di kalangan masyarakt pada hari ini supaya semua lapisan
masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di
dalam negara kita .

keharmonian negara adalah bergantung kepada


masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan
semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu
lagi demi kepentinagn negara .

KESAN RUKUN NEGARA KEPADA BANGSA DAN


NEGARA
Kedatangan kaum Cina, India dan kaum kaum lain ke
Tanah Melayu pada suatu masa dahulu telah membentuk
masyarakat Malaysia pada hari ini, iaitu wujudnya pelbagaian kaum,
agama dan budaya.

ii. Kedatangan pelbagai kaum ke Tanah Melayu dan dasar British


telah mengubah landskap Negara ini yang mana Tanah Melayu
menjadi Pusat Perlombongan biji timah dan pusat perladangan
getah. Impaknya terhadap pembangunan ekonomi dan sosial
Negara terus kelihatan sehingga hari ini.

iii. Kedatangan kaum kaum lain juga telah menggalakkan


penempatan Bandar masyarakat Cina melalui aktiviti perniagaan.
Oleh itu, kebanyakkan Bandar Bandar di Malaysia sehingga hari ini
kekal dihuni oleh orang Cina.

iv. Ekoran dasar British kebanyakkan kaum Cina dan India


bertumpu atau lebih ramai di negeri – negeri pantai barat seperti
Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Seremban. Manakala, di
negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu dihuni oleh
Orang Melayu.
v. Kewujudan pelbagai kaum telah memberi kesan kepada
pertumbuhan parti politik seperti:-

a. DAP

b. UMNO

c. PAS

d. dan lain-lain.

RENUNGAN UNTUK GENERASI BAHARU


Generasi masa kini perlu bersama – sama mengekalkan
keamanan Negara dengan menunjukkan sikap perpaduan yang jitu.

Generasi muda perlu memahami dan mempelajari budaya


kaum yang lain untuk mengelakkan prejudis sesame mereka.

Generasi muda terutamanya Cina dan India perlu menghargai


jasa dan sumbangan nenek moyang mereka yang telah bersusah
payah dating ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang
baharu.

Generasi muda terutama Cina dan India juga perlu


menghargai jasa orang Melayu terdahulu yang member peluang
kepada nenek moyang mereka menjadi warganegara Tanah Melayu.
KESIMPULAN
Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969. Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat
Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup
dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga
mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah
matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,
sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan
dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu
sendiri.

Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan
ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di
Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun
Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses
pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep
hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna
kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan
dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah
tanpa prejudis.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh


semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana
tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar
untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar
atau dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap
saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui
perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan
dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan
kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat
liberal dan demokratik.

You might also like