You are on page 1of 44

Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 1

PENTING

NIC, HUB – Bekerja pada layer yang ke pertama


BRIDGE, SWITCH – Bekerja pada layer yang ke dua (mengguna alamat MAC)
ROUTER – Bekerja pada layer yang ke tiga

Dlm switch boleh berlaku perlanggaran kerana switch dan komputer membuat
broadcasting secara serentak

1
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 2

1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

1.1 Istilah Rangkaian (Networking Terminology)

1.1.1 Definisi
Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang
berhubungan dengan media penghubung.

Rajah 1.1 Satu rangkaian mudah

KELEBIHAN RANGKAIAN

Tujuan utama rangkaian adalah untuk berkongsi sumber dan membolehkan komunikasi atas-
talian (on-line). Sumber-sumber terdiri daripada data, aplikasi, dan perkakasan. Perkakasan
adalah peranti seperti pemacu cakera luaran, pencetak, tetikus, atau modem. Komunikasi
atas-talian terdiri daripada penghantara utusan elektronik. Berikut merupakan beberapa
kelebihan yang diperolehi daripada rangkaian komputer:

a) Perkongsian Maklumat
Kebanyakan maklumat disimpan di dalam komputer pusat (server). Menyimpan maklumat
dalam server memudahkan pengguna mencapai dan menguruskan fail-fail tertentu.
Rangkaian membolehkan pengguna mencapai maklumat dari mana-mana komputer dalam
rangkaian. Kebanyakan rangkaian mempunyai komputer tertentu yang membenarkan
pengguna dari luar rangkaian membuat perhubungan dengan menggunakan modem. Ini
memudahkan pengguna mencapai maklumat tertentu, untuk menjalankan tugas masing-
masing, semasa mereka berada diluar kawasan organisasi masing-masing.

Sebahagian dari maklumat yang mungkin perlu anda kawal pencapaiannya adalah seperti
maklumat inventori, dokumen prosedur syarikat, rekod kewangan, rekod pekerja, memo
syarikat dan lain-lain lagi.

2
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 3

b) Perkongsian Sumber Perkakasan


Komputer dalam rangkaian dapat berkongsi sumber dengan berkesan seperti berkongsi fax
modem, pengimbas, cakera keras, cakera liut, pemacu CD-ROM / DVD, unit tape-backup,
pemplot dan lain-lain peranti yang boleh dihubungkan kepada komputer. Sebelum ujudnya
rangkaian, pencetak perlu dipasang pada setiap komputer. Rangkaian membenarkan
perkongsian perkakasan dan dengan itu dapat menjimatkan kos pembelian perkakasan.

c) Perkogsian Sumber Perisian


Sumber perisian dapat digunakan dengan lebih berkesan jika dalam rangkaian. Bagi
komputer-komputer yang bersendirian, setiap komputer perlu dipasang dengan perisian yang
digunakan. Tetapi dalam rangkaian, perisian tertentu boleh dipasang dan dikonfigur pada
server sahaja dan dicapai oleh komputer-komputer lain, dan pemasangan perisian pada server
juga dapat mengawal bilangan pengguna program supaya tidak melebihi bilangan lesen
penggunaan perisian tersebut. Rangkaian menjadikan kerja pemasangan perisian itu mudah
kerana hanya perlu dipasang ke dalam server sahaja.

d) Utusan Elekronik (E-Mail)


Pengguna rangkaian dapat bertukar-tukar maklumat diantara satu sama lain iaitu
berkomunikasi secara elektronik. Dokumen elektronik boleh dilekatkan kepada utusan atau
gambar, dibuat salinan dan dihantar secara elektronik. Keupayaan e-mail telah meningkatkan
penggunaan Internet dikalangan masyarakat. Kemudahan sebegini banyak membantu dalam
proses komunikasi dan juga penghantaran maklumat dari satu tempat ke satu tempat yang
jauh dengan lebih pantas.

e) Keselamatan Data
Kebanyakan rangkaian dipasangkan dengan program keselamatan. Program keselamatan
akan mengawas dan melaporkan kepada pentadbir rangkaian sebarang aktiviti yang tidak
normal dalam rangkaian berkenaan. Pentadbir rangkaian adalah seorang yang
bertanggungjawab menguruskan rangkaian.

Capaian pada komputer yang bersendirian kerap membenarkan capaian ke atas semua
maklumat di dalamnya. Rangkaian menyediakan satu paras kawalan keselamatan iaitu
penggunaan kata-laluan (password). Setiap pengguna rangkaian akan diberikan nama akaun
dan kata-laluan yang berbeza, yang membolehkan server rangkaian mengenalpasti capaian
yang dibenarkan.. Pengurus rangkaian akan dapat menyemak setiap pengguna yang mencapai
maklumat dalam rangkaian tersebut.

f) Sokongan (Backup)
Rangkaian boleh digunakan untuk membuat sokongan maklumat. Maklumat yang disokong
adalah maklumat yang tersimpan dalam server sahaja kerana integriti data dalam server
adalah lebih tinggi dari yang tersimpan dalam setiap komputer pengguna.

1.1.2 PENGGUNA RANGKAIAN KOMPUTER

Terdapat beberapa kategori pengguna rangkaian, bergantung kepada betapa kompleks


rangkaian yang dibina itu.

a) Pentadbir Pangkalan Data

3
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 4

Bertanggungjawab untuk membina program dan menguruskan pangkalan data hubungan,


yang bersaiz besar, dalam suasana rangkaian; dan memberi kemudahan capaian maklumat
pangkalan data kepada pengguna rangkaian.

b) Penyelenggara Rangkaian
Bertanggungjawab dalam membaikpulih dan naiktaraf perkakasan rangkaian, dan mengesan
kerosakan dalam rangkaian.

c) Kakitangan Sokongan
Bertanggungjawab dalam memberi bantuan teknikal kepada pentadbir sistem dalam satu
rangkaian yang besar; dari segi menyelesaikan masalah rangkaian secara berkala dan
memberi latihan kepada pengguna-akhir rangkaian.

d) Pentadbir Web (Webmaster)


Bertanggungjawab dalam melancarkan dan menguruskan kandungan serta corak laman Web
syarikat, memastikan maklumatnya adalah tepat dan terkini, dan menarik.

e) Pengguna-Akhir
Pengguna biasa yang hanya menggunakan komputer dalam rangkaian untuk mencapai
maklumat bagi menjalankan tugasan atau menggunakan kemudahan yang disediakan dalam
rangkaian tanpa menghiraukan bagaimana rangkaian itu diuruskan.

1.1.3 JENIS-JENIS RANGKAIAN

1.1.3.1 RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN) & RANGKAIAN


KAWASAN LUAS (WAN)

Rangkaian bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang sepuluh
komputer dan satu pencetak. Teknologi yang ujud dimasa itu menghadkan bilangan komputer
yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh dibenarkan dalam rangkaian. Di
awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki
dengan penyambungan sebanyak lebih kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti ini
sesuai untuk organisasi yang kecil; dan dikenali sebagai rangkaian setempat (Local Area
Network - LAN).

LAN selalunya menghubungkan peranti dalam satu pejabat atau satu bangunan. Satu LAN
boleh dibina hanya dengan dua komputer dan satu pencetak sahaja atau boleh diperluaskan
dalam satu bangunan dengan memasukkan persisian audio dan video. Saiz LAN adalah
terhad kepada jarak beberapa kilometer sahaja. Topologi LAN yang biasa adalah bas, bintang
dan gelung. LAN mempunyai kadar data daripada 4 Mbps sehingga 100 Mbps.
Apabila lebih ramai pengguna perlu menggunakan rangkaian dan aplikasi-aplikasi rangkaian
bertambah, sistem rangkaian sesabuah organisasi perlu diperluaskan untuk mengatasi
persaingan. Pada masa ini LAN lebih merupakan sebagai blok binaan bagi satu sistem
rangkaian yang lebih luas. Perhubungan pengguna rangkaian dari berlainan negara telah
megujudkan perkembangan lan dan hubungan antara LAN dan LAN kepada rangkaian
kawasan luas (Wide Area Network - WAN). WAN boleh menghantar data, audio dan video
pada jarak yang jauh sehingga merangkumi sebuah negara atau benua atau seluruh dunia.

4
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 5

LAN bergantung kepada perkakasan rangkaian sendiri untuk transmisi maklumat. WAN
boleh menggunakan kemudahan peranti komunikasi umum, sewaan atau persendirian.

1.1.4 INTERNET AND INTRANET


Internet vs. Intranet
Internet
A global network of computers.

Intranet
A network of computers limited to a company or organization

Definitions
Internet – the web site has no restrictions on who can see and use the material. It is available
to the whole world. Some web sites available on the Internet may require registration to gain
access to them, either to personalise the information being provided or to extract payment for
using the site (the whole world can know of its existence, but there are conditions related to
its use).

Intranet – a web site with restricted access based on an organisational group. Access to the
web sites is controlled on an organisational basis using ‘behind the scenes’ user identification
techniques, such as logging in to the network. The knowledge of the existence of the
information is confined to the organisational group with access. Within DoE there are several
Intranets including the DoE Intranet to which all DoE staff have access and business unit
Intranets with access restricted to the members of individual business units (including
schools). School Intranets are typically only available to the staff and students within the
schools

The Internet
"Internet (noun) - A sprawling collection of computer
networks that spans the globe, connecting government,
military, educational and commercial institutions, as well
as private citizens to a wide range of computer services,
resources, and information. A set of network conventions
and common tools are employed to give the appearance of
a single large network, even though the computers that are
linked together use many different hardware and software
platforms."
........Dr. Bob

5
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 6

An Intranet
"Intranet (noun) - A contained collection of computers
and networks within an organisation (it may span the
globe), connecting the organisation's members and/or
employees to a range of computer services, resources, and
information. A set of network conventions and common
tools are employed to give the appearance of a single large
network, even though the computers that are linked
together use many different hardware and software
platforms. It's more than a fancy name for the corporate
LAN/WAN"

6
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 7

7
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 8

( Assignment )

1.1.5 CLIENT, SERVER DAN PEER

Tiga peranan komputer dalam rangkaian :

 Client – mengguna sumber-sumber rangkaian


 Peer – mengguna dan menyediakan sumber-sumber rangkaian
 Server – menyediakan sumber rangkaian

Setiap peranan komputer ini ditentukan oleh jenis sistem pengoperasian yang dipasang pada
komputer tersebut. Server selalunya dipasang dengan sistem pengoperasian Windows NT
Server, Windows 2000 Server, atau Novell Netware. Client pula dipasang dengan sistem
pengoperasian client seperti Windows 95/98 atau 2000 Professional, NT Workstation, atau
Novell Netware client. Peer dipasang dengan sistem pengoperasian peer; Windows 95/98,
atau Macintosh.

1.1.6 JENIS-JENIS RANGKAIAN

Berdasarkan kepada peranan komputer dalam rangkaian, rangkaian boleh dibahagi kepada
tiga jenis :

 Client-Server – terdiri dari client dan server yang menyokongnya


 Peer – tiada server dan rangkaian digunakan untuk perkongsian
peranti di antara peer yang berdikari (independent peer)
 Hybrid – ini adalah rangkaian client-server dan juga mengandungi peer.
Kebanyakan rangkaian adalah dari jenis hybrid.

1.1.6.1 Rangkaian Client-Server

Rangkaian client-server mempunyai server berdedikasi kepada rangkaian yang menyediakan


keselamatan dan kemudahan perkongsian sumber. Server berdedikasi adalah komputer yang
hanya berfungsi sebagai server dan tidak sebagai client atau workstation. Tugas pemprosesan
dibahagi di antara server dan client. Client (selalunya dipanggil front end) memohon servis,
seperti storan fail dan mencetak, dan server (selalunya dipanggil back end) akan memberi
servis yang diminta.

Dalam Windows 2000, rangkaian berdasarkan server diuruskan dengan menggunakan active
directory domains. Domains adalah sekumpulan rangkaian dan pelanggan yang berkongsi
maklumat keselamatan. Server khas yang dipanggil domain controller. Pengguna rangkaian
boleh mencapai sumber dalam domain tertentu hanya selepas semakan ke atas pengguna itu
di lakukan oleh domain controller. Domain keselamatan dan kebenaran untuk logon dikawal

8
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 9

oleh server yang khas yang dipanggil sebagai Primary Domain Controller (PDC) yang
selalunya disokong oleh domain controller kedua yang dinamakan sebagai Backup Domain
Controller(BDC). BDC akan ambil alig tugas semasa PDC sedang sibuk atau semasa
ketiadaan PDC atas sebab tertentu.

Rajah 1.2 Rangkaian Client-Server

Kelebihan Rangkaian Client-Server

 Keselamatan pusat yang kuat


 Storan fail berpusat, yang membenarkan semua pengguna menggunakan data
yang sama dan data yang kritikal boleh dibuat backup dengan mudah.
 Menurunkan kos kerana server berupaya mengumpulkan (pool) semua sumber
perkakasan dan perisian
 Berupaya berkongsi peralatan yang mahal seperti pencetak laser berwarna,
pemplot saiz A0.
 Prestasi server adalah tinggi, pencapaian adalah lebih cepat dari peer.
 Memudahkan pengguna – hanya perlu guna satu kata-laluan untuk capai
semua sumber.
 Servis bilangan pengguna yang ramai

Kelemahan Rangkaian Client-Server

 Kos perkakasan berdedikasi adalah tinggi


 Kos sistem pengoperasian rangkaian dan lesen client adalah tinggi
 Perlukan seorang pentadbir rangkaian.

Jenis-Jenis Server
Server di dalam rangkaian menjalankan tugas yang spesifik. Satu server boleh menjalankan
beberapa tugas atau dikhaskan untuk satu tugas tertentu sahaja. File server dedikasi untuk
tugas menguruskan fail. Print server dedikasi untuk tugas memberi servis cetakan kepada
client.

9
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 10

a) File server
Menguruskan pencapaian pengguna dan penggunaan sumber fail dan pencetak.
Pengurusan fail adalah seperti mengalihkan fail, simpan fail, keserentakan kemaskini
fail, arkib fail (backup).

b) Print Server
Kawalan mencapai pencetak, pemplot dan mesin fax.

c) Message Server
Menguruskan perutusan elektronik, E-mail, aplikasi workgroup (pengurusan
workflow), directory services (bantu pengguna mencari, simpan dan menjaga
keselamatan maklumat dalam rangkaian contoh: Windows NT domain uruskan
sumber mana dapat dicapai oleh pengguna mana dalam domain tersebut) dikalangan
pengguna.

d) Application Server

Membolehkan aplikasi client/server dan juga datanya dicapai oleh pengguna. Sebagai
contoh, server menyimpan banyak data yang mempunyai struktur yang mudah supaya
mudah dicapai oleh pengguna. Dengan application server, pangkalan datanya akan
berada dalam server, hanya keputusan yang terhasil dari permintaan pengguna sahaja
yang akan diterima oleh komputer client.

e) Database Server

Menjalankan perisian untuk pelanggan dalam rangkaian

1.1.6.2 Rangkaian Peer (Peer-To-Peer)

Tiada pengawalan pusat atau server dalam rangkaian. Pengguna berkongsi ruang cakera dan
sumber-sumber seperti pencetak atau fax mengikut kesesuaian masing-masing.

Rangkaian Peer diurus dalam kumpulan-kerja (workgroup) dimana kawalan keselamatannya


sangat terhad. Tiada terdapat proses login. Jika anda telah login kepada satu peer dalam
rangkaian, anda dapat menggunakan mana-mana sumber dalam rangkaian yang tidak dikawal
dengan kata-laluan tertentu.

Capaian kepada setiap sumber boleh dikawal jika pengguna memerlukan kata-laluan. Oleh
kerana tiada ujudnya kawalan pusat, anda perlu mengetahui kata-laluan bagi setiap sumber
yang dikawal itu.

Perkongsian sumber dikalangan peer tidak dapat dioptimumkan. Apabila ramai pengguna
mencapai sumber dari satu peer tertentu, prestasi peer berkenaan akan menurun. Selalunya

10
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 11

peer mempunyai had lesen tertentu yang menetapkan capaian serentak pada sumber yang
sama hanya pada beberapa bilangan peer sahaja.

Rajah 1.3 Komputer dalam rangkaian peer boleh berfungsi sebagai server dan client

Kelebihan Rangkaian Peer

 Tidak perlu tambah kos untuk beli server atau perisian yang mahal.
 Mudah untuk dipasang
 Tidak memerlukan pentadbir rangkaian
 Pengguna boleh mengawal capaian kepada sumber yang dikongsi.

Kelemahan Rangkaian Peer

 Beban tambahan ke atas komputer kerana perkongsian sumber


 Peer tidak mampu menguruskan sambungan rangkaian sebanyak yang
diuruskan oleh server.
 Data sukar untuk dicari kerana tidak diuruskan di satu pusat.
 Tidak boleh mencapai fail untuk storan kerana tidak diuruskan di satu pusat.
 Pengguna perlu menguruskan komputer masing-masing
 Keselamatan lemah
 Tiada pengurusan pusat menjadikan rangkaian peer yang besar tidak boleh
berfungsi dengan baik (saiz maksima = 10 PC).

1.1.6.3 Rangkaian Hybrid

Rangkaian hybrid mengandungi ketiga-tiga jenis peranan komputer di atas dan selalunya
mempunyai active domains dan workgroup. Ini bererti bahawa semasa semua sumber, yang
dikongsi, dikawal oleh server; pengguna rangkaian masih boleh mencapai sumber yang

11
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 12

dikongsi dikalangan peer dalam workgroup. Dengan itu pengguna rangkaian tidak perlu
logon kepada domain controller untuk mencapai sumber dalam workgroup.

Rajah 1.4 Rangkaian hybrid mengandungi server berdedikasi dan komputer


Kelebihan Rangkaian Hybrid

 Semua kelebihan rangkaian client-server


 Kebanyakan kelebihan rangkaian peer
 Keupayaan pengguna dan pentadbir rangkaian mengawal keselamatan
bergantung kepada perlunya sumber tertentu itu dikongsikan.

Kekurangan Rangkaian Hybrid


Sama seperti kekurangan rangkaian client-server.

Bandingan keselamatan dalam Rangkaian Peer dan Rangkaian Client-Server :

Peer Server
Kurang selamat kerana menggunakan Menggunakan keselamatan
keselamatan paras-berkongsi (share- paras-fail (file-level security)
level security) atau keselamatan kebenaran
mencapai (access permission
security)

Share-level security : pengguna boleh Hanya perlukan satu kata


menetapkan kata laluan untuk mencapai laluan untuk mencapai semua
sumber dalam rangakain, tetapi sumber dalam rangkaian
pengguna ini tidak boleh mengawal
pengguna yang mana satu untuk
mencapai sumber tersebut – sesiapa
yang tahu kata laluan itu boleh
mencapainya.

Setiap sumber yang hendak dikawal

12
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 13

perkongsiannya perlukan kata laluan


berasingan – akhirnya terlalu banyak
kata laluan yang perlu diingat.

1.2 TOPOLOGI RANGKAIAN

1.2.1 REKABENTUK TOPOLOGI LAN

Topologi rangkaian adalah susunatur fizikal penyambungan dalam rangkaian, terutama sekali
lokasi komputer dan lain-lain peranti rangkaian. Topologi adalah istilah piawai yang
digunakan oleh profesional rangkaian apabila mereka merujuk kepada rekabentuk asas
rangkaian. Memilih topologi tertentu akan mempunyai kesan ke atas perkara berikut :

 Jenis peralatan yang diperlukan dalam rangkaian.


 Keupayaan peralatan.
 Perluasan rangkaian.
 Cara bagaimana rangkaian akan diuruskan.

Membina rangkaian bukan hanya sekadar menyambungkan komputer-komputer dengan kabel


rangkaian. Kombinasi jenis kabel tertentu, NIC yang berbeza-beza, sistem pengoperasian
rangkaian dan lain-lain komponen; memerlukan susunatur yang berbeza.

Setiap topologi rangkaian mempunyai implikasi ke atas beberapa perkara seperti satu
topologi tertentu akan memerlukan bukan sahaja jenis kabel yang tertentu tetapi juga
bagaimana kabel itu akan ditarik disepanjang lantai, siling, dan dinding.

Topologi juga akan menentukan bagaimana komputer berkomunikasi dalam rangkaian.


Topologi berlainan memerlukan kaedah komunikasi yang berbeza, dan kaedah komunikasi
ini amat mempengaruhi rangkaian.

TOPOLOGI PIAWAI

Semua rekabentuk rangkaian berpandu kepada tiga topologi asas berikut :

 Bas
 Bintang
 Gelung

Jika komputer disambung dalam satu barisan kabel (segmen), topologi ini adalah jenis bas.
Jika komputer disambung kepada beberapa segmen kabel yang bercabang dari satu punca

13
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 14

atau hub, topologi ini adalah jenis bintang. Jika komputer disambung kepada kabel yang
membentuk gelung, maka topologi ini dinamakan topologi gelung.

Walaupun tiga topologi asas ini adalah ringkas dan mudah, di dalam keadaan sebenar
selalunya ciri-ciri setiap topologi akan digabungkan untuk menghasilkan rekabentuk
rangkaian yang sesuai dan akhirnya akan menjadi kompleks.

Topologi Bas

Topologi bas juga dikenali sebagai bas linear. Ini adalah topologi yang paling mudah. Ia
terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau backbone, yang menyambungkan
semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Rajah 1.5 : Rangkaian topologi bas

Komputer di dalam topologi ini berkomunikasi dengan cara mengalamatkan data kepada satu
komputer tertentu dan kemudian meletakkan data tersebut pada kabel dalam bentuk isyarat-
isyarat elektronik. Untuk memahami bagaimana komputer berkomunikasi dalam rangkaian
bas anda perlu mengambilkira tiga konsep berikut :
 Penghantaran isyarat
 Lantunan isyarat (signal bounce)
 Terminator

14
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 15

Penghantaran Isyarat

Data dalam rangkaian yang berada dalam bentuk isyarat elektronik, dihantar kepada semua
komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang
mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu
komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam tempoh satu masa.

Rajah1.6: Data dihantar ke semua komputer, tetapi hanya


diterima oleh komputer beralamat serupa

Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka
ini akan memebri kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer dalam
rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama
komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi semakin
lambat.
Tetapi tidak semestinya disebabkan oleh bilangan komputer yang banyak tersambung dalam
rangkaian bas, menjadi sebab utama rangkaian menjadi lambat; malahan ia juga boleh
disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti :
 Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian
 Jumlah kekerapan komputer menghantar data
 Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian
 Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian
 Jarak diantara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian
Bas adalah rangkaian komputer yang pasif. Komputer dalam rangkaian bas hanya mendengar
di talian rangkaian untuk mengetahui samada terdapat data yang di hantar. Komputer ini tidak
bertindakbalas untuk menghantar data kepada komputer yang bersebelahannya. Jika
komputer gagal, ianya tidak memberikan kesan kepada kerseluruhan rangkaian. Dalam
rangkaian yang aktif, komputer akan menjana semula isyarat yang diterima sebelum
memindahkan data tersebut ketalian rangkaian.
Lantunan Isyarat (Signal Bounce)

15
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 16

Data yang berupa isyarat elektronik yang di hantar ke seluruh rangkaian, akan bergerak dari
pangkal hingga kehujung kabel rangkaian. Jika isyarat ini tidak dihentikan, isyarat ini akan
melantun kehadapan dan kebelakang disepanjang talian tersebut. Ini akan menyebabkab
komputer lain tidak dapat menghantar isyarat atau
data; maka dengan itu isyarat ini harus dihentikan setelah ia sampai kealamat yang dituju.

Terminator

Untuk menghentikan isyarat ini dari melantun, terminator diperlukan pada kedua-dua hujung
kabel tersebut. Terminator ini berfungsi untuk menyerap isyarat yang telah dihantar agar ia
tidak melantun dan menggangu komputer lain yang sedang menunggu giliran untuk
menghantar data.

Jika kabel terputus maka salah satu hujung kabel tidak ada terminator, maka ini akan
meyebabkan rangkaian komputer terputus kerana berlakunya lantunan isyarat. Namun
demikian komputer masih boleh digunakan tetapi perkongsian data tidak boleh berlaku selagi
segmen yang terputus tidak dibaiki.
Apabila rangkaian semakin meluas, kabel boleh dikembangkan dengan dua kaedah berikut :
 Menggunakan barrel connector, yang membolehkan dua kabel disambung.
Perlu diingatkan disini penyambung akan meyebabkan isyarat menjadi lemah
atau susut. Jika terlalu banyak menggunakan penyambung, ini juga boleh
menyebabkan isyarat yang salah diterima.

Rajah 1.7 : Penyambung segmen kabel


 Menggunakan repeater, iaitu boleh menyambungkan dua kabel. Repeater
biasanya meningkatkan isyarat yang melaluinya sebelum ia dihantar ke
destinasi. Repeater adalah lebih baik dari barrel kerana ia dapat
menyambungkan dua kabel yang panjang atau jarak jauh tanpa perlu risau
berlakunya kehilangan data.

16
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 17

Rajah 1.8 : Repeater menyambung kabel dan


meningkatkan isyarat

b. Topologi Bintang

Dalam topologi bintang semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi
pusat, di mana semuanya akan disambung ke peranti yang dikenali sebagai hub.

Rajah 1.9 : Toplogi Bintang

Setiap komputer di dalam topologi bintang berkomunikasi dengan hub pusat yang akan
menghantar utusan samada kesemua komputer (dalam rangkaian bintang broadcast) atau
hanya kepada destinasi komputer tertentu sahaja (dalam rangkian bintang switch). Hub dalam
rangkaian bintang broadcast terdiri dari dua jenis iaitu jenis pasif atau aktif.

Hub jenis aktif menjana semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer
dalam rangkaian. Hub ini juga dikenali sebagai multiport repeater . Hub dan switch jenis
aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi. Hub jenis pasif, seperti panel pendawaian
atau blok punch-down, hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang tidak
menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang melaluinya. Ia juga tidak
memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.

17
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 18

Rangkaian jenis star ini boleh dikembangkan untuk membetuk rangkaian yang dikenali
sebagai Rangkaian Bintang Hybrid iaitu sambungan dengan beberapa hub.

Rajah 1.10 : Topologi Bintang Hybrid

c. Topologi Gelung

Setiap komputer dalam topologi gelung disambung kepada komputer selanjutnya secara
berturutan, dan komputer terakhir akan bersambung semula dengan komputer pertama.
Topologi gelung diguna untuk menghasilkan rangkaian yang berprestasi tinggi, iaitu
rangkaian yang memerlukan bandwidth yang khas untuk ciri-ciri seperti video dan audio,
atau prestasi tinggi diperlukan apabila ramai pengguna mencapai ragkaian.

Setiap komputer menerima isyarat dari komputer sebelahnya dan menghantar isyarat tersebut
kepada komputer selanjutnya. Utusan ini bergerak pada satu arah dalam bulatan. Oleh kerana
setiap komputer menghantar semula isyarat yang diterimanya, maka topologi gelung adalah
merupakan rangkaian yang aktif. Tiada terminator diperlukan kerana tiada penghujung
kepada gelung.

Sebahagian rangkaian gelung melakukan penghantaran token (token passing). Utusan yang
pendek yang dipanggil token diedarkan kesekeliling gelung sehingga sebuah komputer
berhasrat untuk menghantar utusan itu kepada satu komputer tertentu. Komputer berkenaan
akan memodifikasikan token tersebut secara menambahkan data dan alamat elektronik

18
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 19

kepada utusan berkenaan. Utusan ini bergerak dalam edaran gelung dari satu komputer
kepada komputer selanjutnya, sehinggalah alamat elektronik tersebut sepadan dengan alamat
komputer atau token itu akan kembali kekomputer asal yang menghantarnya dalam edaran.
Komputer yang menerima token tersebut akan menghantar satu utusan penerimaan kepada
komputer penghantar. Komputer penghantar ini akan mencipta token lain dan menghantarnya
kerangka untuk diedarkan. Token tersebut akan terus beredaran sehingga ada komputer yang
bersedia menerimanya.

Penghantaran token berlaku dengan cepat. Satu token akan mengelilingi gelung berukuran
garispusat 200 meter sebanyak 10,000 kali sesaat.

Rajah 1.11 : Topologi Gelung

Memandangkan data dipindahkan mengikut satu laluan yang sama secara turutan maka
kemungkinan untuk berlakunya perlanggaran data tidak timbul. Kerja-kerja penyelenggaraan
bagi sistem ini juga adalah seakan-akan sama dengan sistem topologi bintang. Setiap nod
boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secara langsung. Namun satu masalah yang timbul
ialah sekiranya satu nod gagal berfungsi , keseluruhan sistem rangkaian kemungkinan akan
turut terjejas.

Pemasangan kabel untuk rangkaian Token Ring adalah berbentuk bintang, dengan beberapa
kabel dihubungkan dari peranti bernama Multi Station Access Unit (MSAU) kepada
komputer-komputer atau lain-lain MSAU. MSAU ini dipasang dalam satu rangkaian

19
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 20

berbentuk gelung jika ianya lebih daripada satu unit. Jika hanya satu unit sahaja digunakan,
maka secara fizikalnya topologi ini adalah sama dengan sambungan topologi bintang.

d. Topologi Mesh

Topologi mesh mempunyai sambungan lebihan (redundant links) di antara peranti-peranti.


Konfigurasi mesh yang sebenar, mempunyai sambungan di antara setiap peranti dalam
rangkaian. Ini akan menjadi sangat rumit jika bilangan nod bertambah. Oleh itu kebanyakan
rangkaian mesh bukan merupakan rangkaian mesh yang sebenar, malahan lebih merupakan
rangkaian mesh hybrid, yang mempunyai banyak sambungan lebihan, tetapi tidak untuk
semua peranti.

Rajah 1.12 : Mesh Hybrid

Rajah 1.13 : Mesh sebenar

20
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 21

1.2.2 PERBANDINGAN TOPOLOGI RANGKAIAN KOMPUTER

Topologi BAS

Kelebihan Kelemahan
 Ringkas, boleh diharap  Trafik rangkaian yang banyak
dalam binaan rangkaian menjadikan bas tersangat
yang kecil, mudah diguna lambat. Kerana mana-mana
dan difahami komputer boleh menghantar
signal pada bila-bila masa
 Kabel untuk menyambung untuk menghantar signal, ini
komputer tidak perlu mengganggu satu sama lain
banyak, oleh itu harga
menjadi murah  Setiap penyambung barrel
melemahkan signal, jika terlalu
 Mudah untuk meluaskan banyak penyambungan boleh
bas. Dua kabel boleh menyebabkan signal tidak
disambung untuk menjadi diterima dengan betul
lebih panjang dengan
menggunakan barrel BNC  Sukar dibaikpulih

Topologi BINTANG

Kelebihan Kelemahan
 Mudah untuk diubahsuai  Jika pusat hub bintang gagal,
dan menambah komputer rangkaian gagal
dalam bintang tanpa
mengganggu rangkaian  Memerlukan peranti dipusat
bintang untuk rebroadcast atau
 Baik pulih rangkaian mudah tukarkan(switch) trafik
dilakukan di pusat bintang rangkaian

 Satu komputer rosak tidak  Harga lebih tinggi kerana


semestinya menjejaskan semua kabel perlu ditarik
rangkaian daripada pusat

 Boleh menggunakan
beberapa jenis kabel dalam
rangkaian yang sama,
dengan hub yang boleh
menerima jenis-jenis kabel
yang berlainan

21
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 22

Topologi CINCIN

Kelebihan Kelemahan
 Oleh kerana setiap  Kegagalan satu komputer
komputer diberi keutamaan menyebabkan rangkaian gagal
yang sama untuk mencapai
token, tiada satupun  Tidak mudah untuk membaik
komputer yang boleh pulih jika rosak
monopoli rangkaian
 Menambah atau
mengurangkan komputer akan
mengganggu rangkaian

Topologi MESH

Kelebihan Kelemahan
 Tahan lasak, cth : kegagalan  Tidak mudah untuk install dan
media tidak begitu konfigur semula (terutama jika
mengganggu rangkaian jika bilangan komputer banyak)
dibanding dengan topologi
yang lain  Kos menyelenggara
sambungan berulang
 Agak mudah untuk (redundant link) adalah tinggi
dibaikpulih

1.2.3 ANALISA TOPOLOGI FIZIKAL & LOGIKAL DALAM ORGANISASI

Also called signal topology. Every LAN has a topology, or the way that the devices on a
network are arranged and how they communicate with each other. The way that the
workstations are connected to the network through the actual cables that transmit data -- the
physical structure of the network -- is called the physical topology. The logical topology, in
contrast, is the way that the signals act on the network media, or the way that the data passes
through the network from one device to the next without regard to the physical
interconnection of the devices.

Logical topologies are bound to the network protocols that direct how the data moves across
a network.

The physical layout of devices on a network. Every LAN has a topology, or the way that the
devices on a network are arranged and how they communicate with each other. The way that
the workstations are connected to the network through the actual cables that transmit data --
the physical structure of the network -- is called the physical topology. The logical topology,
in contrast, is the way that the signals act on the network media, or the way that the data
passes through the network from one device to the next without regard to the physical
interconnection of the devices.

A network's logical topology is not necessarily the same as its physical topology. For
example, twisted pair Ethernet is a logical bus topology in a physical star topology layout.
While IBM's Token Ring is a logical ring topology, it is physically set up in a star topology.

22
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 23

1.3 PERANTI, PERKAKASAN DAN PERISIAN ASAS RANGKAIAN

1.3.1 FUNGSI PERKAKASAN

PENGENALAN

Apabila kita hendak membina rangkaian, seperti menyambungkan dua komputer dengan satu
printer, atau kita hendak menyambungkan beberapa komputer di dalam bilik yang sama atau
menyambungkan beberapa komputer yang berada pada lokasi-lokasi yang berjauhan; apa
yang penting kita ketahui ialah menentukan jenis kabel penyambung yang sesuai dan
perkakasan rangkaian lain yang diperlukan untuk membuat sambungan berkenaan.

Dalam Unit 5 ini kita juga akan membincangkan mengenai kategori perkakasan rangkaian
yang utama yang akan membolehkan rangkaian-rangkaian kecil disambungkan untuk
menjadi satu rangkaian LAN dan WAN yang lebih luas.

a. KAD ANTARAMUKA RANGKAIAN (NETWORK INTERFACE CARD –


NIC)

Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk
berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai antaramuka fizikal atau penyambung
di antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Antaramuka rangkaian ini ada yang
berbentuk kad dan ada yang berupa komponen dalam motherboard komputer. Rajah 5.1
menunjukkan contoh satu kad antaramuka rangkaian.

Rajah 1.14 : Kad antaramuka rangkaian (Intel Pro 1000T)

23
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 24

Fungsi kad antaramuka rangkaian ialah :


 Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian
 Menghantar data ke komputer yang lain
 Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung.

Kad rangkaian ini juga menerima data input dari kabel dan menterjemahkannya kepada byte
yang difahami oleh Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit –CPU) komputer. Kad
rangkaian mengandungi perkakasan dan program firmware (aturcara rutin yang tersimpan
dan ROM) yang mengimplemen fungsi-fungsi Logikal Link Control (LLC) dan Media
Access Control (MAC) pada Lapisan Pautan Data model OSI.

Penyediaan Data

Sebelum data dalam rangkaian boleh dihantar ke destinasi tertentu, kad rangkaian perlu
menukarkannya kepada bentuk yang boleh bergerak dalam kabel rangkaian.

Dalam kabel rangkaian, data bergerak dalam rentetan bit tunggal. Apabila data bergerak
dalam kabel rangkaian ia dikatakan bergerak sebagai transmisi siri kerana satu bit yang
bergerak akan diekori oleh bit yang lain. Dengan kata lain kabel ini merupakan laluan sehala.
Data dalam laluan ini sentiasa bergerak dalam satu arah sahaja iaitu samada ia menghantar
atau menerima data.

Kad rangkaian mengambil data yang bergerak secara selari dalam satu kelompok dan
menstrukturkannya semula supaya ia boleh dialirkan melalui laluan siri 1-bit pada kabel
rangkaian. Ini boleh dilaksanakan dengan menterjemakan isyarat digital komputer kepada
isyarat yang boleh bergerak dalam kabel rangkaian iaitu isyarat elektrik dan isyarat optik.
Komponen yang bertanggungjawab menukarkan bentuk isyarat ini dikenali sebagai
tranceiver (transmitter/receiver).

Alamat Rangkaian

Kad rangkaian yang menukarkan bentuk data, yang hendak dihantar dalam rangkaian, akan
menambahkan maklumat lokasi atau alamat rangkaian. Ini bertujuan untuk membezakannya
dari kad-kad rangkaian lain yang wujud dalam sistem rangkaian tersebut. Alamat rangkaian
telah ditentukan oleh jawatakuasa IEEE (Institute of Electrical and Electronics Engineer,
Inc). Jawatankuasa ini telah menetapkan blok-blok alamat bagi setiap kad rangkaian dan
pengedar kad. Alamat-alamat bagi setiap kad ini telah di”harwired”kan ke dalam cip-cip
diatas kad melalui proses yang dikenali sebagai “burning into the card”. Melalui proses ini
setiap komputer mempunyai alamat yang unik dalam rangkaian.
Kad rangkaian juga terlibat dalam beberapa fungsi dalam mengambil data dari komputer dan
menyediakannya untuk kabel rangkaian seperti berikut :

24
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 25

 Komputer dan kad rangkaian mestilah berkomunikasi untuk membolehkan data


dipindahkan dari komputer kepada kad rangkaian. Bagi kad rangkaian yang boleh
menggunakan DMA, komputer akan memperuntukkan beberapa ruang ingatan untuk
kad rangkaian tersebut.

 Kad rangkaian komputer memberi isyarat pada komputer bagi meminta data.

 Bas-bas dalam sistem komputer kemudiaan memindahkan data dari ingatannya


kepada kad rangkaian komputer.

Pada kebiasaanya data bergerak lebih laju dari kad rangkaian komputer bekerja. Maka
dengan itu data akan disimpan dalam penimbal (RAM) pada kad rangkaian, sementara
menunggu proses penghantaran dan penerimaan data.

Menghantar dan Mengawal Data

Sebelum kad rangkaian menghantar data ke dalam sistem rangkaian, ia perlu berdialog secara
elektronik dengan kad yang hendak dihubungkan dengannya. Ini adalah perlu bagi
memastikan kedua-dua kad rangkaian tersebut sependapat dengan perkara berikut :

 Saiz maksima kelompok data yang hendak di hantar


 Jumlah data yang hendak dihantar
 Sela masa (time interval) antara penghantaran bahagian-bahagian data
 Jumlah masa menunggu sebelum ia boleh menghantar
 Jumlah data yang mampu diuruskan oleh setiap kad, sebelum berlakunya limpahan
(overflow)
 Kelajuan transmisi data

Sekiranya kad rangkaian baru yang pantas dan canggih hendak berkomunikasi dengan kad
model lama yang berkelajuan rendah, maka kedua-dua kad tersebut mestilah menentukan
kelajuan transmisi yang mampu dipenuhi oleh kedua-dua kad tersebut.

25
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 26

HUB

Hub adalah satu lagi peranti yang banyak terdapat dalam rangkaian selain dari kad
antaramuka rangkaian. Hub secara fizikalnya berbentuk seperti kotak dari berbagai saiz. Ia
mempunyai beberapa bilangan penyambung female RJ-45 yang dikenali sebagai port. Setiap
penyambung ini direkabentuk supaya boleh memuatkan satu kabel pasangan terpiuh (twisted
pair) melalui penyambung male RJ45. Kabel ini digunakan untuk menyambungkan komputer
ke salah satu port pada Hub. Hub digunakan dalam rangkaian Ethernet yang menggunakan
kabel jenis UTP. Hub adalah titik penyambungan di antara stesyen dengan stesyen dan di
antara stesyen dengan server. Terdapat dua kategori hub :

 Hub chasis
 Hub stackable

Chasis Hub

Chasis hub adalah satu kotak besar (biasanya satu atau dua kaki tinggi) yang direkabentuk
untuk dipasang terus pada rak rangkaian. Chasis ini mempunyai ruang/slot pengembangan
kad (card expansion slots) yang serupa seperti yang terdapat dalam komputer peribadi (PC)
biasa. Ia direkabentuk sedemikian untuk membolehkan kad digelongsorkan terus memasuki
chasis dari depan tanpa perlu membuka (diassembling) chasis tersebut. Di hadapan kad
tersebut terdapat beberapa penyambung RJ-45 atau port.

Bilangan stesyen yang mampu disokong oleh hub bergantung kepada kepadatan port pada
setiap kad dan bilangan kad yang dipasangkan. Kad ini biasanya menyokong penyambungan
dari 4 hingga 24 port. Bilangan kad yang disokong oleh chasis adalah berbeza-beza bagi
setiap model. Pada kebiasaannya satu slot akan diambil untuk digunakan oleh kad
pengurusan. Kad pengurusan digunakan untuk mengawal dan untuk konfigur kad-kad yang
lain. Chasis hub bukan sahaja menyokong kad-kad hub tetapi juga kad-kad brigde, switch
dan router.

Chasis hub berbentuk padat (compact). Terdapat chasis yang boleh menyokong sehingga 200
atau lebih sambungan. Sekiranya anda hendak merangkaikan banyak komputer dan ruang
yang disediakan tidak cukup untuk memuatkan semua peralatan rangkaian yang diperlukan;
maka dalam kes ini chasis hub adalah sesuai digunakan. Pemantauan ke atas semua port
boleh dilakukan untuk mengetahui port mana yang sedang digunakan. Pemantauan ini dapat
dilakukan melalui kad pengurusan chasis hub yang dipasang pada chasis berkenaan. Rajah
5.2 menunjukkan satu contoh chasis hub.

26
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 27

Rajah 1.15 : Chasis Hub (Alcatel – Omnicore 5000)

Stackable Hub (Hub bertindan)

Stackable hub terdapat dalam bentuk kotak nipis yang kebiasaannya mengadungi diantara 6
hingga 24 port. Kebanyakan portnya mempunyai lampu yang menyala bagi menunjukkan
aktivitinya. Ia dikenali sebagai stackable kerana hub ini boleh ditindankan untuk
menambahkan port sambungan. Katakan kita mempuyai hub dengan 24 port; apabila
rangkaian kita semakin membesar (pengguna bertambah) maka banyak port diperlukan.
Apabila semua port ini penuh, maka kita hanya perlu membeli satu lagi stackable hub dan
tindankan ia ke atas hub yang sediada. Kelebihan stackable hub ini ialah apabila berlaku
kerosakan pada salah satu hub, kita boleh pindahkan sambungan pengguna dari hub yang
rosak ke hub yang masih berfungsi, sementara menunggu hub tersebut dibaikpulih atau
ditukarganti. Anda boleh juga tindankan hub yang berlainan jenama dan yang dibekalkan
oleh pembekal yang berlainan. Rajah 5.3 menunjukkan satu contoh stackable hub.

Rajah 5.3 : Stackable Hub (Alcatel – OmniStack)

27
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 28

Stackable hub terbahagi kepada dua jenis :

 Managed stackable hub


 Unmanaged stackable hub

i. Managed Stackable Hub


Managed hub, dikenali juga sebagai hub pintar, menjalankan perisian yang
membolehkan kita berkomunikasi dengannya dan menyemak aktiviti hub tersebut
seperti status portnya (on atau off). Komunikasi ini amat berguna sekiranya kita
mempunyai persekitaran rangkaian yang luas. Adalah tidak praktikal bagi kita untuk
berjalan ke lokasi hub yang jauh semata-mata untuk menyemak sama ada lampu port
menyala atau tidak.

Hub pintar juga boleh menghantar amaran berwaspada (alert) kepada stesyen
pengurusan, tetapi amaran ini hanya akan berlaku sekiranya hub itu di reboot atau
salah satu portnya ‘down’. Setiap port akan ‘down’ apabila pengguna shutdown
komputer masing-masing. Oleh itu, hub pintar ini tidaklah sepintar mana seperti
namanya. Kegunaannya adalah untuk suasana rangkaian yang tertentu sahaja. Oleh
yang demikian tidak perlulah anda menggunakan hub pintar, yang mahal harganya,
dalam rangkaian anda kecuali jika anda rasa perlu untuk menggunakan fungsi-fungsi
tambahan pada hub.

ii. Unmanaged Stackable Hub


Hub jenis ini tidak mempuyai sebarang perisian pengurusan atau perisian
pemantauan. Status hub ini hanya dapat dilihat pada nyalaan lampu (Light Emission
Diode - LED) bagi setiap port. Pernah berlaku dimana hub tidak transmit data
walaupun online LED menyala dan LED penyambung ke komputer pun menyala,
tetapi LED transmit tidak menyala. Jelas di sini menunjukkan bahawa lampu
penunjuk pada hub adalah sangat berguna. Satu lagi LED yang berguna ialah lampu
penunjuk untuk perlanggaran isyarat. Hub hanya memerlukan satu lampu
penunjuk, untuk menunjukkan perlanggaran isyarat bagi semua port, pada hub
tersebut. Isyarat pelanggaran adalah merupakan satu petanda awal bahawa terdapat
sesuatu yang tidak kena dengan rangkaian. Jika lampu isyarat ini menyala berterusan,
maka kita perlu menggunakan alat penganalisa rangkaian (network analyzer) untuk
mengesan masalah rangkaian yang berlaku.

28
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 29

Stackable hub boleh disambungkan dengan dua cara :

 melalui sambungan backbone


 melalui sambungan port uplink

i. Sambungan Backbone
Sambungan melalui backbone boleh dilakukan dengan menggunakan penyambung
lain yang direkabentuk untuk hub tersebut. Pada kebiasaannya penyambung BNC
digunakan dalam hub yang mempunyai kelajuan 10Mbps melalui kabel pendek
thinnet.

ii Sambungan Port Uplink


Port Uplink adalah port khas dan menyongsangkan sambungan transmit-dan-receive
bagi pasangan kabel pasangan terpiuh (twisted pair). Rupabentuk port Uplink adalah
sama seperti port yang lain. Port Uplink ini diperlukan kerana jika kita menyambung
dua hub secara terus, pasangan kabel tersebut akan tersambung dalam keadaan
transmit-ke-transmit dan receive-ke-receive. Komunikasi tidak boleh berlaku dengan
penyambungan seperti ini. Ada terdapat port Uplink mempuyai suis yang
membolehkan kita membuat pilihan mode operasi bagi port tersebut. Perlu diingatkan
bahawa hanya satu hub sahaja yang perlu disambung kepada Uplink. Jika Uplink
digunakan pada kedua-dua penghujung hub tersebut, maka hub-hub ini tidak boleh
berkomunikasi.

1.3.1.1 PEMECAHAN RANGKAIAN

Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai lain-lain perkakaksan rangkaian seperti


bridge dan router, mari kita lihat apakah kelebihannya kita memecahkan rangkaian kepada
beberapa bahagian, kerana perkakasan-perkakasan ini ada hubungannya dengan pemecahan
rangkaian. Bahagian-bahagian rangkaian yang telah dipecahkan dikenali sebagai segmen
rangkaian. Setiap segmen adalah merupakan satu rentetan komputer yang dirangkai mengikut
topologi tertentu.

Untuk kita menghargai kelebihan memecahkan rangkaian ini, mari kita mengkaji sejenak
apakah yang akan berlaku sekiranya stesyen-stesyen baru terus disambung atau ditambah ke
dalam rangkaian yang sedia ada. Sudah pasti kesannya ialah trafik rangkaian akan menjadi
lebih sesak dan lambat kerana setiap stesyen yang ditambah ke dalam rangkaian ini akan
menambahkan trafik data ke dalam rangkaian tersebut. Penyelesaian kepada masalah ini
adalah memecahkan rangkaian tersebut kepada beberapa segmen. Terdapat beberapa cara
bagaimana pemecahan rangkaian boleh mengurangkan kesesakan trafik data dalam rangkaian
iaitu :

29
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 30

 Penyelesaian yang pertama ialah dengan menyambungkan satu server pada


setiap segmen. Oleh kerana setiap segmen tidak lagi bersambung di antara satu
sama lain dan mempunyai server yang berasingan, maka trafik data akan
hanya tertumpu kepada stesyen-stesyen dalam rangkaian masing-masing
segmen sahaja. Ini akan menjadikan aliran trafik lebih laju. Masalah yang
wujud disini ialah rangkaian setiap segmen tidak dapat berhubungan antara
satu sama lain.

 Penyelesaian yang lain ialah dengan menyambungkan setiap segmen kepada


server yang sama tetapi melalui kad antaramuka rangkaian (NIC) yang
berasingan. Walaupun beban pada server tidak akan dikurangkan tetapi beban
trafik dalam setiap segmen dapat dikurangkan. Kaedah memasang beberapa
kad antaramuka rangkaian ke dalam server yang sama adalah yang kerap
digunakan.

Apabila rangkaian telah dipecahkan kepada beberapa segmen, timbul pula persoalan
bagaimana kita hendak menyambungkan segmen-segmen ini supaya komunikasi di antaranya
boleh berlaku? Di sinilah perkakasan rangkaian seperti bridge, switch, dan router
memainkan peranannya.

BRIDGE

Rupabentuk bridge adalah seperti sebuah kotak kecil, dengan dua penyambung rangkaian
yang disambung kepada dua rangkaian yang terpisah. Bridge digunakan untuk menghantar
data di antara rangkaian yang menggunakan protokol yang sama. Bridge boleh digunakan
untuk menapis peket, iaitu ia hanya akan menghantar trafik tertentu sahaja. Pada model OSI,
bridge beroperasi di Lapisan Pautan Data (lapisan kedua).

Operasi Bridge

Bridge menggunakan maklumat di kepala frame untuk memantau sumber dan destinasi
alamat MAC pada setiap frame data. Di dalam LAN, frame adalah merupakan satu unit
lapisan-MAC yang mengandungi maklumat kawalan dan data. Dengan memantau alamat
sumber-sumber ini, bridge akan dapat mengecam semua lokasi sistem rangkaian. Bridge
kemudiannya akan membina satu jadual yang menyenaraikan alamat MAC yang boleh
dicapai oleh setiap port. Ia kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk menyelaras
aliran data dalam rangkaian.

Rajah 1.16 menunjukkan bagaimana bridge beroperasi. Katakan Ziana hendak menghantar
data kepada server Ahmad. NIC Ziana akan mendengar semua transmisi dari stesyen-stesyen
lain dalam rangkaian. Jika talian didapati lapang (free), Ziana akan transmit frame data.
Bridge juga melihat keadaan trafik, dan ia akan melihat alamat sumber dalam kepala frame
data Ziana. Oleh kerana ia tidak pasti port yang mana yang bersambung dengan alamat MAC

30
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 31

00C08BBE0052 (iaitu Ahmad), bridge akan menguatkan isyarat (berfungsi sebagai repeater)
dan transmit semula isyarat tersebut keluar ke port B. Pada ketika ini bridge telah mengesan
bahawa Ziana bersambung kepada port A dan dengan itu bridge akan mencipta satu jadual
masukan (table entry) Ziana dengan alamat MACnya.

PORT PORT
“A” “B”
00C08B44E50C

AHMAD JAMAL
MAC=00C08BBE0052 MAC=00C08B11C439

PORT PORT
“A” “B”

HUB BRIDGE HUB

ZIANA SITI
MAC=00C08B44E50C MAC=00C08B477B72

Rajah 1.16: Ziana menghantar data kepada Ahmad

Apabila Ahmad membalas permintaan Ziana, seperti dalam Rajah 1.17, bridge akan melihat
alamat dstinasi dalam frame data sekali lagi. Pada ketika ini ia mendapati terdapat persamaan
dalam jadual masukan. Kebetulan pula Ziana berada pada port A. Oleh kerana bridge tahu
Ziana boleh menerima maklumat secara terus, brigde akan mengugurkan frame dan
menghalangnya dari ditransmit keluar dari port B. Ia juga akan membuat jadual masukan
baru untuk Ahmad dan meyimpan alamat MAC sebagai ‘telah melalui port A’.

PORT PORT
“A” “B”
00C08B44E50C
00C08BBE0052
AHMAD JAMAL
MAC=00C08BBE0052 MAC=00C08B11C439

PORT PORT
“A” “B”

HUB BRIDGE HUB

Frame Transmission

ZIANA SITI
MAC=00C08B44E50C MAC=00C08B477B72

Rajah 1.17 : Ahmad membalas mesej kepada Ziana

31
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 32

Kelebihannya di sini ialah, selagi bridge mengingati alamat MAC disetiap stesyen, semua
komunikasi di antara Ziana dan Ahmad akan terpisah daripada Siti dan Jamal.

Bridge akan memastikan komunikasi di kedua-dua bahagian sentiasa terpisah, seolah-olah


mereka tidak bersambung langsung. Oleh kerana stesyen tidak dapat melihat transmisi pada
sebelah sana (the other side) bridge, stesyen-stesyen ini akan menganggapkan bahawa
rangkaian berada dalam keadaan lapang dan akan terus menghantar data mereka.

Setiap sistem hanya perlu bersaing untuk bandwidth dengan sistem di segmennya sahaja. Ini
bermakna bahawa setiap stesyen tidak akan mengalami perlanggaran (collision) di luar
segmennya. Dengan itu segmen-segmen ini dikenali sebagai collision domain (rujuk Rajah
5.6). Rajah 5.6 menunjukkan bahawa satu port pada setiap hujung bridge adalah merupakan
sebahagian dari setiap collision domain berkenaan. Ini adalah kerana setiap port akan
bersaing untuk bandwidth dengan sistem yang bersambung dengannya sahaja. Oleh kerana
bridge mengasingkan trafik di dalam setiap collision damain, maka pelanggaran di antara
isyarat bagi kedua-dua sistem tersebut tidak akan berlaku. Kesannya ialah potensi bandwidth
akan digandakan.

Timbul satu persoalan iaitu apakah yang akan berlaku apabila trafik data menyeberangi
bridge? Apabila bridge tidak pasti akan lokasi sesebuah sistem, ia akan sentiasa
membenarkan paket melaluinya. Apabila bridge mengetahui bahawa sistem itu berada
dilokasi seberang dari portnya, ia akan membiarkan frame melaluinya sebagaimana yang
dikehendaki.

AHMAD JAMAL
MAC=00C08BBE0052 MAC=00C08B11C439
PORT PORT
“A” “B”

HUB BRIDGE HUB

ZIANA
2 collision domain yg SITI
MAC=00C08B477B72
MAC=00C08B44E50C berasingan
Rajah 1.18Dua Collision domain yang terasing

Menggunakan bridge Untuk Segmen Trafik

32
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 33

Peraturan bridge menyatakan bahawa 80% trafik perlu disambungkan secara terus, dan 20%
atau < 20% disambung melalui bridge. Peraturan ini adalah untuk mengimbangkan trafik
dalam segmen dengan bridge latency. Teori bagi bridge latency ialah capaian 100% melalui
bridge tidak dapat dicapai kerana signal dilambatkan (delayed) di setiap route. Tetapi
lambatan ini tidak begitu ketara. Tetapi sekiranya pengguna kerap menggunakan server
tertentu, jangan sambungkan bridge di antara server dengan pengguna tersebut.

Mari kita kaji tiga contoh rangkaian berikut dan bincangkan kesesuaian bridge dalam setiap
rangkaian berkenaan. Dalam setiap contoh rangkaian ini, cuba anda fikirkan samada bridge
sesuai digunakan dalam rangkaian tersebut atau tidak.

Contoh 1
Rajah 5.7 menunjukkan contoh rangkaian yang pertama. Rangkaian ini terdiri dari 25 jurutera
perisian yang mengunakan SGI Unix workstation. Tugas mereka ialah menulis kod program
dan mencipta imej-imej untuk program permainan komputer. Mereka perlu bertukar-tukar
fail dan bekerja secara kolaboratif di antara satu sama lain.

SGI Workstation

SGI Workstation SGI Workstation

Hub
SGI Workstation SGI Workstation

SGI Workstation SGI Workstation

SGI Workstation

Rajah 1.19 Rangkaian Contoh 1 yang mengandungi 25 (hanya 8


ditunjukkan) jurutera yang berkongsi maklumat fail di
antara workstation.
Contoh 2
Rajah 5.8 menunjukkan contoh rangkaian yang kedua. Rangkaian ini terdiri dari 50
pengguna. Mereka menggunakan tiga buah server – satu server NetWare, satu server Mac,
dan satu lagi server Unix. Dua puluh stesyen diguna oleh pereka grafik yang menggunakan
Mac workstation. Semua fail grafik ini disimpan dalam server Mac. Server Mac ini
menggunakan protokol AppleTalk. Tiga puluh stesyen lagi diguna untuk menjalanakan tugas-

33
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 34

tugas pentadbiran dan dihubungkan kepada sistem Netware melalui protokol IPX untuk
perkhidmatan fail dan cetakan. Semua stesyen menjalankan IP untuk dihubungkan kepada
sistem Unix bagi capaian Internet dan mail.

Mac Server
MS 2000 Server

Unix

Rajah 1.20
Rangkaian Contoh 2 yang
mengandungi pelbagai jenis
Hub
server dan pelbagai protokol
Stesyen Mac
Stesyen Mac

IBM Compatible IBM Compatible

IBM Compatible

Contoh 3
Rajah 5.9 menunjukkan contoh rangkaian yang ketiga. Rangkaian ini mempunyai 100
pengguna dengan tiga server Windows 2000 Server. Salah satu server ini digunakan oleh 50
pengguna untuk perkhidmatan fail dan cetak. Lagi 50 pengguna menggunakan server kedua
untuk perkhidmatan fail dan cetak. Server yang ketiga menyimpan program mail untuk
syarikat, yang boleh dicapai oleh semua pengguna rangkaian. Protokol NetBEUI diguna
untuk capaian kesemua server.

MS 2000 Server MS 2000 Server


MS 2000 Server

Rajah 1.21
Rangkaian Contoh 3 terdiri
Hub
dari pengguna yang dibahagi
IBM Compatible IBM Compatible
kepada workgroup dan setiap
pengguna perlu capai email

IBM Compatible IBM Compatible

IBM Compatible
34
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 35

Perbincangan
Pengguna-pengguna dalam ketiga-tiga contoh rangkaian di atas membuat rungutan bahawa
rangkaian berkenaan adalah lambat. Untuk mengatasi masalah ini kita perlu fikirkan
mengenai kos peralatan rangkaian tambahan yang diperlukan. Walaupun merekabentuk
semula setiap rangkaian berkenaan adalah merupakan satu kaedah penyelesaian, tetapi mari
kita gunakan fungsi bridge, dalam mengasingkan trafik, untuk mengatasi masalah rangkaian-
rangkaian di atas.

Dalam rangkaian Contoh 1 didapati bridge tidak begitu sesuai digunakan. Oleh kerana
semua pengguna dalam rangkaian berkongsi fail di antara satu sama lain, maka tidak
mungkin peraturan “80% hubungan terus dan 20% melalui bridge” dapat dilaksanakan.
Bridge tidak begitu membantu dalam situasi ini.

Dalam rangkaian Contoh 2, bridge mungkin boleh memperbaiki keadaan. Pengguna-


penggunanya didapati dibahagi kepada dua kumpulan; pentadbiran menggunakan server
Netware dan perekabentuk grafik menggunakaan server Mac. Dalam situasi ini
berkemungkinan peraturan 80/20 dapat dicapai. Jika kita asingkan kedua-dua kumpulan
pengguna ini dengan bridge dan meletakkan sistem Unix di antaranya, kita mungkin boleh
mengasingkan trafik untuk meningkatkan keupayaan rangkaian. Cuma masalahnyanya di sini
ialah rangkaian ini mempunyai tiga protokol yang berlainan dan bridge tidak mampu untuk
membuat pengasingan protokol tersebut. Sekiranya kita dapat asingkan protokol-protokol ini
daripada stesyen yang tidak menggunakannya, maka prestasi rangkaian ini dapat
ditingkatkan. Malangnya pengasingan ini tidak boleh dilakukan kerana semua stesyen
menggunakan sistem Unix untuk mail dan capaian Internet. Oleh itu bridge tidak dapat
membantu situasi ini.

Dalam rangkaian Contoh 3, situasinya lebih kurang serupa seperti Contoh 2. Perbezaannya
hanyalah rangkaian ini menggunakan beberapa protokol yang serupa. Jika kita pasangkan dua
bridge, seperti Rajah 5.10, kita boleh wujudkan tiga collision domain. Ini akan mengasingkan
kedua-dua kumpulan dan mengasingkan trafik fail dan cetak daripada server mail. Pada
keseluruhannya, bridge sangat sesuai dugunakan untuk meningkatkan keupayaan trafik dalam
rangkaian ini.

35
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 36

MS 2000 Server MS 2000 Server (Mail


MS 2000 Server
Server)

Bridge Bridge
Hub Hub

IBM Compatible

IBM Compatible IBM Compatible


IBM Compatible

Rajah 1.22 Rekabentuk bridge untuk rangkaian Contoh 3

Memantau Trafik Dalam Rangkaian Mengandungi Bridge

Walaupun bridge mempunyai kelebihannya, tetapi ia mempunyai satu kekurangan iaitu jika
anda cuba untuk memantau keadaan rangkaian dengan peralatan network analyzer, bridge
akan menghalang (block) pemantauan ini. Peralatan network analyzer perlu mengesan setiap
frame untuk mengumpulkan statistik. Apabila terdapat bridge dalam rangkaian, maka
pandangan kita adalah terhad pada collision domain yang dihubungkan sahaja. Jika satu
bridge dipasangkan dalam rangkaian, anda akan memerlukan dua network analyzer dan
setiap network analyzer perlu dihubungkan kepada collision domain yang berasingan.

SWITCH

Switch adalah gabungan teknologi hub dan bridge. Switch mempuyai rupabentuk yang serupa
seperti stackable hub, iaitu ia mempuyai beberapa bilangan penyambung RJ-45. Switch
berfungsi seolah-olah ia dibina dengan mempunyai bridge kecil pada setiap portnya. Switch
akan sentiasa mengesan alamat MAC pada setiap portnya dan mengarahkan laluan (route)
trafik tertentu kepada alamat port tertentu sahaja.

Rajah 5.11 menunjukkan persekitaran rangkaian yang menggunakan switch. Switch ini akan
mengingati lokasi setiap stesyen apabila ia telah melakukan transmisi frame data (seperti
fungsi bridge). Dengan andaian bahawa ini telah berlaku, dan katakan pada masa yang sama
stesyen 1 hendak menghantar data ke server 1, stesyen 2 hendak menghantar ke server 2 dan
stesyen 3 pula hendak menghantar data ke server 3.

36
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 37

Ada sesuatu yang menarik dalam situasi ini. Pertama sekali ialah setiap kabel hanya
menyambungkan switch dan stesyen yang berhubungan dengannya. Ini bererti bahawa setiap
collision domain adalah terhad kepada dua peranti ini sahaja; kerana setiap port pada switch
tersebut bertindak seperti bridge. Trafik yang dapat dilihat oleh stesyen dan server hanyalah
frame yang dihantar kepada mereka atau alamat yang disiarkan (broadcast) sahaja. Kesannya
ialah ketiga-tiga stesyen 1, 2 dan 3 akan dapat transmit dengan serta merta kerana stesyen-
stesyen ini hanya nampak sebahagian kecil sahaja trafik rangkaian tersebut. Ini adalah satu
ciri yang akan dapat meningkatkan bandwidth.

Oleh kerana setiap collision domain adalah terhad kepada dua peranti (switch dan sistem
yang disambung) sahaja, maka kita boleh mengelakkan sebarang perlanggaran isyarat
daripada berlaku jika kita dapat mengelakkan transmisi kedua-dua sistem ini daripada
bertindan di antara satu sama lain.

Server 2

Server 1 Server 3

Switch

Stesyen 3
Stesyen 1

Stesyen 2

Rajah 1.22 : Switch disambung kepada tiga stesyen dan tiga server

Teknologi VLAN

Switching memperkenalkan satu teknologi dikenali sebagai virtual local area network
(VLAN). Perisian yang dipasang dalam switch membolehkan kita membina parameter untuk
menyambungkan sistem secara secara workgroup (dikenali sebagai kumpulan-kumpulan
VLAN), tetapi bukan secara lokasi fizikalnya. Pentadbir switch akan menguruskan transmisi
antara port secara logikal supaya kumpulan sambungan dapat diwujudkan mengikut
keperluan pengguna. Bahagian yang “virtual” itu adalah kumpulan-kumpulan VLAN ini
boleh merangkumi beberapa segmen rangkaian. Dengan mengumpukkan semua port pada
switch, yang disambung kepada semua PC yang digunakan oleh staf pentadbiran dalam
kumpulan VLAN yang sama, satu rangkaian pentadbiran yang virtual telah tercipta.

37
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 38

Mari kita kaji secara terperinci mengenai VLAN melalui contoh berikut. Mari kita perhatikan
rangkaian yang melibatkan beberapa tingkat dalam sebuah bangunan. Rajah 5.12
menunjukkan satu organisasi yang mengisi beberapa ruang tingkat dalam satu bangunan. Jika
setiap tingkat bangunan ini menempatkan jabatan yang berlainan, maka rekabentuk rangkaian
yang terhasil adalah dibina oleh beberapa switch, yang ditempatkan di setiap tingkat,
disambungkan kepada backbone rangkaian.

Tingkat 3

Tingkat 2

Tingkat 1

Rajah 1.23 Rangkaian yang menggunakan switch yang disambung


kepada backbone

Malangnya situasi dimana setiap workgroup dapat ditempatkan di tingkat yang tertentu
adalah mustahil. Oleh kerana itu workgroup, Sokongan, Jualan, dan Pemasaran, akan terdapat
bertaburan disetiap tingkat bangunan tersebut, maka broadcast rangkaian perlu dipanjangkan
ke semua sudut rangkaian kerana pengguna yang berkenaan boleh berada di mana-mana
lokasi dalam rangkaian berkenaan. Ini akan menyebabkan trafik rangkaian sangat sebok. Jika
kita gunakan VLAN untuk segmen rangkaian, trafik rangkaian akan dapat ditumpukan
kepada setiap workgroup sahaja, walaupun workgroup ini berada di merata tempat di dalam
bangunan. Dengan cara ini kita dapat mengasingkan trafik untuk menghasilkan keupayaan
trafik yang lebih cepat. Rujuk Rajah 5.13 yang menunjukkan bagaimana pengguna
diasingkan dalam kumpulan VLAN masing-masing.

38
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 39

Tingkat 3

Tingkat 2

Tingkat 1

Rajah 1.24 Satu rangkaian yang besar menggunkan beberapa VLAN untuk
mengasingkan trafik rangkaian

ROUTER

Router adalah peranti multi-port yang membuat keputusan terhadap bagaimana hendak
menguruskan kandungan frame, berdasar kepada protokol dan alamat rangkaian. Untuk
pemahaman yang lebih lanjut kita perlu tahu apa itu protokol dan bagaimana protokol
berfungsi.

Setakat ini, kita telah menggunakan alamat media access control (MAC), yang ditetapkan
pada setiap peranti rangkaian, untuk membolehkan kita berkomunikasi. Sistem telah
menggunakan nombor (alamat) ini untuk menghubungi sistem lain dan transmit maklumat.
Masalah yang timbul dengan menggunakan kaedah komunikasi seperti ini adalah apabila
terdapat terlalu banyak sistem yang berkomunikasi dalam rangkaian berkenaan. Katakan
dalam situasi dimana terdapat rangkaian dengan 2,000 sistem yang perlu berkomunikasi di
antara satu sama lain, bagaimana keadaannya? Anda akan dapati terdapat 2,000 sistem yang

39
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 40

akan bersaing untuk mendapatkan bandwidth dari satu rangkaian Ethernet. Walupun anda
gunakan switching, bilangan frame yang di broadcast akan akhirnya sampai ke satu tahap
yang akan melambatkan rangkaian. Maka di sinilah protokol seperti IP dan IPX boleh
membantu.

Protokol Rangkaian

Protokol rangkaian adalah satu set peraturan komunikasi yang menyediakan kaedah-kaedah
untuk mengumpulkan sistem-sistem rangkaian dalam satu kawasan tertentu dan
menggunakan pendawaian yang sama. Untuk menandakan bahawa mereka adalah
sebahagian dari kumpulan tertentu, setiap sistem ini akan diberikan alamat protokol
rangkaian dengan awalan (prefix) yang sama.

Alamat rangkaian adalah menyerupai poskod surat. Katakan sesaorang menghantar sepucuk
surat beralamat : Aminah, 7 Jalan Raja Ekram. Di sebuah bandar yang kecil, surat ini
berkemungkinan akan sampai ke destinasinya (seperti menggunakan alamat MAC dalam
LAN).

Jika surat tersebut dipos dalam bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Baharu, pejabat
pos tiada panduan kemana hendak dihantar surat tersebut. Tanpa poskod, surat tersebut
mungkin tidak dapat di hantar. Poskod ini merupakan satu kod yang menetukan kawasan.
Posmen yang memproses surat tersebut tidak perlu tahu dimana Jalan Raja Ekram itu.
Mereka hanya perlu menghantar surat tersebut ke pejabat pos yang menguruskan poskod
tersebut. Terpulanglah kepada posmen di pejabat pos ini untuk menghantar surat ke alamat
penerima.

Alamat protokol rangkaian beroperasi hampir sama dengan surat tersebut. Satu peranti
pengesan protokol akan menambah alamat rangkaian peranti yang menerima, kepada medan
data dalam frame yang hendak dihantar. Ia juga merekodkan alamat rangkaiannya sendiri,
jika sekiranya sistem-remote perlu membalas (reply).

Disinilah router memainkan perananya. Router adalah satu peranti pengesan protokol yang
menyenggara satu jadual setiap rangkaian yang wujud. Ia akan menggunakan jadual ini untuk
membantu menghantar maklumat ke destinasi terakhir.

40
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 41

Contoh Rangkaian dengan Router

Anggapkan anda mempunyai satu sistem rangkaian seperti dalam Rajah 5.14 dan Sistem B
hendak transmit maklumat kepada Sistem F.

Rangkaian 1 Rangkaian 2 Rangkaian 3

Sistem A Sistem C Sis tem E

Router P Router Q

Sistem B Sistem D Sis tem F

Rajah 1.25 Contoh rangkaian menggunakan router (routed network)

Sistem B akan membandingkan alamat rangkaiannya dengan Sistem F. Jika sepadan, Sistem
B akan menganggap sistem itu adalah sistem tempatan (local) dan terus akan hantar
maklumat. Jika alamatnya berbeza, Sistem B akan broadcast pertanyaan route request jika
ada sistem lain dalam segmennya (Rangkaian 1) yang tahu bagaimana hendak ke destinasi
sistem rangkaian berkenaan (Rangkaian 3). Route request ini amatlah penting untuk meminta
tunjuk arah.

Oleh kerana Router P adalah router, ia menyenggara jadual-jadual bagi semua rangkaian.
Router P tahu bahawa untuk menghantar maklumat kepada Rangkaian 3, ia hanya perlu
menghantar maklumat itu kepada Router Q. Dengan itu Router P pun menghantar maklumat
ini kepada Sistem B sebagai menjawan route requestnya. Dari jawapan ini, Sistem B
menganggapkan bahawa Router P adalah laluannya, maka Sistem B pun menambahkan
maklumat Sistem F (alamat rangkaian dan MAC) kepada data dan mencipta satu frame
menggunakan alamat MAC Router P sebagai destinasinya. Ini dilakukan kerana Sistem B
menganggap bahawa Router P akan menghantarkan kirimannya ke Rangkaian 3.

41
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 42

Apabila Router P menerima frame tersebut, ia akan menjalankan semakan CRC untuk
mempastikan kesahihan data berkenaan. Jika frame nya OK, ia akan mengoyakkan bahagian
header dan trailer pada frame tersebut. Kemudian ia akan mencipta satu frame baru ke atas
data berkenaan, iaitu mencipta CRC baru dengan manambahkan alamat MACnya kepada
alamat sumber dan memasukkan alamat Router Q dalam medan destinasinya.

Router P telah mencipta satu frame baru pada peket tersebut dan menghantarnya kepada
Router Q. Router P tidak tahu Sistem F ini berada dimana, cuma ia tahu bagaimana hendak
ke Rangkaian 3 iaitu melalui Router Q. Router Q terima frame berkenaan dan ia menyemak
CRC dan membuka header dan trailer.

Router Q sedar bahawa Sistem F berada dalam sambungan tempatan (mereka bersama
bersambung dalam Rangkaian 3). Router Q pun mencipta satu frame baru pada peket
berkenaan dan terus menghantar frame itu kepada Sistem F.

Bandingan Bridge dengan Router

Berikut adalah jadual membandingkan kawalan trafik rangkaian pada Lapisan Pautan Data
(Bridge dan Switch) dan kawalan trafik pada Lapisan Rangkaian (Router).

Bridge (Switch) Router


Semua port menggunakan alamat Semua port tidak menggunakan alamat
rangkaian yang sama rangkaian yang sama.
Membina jadual berdasarkan alamat Membina jadual berdasarkan alamat
MAC rangkaian
Mengasingkan trafik berdasarkan Mengasingkan trafik berdasarkan
maklumat MAC maklumat host atau rangkaian

Menghantar broadcast trafik Menghalang (block) broadcast trafik

Menghantar trafik ke alamat yang tidak Menghalang trafik ke alamat yang tidak
diketahui diketahui

Tidak ubahsuai frame Mencipta header dan trailer baru

Boleh menghantar trafik berdasarkan Sentiasa perlu beratur dalam trafik


kepada frame header sebelum boleh menghantar

42
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 43

5.8 REPEATER

Repeater adalah sebuah peranti yang mempunyai dua port penguat isyarat. Ia digunakan
dalam topologi BAS untuk memanjangkan sambungan kabel rangkaian yang melebihi dari
had maksima yang dibenarkan. Kekuatan isyarat akan semakin menyusut apabila ia melalui
kabel yang panjang, sekiranya ia melebihi dari had yang dibenarkan kemungkinan isyarat
tersebut akan terus menyusut dan hilang. Repeater akan menerima isyarat digital dari salah
satu portnya kemudian menguatkan isyarat tersebut sebelum menghantar isyarat tersebut
keluar.

Contoh: Stereo Amplifier di rumah di mana isyarat dari pemain CD, atau pemain Kaset akan
memasuki amplifier, isyarat tersebut kemudian dikuatkan sebelum dihantar keluar ke
pembesar suara.

AMPLIFIER
Pemain Kaset

REPEATER

Rajah 1.26 Menunjukkan fungsi repeater sebangai penguat isyarat hampir


sama dengan sistem stereo di rumah

Repeater akan menguatkan dan mengulang semula apa saja isyarat yang diterima sebelum ia
dihantar keluar. Repeater tidak melihat pada kualiti data sebaliknya ia hanya melihat denyut
data digital secara individu dan terus menguatkannya. Ia tidak mempunyai kepintaran
memilih data. Sekiranya isyarat tersebut mengandungi frame data yang tidak baik atau
hingar, ia juga turut dikuatkan.

Kenapa Repeater Diperlukan?

Repeater adalah satu alat yang murah dan efektif untuk memanjangkan kabel rangkaian.
Sebagai contoh, panjang yang maksima dibenarkan bagi satu kabel sepaksi (thinnet) dalam
rangkaian ialah 600 kaki. Dengan menggunakan repeater, kabel ini boleh dipanjangkan
sehingga 1200 kaki. Sekiranya menggunakan banyak repeater, jaraknya boleh diperluaskan
lagi hingga ke jarak maksima dalam topologi rangkaian yang ada.

43
Pengenalan Rangkaian Komputer F 3017 / Unit 1 / 44

Contoh : Satu rangkaian Ethernet 10Mbps mempunyai jarak sejauh 3000 kaki. Maka ia
memerlukan tidak kurang lima thinnet repeater untuk memenuhi jarak rangkaian tersebut.

Memilih Repeater

Apabila hendak memilih repeater, pastikan bahawa pada setiap port terdapat lampu-lampu
untuk transmit dan jam. Lampu-lampu ini adalah jenis LED yang memantau operasi repeater.
a) Lampu transmit adalah untuk menunjukkan bahawa isyarat trafik dikesan pada
port.
b) Lampu jam adalah untuk menyatakan jika berlaku pelanggaran atau berlaku
kerosakan pada kabel.
c) Jika lampu jam berkedip-kedip dengan laju, maka ini menunjukkan bahawa
dua frame telah berlanggar.
d) Jika lampu jam berterusan menyala, ini menunjukkan terdapat kerosakan pada
kabel.
Lampu-lampu ini adalah berupa sebagai alat mengesan kerosakan penyambungan. Rajah 5.15
menunjukkan contoh repeater rangkaian yang biasa.

44

You might also like