You are on page 1of 7

Latarbelakang Daerah Kerian, Perak.

=============================

(Di ambil dari pelbagai sumber dan akan di kemaskini dari masa ke semasa)

Kerian merupakan salah satu daerah di dalam negeri Perak, Malaysia.

Kedudukan

=========

Daerah Kerian teretak di utara negeri Perak bersempadan dengan Negeri Pulau Pinang (Nibong
Tebal) dan Kedah (Bandar Baru).

Daerah Larut, Matang dan Selama Perak merupakan jiran kepada Daerah Kerian. Di sebelah barat
daerah ini adalah Selat Melaka.

Sejarah

=======

Menurut kajian Arkeologi pada tahun 1970an, terdapat bukti bahawa Daerah Kerian telahpun
didiami manusia semenjak lebih 2,000 tahun yang lalu. Penemuan rangka manusia di Lembah
Selinsing dan penemuan tembikar dan manik-manik oleh pengkaji-pengkaji British dan di sambung
pula oleh pengkaji dari universiti tempatan telah mengesahkan adanya tamadun manusia yang
berkembang sejajar dengan ujudnya tamadun Sungai Batu di Merbok, Sungai Petani Kedah.

Pendudukan manusia di Daerah Kerian

===============================

Pada tahun 1800, Pegawai Residen Inggris yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah
menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar.

Sewaktu pulang, dia dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke
Pulau Pangkor.
Dalam perjalanan tersebut, dia telah menyebut "KIRIAN" (bermaksud sebelah kiri) iaitu merujuk
kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak.

Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu.
Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan
diubah kepada "KERIAN".

Latarbelakang

============

Daerah Kerian merupakan satu Daerah yang terletak di utara Negeri Perak Darul Ridzuan
bersempadan dengan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Pekan Bandar Baharu, Negeri
Kedah Darul Aman dan Daerah Larut Matang di sebelah selatan.

Daerah Kerian mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Luas Daerah ini lebih kurang 918,83 km
persegi.

Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut kecuali terdapat
beberapa kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.

Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini yaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai-sungai ini
merupakan laluan utama pada zaman penjajahan dan merupakan sumber pengairan ke sawah-
sawah.

Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim:

1) Parit Buntar

2) Bagan Tiang

3) Tanjung Piandang

4) Kuala Kurau

5) Bagan Serai

6) Beriah
7) Gunong Semanggol

8) Selinsing

Semua Mukim ini berada di bawah pentadbiran tujuh (7) Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mengatur
246 unit kampung (desa).

Penduduk

=========

Mengikut laporan 'Banci Penduduk dan Perumahan 1991', jumlah penduduk Daerah Kerian ialah
seramai 148.575 orang.

Pecahan mengikut jenis jantina adalah, 72.666 orang lelaki (48,09%) dan 75.909 orang perempuan
(51,01%).

Kepadatan penduduk Daerah Kerian dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah Parit Buntar, Bagan
Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.

Mukim Selinsing merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Purata kadar pertumbuhan
penduduk Daerah Kerian ialah 1,4 setahun.

Pentadbiran daerah

=================

Terdapat beberapa buah bandar utama yaitu :

1) Bandar Parit Buntar (berbatasan dengan Daerah Seberang Perai Selatan)

2) Bandar Bagan Serai

3) Pekan Gunung Semanggol

4) Pekan Kuala Kurau.


Daerah ini dikenal sebagai Jelapang Padi Negeri Perak karena terdapat kawasan - kawasan
penanaman padi yang luas.

Majlis Daerah Kerian (MDK) merupakan pentadbir mewakili kerajaan tempatan yang berpejabat di
Parit Buntar.

Lokasi daerah

============

Keunikan daerah ini ialah karena terletak berbatasan dengan 3 buah negeri yang dipisahkan oleh
Sungai Kerian sebagai garis batas negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, sedangkan Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh,
Daerah Seberang Perai Selatan.

Untuk sampai ke daerah ini, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk
pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Alor Pongsu (Bagan Serai) atau Plaza
Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).

Keunikan Daerah Kerian

===================

Daerah ini terkenal dengan kampung masyarakat Melayu berketurunan Banjar, di Parit Buntar, Kuala
Kurau, Tanjung Piandang, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya
dan amalan hidup.

Gerakan menentang penjajah

========================

Disinilah tempat di mana terdirinya Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah
Inggris sebagai Pendurhaka karena tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah Inggris.

Kumpulan berkenaan dianggap oleh Inggris sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada
pendirian Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah
dilarang oleh pihak Inggris.
Kilang Gula milik Orang Melayu

=========================

100- 200 tahun yang lalu, Bagan Tiang atau dahulu dikenali Sungai Megat Aris merupakan pelabuhan
entrepot yang terkenal. Perdagangan utama pelabuhan tersebut adalah mengekspot gula dan
menjadi pelabuhan 'feeder' kepada seluruh daerah di negeri perak hinggalah ke Kelantan.

Penanaman tebu merupakan aktiviti utama 100 tahun yang lalu musnah akibat tsunami dan galakan
penjajah meluaskan sawah sebagai sektor pertanian ekonomi saradiri.

Kilang Gula pertama yang dimiliki oleh orang Melayu adalah di Kuala Sungai Megat Aris/ Kuala Bagan
Tiang. Kilang ini dimiliki oleh Long Jaafar seterusnya diwariskan kepada anaknya Ngah Ibrahim.

(Kejatuhan perniagaan usahawan agung Melayu ini bermula apabila Ngah Ibrahim dibuang negeri
oleh penjajah ke pulau Seychelles kerana terlibat dengan pembunuhan JWW Birch)

Koperasi Luar Bandar Pertama di Malaysia

====================================

Koperasi luar bandar pertama di Malaysia pernah ditubuhkan di Daerah Kerian. Nama koperasi itu
adalah Koperasi bekerjasama Pinjam-meminjam Kampong Tebuk Hj. Musa Berhad. Koperasi tersebut
ditubuhkan pada 3hb. Disember 1924.

Tujuan koperasi tersebut ditubuhkan antaranya adalah:

1) Untuk membantu memajukan dan menyatukan orang-orang Melayu.

2) Mengelakkan pergantungan orang Melayu terutamanya para petani kepada ceti-ceti.

3) Menyelamatkan tanah orang melayu dari terus tergadai kepada ceti-ceti.

Konservasi Burung Antarabangsa

===========================
Kuala Gula pula terkenal kerana diwartakan sebagai kawasan konservasi burung - burung yang
singgah dan berhijrah dari benua-benua lain.

Hukuman Gantung

===============

Parit Buntar suatu masa dahulu dikenali sebagai tempat hukuman gantung penjenayah yang bersalah
semasa pemerintahan penjajah.

Pondok-pondok sebagai institusi ilmu

==============================

Daerah Kerian 100 tahun yang lalu adalah tempat penyebaran agama Islam. Terdapat banyak
pondok-pondok pengajian ilmu agama di bangunkan oleh alim ulama yang berketurunan Banjar.

Sebagai contoh, di Parit Haji Ali Kuala Kurau masih terdapat bangunan Madrasah pengajian
kepunyaan Sheikh Ahmad Falakiah. Madrasah itu adalah tempat pengajian terakhir yang ditemui
manakala pondok-pondok pengajian lainnya telah ditutup semasa penjajahan British lagi.

Di beritakan oleh anak bongsu Sheikh Ahmad Falakiah sendiri bahawa Madrasah itu di kunjungi oleh
pelajar-pelajar dari serata pelusuk negeri. Kehebatan ilmu agama terutamana ilmu falak dan
kekeramatan beliau diakui oleh golongan tua yang pernah berguru dengan beliau.

Parit-parit

========

Kerian juga dikenali dengan banyaknya 'parit' yang diberi nama sempena orang yang dihormati.
'Parit' disini adalah perkampungan yang didiami oleh penduduk di sepanjang parit atau taliair.

Sebagai contohnya terdapat Parit Hj. Tahir, Parit Mat Amin, Parit Abas, Parit Mat Ali, Parit Kasa, Parit
Lebai Akir, Parit Mat Alam, Parit Tok Hin, dan berpuluh-puluh lagi nama kampung yang bermula
dengan 'Parit'.

Parit Haji Tahir misalnya diambil sempena nama Haji Tahir, seorang hbh berketurunan Banjar yang
terkenal. Beliau di ceritakan merupakan seorang kerabat diRaja Banjar yang memegang gelaran
Gusti. Atas sebab keselamatan, Gelaran itu tidak digunakan apabila beliau berhijrah ke Tanah
Melayu.

You might also like