You are on page 1of 44

PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108) 2011

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk
dikemukakan kepada sesebuah pihak untuk mendapatkan kelulusan. Kertas kerja juga
dibenarkan untuk urusan-urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian,
penyelidikan bagi sesebuah jabatan atau institusi tertentu.

Draf kertas kerja perlulah terlebih dahulu diserahkan kepada pihak tertentu untuk
disemak dengan teliti bagi memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan boleh
diluluskan atau sebaliknya. Hal ini menjelaskan bahawa kertas kerja hendaklah
disediakan dengan baik dan teliti khususnya untuk projek-projek yang memerlukan
perbelanjaan besar. Penyediaan kertas kerja juga bergantung kepada pihak yang
dijadikan sasaran. Contohnya, baru-baru ini penyediaan kertas kerja untuk
menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi Institut Pendidikan Guru Kampus
Kota Bharu telah menjadikan semua guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah
sebagai audiens untuk pembentangan kertas kerja yang disediakan.

Secara umumnya, kertas kerja yang berbentuk projek haruslah mempunyai ciri-
ciri seperti yang berikut:

1. Tajuk
2. Rasional
3. Objektif atau matlamat
4. Jangka Masa yang diperlukan
5. Kumpulan sasaran
6. Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan projek.
7. Sumber-sumber kewangan yang diperlukan
8. Penubuhan jawatankuasa
9. Menentukan jadual tugas
10. Pelaksanaannya.

1
PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108) 2011

ASPEK-ASPEK
PENILAIAN

2
PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108) 2011

2.0 KAJIAN KES KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2011

2.1.0 PENGENALAN

Baru-baru ini, pelajar-pelajar Semester 5 Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu,


Kelantan telah mengadakan satu aktiviti kejohanan yang dinamakan Kejohanan
Olahraga Tahunan (KOT) 2011 yang melibatkan semua warga institut. Program ini
merupakan salah satu tugasan yang harus dilaksanakan oleh mereka bagi memenuhi
sukatan pelajaran atau kursus yang diambil oleh mereka pada semester ini iaitu subjek
Pendidikan Jasmani.

Oleh itu, kami sekumpulan telah bersetuju untuk memilih Kejohanan Olahraga
Tahunan (KOT) 2011 sebagai satu program yang sesuai untuk menjalankan kajian kes
mengenai satu acara rasmi yang telah dianjurkan oleh pihak institut bagi membantu
kami menghasilkan kerja kursus Pengurusan Gerko pada semester 1 ini. Antara aspek
analisis yang perlu kami fokuskan dalam kajian kes ini iaitu:

1. Kertas Kerja
2. Minit Mesyuarat
3. Surat Menyurat
4. Penubuhan AJK
5. Pengelola
6. Atur cara
7. Buku Program

3
PENGURUSAN KOKURIKULUM (WAJ 3108) 2011

3.0 ANALISIS KERTAS KERJA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2011

Kertas merupakan salah satu aspek yang penting dalam penganjuran sesebuah
program dan penghasilannya berkualiti dapat membantu kita mendapat kelulusan
daripada pihak atasan atau pihak pengarah. Kami telah membuat penilaian terhadap
Kertas Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) untuk melihat kekuatan dan
kelemahan yang terdapat dalam kertas kerja tersebut. (SILA RUJUK LAMPIRAN A).

Dalam menjalankan kajian ini, kami telah menggunakan teori elemen POSDCORB
untuk mempermudahkan kami dalam melaksanakan kajian kes ini. Elemen-elemen
POSDCORB iaitu:

1. Planning, that is working out in broad outline the things that need to be done and
the methods for doing them to accomplish the purpose set for the enterprise;
2. Organizing, that is the establishment of the formal structure of authority through
which work subdivisions are arranged, defined, and co-ordinated for the defined
objective;
3. Staffing, that is the whole personnel function of bringing in and training the staff
and maintaining favorable conditions of work;
4. Directing, that is the continuous task of making decisions and embodying them
in specific and general orders and instructions and serving as the leader of the
enterprise;
5. Co-Ordinating, that is the all important duty of interrelating the various parts of
the work;
6. Reporting, that is keeping those to whom the executive is responsible informed
as to what is going on, which thus includes keeping himself and his subordinates
informed through records, research, and inspection;
7. Budgeting, with all that goes with budgeting in the form of planning, accounting
and control.

4
ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN
Aspek 1. Bahagian pengenalan yang
Penulisan jelas yang memberikan
gambaran umum terhadap
intisari utama kertas kerja
yang tidak terlalu panjang.
2. Gaya penulisan yang baik:
 Keseragaman dari segi
ejaan dan tanda baca.
 Kebolehbacaan, iaitu - -

memilih perkataan,
istilah, laras, wacana
yang sesuai.
 Menggunakan bahasa
bersahaja tetapi jelas.
3. Bahagian penutup
mempunyai rumusan yang
merumuskan segala isi
yang disampaikan dalam
kertas kerja.

Planning/ 1. Pemilihan tarikh yang 2. Kumpulan sasaran tidak Merancang tarikh yang sesuai yang
Perancangan sesuai yang membolehkan dinyatakan secara jelas dan tidak bertindan dengan sebarang aktivti
penglibatan hampir semua hanya melibatkan: atau program lain yang melibatkan
warga institut. guru pelatih.
a) PPISMP SEM 2
b) PISMP SEM 1 Menyatakan secara jelas kumpulan
c) PISMP SEM 3 sasaran yang sebenar dan tidak
d) PISMP SEM 5
mengelirukan pihak yang membaca
 PISMP SEM 7 tidak dapat
kertas kerja
terlibat kerana menjalani
praktikum

Organizing/ 1. Susun atur acara yang 1. Tidak menyatakan andaian- Menyatakan andaian-andaian
Menyusun atur lengkap. andaian atau halangan- halangan yang mungkin timbul semasa
halangan yang mungkin timbul
menjalankan projek.
semasa menjalankan projek.

Contoh: Cuaca hujan yang Contoh: Penyediaan perancangan


menghalang pelaksanaan yang lebih terperinci seperti pelan A
program.
dan pelan B.

Staffing/ 1. Menyatakan Penubuhan - -


Jawatankuasa jawatankuasa KOT dan
senarai nama jawatankuasa
secara terperinci.

Directing 1. Segala arahan diterima - -


dengan baik.
Co-ordinating 1. Penubuhan jawatankuasa 1. Tidak melampirkan atau Menghasilkan jadual tugas
yang pelbagai dan menyatakan jadual tugas jawatankuasa bagi membolehkan
pembahagian tugas bagi setiap ahli jawatankuasa pihak yang meluluskan kertas kerja
membolehkan program bagi memperincikan lagi melihat dengan lebih jelas segala
berjalan dengan lebih kertas kerja yang perjalanan tugas AJK yang bertugas.
lancar. disediakan

Reporting/ 1. Menyediakan carta aliran


Pelaporan penyediaan kertas kerja
- -
dengan jelas.

Budgeting/ 1. Segala perbelanjaan 1. Tidak menyatakan punca Menyediakan peruntukan perbelanjaan


Peruntukan dirancang dengan baik dan sumber kewangan lain yang yang lebih terperinci yang merangkumi
Perbelanjaan terperinci. sepatutnya sekiranya ada pernyataan sumber-sumber kewangan
seperti: yang diterima supaya lebih jelas lagi.
a) Pihak Institut
b) Guru pelatih
c) Pensyarah
HURAIAN:

Kertas Kerja memainkan peranan penting dalam penganjuran sesebuah program yang
ingin dilaksanakan. Berdasarkan penilaian yang kami laksanakan terhadap kertas kerja
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2011, kami mendapati bahawa penyediaan
sesebuah kertas kerja memerlukan elemen-elemen yang perlu difokuskan dalam
penghasilan kertas kerja yang berkualiti. Selain itu, melalui penilaian yang dibuat
terhadap kertas kerja ini, kami mendapati bahawa kertas kerja ini mempunyai kekuatan
dan kelemahan yang tersendiri. Di samping itu, penilaian terhadap kekuatan dan
kelemahan kertas kerja ini juga dibuat berdasarkan teori POSDCORB untuk
memudahkan kerja penilaian.

Dari segi aspek penulisan, kertas kerja ini tidak mempunyai sebarang kelemahan
sebaliknya mempunyai banyak kekuatan. Antaranya ialah bahagian pengenalan yang
jelas yang memberikan gambaran umum terhadap intisari utama kertas kerja yang tidak
terlalu panjang. Selain itu, gaya penulisan kertas kerja ini adalah baik seperti
keseragaman dari segi ejaan dan tanda baca, kebolehbacaan, iaitu memilih perkataan,
istilah, laras, wacana yang sesuai dan menggunakan bahasa bersahaja tetapi jelas.
Disamping itu, bahagian penutup mempunyai rumusan yang merumuskan segala isi
yang disampaikan dalam kertas kerja.

Elemen yang pertama yang kami guna untuk mengkaji kertas kerja ini dengan
lebih terperinci ialah Planning. Berdasarkan penilaian kami, kekuatan kertas kerja ini
ialah perancangan yang dibuat begitu terperinci dan elemen ini dapat dilihat melalui
pemilihan tarikh untuk menjalankan Program KOT ini. Pemilihan tarikh yang sesuai
amat penting dalam sesebuah kertas kerja. Hal ini kerana pemilihan tarikh yang sesuai
membolehkan kumpulan sasaran yang disasarkan seperti semua warga Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dapat terlibat dengan program yang bakal
dianjurkan tanpa bertindan dengan sebarang aktivti lain yang menghalang
pelaksanaannya. Namun dari segi kekuatannya, terdapat juga kelemahan dalam
pemilihan tarikh ini. Dalam kertas kerja dinyatakan kumpulan sasaran adalah pensyarah
dan semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, namun dari segi
tarikh yang dipilih hanya tidak melibatkan seluruh pelajar institut kerana pelajar PISMP
semester 7 sedang menjalani praktikum pada ketika itu dan sesi Pengalaman
Berasaskan Sekolah bagi semester 3 terpaksa ditangguhkan selepas cuti. Dari segi
penambahbaikan pula, pihak penganjur perlu memilih tarikh yang sesuai seperti
merancang lebih awal dari tarikh sebelum bagi mengelakkan berlakunnya kekurangan
kumpulan sasaran akibat terdapat program lain yang berlaku pada masa yang sama.

Elemen yang seterusnya ialah Organizing. Berdasarkan kertas kerja ini,


kekuatan yang dapat dilihat ialah dinyatakan gambaran susun atur cara yang lengkap
dan tersusun. Hal ini menjelaskan bahawa kertas kerja ini menekankan penyusunan
atur cara yang lengkap bagi membolehkan pihak pengarah mendapat gambaran
sebenar atur cara yang ingin dilaksanakan. Manakala dari segi kelemahan pula, kertas
kerja ini tidak dinyatakan andaian-andaian terhadap sebarang halangan yang mungkin
berlaku sewaktu melaksanakan program. Pernyataan andaian ini amat penting bagi
membolehkan pihak yang membaca kertas kerja ini mendapatkan gambaran secara
jelas terhadap sebarang kemungkinan yang akan timbul bagi membolehkan tindakan
langkah persediaan dijalankan. Contohnya, halangan cuaca hujan yang menjejaskan
perjalanan program. Dari segi penambahbaikan, pihak pengerusi perlu menyatakan
andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan projek.
Contohnya, penyediaan rancangan yang lebih terperinci seperti wujudnya pelan A dan
pelan B.

Elemen yang seterusnya pula ialah co-ordinating. Melalui elemen ini, kami
mendapati bahawa kekuatan kertas kerja ini terletak kepada terdapatnya pernyataan
yang menggambarkan penubuhan jawatankuasa yang pelbagai dan pembahagian
tugas bagi membolehkan program yang ingin dijalankan berjalan dengan lancar. Dari
segi kelemahan pula, kertas kerja ini tidak melampirkan atau menyatakan jadual tugas
setiap ahli jawatankuasa bagi memperincikan lagi kertas kerja yang disediakan.
Penentuan jadual tugas amatlah perlu bagi menyediakan kertas kerja yang berbentuk
Program Kejohanan Olahraga Tahunan ini kerana membolehkan ahli-ahli yang dilantik
mengetahui jadual bertugas sewaktu program dijalankan kelak. Dari segi
penambahbaikan pula, pihak yang menyediakan kertas kerja perlu menghasilkan jadual
tugas jawatankuasa bagi membolehkan pihak yang meluluskan kertas kerja melihat
dengan lebih jelas segala perjalanan tugas AJK yang bertugas.

Melalui penilaian yang dibuat berdasarkan elemen reporting, kami mendapati


kertas kerja ini mempunyai kekuatan dalam membuat laporan sewaktu menyediakan
kertas kerja ini. Penyediaan laporan ini dapat dilihat dari segi penyediaan carta aliran
yang membolehkan pihak yang menerima kertas kerja dapat melihat gambaran yang
terperinci tentang proses penyediaan kertas kerja yang dilakukan oleh pihak penganjur.
Penyediaan carta aliran ini juga penting untuk dijadikan rujukan pada masa akan
datang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada sebelum itu.

Akhir sekali ialah budgeting. Melalui penilaian kami, kekuatan kertas kerja ini
ialah terdapatnya peruntukan perbelanjaan yang dibuat dan segala peruntukan dibuat
dengan terperinci. Namun, dalam kekuatan penyediaan peruntukan perbelanjaan ini,
terdapat kelemahan yang dapat dikenalpasti iaitu pihak penganjur tidak menyatakan
dari mana sumber kewangan dan perbelanjaan itu diperolehi sekiranya ada.
Berdasarkan pemerhatian kami terhadap kertas kerja lain, kami mendapati bahawa
kebiasaannya terdapat pernyataan tentang punca sumber kewangan dan perbelanjaan
itu diperolehi dan ditulis di bahagian bawah jadual yang dibuat. Oleh itu, dari segi
penambahbaikan, pihak penganjur perlu menyediakan peruntukan perbelanjaan yang
lebih terperinci yang merangkumi pernyataan sumber-sumber kewangan yang diterima
supaya lebih jelas lagi.
4.0 ANALISIS SURAT MENYURAT

 Surat-menyurat adalah komunikasi dua hala yang berlaku dalam sesebuah


organisasi. Pentadbiran pejabat diuruskan melalui rekod bertulis dan surat-
menyurat merupakan aspek yang sangat penting. Urusan ini tidak dapat
digantikan oleh bentuk komunikasi terkini seperti khismat pesanan ringkas (sms)
atau e-mel.
 Surat adalah sejenis komunikasi bertulis secara sehala bagi menyampaikan
suatu pesanan dari satu pihak kepada pihak yang lain. Contohnya, seorang
pengurus yang mewakili organisasinya ingin menyatakan perhargaan kepada
pihak berkuasa tempatan. Sudah tentu beliau akan mengutus surat yang
dikarang dengan baik dan berterus-terang.
 Surat mempunyai peranan tertentu. Antaranya ialah:

1. Menjadi alat perhubungan.

Walaupun teknologi komunikasi semakin canggih, namun surat masih berperanan


besar di kebanyakan organisasi atau sesama individu. Biarpun dipisahkan jauh beribu
batu, surat masih menjadi pilihan ramai untuk berhubung

2. Rekod

Surat merupakan satu dokumen yang menjadi rekod pada masa depan.
Walaupun surat hanya sehelai, ia tetap dianggap menjadi rekod kerana butiran-butiran
yang ditulis tidak dapat ditarik balik melainkan disusul dengan surat yang seterusnya. 

3. Barang bukti

Semua urusan yang bersifat rasmi dibuat melalui surat. Amat jarang urusan rasmi
tidak melibatkan surat kerana hubungan antara organisasi atau di antara organisasi dan
individu mesti perlukan suatu penghubung untuk dipercayai. Contohnya, seorang
pelajar pascasiswazah yang hendak bertukar jenis penyelidikan memerlukan surat
pengesahan daripada dekan untuk berbuat demikian. Tanpa surat, pihak bendahari
universiti tidak akan percaya kerana pertukaran jenis penyelidikan melibatkan
perubahan kadar yuran, justeru surat kebenaran tersebut menjadi bahan bukti utama.

4. Rujukan

Kadangkala sesuatu permohonan mengambil masa yang lama untuk diluluskan.


Ini berlaku kerana terdapat pertukaran pegawai, perubahan jawatan atau penstrukturan
semula agensi. Contohnya, sesebuah kementerian yang besar telah dikecilkan dan ada
sesetengah agensi telah dipindahkan ke kementerian lain. Bagaimana kita hendak
mengesan surat yang diihantar kepada kementerian terdahulu? Pastinya melalui
sesuatu rujukan. Jadi, mahu ataupun tidak, surat menjadi bahan rujukan yang penting
ketika itu.

 Antara banyak jenis surat, surat rasmi adalah jenis surat yang paling penting.
PERANAN surat rasmi ialah:

1. Minta kebenaran

2. Tempahan

3. Jemputan rasmi

4. Rayuan

5. Sebarang aduan, bantahan atau cadangan.

6. Sebarang urusan rasmi


 Dalam menilai sesuatu aktiviti ataupun pengurusan yang dijalankan oleh
sesebuah organisasi, konsep SWOT (Strength,Weakness,Oppunirty,Treat) dan
juga POSCORB (Planning,Organizing,Staff.Coordinate,Reporting,Budjeting)
boleh digunakan.Hal ini adalah bertujuan bagi menganalisis setiap kekuatan dan
kelemahan dari pelbagai aspek pengurusan yang dijalankan.

Setelah menemubual pihak yang terlibat dan meneliti contoh surat menyurat
Kejohahanan Olahraga Tahunan IPGMKB edisi ke-3, dengan menggunakan kaedah
SWOT, kami telah menghuraikan serta mengklasifikasikan mengenai penulisan surat
kepada pelbagai aspek
PELUANG
ASPEK PENILAIAN KEKUATAN KELEMAHAN ANCAMAN (OPPUNIRTY)/
(STRENGTH) (WEAKNESS) (TREAT) (PENAMBAHBAIKKAN)
Penulisan yang digunakan Terdapat beberapa Pihak Institut perlu
FORMAT menepati kriteria-kriteria pencanggahan menyelaraskan penggunaan
dalam penghasilan surat penggunaan format format yang betul dalam
rasmi. - daripada jabatan- pengurusan surat rasmi bagi
jabatan yang terlibat melicinkan perjalanan proses
dalam pengurusan surat menyurat pihak yang
penyampaian surat telibat.
rasmi.
Penerangan maklumat Maklumat asal Sentiasa mengemaskini
MAKLUMAT kepada penerima jelas mengalami perubahan maklumat.
dan isi kandungan yang - disaat-saat akhir Membuat surat sokongan
mudah difahami. disebabkan beberapa ataupun ‘back up letter’ jika
faktor yang tidak berlaku sebarang perubahan.
dapat dielakkan.
Beberapa orang ahli AJK Beberapa orang Pensyarah tiada Melakukan pemberitahuan
SISTEM ditugaskan mengedar AJK lambat ketika wakil ajk maklumat secara lisan
PENGHANTARAN surat kepada jabatan bertindak dalam menyerahkan surat supaya penyampaian
masing-masing.Hal ini proses penyerahan pemberitahuan. maklumat dapat dilicinkan
menjadikan tempoh masa surat lagi contohnya menelefon
penyampaian surat lebih pensyarah yang terlibat
singkat dan efisyen
RUMUSAN

Antara satu faktor dalam keberkesanan penyampaian maklumat. Setelah


mengadakan temubual bersama AJK yang terlibat dalam proses menyurat ini, hasilnya
kami telah membentuk sebuah jadual yang merangkumi penilaian keseluruhan
terhadap beberapa aspek.Salah satunya ialah penilaian mengenai aspek format surat
rasmi yang digunakan untuk surat menyurat.Kami mendapati kekuatan utama bagi
surat-surat tersebut ialah penggunaan format yang menepati kriteria-kriteria
dikehendaki.Contohnya seperti mengandungi tajuk ataupun perkara utama yang ingin
disampaikan, tarikh yang lengkap, alamat pengirim dan penerima.Namun, terdapat
beberapa ancaman dalam proses surat menyurat ini berlaku apabila terdapat
percanggahan penggunaan format daripada jabatan-jabatan yang terlibat dalam
pengurusan penyampaian maklumat.Justeru sebagai penambaikkan pada masa akan
datang, pihak IPG, seharusnya menyelaraskan format surat menyurat bagi
melancarkan gerak kerja sesuatu organisasi.

Daripada sudut maklumat pula, surat yang dihantar mengandungi maklumat


lengkap akan agenda yang akan dilaksanakan.Namun,sekiranya berlaku sesuatu
seperti perubahan maklumat pada saat-saat akhir, notis pemberitahuan perlulah
dikeluarkan dengan segera agar tidak menimbulkan salah faham antara pihak-pihak
yang terlibat.Selain itu juga, pihak pengurusan juga haruslah mengemaskini maklumat-
maklumat baru yang diperolehi supaya tidak berlaku penindihan maklumat.

Selain itu juga, kami turut mengkaji melalui daripada aspek keberkesanan
sistem penghantaran surat menyurat.Hasil temubual kami, kami mendapati AJK yang
terlibat membahagikan beberapa orang untuk menyampaikan surat kepada jabatan
masing-masing.Hal ini secara tidak langsung menjimatkan masa yang sedia
ada.Namun disebabkan beberapa orang AJK yang kurang memberi komitmen kerja,
terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran surat dan ini merupaakn antrara
kelemahan yang pelu diperbaiki pada masa akan datang.Selain itu juga, dengan
penghantaran surat sahaja tidak mencukupi,penyampaian maklumat secara lisan juga
perlu kerana ia merupakan
5.0 ANALISIS MINIT MESYUARAT

Dikenali juga sebagai laporan mesyuarat.Suatu bentuk komunikasi dua hala


antara individu dalam situasi formal bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah
berbangkit.Selain itu ia juga boleh ditakrifkan sebagai rakaman tentang apa yang
berlaku dalam sesuatu mesyuarat.

 Ciri Minit Mesyuarat


1. Antara perkara yang perlu diambil kira adalah setiausaha mencatat minit
sewaktu mesyuarat sedang berjalan dan merekodkannya dengan segera.
2. Setiausaha merekodkan setiap keputusan akhir yang dicapai dalam mesyuarat
bukannya setiap patah perkataan
3. Minit mesyuarat boleh juga dikatakan sebagai merakam perkara penting yang
dibincangkan,keputusanyang dibuat dan tindakanyang perlu diambil.
4. Kandungan minit bukan direka setiausaha atau pendapat peribadi.
5. Semua maklumat penting dan berkaitan seperi tarikh, kehadiran, butiran
perbincangan mengikut agenda dan sebagainya bagi memahamkan individuyang
tidak hadir mesyuarat.
6. Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama dengan butiran perbincangan
dalam mesyuarat.Turut merujuk kepada fakta yang dicatatkan yang harus juga
tepat.
7. Minit haruslah bebas dari keraguan dan maklumatyang tidak berkaitan.
8. Tandatangan pencatat merupakan salah satu cara membuktikan kesahihan.
9. Penulisan minit disusun mengikut agenda mesyuarat. Setiap perenggan harus
ada tajuk dan subtajuk yang bernombor mengikut urutan

Berikut adalah jadual penilaian kriteria laporan minit mesyuarat yang telah dibuat:
PELUANG
ASPEK PENILAIAN KEKUATAN KELEMAHAN ANCAMAN (OPPUNIRTY)/
(STRENGTH) (WEAKNESS) (TREAT) (PENAMBAHBAIKKAN)
Laporan minit mesyuarat Laporan yang Boleh menyebabkan Bertanyakan kepada individu
FORMAT yang dibuat merangkumi disediakan tidak kualiti program yang ataupun pensyarah yang
ciri-ciri yang dikehendaki lengkap dan kurang ingin dilaksanakan lebih mahir dalam membuat
serta bahasa penulisan memuaskan sedikit terjejejas laporan minit mesyuarat
yang dgunakan juga jelas disebabkan sebagai rujukan.
dan difahami. kurangnya maklumat-
maklumat yang
berkaitan
Agenda dicatat dengan Tiada pengesahan Ketiadaan AJK yang .Memastikan kehadiran AJK –
AGENDA sistematik dari segi masa minit mesyuarat terlibat mampu AJK terlibat dengan
MESYUARAT dan tarikh. yang lepas serta menyukarkan serta carapenyampaian maklumat
tiada catatan serta membantutkan yang lebih efektif
tentang isu penyampaian
berbangkit ataupun maklumat
hal-hal lain.

Tindakan trus diambil Perubahan kerja Perlu mengadakan meyuarat


susulan agar segala
TINDAKAN seperti pengagihan kerja ataupun maklumat
perkembangan semasa dapat
semasa mesyuarat daripada yang disampaikan.
menjadikan organisasi ini perancangan asal.
sebuah organisasi yang
komited dalam
pelaksanaan kerja.
RUMUSAN

Hasil daripada soal selidik kami bersama AJK yang terlibat, kami mendapati
membuat minit mesyuarat bukanlah suatu yang mudah.Ia memerlukan penguasaan
yang tinggi dalam memastikan segala agenda yang terjadi di dalam mesyuarat direkod
kan dan menjadi rujukan pada masa akan datang.Antara aspek yang kami kaji ialah,
berkenaan format minit mesyuarat yang digunakan.Kami mendapati format dan
penulisan yang digunakan oleh oleh AJK yang terlibat mengikuti kriteria-kriteria yang
ditetapkan.Namun begitu, laopran yang disediakannya masih kurang lengkap
contohnya seperti perbincangan bajet kewangan, koordinat sesuatu AJK dengan Ajk
yang lain, dan sebgainya.Hali ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan kuliti program
yang hendak dilaksanakan.Namun begitu, hal ini boleh diatasi sekiranya AJK yang
terbabit berbincang bersama individu ataupun pensyarah yang mahir dalam laporan
minit mesyuarat untuk dijadikan sebagai rujukan

Selain itu, kami juga turut mengkaji akan agenda-agenda yang dicatatkan
didalam minit mesyuarat.Waluupun minit mesyuarat tersebut lengkap dengan masa dan
tarikh mesyuarat dijalankan, namun ketiadaan hal-hal isu berbangkit dicatatkan serta
hal-hal lain sedikit sebnyak memberikan kesan kepada pelaksanaan program.Hal ini
perlulah ditangani, iaitu apabila dengan ada catatan mengenai hal-hal atau isu
berbangkit segala kelemahan dapat diatasi bagi melicinkan suatu program yang ingin
dilaksanakan
6.0 ANALISIS PENUBUHAN AJK PENGELOLA

Penilaian penubuhan AJK Pengelola KOT 2011 berdasarkan POSCORB (Planning,


Organizing, Staffing, Coordinating, Reporting and Budgeting) dan SWOT (Strengths,
Weaknesses, Opportunities, Threats) dan dianalisis mengikut kejadian/perisitiwa
tersebut iaitu sebelum, semasa dan selepas peristiwa. Berikutan penilaian dibuat
melalui mengikut aspek Kekuatan, Kelemahan dan Penambahbaikan

6.1 Planning( Perancangan)

1. KEKUATAN

Sebelum acara KOT sebenar dilangsungkan perancang telah dibuat oleh ahli-ahli yang
terlibat. Dari aspek kekuatan KOT 2011 ini dapat dilihat ahli-ahli KOT 2011 telah
merancang untuk menubuhkan ahli jawatankuasa pengelola bagi acara rasmi Institut
Perguruan. Hal ini bagi melicinkan perjalanan perjalanan majlis berkenaan.

Semasa pemilihan AJK Ahli jawatankuasa pelaksanaan KOT 2011 telah berbincang
dan bersepakat untuk memilih AJK bagi mengelolakan majlis. Pembahagian tugasan
untuk mengelolakan majlis telah dibuat daripada semua aspek sebelum, semasa dan
selepas majlis dibuat. Dapat dilihat juga dari aspek kekuatan AJK pengelola untuk
pemilihan tarikh yang dipilih oleh AJK pengelola yang dapat memilih tarikh yang tepat
untuk Majlis tersebut dengan takwim pengajian IPG Kota Bharu yang penuh dengan
urusan lain.

Selepas pemilihan AJK Pengelola dilaksanakan mengikut perkara yang dirancang dan
pembahagian dipersetujui oleh semua pihak.
6.2 ORGANIZING (ORGANISASI)

KEKUATAN

Secara rasminya kekuatan anggota organisasi untuk menjayakan kejohanan olahraga


ini seramai 195 orang AJK pengelola dengan pelbagai bidang tugasan ahli
jawatankuasa supaya memudahkan kerja-kerja perlaksanaan sebelum, semasa dan
selepas majlis. Dengan ahli organisasi yang besar ini kerja-kerja pengurusan mudah
untuk dilaksanakan seperti mana yang dikehendaki. Organisasi ini telah dibentuk dan
setiap organisasi pengelola diketuai oleh seorang ketua bagi sesuatu. Organisasi
tersebut mempunyai jawatankuasa tersendiri dan fungsi ketua untuk memastikan anak-
anak buah membuat kerja.

KELEMAHAN

Dengan organisasi yang begitu ramai mungkin sukar untuk memastikan anak-anak
buah membuat kerja.

PENAMBAHBAIKAN

Ketua-ketua setiap jawatankuasa perlu tegas untuk memastikan kerja yang dikehendaki
dibuat oleh ahli-ahlinya. Selalu berbincang dengan pihak-pihak lain seperti penasihat
KOT 2011 dan AJK tertinggi.

3. STAFFING

KEKUATAN

Kekuatan AJK yang cukup dalam membahagikan AJK pengelola untuk menjayakan
KOT 2011 ini. Pembahagian tugasan memenuhi dan menutupi ruang-ruang
jawatankuasa yang diperlukan.
KELEMAHAN

Dari aspek kelemahan terdapat kekurangan untuk KOT 2011 yang boleh diperbaiki.
Sebagai contoh Jawatankuasa Siaraya & Juruacara beserta jawatankuasa Teknikal
yang terdapat sedikit kekurangan ataupun kelemahan yang dapat dikesan iaitu dari
aspek penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar IPG tentang aturcara KOT 2011.
Penyampaian maklumat yang tidak begitu jelas menyukarkan kehadiran pelajar-pelajar
untuk menghadiri sukan tersebut. Bagi jawatankuasa teknikal masalah yang berlaku
dipadang yang menyebabkan berlaku sedikit ketidakpuas hati antara rumah-rumah
sukan sebagai contoh jarak ukuran yang ditetapkan oleh kawasan lontar peluru telah
berlaku kesilapan teknikal tentang jarak sebenar mengikut piawaian.

PENAMBAHBAIKAN

Kekangan masa yang terlalu suntuk menyebabkan faktor sedemikian. Oleh yang
demikian pengurusan dan pengaturacaraan mungkin boleh dibuat lebih baik dengan
pembahagian tugasan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah dibentuk. Ahli-ahli
jawatankuasa perlu akur dengan arahan yang diberi.

4. COORDINATING (PENYELARASAN)

KEKUATAN

Dari aspek ini penyelarasan untuk penubuhan AJK pengelola telah memastikan ahli-ahli
jawatankuasa bekerjasama dalam menyelesaikan masalah-masalah. Perbincangan dan
mesyuarat telah diadakan untuk melicinkan perlaksaan majlis tersebut sebelum hari
kemuncak tiba. Sebagai contoh, Jawatankuasa telah bermesyuarat untuk berbincang
mengenai masalah acara yang dipertandingakan pada hari seterusnya untuk
memperbaiki dan menutupi kelemahan yang terdapat pada hari itu.

KELEMAHAN

Tindakan yang dibuat oleh AJK pengelola untuk permurnian aktiviti mempunyai
kelemahan sedikit. Sebagai contoh bahagian Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata
tidak menyediakan peserta yang menang untuk mengambil hadiah atas sebab-sebab
tertentu. Hal ini berlaku sedikit, masalah untuk tetamu jemputan menunggu peserta
mengambil hadiah tersebut.

PENAMBAHBAIKAN

Dalam aspek ini penyelarasan dan ajk yang bertanggungjawab perlu mengambil berat
dalam hal ini dan perlu diambil secara serius dalam melaksanakan tugasan tersebut.

5. REPORTING (LAPORAN)

KEKUATAN

Dari segi laporan yang ditulis laporan-laporan yang ditulis merupakan agenda yang
diperlukan misalnya bagi menutup kelemahan yang ada. Laporan yang ditulis
merupakan isu-isu berbangkit dari segi peralatan yang dipertanggungjawabkan oleh
Jawatankuasa Peralatan. Oleh yang demikian, jawatan kuasa Ajk pengelola mengmbil
langkah untuk memfailkan isu-isu tersebut dalam laporan tersebut.

PENAMBAHBAIKAN

Setiap laporan yang ditulis memerlukan tindakan segera dilakukan oleh Ajk pengelola.
7.0 ANALISIS BUKU PROGRAM

Buku program merupakan salah satu perkara penting bagi sesuatu majlis yang
diadakan. Buku program dikatakan perkara penting kerana buku program
mengambarkan keseluruhan sesuatu majlis dari peringkat awal hingga peringkat akhir.
Buku program yang dibuat sempurna dapat memperlihatkan hasil kerja seseorang yang
begitu teliti tentang peristiwa yang diadakan.
PENILAIAN KEKUATAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN
(Strength) (Weakness)
1. Penulisan format yang
ditulis mengikut kriteria-
kriteria sesebuah buku
program yang sebenar.
2. Buku program dapat
FORMAT menarik pemerhatian
pembaca
3. Buku program ini
mengambarkan
keseluruhan majlis yang
berlangsung pada hari
itu.
1. Maklumat yang
MAKLUMAT ditunjukkan dalam buku
program lengkap dan
memenuhi kehendak
pembaca
JADUAL 1. Aturcara pertandingan 1.Kekangan masa 1. Tidak boleh disalahkan
ATURCARA yang begitu terperinci dibuat mengakibatkan kelewatan jawatankuasa kerana keadaan
MAJLIS untuk pengetahuan umum. masa telah berlaku untuk cuaca yang tidak menentu pada
menutup acara majlis hari itu. Ahli jawatankuasa boleh
penutupan yang ditunjukakn membuat hari lain sebagai
dalam buku program. “backup day” untuk menggnatikan
hari tersebut.
IDENTITI BUKU 1. Buku program tersebut
PROGRAM mempuyai identity yang
tersendiri sebagai contoh
lambang Logo KOT 2011
menunjukkan bahawa buku
program tersebut
mempunyai nilai yang
menepati Kriteria isi majlis
tersebut.
THREATS 1.Membuat ‘Plan B’ jika Aktiviti KOT 2011 terpaksa
(ANCAMAN) faktor keadaan cuaca yang ditunda akibat faktor cuaca
FAKTOR CUACA tidak mengizinkan (hujan) seketika.
HURAIAN

FORMAT

Dari aspek penilaian format buku program kekuatan yang dapat dilihat iaitu buku
program tersebut ditulis mengikut kriteria-kriteria sesebuah buku program yang
sebenar. Buku program ini dirancang dari segi isi dan olahan. Oleh sebab itu, isi
kandungannya adalah penuh dengan informasi yang sebenar dari aturcara majlis
hingga jawatankuasa-jawatankuasa yang bertugas. Buku program ini tiada kelemahan
dari aspek format yang wajar. Buku program ini mengambarkan keseluruhan majlis
yang berlangsung pada hari itu.

MAKLUMAT

Aspek maklumat dinilai dalam program ini adalah sebagai kekuatan buku program
tersebut. Buku program ini dibuat dengan ketelitian dari aspek maklumat yang hendak
diketahui umum khasnya para tetamu untuk mengetahui serba sedikit info KOT 2011
tersebut. Tiada kelemahan dan penambahanbaikan yang dapat dibuat.

JADUAL ATURCARA MAJLIS

Kekuatan buku program ini menunjukkan aturcara yang akan berlangsung pada hari
itu. Ia merupakan faktor penting dalam sesebuah buku program yang dibuat. Namun
begitu, terdapat kelemahan dalam buku program ini iaitu aturcara yang ditunjukkan oleh
jadual tersebut telah berubah dari perancangan asal mengakibatkan kelewatan masa
telah berlaku untuk menutup acara majlis penutupan yang ditunjukakn dalam buku
program. Sebagai alternatif lain, faktor seperti cuaca tidak dapat dielakkan dan hal ini
dapat dibuat dengan menggunakan perancangan lain dengan persetujuan Ahli
jawatankuasa yang lain kerana boleh membuat hari lain sebagai “backup day” untuk
menggantikan hari tersebut.
IDENTITI BUKU PROGRAM

Identiti buku program amat penting dalam buku program. . Buku program tersebut
mempuyai identiti yang tersendiri yang berupaya melonjakan ia sebagai buku program
KOT 2011 sebagai contoh lambang Logo KOT 2011 menunjukkan bahawa buku
program tersebut mempunyai nilai yang menepati Kriteria isi majlis tersebut. Ia
merupakan kekuatan yang ditonjolkan oleh buku program tersebut.

THREATS (ANCAMAN)

FAKTOR CUACA

Pada hari kemuncak majlis KOT 2011 yang diadakan berlaku ancaman seperti faktor
cuaca yang pada ketika itu hujan. Pada pandangan AJK pengelola jika pada hari
berkenaan hujan AJK tertinggi akan menunda hari kejohanan itu pada hari tersebut.
8.0 ANALISIS DARI SEGI ATUR CARA PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA
TAHUNAN (KOT) 2011.

Atur cara merupakan sebahagian perkara penting yang perlu di rancang dalam
melaksanakan sesuatu program. Perancangan yang baik membolehkan program yang
dirancang berjalan dengan baik dan menerima sambutan daripada semua warga
instititut yang merangkumi semua pensyarah dan guru pelatih Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu Kelantan. Dalam analisis dari segi atur cara ini, kami telah
mengambil kira semua atur cara yang di rancang oleh pihak penganjur iaitu sebelum,
semasa dan selepas. Secara ringkasnya atur cara program ini adalah seperti yang
berikut:

1. Sebelum KOT
a) Latihan Rumah Sukan
b) Sukantara
c) Acara sebelum KOT
 Lompat Tinggi
 Lompat Jauh
 Lontar peluru
 Rejam Lembing
 Lompat Kijang
 800M’
 1500M
2. Semasa KOT
a) Acara Balapan
b) Acara Padang
c) Acara sukantara
d) Acara Sampingan
3. Selepas KOT
a) Persembahan
b) Penyampaian Hadiah dan cenderahati
c) Ucapan Perasmian Penutupan KOT
(SILA RUJUK LAMPIRAN F)
ATUR CARA KEKUATAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN
SEBELUM 1. Kehadiran ahli rumah 2. Sesi latihan tidak 1. Menguatkuasakan
sukan ke latihan dijalankan dengan sebaiknya tindakan tatatertib akan
meningkat berbanding sekadar untuk memenuhi diambil terhadap ahli
dengan tahun lepas. syarat semata-mata. rumah sukan yang tidak
2. Penyertaan dalam hadir ke latihan.
sukantara amat a) Bayaran denda
menggalakkan. b) LAM-PT
c) Tandatangan
kehadiran sebelum
dan selepas latihan.
SEMASA 1. Semua guru pelatih dan 1. Kawasan balapan yang 1. Memastikan kawasan
pensyarah tetap kurang sesuai untuk acara balapan sesuai untuk
memberikan sokongan seperti acara balapan yang digunakan terutamanya
menjayakan KOT walaupun memungkinkan kemalangan kawasan yang mempunyai
cuaca hujan. mudah berlaku. rumput.
2. Acara balapan tidak 2. Pengurusan rumah sukan 2. Pihak rumah sukan harus
hanya melibatkan guru yang lemah kerana pihak memastikan atlet-atlet telah
pelatih dari IPKB semata- pengurusan terpaksa bersedia dengan
mata, malah dari institut- mencari atlet yang akan menyenaraikan nama atlet
institut lain: mengambil bahagian yang akan bertanding
a) USM terutamanya ketika acara sebelum pertandingan
b) IPG Sultan Mizan. yang dipertandingkan hendak dimulakan di sebuah papan
c) IPG Sultan Abdul bermula. khas yang direka oleh setiap
Halim. rumah sukan.
(mengeratkan hubungan
silaturahim sesame atlet
dari pelbagai institut)
3. Acara sampingan
menarik minat dan
sambutan dalam guru
pelatih iatu Tarikan Qhaseh
dan Giant Croc.
SELEPAS 1. Gimik penutupan KOT 1. Upacara Penyampaian 1. Jawatankuasa Siar raya
yang menarik dan hadiah kurang mendapat dan juruacara harus kerap
mendapat perhatian sambutan kerana guru membuat pengumuman
daripada semua warga pelatih pulang ke asrama aktiviti yang akan
institut: setelah mendapatkan dilangsungkan seterusnya
a) Persembahan Askar makanan yang disediakan. bagi memastikan guru-
Wataniah dan 2. Ketiadaan atlet untuk guru pelatih tidak pulang
Rejimen Tentera menerima hadiah. ke asrama setelah
Darat Di Raja (Pengurusan Penyampaian mendapatkan bekalan
Malaysia. Hadiah lemah): makanan.
a) Penyampai hadiah (√) 2. Pihak pengurusan
b) Siar raya (√) penyampaian hadiah
c) Atlet yang menerima pingat harus mencari atlet yang
(x) akan menerima hadiah
dan pingat terlebih dahulu
untuk bersedia bagi
menjimatkan masa
penyampaian hadiah dan
pihak penyampai tidak
tertunggu-tunggu.
Huraian:

Perancangan atur cara yang berkesan dapat menjadikan sesebuah program yang
dirancang oleh pihak penganjur berjalan dengan lancar. Berdasarkan atur cara yang
kami kaji yang dirancang oleh pihak penganjur dalam program Kejohanan Olahraga
Tahunan (KOT) 2011 peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, susun
atur cara telah disusun dengan begitu rapi yang menrangkum susun atur cara pada
peringkat sebelum, semasa dan selepas Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)
berlangsung. Walaupun penyusunan susun atur cara yang adalah rapi dan terperinci
namun kami mendapati juga terdapat kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaannya
berdasarkan susun atur cara yang telah dibuat.

Berdasarkan penilaian kami terhadap atur cara yang telah disusun pada
peringkat sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan, acara yang disusun mengikut
keutamaan acara. Antara acara yang diadakan pada peringkat sebelum Kejohanan
Olahraga Tahunan ialah latihan rumah Sukan, acara sukantara dan acara sebelum
KOT seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, rejam lembing, lompat kijang,
800M dam 1500M. Kekuatan pelaksanaan aktiviti berdasarkan atur cara yang
dirancang kami dapat membuat penilaian bahawa kehadiran ahli rumah sukan ke
latihan telah meningkat berbanding dengan tahun lepas. Ketidakhadiran ahli
sesetengah rumah sukan merupakan faktor yang menyebabkan kekalahan rumah
sukan tertentu pada tahun lepas. Selain itu, penyertaan dalam sukantara juga amat
menggalakkan kerana kehadiran yang 100% yang diberikan oleh ahli setiap rumah
sukan. Namun disebalik kekuatan pelaksanaan atur cara yang dirancang, terdapat juga
kelemahan yang dapat dilihat iaitu sesi latihan tidak dijalankan dengan sebaiknya dan
sekadar untuk memenuhi syarat semata-mata. Dari segi penambahbaikan, pihak
penganjur yang akan menganjurkan program seperti ini perlu menguatkuasakan
tindakan tatatertib akan diambil terhadap ahli rumah sukan yang tidak hadir ke latihan
seperti bayaran denda yang maksima, LAM-PT dan tandatangan kehadiran sebelum
dan selepas latihan dilakukan oleh pensyarah-pensyarah setiap rumah sukan dan
bukan hanya tertakluk kepada jawatankuasa rumah sukan semata-mata bagi
menggalakkan kehadiran para guru pelatih.
Pada peringkat semasa Kejohanan Olahraga Tahunan, susun atur cara dapat
dilihat dengan acara yang berlangsung pada hari tersebut iaitu acara balapan, acara
padang dan acara sampingan. Kekuatan pelaksanaan susun atur cara yang telah
dirancang ialah semua guru pelatih dan pensyarah tetap memberikan sokongan
menjayakan KOT walaupun cuaca hujan dan pihak jawatankuasa penganjuran
bertungkus lumus memastikan program KOT tetap berjalan walaupun bermula dengan
agak lewat. Selain itu, pelaksanaan acara balapan tidak hanya melibatkan guru pelatih
dari IPKB semata-mata, malah dari institut-institut lain seperti dari USM, IPG Sultan
Mizan dan IPG Sultan Abdul Halim. Penyusunan atur cara bagi acara balapan yang
melibatkan pelajar-pelajar dari institut lain bukan sahaja menampakkan kejayaan malah
turut mengeratkan hubungan silaturahim sesama atlet dari pelbagai institute. Di
samping itu, acara sampingan yang dirancang juga telah menarik minat dan sambutan
dalam guru pelatih iatu Tarikan Qhaseh dan Giant Croc. Dari segi kelemahan pula,
kami mendapati bahawa kawasan balapan yang kurang sesuai untuk acara seperti
acara balapan yang memungkinkan kemalangan mudah berlaku. Selain itu, pengurusan
rumah sukan yang lemah kerana pihak pengurusan terpaksa mencari atlet yang akan
mengambil bahagian terutamanya ketika acara yang dipertandingkan hendak bermula.
Dari segi penambahbaikan pelaksanaan susun atur cara yang telah dirancang, pihak
penganjur perlu memperbaiki kawasan padang dan memastikan kawasan balapan
sesuai untuk digunakan terutamanya kawasan yang mempunyai rumput. Selain itu,
pihak rumah sukan harus memastikan atlet-atlet telah bersedia dengan menyenaraikan
nama atlet yang akan bertanding sebelum pertandingan dimulakan di sebuah papan
khas yang direka oleh setiap rumah sukan dan setiap rumah sukan juga perlu
disediakan alat pembesar suara bagi memanggil para peserta yang akan mengambil
bahagian.

Pada peringkat selepas KOT pula, kami mendapati bahawa pihak penganjuran
berjaya membuat satu pembaharuan yang berbeza berbanding dengan Kejohanan
Olahraga Tahunan yang telah diadakan sebelum ini. Kekuatan yang dapat dilihat ialah
pihak penganjur telah merancang dan menyusun atur cara yang begitu menarik bagi
memeriahkan program tersebut seperti gimik penutupan KOT yang menarik dan
mendapat perhatian daripada semua warga institut iaitu persembahan daripada Askar
Wataniah dan Rejimen Tentera Darat Di Raja Malaysia. Dari segi kelemahan pula, kami
mendapati bahawa susun atur cara bagi upacara penyampaian hadiah begitu lemah
dari segi pengurusannya dan menyebabkan upacara penyampaian hadiah kurang
mendapat sambutan. Hal ini kerana guru pelatih pulang ke asrama setelah
mendapatkan makanan yang disediakan oleh pihak rumah sukan dan penganjur. Selain
itu, pelaksanaan bagi atur cara penyampaian hadiah juga lemah dari segi
pengurusannya kerana masalah ketiadaan atlet untuk menerima hadiah. Dari segi
penambahbaikan pelaksanaan atur cara ini ialah pihak jawatankuasa Siar raya dan
juruacara harus kerap membuat pengumuman aktiviti yang akan dilangsungkan
seterusnya bagi memastikan guru-guru pelatih tidak pulang ke asrama setelah
mendapatkan bekalan makanan.Pihak pengurusan penyampaian hadiah pula harus
mencari atlet yang akan menerima hadiah dan pingat terlebih dahulu untuk bersedia
bagi menjimatkan masa penyampaian hadiah dan pihak penyampai tidak tertunggu-
tunggu.
8.1.1 AKTIVITI-AKTIVITI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2011

8.1.1.0 SEBELUM KOT


8.1.1.1 SEMASA KOT
8.1.1.2 SELEPAS KOT
BIBLIOGRAFI

a. Bahan Bertulis

i. Kertas Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus


Kota Bharu, Kelantan 2011.

b. Bahan Internet
i. http://mgcm2008.blogspot.com/2008/04/format-penulisan-kertas-kerja-
untuk.html
ii. http://putri711.blogspot.com/2008/02/luvdiary.html
iii. http://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/ksurtrasmi.htm
iv. www.ppj.gov.my
v. http://www.perak.gov.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=247&Itemid=222
vi. http://mamo60.tripod.com/notakursus.htm
vii. http://www.dodon.org/artikel/panduan_kertaskerja.html

You might also like