You are on page 1of 3

FLKT/06-00

To be completed by student – Please Print Clearly

Name(s):
AMMAR BIN JAMIL
ID Number(s):
AM2001006758

Lecturer Name: Section No.:


PUAN ZURIAINI BINTI IBRAHIM 1

Course Name and Course Code: Submission Date:


MPU3113 – Hubungan Etnik 11 NOVEMBER 2021

Assignment Title : Extension & Late Submission:


Peranan Politik di Malaysia:dalam * Allowed / Disallowed
kepelbagaian kaum
Assignment Type: % of Assignment Mark: Returning Date:
*Individual / Group

Penalties:
1. 10% of the original mark will be deduted for every one week period after the submission date
2. No work will be accepted after two week of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to extenuating circumstances you may be
eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week
5.
Declaration: I/We the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these regulations on
plagiarism and cheating. I/we confirm that this of work is my/our own. I/we consent to appropriate storage
of our work for checking ton ensure that there is no plagiarism/academic cheating.

Signature(s): AMMAR BIN JAMIL

Name: ( AMMAR BIN JAMIL )

This section may be used for feedback or other information

Tajuk: Sensitiviti Agama dalam Hubungan Masyarakat pelbagai Kaum di


Malaysia
Nama: AMMAR BIN JAMIL
Perpaduan merupakan matlamat utama sesebuah negara yang sedang pesat membangun ke arah
kemajuan di mana ia merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan untuk
menyatupadukan kepelbagaian kaum seperti di Malaysia. Semangat perpaduan kaum perlulah
dipupuk di dalam kalangan masyarakat agar dapat menuju ke arah kemajuan dan keharmonian
negara. Ahli politik sering menekankan dan melancarkan sebuah manifesto yang berkait rapat
dengan aspek perpaduan.

Matlamat utama Malaysia adalah untuk mencapai persepakatan oleh setiap kumpulan etnik di
mana ia dapat membawa ke arah perpaduan dengan memahami satu sama lain. Namun dalam
Malaysia, Perlembagaan undang-undang telah membenarkan dan menetapkan bahawa rakyat
mempunyai hak kebebasan bersuara. Oleh itu, setiap bangsa yang wujud di dalam negara ini
diberikan kebebasan untuk membentuk parti politik dengan agenda yang berbeza yang selari
dengan pandangan, bangsa dan agama mereka. Perkara ini sekaligus membenarkan bangsa lain
untuk menuntut hak yang selari dengan bangsa yang diberikan keutamaan dan keistimewaan
iaitu bangsa Melayu atau Bumiputera. Pertubuhan sesebuah parti politik seperti Malaysian
Indian Congress (MIC) dan Malaysian Chinese Association (MCA) memberi mereka
kebenaran untuk membina tujuan yang berbeza dan merealisasikan tujuan tersebut. Perkara ini
akan mengakibatkan masyarakat untuk berpecah belah kerana perebutan hak terhadap bajet
kerajaan. Kumpulan masyarakat yang telah sedia ada cenderung untuk bersaing antara satu
sama lain demi mendapatkan hak keistimewaan yang tertentu.

Selain itu, persepsi dan prejudis yang telah diajar kepada setiap golongan masyarakat dan kaum
adalah cenderung kepada kepentingan mereka sendiri. Ini merupakan suatu faktor utama yang
menghalang masyarakat daripada bersatu padu. Setiap individu di Malaysia, secara tidak
langsung telah diajar untuk bersangka mengikut perspektif tersendiri terhadap bangsa lain sejak
kecil lagi. Demikian itu, individu yang telah didedahkan dengan pengetahuan tertentu sejak
kecil cenderung untuk menolak perspektif yang berbeza tentang bangsa, kaum atau agama yang
lain yang bercanggah dengan perspektifnya. Meskipun perkara ini sukar untuk dielakkan
namun perkara ini dapat dicegah atau dapat dikurangkan dengan mengajar masyarakat
terutamanya kanak-kanak tanpa mengira bangsa, kaum mahupun agama dengan menerapkan
sifat keterbukaan dari segi hati dan minda untuk sentiasa menghormati antara satu sama lain
dan menerima realiti kehidupan sebenar selain hanya berpandukan persepsi dan prejudis yang
akan memusnahkan matlamat utama sesebuah negara.

Di sebalik itu, sejarah telah membuktikan bahawa kepentingan sesuatu kaum tidak menjadi
suatu penghalang kepada tercapainya perpaduan. Ia berlaku disebabkan sistem pemerintahan
yang wujud di Malaysia, yang membenarkan semua warganegara untuk menjadi sebahagian
daripada sistem pentadbiran. Demikian adalah untuk memastikan bahawa semua lapisan etnik
dapat menikmati hasil yang diperolehi semenjak Hari Kemerdekaan. Aspek utama yang wujud
dalam sistem pemerintahan adalah untuk wujudnya keadilan dan kesamarataan kepada semua
rakyat Malaysia, supaya tiada sesiapa harus merasa bahawa wujudnya ketidakadilan kepada
mereka yang bukan Melayu ataupun Bumiputera. Secara kesimpulannya, peranan politik di
Malaysia dari segi aspek kepelbagaian kaum adalah untuk membenarkan semua lapisan etnik
diberi layanan yang adil dan saksama. Disebabkan oleh itu, ia membenarkan etnik lain untuk
mempunyai sebuah medium bersuara. Dengan ini, ia dapat mengelakkan daripada wujudnya
penindasan terhadap hak bersuara mahupun hak rakyat. Akhir sekali, sistem pemerintahan di
Malaysia sudah mencukupi dalam memastikan semua rakyat dilayan dengan adil dan saksama.
RUJUKAN:

1. https://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v2n12010/makalah-v2n1-n4.pdf
2. http://eprints.utm.my/id/eprint/14762/1/FadilahZaini2009_PembangunanPolitik
dalamHubunganEtnik.pdf
3. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77690/1/FEM%202019%2014%20IR.pdf

You might also like