You are on page 1of 2

TAMADUN JEPUN

Jepun adalah sebuah negara yang kekurangan kawasan-kawasan dataran, prairi, dan sungai-
sungai yang panjang lebar. Bagaimanapun, oleh kerana kedudukannya di zon monsun, ia
mendapat hujan dan kelembapan yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan
tumbuh-tumbuhan. Secara am iklim adalah sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga,
panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza.

Empat-perlima daripada negara Jepun diliputi oleh kawasan pergunungan dan seperlima
oleh dataran lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang terkaya terletak di Honshu,
terutamanya di sebelah kawasan timur Jepun. Ketiga-tiga dataran tersebut ialah Kanto(terletak di
Tokyo), Kinai(terletak di teluk Osaka) dan yang ketiga terletak di teluk Ise. Ketiga-tiga dataran
ini mempunyai penduduk yang padat. Dataran-datarn tersebut amat penting dalam sejarah Jepun
kerana ia merupakan kawasan-kawasan pengeluaran makanan dan juga sumber kekayaan dan
kuasa utama. Oleh itu, Dataran datarn-dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan
persaingan di kalalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal.

Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid dan dengan itu mereka
mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka
berbadan sederhana dengan potongan muka yang berbentuk bujur serta rambut dan mata yang
berwarna hitam. Orang Jepun berketurunan Mongoloid ini telah sampai ke Kyushu melalui
negara China dan kemudian berhijrah ke Honshu, Shikoku, dan Hokkaido. Orang-orang Jepun
juga telah bercampur aduk dengan kumpulan-kumpulan bangsa lain, misalnya orang-orang Ainu.

Orang-orang Ainu merupakan bangsa proto-Caucasoid yang telah menduduki Jepun


terlebih awal daripada orang-orang Mongoloid. Beberapa ahli antropologi telah menganggarkan
bahawa orang-orang Ainu hidup di jepun lebih kurang 5000 tahun yang lalu. Hasil-hasil
penyelidikan arkeologi, misalnya pertukangan barang-barang tembikar, siput dan lain-lain,
menunjukkan kewujudan suatu kebudayaan neolitik yang mungkin telah diteruskan oleh orang-
orang Ainu. Apabila semakin ramai orang-orang Jepun (suatu proses yang telah berlanjutan
sehingga abad ke8 TM), orang-orang Ainu, telah berpindah ke utara ke Hokkaido. Dalam proses
tersebut, ramai orang Ainu kini merupakan suku bangsa Jepun. Orang-orang Ainu kini
merupakan suatu bangsa yang sedang mengahadapi proses pemupusan dan mereka hidup dalam
penempatan-penempatan kecil di Hokkaido.

Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal
daripada barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat jenis Jomon.
Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan
corak-corak yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa penduduk asli Jepun telah mencapai taraf
seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM. Menjelang tahun 5000 SM
dipercayai suku kaum ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang
perbezaan antara miskin dan kaya. Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa ghaib. Ini boleh
disimpulkan dari rupa-rupa patung patung dewi yang diperbuat daripada tanah liat dan gada-gada
batu besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Orang-orang yang sudah
meninggal dikebumikan tanpa keranda, dengan tangan dan kaki dilipatkan dan kadangkala
diletakkan sebuah batu yang besar di atas dada mereka supaya mereka tidak menjelma semula.

Pada hampir tahun 200 SM, pengaruh kebudayan dari negara China mula mengalir
masuk ke Jepun. Dinasti han di negara China(206SM-24SM) mula menekankan pengaruhnya ke
atas penduduk awal Jepun. Akibatnya masyarakat Jepun mula mengalami banyak perubahan.
Seni berkebun dan meembuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta jenis periuk-belanga
tembikar yang telah direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah Jepun sehingga hampir
abad ke14M. Barang-barang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-garisan inrus dan corak-
corak ibi mudah dan kemas.

You might also like