You are on page 1of 16

Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana perkembangan dalam sektor

peruncitan global memberi implikasi terhadap ruang ekonomi tempatan.

PENGENALAN

Dahulu, peruncitan di Asia merupakan sebuah perniagaan yang hanya dijalankan oleh

orang tempatan sahaja. Akan tetapi, peruncitan mula berubah disebabkan kewujudan satu

bentuk entiti perniagaan antarabangsa yang didominasi oleh warga asing (The Economist,

2001) (dipetik daripada Azlah Bin Md Ali, 2005). Keadaan ini turut membawa kepada

perkembangan peruncitan global di Malaysia. Hal ini menyebabkan peruncitan secara

tempatan telah berubah kepada gabungan antara pasar raya, peruncit, perniagaan kecil dan

kedai-kedai yang menjual peralatan tertentu di satu plaza yang sama. Keadaan ini telah

memberi implikasi terhadap ruang ekonomi tempatan.

Secara amnya, Zainal Abidin (1992) mendefinisikan peruncitan sebagai organisasi

perantara yang melaksanakan jualan secara terus kepada konsumer. Baginya, peruncitan

boleh dilakukan oleh orang perseorangan, firma atau syarikat. Maksud peruncitan turut

diperkuatkan lagi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (1993) yang menyatakan bahawa

peruncitan merupakan jualan semula barangan baru dan barangan terpakai kepada orang

awam untuk kegunaan persendirian atau seisi rumah. Menurut Lynch dan Wray (1994) pula,

peruncitan dapat dikelaskan mengikut barang yang diniagakan seperti kedai mudah beli,

gedung diskaun, kedai barang niaga am, pasar raya, kedai berjabatan dan penjualan secara

pos (dipetik daripada Azlah Bin Md Ali, 2005). Malah, Abd Rahman Roslan (2007) melalui

tinjauannya berkenaan ‘Fenomena Kebanjiran Hypermarket Asing di Lembah Klang’ turut

menyatakan bahawa peruncitan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu saiz kecil yakni kurang

daripada 400 m2, saiz besar iaitu lebih daripada 5000 m2 dan saiz lain-lain seperti farmasi atau

kedai khusus yang bersaiz kurang daripada 5000 m2. Jelaslah bahawa, peruncitan merupakan
aktiviti dagangan iaitu urusan jual beli yang melibatkan saluran pengedaran antara pengeluar,

pemborong, peruncit dan pengguna akhir.

Seterusnya, peruncitan global didasari oleh kewujudan globalisasi yang

mengakibatkan sesebuah perniagaan peruncitan cenderung untuk beroperasi melintasi batas

negara (L Zeller, Donna, 2017). Jadi, menurut Ramakrishnan (2010) (dipetik daripada

Tamana Anand, 2017), peruncitan global yang memasuki negara lain telah didaftarkan

dengan cukai jualan, cukai pendapatan, dan lain-lain bagi membolehkan hak milik peribadi

perniagaan peruncitan global memasuki pasar raya besar dan rangkaian runcit tempatan.

Menurut Dowson (1993) (dipetik daripada Abd Rahman Roslan, 2016), peruncitan global

merupakan pengantarabangsaan perniagaan runcit. Jadi, peruncitan global ialah operasi yang

dijalankan oleh sesebuah firma dengan pelbagai format perniagaan di satu atau lebih buah

negara. Menurut Birkin et al, faktor yang membolehkan peruncitan global memasuki pasaran

luar negara adalah disebabkan oleh faktor penarik dan faktor penolak. Faktor penarik

antaranya ialah lokasi, pasaran yang luas dan keuntungan yang tinggi manakala faktor

penolak pula adalah seperti kenaikan kos bagi buruh dan tanah serta persaingan yang sengit

sehingga membawa kepada pasaran perniagaan yang tepu. Jadi, peruncitan global dapat

memasuki pasaran asing melalui penggabungan dan pengambilalihan, pertumbuhan secara

organik, perjanjian francais, usahasama dan pelaburan secara besar-besaran (Abd Rahman

Roslan et al, 2016).

Perkembangan peruncitan global di Malaysia dapat dilihat melalui perkembangan

hypermarket. Hal ini disebabkan oleh dasar kerajaan Malaysia telah mempergiatkan aktiviti

pelaburan langsung asing (FDI) secara berkesan. Kesannya, Malaysia dibanjiri dengan

pertapakan peruncitan yang bertaraf syarikat Multinasional (MNC). Sebagai contoh, Dairy

Farm’s International dari Hong Kong melalui GCH Retail (M) Sdn. Bhd. telah

menubuhkan Giant. Malah, Tesco Ltd. Dari Britain melalui Tesco Store (M) Sdn. Bhd. Pula
telah menubuhkan jenama Tesco dan Tesco Extra. Tesco yang pertama telah ditubuhkan

pada Mei 2002 di Puchong, Selangor. AEON Ltd. Dari Jepun melalui AEON Berhad

dengan menubuhkan AEON Big di Malaysia manakala Carrefour yang berpusat dari

Perancis telah menubuhkan hypermarket yang pertama di Malaysia pada tahun 1994. Syarikat

JUSCO adalah anak syarikat ÆON Co. Ltd telah dibina pada tahun 1984 hasil daripada

permintaan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir untuk

membantu memodenkan industri runcit di Malaysia dengan menggunakan kepakaran

pengurusan yang paling maju di dunia. Dr Mahathir percaya bahawa pemodenan industri

runcit sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi negarq (Mohammadreza Aghaei, 2012).

Perkembangan hypermarket di Malaysia pada tahun 2002 adalah sebanyak 34 buah manakala

pasar raya adalah sebanyak 29075 buah. Dengan ini, menurut sumber My Metro (2020),

perkembangan peruncitan global telah menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara

kerana mencatatkan pendapat sebanyak RM 92 bilion pada tahun 2018 berbanding RM 62.4

pada tahun 2015. Jelaslah bahawa, perkembangan peruncitan global telah memberi impak

terhadap ekonomi tempatan.


PERBINCANGAN

Secara amnya, perkembangan peruncitan global telah membawa implikasi terhadap

ruang ekonomi tempatan seperti mewujudkan kerjasama antara peruncitan global dalam

membantu industri tempatan. Hal ini demikian dikatakan kerana Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhasrat untuk membantu usahawan

tempatan bagi mempercepat pemasaran produk mereka ke luar negara. Oleh itu, usaha untuk

membangunkan produk tempatan dapat dilaksanakan melalui rantaian hypermarket. Jadi,

kementerian telah melaksanakan kerjasama strategik dengan pihak pasar raya melalui

pelbagai jenis program contohnya seperti Program Promosi Produk Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS). Sehingga September 2007, sebanyak 315 pengusaha tempatan dengan

2717 jenis produk telah menyertai program ini dan 190 pengusaha tempatan dengan purata

sebanyak 1800 jenis produk telah berjaya disenaraikan dalam pasar raya di Malaysia. Jadi,

produk-produk yang mendapat jualan yang tertinggi di dalam pasar raya akan disenarai tetap

untuk berada di pasar raya tersebut. Bahkan, produk yang berjaya disenarai tetap akan diberi

pemantauan dari segi kapasiti pengeluaran, pembiayaan kewangan, kualiti produk, packaging

dan labelling. Seterusnya, KPDNHEP turut melaksanakan Program Citarasa Malaysia.

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan produk buatan Malaysia dikenali

oleh para pengguna secara bersemuka dan meningkatkan kemahiran pengusaha industri

tempatan dari segi pengurusan dan pembangunan produk bagi kapasiti yang besar. Jadi,
sepanjang tahun 2019, sebanyak 14 lokasi terpilih di seluruh Malaysia antara nya ialah Tesco

Mutiara Damansara, Aeon Big Wangsa Maju, Aeon Mall Nilai dan Aeon Mall Bukit Indah

Johor. Bukan itu sahaja, program ini turut diperluas ke luar negara seperti Pasar raya Giant di

Singapura dengan jumlah jualan sebanyak RM395,861.75 manakala 15 outlet Giant di

Indonesia dengan jumlah jualan sebanyak RM330,000.00. Oleh itu, kempen ini secara tidak

langsung telah menjadikan produk buatan industri tempatan dikenali di negara luar (Statistik

Utama KPDNKK, 2011),

Bukan itu sahaja, KPDNHEP turut melaksanakan kempen Beli Barangan Malaysia.

Umum mengetahui bahawa kempen ini telah dilaksanakan sejak 1994 bagi membantu

pengusaha tempatan berdepan dengan ekonomi yang tidak menentu. Malahan, kempen ini

juga bertujuan untuk membuka mata masyarakat dalam mengetahui bahawa kualiti barangan

yang ditawarkan oleh Malaysia adalah setaraf dengan kualiti piawaian antarabangsa.

Pelaksanaan kempen ini dilaksanakan melalui media massa dan ekspo. Antara pasar raya

yang turut membantu industri tempatan melalui kempen ini ialah Tesco. Menurut Berita Sinar

Harian yang ditulis oleh Mohd Adzlim Zainury pada 1 Februari 2020, Tesco telah

berkolaborasi dengan KPDNHEP bagi menyokong barangan buatan Malaysia. Rentetan itu,

Tesco telah menghias 100 trak Tesco Online dengan logo tersebut bagi menarik konsumer

untuk membeli barangan industri tempatan. Bukan itu sahaja, menurut Sinar Harian yang

ditulis oleh Hidayah Hairm pada 18 Ogos 2020, beliau menyatakan bahawa Ketua Pegawai

Operasi Tesco iaitu Sushimata Paul, Tesco turut menyokong barangan buatan Malaysia

dengan cara menjual barangan tersebut di dalam pasar raya. Hal ini dapat dibuktikan dengan

sebanyak 600 pembekal tempatan adalah di bawah rangkaian 62 pasar raya di Tesco. Malah,

84 peratus barangan berjenama Tesco dihasilkan oleh produk buatan tempatan. Antara

produk yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan adalah seperti pes makanan, produk

kecantikan, manisan dan lain-lain. Bukan itu sahaja, produk lampin bayi iaitu Fred and Flo
merupakan jenama Tesco yang dibuat oleh pengusaha tempatan telah laris dijual di cawangan

Tesco, platform e-dagang dan dieksport ke negara-negara jiran.

Oleh hal yang demikian, inisiatif yang telah dijalankan ini telah membawa impak

terhadap ekonomi tempatan. Hal ini dapat dibuktikan oleh ulasan daripada Datuk Seri

Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa jualan produk melalui pasar raya asing telah

merekodkan keuntungan sebanyak RM1.62 bilion iaitu peningkatan lebih RM28 juta pada

suku ketiga tahun 2020 berbanding RM1.59 bilion bagi tempoh sama tahun2019 (Berita

Harian, 2 November 2020). Jelaslah bahawa, perkembangan dalam sektor peruncitan global

telah memberikan impak yang positif terhadap ekonomi tempatan melalui usaha sama dalam

membantu pengusaha tempatan yang berskala kecil dan sederhana.

Selain itu, mewujudkan persaingan antara peruncit antarabangsa dan peruncit

tempatan juga merupakan impak terhadap ekonomi tempatan disebabkan perkembangan

peruncitan global. Kewujudan peruncit antarabangsa seperti hypermarket yang tumbuh bagai

cendawan ini membolehkan pengguna mempunyai lebih daripada satu pilihan untuk membeli

belah (McGoldrick & Andre, 1997). Oleh itu, pengguna lebih memilih untuk membeli belah

di pasar raya yang berskala besar kerana mempunyai kemudahan akses untuk pelbagai

barangan, harga, diskaun dan tawaran istimewa (dipetik daripada Hasliza Hassan et al, 2012).

Bukan itu sahaja, pengguna lebih menyukai membeli belah di hypermarket kerana

persekitaran yang kondusif iaitu semua kedai di bawah satu bumbung serta tempat letak

kenderaan yang luas (Abd Rahman Roslan, 2007). Hal ini mengakibatkan pengguna akan

memilih kedai runcit tempatan untuk barangan kecil sahaja. Hal ini secara tidak langsung

telah mengubah pola membeli belah pengguna yakni perubahan dari peruncitan tradisional
seperti kedai runcit dan perniagaan bercorak pasar seperti pasar malam, pasar pagi, pasar

minggu kepada peruncitan bertaraf global seperti hypermarket (Abd Rahman Roslan, 2007).

Kesannya, peruncit tempatan terpaksa bersaing dengan peruncit antarabangsa dari

segi harga dan kualiti barangan (Hasliza Hassan et al, 2012). Bukan itu sahaja, menurut Wan

Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim (2005) (dipetik daripada Raja Maimon Raja Yusof et. al,

2010), faktor yang menyebabkan peruncit tempatan tidak dapat menyaingi peruncit

anatarabangsa antaranya ialah strategi pemasaran dan khidmat pelanggan yang kurang

berkesan, pekerja tidak cekap dan amanah, lokasi perniagaan yang tidak sesuai serta kurang

pengalaman. KPDNHEP juga turut menyatakan bahawa peruncit tempatan tidak mempunyai

bajet khas untuk mempromosi produk mereka sebaliknya mereka terlalu bergantung kepada

pelan perniagaan peruncit antarabangsa.

Bagi mengukuhkan kenyataan ini, Menurut Moreira (2003) (dipetik daripada Raja

Maimon Raja Yusof et al, 2010), peruncit antarabangsa seperti Tesco, Carrefour dan Giant

telah menurunkan harga barangan keperluan harian masyarakat. Akibatnya, sebanyak 16

buah Supermarket Tops telah ditutup pada tahun 2000 dan enam buah lagi ditutup pada

penghujung tahun 2002 (Ganesan, 2003). Keadaan ini juga dapat dilihat melalui hasil jualan

Supermarket Ocean di Lembah Klang pada tahun 2002 telah mengalami penurunan sebanyak

38 peratus dari tahun sebelumnya. Bahkan, menurut Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga

Kecil Melayu Wilayah Persekutua menyatakan bahawa seramai 500 ahlinya di Pasar Datuk

Keramat telah menerima kesan yang serius akibat pembukaan Carrefour. Hal ini

menyebabkan sseramai 1 800 peruncit tempatan di sekitar hypermarket di kawasan pusat

bandar juga terpaksa ditutup perniagaan mereka. Selain itu, menurut Setiausaha Agung

Persatuan Pengusaha Pasar Mini dan Kedai Runcit Muslim menjelaskan bahawa hypermarket

di kawasan mereka telah menjejaskan penguasaan peruncit tempatan antara 30 hingga 40

peratus terutama dilokasi yang berhampiran dengan hypermarket. Hal ini adalah disebabkan
peruncit tempatan mengalami masalah untuk meneruskan perniagaan mereka kerana produk

yang dikeluarkan tidak dapat bersaing daripada segi harga dan kualiti di samping pulangan

margin yang rendah.

Disebabkan kebanjiran peruncit antarabangsa iaitu hypermarket di kawasan Lembah

Klang, pihak kerajaan seperti KPDNKK dan KPDNHEP terpaksa mewujudkan garis panduan

untuk mengurangkan perkembangan hypermarket antaranya ialah hypermarket tidak boleh

beroperasi dalam radius kilometer 3.5 kilometer daripada kawasan-kawasan perumahan,

permohanan pembangunan hypermarket di kawasan Lembah Klang perlu mendapat kelulusan

daripada KPDNKK dan KPDNHEP terlebih dahulu dan hypermarket tidak dibenarkan untuk

beroperasi selama 24 jam. Sungguhpun garis panduan ini adalah untuk membendung

perkembangan hypermarket, akan tetapi, hypermarket tetap menjadi pilihan utama pengguna.

Jelaslah bahawa, perkembangan peruncitan global telah memberi impah terhadap ekonomi

tempatan melalui persaingan.

Seterusnya, perkembangan dalam sektor peruncitan global turut memberi implikasi

terhadap ruang ekonomi tempatan melalui pembangunan kemudahan infrastruktur di kawasan

setempat. Secara amnyanya, peruncitan tidak kira global atau tempatan merupakan premis-

premis perdagangan. Jadi, kewujudan peruncitan bukan sahaja memenuhi keperluan hidup

manusia tetapi menjadi pemangkin terhadap pembangunan setempat. Pertapakan peruncitan

global di Malaysia seperti hypermarket hendaklah mengikut Garis Panduan Perancangan

Kawasan Perdagangan. Antara garis panduan yang ditetapkan ialah keluasan ruang lantai

perniagaan tidak kurang daripada 5,000 meter persegi, menjual pelbagai jenis barangan

pengguna yang merangkumi barangan makanan dan bukan makanan dalam pelbagai saiz,

kuantiti dan bentuk pembungkusan. (KPDNKK, 2012). Kedua, keluasan hypermarket adalah

tidak kurang daripada 1.8 hektar. Ketiga, perletakan hypermarket hendaklah mengikut
hierarki petempatan dan berhampiran jalan utama yakni dihubungkan dengan jalan utama

yang berminimum 10 meter untuk menampung lalu lintas. Ketiga, hypermarket perlulah

mempunyai jalan susur. Keempat, hypermarket hendaklan mempunyai kemudahan tempat

letak kereta yang mencukupi dengan mengambil kira keperluan pelanggan OKU dan

pelanggan berkeluarga (kanak-kanak dan bayi) serta pemandu wanita berseorangan (single

woman driver). Kemudahan tempat letak kerta juga perlu dilengkapi dengan off-street

parking atau on-street parking mengikut piawaian perancangan semasa. Bukan itu sahaja,

hypermarket perlu mempunyai sistem pengawasan keselamatan menggunakan CCTV.

Bahkan, hypermarket perlu mempunyai ruang khusus untuk kemudahan perkhidmatan

pengangkutan awam seperti bas atau teksi dan kenderaan persendirian bagi menurun dan

mengambil penumpang. Hypermarket juga hendaklah menyediakan kawasan atau fasiliti khas

yang mesra bayi untuk ibu menyusukan bayi. Bahkan, setiap hypermartket perlu dihiasi

dengan landskap kejur dan lembut yang bersesuaian (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan, 2016).

Bagi memperkukuhkan panduan ini, Ikea yang dibangunkan di Batu Kawan dengan

nilai pelaburan sebanyak RM 650 juta yakni sebanyak 200 ekar tanah ini telah menarik

pelabur asing untuk membangunkan kawasan yang hanya mempunyai bangunan

perindustrian, kawasan perumahan dan stadium. Jadi, kewujudan Ikea yang pertama di

wilayah utara Semenanjung Malaysia telah membawa kepada pembangunan setempat selari

dengan garis panduan yang diberikan. Bukan hanya landskap yang cantik, kemudahan tempat

letak kereta di dalam dan luar, bahkan Ikea turut dilengkapi dengan panel solar dan system

penangkap air hujan bagi mengurangankan pembuangan dan menjadikan kawasan tersebut

lebih mampan dan lestari. Bukan itu sahaja, antara kemudahan yang disediakan juga ialah
restoran yang mampu menampung kapasiti pelanggan serta akses mudah terhadap 8000

produk kelengkapan gaya Sweden (Sunarti Yusoff, 2019)

Bukan itu sahaja, menurut Berita Harian Online (S Anand Kumar, 20 Oktober 2016).

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (GCH) iaitu pengendali Pasar Besar Giant telah melabur

sebanyak RM38 juta bagi menaiktaraf Giant Plentong bagi menawarkan persekitaran

membeli-belah yang lebih selesa dan mesra pelanggan. Giant Plentong yang didirikan di atas

keluasan kira-kira 500,000 kaki persegi itu turut menempatkan sebanyak 156 premis kedai

dalam pasar raya berkenaan mampu memenuhi keperluan harian kira-kira 300,000 penduduk

setempat sekitarnya. Rentetan itu, Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail iaitu Pierre

Deplanck menyatakan bahawa Giant Plentong yang sudah bertapak di bandaraya ini sejak 18

tahun lalu kini turut disediakan 1,800 ruang meletak kenderaan untuk keselesaan pelanggan.

Jadi, jelaslah bahawa, perkembangan peruncitan global telah memberi impak positif terhadap

ekonomi tempatan melalui pembangunan infrastruktur yang mampu menjamin kelestarian

pengguna.

Akhir sekali, perkembangan peruncitan global turut memberi impak terhadap

ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan. Sejak Mac 2020, seramai 800000 orang telah

hilang pekerja disebabkan Covid-19 kerana perniagaan terpaksa ditutup. (Mohd Nasaruddin

Parzi dan Luqman Arif, 31 Oktober 2020). Malah, satu pertiga daripadanya merupakan

golongan belia yang berusia lingkungan 30 tahun ke bawah (Berita Harian Online, 13 Ogos

2020). Keadaan ini mendorong peruncitan global membuka peluang pekerjaan kepada

masyarakat yang terkesan akibat Covid-19. Sebagai contoh, Tesco Stores (Malaysia) Sdn

Bhd telah menawarkan sebanyak 600 peluang pekerjaan di 60 cawangannya di seluruh negara

berikutan peningkatan mendadak permintaan produk makanan dan keperluan rumah akibat

pandemik Covid. Jadi, Tesco membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berumur 18

hingga 60 tahun dengan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun tidak
mempunyai pengalaman terdahulu untuk awatan sepenuh masa, sementara dan separauh

masa.. Bahkan, Tesco turut membuka peluang kepada semua yang memerlukan termasuklah

rakyat kurang upaya untuk. Antara kekosongan yang ada termasuklah rakan sekerja

cawangan, juruwang, picker dan penghantar barangan untuk Tesco Online (FMT Reporter, 7

April 2020).

Bukan itu sahaja, menurut Berita Harian Online, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd

iaitu pengendali pasar raya besar Giant telah melebarkan sayapnya dengan membuka

rangkaian pasar raya terbarunya dengan pelaburan bernilai RM35.3 juta. Menurut Menteri

Besar, Datuk Seri Azlan Man, pasar raya Giant di Kangar yang menempatkan 36 kedai

termasuk telah membuka peluang pekerjaan kepada 1,700 orang. Bukan itu sahaja,

pembukaan pasar raya itu turut memberi peluang pekerjaan kepada usahawan industri kecil

dan sederhana (IKS) untuk mempamerkan produk mereka kepada pengguna. Hal ini

debuktikan dengan lebih 200 usahawan IKS termasuk dari Perlis merupakan pembekal

produk kepada pasar raya ini dengan lebih 4,000 barangan (Akmal Syazwan Abdul Manaf, 6

Februari 2016).

Walaubagaimanapun, perkembangan peruncitan global juga turut membawa kepada

impak negatif terhadap ekonomi tempatan kerana peluang pekerjaan masyarakat tempatan

didominasi oleh pekerja asing. Menurut laman web Astro Awani ( Prof Dr Mohd Nazari

Ismail, 10 Mei 2019), kebanyakan majikan cenderung untuk mengambil pekerja asing kerana

mereka sanggup melaksanakan pekerjaan walaupun pada kadar gaji yang minima yakni RM

1100 sebylan atau RM5. 29 per sejam. Akan tetapi, masyarakat tempatan mempunyai sikap

yang gemar memilih pekerjaan, tidak kekal dalam tempoh yang lama dan sering bertukar-

tukar kerja. (Mohd Na’eim, 2015) (dipetik daripada Nurina Awanis Mohamed et al, 2019).

Bukan itu sahaja, kebanyakan pekerja tempatan lebih mengutamakan komitmen sosial

berbanding komitmen keja (PIKAP, 2017). Sikap masyarakat tempatan juga dapat dilihat
melalui taraf pendidikannya. Sekiranya taraf pendidikan mereka tinggi, mereka akan mencari

pekerjaan yang setaraf dengan pencapain mereka. Selain itu, pekerja juga tidak diberi peluang

untuk terlibat dalam membuat keputusan proses yang dianggap untuk pengurusan atasan

syarikat. Perniagaan peruncitan yang didominasi oleh warga asing ini telah menyebabkan

lebih ramai masyarakat tempatan menganggur lantas tidak membawa kebaikan kepada

ekonomi negara. Jelaslah bahawa, perkembangan peruncitan global telah memberikan impak

yang positif dan negatif terhadap ekonomi tempatan khususnya dalam peluang pekerjaan.

PENUTUP

Secara kesimpulannya, perkembangan dalam sektor peruncitan global memberi

implikasi terhadap ruang ekonomi tempatan. Implikasi yang dihadapi adalah positif dan

negatif. Hal ini dapat dilihat melalui peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur, persaingan

dan usahasama antara syarikat tempatan dan syarikat global. Kepesatan peruncitan di

Malaysia merupakan nadi ekonomi negara. Hal ini dapat dibuktikan melalui  indeks runcit

tahunan, telah mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan iaitu meningkat daripada 10.5

peratus pada suku pertama 2019 kepada 23.8 peratus pada suku pertama 2020 (My Metro, 29

Mei 2020)

Jadi, negara Malaysia hendaklah sentiasa mengukuhkan hubungan perdagangan

dengan negara luar melalui pelaburan, usahasama dan perjanjian bagi membolehkan lebih

banyak peruncitan bertaraf antarabangsa beroperasi di negara ini. Hal ini membawa kepada

aliran keluar masuk wang yang akan memberi impak kepada ekonomi tempatan. Dengan ini,

walaupun negara Malaysia merupakan negara yang sedang membangun, akan tetapi, ekonomi

tempatan Malaysia disebabkan peruncitan akan terus berkembang dan gah setanding dengan

negara maju yang lain.


RUJUKAN

Abd Rahman Roslan. (2007). Fenomena Kebanjiran Hypermarket Asing di Lembah Klang:

Satu Tinjauan.

https://www.academia.edu/1817576/FENOMENA_KEBANJIRAN_HYPERMARKET_ASI

NG_DI_LEMBAH_KLANG_SATU_TINJAUAN

Mohd Nasaruddin Parzi & Luqman Arif Abd Karim. (31 Oktober 2020). ‘800,000 Hilang

Kerja Sejak Covid-19 Melanda. [Berita Haian Online].

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/748412/800000-hilang-kerja-sejak-

covid-19-melanda

Berita Harian Online. ( 13 Ogos 2020). ‘Buka Peluang Pekerjaan kepada 500 Belia

Menjelang 2021.’ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/720856/buka-

peluang-pekerjaan-kepada-500-belia-menjelang-2021

Nurina Awanis Mohamed. (2019). Dilema Majikan dalam Isu Menggaju Pekerja Tempatan

atau Pekerja Asing di Malaysia: Perspektif Majikan. Geografia Online Malaysian Journal of

Society and Space. 15(3), 136-147. https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/32220


My Metro. (29 Mei 2020). ‘Peruncitan Melonjak’.

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/05/583538/peruncitan-melonjak

Akmal Syazwan Abdul Manaf. ( 6 Februari 2016). ‘Giant Buka Cawangan di Perlis’. [ Berita

Harian Online]. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2016/02/121667/giant-buka-

cawangan-di-perlis

Prof Dr Mohd Nazari Ismail. (10 Mei 2019). ‘Pekerja Asing Ramai Sebab Orang Malaysia

Malas.’ [Astro Awani] https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-asing-ramai-

sebab-orang-malaysia-malas-207358

FMT Reporters. ( 7 April 2020). ‘Tesco Tawar 600 Pekerjaan di 60 Cawangan Seluruh

Negara’. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/07/tesco-tawar-600-

pekerjaan-di-60-cawangan-seluruh-negara/

Abd Rahman Roslan et al,. (2016). Strategi Pengembangan Peruncit Asing di Malaysia: Kes

Pasar Raya Besar. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space. 12(4), 116-

130.

https://www.researchgate.net/publication/309494199_GEOGRAFIA_Online_TM_Malaysian

_Journal_of_Society_and_Space_12_issue_4_116_-

130_116_Strategi_pengembangan_peruncit_asing_di_Malaysia_Kes_Pasar_Raya_Besar

Statistik Utama KPNDKK. (2011). Malaysia: Maklumat Umum.

www.kpdnhep.gov.my 

Mohammadreza Aghaei et al. (2012). Measure of Customer Satisfaction in the Hyper

Supermarkets in Malaysia. International Journal of Scientific and Research Publication. (2)1,

1-9.
https://www.researchgate.net/publication/216663477_Measure_of_customer_satisfaction_in_

hyper_supermarkets_in_Malaysia

L Zeller, Donna. (2017). The Retail Industry: Expanding in the Global Market. Human

Resources and Employment Relations: The Pennsylvania State University.

https://www.researchgate.net/publication/321151046_The_Retail_Industry_Expanding_in_th

e_Global_Market

Tamana Anand. (2017). Impact of FDI in Organised Retailing in Malaysia: Study of

Different Intermediaries.https://scindeks-clanci.ceon.rs/data/pdf/1820-6859/2017/1820-

68591701001B.pdf

Azlah bin Md Ali. (2005). Kesan Kewujudan Hypermarket ke Atas Peniaga Melayu di Johor.

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber

Manusia Universiti Teknologi Malaysia. https://core.ac.uk/display/11779184

Portal Rasmi Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. (2021).

Pembangunan Produk PKS. https://www.kpdnhep.gov.my/ms/aktiviti-kpdnhep/25-

perdagangan/perniagaan/pembangunan-produk-pks.html

Portal Rasmi Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. (2021).

Kempen Beli Barangan Malaysia.

https://www.kpdnhep.gov.my/ms/kepenggunaan/program/kempen-beli-barangan-

malaysia.html

Hidayah Hairom. (18 Ogos 2020). ‘Tesco Komited Angkat Martabat Produk Tempatan’.

[Sinar Harian]. https://www.sinarharian.com.my/article/97123/BISNES/Tesco-komited-

angkat-martabat-produk-tempatan

Mohd Adzlim Zainury. (1 Februari 2020). ’14 Produk PKS baharu di Tesco’. [Sinar Harian].
https://www.sinarharian.com.my/article/68292/BERITA/14-produk-PKS-baharu-di-Tesco

Rohaniza Idris & Muhammad Yusri Muzamir. (2 November 2020). ‘Nilai jualan Produk

Tempatan Meningkat 1.8 Peratus Suku Ketiga Tahun ini’. [Berita Harian Online].

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/749051/nilai-jualan-produk-tempatan-

meningkat-18-peratus-suku-ketiga-tahun

S Anand Kumar. (20 Oktober 2016). ‘CGH Labur RM 38 juta Naiktaraf Giant Plentong’.

[ Berita Harian Online]. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2016/10/204105/gch-

labur-rm38-juta-naiktaraf-giant-plentong

Raja Maimon bt Raja Yusof et al. (2010). Penerimaan Produk Bumiputera di Hypermarket.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Maktab Koperasi Malaysia.

Hasliza Hassan et al. (2012). Transformation of Hypermarket Reailing Industry in Malaysia.

International Conference on Innovation, Management and Technology Research.

https://www.researchgate.net/publication/241633919_Transformation_of_Hypermarket_Reta

iling_Industry_in_Malaysia/link/54db89d20cf2a7769d91fd92/download

Sunarti Yusoff. (2019). ‘Ikea di Pulau Pinang’. [Buletin Mutiara].

https://www.buletinmutiara.com/download/2019/BuletinMutiaraMar22019-BM.pdf

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan

Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. (2016). Garis Panduan Perancangan Kawasan

Perdagangan. https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/garis-panduan-perancangan/2092-

14-gp003-a-gpp-kawasan-perdagangan-addendum-2017/file

You might also like