You are on page 1of 9

Unit Disiplin SKPB PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG


SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR BESAR
73420 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

BAB 1 RAMBUT 1.1 Semua murid mestilah mengurus rambut dengan kemas.
1.2 Bagi pelajar lelaki, panjang rambut mestilah tidak melebihi cuping telinga bagi
di sisi, tidak mengenai kolar baju bagi belakang dan tidak melebihi kelipat
kening bagi di depan. Ia mestilah dirapi dengan kemas.
1.3 Bagi pelajar perempuan pula, bagi beragama Islam mestilah memakai mini
telekung dan berbaju kurung.Kain pula mempunyai kelipat antara lima hingga
tujuh. Bagi pelajar bukan Islam, rambut hendaklah dirapi dengan sempurna iaitu
ditocang kiri dan kanan rambut atau diikat dengan pengikat rambut .Warna
pengikat rambut mestilah antara warna berikut iaitu warna biru atau hitam atau
putih.
1.4 Sekiranya murid tersebut mempunyai penyakit yang berkaitan dengan rambut
atau kepala hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor perubatan.
Sila rujuk lampiran 1

BAB 2 KUKU 2.1 Kuku hendaklah sentiasa bersih.


2.2 Tidak dibenarkan sama sekali menyimpan kuku yang panjang yang melebihi
hujung jari.
2.3 Murid tidak dibenarkan mewarnakan kuku selain daripada tujuan perubatan.
2.4 Sekiranya kuku atau jari dijangkiti penyakit segera laporkan kepada Guru
Penolong Kanan HEM (Hal Ehwal Murid ).

BAB 3 PAKAIAN 3.1 Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.


3.2 Maksud bagi pakaian ialah bahagian kain yang menutupi tubuh badan
termasuklah tangan dan kaki.Ia terdiri daripada baju, seluar, kasut, stokin,
songkok dan mini telekung.
3.3 Berikut adalah kaitan dengan pakaian yang dikehendaki ketika
di sekolah :
i. Kain tudung mestilah bewarna putih mengikut warna baju
ii. Songkok yang dibenarkan adalah bewarna hitam dan putih sahaja.
iii. Baju rasmi murid adalah bewarna putih kecuali bagi pengawas atau
jawatan lain bagi menunjukkan identiti sendiri.

hairi@skpb
Unit Disiplin SKPB PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

iv. Seluar rasmi murid adalah bewarna biru gelap kecuali bagi pengawas
atau jawatan lain bagi menunjukkan identiti sendiri.
v. Kasut rasmi sekolah adalah warna hitam
vi. Stokin mestilah warna hitam.

3.4 Pakaian yang berfesyen keterlaluan tidak dibenarkan dipakai seperti peha seluar
yang terlalu ketat, kepala tali pinggang besi yang besar dan baju bergaya jeans .
3.5 Tali pinggang yang dipakai mestilah tidak mempunyai kepala yang besar.
3.6 Pakaian ketika Pendidikan Jasmani adalah berbaju sukan sekolah (lengan
panjang bagi perempuan), berseluar panjang warna hitam atau biru gelap dan
berkasut sukan.
Sila rujuk lampiran 2
BAB 4 KESIHATAN 4.1 Penyakit yang menjangkiti murid perlulah mendapat rawatan doktor. Penyakit
yang berjangkit perlu diambil perhatian.
4.2 Murid yang didapati kesihatan yang tidak sempurna seperti pening, demam
panas, sakit perut, cirit-birit, muntah, sesak nafas, kudis menanah, sakit mata dan
lain-lain penyakit yang mempunyai simtom yang berbahaya maka hendaklah
segera melaporkan kepada guru bertugas mingguan atau kepada guru Hal Ehwal
Murid.
4.3 Jika gejala penyakit itu berlaku di rumah ,murid tidak digalakkan hadir ke
sekolah tetapi dikehendaki mendapat rawatan doktor perubatan. Surat kenyataan
sakit perlu diberi kepada guru kelas dengan secepat mungkin.

BAB 5 TIDAK HADIR KE 5.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah perlu menulis surat kepada guru kelas untuk
SEKOLAH menyatakan sebab-sebab ketidakhadiran.Surat mestilah ditandatangani oleh
waris atau penjaga dengan bertarikh.
5.2 Sekiranya murid tersebut tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab ia boleh
dianggap ponteng sekolah.Lembaga Disiplin sekolah boleh mengambil tindakan
sama ada memberi amaran atau gantung sekolah atau buang sekolah.
5.3 Masalah serius perlu merujuk kepada Guru Hal Ehwal Murid atau Guru Besar.
5.4 Setiap kesalahan ponteng sama ada ponteng sekolah atau ponteng ketika waktu
pembelajaran atau waktu ko-kurikulum maka ia dianggap sebagai satu kesalahan
serius dan akan direkodkan di dalam Buku Rekod Pemantauan Kelas.
5.5 Kesalahan ponteng boleh menyebabkan pemotongan markah demerit yang akan
membawa implikasi ke atas murid iaitu gantung sekolah seterusnya memberi
impak ke atas sijil berhenti sekolah atau testimonial.

hairi@skpb
Unit Disiplin SKPB PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

BAB 6 KEHADIRAN KE 6.1 Semua murid akan memulakan sesi pembelajaran tepat pukul 7.40 pagi.Oleh itu
SEKOLAH PADA semua murid perlu datang 15 minit lebih awal ke sekolah iaitu 7.25 pagi.
WAKTU PAGI 6.2 Semua murid akan masuk melalui pintu pagar utama sama ada berbasikal,
berjalan kaki atau penjaga / waris hantar dengan kenderaan bermotor.
6.3 Bagi murid yang dihantar oleh penjaga atau waris hendak di luar kawasan sekolah
sahaja dan tidak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam kawasan sekolah.
Murid mestilah memberitahu penjaga atau waris mereka tentang hal tersebut.(
Bergantung budi bicara pihak pentadbir sekolah )
6.4 Pengawas akan menjaga setiap pintu pagar di kawasan sekolah secara
berpasangan.Pengawas akan mencatat nama setiap pelajar yang datang lewat
iaitu 7.40 pagi hingga 7.50 pagi.
6.5 Tepat 7.50 pagi semua pintu pagar akan ditutup oleh pengawas yang bertugas.

BAB 7 KEHADIRAN 7.1 Murid diwajibkan hadir pada waktu ko-kurikulum iaitu setiap hari Rabu bermula
AKTIVITI pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang kecuali setelah diberitahu pembatalan
KOKURIKULUM aktiviti tersebut oleh pihak sekolah.
7.2 Selain waktu yang ditetapkan terdapat juga waktu atau hari selain dari dinyatakan
diperenggan 7.1 dengan bersebab pertandingan atau latihan dengan kebenaran
Guru Besar.
7.3 Murid-murid diwajibkan menyertai aktiviti ko-kurikulum ialah tahun 4 hingga tahun
6 sahaja dan bergantung sebarang pindaan pihak sekolah atau Jabatan
Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia.
7.4 Kehadiran murid akan direkodkan di dalam Buku Rekod Ko-Kurikulum dan
tindakan boleh diambil sama seperti diperenggan 5.4 dan 5.5.
7.5 Pakaian murid yang mengikuti aktiviti ko-kurikulum mestilah bertrek bottom warna
hitam atau biru gelap dan memakai baju sukan sekolah serta memakai kasut
sukan.
7.6 Murid-murid juga digalakkan memakai pakaian uniform mengikut unit yang
disertai dan ia tertakluk di bawah peraturan dan undang-undang unit-unit uniform
yang disertai oleh murid.

BAB 8 PERHIMPUNAN 8.1 Setiap minggu akan diadakan perhimpunan pagi iaitu hari Isnin tepat 7.40 pagi di
tapak perhimpunan Sk. Pasir Besar.
8.2 Semua guru dan murid wajib hadir ke perhimpunan tersebut.
8.3 Murid mestilah menyusun barisan sehingga lurus dengan dipandu oleh ketua
kelas masing-masing. Susunan bermula dari yang rendah kepada yang tinggi.

hairi@skpb
Unit Disiplin SKPB PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

8.4 Kedudukan ketua kelas dan penolong ketua kelas adalah di hadapan setiap kelas
masing – masing .
8.5 Pengawas mestilah duduk dibelakang setiap kelas dan sentiasa mengawasi
tingkahlaku murid.
8.6 Murid yang datang lewat akan diletakkan dalam barisan kecuali. Pengawas perlu
peka terhadap murid yang hadir lewat.
8.7 Perhimpunan minggu akan bermula dengan menaikkan Bendera Malaysia,
Bendera Negeri Sembilan dan Bendera Sekolah sambil menyanyikan lagu
kebangsaan,lagu negeri dan lagu sekolah. Seterus bacaan doa dan ikrar yang
akan dibacakan oleh pengawas.
8.8 Susunan sesi ucapan pada perhimpunan adalah seperti berikut :
i. Guru Bertugas Mingguan
ii. Guru bertugas minggu sebelumnya
iii. Guru kanan Ko-kurikulum (sekiranya ada)
iv. Guru kanan Hal Ehwal Murid (sekiranya ada)
v. Guru Kanan Kurikulum (sekiranya ada)
vi. Guru Besar
- Pengerusi majlis perlu menyusun dengan teliti dan sentiasa mendapat
maklum balas daripada guru berkenaan sebelum memanggil ke hadapan.
- Pengerusi majlis akan mengetuai ucapan Terima Kasih Cikgu diakhir
perhimpunan.

BAB 9 LOCENG 9.1 Loceng adalah tanda perhatian murid terhadap waktu tertentu iaitu :
i. Waktu masuk ke kelas
ii. Waktu beratur
iii. Waktu perhimpunan
iv. Waktu rehat
v. Waktu balik
vi. Waktu kecemasan

9.2 Loceng pada waktu pagi – loceng pertama akan dibunyikan tepat 7.40 pagi dan
semua murid perlu beratur di tapak perhimpunan . Loceng rehat untuk keluar
dibunyikan dan murid perlu beratur di luar kelas serta berjalan setelah guru
matapelajaran kelas berkenaan memberi kebenaran. Loceng rehat masuk
dibunyikan dan murid perlu segera beratur di luar kelas sehingga guru
matapelajaran untuk kelas berkenaan hadir. Ia berfungsi untuk sesi rehat yang
pertama dan sesi rehat kedua.

hairi@skpb
Unit Disiplin SKPB PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

9.3 Loceng balik akan dibunyi iaitu 1.00 petang bagi tahap satu (kecuali hari Isnin )
dan 1.30 petang untuk tahap 2 . Semua murid perlu beratur di luar kelas dan
membaca doa. Loceng kedua akan dibunyikan untuk isyarat bergerak. Sebelum
balik, murid hendaklah bersalaman dengan guru. Guru akan menunggu sehingga
semua murid meninggalkan kelas.

BAB 10 REHAT 10.1 Waktu rehat tahap satu adalah pukul 10.10 pagi hingga 10.30 pagi dan sesi rehat
tahap dua pula pukul 10.40 pagi hingga 11.00 pagi.
10.2 Murid-murid perlu mematuhi arahan loceng dan guru matapelajaran sebelum
keluar rehat dan selepas rehat .
10.3 Murid-murid hendaklah makan dan minum di kantin. Tidak dibenarkan makan
dan minum ditempat-tempat lain termasuk pondok bacaan selain kantin.
10.4 Murid-murid hendaklah beratur dengan lurus dan kemas ketika membeli
makanan.Tunggu giliran sehingga tiba dan tidak dibenarkan membuat bising
ketika membeli makanan.
10.5 Plastik pembungkus makanan atau minuman hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah dengan sempurna.
10.6 Bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang telah
disediakan.
10.7 Sila pastikan tempat makan bersih sebelum ditinggalkan sisa-sisa makanan
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
10.8 Makanan yang dibeli daripada peniaga luar tidak dibenarkan dibawa dan dimakan
di kantin kecuali bekalan makanan dan minuman yang dibekalkan oleh penjaga
atau waris. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku keracunan
makanan atau minuman yang dibawa atau dibeli dari luar sekolah.
10.9 Murid-murid dibenarkan menggunakan kemudahan berikut ketika rehat :
i. Perpustakaan
ii. Tandas
iii. Pondok bacaan
iv. Lain-lain kemudahan yang disediakan pada waktu rehat

10.10 Murid dilarang sama sekali berada di dalam kelas ketika waktu rehat.
10.11 Murid digalakkan untuk mengamalkan budaya waktu rehat iaitu:
i. Membaca doa sebelum dan sesudah makan
ii. Mengamalkan kebersihan diri dan tempat makan

hairi@skpb
Unit Disiplin SKPB PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

iii. Menggunakan masa rehat untuk membaca bahan berfaedah


atau berilmiah sama ada di perpustakaan atau di pondok-pondok
bacaan.
iv. Berbincang dengan guru-guru sekiranya menghadapi masalah
pembelajaran
v. Berbincang dengan rakan-rakan tentang tugasan yang telah
diberi oleh guru

BAB 11 PETUGAS KELAS 11.1 Petugas kelas adalah murid yang dilantik oleh Jawatankuasa Kelas untuk
membersih dan menceriakan kelas pada setiap pagi persekolahan.
11.2 Petugas kelas perlu menjalankan tugas mengikut jadual tugas yang telah
ditetapkan.Pengawas akan memantau setiap kelas bagi memastikan semua
yang bertugas menjalankan tugas mereka.
11.3 Petugas boleh memulakan tugasnya pada pukul 7.15 pagi.

BAB 12 KELUAR KELAS 12.1 Murid yang ingin keluar kelas ketika sesi pembelajaran sama ada ke tandas atau
arahan guru atau sesuatu urusan rasmi perlu mendapat pas kebenaran daripada
guru kelas atau ketua kelas.
12.2 Bagi urusan yang melibatkan murid yang ramai, satu surat rasmi daripada guru
berkenaan perlu ditunjukkan kepada guru yang mengajar kelas tersebut.
12.3 Unit Disiplin akan bertindak ke atas murid yang melanggar peraturan keluar
kelas.
12.4 Sekiranya penjaga atau waris ingin membawa murid keluar daripada kawasan
sekolah maka kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan atau Guru
Bertugas perlu diperolehi dengan mengisi Buku Kebenaran Murid Keluar.

BAB 13 PENGGUNAAN 13.1 Alat yang digunakan atau yang diambil daripada mana-mana bilik perlu mendapat
ALAT ATAU BILIK kebenaran guru yang menjaga alat tersebut.
13.2 Murid – murid yang menggunakan sesuatu bilik seperti bilik Kemahiran Hidup,
Surau , PSS , Makmal ICT, Makmal Sains dan Bilik SAL perlu mendapat
kebenaran guru dan guru mestilah berada di dalam bilik itu.Murid-murid mestilah
mematuhi undang-undang dan peraturan yang termaktub di dalam bilik tersebut
.
13.3 Alat yang telah dipinjam perlu dipulangkan dengan sempurna dan meletakkan ke
tempatnya semula.
13.4 Sekiranya alat tersebut rosak atau pecah sila laporkan kepada guru yang
berkenaan.

hairi@skpb
Unit Disiplin SKPB PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

BAB 14 BALIK ATAU 14.1 Murid akan balik atau pulang setelah loceng balik dibunyikan sebanyak dua kali
PULANG seperti diperenggan 8.4 .
14.2 Semua murid mesti beratur dengan kemas dan teratur.Tidak Dibenarkan
bercakap ketika berjalan.
14.3 Penjaga atau waris tidak dibenarkan menunggu murid di dalam atau di luar kelas
dan jika keadaan terpaksa seperti hujan penjaga atau waris dibenarkan
menunggu di kantin.
14.4 Guru yang bertugas perlu mengawal selia ketika murid keluar daripada pintu
utama.

BAB 15 BASIKAL 15.1 Basikal tidak boleh ditunggang dalam kawasan sekolah dan hendaklah menuntun
basikal tersebut ke tempat basikal.
15.2 Bagi murid yang menunggang basikal ke sekolah perlu menyusun basikal mereka
di tempat basikal dengan rapi.Pengawas akan mengawasi setiap murid yang
meletakkan basikal supaya tersusun dan boleh memuatkan semua basikal murid.
Perlu ingatkan bahawa murid mestilah meletakkan basikal di tempat basikal yang
telah disediakan sama ada waktu persekolahan pagi ataupun waktu ko-kurikulum
atau waktu aktiviti lain yang melibatkan kawasan sekolah.
15.3 Basikal yang ditunggang perlulah memenuhi piawaian keselamatan iaitu selamat
untuk ditunggang

TUJUAN

❖ Undang-undang dan peraturan sekolah di atas adalah peraturan yang telah


dikemaskini untuk rujukan guru – guru dan murid – murid.
❖ Kewujudan peraturan adalah sebagai kawalan kepada murid bagi mengelak
sebarang kejadian yang tidak diingini. Selain itu, bagi memastikan sistem
persekolah berjalan dengan lancar.
❖ Sebagai rujukan guru bagi perlaksanaan sistem merit – dimerit .
❖ Setiap pelanggaran peraturan akan direkodkan di dalam Sistem Salahlaku Disiplin
Murid (SSDM) dan menyebabkan pemotongan markah demerit yang
menyebabkan tindakan tatatertib ke atas murid berkenaan.

hairi@skpb
Unit Disiplin SKPB PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

❖ Pindaan terhadap peraturan-perturan di atas akan berlaku jika terdapat perubahan


keadaan

Lampiran 1

hairi@skpb
Unit Disiplin SKPB PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Lampiran 2

hairi@skpb

You might also like