You are on page 1of 23

MORFOLOGI

MORFOLOGI BAHASA
BAHASA MELAYU
MELAYU
KULIAH
KULIAH MINGGU
MINGGU 33
OLEH: Dr. Hajah Fatimah Binti Ibrahim
Kerangka Kursus

2. Bentuk Kata
• Kata Ganda
3. Proses Pembentukan Kata
• Pengimbuhan
Kata Ganda
• Kata ganda ialah perkataan yang terbentuk melalui
proses mengulang atau menggandakan kata dasar.
Kata Ganda

PENGGANDAAN

Penggandaan Penuh Penggandaan Separa Penggandaan Berentak


Bentuk Kata Ganda
• Penggandaan penuh: proses mengulang seluruh kata
dasar, sama ada kata dasar itu berbentuk tunggal
atau berimbuhan.
Bentuk Kata Ganda
• Penggandaan penuh pada kata tunggal:
• Tadika ---- tadika-tadika
• Guru-----guru-guru
• Lampu----- lampu-lampu
Bentuk Kata Ganda
• Penggandaan separa:
• Penggandaan separa ialah proses mengulang
sebahagian kata dasar sahaja sama ada kata tunggal
atau kata berimbuhan.
Bentuk Kata Ganda
• Contoh penggandaan separa kata tunggal:
• Laki-------lelaki
• Bola------bebola
• Gendang-----gegendang
Bentuk Kata Ganda
• Penggandaan berentak ialah proses mengulang kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata
dasar.
• Dalam proses ini, seluruh kata dasar diulang dan
bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Bentuk Kata Ganda

Penggandaan berentak

Penggandaan berentak Penggandaan berentak


Penggandaan berentak bebas
pengulangan vokal pengulangan konsonan
Bentuk Kata Ganda
• Penggandaan berentak pengulangan vokal:
• Merujuk pada penggandaan yang berlaku pada vokal-
vokal yang mengandungi unsur persamaan atau
keharmonian bunyi.
• Contoh: kuih-muih
Bentuk Kata Ganda
• Penggandaan berentak pengulangan konsonan:
• Merujuk pada penggandaan yang mempunyai
persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu
• Contoh: batu-batan
Bentuk Kata Ganda
• Penggandaan berentak bebas
• Merujuk pada penggandaan yang tidak mengandungi
ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan
tetapi berunsur rentak.
• Contoh : lalu-lalang
Proses Pembentukan Kata

Proses Pembentukan Kata

Penerbitan atau
pengimbuhan
penggandaan pemajmukan akronim
• Proses penerbitan ialah proses membentuk
perkataan baharu dengan cara kata dasar diberikan
imbuhan, iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
Pengimbuhan
Kata dasar Awalan Kata terbitan
kereta Ber- berkereta
kaji Meng- mengkaji
Akhiran
jalan -kan Jalankan
makan -an makanan
baik -i baiki
Pengimbuhan
Kata dasar Sisipan Kata terbitan
sabut -er- serabut
tunjuk -el- telunjuk
Apitan
galak meng-…-kan menggalakkan
lari me-..-kan Melarikan
lalu me…-i melalui
Pengimbuhan
• Dalam bahasa Melayu, pemakaian imbuhan yang
berbeza akan membawa perbezaan makna.
Pengimbuhan
Kata dasar tunggal Kata terbitan
kaji Mengkaji
1. Menyelidik dan meneliti dengan mendalam atau
terperinci supaya benar-benar mengetahui sesuatu,
supaya dapat membuat keptusan dan lain-lain.

Contoh: Pihak sekolah sedang mengkaji kelemahan


murid-murid dalam mata pelajaran Matematik.
Pengimbuhan
Kata dasar tunggal Kata terbitan
kaji pengajian
1. Usaha atau kegiatan belajar membaca al-Quran.
2. Kajian atau penyelidikan yang mendalam
Pengimbuhan
Kata dasar tunggal Kata terbitan
tunjuk Menunjukkan

1. Menggunakan sesuatu untuk menunjuk


2. Memperlihatkan sesuatu

Contoh: Asmah menunjukkan tempat itu kepada


adiknya.
Pengimbuhan
Kata dasar tunggal Kata terbitan
tunjuk pertunjukan
1. Sesuatu seperti wayang atau sandiwara yang
dipertontonkan.
Tutorial
• Secara berkumpulan, bina teka silang kata yang
mengandungi 15 pembayang berdasarkan bentuk
kata dalam Bahasa Melayu berserta jawapannya.
Tunjuk cara pelaksanaannya di bilik kuliah.

You might also like