You are on page 1of 7

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KEMASUKAN SEMULA PELAJAR

BERKEPERLUAN KE KAMPUS SECARA FIZIKAL KE UNIVERSITI TEKNIKAL


MALAYSIA MELAKA DI PERINGKAT PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH
SESI AKADEMIK SEMESTER II 2020/2021

1.0 Kenyataan Media oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkaitan


kemasukan semula pelajar ke Kampus secara Fizikal, Pelajar berkeperluan
daripada enam (6) kategori berikut adalah dibenarkan iaitu :

a. Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana


Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal,
latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas
b. Pelajar yang tidak mempunyai akses Internet dan persekitaran tidak
kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian;
c. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh
meneruskan pembelajaran secara hibrid;
d. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United
Kingdom;
e. Pelajar Berkeperluan Khas (OKU); dan
f. Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University EnglishTest
(MUET), antarabangsa dan badan profesional.

2.0 Pergerakan pulang pelajar berkeperluan dari negeri Sabah dan Sarawak ke
Semenanjung, pelajar perlu memahami keperluan yang telah ditetapkan oleh
KPT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kerajaan Negeri
masing-masing.

3.0 Berdasarkan Perkara 1, Universiti telah memperincikan kumpulan sasaran


pelajar yang layak dan berkeperluan masuk ke kampus (tertakluk kepada
pengisytiharan oleh MKN) berikut:

a. Program Diploma Tahun 1 dan 2;


b. Penggunaan Makmal/ bengkel atau lain-lain;
c. Berkeperluan akses internet dan apa-apa sumber di Universiti;
1
d. Pelajar Tahun Akhir yang layak; dan
e. Pelajar yang mengambil kursus Integrated Design Project (IDP) yang
layak.

4.0 Pelajar ini perlu hadir ke Universiti dan hendaklah duduk di Kolej Kediaman
yang telah disediakan sehingga tamat Semester II Sesi 2020/2021. Hebahan
senarai nama pelajar yang layak ini boleh diperolehi dalam Sistem SMP pelajar
masing-masing. Bagi pelajar antarabangsa, mereka perlu berhubung
mengenai pendaftaran kepada Pusat Antarabangsa Universiti.

5.0 Sekirany layak, pelajar hendaklah hadir dan mendaftar di Universiti mengikut
fasa dan jadual yang telah disediakan seperti berikut:

Jadual 1: Kemasukan Pelajar Layak dan Berkeperluan Mengikut Fasa


KUMPULAN TEMPAT MASA
FASA TARIKH DAN FAKULTI YANG TERLIBAT
PELAJAR DAFTAR DAFTAR
a. Program Khamis Jumaat Sabtu Ahad
11/3/2021 12/3/2021 13/3/2021 14/3/2021
Diploma Tahun 1
dan 2; 8.00 am –
b. Penggunaan FKM FKE FTKMP FKEKK
Dewan 12.30 pm
FASA Makmal/ bengkel
Canselor
1 atau lain-lain;
UTeM
c. Berkeperluan
12.30 pm
akses internet dan FTMK FPTT FTKEE FKP
- 5.00 pm
apa-apa sumber di
Universiti;
a. Pelajar Tahun
Akhir yang layak;
dan
b. Pelajar yang Pusat 29 Mac 2021
FASA 8.00 am –
Sukan
2 mengambil kursus 5.00 pm
UTeM Semua Fakulti yang terlibat
Integrated Design
Project (IDP) yang
layak.

2
6.0 Bagi Pelajar dari Sabah dan Sarawak, pelajar yang layak dibenarkan untuk
merancang pergerakan dengan Pihak HEP dan boleh sampai ke Universiti
bermula 8 hingga 14 Mac 2021. Perkhidmatan Bas UTeM akan dibuat secara
berjadual bermula 8 hingga 14 Mac 2021 dari Lapangan Terbang KLIA ke
UTeM bagi memudahkan pergerakan pelajar Kembali ke Kampus.

7.0 Selain itu, Universiti juga terdapat membenarkan Kumpulan Pelajar lain yang
berkeperluan untuk Kembali ke kampus tetapi tidak perlu menginap di Kolej
Kediaman. Kumpulan pelajar ini hanya boleh memasuki UTeM pada atau
selepas tarikh Fasa 2 berkuatkuasa (Pada atau Selepas 29 Mac 2021). Antara
kumpulan pelajar ini adalah seperti berikut:

a. Pelajar Pascasiswazah yang berkeperluan,


b. Pelajar Sarjana Muda yang mengambil Projek Sarjana Muda,
c. Pelajar Sarjana Muda yang mengambil Kursus IDP, dan
d. Pelajar yang akan menduduki peperiksaan MUET di UTeM.

Pendaftaran Kolej Kediaman

8.0 Setiap pelajar layak sahaja perlu hadir untuk pendaftaran di Universiti mengikut
Fasa dan Jadual yang telah dinyatakan dalam Perkara 5 di atas. Pelajar boleh
menyemak Zon PKP / PKPB / PKPP tempat asal pelajar dengan merujuk
kepada laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).

9.0 Semasa sesi kemasukan berfasa ini,

a) Pelajar perlu membuat semakan sama ada layak atau tidak


untuk hadir berdaftar mengikut hari yang telah ditetapkan
secara dalam talian.

3
b) Setiap pelajar yang layak boleh mencetak surat kebenaran
memasuki Kampus UTeM yang boleh didapati dalam Sistem
SMP pelajar bagi keperluan kebenaran pihak berkuasa.
c) Setiap pelajar perlu mendaftar dengan cara ‘check-in’ dalam
Aplikasi MyUTeM melalui Modul Lokaliti sekurang-kurangkan 3
hari sebelum bergerak atau pada hari pergerakan pelajar bagi
pihak UTeM mengetahui tempat lokaliti asal pelajar.
d) Selepas itu, pelajar perlu membuat deklarasi kesihatan melalui
Sistem e-TAP UTeM (sila layari https://pkp.utem.edu.my/) pada
1 hari sebelum atau pada hari pendaftaran sebelum memasuki
kampus UTeM bagi tujuan pendaftaran dengan Universiti.
e) Paparan e-TAP akan memberikan maklumat mengikut Zon
PKP / PKPB / PKPP.
f) Walau bagaimanapun sekiranya pelajar berada dalam Kategori
A, B dan C, pelajar adalah tidak dibenarkan mendaftar atau
kembali ke UTeM sehingga ke satu tempoh yang akan
dimaklumkan oleh pihak Universiti. Kategori A, B dan C adalah
seperti berikut;

i. Kategori A – Pesakit Positif COVID-19, perlu berada


di hospital dan layak mendapat cuti sakit (tertakluk
penasihatan daripada KKM);
ii. Kategori B – Person Under Investigation (PUI) –
kontak rapat dengan A, perlu patuhi arahan
kuarantin KKM; dan
iii. Kategori C – Person Under Surveillance (PUS) –
kontak rapat dengan B.

10.0 Semasa Proses Pendaftaran Kolej Kediaman semasa Hari Pendaftaran, setiap
pelajar perlu memenuhi keperluan berikut:

10.1 Semasa hari pendaftaran, hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke


dalam Dewan Canselor atau Pusat Sukan. Penggunaan ruang dan
fasiliti yang tidak terlibat secara langsung dengan proses pendaftaran
adalah tidak dibenarkan.

4
10.2 Pelajar perlu menunjukkan Paparan e-TAP semasa proses
pendaftaran.
10.3 Kaunter Perubatan disediakan sepanjang tempoh pendaftaran pelajar
dilaksanakan.
10.4 Hanya pelajar sahaja dibenarkan ke Kolej Kediaman. Pelajar
dikehendaki menaiki Kenderaan Universiti yang disediakan.
10.5 Pengiring tidak dibenarkan masuk kawasan Kolej Kediaman dan perlu
segera meninggalkan UTeM setelah pelajar selesai urusan di Dewan
Canselor.

11.0 Sekiranya pelajar dari Negeri atau Zon berstatus PKP/PKPB, pelajar ini akan
ditempatkan di Pusat Pengasingan yang telah ditetapkan dan akan dipantau
tahap kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

12.0 Pelajar ini akan diasingkan selama 10 hari di Pusat Pengasingan dan tidak
dibenarkan keluar daripada Kolej sehinggalah diberitahu. HEP akan berhubung
dengan pelajar bagi tindakan lanjut.

13.0 Selepas tempoh tersebut, pelajar perlu berhubung dengan Pentadbiran Kolej
dan kekal menginap di kolej kediaman yang telah ditetapkan sehingga
semester berakhir.

14.0 Pelajar dibenarkan bergerak di sekitar kampus selepas tamat tempoh


pengasingan tetapi masih mengikut SOP yang ditetapkan Universiti.

15.0 Sekiranya pelajar dari negeri atau Zon berstatus PKPP akan ditempatkan di
Kolej kediaman yang akan ditetapkan oleh HEP. Sekiranya pelajar bergejala,
Pihak Pengurusan Kolej akan melaporkan kepada Pusat Kesihatan Universiti
(PKU) bagi tindakan lanjutan.

16.0 Semua pelajar yang duduk di Kolej Kediaman perlu tinggal di kolej sehingga
tamat semester dan diminta untuk tidak keluar kampus bagi tujuan pulang ke
kampung menyambut perayaan atau cuti umum (Tertakluk kepada
pengisytiharaan MKN dan KKM dari semasa ke semasa).

5
17.0 Pelajar yang tinggal di dalam Kolej Kediaman adalah tidak dibenarkan
membawa kenderaan peribadi semasa berada di dalam kampus sehingga
dibenarkan oleh Universiti.

Pergerakan Pelajar di Kampus

18.0 Bagi pelajar berkeperluan yang layak memasuki kampus dan tinggal di luar
Kolej Kediaman, setiap pelajar perlu
a. berada di Melaka sekurang-kurangnya tiga (3) hari dan
b. membuat pengesahan dengan cara ‘check-in’ setiap hari dalam Modul
Lokaliti yang disediakan dalam Aplikasi MyUTeM. Setiap pelajar perlu
memenuhi kriteria ini untuk layak memasuki Universiti.
c. Setiap pelajar ini juga hendaklah membuat deklarasi kesihatan melalui
Sistem e-TAP UTeM dan menunjukkan paparan e-TAP semasa memasuki
Universiti.
d. Semakan akan dibuat oleh Pihak Keselamatan bagi memastikan
tempoh keberadaan pelajar sebelum masuk ke UTeM.

19.0 Bagi Pelajar FTKMP dan FTKEE yang berada di Kolej Kediaman, Bas Universiti
akan disediakan bagi tujuan pengangkutan pergi dan balik dari Kolej Kediaman
ke Kampus Industri UTeM. Pelajar ini tidak dibenarkan keluar dari Kampus
Industri bagi mengelak jangkitan virus COVID19 dari tempat-tempat di luar
kampus.

20.0 Perkhidmatan bas juga akan disediakan bagi tujuan pergerakan pelajar
sepanjang Semester 2 Sesi 2020/2021 ini berlangsung.

21.0 Setiap pelajar diwajibkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera apabila


memasuki mana-mana premis/makmal/studio/ruang didalam kampus UTeM
untuk sebarang urusan.

6
22.0 Sekiranya terdapat segelintir pelajar yang tidak termasuk di dalam kelulusan
awal kebenaran, dan perlu memasuki kampus atas urusan tertentu, pelajar
perlu membuat tindakan seperti berikut

a. Mendaftar dengan cara ‘check-in’ dalam Aplikasi Pintar MyUTeM melalui


Modul Lokaliti sekurang-kurangkan 1 hari sebelum bergerak ke UTeM bagi
pihak UTeM mengetahui tempat lokaliti asal pelajar.
b. Pelajar perlu membuat permohonan kebenaran masuk di SMP/SMPS dan
diluluskan oleh Dekan Fakulti.
c. Pelajar perlu mengisi deklarasi kesihatan melalui Sistem e-TAP UTeM
sehari/ pada tarikh memasuki UTeM.
d. Ianya adalah kes-kes terpencil yang sangat berkeperluan sahaja akan
dipertimbangkan.

23.0 Setiap pelajar wajib mematuhi SOP yang telah berkuatkuasa di Universiti
sepanjang berada di dalam kampus.

24.0 Garis panduan ini juga perlu dibaca sekali dengan Garis Panduan yang telah
dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 9 Februari
2021 (No Rujukan: JPT(A) 1000/001/019/01 JLD.23 (43)).

25.0 Garis panduan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan arahan dan
Pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan dan Universiti dari semasa ke
semasa.

You might also like