You are on page 1of 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Negara Thailand merupakan negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa asing.
Thailand berjaya mempertahankan kedaulatannya kerana mereka telah mengamalkan beberapa
strategi yang begitu sistematik dalam pemerintahan dan pentadbiran mereka. Selain itu, Hal ini
disebabkan oleh kebijaksanaan raja mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara. Thailand
juga berjaya mempertahankan kedaulatan negaranya dengan memeterai perjanjian dengan negara
lain. 

1. Antara perjanjian yang telah ditandatangani oleh Thailand dengan negara lain ialah :

A.) Perjanjian Burney ( Pada 20 Jun 1826 )

 - Perjanjian Burney telah ditandatangani oleh kerajaan British dan kerajaan Siam. Hasil
perjanjian tersebut adalah British dibenarkan untuk melakukan perdagangan di Bangkok
dan dikenakan cukai yang berpatutan.

Kedah :
 Kedah kekal penuh sebagai tanah jajahan Siam.
 British bertanggungjawab menghalang Sultan Kedah dan pengikutnya menyerang Siam
dan wilayah-wilayahnya. Hal ini membolehkan Siam dilindungi daripada serangan.
 Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai
 British dibenarkan berdagang di Kedah tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalam hal pentadbiran.
Perak :

 Siam mengiktiraf Perak dan Selangor


 Siam membenarkan British untuk berdagang di Perak namun mereka tidak dibenarkan
untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran
 Siam dibenarkan menghantar perwakilan antara 40-50 orang ke Perak tetapi tidak boleh
menyerang atau mengancam Perak.
 British bertanggungjawab untuk menghalang Selangor daripada menyerang Perak.
 Perak dikenakan hantaran Bunga Emas dan lain-lain hantaran ke Siam.Perak diberikan
kebebasan untuk menghantar atau tidak. Sekiranya Perak bersetuju untuk menghantar,
British tidak ada kuasa untuk menghalang.

Terengganu dan Kelantan :


 Dalam perjanjian ini, Siam tidak boleh menganggu sebarang perdagangan yang dilakukan
oleh British di Kelantan dan Terengganu tetapi Britih tidak boleh mencampuri hal-hal
pentadbiran negeri tersebut.
 Kelantan dan Terengganu perlu menghantar ufti yang berupa bunga emas kepada Siam
setiap 3 tahun sekali.

B) PERJANJIAN BOWRING 1855 (THAILAND-BRITISH)


Perjanjian ini merupakan satu titik peralihan yang membuatkan pelbagai perubahan di Siam
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Antara syarat-syarat perjanjian ialah, cukai import
akan ditetapkan sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%. Aktiviti mengeksport beras
dibenarkan. Kapal dagang British juga telah dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan-pelabuhan
Siam.

Isi Kandungan Perjanjian :

 Cukai import dikenakan sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%.


 Eksport beras dibenarkan.
 Siam membenarkan kapal dagang British untuk berlabuh di semua perlabuhan Siam.
 Siam membenarkan British untuk menempatkan konsulnya di Bangkok.
 Siam memberikan Hak Wilayah Asingan kepada British.
 British dibenarkan untuk membeli atau menyewa tanah dalam lingkungan 4 batu atau
6km di sekitar Bangkok.
 Pedagang British dibenarkan untuk membawa masuk candu tetapi tertakluk di bawah
peraturan yang ketat.
 British dibenarkan untuk meneroka kawasan pendalam di Siam dalam jarak satu hari
perjalanan dari Bangkok.
 Mubaligh-mubaligh diberikan kebenaran untuk menyebarkan agama Kristian.
 Sebarang pindaan ke atas syarat perjanjian perlu dipersetujui oleh semua pihak

2. Pembaharuan dan perubahan dalam dasar politik, ekonomi dan Sosial termasuk di
daerah Selatan Thailand.

Raja Mongkut mula menjalankan tranformasi kerana bimbang kuasa Barat menjajah
Thailand.Perubahan ini kemudiannya diteruskan oleh Raja Chulalongkorn.Perubahan ini
merangkumi aspek politik,ekonomi dan sosial.

Aspek Politik
Mongkut telah menamatkan dasar isolasi iaitu dasar tutup pintu dan seterusnya mengamalkan
dasar buka pintu kepada kuasa-kuasa barat. Mongkut telah membuka pintu kepada kuasa Barat
untuk mengelak daripada dijajah. Chulalongkorn juga telah meneruskan pelaksanaan dasar buku
pintu kepada orang-orang . Dalam tempoh itu, baginda telah mengembara secara luas ke
Singapura, Jawa serta India untuk mengetahui selok belok pentadbiran kuasa penjajah pada masa
itu. Bukan itu sahaja, Chulalongkorn telah memberikan keistimewaan kepada orang-orang Barat
dalam menjalankan pentadbiran.
EKONOMI

Semasa pemerintahan Raja Mongkut, beliau telah mewujudkan sistem Royal Mint pada tahun
1861. Penubuhan ini adalah bertujuan untuk pengeluaran syiling Thailand, pingat dan perintah
Diraja Thai dan hiasan. Manakala, pegawai di bahagian biro kewangan telah ditugaskan untuk
mengedarkan pengeluaran syiling Thai. Oleh itu, dengan adanya penubuhan Royal Mint ini, ia
telah membantu untuk melicikan urusan kewangan di Thailand semasa pemerintahan Raja
Mongkut.Semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn pula, beliau telah mewujudkan Jabatan
Kastam dan Hasil Dalam Negeri pada tahun 1875 dan ia telah disusun semula pada tahun 1892.
Beliau telah mengalakkan aktiviti perdagagan asing di Siam dan menyebabkan ramai pedagang
Barat datang ke Siam. Selain daripada itu, beliau juga mengalakkan pembukaan tanah-tanah
baharu untuk tanaman padi bagi tujuan eksport.
Ekonomi
Perubahan yang berlaku terhadap sistem ekonomi ialah system ekonomi di Thailand telah
berubah daripada sistem ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi komersial disebabkan
kedatangan ramai pedagang-pedangan dari Barat. Selain itu, Raja Mongkut telah mewujudkan
satu sistem yang dipanggil sebagai Royal Mint pada tahun 1861. Sistem ini diwujudkan adalah
untuk menghasilkan syiling Thailand, pingat, perintah diraja Thai dan hiasan.

SUMBER RUJUKAN

Kobkua Suwannathat-Pian. Development of Thai Historiography. Jebat : Malaysia Journal of


History, Politics and StrategicStudies

Hasim Saari, Rohani Abd Ghani& Ahamad Jama’ Amin Yang, 2019. Tragedi Dalam Perang
Kedah-Siam, 1821-1842: Suatu Soroton Sejarah

Che Mohd Aziz Yaacob. (2011). ISU DAN PENYELESAIAN: KONFLIK PEMISAH DI
SELATAN THAILAND. Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, 38, 13-34.
https://core.ac.uk/download/11491454.pdf

You might also like