You are on page 1of 5

KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR

32610 SERI ISKANDAR


PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS PENERANGAN

NAMA KURSUS /
BANKING
COURSE NAME

TAHAP / LEVEL
1 SEMESTER 2
NO DAN TAJUK
MODUL/ MODULE NO BPB BASIC ECONOMIC
AND TITLE

STANDARD
M201K4 IDENTIFY THE FACTORS OF PRODUCTION IN
KANDUNGAN /
ECONOMY
CONTENT STANDARD

M201K1 IDENTIFY THE CONCEPT OF ECONOMICS

M201K2 IDENTIFY THE CONCEPT OF DEMAND AND


SUPPLY

OBJEKTIF MODUL / M201K3 IDENTIFY THE THEORY OF PRODUCTION AND


MODULE OUTCOMES COST

M201K4 IDENTIFY THE FACTORS OF PRODUCTION IN


ECONOMY

M201K5 IDENTIFY MARKETS STRUCTURES IN


ECONOMY

NO KOD / CODE NO BPB/201/P(4/5) Muka : 01 Drp : 03

UNIT PERBANKAN
JABATAN BISNES
DISEDIAKAN OLEH
KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR
NAMA PELAJAR

TAJUK : IDENTIFY THE FACTORS OF PRODUCTION IN ECONOMY


Kertas penerangan ini bertujuan menjelaskan tentang peranan modal, buruh, tanah,
dan usahawan dalam ekonomi. Selain itu, ia juga menerangkan tentang kepentingan
permintaan dan penawaran buruh dalam pasaran disamping cirri-ciri seorang usahawan
yang berjaya.

FAKTOR PENGELUARAN
Tanah, Buruh, Modal dan Usahawan
Faktor pengeluaran merupakan unsur penting bagi menjalankan aktiviti pengeluaran.
Tanpa mana-mana faktor tersebut, penegeluaran tidak dapat dilaksanakan. Setiap
faktor akan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti
pengeluaran. Faktor pengeluaran terdiri tanah, buruh, modal dan usahawan.

Tanah
 Tanah merupakan kekayaan daripada alam semula jadi yang terdapat di laut, darat
dan udara.
 Tanah menyediakan tempat, sumber asli dan ruang bagi melakukan pengeluaran.
 Tanah merupakan tapak atau ruang untuk aktiviti pengeluaran beroperasi seperti
tanah pertanian, kawasan perikanan dan tapak  industri.
 Sumber asli merupakan bahan galian, hasil pembalakan, hasil laut dan sebagainya
yang menjadi bahan mentah untuk diproses menjadi bahan siap. Contohnya dalam
pengeluaran perabot, kilang perabot memerlukan tapak kilang, kayu, paku dan skru.
Kayu dan papan diprolehi dari hutan. Paku dan skru diperbuat daripada besi. Tapak
kilang, kayu dan besi berpunca daripada tanah.

Buruh
 Buruh merupakan segala usaha manusia secara fizikal atau mental untuk
melaksanakan pengeluaran. Buruh tidak mahir merupakan buruh yang tidak
mempunyai pengetahuan atau kemahiran tinggi seperti buruh kasar. Buruh mahir
seperti jurutera, doctor dan akuantan. Kerja-kerja buruh boleh dilakukan sendiri oleh
pengusaha atau diupah orang lain melakukanya.
Modal
 Modal adalah kekayaan berupa wang bagi membeli asset seperti bangunan, kilang,
kedai, peralatan, mesin dan seumpamanya. Asset ini diperlukan bagi melakukan
pengeluaran. Modal boleh dikumpul sendiri atau dipinjam.
Usahawan
 Usahawan merupakan seseorang yang mengguna dan menggabungkan faktor
pengeluaran bagi menghasilkan produk. Ia mestilah orang yang berkebolehan dan
berkemahiran dalam melakukan pengeluaran supaya beroleh keuntungkan.

4.1 PERANAN MODAL DALAM PERNIAGAAN


Kepentingan modal kepada perniagaan.
Mengekalkan kedudukan perniagaan
 Usaha ini mebolehkan perniagaan terus maju dan terus berada dalam pasaran. Modal
membolehkan perniagaan menjalankan aktiviti semasa dan aktiviti yang telah dirancang
untuk masa depan.
 Modal yang berterusan membolehkan perniagaan terkekal dalam pasaran terutama apabila
perniagaan yang memerlukan pembiayaan tambahan untuk menampung kos perbelanjaan
yang meningkat. Di samping itu, dapat strategi baru bagi menangani pesaing supaya
mendapat tempat dalam pasaran.

Membentuk strategi perniagaan yang berkesan.


 Perniagaan yang mempunyai keuntungan, lebih berkemampuan untuk bersaing.
 Untuk membolehkan perniagaan merancang trategi lebih berkesan untuk mengatasi
strategi pesaing.
 Digunakan untuk mempertingkatkan peruntukan perbelanjaan promosi sedia ada.

Mengembangkan perniagaan
 Keuntungan dapat meningkatkan jumlah dan nilai asset perniagaan.
 Perniagaan yang besar mempunyai ekonomi bidangan yang tinggi iaitu menanggung
kos pengeluaran rendah bagi seunit.
 Meningkatkan daya saing.
 Menambahkan pelaburan modal dan modal kerja dalam perniagaan sedia ada.

Menjadi dorongan kepada pekerja


 Apabila syarikat mendapat keuntungan yang besar, pekerja akan berasa selamat dan
selesa. Keuntungan menggambarkan perniagaan berpotensi untuk terus maju dan
bertahan dalam pasaran.
 Pemberian bonus akan menjadi pendorong kepada pekerja untuk bekerja lebih tekun
dan berdaya saing.

Penggunaan teknologi yang lebih moden


 Keuntungan membolehkan perniagaan mampu menggunakan teknologi yang lebih
moden.
 Penggunaa teknologi yang lebih moden membolehkan peningkatan produktiviti dan
menurunkan kadar kecacatan produk.

4.2 PERANAN USAHAWAN DALAM EKONOMI


Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan
mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Usahawan juga merupakan peneraju
ekonomi negara. Mereka memainkan peranan yang sangat penting terhadap
pembangunan masyarakat dan negara. Antara peranan usahawan dalam perniagaan
ialah :
1. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
2. Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi.
3. Meningkatkan taraf hidup.
Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
 Usahawan-usahawan memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat di mana mereka
akan memberi barangan mengikut permintaan pasaran. Mereka menyediakan barang-
barang keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Barangan kehendak
seperti alat telekomunikasi , gajet dan makanan mewah turut disediakan untuk memenuhi
kehendak di dalam diri yang menginginkan keseronokan.

Menyumbang terhadap pembangunan pembangunan ekonomi.


 Usahawan-usahawan yang ada, menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan
ekonomi masyarakat. Dalam masa yang sama mereka meningkatkan ekonomi negara.
Secara tidak langsung usahawan-usahawan telah membantu ekonomi negara dengan
pendapatan kasar jualan jutaan ringgit setahun.

Meningkatkan taraf hidup.


 Dengan barangan yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan , ia membantu meningkatkan
taraf hidup masyarakat di Malaysia.
 Teknologi sekarang semakin berkembang maju. Sebagai contoh terdapat touchscreen
untuk pengguna telefon bimbit. Pada hari ini kita dapat menggunakannya, kerana usahawan
telah membantu merealisasikannya.

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA


1. Sanggup mengambil risiko.
2. Bijaksana.
3.Sifat kepimpinan.
4.Minat mendalam terhadap perniagaan.
5.Bersikap jujur dan boleh dipercayai.
6.Inovatif.
7.Kreatif.
8.Bijak merebut peluang.

You might also like