You are on page 1of 7

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap

hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa
manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara,
suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin
berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam
sekitar memberi kesan buruk.
Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap
tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan
dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran
warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal
adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan
cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang
juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan


terancam dan terbunuh. Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana
bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan
-  haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan
menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida
yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman
makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan
nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam
tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-
kuda,singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon


bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.
Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-
alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan
ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke
bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga
hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya
pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada
masa kini.

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya


Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida
dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur
oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan
bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya
menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan
awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid
tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa
hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan
juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan
binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah
dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

 Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan


oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global
yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan
penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang
dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi
disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di
dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba
di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya
menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama
kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan
bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan
juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai
contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak
mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang
berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan
juga menjejaskan kualiti udara.

Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah


menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga
tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan
persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta
kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke
habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan
ketidakseimbangan ekosistem.

 Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia


secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima
bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam
telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini
menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan
kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan
merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti
dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi


kesan buruk kepada seluruh alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak
berwajib dapat memantau supaya pencemaran ini dapat dikurangkan
supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.

Kesan-kesan Pencemaran  Tanah dan Air

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi


yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah
bertukar warna , tidak subur atau berlakunya hakisan. Ia boleh di
bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal.
Kebanyakan bahan pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau
kimia. Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah
telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan
tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah
disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri.  Sebagai contoh ialah
perlombongan, penebangan hutan yang memyebabkan aliran tanah dari
darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan kumbahan yang
tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa nuklear ke
dalam laut.
 Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-
haiwan perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan
menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain. Makanan yang
dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh manusia akan
menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang
serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau
munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang
mudah berjangkit.

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan


tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh
dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi
bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya
tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang
sedang diancam hakisan tanah. Contohnya negara Jepun yang sering
berlaku gempa bumi akibatnya ramai manusia kehilangan harta benda..
Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah
pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada
tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama
dengan air apabila hujan lebat. Selain itu, pembinaan rumah-rumah di
tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan
kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit
akan tergugat.

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara


seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan
yang cukup buruk terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain.
Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear akan menjadikan
kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia dan
haiwan. Contoh letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat
dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat
daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar
tersebut telah dipindahkan ke tempat lain.

Pencemaran air  berlaku apabila terdapat perubahan dari segi


kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga tidak sesuai untuk diguna
dan akan memberi kesan kepada para pengguna apabila menggunakan air
tersebut. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan
fizikal. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di
laut,pantai, tasik kolam dan sebagainya sama ada secara sengaja atau
tidak sengaja. Punca utama yang mengakibatkan pencemaran ini adalah
daripada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan. Keadaan
atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa
faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut,
keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan
suhu. Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada
beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia, fisiologis dan biologi.
Pencemaran fizikal ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan
kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan
pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah. Manakala
pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat organiktermasuk protein,
karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yangmengandungi garam
beracun serta tumpahan minyak di laut.

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai


masalah kepada hidupan-hidupan di  dunia pada masa kini termasuklah
manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang ke dalam sungai akan
menyebabkan hidupan akuatik tersebut mati apabila memakan bahan
beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan
mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan hidupan
air tersebut. Selain itu, manusia akan mendapat penyakit jika terminum air
yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat
besi, bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bakteria, virus,
dan haloform.

Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara


dunia ketiga iaitu jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan
yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran
sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun
kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang
berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku
disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke
laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai yang
menyebabkan sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut. Selain
daripada itu air juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai yang
dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang kotor menjengkelkan dan
tidak indah untuk dipandang akibat daripada pembuangan sampah-sarap
ke lautan. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk
pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji
pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu,
pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan
mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah
kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah
yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.
     Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan  haruslah di ambil untuk
mengatasi masalah-masalah pencemaran daripada berleluasa. Barulah
generasi yang akan datang mempunyai persekitaran yang baik dan bebas
daripada pelbagai pencemaran.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

You might also like