You are on page 1of 3

FLKT/06-00

To be completed by student – Please Print Clearly

Name(s):
1. Nur ‘Iffah Haziqah binti Ja’far

ID Number(s):
1. AM2001006755

Lecturer Name: Section No.:


Pn. Zuriani binti Ibhrim 1

Course Name and Course Code: Submission Date:


MPU3113 – Hubungan Etnik 11 March 2021

Assignment Title: Extension & Late Submission:


Peranan keluarga dalam memupuk perpaduan * Allowed / Disallowed

Assignment Type: % of Assignment Mark: Returning Date:


*Individual / Group

Penalties:
1. 10% of the original mark will be deduted for every one week period after the submission date
2. No work will be accepted after two week of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to extenuating circumstances you may be
eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week
5.
Declaration: I/We the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these regulations on
plagiarism and cheating. I/we confirm that this of work is my/our own. I/we consent to appropriate storage
of our work for checking ton ensure that there is no plagiarism/academic cheating.

Signature(s): IFFAH HAZIQAH

Name: (Nur ‘Iffah Haziqah)

This section may be used for feedback or other information


Tajuk: Peranan keluarga dalam memupuk perpaduan

Nama: Nur ‘Iffah Haziqah binti Ja’far

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Negara Malaysia terkenal
sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama.
Kehidupan bervariasi ini mendatangkan kebaikan juga keburukan. Antara keburukanya
adalah, setiap bangsa dan agama ini mempunyai sensitiviti terhadap sesuatu perkara. Apabila
terdapat pihak-pihak yang tidak boleh menghormati isu ini, akan tercetusnya pergaduhan dan
merosakkan keharmonian sesebuah masyarakat. Oleh itu, perpaduan antara bangsa dan
agama perlu diterapkan dalam diri setiap individu sedari kecil bagi menjaga keharmonian
negara Malaysia. Sewaktu kecil, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang
besar selaku ketua rumah dalam mendidik anak-anak untuk menghormati orang lain tanpa
mengira bangsa dan agama.

Hal ini telah dibincangkan dengan terperinci pada sebuah artikel berkaitan peranan
keluarga. Menurut artikel tersebut, pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian
Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Rozumah
Baharudin, berkata kanak-kanak lebih cenderung untuk bergaul mesra kerana pergaulan itu
berlandaskan aktiviti seperti bermain dan permainan yang mereka sukai. Oleh itu, kanak-
kanak dilihat lebih cenderung untuk bergaul kerana mempunyai minat yang sama dengan
kanak-kanak lain. Beliau menyatakan, seorang anak kecil adalah seorang yang naïf dan tidak
mengikuti mana-mana kumpulan. Ini kerana, mereka masih belum mammpu untuk berfikir
dan menilai seseorang dengan sendirinya, tidak seperti orang dewasa.

Oleh itu, menurut beliau pihak keluarga memainkan peranan yang sangat penting
sebagai langkah pertama untuk membentuk persepsi seorang kanak-kanak itu dalam menilai
seseorang tanpa mengira bangsa dan agama atau dengan kata lain, dalam memupuk sifat
perpaduan dalam diri anak-anak. Usaha berkenaan perlu dilakukan secara konsisten dan
bukan bermusim. Beliau menyatakan pembangunan manusia terutamanya kanak-kanak
dipengaruhi oleh dua unsur besar iaitu sistem mikro dan makro yang memainkan peranan
utama dalam pembinaan peribadi terutama di peringkat awal usia. Jika kedua sistem ini
diabaikan pada peringkat awal maka sukar menangani gejala negatif yang ‘mewarnai’
individu itu ketika dewasa. Sewaktu di peringkat mikro, elemen yang paling berpengaruh
untuk pembentuk peribadi adalah keluarga.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu menjadi ‘role model’ yang baik untuk anak-anak
mereka. Hal ini kerana, anak-anak membesar dengan memerhati gerak-geri, tingkah laku dan
cara hidup ibu bapa. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Apabila anak-anak
membesar dengan cara hidup yang baik, maka keharmonian hidup berbilang kaum itu dapat
disemaikan dalam jangka masa yang panjang.

Rujukan:

1. https://www.academia.edu/8723600/Peranan_keluarga_penting_untuk_membentuk_
masyarakat_bersatu_padu

You might also like