Professional Documents
Culture Documents
Surat Makluman Polis Bagi Aktiviti Perkhemahan Kokurikulum
Surat Makluman Polis Bagi Aktiviti Perkhemahan Kokurikulum
BANDARAYA I,
PETI SURAT 89, No. Telefon: 088-220500
48000 KOTA KINABALU, No Fax : 088-220400
SABAH. Email: nadiamajitol@yahoo.com
Tuan,
MAKLUMAN PROGRAM PERKHEMAHAN PERSATUAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP
SESI 2021
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Unit Beruniform Pengakap SMK Bandaraya I, Kota Kinabalu
akan mengadakan perkhemahan seperti butiran berikut:
Tarikh : 26 – 28 Mac 2021 (Jumaat – Ahad)
Masa : 2.00 petang – 12.00 tengah hari (Ahad)
Tempat : Outward Bound, Papar
Bil. Murid : 30 orang
3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa murid yang terlibat
akan bermalam di Outward Bound, Papar. Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat
membuat rondaan keselamatan dan membantu sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang berlaku
sepanjang program tersebut dijalankan.
4. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(NADIA MAJITOL)
Pengarah Program
SMK. Bandaraya I, Kota Kinabalu, Sabah.