You are on page 1of 12

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK 1

JALAN SULTAN YAHYA PETRA


54100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PROGRAM / AKTIVITI


SESI : 2017

1. Program / Aktiviti

Perkhemahan Unit Beruniform 2017

2. Unit Kurikulum / Hal Ehwal Murid / Kokurikulum

Unit Kokurikulum

3. Jawatakuasa / Kelab / Persatuan / Badan Beruniform

Badan Beruniform

4. Tarikh

6, 7 dan 8 Oktober 2017

5. Hari / Masa

Jumaat – Ahad
( 3 Hari 2 Malam )

6. Tempat

Nur Lembah Pangsun Eco Resort (NLP),


Hulu Langat, Selangor.

7. Sasaran

Ahli Unit Beruniform Tahun 4, 5 dan 6 SK Padang Tembak 1

8. Perasmi / Tetamu Jemputan / Penceramah

1
Puan Siti Norma bt. Abdullah
9. Pengenalan

Perkhemahan ini merupakan salah satu aktiviti Ko-Kurikulum yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
murid selaras dengan matlamat Ko-kurikulum sekolah. Lokasi yang dipilih merupakan tempat yang sesuai untuk semua
aktiviti yang dirancangkan.Perkhemahan ini di adakan bagi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.Penganjuran aktiviti ini
dapat membantu menerapkan ciri pendidikan yang bukan sahaja bertunjangkan kepada peperiksaan semata-mata tetapi
juga dari aspek kehidupan sebenar.Perkhemahan seperti ini sewajarnya diadakan untuk memantapkan perkembangan
dan peningkatan dalam pembangunan aktiviti sekolah.

10. Rasional

Memberi pendedahan serta gambaran kepada peserta mengenai perkhemahan di samping menambah
pengetahuan dari aspek pengurusan berkumpulan serta pendidikan kepada peserta untuk meningkatkan kecergasan
mental dan fizikal.Pelaksanaan program ini berasionalkan pendidikan agar murid dapat merealisasikan aspek
pembelajaran yang telah dijalankan sepanjang aktiviti kokurikulum di sekolah.

11. Objektif

1. Memberi pendedahan tentang perkhemahan kepada semua ahli unit beruniform.


2. Mengeratkan silaturrahim antara ahli unit beruniform.
3. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepimpinan, kerjasama dan memupuk semangat toleransi.
4. Memupuk semangat rajin, berdikari, yakin diri serta kerjasama di kalangan peserta perkhemahan.
5. Meningkatkan disiplin diri serta tanggungjawab peserta perkhemahan.
6. Melahirkan semangat setia kawan serta persefahaman dalam kumpulan.
7. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif
8. Mewujudkan golongan murid yang sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.

12. Jaringan / Jalinan

Membentuk kesinambungan disiplin yang lebih berkesan di dalam diri ahli unit beruniform selaras dengan
matlamat/objektif aktiviti perkhemahan ini diadakan.Secara holistik, dapat membentuk nilai-nilai murni dalam sahsiah
murid-murid ketika berinteraksi dengan rakan-rakan dan masyarakat di luar lingkungan sekolah.

2
13 Kerangka Konsep

3
14 Ahli Jawatankuasa Induk

JAWATANKUASA INDUK

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2017

SK PADANG TEMBAK 1, KUALA LUMPUR

Nama Aktiviti : Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2017 ,SK Padang Tembak 1
Tarikh : 6, 7 dan 8 Oktober 2017
Hari : Jumaat hingga Ahad (3 Hari 2 Malam )
Tempat : Nur Lembah Pangsun Eco Resort (NLP),
Hulu Langat, Selangor.
Bilangan Peserta : 40 orang
Bilangan Guru Pengiring : 10 orang
1. En. Nadzrolizam b. Nazir
2. En. Syahmin b. Zainal Abidin
3. En. Mohd Shaiful Rizal b. Ramlan
4. En. Khairil Azmin b. Md. Nor.
5. Pn. Noriza bt. Muhamad
6. Pn. Sara bt. Ahmad Termizi.
7. Abas b. Kasim
8. Cik Farah Najwa bt. Mat Rashid
9. Pn. Julaili bt. Ngah
10. Cik Mahalaxmi Diandra a/p M.Selvaraja.

Penasihat : Pn. Siti Norma bt. Abdullah


(Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Sara bt. Termizi


(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha Perkhemahan : En. Nadzrolizam b. Nazir


Naib Setiausaha : En. Syahmin b. Zainal
Bendahari : Cik Farah Najwa bt Mat Rashid
Kem Komandan : En. Muhammad Khairil Azmin b. Md Noor
Timbalan Kem Komandan : Cik Mahalaxmi Diandra a/p M.Selvaraja

4
15 Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengangkutan : En. Hazman b. Hussin


En. Syahmin b. Zainal Abidin

Peralatan : En. Shaiful Rizal b. Ramlan (Khemah)


En. Abas b.Kasim (Khemah)
En. Muhammad Khairil Azmin b. Md Noor (PA Sistem)
Pn. Zalina bt. Jamil (Memasak)
En. Nadzrolizam b. Nazir
En. Hazman b. Hussin

Disiplin & Keselamatan : Semua guru pengiring

Aktiviti : Pn. Zalina bt.Jamil


Pn. Rosnah bt.Remly
Pn. Noriza bt.Muhamad
En. Shaiful Rizal b. Ramlan
En. Nadzrolizam b. Nazir
En.Abas b. Kasim
Pn. Shila bt.Zainal
En. Syahmin b. Zainal Abidin

Kebajikan &
Pertolongan Cemas : En. Abas b. Kasim

Pendaftaran : Pn. Noriza bt.Muhamad


En. Nadzrolizam b. Nazir

Makanan : Pn. Zalina bt.Jamil


Pn. Rosnah bt.Remly
Pn. Marina Begum bt. M. Kamal Batcha
Pn. Noriza bt.Muhamad
Pn. Julaili bt.Ngah
Cik Nur Izzati bt.Salleh

Kerohanian & Ibadat : En. Hazman b. Hussin

Hadiah & Sijil : Pn. Julaili bt. Ngah


Pn. Marina Begum bt. M.Kamal Batcha
5
Pn. Shila bt. Zainal
Jurufoto : En. Mohd Nasran b. Hussin
En. Azmajisham b. Nor
Cik Nur Izzati bt.Salleh

Laporan & Dokumentasi : En. Nadzrolizam b. Nazir


En. Syahmin b. Zainal Abidin

BIDANG TUGASAN AHLI JAWATAN KUASA

Kem Komandan

1. Menjadi ketua sepanjang perkhemahan dijalankan.


2. Bertanggungjawab terhadap semua peserta perkhemahan dan guru yang terlibat.
3. Memastikan semua aktiviti perkhemahan berjalan seperti yang dirancangkan.

Pengangkutan

1. Menguruskan pengangkutan peserta perkhemahan pergi dan balik sepanjang aktiviti di jalankan.
2. Memastikan keselamatan semua peserta perkhemahan semasa pergi dan balik .
3. Memastikan kenderaan yang digunakan dalam keadaan yang baik demi keselamatan peserta perkhemahan.

Peralatan

1. Memastikan jumlah khemah mencukupi dengan bilangan peserta.


2. Memastikan setiap alatan mencukupi untuk semua aktiviti.
3. Menyediakan semua keperluan perkhemahan.
4. Menyediakan alatan untuk memasak.
5. Menyediakan semua peralatan untuk aktiviti.
6. Memastikan peralatan yang di bawa mencukupi ( pergi dan balik ).
7. Memastikan peralatan berada dalam keadaan seperti sediakala(pergi dan balik)
8. Sentiasa memantau dan prihatin dalam memastikan keperluan alatan semasa.

9. Berhubung dengan jawatankuasa lain yang memerlukan alatan.

6
Disiplin & Keselamatan

1. Memastikan peserta mematuhi arahan ketua dan guru.


2. Memastikan peserta mengikuti semua aktiviti yang dijalankan.
3. Memastikan peserta tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.
4. Memastikan peserta tidak membawa atau memakai barang kemas.
5. Memastikan peserta lelaki tidak memasuki kawasan perempuan dan sebaliknya.
6. Memastikan peserta tidak membawa barang berharga dan merbahaya.
7. Memastikan keselamatan dan ketenteraman peserta dalam khemah dan sepanjang perkhemahan.
8. Menyediakan jadual tugasan keselamatan sepanjang perkhemahan.
9. Memastikan peserta menepati masa.
10. Memastikan kawasan serta alatan yang digunakan sepanjang melakukan aktiviti berada dalam keadaan yang betul-
betul selamat.
11. Sentiasa peka dengan sebarang kejadian.
12. Memastikan alatan kecemasan dibawa sentiasa dan mencukupi.
13. Memastikan mempunyai talian-talian utama yang berkaitan dengan keselamatan.
14. Sentiasa memantau perkembangan pelajar dari semasa-ke semasa
15. Bertindak dalam keadaan yang segera dan betul jika berlaku sesuatu kejaadian.

Aktiviti

1. Merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang perkhemahan.


2. Memastikan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti.
3. Memastikan peralatan untuk setiap aktiviti mencukupi dan selamat digunakan.
4. Memastikan setiap aktiviti dijalankan mengikut jadual.
5. Memastikan aktiviti berbentuk pertandingan dijalankan dengan baik dan adil.
6. Memastikan aktiviti yang dirancang dan dijalankan sesuai dan selamat.
7. Mempunyai dan merancang pelan B jika sesuatu aktiviti dirancang tidak dapat dijalankan sekiranya terdapat
masalah yang tidak dapat dielakkan.
8. Merancang dan memastikan aktiviti yang dijalankan menarik dan mencapai objektif perkhemahan.
9. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk alatan yang diperlukan.

Kebajikan & Pertolongan Cemas

1. Menjaga kebajikan peserta sepanjang perkhemahan.


2. Memberikan rawatan kepada peserta yang kurang sihat atau sakit.
3. Menghantar peserta yang sakit ke klinik atau hospital.
4. Menghubungi ibu bapa peserta sekiranya berlaku kemalangan yang serius.
5. Membawa peti kecemasan atau ubat-ubatan
6. Memastikan segala keperluan kecemasan mencukupi untuk sepanjang perkhemahan.

7
Pendaftaran

1. Memastikan semua peserta mendaftarkan diri sebelum menyertai perkhemahan


2. Membuat agihan peserta kepada kumpulan aktiviti dan khemah
3. Memastikan bilangan peserta sentiasa mencukupi pergi dan balik.
4. Bertanggungjawab sepenuhnya di atas maklumat peserta
5. Sentiasa memantau perkembangan jumlah pelajar dari semasa ke semasa.
6. Menyediakan fail perkhemahan yang mencukupi untuk peserta.

Makanan

1. Menyediakan segala peralatan memasak dan bahan makanan yang diperlukan sepanjang aktiviti perkhemahan
dijalankan.
2. Memastikan makanan yang mencukupi sepanjang aktiviti perkhemahan berlangsung.
3. Menyediakan makanan dan minuman kepada semua peserta perkhemahan.
4. Memastikan makanan di dalam keadaan yang baik dan bersih.

Kerohanian & Ibadat

1. Memastikan semua peserta bersembahyang secara berjemaah.


2. Memastikan semua peserta menyertai aktiviti yang berkaitan.
3. Mengadakan slot muhasabah diri atau ceramah.

Hadiah & Sijil

1. Menyediakan hadiah kepada pemenang-pemenang.


2. Menyediakan sijil-sijil kepada semua peserta dan guru.
3. Mendapatkan senarai pemenang bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
4. Menyediakan anggaran belanjawan untuk hadiah dan sijil.
5. Berhubung dengan AJK berkenaan untuk maklumat semasa.

Jurufoto

1. Memastikan segala peralatan fotografi dapat disediakan dengan cukup sepanjang aktiviti perkhemahan
berlangsung.
2. Merakam segala aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan.
3. Menyerahkan semua foto aktiviti kepada jawatan kuasa laporan dan dokumentasi selepas program perkhemahan
berakhir.

Laporan & Dokumentasi

1. Mengumpul segala maklumat dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program perkhemahan.
2. Berhubung dengan semua jawatan kuasa untuk memperoleh maklumat yang diperlukan.

8
3. Membuat laporan dan dokumentasi akhir sepanjang program perkhemahan untuk diserahkan kepada pentadbiran
dan jabatan.
16. Anggaran Perbelanjaan / Belanjawan

Pendapatan Jumlah Perbelanjaan Perincian Jumlah


PCG UNIT RM 2,500 BAYARAN 2 ORANG RM300 X 2 RM 600
KOKURIKULUM FASILITATOR FASILITATOR
YURAN RM 100/ MURID RM 4,000 MAKAN DAN 40 PESERTA RM 45 X 40 RM 2,250
PENYERTAAN (40 ORG MURID) MINUM ORANG
PENGANGKUTAN 1 BUAH BAS RM1,000 RM 1,000
(PERGI/BALIK)
SEWA TAPAK & 50 PESERTA RM 10 X 50 RM 500
FASILITI ORANG
AKTIVITI NIGHT WALK RM10 X 50 RM 500
& JUNGLE ORANG
TREKKING
KAIN RENTANG 1 UNIT RM 100
PONDOK & 2 UNIT RM 100 X 2 RM 200
CHALET CHALET
2 UNIT RM 50 X 2 RM 100
PONDOK
BELANJA RUNCIT RM 300
KECEMASAN UBAT-UBATAN RM 150
T-SHIRT RM15X 40 RM 600
PERKHEMAHAN
HADIAH RM 200
JUMLAH RM 6,500 JUMLAH RM6, 500

17. Tentatif Program

9
18. Penutupan

10
Pengelolaan aktiviti perkhemahan ini adalah satu aktiviti yang amat diperlukan untuk memberi pendedahan
awal kepada para murid bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan yang akan datang.Semoga dengan adanya
aktiviti seperti ini di harap mampu memberi keyakinan dan ketabahan serta sikap mampu berdikari di kalangan murid.
Sehubungan dengan itu juga,diharapkan aktiviti ini mampu mendidik murid betapa pentingnya hubungan silaturrahim
dan perpaduan di kalangan masyarakat untuk menjamin keharmonian dan kemakmuran.

Disediakan oleh, Disemak dan disokong oleh,

(En.Nadzrolizam b. Nazir) (Pn. Sara bt. Ahmad Termizil)


Setiausaha Perkhemahan Guru Pen. Kanan Kokurikulum
Unit Beruniform 2017, SK Padang Tembak 1, KL
SK Padang Tembak 1, KL.

Tarikh : _______________ Tarikh : _______________

Diluluskan oleh,

(Pn. Siti Norma bt. Abdullah)


Guru Besar
SK Padang Tembak 1,KL

Tarikh : _______________

11
12

You might also like