You are on page 1of 4

SKEMA JAWAPAN UJIAN PENILAIAN 2 2020

Bahagian A.

1. A
2. D
3. C
4. A
5. B
6. C
7. D
8. B
9. C
10. B
11. C
12. B
13. A
14. D
15. B
16. C
17. D
18. D
19. C
20. A

Bahagian B

Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

Skema Latihan 1

21 Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

22 Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

Skema Latihan 2

23 Murid yang berbadan besar itu / kawan saya.

24 Markah mereka dalam peperiksaan kali ini / rendah-rendah.

Peribahasa
25 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna /
Nasi sudah menjadi bubur

Pemahaman petikan
26. - cabaran Laiman ayahnya tidak membenarkan dia menjadi petani
1
- cabaran Willy terpaksa mengusahakan ladang di usia muda.

27. - berjaya dalam bidang pertanian dan penternakan


- seorang yang gigih berusaha

28. - Pihak kerajaan memberi bantuan kewangan dan insentif tambahan kepada golongan muda
yang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian
- Pihak bank menganjurkan kempen menarik minat generasi muda

29. Novel Chot – latar masyarakat dan contoh peristiwa jawapan yang sesuai boleh diterima

BAHAGIAN C
[15 markah]

Soalan 30

Soalan (i) : Ringkasan ( isi 5x2=10 markah ) + (bahasa= 5)

Bencana alam tidak kerap berlaku di negara ini berbanding negara jiran seperti Filipina dan
Indonesia. Antara bencana alam yang sering melanda Malaysia meliputi banjir, tanah runtuh dan
kebakaran hutan. Maka, ada beberapa inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk menghalang bencana
alam berlaku.

Kaedah yang paling mudah ialah kerajaan mewujudkan satu sistem amaran awal apabila
bencana alam berlaku di negara ini. Sistem ini boleh melibatkan penggunaan siren, telefon bimbit
dan juga pengumuman menerusi televisyen supaya masyarakat boleh melarikan diri dengan segera.
Sesungguhnya, pengenalan sistem awal ini boleh menghalang nyawa manusia daripada terkorban
itu.

Selain itu, masyarakat harus dilatih dengan pelbagai latihan kecemasan supaya bersedia
menghadapi bencana alam. Golongan muda harus didedahkan dengan teknik menyelamatkan diri
apabila berlaku kejadian banjir dan angin taufan supaya mereka tahu tindakan yang betul untuk
dilaksanakan itu. Sebenarnya, kefahaman tentang kaedah menyelamatkan diri boleh membantu
mengurangkan kadar kematian apabila bencana alam berlaku.

Tambahan pula, bencana alam boleh dikekang apabila kita menjaga keseimbangan alam
itu. Kawasan bukit dan hutan hendaklah dipelihara supaya wujud dalam keadaan yang sempurna
tanpa ada pembangunan tertentu. Jadi, alam yang dikekalkan keadaannya boleh memastikan
bencana alam tidak akan berlaku sewenang-wenangnya.

Pasukan khas menangani bencana alam boleh ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam
mengatasi isu bencana alam ini. Penyertaan ahli pasukan ini mestilah mempunyai kemahiran
dalam pelbagai bidang dan fizikal yang lasak serta kuat. Ringkasnya, pasukan khas ini boleh
dihantar untuk melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa bencana alam dengan pantas.

Kesimpulannya, semua kaedah tadi boleh menghalang bencana alam daripada meragut
nyawa manusia di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutamanya masyarakat amat diperlukan
agar bencana alam tidak menjadi sesuatu yang lazim di negara ini. Peribahasa malang tak

2
berbau mengingatkan kita bahawa kejadian bencana alam boleh menimpa sesiapa sahaja yang tidak
berdosa itu.

Soalan Ulasan

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan murid:

(a) Pemeriksa perlu memberikan penekanan pada idea yang ditulis oleh calon
(b) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression) berdasarkan kriteria
(c) Pemeriksa diminta menandakan kesalahan bahasa seperti penandaan jawapan karangan
(d) Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah:

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


Idea
- Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan
bahan
- Ulasan idea yang jelas dan matang
Bahasa
Cemerlang 13 - 15
- Ayat gramatis
- Kosa kata luas dan tepat
- Ejaan dan tanda baca betul
- Penanda wacana yang betul
- Kesalahan bahasa yang minimum
Idea
- Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan
bahan
- Ulasan idea yang jelas
Bahasa
Baik 09 - 12
- Ayat masih gramatis
- Kosa kata luas
- Ejaan dan tanda baca masih betul
- Penanda wacana yang masih betul
- Kesalahan bahasa yang masih minimum

Idea
- Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan
dengan bahan
Kurang - Ulasan idea yang kurang jelas
05 - 08
Memuaskan Bahasa
- Ayat kurang gramatis
- Kosa kata terhad
- Kesalahan bahasa yang ketara

3
- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
Penguasaan
01 - 04 penguasaan
Minimum
bahasa yang tidak cekap

SOALAN KARANGAN RESPON TERHAD ( KARANGAN PENDEK) 10 MARKAH

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


Idea
- idea relevan dengan tugasan
- huraian idea yang jelas, menarik dan matang
-Contoh yang sesuai
Bahasa
Cemerlang 08-10
- Ayat gramatis
- Kosa kata luas dan tepat
- Ejaan dan tanda baca betul
- Penanda wacana yang betul
- Kesalahan bahasa yang minimum
Idea
- idea relevan dengan tugasan
- huraian idea yang jelas, menarik
-Contoh yang sesuai
Bahasa
Baik 04-07
- Ayat masih gramatis
- Kosa kata luas
- Ejaan dan tanda baca masih betul
- Penanda wacana yang masih betul
- Kesalahan bahasa yang masih minimum

Penguasaan - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan


01 - 03
Minimum penguasaan bahasa yang tidak cekap

You might also like