You are on page 1of 2

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERHUBUNGAN DAERAH KUANTAN


D/A SMK TELUK CHEMPEDAK KUANTAN
Telefon: 09- 5601842 Fax: 09-5601841

Ruj. Kami : dlam. SU/ppim.20 Bil (005)


Tarikh : 14 FEB 2020
: 20 JAMADIL AKHIR 1441H

PENGERUSI MASJID AL MUTTAQIN


TANAH PUTIH BARU,
KUANTAN PAHANG.

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN KAWASAN TEMPAT LETAK KERETA MASJID AL
MUTTAQIN BAGI AHLI MESYUARAT AGONG PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
PERHUBUNGAN DAERAH KUANTAN DAN TAKLIMAT PENDAFTARAN ONLINE PUTERI
ISLAM 2020

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Kuantan
akan mengadakan Mesyuarat Agong dan Taklimat Pendaftaran Online 2020 bagi Guru Pemimpin PPIM pada
ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 26 Feb 2020 (Rabu)


Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Tanah Putih Baru, KUANTAN PAHANG.

3. Sehubungan itu, mohon pertimbangan Tuan memberi kebenaran bagi ahli mesyuarat tersebut
untuk meletakkan kenderaan di sekitar kawasan Tempat letak kereta Masjid Al- Muttaqin
memandangkan kawasan Padang dan laluan di SK Tanah Putih Baru ditutup untuk persediaan Hari Sukan
Sekolah .

4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Nor Azizah binti Abdul Hadi, Pengerusi PPIM
Perhubungan Daerah Kuantan di talian 0133505988 atau Puan Izam Nooraza binti Mohd Nor @ Abd
Razak , Setiausaha Kehormat PPIM Perhubungan Daerah Kuantan di talian 0169604738. Kerjasama dan
sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan Terima Kasih.

Sekian, Terima Kasih.

“BERILMU, BERIMAN, BERAMAL”

Saya yang menjalankan tugas,

NOR AZIZAH BINTI ABDUL HADI


Pengerusi
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
PERHUBUNGAN DAERAH KUANTAN
D/A SMK TELUK CHEMPEDAK KUANTAN
Telefon: 09- 5601842 Fax: 09-5601841

PPIM DAERAH KUANTAN


s.k Fail Timbul

You might also like