You are on page 1of 3

FLKT/06-00

To be completed by student – Please Print Clearly

Name(s):
1. Aimi Adibah binti Kamalul Shah

ID Number(s):
1. AM2007007929

Lecturer Name: Section No.:


Pn. Zuriani binti Ibhrim 1

Course Name and Course Code: Submission Date:


MPU3113 – Hubungan Etnik 11 March 2021

Assignment Title: Extension & Late Submission:


Memahami Agama Lain Asas Toleransi Beragama * Allowed / Disallowed

Assignment Type: % of Assignment Mark: Returning Date:


*Individual / Group

Penalties:
1. 10% of the original mark will be deduted for every one week period after the submission date
2. No work will be accepted after two week of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to extenuating circumstances you may be
eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week
5.
Declaration: I/We the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these regulations on
plagiarism and cheating. I/we confirm that this of work is my/our own. I/we consent to appropriate storage
of our work for checking ton ensure that there is no plagiarism/academic cheating.

Signature(s): …Aimi…

Name: (Aimi Adibah)

This section may be used for feedback or other information


Tajuk: Memahami Agama Lain Asas Toleransi Beragama

Nama: Aimi Adibah binti Kamalul Shah

1)pengenalan 2/5

2) isi kandungan 18/25

3)penulisan 2/5

kesimpulan 4/5

jumlah 27/40=

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum,
bangsa dan agama. Kepelbagaian kaum, bangsa dan agama boleh mewujudkan banyak kesan
baik dan buruk terhadap perpaduan di sesebuah negara. Perbezaan kaum, bangsa dan agama
boleh menyebabkan wujudnya tiada persefahaman antara individu dan seterusnya boleh
mencetus kepada perbalahan antara kaum, bangsa dan agama. Kontroversi yang berlaku iaitu
isu pemakaian kurta (pakaian tradisional masyarakat India) oleh Perdana Menteri Malaysia
semasa sambutan perayaan Deepavali dibincangkan sebagai satu isu yang melanggar sensitiviti
agama Islam meskipun di India, ramai warganegara India yang beragama Muslim memakai
pakaian tersebut (Nur Farhana, Khadijah, Jaffary, Zul’Azmi dan Nur Solehah, 2020). Hal ini
jelas menunjukkan kurang pengetahuan tentang agama boleh menimbulkan isu yang akan
menjejaskan perpaduan masyarakat. Konflik antara agama turut mendorong kepada masalah
yang lebih meruncingkan iaitu apabila ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas
konflik yang berlaku dengan menawarkan pengenalan ajaran dan fahaman pluralisme agama
(Zaini Hassan, 2012).

Menurut hujah Huntington (2014), agama menjadi teras budaya dan mempengaruhi setiap
aspek dalam kehidupan manusia seperti politik, ekonomi dan sosial. Agama juga dikenal pasti
sebagai asas pembentukan peradaban oleh Huntington (2014). Oleh itu, pemahaman tentang
agama lain jelas boleh mempengaruhi aspek dalam kehidupan manusia dan melahirkan nilai-
nilai baik seperti hormat-menghormati, bertolak ansur dan dapat mengeratkan perpaduan
antara kaum dan bangsa.

Menurut artikel kajian, temubual yang dijalankan oleh Nur Farhana, Khadijah, Jaffary,
Zul’Azmi dan Nur Solehah (2020), majoriti dari informan Muslim dan Kristian bersetuju
bahawa pendekatan memahami agama lain dapat memupuk keharmonian agama di Malaysia.
Informan Muslim berpendapat bahawa tujuan-tujuan memahami agama lain adalah atas dasar
saling kenal mengenali kepercayaan antara pelbagai agama di Malaysia serta dapat mengetahui
sensitiviti agama lain agar pelaksanaan sifat hormat-menghormati dapat diamalkan. Informan
Kristian pula berpendapat bahawa tujuan-tujuan memahami agama lain boleh membina rasa
hormat, dan menolak perasaan bersangka buruk.

Kesimpulannya, pemahaman tentang agama lain dapat memberi banyak kesan positif terhadap
perpaduan masyarakat. Hal ini dapat menghasilkan masyarakat yang saling hormat-
menghormati, mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan melahirkan masyarakat yang
berfikiran terbuka. Jelas bahawa kesan positif ini dapat membantu dari segi perpaduan
masyarakat, kerjasama antara ahli politik yang berbeza agama, dan membina sebuah negara
yang aman dan damai. Justeru itu, masyarakat Malaysia haruslah mengamalkan sikap ingin
tahu tentang agama lain demi masa depan yang makmur.

Rujukan:

- https://www.unisza.edu.my/icic2017/images/04_Siti_Khatijah__Fadzli_Adam_Sensiti
viti_Agama_Dalam_Hubungan_Masyarakat_Pelbagai_Kaum_Di_Malaysia.pdf

You might also like