Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan
Mengikut Dictionary of psychology(1993) , Perbezaan individu dihuraikan sebagai “ variasi
atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi,
fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat, dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan
individu dalam sesuatu kumpulan”.Huraian ini menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik
dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Perbezaan individu ini boleh dihayati daripada beberapa huraian aspek perbezaannya.
Terdapat 6 aspek yang terlibat dalam perbezaan individu iaitu aspek fizikal, aspek kognitif, aspek
emosi, aspek tingkah laku,aspek sosial, dan aspek rohani. Tugasan kami adalah untuk
mengklasifikasi 3 bentuk tubuh badan. Wiliam Sheldon telah mengklasifikasikan tiga set
personality dankebolehan fizikal terutama dalam sukan. Tiga bentuk somatotaip tersebut ialah:
Endomorf
Mesomorf
Ektomorf
Dalam ketiga-tiga somatotaip ini,masing-masing mempunyai kelebihan dan potensi dalam
aktiviti fizikal dan sukan yang diceburi oleh mereka. Yang penting, latihan yang berkesan dan
berterusan serta cara hidup yang sihat perlu dititikberatkan agar potensi yang sedia ada tidak
disia-siakan.
Endomorf
Jenis tubuh badan ini merupakan bentuk badan yang gemuk dan bulat Selalunya mereka
yang memiliki bentuk badan seperti ini akan merasa gusar tentang dirinya. Ada juga dikalangan
mereka yang mengalami masalah obesiti. Dengan keadaan fizikal yang berisi membuatkan
pergerakan mereka terbatas dan menghalang kelincahan diri mereka. Mereka yang memiliki tubuh
seperti ini tidak tegap dan berada dalam keadaan tidak stabil dan juga kelihatan dalam keadaan
lembik.
Jika mereka tidak gemuk sekalipun, rangka badannya agak lebar dan besar serta rendah.
Bagi aspek personaliti, individu jenis ini dikatakan sebagai seorang periang, suka bergaul, kuat
makan dan ekstrovet.
Rajah 1.0 Bentuk badan endomorf
Ciri-Ciri Perwatakan
Kelihatan lebih besar dengan lebihan lemak terutamanya di sekitar pinggang, peha dang
punggung.Selain itu, rangka badan juga besar dengan pergelangan tangan dan kaki besar lebih
dari kebiasaan. Selalunya mereka bersikap tawar hati dan mudah kecewa serta putus asa dalam
melakukan sesuatu perkara.Jumlah kalori dalam badan juga tinggi disebabkan kalori yang
terkumpul kerana kurang bersenam. Cabaran paling besar dalam hidup mereka ialah untuk
menghilangkan berat badan mereka kerana diet mereka yang tidak dapat dikawal.
Kadangkala,orang luar akan memikirkan mereka sentiasa cergas namun mereka tidak akan
bersetuju dengan pendapat tersebut.Apabila mereka melihat cermin, mereka akan selalu berkata
bahawa bentuk badan mereka seperti buah pear kerana mereka kelihatan lebih bulat terutamanya
di bahagian bawah.Mereka akan selalu lapar pada setiap ketika terutamanya selepas membuat
sesuatu kerja yang mengeluarkan peluh.Selain itu juga, kemurungan sering kali menghantui
mereka terutamanya apabila memikirkan tentang berat badan dan persaingan.
Rajah 1.1 Bidang sukan yang diceburi oleh badan jenis endomorf
Mesomorf
Mesomorf merupakan individu yang kebanyakannya berkecendurangan dalam bidang
sukan sebagai atlet. Mereka mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat. Mereka tidak
mengalami masalah berat badan berlebihan ataupun masalah kekurangan berat badan. Mereka
boleh makan apa sahaja yang diingini tanpa telalu risau mengenainya.
Individu mesomorf mempunyai bentuk badan tegap semulajadi tetapi mereka perlu
melakukan senaman latihan yang sewajarnya untuk mengekalkan dan menambah baik bentuk
badan mereka. Latihan yang keras boleh dilakukan selalu ataupun bagi suatu sesi yang lama bagi
mereka, tetapi haruslah dilakukan secara berhati-hati dan tidak melebihi daripada sepatutnya
kerana dikhuatiri akan memudaratkan tubuh badan. Anda perlu melakukan latihan bebanan
secara bersederhana serta tidak berehat terlalu lama bagi setiap set. Anda akan dapat lihat di
mana otot anda akan terbina dengan mudah.
Rajah 2.0 Bentuk badan mesomorf
Ciri-Ciri Perwatakan
Kebiasaannya mereka yang mesomorf adalah terdiri di kalangan mereka yang sering
bekecimpung dalam bidang sukan ataupun lebih dikenali sebagai atlit. Hal ini mereka memiliki
keistimewaan fizikal berbanding individu endomorf dan ektomorf. Keistimewaan dan kelebihan
tersebut membolehkan mereka sering mencapai kejayaan dalam bidang sukan. Antara
keistimewaan fizikal individu mesomorf ialah mereka mempunyai otot badan yang sasa, kelihatan
matang daripada umur sebenar, kulit yang kasar dan mempunyai postur badan yang tegap atau
lurus. Selain daripada mudah untuk membina otot, mereka juga mudah mengurangkan serta
menambah berat badan mereka bagi satu tempoh masa yang singkat. Secara lazimnya, individu
lelaki mesomorf memiliki bentuk badan jenis segi empat bujur manakala si wanitanya memiliki
bentuk badan jenis ”hourglass”.
Para atlit yang mempunyai bentuk badan jenis mesomorf boleh memberikan tindakbalas
yang baik bagi sebarang bentuk latihan samada latihan kardiovaskular ataupun latihan berbentuk
halangan. Tambahan pula, mereka dapat mengekalkan tahap rendah lemak badan mereka.
Selain itu juga, semua kumpulan otot mereka boleh digunakan untuk memperolehi kesan latihan
yang positif. Walaupun individu mesomorf boleh menambah dan mengurangkan berat badan
dengan mudah, namun ianya tetap bergantung kepada sukan yang diceburinya.
Rajah 1.1 Bidang sukan yang diceburi oleh badan jenis mesomorf
Ektomorf
Individu yang memiliki badan ektomorf adalah kurus, tinggi dan pergerakannya
berkemungkinan agak perlahan dan lembut. Individu ini berangka kecil tetapi tinggi. Mereka
selalunya dikaitkan dengan gaya lembik dan berkelihatan kurus. Penampilan dirinya seakan
kurang mature dan tidak meyakinkan. Emosi pula mudah tidak stabil dan sering kelam kabut
dalam tindakannya. Mereka juga mudah diselubungi oleh kemurungan dan kurang tahan dengan
tekanan. Mereka juga kurang aktif dan pesimistik dalam tindakan.
Rajah 3.0 Bentuk badan ektomorf
Ciri-Ciri Perwatakan
Individu yang mempunyai badan ektomorf. ciri -ciri bentuk badan ini ialah tangan dan kaki
yang kurus, lemak yang sedikit,bahu , punggung , dada dan abdomen yang berbentuk sederhana.
ciri - ciri ini jelas menunjukkan mereka yang berbentuk badan ini mampu menyertai acara sukan
seperti larian jarak jauh , lompat tinggi , aktiviti berbasikal dan acara triatlon. umum mengetahui ,
acara lompat tinggi memerlukan mereka yang mempunyai otot yang tinggi dan ringan untuk
membuat kuasa ketangkasan dan mudah untuk mengangkat badanya. oleh itu, kelebihan ini lebih
tertumpu kepada mereka yang mempunyai bentuk badan ektomorf ini. namun begitu mereka
tidak sesuai untuk acara ice hockey goalie, weightlifter, and hammer thrower.
Rajah 1.1 Bidang sukan yang diceburi oleh badan jenis ektomorf