You are on page 1of 19

BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 1

BAHAN BUKAN LOGAM

OBJEKTIF AM
 Mengetahui jenis-jenis bahan bukan logam,
kegunaannya pada bangunan.

Unit OBJEKTIF KHUSUS

6
Di akhir unit ini anda dapat :

 Menerangkan jenis-jenis bahan bukan logam,

kegunaannya pada bangunan bagi bahan-
bahan kaca, plastik, simen asbestos,
bitumen, aspal dan gentian kaca.
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 2

INPUT
6.0 Bahan bukan logam

Bahan bukan logam merupakan bahan binaan yang dihasilkan berasaskan

bahan organik atau sebatian bahan mentah seperti mentah, aspal, bitumen,
silika dan asbestos yang disebatikan menjadikan satu bahan atau barangan siap
yang boleh digunakan dalam binaan. Barangan siap ini berkeadaan sama ada
cecair, separa pepejal atau pepejal yang digunakan untuk tujuan penebat haba,
kelembapan dan cahaya, aksoseri ruang dalaman dan luaran, kemasan akhir
dan juga binaan seperti dinding, pintu, tingkap dan lantai. Bahan yang
dibincangkan dalam bab ini ialah kaca, plastik, simen asbestos, bitumen dan
aspal dan gentian kaca.

Pemilihan bahan bukan logam sebagai sebahagian daripada bahan dalam

pembinaan diambil kira dari segi ketahanan terhadap api, haba dan lembapan,
perubahan cuaca, ekonomi serta tahan lasak. Selain daripada itu setiap bahan
mempunyai sifat-sifat tersendiri yang menjadikannya berbeza dan digunakan
untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja.

6.1 Kaca
Bahan asas dalam penghasilan kaca ialah pasir (silika) + abu soda + batu
kapur (lime stone) + dolomite + falspar + sodium sulfit + cullet (gelas pecah).
Silika lebur pada suhu 1713oC dan mendidih pada 1500oC. Soda mengandungi
natrium karbonat, nitrium nitrat dan nitrium sulfat. Untuk mempertingkatkan
mutu kaca ia dicampur silika 81% + asid borit 11% + soda untuk
menjadikannya kaca pyrex. Jika dicampur dengan silika 70% + soda 12% +
plumbum oksida 12% menjadikannya kaca. Bahan tambah di dalam kaca ialah
plumbum oksida untuk menjadikannya kaca plumbum manakala asid borik
untuk menjadikannya kaca borosilikat.
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 3

Penghasilan kaca boleh dibuat dengan cara peniupan (blowing) menggunakan

mulut juga tiupan mesin, penarikan (drawing) untuk membentuk kaca
kepingan, gelekkan (rolling) untuk kaca bercorak dan berwayar, kisar atau
giling (grinding or polishing) untuk kaca tuang, apongan (floating) untuk kaca
rata tanpa erotan, tekanan (pressing) untuk kaca lengkungan atau blok,
tujuahan dan peniupan (extrusion and blowing) untuk gentian kaca dan tujahan
dan penarikan (extrusion ang drawing) untuk kaca gentian tetulang dan textile.

Jenis kaca

Kaca lutsinar
Ciri-ciri kaca lutsinar iaitu cahaya menembusi kaca dan pemandangan jenis.
Membenarkan cahaya melaluinya menghasilkan pandangan jelas melaluinya
kaca berkepingan tebal antara 2mm – 6.75mm dan permukaannya diperkemas
secara natural fire. Kaca kepingan mengherotkan pandangan dan balikkan
serta boleh diwarnakan. Bagi kaca kepingan, jika luasnya melebihi 1m2 tebal
minimanya ialah 4mm. Kaca apongan ialah kepingan rata yang mempunyai
kelihatan jelas, terang dan tiada erotan semasa pembalikkan dihasilkan melalui
proses kisar dan giling ketebalannya boleh mencapai 25mm.

Kaca lutcahaya
Ciri-ciri kaca lutcahaya iaitu cahaya menembusi kaca tetapi tahap penglihatan
terhad dan tidak jelas. Jenis kaca lutcahaya ialah kaca baja, rough cast glass,
folotted and ribet glass, rolled, flotted and ribet glass, ridded glass dan
cathedrel or figured rolled glass.

Special glass
a. Toughened glass
- tidak menyerap haba, cahaya matahari dan spectra float
b. One way glass
- membalikkan cahaya dan perlu dilindungi
c. Diffuse reflexion glass
- tiada biasan atau silauan
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 4

d. Prismatic glass
- membalikkan cahaya, mengurangkan kesan silauan dan
mempunyai warna yang berkilauan
e. Solar hit rejecting light glass
- menyerap haba, mengurangkan kos penyejukkan ruang dan kesan
silau
f. Kaca tidak menyerap haba
- tidak mudah mengembang, lutsinar dan ini membolehkannya
bersifat tidak menyerap haba
g. Kaca exray
- kepingan kaca gilingan yang mengandungi ‘lead’oxide yang
tinggi kuantitinya
h. Kaca opal
- berwarna putih dan pelbagai warna lain. bersifat memecah cahaya
kerana wujudnya partikel berbentuk opal di dalam kaca
i. Coloured Opaque glass
- menarik dan mudah diselenggarakan, sering digunakan untuk
dinding hadapan kedai, penutup meja, dinding dalaman dan
dinding panel untuk curtain wall
j. Antique glass
- banyak digunakan untuk hiasan

6.2 Plastik
Gentian kaca
Mula dihasilkan di Mesir purba. Dihasilkan dengan melalukan kaca lebur
melalui lubang-lubang kecil dan menariknya keluar kepada ukuran hingga
sekecil 0.005mm diameternya. Hasil gentian kaca antaranya ialah kapas kaca,
glass fibre renforcment, staple tissue dan glass textile.

Gentian kaca digunakan untuk tujuan thermal insulation, penyerap bunyi,

electrical insulation, tetulang dalam penghasilan barangan plastik, tetulang
dalam plaster dan alkali resistence fibre dalam simen.
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 5

6.3 Plastik
Plastik ialah bahan organik yang diperolehi daripada pemprosesan arang,
petroleum atau tumbuhan sehinggan terhasil sifat plastik apabila dipanaskan.
Punca plastik datangnya daripada selulus kayu, kapas atau tumbuhan lain,
daripada damar tulen seperti minyak aspal dan daripada damar tiruan seperti
arang batu, petroleum dan protein dalam susu.

Ciri-ciri plastik
Mempunyai daya tegangan yang kuat berbanding dengan logam tetapi
bermodulus kekenyalan yang rendah berbanding aluminium atau kaca dan
plastik tidak boleh dijadikan rasuk, lemah pada suhu tinggi, boleh terbakar
tetapi boleh dipertingkatkan ketidakmudah terbakar dengan menambahkan fire
retandent additives, pengalir haba yang rendah, penebat haba yang baik,
mengembang dengan banyak apabila dikenakan haba, kurang menyerap air,
tidak karat, tidak reput dan tahan serangan kimia dan akan melentur atau rosak
oleh cahaya ultra ungu dan bertambah buruk apabila suhu panas bercampur
dengan lembapan.

Terdapat beberapa proses penghasilan plastik, iaitu proses berterusan dan

tidak berterusan.

Jenis plastik
Thermoplastik
Ia sangat lembut semasa panas, keras apabila sejuk dan boleh disejukkan
semula. Kelembutan dan kekerasan plastik thermoplastik bergantung kepada
kuantiti bahan tambah digunakan.

Thermosetting plastik
Plastik dibentuk kekal atau tidak berubah kerana apabila haba dan tekanan
dikenakan ia menjadi keras dan tidak boleh dibentuk semula. Keras dan tidak
mudah terbakar. Tidak mudah lembik apabila dipanaskan. Sesuai dijadikan
bahan sebatian keras dan kain, pelekat dan binders untuk kaca bertetulang
plastik, cat dan sampang (clear finish).
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 6

Hasil plastik
a. paip air panas
- tidak sesuai untuk kebanyakan plastik
b. plastik lutsinar
- lebih ringan dan tidak berderai bila pecah berbanding dengan kaca,
mahal, mudah tercalar, berhabuk kerana cas elektrostatik, mudah luntur
dan takat kelembutan rendah
c. plastik bertetulang
- dibuat daripada gentian dicampur dengan resin tiruan seperti polister,
epoxide dan phonelic mampu dijadikan bentuk yang besar dan sukar,
sesuai untuk binaan lutcahaya
d. kepingan partikel
- mengandungi kayu atau partikel lulus yang disatukan dengan uria
fornaldehyde secara tekanan
e. kepingan laminat
- lapisan berguni daripada kertas, kayu, asbestos dan gentian kaca
digabungkan dengan plastik, kekuatannya boleh menyamai logam,
dijadikan kepingan yang mudah dilengkungkan
f. improve wood
- mengandungi lapisan kayu nipis digabungkan dengan risen, tahan
suhu dan tekanan tinggi
g. kemasan lantai
- PVC dan vinyl asbestos warna kekal, tahan lasak dan kimmia,
masalah dihadapi ialah ia mengecut
h. counter tot
- berwarna-warni, lasak dan mudah dicuci
i. kemasan dinding dalam
- lasak dan berwarna-warni
j. kemasa dinding luar
- tidak mudah pecah dan ringan
k. glazing
- tidak mudah pecah
l. mambrane flashing tape
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 7

m. water stripping
n. thermal insulation
o. elemen struktur
p. hardware finish
q. komponen elektrik
- semua jenis plastik
r. paip

KITA REHAT SEBENTAR DAN JAWAP SOALAN AKTIVITI 1

BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 8

AKTIVITI 1

Sila jawab semua soalan dan bincangkan bersama

pensyarah anda.

1. Jelaskan mengenai
i. kaca lutsinar
ii. kaca lutcahaya
2. Nyatakan 5 cara penghasilan kaca.
3. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada plastik?
4. Senaraikan 5 hasil plastik.

YAHOOO…. SEMUA BETUL !!

BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 9

MAKLUM BALAS AKTIVITI 1

1.
Kaca lutsinar
Ciri-ciri kaca lutsinar iaitu cahaya menembusi kaca dan pemandangan jenis.
Membenarkan cahaya melaluinya menghasilkan pandangan jelas melaluinya
kaca berkepingan tebal antara 2mm – 6.75mm dan permukaannya diperkemas
secara natural fire. Kaca kepingan mengherotkan pandangan dan balikkan
serta boleh diwarnakan. Bagi kaca kepingan, jika luasnya melebihi 1m2 tebal
minimanya ialah 4mm. Kaca apongan ialah kepingan rata yang mempunyai
kelihatan jelas, terang dan tiada erotan semasa pembalikkan dihasilkan melalui
proses kisar dan giling ketebalannya boleh mencapai 25mm.

Kaca lutcahaya
Ciri-ciri kaca lutcahaya iaitu cahaya menembusi kaca tetapi tahap penglihatan
terhad dan tidak jelas. Jenis kaca lutcahaya ialah kaca baja, rough cast glass,
folotted and ribet glass, rolled, flotted and ribet glass, ridded glass dan
cathedrel or figured rolled glass.

2.
a. paip air panas
- tidak sesuai untuk kebanyakan plastik
b. plastik lutsinar
- lebih ringan dan tidak berderai bila pecah berbanding dengan kaca,
mahal, mudah tercalar, berhabuk kerana cas elektrostatik, mudah luntur
dan takat kelembutan rendah
c. plastik bertetulang
- dibuat daripada gentian dicampur dengan resin tiruan seperti polister,
epoxide dan phonelic mampu dijadikan bentuk yang besar dan sukar,
sesuai untuk binaan lutcahaya
d. kepingan partikel
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 10

- mengandungi kayu atau partikel lulus yang disatukan dengan uria

fornaldehyde secara tekanan
e. kepingan laminat
- lapisan berguni daripada kertas, kayu, asbestos dan gentian kaca
digabungkan dengan plastik, kekuatannya boleh menyamai logam,
dijadikan kepingan yang mudah dilengkungkan

3.
Mempunyai daya tegangan yang kuat berbanding dengan logam tetapi
bermodulus kekenyalan yang rendah berbanding aluminium atau kaca dan
plastik tidak boleh dijadikan rasuk, lemah pada suhu tinggi, boleh terbakar
tetapi boleh dipertingkatkan ketidakmudah terbakar dengan menambahkan fire
retandent additives, pengalir haba yang rendah, penebat haba yang baik,
mengembang dengan banyak apabila dikenakan haba, kurang menyerap air,
tidak karat, tidak reput dan tahan serangan kimia dan akan melentur atau rosak
oleh cahaya ultra ungu dan bertambah buruk apabila suhu panas bercampur
dengan lembapan.

4.

BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 11

- lapisan berguni daripada kertas, kayu, asbestos dan gentian kaca

digabungkan dengan plastik, kekuatannya boleh menyamai logam,
dijadikan kepingan yang mudah dilengkungkan

INPUT

6.4 Simen asbestos

Dihasilkan dengan menyamburkan gentian asbestos, simen portland, silika dan
kapur yang mesti bersifat tahan alkali, garam, pelarut organik dan asid. Juga
tahan suhu tinggi dan tidak mudah terbakar, kukuh dalam tegangan dan boleh
dicat menggunakan cat alkali.

Cara penghasilan barangan siap boleh dibuat dengan cara acuan terbuka
menggunakana tangan, proses hatschpk menggunakan penggelak
menggunakan proses penonjolan. Hasil daripada penghasilan ini perlu diawet
selama empat minggu dalam cuaca atau udara biasa. Khusus bagi asbestos
simen ia merujuk kepada asbestos simen dan asbestos silika sahaja.

Simen asbestos dikeluarkan dalam bentuk

a. simen asbestos mampat
- dijadikan rak, dinding dan tumpu kasau. Kepingan asbestos simen
biasanya dikemaskan dengan damar epoksi tahan asid dan suhu tinggi
untuk dijadikan meja makmal dan fume cupboard, papan suiz elektrik,
paip bertekanan untuk paip air dan pembentungan.
b. simen asbestos separa mampat
- keupayaan menanggung beban meningkat apabila usia meningkat
tetapi ketahanan ukuran semakin merosot. Boleh dipotong tidak
terbakar tetapi retak. Jangka hayatnya boleh mencapai 40 tahun dan
boleh dipanjangkan. Hasil daripada simen asbestos separa mampat
dijadikan kepingan atap, kepingan rata untuk dinding, paip air hujan,
pembentungan dan longkang, sesalur dan konduit dan jubin.
c. extruded asbestos simen silika
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 12

- menghasilkan kepingan dinding. Mempunyai tekanan dan regangan

tinggi serta berpermukaan lembut.

6.5 Bitumen dan aspal

Bitumen
Bahan sebatian yang likat dan melekit berwarna hitam yang mengandungi
sebatian hidrokarbon bermolikul tinggi, mapthne, napthne dan siri bauan yang
bermacam serta gas oksigen dan beberapa siri sulfur.

Sifat bitumen ialah bahan pepejal tidak kristal yang mengandungi hidrokarbon
kompleks yang cair dalam karbon sulfida, ia mencair apabila dipanaskan.

Jenis-jenis bitumen
Bitumen natural, bitumen daripada minyak dan bitumen daripada petroleum.

Sifat-sifat bitumen
Berwarna coklat gelap atau hitam, menghalang penyerapan air dan embun,
terbakar tetapi tidak membantu kebakaran, tahan asid, alkali, gula, suhu dan
alkohol, elakkan daripada terkena minyak kerana ia merosakkan mencairkan
jika dikenakan haba berterusan. Maka elakkan hubungan langsung dengan
punca haba. Rosak jika dipanaskan berlebihan, maka elakkkan pemanasan
kecuali di tapak bina. Berkemungkinan beracun, maka hanya bitumen terpilih
digunakan dalam pembinaan yang menyentuh air untuk kegunaan domestik.
Elakkan daripada menghidu asapnya semasa dipanaskan kerana
membahayakan kesihatan. Jangan menyampurkan bitumen dengan bitumen
jenis lain walaupun daripada satu keluarga kerana ia menyebabkan reaksi
kimia yang boleh membahayakan.

Kegunaan bitumen
Campuran bitumen dengan aspal
Bitumen konkrit iaitu aspal bitumen gulung untuk pembinaan jalan raya.
Mekadem tar untuk kegunaan luar. Bahan awet untuk kayu dan cork. Sebagai
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 13

kemsan bumbung dan hasil berkait bangunan dijadikan bahan kalis air dan
stim, lapisan kalis lembap, membran kalis lembap dan kertas kalis air.

Aspal
Aspal diperolehi secara semulajadi di Tasik Aspal di India barat, batu aspal di
Eropah barat dan bitumen dicampur dengan bahan mineral.

Sifat aspal
Penyimen yang kuat, mudah melekat dan tahan lasak, kalis air, bersifat plastik
dan boleh dilentur secara terkawal apabila bercampur dengan batu baur. Tidak
dipengaruhi oleh alkali, asid dan garam kecuali asid nitrit dan asid sulfurik.
Berkeadaan pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik. Ia boleh dicairkan.

Jenis aspal
a. simen aspal
b. aspal cecair
c. aspal emulsi

Kegunaan aspal
Dijadikan mastic aspal dan seterusnya boleh menghasilkan lapisan kalis
lembap, kemasan lantai, tanking of basement dan lapisan kalis air di bumbung
(khusus untuk bumbung rata). Aspal gulungan untuk pembinaan jalan raya dan
balapan.

TAHNIAH….!!!
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 14

ANDA TELAH TAMAT BAB

BAHAN BUKAN LOGAM
AKTIVITI 2

Ambil masa selama 10 minit untuk anda jawab soalan di

bawah.

1. Senaraikan 4 sifat-sifat simen asbestos.

2. Senaraikan 5 sifat aspal.
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 15

JANGAN MENIRU UNTUK

MENGUJI TAHAP PEMAHAMAN
ANDA…

MAKLUM BALAS AKTIVITI 2

1.
Simen asbestos bersifat tahan alkali, garam, pelarut organik dan asid.

2.
Penyimen yang kuat, mudah melekat dan tahan lasak, kalis air, bersifat plastik
dan boleh dilentur secara terkawal apabila bercampur dengan batu baur. Tidak
dipengaruhi oleh alkali, asid dan garam kecuali asid nitrit dan asid sulfurik.
Berkeadaan pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik. Ia boleh dicairkan.

TAHNIAH……!! JAWAPAN
ANDA MEMUASKAN.

Sila jawab dan bincangkan

dengan pensyarah anda
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 16

berkemungkinan terdapat idea-

idea yang lain.

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan 7 ciri plastik.

2. Apakah punca yang boleh menghasilkan plastik.
3. Kaca gentian merupakan salah satu daripada hasil produk
berasaskan kaca. Terangkan dengan ringkas cara gentian
kaca dihasilkan.
4. Berikan 4 sifat negatif bitumen dari segi kesihatan dan
sifat-sifat semulajadinya.
5. Beberapa buah negara telah meminta penggunaan bahan-
bahan berasaskan asbestos terutamanya untuk binaan dan
kemasan dalam bangunan. Berikan penjelasan anda
mengenai kenyataan diatas.

Sila jawab dan bincangkan

dengan pensyarah anda
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 17

berkemungkinan terdapat idea-

idea yang lain.

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

1.
Mempunyai daya tegangan yang kuat berbanding dengan logam tetapi
bermodulus kekenyalan yang rendah berbanding aluminium atau kaca dan
plastik tidak boleh dijadikan rasuk, lemah pada suhu tinggi, boleh terbakar
tetapi boleh dipertingkatkan ketidakmudah terbakar dengan menambahkan fire
retandent additives, pengalir haba yang rendah, penebat haba yang baik,
mengembang dengan banyak apabila dikenakan haba, kurang menyerap air,
tidak karat, tidak reput dan tahan serangan kimia dan akan melentur atau rosak
oleh cahaya ultra ungu dan bertambah buruk apabila suhu panas bercampur
dengan lembapan.

2.
- selulus kayu, kapas atau tumbuhan lain
- damar tulen seperti minyak aspal
- damar tiruan seperti arang batu, petroleum dan protein dalam susu.

3.
Dihasilkan dengan melalukan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan
menariknya keluar kepada ukuran hingga sekecil 0.005mm diameternya. Hasil
gentian kaca antaranya ialah kapas kaca, glass fibre renforcment, staple tissue
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 18

dan glass textile. Gentian kaca digunakan untuk tujuan thermal insulation,
penyerap bunyi, electrical insulation, tetulang dalam penghasilan barangan
plastik, tetulang dalam plaster dan alkali resistence fibre dalam simen.

4.
Berwarna coklat gelap atau hitam, menghalang penyerapan air dan embun,
terbakar tetapi tidak membantu kebakaran, tahan asid, alkali, gula, suhu dan
alkohol, elakkan daripada terkena minyak kerana ia merosakkan mencairkan
jika dikenakan haba berterusan. Maka elakkan hubungan langsung dengan
punca haba. Rosak jika dipanaskan berlebihan, maka elakkkan pemanasan
kecuali di tapak bina. Berkemungkinan beracun, maka hanya bitumen terpilih
digunakan dalam pembinaan yang menyentuh air untuk kegunaan domestik.
Elakkan daripada menghidu asapnya semasa dipanaskan kerana
membahayakan kesihatan. Jangan menyampurkan bitumen dengan bitumen
jenis lain walaupun daripada satu keluarga kerana ia menyebabkan reaksi
kimia yang boleh membahayakan.

5.
Bincangkan bersama pensyarah anda.

SYABAS!!
TIADA JAWAPAN YANG TIDAK BOLEH
DIJAWAB YANG PENTINGNYA ILMU
BAHAN BUKAN LOGAM C1022 / UNIT 6/ 19

MALU BERTANYA SESAT JALAN

MALU MEMBACA LAMA-LAMA MATA JADI
BUTA

MARI KITA BUAT RUMAH…….

TETAPI SEBELUM ITU, KITA MESTILAH
MENGETAHUI BINAAN SEMENTARA…….

JOM KE UNIT 7

You might also like